kitaran pembangunan kurikulum
Post on 14-Apr-2018
430 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
1/22
Kitaran Pembangunan Kurikulum
Di Malaysia, aspek-aspek yang berkaitan dengan kurikulum sekolah di peringkat rendah dan
menengah dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Justeru, proses pembinaan
kurikulum di Negara ini begitu tersendiri dan terpusat. Pihak yang terlibat dalam proses perancangan
matlamat, kandungan strategi-strategi pengajaran dan penilaian dilantik oleh Kementrian
Pendidikan dan mereka inilah pakar dalam bidang masing-masing. Pusat Perkembangan Kurikulumberfungsi sebagai urus setia dalam proses ini. Peranan individu-individu yang terpilih bagi
menyediakan kurikulum sesuatu subjek adalah penting kerana mereka sebenarnya banyak
mempengaruhi hala tuju pendidikan negara.
Disebabkan prosesnya begitu terpusat, kebanyakan orang tidak mengetahui bagaimana sesuatukeputusan tentang kurikulum itu dibuat. Mereka hanya mengetahui tentang peruahan-perubahan
terhadap system pendidikan apabila perkara berkenaan diperkenalkan di sekolah atau apabila buku-
buku teks yang digunakan pada tahun sebelumnya tidak boleh digunakan lagi. Tambahan pula
dengan sifat masyarakat Malaysia itu sendiri yang kebanyakannya lebih berminat dengan keputusan
peperiksaan dan prestasi yang dicapai oleh anak masing-masing telah menyebabkan birokrat-
birokrat pendidikan mengambil kesempatan terhadap proses dan isi kandungan pendidikan yang
disediakan untuk murid sekolah. Contoh yang jelas ialah isu yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berbunyi:
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
2/22
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum
1989)
Tapi adakah kita sudah terbiasa mendengar tentangnya? Walaupun di belakang setiap buku latihan
anak-anak tercetak FPK. Pernyataan falsafah yang indah dan ideal bukan untuk hiasan semata.
Tanggungjawab Kementrian Pendidikan ialah untuk menterjemahkannya ke dalam rancangan kerja
atau rancangan bertindak supaya hasrat murni falsafah itu dapat dicapai. (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1989).
KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 (percubaan) di 305 buah sekolah terpilih di seluruh negara dan
pada tahun 1983 ia dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah. Isu yang berbangkit dalam KBSR
adalah apabila pembentang menerangkan mengenai latar belakang KBSR di mana pada tahun 1994,
terdapat perubahan pada subjek Alam dan Manusia di mana subjek ini adalah gabungan antara
Sejarah, Geografi dan Sains. Satu permasalahan yang berlaku bilamana subjek ini digabungkan ialah
apabila pelajar berada di peringkat sekolah menengah, mereka agak lemah dalam matapelajaran
Sains. Akibat daripada kelemahan pelajar dalam subjek Sains ini, hasrat kerajaan untuk
mendapatkan nisbah 60:40( Sains : Sastera) untuk pelajar yang mengambil aliran Sains dan Sastera di
tingkatan empat tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, perubahan di lakukan pada tahun 1994
dengan memecahkan subjek Alam dan Manusia ini kepada dua subjek yang berlainan iaitu Sains dan
Kajian Tempatan. Beberapa perubahan-perubahan dalam KBSR telah dilakukan mengikut
perkembangan kehendak semasa seperti penggunaan teknologi maklumat dalam proses P&P,
PPSMI, cadangan pemansuhan UPSR, dan yang terkini Program LINUS ( Program Literasi dan
Numerasi).
KBSM pula diperkenalkan pada tahun 1988 untuk subjek Bahasa Melayu dan diperkenalkan untuk
semua subjek pada tahun 1989. KBSM ini adalah kesinambungan daripada KBSR. Semakan pertama
KBSM adalah pada tahun 1990 dengan tujuan untuk memenuhi tuntutan perkembangan dunia
pendidikan masa kini. Pelajar di tingkatan 4 diberi pilihan untuk melanjutkan pengajian mereka
dalam bidang sains atau sastera di sekolah harian atau sekolah berasrama penuh, bidang teknikal
ataupun vokasional di sekolah teknik dan bidang agama di sekolah agama berdasarkan kelayakan,
minat dan kecenderungan mereka.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
3/22
Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan semasa perbentangan, antaranya adalah kegagalan proses
P&P yang dijalankan mencapai matlamat dan objektifnya. Ini kerana desakan dan kekangan daripada
sistem penilaian yang dikatakan terlalu exam oriented. Jika dilihat dan diteliti, saya bersetuju dengan
pendapat itu kerana pihak sekolah mahupun ibu bapa akan melihat pencapaian akademik anak
mereka (berapa banyak A yang dicapai) sebagai indicator kejayaan anak mereka. Ini akan
menyebabkan guru-guru akan berusaha sedaya upaya ke arah melahirkan pelajar yang mencapai A
bagi subjek yang mereka, dan penyampaian content bagi sesuatu subjek itu telah diabaikan. Ini akan
menyebabkan pelajar-pelajar belajar hanya untuk menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang
sahaja dan fenomena ini agak membimbangkan kerana ia akan menyebabkan pelajar-pelajar yang
dihasilkan tidak berkualiti, mempunyai tahap berdikari yang rendah dan tidak mampu untuk
bersaing bilamana mereka melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi nanti. Cadangan
pihak kementerian untuk menghapuskan UPSR dan PMR dan melaksanakan penilaian berasaskan
sekolah adalah satu langkah permulaan yang baik untuk menangani isu ini. Ini kerana dengan
terhapusnya UPSR dan PMR, guru-guru tidak lagi terbeban dengan peperiksaan ini dan boleh
menumpukan sepenuhnya kepada proses P&P dengan berkesan di dalam kelas. Isu lain yangdibangkitkan adalah kekangan masa untuk guru melakukan proses P&P dengan berkesan, di samping
kekurangan pengalaman dan pengetahuan pemimpin sekolah sendiri iaitu pengetua ataupun guru
besar dalam bidang kepimpinan. Kepimpinan instruktional adalah kepimpinan yang perlu ada pada
setiap peminpin sekolah.
