konsep asas perkembangan moral
Post on 04-Jan-2016
216 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu
perbuatan (kelakuan,akhlak, kewajipan dan lain-lain) yang berkaitan dengan apa yang betul atau
adil.
Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud
sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk
kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk
memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin
yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula
bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.
Ada pelbagai pandangan tentang konsep moral dan konsep pendidikan. Moral juga
bersifat “multi-dimensional” (Sugarman, 1973). Seseorang yang berpegang pada pandangan
yang tertentu akan mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya melahirkan insan
yang berbeza dari aspek kemoralan. Cara seseorang guru atau ibu bapa mendidik murid atau
anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral.
Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan
masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait
dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen,
geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga
perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan
objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah
muncul dalam bentuk kebebasan.
Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. Secara
amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu secara pertimbangan,
penaakulan, pemikiran, dan perlakuan moral.
2.0 PERTIMBANGAN MORAL
Mengapa moral menentukan kemajuan dan peradaban suatu bangsa?
J.J. Rosseau: kemajuan seni dan teknologi tidak akan menjamin sempurnanya peradaban
bangsa.F. Fukuyama: “trust” (kepercayaan) adalah penentu peradaban dankeberhasilan suatu
bangsa. Kwik K.G.: karena tingkat kepercayaan yang rendah, biaya “keamanan” dan biaya
“transaksi” menjadi tinggi.
Persoalan moralitas—apa yang benar dan apa yang salah—dalam hubungan antara
manusia adalah persoalan pokok untuk zaman kita ini. Beberapa persoalan yang biasanya dikira
lebih penting daripada soal tersebut di atas, umpamanya: Bagaimana manusia harus bersikap
menghadapi teknologi, bagaimana bangsa-bangsa harus bertindak untuk memelihara perdamaian,
dan persoalan hari kemudian dunia yang beradab, semua itu juga merupakan soal moralitas. Isu-
isu moral dengan cepat telah menjadi perhatian kehidupan kemanusiaan. Pelajaran etika sekarang
diberikan tidak hanya dalam kurikulum sekolah menengah tetapi juga dalam sekolah-sekolah
profesional. Tabib, ahli hukum, para pendidik dan pamong praja berduyun-duyun mendatangi
seminar tentang soal-soal moralitas. Adalah suatu kenyataan bahwa teknik dan kemampuan kita
telah berkembang lebih cepat daripada pemahaman kita tentang apa yang kita anggap sebagai
tujuan kita dan nilai-nilai. Barangkali perhatian yang telah diperbarui terhadap tujuan-tujuan
tersebut akan membantu kita dengan jawaban-jawaban yang sangat kita perlukan untuk
menjawab krisis dan keresahan yang merupakan bagian dari dunia modern.
Peribadi-peribadi selalu mengadakan pertimbangan terhadap tingkah laku mereka sendiri
dan tingkah laku orang-orang lain. Ada tindakan-tindakan yang disetujui dan dinamakan benar
atau baik. Tindakan-tindakan lain dicela dan dinamakan salah atau jahat. Pertimbangan moral
selalu berhadapan dengan tindakan manusia, khususnya tindakan-tindakan mereka yang bebas,
dari segi benar atau salah. Tindakan-tindakan yang tidak bebas, yang pelakunya tidak dapat
mengawal, jarang dihubungkan dengan pertimbangan moral, karena seseorang tidak dapat
dianggap bertanggung jawab tentang tindakan yang tidak ia kehendaki.
Istilah moral atau etika mempunyai hubungan erat dengan arti asalnya. Istilah moral
berasal dari kata Latin: moralis, dan istilah ethics berasal dari bahasa Yunani: ethos. Keduanya
bererti: “kebiasaan atau cara hidup”. Istilah-istilah tersebut kadang-kadang dipakai sebagai
sinonim. Sekarang, biasanya orang berminat untuk memakai “morality” untuk menunjukkan
tingkah laku itu sendiri, sedang ethics menunjuk kepada penyelidikan tentang tingkah laku. Kita
berkata: “moral act” dan “ethical code”.
Istilah benar (right) dan baik (good) sering dipakai dalam etika dan perlu dijelaskan.
Kata right berasal dari bahasa Latin rectus, yang berarti lurus. Dalam pemakaian biasa kata
tersebut mengandung arti sesuai dengan suatu ukuran. Istilah “good” menunjuk kepada sesuatu
yang mempunyai kualitas yang diinginkan, memuaskan suatu hajat dan bernilai untuk manusia.
Banyak filosof yang mengatakan bahawa dalam bidang etika, benar atau salah itu tidak
dapat dierti menjadi sesuatu yang lain dan hal tersebut dapat dimengerti secara langsung. Teori
seperti tersebut di atas bertentangan dengan etika yang didasarkan atas nilai dan yang
menjadikan kebaikan (goodness) sebagai konsep etika pusat. Teori-teori teleologi menopang
pandangan bahawa tindakan yang benar harus memberi sumbangan kepada kebaikan manusia
dan dunia.
