kolej sastera dan sains pusat pengajian pendidikan dan...
Post on 06-Feb-2018
219 Views
Preview:
TRANSCRIPT
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 1
KOLEJ SASTERA DAN SAINS
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
SGDT 3023
PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
Kesediaan Guru-Guru Dalam Mengintegrasikan
Pengajaran Berasaskan Komputer/Laman Web Di
Sekolah
DISEDIAKAN UNTUK:
PN.SITI NAZUAR BINTI SAILIN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO.MATRIK
NAZIRAH BINTI TIARDEK 212219
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 2
KESEDIAAN GURU-GURU DALAM MENGINTEGRASIKAN PENGAJARAN
BERASASKAN KOMPUTER/LAMAN WEB DI SEKOLAH
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan. Definisi pengajaran berintegrasikan komputer ialah
menggunakan perisian umum yang dibina khusus untuk mencapai objektif matapelajaran sebagai
alat pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan komputer dalam P&P mempunyai
hubungan secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat yang dibawa ke
dalam dunia pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah boleh dilihat daripada dua aspek,
iaitu penggunaan komputer dalam pentadbiran serta penggunaan komputer sebagai bahan bantu
mengajar.(Zamri & Mohamed Amin, 2008).
Antara kelebihan pengajaran berintegrasikan komputer ialah ia dapat meningkatkan
kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan
motivasi pelajar dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar. Pelajar juga akan mendapat pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti
sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan. Dengan pengajaran
berasaskan komputer, kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar dimana pelajar dapat
melakukan sendiri perbincangan, pembelajaran menggunakan aplikasi internet iaitu laman sosial
yang menjadi penghubung antara pelajar untuk berinteraksi sesama mereka. (Zaidatol Akmaliah
& Foo ,2003). Oleh itu, kesediaan guru merupakan salah satu elemen penting dalam membantu
pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu (Noraini Attan,
2002). Menurut Habib Mat Som (2005), kesediaan adalah aspek penting dalam menentukan
kejayaan dan kegagalan pelaksanaan perubahan kurikulum. Seharusnya, tahap kesediaan guru
perlu diberi perhatian yang khusus. Justeru, guru hendaklah mempunyai tahap kesediaan yang
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 3
tinggi dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna
kepada pelajar.
Untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran , individu yang bertanggungjawab
adalah guru itu sendiri. Guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dalam kelas. Sebagai langkah mewujudkan pembelajaran yang
menarik mengikut peredaran teknologi masa kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)
telah melaksanakan pengintegrasian komputer di sekolah yang mana semua guru perlu
menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Sikap terhadap penggunaan komputer
membawa kepada kesediaan guru menerima komputer dan menggunakannya dalam tugas
pengajaran hariannya. Namun begitu, bukan semua guru bersedia untuk menggunakan komputer
dalam pengajaran mereka. Hal ini kerana masalah kurang kemahiran menggunakan komputer.
Akan tetapi, pengintegrasian komputer dapat diteruskan dengan adanya guru yang bersedia
menggunakan komputer dalam pengajaran mereka walaupun mereka memerlukan pelbagai
kesediaan yang rapi. Antara kesediaan yang perlu ada pada seseorang guru ialah mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer. Contohnya, guru-guru hendaklah
menghadiri bengkel dan kursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan cara untuk
membina bahan pengajaran menggunakan perisian-perisian khusus seperti membina koswer,
permainan pendidikan dan banyak lagi. Dengan menghadiri kursus tersebut, guru dapat
meningkatkan kemahiran dan menjadi lebih profesional dalam menyediakan bahan pengajaran
yang menarik dan dapat mengaplikasikan komputer dalam pengajaran. Namun, bengkel yang
dianjurkan oleh pihak kementerian masih tidak mencukupi untuk para guru kerana melibatkan
kos yang tinggi. Selain itu, sesetengah guru pula tidak mempunyai masa yang banyak untuk
menghadiri bengkel tersebut. Jadi untuk tidak merugikan waktu, guru-guru juga boleh
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 4
mengambil inisiatif sendiri dengan mempelajari perisian-perisian melalui Youtube. Kita dapat
lihat pengajaran berasaskan komputer telah mengubah peranan seseorang guru daripada seorang
yang pemberi maklumat kepada seorang pemudah cara atau fasilitator untuk pelajar
mendapatkan maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran seperti mencari maklumat menerusi
internet. (Noriati, et.al, (2009). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa amat penting kesediaan
pengetahuan yang tinggi kepada seorang guru dalam menggunakan komputer agar dapat
memudah cara pelajar dan mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang diajar.
(Zainuddin et.al., 2008).