Pada kesimpulannya kurikulum merupakan rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan
mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam pengalaman.
Pengetua dan guru-guru perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum ini.
Peranan mereka termasuk menginterprestasi, merancang, memodifikasi dan melaksanakan
kurikulum.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas kepada KBSM yang penggunaannya meluas pada
tahun 1987 memberikan matlamat baru kepada system pendidikan Negara yang berlainan daripada
apa yang diperakukan oleh Laporan Razak (1956) dan Rahman Talib (1960). Namun Falsafah
Pendidikan Kebangsaan diketahui umum apabila dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 1989.Contoh, FPK hanya didedahkan kepada staf akademik dari pusat-pusat dan fakulti pendidikan
universiti tempatan sahaja yang menyertai sebuah bengkel pendidikan yang telah diadakan di
Institut Aminuddin Baki pada akhir tahun 1987. Tetapi pada masa itu KBSM (Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah) hanya diperkenalkan sebagai suatu keputusan. Dalam kenyataannya,
masyarakat tidak berpeluang membincangkan keperluan suatu falsafah dalam system pendidikan
kebangsaan. Masyarakat juga tidak diberitahu tentang kelemahan-kelemahan matlamat pendidikan.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
4/22
Satu hal yang harus kita perhatikan juga ialah mengenai kesahihan keseluruhan reformasi
pendidikan yang dilaksanakan. Prosedur pelaksanaannya menunjukkan suatu kejanggalan jika
dibandingkan dengan prosedur sebelumnya, iaitu system pendidikan kebangsaan hanya akan
dilaksanakan setelah dibahaskan di Parlimen. Seharusnya juga memberikan peluang kepada
masyarakat; yang membabitkan kesatuan guru, individu, tokoh pendidikan, atau kumpulan dan
individu dalam hal ehwal pendidikan Negara.
Sebagai renungan, kita ambil sebuah contoh iaitu Akta Pendidikan 1996 dengan jelas menyatakan
bahawa Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum Kebangsaan yang dikenali dengan
Kurikulum Kebangsaan (18 (1)) dan Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid (18(1). Tetapi
cadangan-cadangan didalam Akta tersbut tidak relevan kerana segala perubahan telahpun
dilaksanakan lebih awal melaui KBSR dan KBSM tanpa mendapat mandate dari Parlimen. Dan aspek-
aspek yang dibincangkan ini tidak pernah dibahas oleh masyarakat ataupun wakil-wakil yang duduk
di parlimen.
Seharusnya, aspek-aspek yang berkaitan dengan ketelusan dan penglibatan massa dalam sebarang
isu kebangsaan adalah penting, misalnya yang berkaitan dengan pendidikan. Ini kerana persoalan
pendidikan melibatkan seluruh masyarakat dan mereka berhak mengetahui perubahan-perubahan
yang hendak dilakukan. Parlimen pula wajar membincangkan serta membuat pengubahsuai yang
dianggap perlu. Segala aspek perancangan dan penggubalan yang dibuat terhadap sesuatu subjek
hendaklah berlandaskan dasar-dasar yang termaktub dalam sesuatu akta pendidikan yang telah
diluluskan Parlimen.
Dan apa yang berlaku masa kini ialah dasar pendidikan yang begitu liberal diamalkan oleh
pemerintah. Dalam konteks proses pembinaan bangsa, dasar ini tidak sesuai bagi Negara majemuk
seperti di Malaysia. Ini kerana sebagai implikasinya, dasar ini akan melahirkan masyarakat yang
terpecah-pecah berdasarkan latar belakang pendidikan yang mereka terima. Contohnya, mereka
yang berkemampuan dalam kewangan dan telah mengikuti pendidikan di institusi swasta yang
berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
5/22
Sudah tiba masanya kita membina suatu idealogi yang dapat memartabatkan identiti bangsa
malaysia. Satu dari pada langkahnya ialah dengan mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa
resmi negara yang tunggal dalam erti kata sebenaenya. Ini bermaksud bahasa melayu di gunakan
sepenuhnya di sekolah kerajaan ataupun swasta yang meliputi peringkat menengah dan universiti.