Dalam moralitas dan etika terdapat beberapa permasalahan. Pertama, terdapat
penyelidikan yang dinamakan etika deskriptif (descriptive ethics). Di situ kita mempelajari
tingkah laku peribadi-peribadi atau personal morality; tingkah laku kelompok atau social
morality; kita menganalisis bermacam-macam aspek dari tingkah laku manusia seperti motif, niat
dan tindakan-tindakan terbuka. Pemeriksaan di sini hanya bersifat deskriptif tentang apa yang
terjadi; ini harus dibezakan dengan etika normatif (normative ethics) yang mendasarkan
penyelidikannya atas prinsip-prinsip yang harus kita pakai dalam kehidupan kita. Semenjak
orang-orang Yunani kuno, prinsip-prinsip penjelasan sudah dibentuk dan teori etika sudah
disusun. Plato menjelaskan pentingnya prinsip-prinsip tersebut semenjak lebih dari 2000 tahun
yang lalu. “Kerana engkau lihat, hai Callicles, bahawa perbincangan kita adalah mengenai suatu
subjek yang mendapat perhatian dari orang yang hanya mempunyai sedikit kecerdasan yaitu,
cara hidup bagaimanakah yang terbaik”.
Terdapat juga bidang etika kritik atau metaethics. Di sini perhatian dipusatkan kepada
analisa dan erti dari istilah dan bahasa yang dipakai dalam diskusi, serta corak fikiran yang
dipakai untuk membenarkan suatu pernyataan etika. Bidang ini mendapat perhatian yang besar
pada akhir-akhir ini, akan tetapi melibatkan soal-soal teknik yang sulit. Kita akan lebih
memperhatikan etika deskriptif—bahan-bahan dari situasi moral—dan etika normatif kerana kita
ingin membentuk ukuran-ukuran yang biasa dipakai untuk mempertimbangkan apakah suatu
tindakan itu benar atau salah. Sudah bertahun-tahun orang mencoba membentuk ukuran bagi
pertimbangan moral seperti kecondongan alamiah (natural inclination), pendapat umum, hukum,
kekuasaan keagamaan, akal dan hati sanubari. Seringkali ukuran-ukuran itu bertentangan dalam
hal semacam itu orang memerlukan tingkatan-tingkatan nilai yang dapat memimpinnya kepada
keputusan moral yang memuaskan.
2.1 PERNYATAAN NORMATIF MORAL DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF MORAL
Pengenalan
Sebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral
adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih
mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks
Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek
dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu
difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan
kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran
rasional, logikal dan sebagainya.
Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh
keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama
Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat
bukan Islam sejak turun-temurun lagi.
2.2 PERNYATAAN NORMATIF
Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh
kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi,
pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan
pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih
kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.
Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan
di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik.
Grassian,V.(1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang
koheren atau logik, sistematik, dan wajar kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika
normatif. Ini bererti etika moral tertumpu kepada kenyataan normatif yang mempunyai implikasi
kepada perlakuan manusia. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa penyataan normatif
adalah satu pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Sebagai
contoh, “Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral” ialah pernyataan normatif.
Etika normatif berbeza daripada kajian falsafah tentang moral, iaitu etikameta yang
mengandungi sesuatu penyataan terhadap erti dan logik bahasa moral (Grassian,V.1981).
Penyataan normatif biasanya adalah dalam bentuk pertimbangan nilai. Mengikut Frankena,W.K.
(1973), ada pelbagai jenis pertimbangan moral atau etika. Pertimbangan moral itu boleh
dibahagikan kepada pertimbangan khas dan am.
Mengikut beliau, dalam sesetengah pertimbangan moral, kita boleh mengatakan sesuatu
tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau
tidak wajib,perlu atau tidak perlu dilakukan. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan
kewajiban moral atau pertimbangan deontik.
Kita dapat membincangkan perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang
seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat (trait) kelakuan atau peribadinya. Begitu juga kita boleh
mengatakan bahawa mereka adalah secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat,
bertanggungjawab, boleh dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya. Penilaian ini
dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Rajah di bawah telah
meringkaskan penjelasan tentang kedua-dua pernyataan normatif ini.
2.2.1 PERNYATAAN NORMATIF DALAM BIDANG FALSAFAH
Dalam bidang falsafah, pernyataan normatif menentukan bagaimana sesuatu perkara atau
situasi sepatutnya berada atau berfungsi, bagaimana untuk menilai sesuatu, yang mana baik dan
yang mana tidak, perlakuan yang mana betul dan perlakuan yang mana tidak betul.
PERNYATAAN NORMATIF : Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik
Sebagai contoh, pernyataan “ Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham
dengan cara dan niat untuk berjudi” ialah pertimbanan deontik, kerana “niat berjudi” ini adalah
sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterma di sisi undang-undang atau agama.
Sebagai seorang insan yang bermoral, orang ramai “dinasihati” supaya tidak membeli dan
menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi. Kita menggunakan perkataan “dinasihati”,
kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang dan agama, tetapi
caranya (umpamanya, dengan cara “contra”) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung
dengan cepat) secara moralnya tidak boleh diterima. Oleh yang demikian, menjadi kewajipan
kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini.
Satu contoh pernyataan normatif dengan pertimbangan aretaik ialah “Pelabur yang bijak
tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham”. Pernyataan ini sebenarnya menilai atau
membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di
pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan jual-beli saham. Kita
boleh membuat andaian bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-kaunter saham
yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung
sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai “bijak” dan bukan berbentuk
perjudian. Pernyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuh kewajipan seseorang sebaliknya
hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat “bijak” (tidak berjudi) yang ada pada seorang
pelabur.