Kesediaan kedua yang diperlukan oleh guru adalah menetapkan sikap positif terhadap
penggunaan komputer. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk
mendorong seseorang itu untuk mempelajari sesuatu yang diingini. Seperti kita lihat, guru masa
kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna penerimaan yang baik daripada guru-guru untuk
menggunakan komputer dalam pengajaran. Namun begitu, tidak dinafikan guru muda sahaja
yang memberikan sifat positif manakala guru berusia atau guru lama masih tidak mengorak
langkah perubahan kerana bagi mereka tidak perlu ada perubahan sekiranya keputusan yang
cemerlang masih diperolehi tanpa menggunakan komputer. Selain itu, kerisauan yang tinggi
dalam menggunakan komputer telah membantutkan perasaan ingin mencuba kepada guru-guru
berusia. Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer
iaitu takut sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan, takut kerana mereka merasakan
tidak berupaya mempelajari teknologi pada tahap yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya
sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang
memerlukan penggunaan komputer. Oleh itu, daripada dibelenggu perasaan risau sebegini adalah
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 5
lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan pendidikan. Tetapi di hati mereka boleh juga
wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer. Oleh itu, sikap
negatif kepada komputer ini perlu dibuang agar pengintegrasian komputer dalam pendidikan
dapat dijalankan dengan lancar dan dapat memenuhi dasar KPM yang berusaha melaksanakan
pembestarian pendidikan di negara ini.(Zamri & Mohamed Amin, 2008).
Kesediaan ketiga yang perlu diambil oleh guru-guru iaitu bersedia dengan kekurangan
kelengkapan kemudahan komputer di sekolah. Proses pengintegrasian teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan
makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, penyediaan dan
penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar sangat mempengaruhi aras penggunaan
komputer di kalangan guru. Peralatan teknologi komputer yang kurang diselenggarakan
menyebabkan banyak peralatan komputer dan ICT yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Untuk memastikan penggunaan komputer di dalam kelas,
pihak kementerian dan sekolah juga perlu menyediakan dan melengkapkan peralatan teknologi
seperti komputer, LCD dan peralatan suara di dalam kelas. Kewujudan makmal komputer di
sekolah dirasakan sesuatu perkara yang wajib. Seperti yang kita ketahui, pihak kementerian telah
membina makmal komputer di setiap sekolah. Tujuannya untuk membolehkan pelajar dan juga
guru menggunakan alatan yang disediakan sepenuhnya. Pelajar dan guru bebas belajar
menggunakannya untuk mengakses maklumat, mencari data, meneroka ilmu baru dan
sebagainya. Malangnya, hal ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Untuk melengkapkan
kemudahan semua sekolah memerlukan kos yang banyak, komitmen yang tinggi serta
memerlukan masa yang lama untuk melengkapkan segala peralatan. Namun, guru sendiri juga
hendaklah mempunyai peranan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan ini
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 6
tanpa menunggu bantuan daripada pihak lain. Contohnya, membeli sendiri komputer riba dan
melanggan jalur lebar untuk digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan
adanya komputer sendiri guru boleh mencari maklumat pengajaran dengan cepat dan lancar
dengan bantuan internet yang laju walau dimana guru tersebut berada.
Kesediaan yang keempat iaitu bersedia menanggung beban tugas yang banyak dan
masa yang terhad. Untuk mewujudkan kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan
komputer, tugas guru bertambah dengan menyediakan bahan pengajaraan yang menggunakan
perisian-perisian yang khusus seperti slaid Powerpoint, Prezi, Camtasia dan banyak lagi.
Tambahan lagi beban tugas guru yang banyak di sekolah iaitu memegang jawatan-jawatan
seperti guru kelas, guru disiplin dan sebagainya. Hal ini yang memberi halangan kepada guru
untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran. Memang diakui dengan menggunakan
teknologi komputer dalam kelas dapat memudahkan pengajaran dengan hanya memaparkan
bahan ke LCD, namun sebaliknya persediaan bahan dan peralatan itu mengambil masa yang
lama untuk disiapkan. Namun, beban ini akan berkurang sekiranya guru mempunyai
pengetahuan yang tinggi kepada sesuatu bahan atau peralatan tersebut dan dapat memudahkan
proses penyediaan bahan pengajaran. Di samping itu, guru perlu bijak dalam menguruskan masa.
Mengurus masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa yang diperlukan untuk persediaan
sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Apabila guru sudah mahir dalam penyediaan
peralatan, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan dan
perkakasan komputer seperti pemasangan LCD. Segelintir guru boleh menerima pengintegrasian
ini, namun dalam masa yang sama ianya juga membuatkan guru tidak bersemangat
melaksanakan penggunaan komputer dalam kelas. Selain itu, guru juga hendaklah bijak
menguruskan masa dalam penyediaan bahan P&P. Hal ini kerana, jika bahan P&P yang dibuat
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 7
oleh guru menggunakan perisian yang menarik ianya dapat menghilangkan bosan pelajar dan
menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Lebih-lebih lagi jika guru
menggunakan pengajaran berasaskan laman web, dimana guru hendaklah memuat naik nota dan
latihan ke laman web tersebut. Oleh itu, guru memerlukan masa yang lebih terhadap pengajaran
berasaskan laman web kerana setiap perbincangan sesuatu topik yang diberikan oleh pelajar
semasa luar daripada P&P, guru hendaklah memberi maklum balas secara terus dan secepat yang
mungkin. Hal ini kerana, penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen
penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. Menurut (Baharudin,
2001), pembelajaran melalui laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti pelajar
bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu
kemahiran. Oleh itu, pengurusan masa guru amatlah penting dalam mencapai objektif
pembelajaran. Segalanya tidak mustahil, setiap orang akan menerima masa yang sama dalam
sehari iaitu 24 jam. Oleh itu dari kita sahaja yang boleh mengurus masa dengan baik atau tidak.