Penggunaannya juga hrndaklah meliputi semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini kedudukan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tidak lagi terpinggir atau menjadi bahasa kelas
bawahan.
Apa yang berlaku masa kini ialah dasar pendidikan yang begitu liberial di amalkan oleh pemerintah.
Dalam konteks proses pembinaan bangsa, dasar ini tidak sesuai bagi negara majmuk seperti di
Malaysia. Ini karena sebagai implikasnya,dasar ini akan melahirkan masyarakat yang berpecah-pecah
berdasarkan latar belakang pendidikan yang mereka terima. Contohnya, mereka yang
berkemampuan dalam kewangan dan telah mengikuti pendidikan di institut swasta yang
menggunakan bahasa inggeris akan membina suatu kelompok baru dalam masyarakat. Bagi mereka
yang mengikuti pendidikan melalui bahasa melayu sebagai pengantar juga akan membentuk suatukelompok yang tersendiri. Masalah peminggiran juga akan berlaku dalam konteks intra dalam kaum
itu senduri. Sebagai contoh, murid-murid cina yang mengikuti pndikan melalui institit-institut
kerajaan akan berasa terpinggir dalam kalangan kaum mereka sendiri karena mereka tidak dapat
menguasai bahasa inggeris , iaitu bahasa yang menjadi lingua franca golongan menengah dan
perniagaan masa kini. Keadaan yang sama juga berlaku dalam masyarakat melayu yang mengalami
masalah pendidikan yang berlainan. Kelompok-kelompok ini juga merasa di pinggirkan dalam dunia
pekerjaan karena jawatan-jawatan yang di iklankan memerlukan kefasihan dalam bahasa Inggeris.
Kita tidak perlu membicarakan senario yang mungkin berlaku apa bila mereka menyadari sistem
pendidikan kebangsaan telah menghamparkan mereka. Namun, yang jelas semua ini bakal
meninggalkan kesan yang tidak baik bagi masa depan negara.
2. Kurikulum
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
6/22
Kurikulum di sekolah telah mengalami perubahan secara sistematik dan perancangan dan
pelaksanaannya banyak di gerakkan oleh pusat kurikulum di kementrian pelajaran yang
mengandungi ramai pakar yang terlatih. Rata-rata boleh di katakan masyarakat menerima kurikulum
yang disajikan sebagai relevan dan sesuai. Di peringkat menengah misalnya pelajar adalah di
tawarkan dengan asas-asas keperluan hidup menerusi subjek-subjek dalam kelompok
bahasa,matematik, sains,agama dan moral,sastera dan budaya dan kemahiran-kemahiran vokasional
dan teknikal. Hari ini, oleh karena pendidikan satu-satunya institusi sosial yang berpengaruh untuk
menyediakan pelajar dengan peranan dewasa dan kemasyarakatan, mata pelajaran baru seperti
yang berkaitan dengan biologi kesihatan, dengan perhubungan kaum dan aspek-aspek
kemasyarakatan lain yang di tawarkan. Begitu juga untuk menyediakan mereka untuk mengahdapi
arus globalisasi, maka sekola juga telah di peringkatkan untuk mengajar perkara-perkara seperti
keadilan sosial, hak-hak asasi manusia, peranan pertumbuhan-pertumbuhan antara bangsa dan lain-
lain.
Di peringkat tinggi kurikulum di tetukan menurut disiplin ilmu dan pengkhususan pelajar dan
lazimnya kurikulum di peringkat universiti dan kolej dianggap berkualitijika relevan dengan tuntutan
pekerjaan dan pembangunan negara. Biasanya kebanyakan IPTA setiap fakulti meneliti kurikulum
yang disediakan dari masa kesemasa, tetapi ini adalah kecil-kecilan dan tidak menyeluruh. Kajian-
kajian untuk menilai kurikulum secara menyeluru hanya sekali sekala dilakukan.
Satu kajian misalnya telah dijalankan untuk mendapat maklum balas pelajar tentang kurikulum di
UKM dalam tahun 2003. Objektif utama kajian ialah untuk mengkaji kebolehpasaran siswazah di
alam kerja, dab seramai 1022 pelajar tahun akhir 343 siswazah menjadi responden. Secara
keseluruhan, pelajar berpendapat kandungan kursuslursus major, kursus-kursus wajib universiti,
kursus-kursus liberal dan lain-lain adalah memuaskan dan releven dengan pekerjaan. Program-program yang membentuk aspek kerohanian, sikab dan diri palajar sebagai warga negara dierima
secara positif.mengikut fakulti, kurikulum di Fakulti pendidikan, perubatan dan undang-undang
dianggap secara relevan dengan pekerjaan berbanding fakulti-fakulti Umum lain seperti Pengajian
Ekonomi dan Perniagaan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, dan Sains dan Teknologi. Gambaran untuk
universiti-universiti awam yang lain di Malaysia bolehlah dikatakan sama. Dapatan kajian begini
secara umum dapat dijadikan petunjuk tentang status kurikulum di peringkat tinggi dan
keberkesanannya.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
7/22
2.1. Kurikulum Persekolahan Di Malaysia Dan Perkembangannya
;\.