Walau bagaimanapun, pernyataan normatif bukan sentiasa dikaitkan dengan
pertimbangan nilai moral. Pretimbangan nilai dalam domain bukan moral ini adalah menilai
perkara-perkara yang lain daripada yang disebutkan tadi. Ia adalah berkaitan dengan kereta,
lukisan, pengalaman, bentuk kerajaan, dan sebagainya. Kita boleh mengatakan ia baik atau buruk
(contohnya, “ini sebuah novel yang menarik.”), perlu atau tidak perlukan ( contohnya, “Kita
perlu belajar melalui kaedah pembelajaran yang betul.”), dan lain-lain. Kita tidak bermaksud
mengatakannya secara moral sama ada baik atau buruk, perlu atau tidak perlu dan sebaganya. Ini
bermaksud ia adalah bebas daripada nilai moral.
2.2.2 CONTOH-CONTOH PERTANYAAN NORMATIF
1. Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Moral
Khas AmPertimbangan kewajipan moral
(Pertimbangan deontik atau obligasi)
a. Saya tidak suka mencaci orang.
b. Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi.
c. Apa yang dilakukan oleh Alu adalah salah.
d. Awak tidak patut memaksa anak awak berkerja sehingaa larut malam.
a. Kita perlu menunaikan perjajian kita.
b. Semua pemimpin dictator pandai menipu rakyat.
c. Semua manusia memerlukan hak kebebasan.
d. Rasuah adalah salah di sisi undang-undang.
Pertimbangan nilai moral
(Pertimbangan aretaik)
a. Bapa saya penghulu kampung yang baik hati.
b. Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasnya.
c. Anda patut didenda
d. Motif Ali adalah baik.
a. Orang yang baik tidak menipu atau mencuri.
b. Benevolence adalah sesuatu yang mulia.
c. Jealousy is an ignoble motive.
d. Orang yang dapat memaafkan kecuaian ini adalah seorang wali.
2. Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Bukan Moral
Khas AmPertimbangan kewajipan bukan moral
(Pertimbangan deontik atau obligasi bukan moral)
a. Anda perlu membeli kasut baru.
b. Anda hanya perlu membeli tiket untuk konsert ini.
c. Dia sepatutnya tidur lebih awal.
d. Lisa perlu makan di kantin sekolah setiap hari.
a. Untuk membuat sebuah meja, kita menggunakan paku, bukannya pita scotch.
b. Kaedah yan baik adalah dengan menghantar tentera ke medan perang.
c. Untuk menjawab dengan betul, calon perlu membaca soalan dengan teliti.
d. Semua penghuni asrama perlu menjaga keselamatan diri.
Pertimbangan nilai bukan moral
(Pertimbangan aretaik bukan moral)
a. Kereta itu elok.
b. Kehidupannya tidak bahagia.
c. Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul.
d. Kamarul mencuba mempertahankan hujahnya dengan perdebatan itu.
a. Keseronokan itu adalah baik dalam dirinya.
b. Demokrasi adalah bentuk kerajaan yang terbaik.
c. Demonstrasi aman dibenarkan di kebanyakan Negara barat.
d. Makanan manis tidak baik untuk kesihatan badan kita.
Selain pernyataan normatif dengan pertimbangan moral dan bukan moral yang baru
dibincangkan, kita juga boleh mengenal pasti pernyataan normatif yang mempunyai sesuatu
kesan langsung atau implikasi terhadap tingkah laku manusia. Contohnya, “Isteri tidak boleh
berahsia dengan suami, oleh itu, isteri mesti memberitahukan semua hal yang berkaitan dengan
dirinya kepada suaminya.” Kita juga ada pernyataan normatif yang berbentuk arahan dan
perintah, iaitu mengarahkan atau memerintahkan seseorang individu atau semua orang supaya
mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang. Contohnya, “ibu bapa mesti dihormati”.
2.2.3 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF MORAL DENGAN
PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORAL
Pernyataan normatif dalam bidang selain daripada bidang falsafah berbeza dengan
pernyataan normatif dalam bidang falsafah. Itu yang membeza dan mewujudkan konsep
pernyataan normatif moral dengan pernyataan normatif bukan moral. Namum begitu, dalam
karya Barat dan karya falsafah Greek, pernyataan normatif merujuk kepada pernyataan normatif
moral.
Contoh:
Pernyataan Ayat
Pernyataan Normatif
Bukan Moral
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
Pernyataan
Normatif
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya
yang bersopan santun dan bertata susila.
2.3 PERNYATAAN DESKRIPTIF
Pernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan dengan
pertimbangan nilai-nilai moral. Contohnya, “Di Malaysia, rombakan cabinet adalah di bawah
kuasa Perdana Menteri,” ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya
menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan
nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan
nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif.
2.3.1 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN DESKRIPTIF DENGAN PERNYATAAN
NORMATIF
Setelah memahami maksud normatif, mudah untuk membezakan dengan pernyataan
deskriptif. Pernyataan deskriptif menerangkan sesuatu benda, watak atau keadaan.
Contoh:
Pernyataan Ayat
Pernyataan
Deskriptif
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan beragama
Islam.