Selain itu, kesediaan guru seterusnya ialah guru-guru perlu memahami nilai
penggunaan teknologi maklumat. Sekiranya, guru-guru yang tidak memahami nilai
penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami
ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan
kepada mereka ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Kualiti pencapaian pelajar sangat
bergantung kepada pengajaran guru di dalam kelas. Pelajar sukar untuk memberikan tumpuan
dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya
pengajaran yang yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata. (Norazura, et.al, 2010).
Oleh itu, guru-guru boleh menjadikan pengajaran berasaskan laman web sebagai satu platform
dalam pengajaran di dalam kelas kerana laman web boleh melibatkan pelajar secara aktif. Tetapi
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 8
tidak semua guru yang ingin menggunakan laman web sebagai satu nilai tambah dalam
pengajaran mereka. Menurut (Khan, 1999) pengajaran berasaskan laman web dilihat sebagai
medium perantaraan dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Para guru dan pelajar
boleh memperolehi maklumat dengan penggunaan laman web ini khususnya untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran seperti melalui kuiz, nota tambahan, perbincangan dan sebagainya.
Terdapat beberapa ciri utama yang membezakan laman web dengan media lain iaitu kebolehan
menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar
berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web
itu sendiri. Oleh itu, pengajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai
tambahan kepada pengajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web
percuma yang sedia ada atau membinanya sendiri. Contohnya, guru-guru boleh menggunakan
perisian Weebly, Webs, Blog, Joomla dan sebagainya. Kebiasaanya guru yang pertama kali
ingin membangunkan laman web, mereka masih tiada kemahiran dalam merekabentuk
antaramuka laman web tersebut. Tetapi perisian laman web percuma ini menyediakan pilihan
rekabentuk web tersebut dan guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang
sesuai dengan topik pembelajaran.
Kesimpulannya, pengintegrasian komputer dalam pengajaran berasaskan komputer di
sekolah dapat dijalankan dengan lancar dengan mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang
wajib. Para pendidik khususnya perlu meningkatkan mutu pengajaran selaras dengan
perkembangan teknologi dalam pendidikan. Ini bermakna guru-guru bukan sahaja perlu
menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM ataupun sekolah, malah guru dengan
sendirinya perlu meningkatkan kebolehan dan pengetahuannya dalam pelbagai bidang supaya
tidak akan hanyut oleh arus teknologi. Hal ini kerana, guru adalah agen yang penting dalam
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 9
melahirkan generasi pelajar yang celik komputer dan teknologi maklumat. Selain itu, perubahan
pemikiran yang negatif terhadap penggunaan komputer perlulah dibuang kerana terdapat banyak
kelebihan yang diperolehi sekiranya menggunakan komputer antaranya dapat meningkatkan
minat pelajar terhadap mata pelajaran tertentu. Tambahan lagi, pelajar pada zaman ini
merupakan generasi Y yang lebih tertumpu kepada pembelajaran maya seperti menggunakan
telefon pintar dan menerusi laman sosial. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan
generasi yang celik komputer. Dengan itu, lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, untuk mengatasi masalah
kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah, pihak kerajaan perlu memberikan
peruntukan yang secukupnya untuk melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan kelengkapan
yang mencukupi untuk semua pelajar dan guru demi melahirkan pelajar yang cemerlang dan
guru yang gemilang.
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 10
Rujukan
Baharudin Sidki & Nik Rahimi Nik Yusoff. (2008). Cabaran penggunaan ICT dalam P&P
Pendidikan Islam. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf.
Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Habib Mat Som. (2005). Profil Kesediaan Guru Sekolah Menengah Terhadap Pelaksanaan
Perubahan Kurikulum. Universiti Malaya.
Khan, B.H. (1999). Web- Based Instruction. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul &
Roseamnah Abd. Rauf. Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maizura Yasin (2010). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu.Universiti Putra Malaysia. Diakses
pada 21 Oktober 2014 daripada http://psasir.upm.edu.my/11069/1/FPP_2010_1_A.pdf
Noraini Attan.(2002).Tahap Kesediaan Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Berasaskan Komputer Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains . Dalam Zainuddin Abu
Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab Samad. (2008).
Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor: Arah Pendidikan
Sdn.Bhd.
Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2010). Teori
Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Dalam
Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. Penggunaan Laman Web
Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
[PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER] SGDT3023
Page 11
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan
Hassan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi . (2003). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan.
Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zamri & Mohamed Amin. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu:Teori dan Praktis. Selangor: Karisma Publications Sdn.Bhd.
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab
Samad. (2008). Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor: Arah
Pendidikan Sdn.Bhd.
top related