Dalam kebanyakan literatur, kurikulum ditakrifkan sebagai suatu pengalaman pembelajaran
terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan (Tannar dan
Tanner 1975; Stenhouse 1975; Marsh & Willis 1995; Posner 1995 dalam Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1999). Bagi memastikan kurikulum yang dikembangkan berfungsi sebagai alat mendidik
individu yang berkesan, beberapa persoalan perlulah diberi pertimbangan dalam perancangan
sesuatu kurikulum, iaitu:
a. Apa objektif pembelajaran yang hendak dicapai?
b. Apakah pengalaman pembelajaran yang boleh mencapai objektif?
c. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh dirancang secara berkesan?
d. Bagaimanakah cara menentukan hasrat pembelajaran sudah tercapai?
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
meliputi nilai-nilai; bahasa dan aspek-aspek merentas kurikulum (nilai-nilai murni, bahasa,
pendidikan alam sekitar, pengukuhan patriotisme, sains dan teknologi, kemahiran belajar, kajian
masa depan, pendidikan pencegahan dadah, pendidikan keselamatan jalanraya, pendidikan
kesihatan keluarga, pendidikan pengguna, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif), pembinaan
insan, perpaduan tenaga manusia, bahasa dan budaya ilmu. Nilai-nilai murni tersebut dapat dicapai
dengan mengasas, membina dan memperkembangkan pendidikan di atas landasan nilai-nilai luhur
dan murni yang diasaskan kepada agama (Tajul Ariffin & NorAini 2002).
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
8/22
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah digubal dan dilaksanakan pada tahun 1982 secara terhad dan
pada 1983 semua sekolah rendah diseluruh negara telah melaksanakan kurikulum baru ini. Pada
tahun 1993 kurikulum ini telah diperbaiki dan dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dengan beberapa perubahan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula digubal dan
dilaksanakan secara secara sepenuhnya ditingkatan I Sekolah Menengah mulai 1989 seterusnya
pada 2000 kedua-dua kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah disemak semula dan
kurikulum semakan semula ini mula digunakan di tahun I Sekolah Rendah dan Tingkatan I Sekolah
Menengah mulai tahun 2001. Dalam sejarah perkembangan pendidikan negara, reformasi kurikulum
ini merupakan hasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979.
2.2. Permasalahan Kurikulum Persekolahan Di Malaysia
Semua sekolah di Malaysia menggunakan satu kurikulum yang diseragamkan selaras dengan hasratKerajaan yang inginkan satu masyarakat yang seragam dan bersepadu. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2005), kurikulum prasekolah yang digunakan oleh semua prasekolah
diseluruh negara (Kementrian Pelajaran dan swasta) memberikan penekanan terhadap
perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu; pembelajaran yang
menggembirakan, pengalaman pembelajaran yang bermakna, serta pendidikan seumur umur.
Sebagai asas pendidikan persekolahan, aspek-aspek ini diterap sebagai asas permulaan
pembelajaran seseorang individu secara formal.
Prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pula menekankan terhadap pendidikan yang
sama untuk semua murid, perkembangan individu secara menyeluruh, pendekatan besepadu dan
pendidikan seumur hidup. Prinsip ini berterusan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang menekankan kesinambungan pendidikan rendah dan menengah. Kesepaduan unsur
intelek, emosi, jasmani dan rohani dan penggunaan disiplin ilmu yang ada. Fokus juga diberikan
terhadap pendidikan umum untuk semua pelajar dan penekanan nilai-nilai murni diberi perhatian
yang lebih diperingkat ini.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
9/22
Proses Perkembangan Kurikulum yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
berdasarkan model kitaran yang bermula dengan menganalisis keperluan dan diikuti dengan
perancangan, perkembangan, uji rintis, pelaksanaan, penilaian dan seterusnya kembali kepada
mengenal pasti keperluan seperti rajah berikut.
Model Kitaran Perkembangan Kurikulum
Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum 2000
Kajian dibeberapa negara menunjukkan tempoh masa kitaran sesuatu kurikulum mengambil masa
diantara 5 hingga 10 tahun. Di negara Jepun, misalnya tempoh masa satu kitaran kurikulum yang
digunapakai ialah 5 tahun sebelum dikaji semula. Di Malaysia tidak terdapat satu jangka masa yang
jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan persekolahan.
Reformasi kurikulum secara sistematik melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung
apabila KBSR dilaksanakan pada tahn 1983 dan KBSM tahun 1989. penyemakan semula KBSR dibaut
semula pada tahun 1996 dan KBSM pada tahun 2000. Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM
dilaksanakan pelbagai perkembangan berlaku dalam kurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah. Ada beberapa pembaharuan dan perubahan tersebut dilakukan tanpa
mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepada
ketidaktentuan perancangan, pengembangaan dan pelaksanaan kurikulum berkenaan.