Pernyataan
Normatif
Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang membantu pelajar
mengenali moral masyarakat Malaysia dan mengamalkan moral tersebut
dalam kehidupan seharian
2.4 PERNYATAAN NORMATIF DAN KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
Pernyataan normatif dan norma masyarakat merupakan sebahagian daripada kehidupan
kita di Malaysia. Terdapat beberapa cara pemikiran tentang status pernyataan normatif dan
rasionalnya. Dari aspek tradisi, tokoh falsafah Greek seperti Aristotle berpendapat bahawa cara
merasionalkan sesuatu pemikiran atau tingkah laku adalah dengan berbincang secara rasional.
Pemikir moden seperti Habermas mecadangkan komunikasi aktif dapat menentukan kebenaran
sesuatu pernyataan normatif. Kedua-dua pemikir ini walaupun hidup pada zaman berbeza tetapi
menyentuh satu cara pemikiran yang menggunakan akal fikiran dan kerasionalan dalam
kehidupan bermasyarakat. Tetapi perlu difahami bahawa kerasionalan ini bergantung kepada
situasi dan norma dalam masyarakat tersebut.
2.5 KEPENTINGAN PERNYATAAN NORMATIF
Apakah kegunaan Pernyataan normatif dalam Pendidikan Moral? Pernyataan normatif
adalah akar umbi untuk menentukan matlamat dalam mengurus dan merancang pemikiran,
kepercayaan, perasaan, dan perlakuan dalam kehidupan. Pernyataan normatif merupakan asas
kepada diskusi etika dan politik yang mengambil tempat dalam kehidupan harian.
2.6 BAGAIMANA PERNYATAAN NORMATIF DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF
DIAPLIKASIKAN DALAM PERGAULAN SOSIAL
Situasi ini merupakan pernyataan normatif. Pergaulan antara dua orang di dalam gambar
telah memaparkan nilai kesabaran. Watak A merupakan seorang yang mempunyai EQ yang
rendah, tidak dapat mengawal perasaan sendiri, bertindak mengikut perasaannya.Sebaliknya,
Watak B pula mempunyai kesabaran yang tinggi, dia cuba untuk menasihati dan menghalang
Watak A supaya tidak bertindak secara terburu-buru. Watak B mengatakan bahawa segala
perbuatan yang salah di sisi undang-undang akan diambil tindakan oleh undang-undang. Hal ini
telah menunjukkan satu teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.
2.7 PERBEZAAN PERNYATAAN NORMATIF MENGIKUT BUDAYA MESYARAKAT
Cara bagaimana seseorang individu atau sesuatu masyarakat menentukan jenis amalan
yang bermoral, mengikut standard normatif mereka berbeza mengikut budaya, agama dan
kepercayaan masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita di Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai amalan agama, kepercayaan, dan kebudayaan.
Pernyataan normatif menyuarakan penakulan sesuatu situasi sama ada sesuai atau tidak.
Contoh, bandaraya akan lebih aman sekiranya tidak ada kes ragut. Tidak ada cara untuk
menyatakan pernyataan ini tidak benar, dalam keadaan di mana banyak berlaku kes ragut,
seseorang tidak boleh menafikan pernyataan di atas.
Situasi yang ditunjukkan juga merupakan satu pernyataan normatif. Kedua-dua watak
berbual-bual dan bersetuju bahawa Negara kita adalah kaya dengan moral dan etika. Mereka
berasa bangga kerana walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama dan
kebudayaan yang kepelbagaian, tetapi perpaduan masih dapat diwujudkan dengan adanya nilai
moral yang kukuh. Ia berkaitan dengan moral dan etika yang diamalkan oleh setiap rakyat
Malaysia telah berjaya mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Hal ini telah
mencapai hasrat “Satu Malaysia”.
3.0 PENAAKULAN MORAL
Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada
prinsip prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul Rahman Aroff & Chang
Lee Hoon, 1994). Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan
tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976).
Penaakulan moral bermaksud pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara
rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat
memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan
nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa
membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan
secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Contoh:
Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu
kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan
anaknya sendiri. Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan
moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran
3.1 PERASAAN MORAL
Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati,
prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang bermoral ini membawa
kepada tindakan yang bermoral. Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara
moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang
seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan
simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa
mengira kepentingan diri sendiri.
Contoh:
Merasa sedih dengan mangsa-mangsa banjir di Terengganu
Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam pertandingan
Marah kepada sesiapa sahaja yang membuat kejahatan.
Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa kematian ibu bapanya.
3.2 PERLAKUAN MORAL
Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral
ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang
bertindak secara bermoral.
Contoh:
memulangkan dompet yang dijumpai di stesen bas kepada pemiliknya
membantu menangkap orang yang berbuat jahat
3.3 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOLHBERG
Menurut Kolhberg(1972), beliau telah menggunakan keadilan sebagai Corner Stone. teori
moral memastikan kebebasan dalam prinsip seseorang itu adalah berdasarkan kepada kajian
psikologi dalam pembangunan manusia dan menyediakan pendekatan falsafah yang sewajarnya
kepada moral. penggunaan Kolhberg dalam keadilan sebagai elemen teras dalam teori yang
dipengaruhi oleh falsafah John Rawls(1971). pendekatan Kolhberg juga berdasarkan kepada
model pembangunan kognitif (Piaget, 1965). Ini menunjukkan bahawa teori Kolhberg adalah
gabungan antara teori keadilan Rawls dan teori perkembangan Piaget (Rest, Narvaez dan
Bebeau, 1999). Kolhberg telah menggariskan enam peringkat dalam penilaian moral seseorang.
Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya
tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg
(1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali,
tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap
pascakonvensional (peringkat 5 dan 6).
TAHAP KETERANGAN PERKARA YANG BETUL UNTUK
DILAKUKAN YANG BETUL
KETERANGAN UNTUK MELAKUKAN
PRAKONVENSIONALTAHAP 1 (prakonvensional)
Orientasi dendaan dan kepatuhan(kesan-kesan fizikal menentukan perkara yang baik dan jahat)
Untuk mengelakkan melanggar peraturan kerana takutkan dendaan. kepatuhan perlu berlaku secara semulajadi dan mengelakkan kerosakan fizikal kepada manusia lain dan harta benda.
Mengelakkan hukuman dan kuasa pihak yang berwajib
TAHAP 2 (prakonvensional)
Orientasi instrumental relativis (perkara yang memuaskan keperluan diri sendiri adalah lebih baik)
Mematuhi peraturan hanyalah yang bersesuaian dengan kecenderungan peribadi, bertindak untuk mencapai kepentingan sendiri dan membiarkan orang lain membuat hal yang sama. yang betul adalah yang adil, pertukaran yang sama dalam perjanjian dan persetujuan bersyarat.
Untuk memuaskan keperluan/ minat seseorang dan harus juga menyedari tentang minat dan kehendak orang lain,
TAHAP 3 (konvensional)
Orientasi antara individu atau 'good boy-nice girl',(perkara yang menyenangkan atau membantu orang lain adalah baik)
Menjalani kehidupan sepertimana yang diharapkan oleh orang yang mempunyai hubungan rapat dengan kita mungkin sebagai anak yang baik,bapa, kawan. berbuat baik adalah penting dan bermakna mempunyai motif yang baikseperti saling mempercayai.
Keperluan tuntuk menjadi insan yang baik pada penilaian sendiri dan orang lain. keperihatinan terhadap orang lain. percaya pada satu peraturan mutlak dan keinginan untuk mengekalkan peraturan dan menyokong pihak yang mahukan tingkah laku yang baik.
TAHAP 4 (konvensional)
Orientasi undang undang atau peraturan( memelihara sosial order, melaksanakan tugas atau tanggungjawab adalah baik)
Menyempurnakan kewajipan sebenar kepada orang yang dipertanggungjawabkan keatas kita. undang undang mestilah dipatuhi melainkan dalam kes kes tertentunapabila terdapat konflik dengan tugas sosial. perkara yang benar termasuk juga menyumbang kepada masyarakat atau institusi.
Memastikan institusi berterusan sebagai satu kesatuan , mengelakkan berlakunya perpecahan sekiranya semua orang melakukannya, kesedaran terhadap tanggungjawab dan kepatuhan seseorang.
TAHAP 5 (pasca konvensional)
Orientasi contract-legalistic (nilai yang dipersetujui masyarakat, termasuklah hak hak individu atau peraturan untuk mencapai persetujuan, menentukan perkara yang benar)
Menyedari bahawa manusia mempunyai pelbagai nilai dan pendapat, nilai utama dan peraturan adalah relatif kepada sesuatu kumpulan. peraturan relatif ini hendaklah dipatuhi, bagaimanapun hendaklah daripada persetujuan keseluruhan entiti kerana ia adalah kontrak sosial. sesetengah pendapat yang terkeluar daripada peraturan relatif kumpulan haruslah juga digunapakai walaupun tidak mendapat sokongan majoriti.
Berkewajipan kepada undang undang kerana ikatan kontrak sosial untuk mematuhi undang undang kebajikan dan perlindungan kepada semua orang. satu komitmen kontraktual yang dilakukan secara sukarela terhadap keluarga, persahabatan, kewajipan kepada kerja dan kepercayaan. mengambilkira undang undang dan tugas berdasarkan rasional kebaikan untuk semua.
TAHAP 6 (pasca konvensional)
Orientasi prinsip etika sejagat ( perkara benar adalah suara batin yang harmoni dengan prinsip sejagat iaitu keadilan.
Mengikut prinsip etika sendiri. undang undang tertentu atau persetujuan sosial selalunya sah kerana ia berlandaskan kepada prinsip tertentu. prinsip ini adalah prinsip universal kerana ia berlandaskan keadilan, kesaksamaan dalam 'human right' dan hormat kepada kemanusiaan sebagai seorang individu
Keprcayaan sebagai insan yang rasional dalam prinsip moral universal yang mutlak dan perasaan komitmen individu terhadapnya.
Rest (1994) menjelaskan peringkat ini berdasarkan kepada pemahaman individu tetang
bagaimana untuk menguruskan kerjasama dalam masyarakat apabila sesuatu isu moral
dipertimbangkan. dua peringkat terlibat dalam setiap tahap pembabitan moral.
Tahap yang paling asas ialah tahap 1 yang dikenali sebagai prakonvensional. Seperti
yang dilihat dalam peringkat 1 dan 2 di atas, seseorang individu pada tahap taakulan moral ini
masih belum memahami tentang peraturan dan tanggapan masyarakat terhadap kelakuan mereka.
perspektif mereka adalah lebih kepada egosentrik yang memfokuskan kepada diri mereka sendiri
secara tetap.