2.2.1. Masalah Kurikulum Untuk Semua
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
10/22
Kurikulum sama yang disediakan untuk semua tidak dapat melayani kehendak dan latar belakang
pelbagai pelajar. Kanak-kanak sekolah yang datang dari kawasan pedalaman mempunyai
pengalaman yang berbeza dengan kanak-kanak bandar. Andaian-andaian dalam kandungan
kurikulum tidak mengambil kira apa yang dibawa oleh murid ke dalam bilik darjah dari segi
pengetahuan awal dan budaya mereka.
2.2.2. Proses perancangan dan perkembangan kurikulum
Dalam kerangka dan merancang kurikulum, pelbagai aspek perlu diberi perhatian sebelum sesuatu
kurikulum digubal, kebiasaannya mandat daripada pihak atasan perlu diperolehi dan dikaji bagi
memastikan kurikulum yang dirangka menepati kehendak negara sebelum dapat dilaksanakan di
sekolah.
Peringkat awal dalam proses perkembangan kurikulum ialah asas-asas pertimbangan. Dalam
peringkat ini, pihak Kementrian Pelajaran akan mengkaji dan membuat analisis keperluan
berdasarkan input yang diterima daripada bahagian-bahagian lain di Kementrian Pelajaran serta
institusi pendidikan. Input juga diperolehi daripada pendapat orang ramai serta trend dunia serta
dapatan kajian yang dilaksanakan di seluruh dunia. Di samping itu juga input kadang-kadangnya
merupakan dasar, arahan atau mandat yang diturunkan Kerajaan kepada Kementrian Pelajaran.
Daripada input inilah analisis keperluan dijalankan bagi menentukan kesesuaian dan samaada
kurikulum baru perlu diadakan samada dalam bentuk penyesuaian, semakan semula ataupun
kurikulum baru secara menyeluruh. Hasil analisis keperluan akan menjadi panduan dalam rancanganpengembangan dan pembangunan kurikulum yang baru ini. Mesyuarat dan perjumpaan serta
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
11/22
bengkel diadakan untuk merancang serta menggubal kuirkulum bagi memastikan ianya sesuai dan
mantap untuk digunakan di sekolah. Draf kurikulum akan diuji rintiskan dibeberapa sekolah bagi
melihat kesesuaiannya. Dalam beberapa situasi, penyebaran terhadap kurikulum yang digubal akan
dilaksanakan disekolah-sekolah terpilih bagi melihat keberkesanan dan kesesuaian kurikulum
tersebut.
Peringkat seterusnya ialah penyebaran dan pelaksanaan kurikulum tersebut. Di peringkat ini
pelbagai sesi kursus dijalankan sebagai usaha untuk menyebarkan kurikulum tersebut. Kursus
dijalankan diperingkat pusat dan seterusnya keperingkat negeri, daerah dan secara dalaman di
sekolah. Guru-guru yang berpengalaman yang dikenal sebagai juru latih utama dipilih oleh Jabatan
Pelajaran Negeri untuk mengikuti kursus yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
secara terpusat. Juru latih ini pula akan menjalankan kursus pula di negeri mereka kepada guru-guru
lain yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Setelah kurikulum disebarkan, penilaian dan penyeliaan dijalankan secara beterusan bagi menjamin
kualiti kurikulum serta memperbetulkan masalah yang timbul dalam penyediaan kurikulum yang
tidak dapat dikesan diperingkat perancangan dan pengembangan. Penilaian dan penyeliaan pada
kebiasaannya dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sendiri dan juga oleh Jemaah Nazir
Sekolah serta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Peringkat yang paling penting dalam proses perkembangan kurikulum ini ialah kelulusan oleh
JawatanKuasa Kurikulum Pusat. Semua kurikulum mata pelajaran sekolah di Malaysia hendaklah
mendapat kelulusan ini sebelum ianya dapat digunakan di sekolah. Jawatan Kuasa ini dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dianggotai oleh ketua-ketua bahagian Kementrian Pelajarandan beberapa dekan fakulti pendidikan universiti awam terpilih. Sekiranya kurikulum yang dibentang
tidak mendapat kelulusan, ianya hendaklah digubal semula bagi menjamin kualiti kurikulum tersebut
sebelum ianya dapat disebarluaskan.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
12/22
Beberapa asas pertimbangan dalam merangka kurikulum, pelbagai aspek perlu diberi perhatian
terlebih dahulu. Dalam penyemakan semula, kurikulum persekolahan pada tahun 2000 aspek-aspek
berikut telah dicadangkan:
a. Kurikulum yang relevan
Ialah kurikulum yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
agenda pembangunan kemajuan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Ciri-ciri berikut
menjadi asas-asas pertimbangan: prospek baru, bersifat progresif, dinamik dan seimbang, pasaran
dan industri, peningkatan kualiti pendidikan, ketatanegaraan dan patriotisme, sains dan teknologi,
modenisasi, globalisasi, pekerja ilmu, pendekatan sistemik, pendidikan agama dan akhlak,
pengukuhan kemahiran asas 3M dan kemahiran boleh guna, dan kesinambungan pendidikan.