Sementara tahap kebiasaan moral atau tahap 2 didalam peringkat 3 dan 4 adalah
berdasarkan kepada perspektif ahli dalam masyarakat. Pemikiran tahap ini melibatkan peraturan
peraturan setempat dan tanggapan orang lain. Seseorang individu pada tahap ini mungkin akan
menyokong perjanjian untuk berada pada tahap poosisi pihak yang berkuasa.
Tahap yang paling tinggi iaitu tahap 3 yang dikenali sebagai pascakonvensional iaitu
peringkat 5 dan 6 yang lebih mengutamakan masyarakat. Tahap ini ditentukan oleh pemikiran,
mengatasi peraturan dan tanggapan masyarakat serta keputusan asas kepada prinsip yang telah
dipilih oleh individu (evans, 1998). pada tahap 3 penilaian moral dalah berdasarkan kepada
kesejagatan prinsip prinsip keadilan ( Nucci dan Pascarella, 1987).
3.4 TEORI PERKEMBANGAN MORAL REST
Pada tahun 1999, rest dan rakan rakannya telah membina satu model yang dikenali
sebagai neo-kohlbergian (rest, narvaez dan bebeau, 1999). Perbezaan yang dibawa oleh rest
menekankan kepada komponen kerjasama sosial dalam taakulan keadilan. sementara kohlberg
pula menegaskan bahawa konsep keadilan berdasarkan kepada individu. Rest telah
mengkonsepkan semula enam peringkat oerkembangan moral dalam konteks kerjasama sosial
berdasarkan kepada taakulan keadilan yang dapat dilihat melalui jadual di bawah :
Peringkat Konsep berpusat(central concept)
Pengalaman sosial
Peringkat 1 Moral ketaatan Buat seperti yang disuruh
Peringkat 2 Moral instrumen egoisme dan pertukaran mudah
Mari buat satu perjanjian
Peringkat 3 Moral persetujuan interpersonal
Bertimbang rasa dan mendapat kawan
Peringkat 4 Moral undang undang dan tugas kepada arahan sosial
Setiap orang dalam masyarakat dipertanggungjawabkan dan dilindungi undang undang
Peringkat 5 Moral prosedur pembangunan konsensus
Awak dipertanggungjawabkan dengan penyusunan yang dipersetujui oleh prosedur proses
Peringkat 6 Moral kerjasama sosial bukan sembarangan
Moral dedefinisikan secara rasional dan pengurusan kerjasama secara ideal.
Justeru itu, definisi rest tentang enam peringkatvyang menggabungkan kerjasama dengan
keadilan adalah sedikit berbeza dengan pendekatan kohlberg. Apabila seorang individu melalui
peringkat perkembangan sosial, secara langsung membantu mereka untuk menghasilkan lebih
banyak cara berkesan dalam mengurus kerjasama(rest, 1986).
Rest (1983) menjelaskan konsep perkembangan moral kohlberg terlalu sempit. Beliau
memberi hujah bahawa pertimbangan moral ialah satu komponen dalam proses yang sangat
kompleks dikenali sebagai model 4 komponen perkembangan moral.
3.5 MODEL PERKEMBANGAN MORAL (Rest, 1983)
Sensitiviti moral Menentukan kepentingan sesuatu isu moral
Pertimbangan moral Menentukan halatuju yang diambil untuk
menyelesaikan masalah dilemma
Motivasi moral Mengambilkira motif lain yang akan
menpengaruhi pelaksanaan pengadilan yang
dipilih
Tindakan moral Berdasarkan kepada cara dan kekuatan ego
semasa melakukan tindakan
3.6 KONSEP PERTIMBANGAN MORAL OLEH REST
Konsep pertimbangan moral rest adalah berdasarka analisis terhadap penaakulan moral
secara berperingkat sepertimana yang dicadangkan oleh kohlberg. Pertimbangan moral
membekalkan panduan asas dalam menentukan bagaimana konflik dalaman manusia dapat
diselesaikan dan diguna untuk memaksimumkan faedah sesama sendiri bagi seseorang individu
yang tinggal dalam satu kumpulan (rest, 1986).
Seseorang individu dapat menentukan secara moralnya perkara benar atau salah (rest,
1994) berpandukan kepada konsep individu mengenai keadilan dan rasa hormat kepada hak
orang lain berdasarkan kepada penekanan kesamaan dan saling memerlukan antara satu sama
lain. Hal ini kerana satu andaian kritikal iaitu setiap perjalanan seseorang individu akan melalui
langkah langkah berasaskan tahap pertimbangan moral. Setiap tahap pertimbangan moral akan
mewakili konsep konsep tertentu yang canggih untuk menguruskan kerjasama (rest, 1979)
Pertimbangan moral diwakili oleh tiga jenis skema iaitu:
1. Skema kecenderungan peribadi
2. Skema pengekalan norma
3. Skema pasca konvensional
Berdasarkan kepada komsep skema pertimbangan moral rest, proses bagi seseorang
individu membuat pertimbangan dapat dilihat secara jelas. Moral individu secara langsung
berperanan untuk membina struktur pemikiran yang selari dengan perlakuannya. Konsep
pertimbangan moral menggabungkan konsep autonomi moral dan heteronomi moral yang berada
dalam skema kognitif indiividu.
Secara keseluruhannya, konsep skema moral menghuraikan tentang skema ognitif yang
diaktifkan semasa seseorang individu membuat pertimbangan moral. Pembentukan skema
tersebut akan membentuk kumpulan kumpulan skema dalam perkembangan moral individu.
Keadaan ini menunjukkan bahawa skema bukan sahaja merupakan lambang proses psikologikal
tetapi ia juga merangkumi ideologi dan budaya yang digabungkan dalam konsep autonomi dan
heteronomi moral individu.
4.0 PEMIKIRAN MORAL
Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidak
dapat diperhatikan dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan dan
manipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O, Sullivan et al. (1996)
menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagai
kegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepada
perumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepada membuat
keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O, Sullivan et al. (1996) menyatakan
bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjek sehingga membawa
kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan ini menunjukkan pemikir itu
manusia dibezakan dengan makhluk lain.
Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsung bertindak
balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindakbalas dengan
deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep,membuat tafsiran
dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatan atau simpanan
memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan
aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflik dalam berbagai-
bagai kemahiran berfikir.
Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif, berpandu, kritis, penaakulan, induktif,
deduktif, dan kreatif. Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitif
komunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanyadapat
dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalamTim O,
Sullivan et al. (1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukan pemikiran.
Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiran iaitu
terbahagi kepada cabang- cabang tertentu. Antaranya ialah meneruskan, menghubungkan,
pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalah dan pertanyaan
mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yang diketahui dan yang
tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak
manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.
4.1 PEMIKIRAN NATURALIS
4.1.1 Definisi dan Ciri-ciri
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya
yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature) manusia perlu
diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju
bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang
lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk
berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul
serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan
hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama
sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang
lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka
menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan
bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak
bermoral.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik
iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang
memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari
zaman kuno kepada zaman moden.
Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu
situasi sahaja. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima
keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga
prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia
mendapat markah yang rendah.
Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi
segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47
tahun yang lalu.
Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak
padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga
menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh
keturunan berakhir.
4.2 PEMIKIRAN EMOTIVIS
4.2.1 Definisi dan Ciri-ciri
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada
kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau
perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan
mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan
orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis
berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat
mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang
yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan
kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu. Menurut pandangan emotivis,
pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa
atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan
memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran
rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi
emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui”
mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini
mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak
mempunyai konsep “emosi” yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan
terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya
dan tidak dikaji terlebih dahulu. Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta
Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada
perompak tersebut.
Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut
Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.
Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang
daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.
Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh
pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , “Pensyarah itu
aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak.
Pemalas!”
4.3 PEMIKIRAN INTUITIONIS
4.3.1 Definisi dan Ciri-ciri
Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali
menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini.
Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan
Latinintueor yang bermakna ‘saya memandang tepat kepada sesuatu’. Ia merupakan satu proses
‘melihat’ atau ‘memahami’ secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh
diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang
berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang
bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu
masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata
pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan
dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam
memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka
berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di
hutan, baru kutahu luasnya bentara’.
Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’
lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik
dengan janji-janji manis lelaki hidung belang. Antaranya contoh yang menggambarkan
seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan
pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.
Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman
hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis
lelaki hidung belang.
Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian
mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang
tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama
dengannya.’
4.4 PEMIKIRAN RASIONALIS
4.4.1 Definisi dan Ciri-ciri
Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala
tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat
patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan
akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh
diri,menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran
rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama
dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita
mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui
kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan cara
membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa
pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang
sah.
Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan,
pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan.
Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya
membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan
rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-
hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.
Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh
pacaindera semata-mata. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu
adalah lebih berat daripada Seng Hui.
Dua tambah dua bersamaan dengan empat.
Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.
Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar dengan
baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran
pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok?
Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah
saya supaya saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.
5.0 TINDAKAN MORAL
Tindakan moral bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap
tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada
penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan
jati diri, dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional.
Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi
moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu
menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang
yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil
daripada pemikiran baik hati iaitu “kita mesti membantu orang dalam kesusahan”.
Ia juga merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.Tindakan moral
ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang
bertindak secara bermoral.
Rumusannya, insan yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan
perlakuan moral dengan seimbang. Individu yang bertingkah laku moral dapat bertindak dengan
penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang
berlandaskan penaakulan dan emosi moral.
Perkembangan tindakan dan perlakuan moral boleh dilakukan dengan:
1. Bertindak secara autonomi berdasarkan kepada prinsip moral yang asas
2. Bertindak secara konsisten atau sebagai sesuatu kebiasaan dalam kehidupan
3. Bertanggungjawab sendiri atas tindakan yang diambil
4. Beriltizam untuk menjadikan nilai sebagai satu ciri perwatakan diri sendiri dan dalam
hubungannya dengan orang lain.
Antara contoh tindakan moral:
i. Memimpin orang buta menyeberang jalan
ii. Tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut
melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan dan
ditegah oleh agama
iii. Sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki
sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.
Tindakan moral merupakan tindakan yang bersepadu dan menyeluruh, seperti mana yang
dinyatakan:
“A morally educated person must not only act or feel in a certain way, but must do so for the
right reasons. If people merely “do the right thing” unthinkingly out of habit, fear, impulse or
conditioning, we would not say that they have been morally educated, or even that they are
acting morally in an appropriate sense…The person must therefore (a) know what the right
reasons are and (b) have convinced himself that they are right. Knowing the right reasons
depends on understanding the general principles that underpin moral decision-making.” (Wilson
dalam McLaughlin & Halstead, 2000, m.s. 251-252).