b. Saranan UNESCO mengenai pendidikan alaf baru
Report to UNESCO of the International Commision on education for the Twenty-first CenturyLearning: The Treasure Within (1996) mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai
satu syarat penting untuk menghadapi dunai abad ke-21. Empat asas utama pendidikan yang
digariskan ialah: belajar untuk mengetahui, belajar untuk membuat, belajar untuk hidup bersama,
dan belajar menjadi insan sempurna.
c. Trend semasa
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) usaha membentuk kurikulum juga memerlukan
pertimbangan trend atau aliran semasa yang memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
menyediakan individu yang berkeupayaan akademik dan berkemahiran, menyediakan sumber
tenaga manusia ke alam pekerjaan, menerapkan kemahiran generik, membina imej kendiri, memiliki
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
13/22
kemahiran literasi maklumat, menguasai kemahiran pemikiran peringkat tinggi, memberi
keprihatinan terhadap pemeliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, mengurangkan penekanan ke
atas pengetahuan berbentuk fakta membentuk kurikulum berpusatkan pelajar.
Di samping itu, sebagai usaha untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan, kurikulum yang
dibentuk perlulah memasukkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran serta strategi pengajaran
dan pembelajaran terkini. Dalam usaha memastikan guru-guru memahami dan menggunakan teori
serta strategi pengajaran yang dicadangkan ini, Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah
menghasilkan modul-modul bagi membantu guru dalam pengajaran mereka. Modul-modul ini
merupakan bahan sokongan yang dapat membantu guru dalam pengajaran serta menyokong bahan
kurikulum seperti sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
d. Tindak Susul Pelaksanaan
Aktiviti-aktiviti tindak susul amat penting bagi memastikan keberkesanan dan pemantapan sesuatu
perubahan. Pemantauan dan penyeliaan khidmat nasihat dan bimbingan yang kerap boleh
meningkat motivasi serta moral guru seperti berikut:
Tindak Susul Peringkat Negeri pemantauan dan penyeliaan oleh pegawai-pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri dan Daerah boleh membantu guru dalam pelaksanaan perubahan kurikulum.
Kekurangan bilangan pegawai, kekangan masa terbiar dan menangani masalah bersendirian.
Tindak Susul Peringkat Pusat-pengembang kurikulum juga perlu mengadakan pemantauan dan
penyeliaan di bilik darjah. Maklum balas hasil pemantauan boleh diguna untuk penambahbaikan
proses pelaksanaan kurikulum. Kekangan masa dan kekurangan bilangan pegawai menyebabkan
aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyeliaan tidak dapat dilakukan dengan sewajarnya.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
14/22
2.2.3. Penilaian Kurikulum
Bentuk penilaian merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan pelaksanaan kurikulum.
Maklumat dari penilaian dan pentaksiran dikumpul untuk tujuan mengumumkan pencapaian pelajardalam membuat keputusan berhubung dengan perancangan kurikulum, pengajaran dan
pembelajaran, penilaian dasar pemilihan dan diagnosis, bimbingan dan kaunseling, penempatan,
serta pemberian beasiswa dan hadiah. Hasil pentaksiran kini jarang sekali dimanfaat untuk
membetulkan kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum berpusat atau pemahaman terhadap impak
kurikulum dan pedagogi untuk menggiatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.
Ramai ibubapa yang masih percaya kepada peperiksaan luar yang tidak mengambil kira kepelbagaian
sedia wujud dan akan mempengaruhi pencapaian pelajar mengikut sekolah dan tempat. Banyak
telah diperkatakan mengenai peperiksaan tradisional dan ketidaksesuaiannya untuk mengadili
pelajar jika terdapat perbezaan dalam merealisasikan ukuran yang sama jika keadaan yang wujud
tidak sama. Bentuk pentaksiran yang baru perlu diadakan untuk menilai aplikasi pengetahuan pelajar
dalam konteks yang sebenar.
3. Dapatan Kajian Lepas
Beberapa hasil dapatan kajian mengenai kurikulum persekolahan di Malaysia yang pernah diakukan
mendapati bahawa:
3.1. Dasar pendidikan yang begitu liberal diamalkan oleh pemerintah tidak sesuai bagi negara
majemuk seperti Malaysia. (Haris Md.Jadi 2001)
3.2. Curriculum theorizing in Malaysia is a centralized and systematic process(William F.Pinar 2003)
3.3. Penghayatan nilai-nilai murni KBSM memerlukan sistem penilaian untuk melihat kesan dari daya
usaha guru menerapkan nilai-nilai tsb dalam pengajaran mereka (Mokhtar bin Ismail 1989)
3.4. Ramai pelajar yang tidak mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar pengajaran sains dan
matematik dalam bahasa inggris. Tidak semua pelajar yang mendapat peluang yang sama untuk
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
15/22
belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris = advantage and disadvantage group = yang akan
menciptakan jurang (Juriah Long et al 2007)
3.5. Dalam jangka masa tempoh KBSR & KBSM dilaksanakan pelbagai perkembangan, adapembaharuan dan perubahan dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses
perkembangan kurikulum (Sharifah Nor Puteh, et al 2007)
3.6. Apabila kurikulum atau standard kandungan yang sama digunakan, sistem pendidikan tidak akan
mencapai kejayaan sasaran untuk menjadikannya lebih demokratik dengan mengenepikan
perbezaan individu pelajar dari segi latarbelakang, pengalaman dan minat. Jika ini dapat dipinda,
tentunya, keunggulan daripada setiap pelajar akan dapat dimaksimakan (Tetty Henny 2006)
Dari beberapa hasil dapatan kajian tersebut di atas, boleh dipastikan bahawa pengurusan kurikulum
persekolahan di negara ini masih lagi mempunyai banyak permasalahan yang harus diselesaikan.
Beberapa isu pengurusan kurikulum persekolahan saat ini telah banyak dibincangkan, namun belum
lagi terlihat adanya pihak-pihak berwajib mencuba untuk mencari sebarang penyelesaian sehingga
masalah tersebut masih lagi muncul sampai pada masa ini.
4. Isu-Isu Pengurusan Kurikulum Persekolahan Di Malaysia
Beberapa Isu Pengurusan Kurikulum Persekolahan di Malaysia yang sedang hangat dibincangkan diperingkat nasional ialah :
4.1. Tidak ada satu jangka masa yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan program
pendidikan persekolahan. Bila kita lihat kajian di beberapa negara yang menunjukkan bahawa
tempoh masa kitaran sesuatu kurikulum mengambil masa di antara 5 hingga 10 tahun. Di negara
Jepun misalnya, tempoh masa satu kitaran kurikulum yang digunapakai ialah 5 tahun sebelum dikaji
semula. Di Malaysia pula, tidak terdapat satu jangka masa yang jelas dalam kitaran pengembangan
dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan persekolahan. Reformasi kurikulum secara sistematik
melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila KBSR dilaksanakan pada tahun 1983
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
16/22
dan KBSM pada tahun 1989. Dimana penyemakan semula KBSR dibuat pada tahun 1996 dan KBSM
pada tahun 2000. Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM dilaksanakan, pelbagai
perkembangan dan perubahan telah berlaku dalam kurikulum tersebut. Ada pula diantara
perubahan itu dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses perkembangan
kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepada ketidaktentuan dari segi perancangan,
pengembangan dan pelaksanaan kurikulum berkenaan.
4.2. Kurikulum untuk semua yang tidak dapat melayani kehendak dan latar belakang pelbagai
pelajar. Pada hakikatnya perlu kita fikirkan bahawa kanak-kanak sekolah yang datang daripada
kawasan pedalaman dan luar bandar tentulah mempunyai pengalaman yang berbeza dengan kanak-
kanak di bandar. Bila kita cermati pula, andaian-andaian dalam kandungan kurikulum tidak
mengambil kira apa yang dibawa murid ke dalam bilik darjah dari segi pengetahuan awal dan budaya
mereka. Ada yang menganggap kurikulum bersifat bias kepada pengalaman di bandar. Ini boleh
menimbulkan ketidakselesaan murid dalam pembelajaran sehingga menyebabkan mereka hilang
minat dan berhenti berhenti awal dalam persekolahan mereka. Guru pula kurang terlatih
menyelesaikan persoalan ini. Semestinya disadari bahawa apa yang diperlukan adalah sokongan
dalam menyesuaikan kurikulum dengan iklim dan dunia pelajar dari segi pengalaman dan latar
belakang budaya mereka. Bila kita hubungkan dengan pelaksanaan mata pelajaran Sains dan
Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris yang telah mula dijalankan pada tahun 2003 serentak
untuk Tahun 1, Tingkatan 1, dan Tingkatan 6 Sekolah Rendah, sebenarnya tidak membawakeberkesanan positif terhadap penggunaan bahasa Inggeris pelajar. Beberapa dapatan kajian
menyebutkan bahawa pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
mewujudkan jurang dalam penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar daripada pelbagai
latar belakang. Dasar pelaksanaan ini mempunyai persamaan dengan dasar deprivation dan elitisme
yang diamalkan dalam zaman kolonial dahulu. Sekiranya ia berlanjutan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk memberi akses untuk Pendidikan berkualiti untuk semua rakyat yang
ternyata dalam Pembangunan Pendidikan 2001 2010 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001) tidak
mungkin tercapai.
4.3. Bagi Malaysia, inovasi kurikulum dipandu kearah berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan. Ini
adalah kerana pendidikan merupakan wahana utama ddalam pembangunan dan kemajuan negara
dari segi ekonomi, sosial dan politik. Dalam banyak konteks pula, inovasi kurikulum dilakukan melalui
pendekatan sistem dan bercorak birokratik oleh peringkat atas/pusat sahaja. Guru pula sebagai
pihak pelaksana hanya menerima arahan dan melaksana inovasi seperti yang ditetapkan. Biasanya
inovasi bersifat ideal yang kadang kala sukar direalisasi diperingkat bilik darjah akibatnya ialah
berlaku gelinciran (slippage) di antara dasar dan pelaksanaan yang sebenarnya.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
17/22
4.4. Pusat Pengembangan Kurikulum (PPK) sebagai jawatankuasa pengurusan kurikulum
persekolahan yang ada di Malaysia masih lagi belum menjalankan tugasnya sbagaimana mestinya.