Sifat-sifat moral seseorang individu dapat dilihat melalui perlakuan yang mengambarkan
sifatya. Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat bermoral kerana masing-
masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Walaubagaimanapun, tiga prinsip utama telah
dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu:
1. Prinsip Keadilan
Prinsip ini mementingkan saksama, seimbang dan sama rasa. Namun begitu, tidak juga
menunjukkan keadilan bila seseorang yang bekerja lebih tetapi masih mendapat layanan yang
sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka. Keadilan merupakan satu prinsip moral
yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan
masyarakat. Keadilan juga membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan
diri sendiri.
2. Prinsip Alturisme
Prinsip alturisme merupakan perlakuan atau tindakan yang bertujuan untuk kebaikan
orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Keputusan yang diambil dan tindakan yang
dilakukan bersifat moral dan berperikemanusian. Alturisme melahirkan perasaan kasih saying,
simpati dan empati yang seterusnya akan menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri.
Contohnya, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu untuk menyumbangkan
tenaga samada dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di
Acheh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang
ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.
3. Prinsip Autonomi
Prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Sekiranya
pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar adalah tidak
boleh dikategorikan sebagai tindakan moral. Keadaan ini disebabkan oleh individu yang dipaksa
membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara rasional dan adil. Tingkah
laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar. Sebagai contoh, Khalid memilih untuk
tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok
bukan kerana dia takut dimarah ibubapa atau guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi
dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun.
Nilai-nilai peribadi yang unggul akan dapat mengawal tingkah laku dalam sistem
kognitifnya atau sistem nilai peribadinya sebagai suatu struktur dalaman yang jelas dan teratur.
Terdapat dua nilai yang utama, iaitu nilai-nilai mutlak dan nilai-nilai kegunaan. Nilai-nilai
mutlak merupakan nilai-nilai yang diingini untuk menjadi unggul, contohnya kebijaksanaan,
kehormatan diri, kebahagiaan dan keselaman. Manakala, nilai-nilai kegunaan membolehkan
seseorang mencapai sesuatu yang unggul tadi, contohnya, kejujuran, berdikari,
bertanggungjawab dan penyayang.
Kedua-dua nilai diatas disepadukan oleh individu sebagai criteria kepercayaannya.
Kepercayaan inilah yang membimbing atau menentukan tindakan, sikap terhadap benda atau
situasi, ideology, penampilan diri kepada orang lain, penilaian, pertimbangan, membandingkan
diri dengan orang lain dan usaha-usaha untuk mempengaruhi orang lain.
Seseorang individu ituakan membentuk nilai yang akan bertindak sebagai panduan
perlakuan dan penilaian bersesuaian dengan dirinya untuk melakukan sesuatu. Sistem nilai ini
merupakan organisasi kepercayaan berkenaan cara-cara perlakuan. Sistem nilai yang dipelajari
oleh individu itu disepadukan dalam satu organisasi dan membolehkan individu memilih tingkah
laku yang sesuai berdasarkan situasi yang dihadapinya. Sistem inilah yang akan mengawal cara
pemikiran dan seterusnya membentuk tingkah laku seseorang individu.
Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral ataupun disebutkan sebagai falsafah
moral atau etika telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai
tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta
dalam hubungan antara individu.
Menurut Lickona (1980) perkembangan moral harus meliputi tiga rangkaian
pertumbuhan moral yang saling berkaitan iaitu perkembangan pemikiran moral, perkembangan
perasaan moral dan perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral akan membawa perubahan yang progresif ke arah
kematangan moral.
6.0 PERHUBUNGAN ANTARA-ANTARA MORAL
Secara ringkas, penaakulan, perlakuan, dan perasaan seseorang individu akan
membenarkan individu sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga supaya sesuatu yang
dilakukannya adalah mengikut kehendak normatif di mana dia berada. Sebagai contoh, apabila
seseorang individu melakukan sesuatu yang salah atau tidak bermoral, dia akan berasa takut,
menyesal, atau rasa bersalah. Jika dia mempunyai pemikiran ini, dia tidak akan melakukan lagi
tindakan yang antinorma dan antisosial ini. Oleh itu, emosi moral dalam dimensi moral ini
adalah sangat penting bagi menentukan apa yang mingkin dilakukan atau tidak dilakukan oleh
seseorang individu. Sebenarnya dimensi moral ini adalah sama penting dari segi moral.
Kupperman (1983) melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak
bermoral tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa.
Akan tetapi individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan
mangsanya kerana adalah sukar untuk dia memperoleh perasaan moral.
Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu
dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi
dan perasaan individu tersebut pada masa yang sama, supaya perlakuan ini adalah bersifat moral,
dan bukan hanya mengikut “perintah” atau “arahan” daripada penaakulannya, yakni penaakulan
ini mungkin dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penakulan yang tanpa rasional dan tidak
bebas, serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan
individu yang tidak berautonomi dan mingkin tidak bermoral, kerana tindakan atau tingkah
lakunya mungkin telah bertentangan dengan halurnya.
Oleh itu, kesemua dimensi ini mesti saling “berinteraksi” atau “mempengaruhi” antara
satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang
bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional, dan bebas dalam dimensi etika penaakulan,
perasaan, dan perlakuannya.
top related