5. Cadangan
Bagi menyelesaikan persoalan di atas, beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan ialah:
5.1. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, aspek-aspek yang berkaitan dengan ketelusan dan
penglibatan massa dalam sebarang isu kebangsaan adalah penting, misalnya yang berkaitan dengan
pendidikan. Ini kerana persoalan pendidikan melibatkan seluruh masyarakat dan mereka berhak
mengetahui perubahan-perubahan yang hendak dilakukan. Oleh itu, Parlimen pula wajar
membincangkannya serta membuat pengubahsuai yang dianggap perlu. Segala aspek perancangan
dan penggubalan yang dibuat terhadap sesuatu subjek hendaklah berlandaskan dasar-dasar yang
termaktub dalam sesuatu akta tantang pendidikan yang telah diluluskan oleh Parlimen.
5.2. Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada 17 Januari 2007
sebagai satu sistem pendidikan holistik, progresif, bermoral dan Bertaraf dunia dirangka untuk
melaksana dan merealisasikan misi nasional. Dalam merealisasikan misi ini, pihak-pihak berwajib
(Pusat Perkembangan Kurikulum) perlu menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan
pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan sesuai dengan kehendak semasa dan masa
hadapan kerana pengembangan kurikulum merupakan satu proses yang tiada penamatnya
(curriculum development is a never-ending process).
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
18/22
5.3. Bagi menciptakan kesediaan guru-guru (sebagai pelaksana pendidikan di bilik darjah) dalam
mengahadapi sesuatu perubahan kurikulum persekolahan, maka perlu melaksanakan bengkel-
bengkel keterampilan untuk tenaga pendidik tersebut disamping melengkapkan prasarana sekolah
termasuklah saiz sekolah dan kelas, bahan pelajaran yang cukup, peningkatan kualiti makmal sains
dan komputer, serta pendidikan luaran dan dalaman yang seimbang.
6. Kesimpulan
Masalah pengurusan kurikulum merupakan sebuah proses yang tiada habisnya untuk dibincangkandan dikupas dengan mendalam (curriculum development is a never-ending process) kerana
penambahbaikan dan pengubahsuaian serta pemodenan budaya, cara hidup dan cara berfikir
masyarakat bergantung kepada pendidikan yang ada. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak
Kerajaan bagi memastikan kualiti pendidikan Malaysia mampu mengambil tempat diperingkat
antara bangsa yang bertaraf dunia iaitu salah satunya ialah dengan melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pelancaran Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pula dituntut mampu menyelesaikan persoalan
perancangan dan pembangunan kurikulum persekolahan Malaysia. Untuk itu, PIPP diharapkan
mampu merealisaikan misi nasional yang tentunya memerlukan kerjasama semua pihak berwajib
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) untuk menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan
pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan di negara ini sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa
dan masa akan datang.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
19/22
RUJUKAN
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
20/22
Ahmat Adam. 1994. Academic and Admission Staff Association: Vol. 1. Persoalan Pendidikan dan
Pembentukan Bangsa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bakri M. Musa. 2003. An Education Sytem Worthy of Malaysia. Lincoln: Writer Club Press.
Fatimah Saleh, Khadijah Zon & Zurida Ismail. 1994. Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah Pendidikan
Holistik dalam jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 12. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian
Ilmu Pendidikan.
Hamzah, M.D. 1993. Penerokaan Teori Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementrian
Pendidikan.
Haris Md. Jadi. 1989. Reformasi Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia: Suatu Kritikan
dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 10. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Jurioh Long, Khalid Abdullah, Zarin Ismail & Zanaton Hj. Ikhsan. 2007. Pelaksanaan Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
21/22
Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah
Pengukuhan Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mokhtar Ismail. 1989. Penilaian Ciri-Ciri Afektif Dalam Sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah-Satu Pandangan dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 10. Universiti Sains Malaysia:
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Robert S. Zais. 1976. Curriculum: Principles and Foundations. New York: Crowell Company, Inc.
Robiah Sidin. 2007. Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia: Status Semasa, Isu dan Cabaran. ProsidingSeminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan
Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. 4-5. Bangi: ATMA, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
S. Howard Nicholls and Andrey Nicholls. 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis. Terj.
Dr. Mohammad Daud Hamzah & Dr. Koh tsu Koon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Nor Puteh & Subahan Mohd. Meerah. 2007. Cabaran dan Isu Dalam Perancangan dan
Pembangunan Kurikulum Persekolahan di Malaysia: Satu Analisis Refleksi. Prosiding Seminar
Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan Halatuju
dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
-
7/27/2019 Kitaran Pembangunan Kurikulum
22/22
Tan Ai Mei. 2002. Malaysian Private Higher Education: Globalization, Privatization, Transformation
and Marketplace. England: Asean Academic Press LTD.
William F. Pinar. 2003. International Handbook of Curriculum Research. London: Lawrence Erlbaum
Associates, Inc.
Zahara Aziz & Khaeruddin Ahmad. 2007. Kurikulum Persekolahan Di Malaysia dan
Perkembangannya. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan
Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
top related