konsep kerjaya guru sebagai ibadah
Post on 30-Jun-2015
682 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah
PERSPEKTIF AGAMA
AGAMA ISLAM
Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai:
a) Al-mu'allim Ü menyampaikan ilmu yang benar
b) Al-murabbi Ü menjayakan proses tarbiah
c) Al-mu'addi Ü mengajarkan adab dan budi pekerti
d) Al-mursyid Ü membentuk kepimpinan insan
e) Al-mudarris Ü menitipkan pelajaran dan kemahiran
f) Qdwatun hasanah Ü beri contoh yang baik
Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.
Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan.
Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.
AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah rahib atau disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan.
Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.
AGAMA HINDU
Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi.
Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.
AGAMA SIKH
Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh.
Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid– muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran.
AGAMA KRISTIAN
Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung. Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak – anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible.
Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Tuhan lebih mengetahui
tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas kebaikan kita tersebut.
PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH
Essensialisme
Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938). Antara pendidik yang tergolong dalam mazhab ini ialah :
1. Thomas Briggs.
2. Frederick Breed.
3. Isaac L. Kandel.
Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai- nilai tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman(1958) ahli- ahli essensialisme meletakkan guru di tengah- tengah(pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat.
Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus.(James B. Conant dan Hyman George Rickover) Guru juga harus mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan atau ganjaran dan denda.
Progresivisme
Falsafah ini diasaskan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-an. Falsafah ini muncul daripada pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk pendidikan oleh John Dewey.
Menurut falsafah ini, guru merupakan pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar- pelajar mengenali masalah- masalah yang dihadapi oleh mereka dalam persekitaran yang berubah. Hal ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan persekitaran yang baik dan selesa.
Rekonstruktivisme
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi falsafah sendiri. Pelopor utama ialah George S. Counts(1899- 1974) dan Harold O. Rugg(1886- 1960). Kedua- duanya ialah penyokong pragmatisme John Dewey.
Menurut falsafah ini, peranan guru bukanlah untuk menyampaikan pengetahuan, tetapi berperanan untuk menimbulkan isu- isu sosial yang dianggap penting. Hal ini dapat membentuk kematangan di dalam pelajar dan mereka lebih mengenali diri sendiri. Di samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada para pelajarnya bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran
yang baik di mana manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka.
Eksistensialisme
Falsafah ini berdasarkan Naturalisme Rousseau dan mazhab Humanis. Dipelopori oleh Carl Rogers(1902- 1987) .
Menurut falsafah ini pula, sebagai manusia yang bebas, guru mestilah berusaha untuk mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat yang cuba menghilangkan sifat- sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan kebebasannya. Tugas ini adalah sangat berat tetapi sebagai seorang guru, kepercayaan masyarakat hendaklah dibalas dengan kejayaan. Oleh itu, seorang guru hendaklah sabar dan berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan yang diingini.
Di samping itu, falsafah ini menekankan guru untuk menghormati kebebasan pelajar seperti mana dia menilai dirinya sendiri Hal ini memberikan kebaikan kepada guru dan murid-murid kerana saling menghormati antara satu sama lain.
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan
negara bangsa yang amat panjang dalam mengorak langkah
mencapai kemerdekaan. Selari dengan proses tersebut,
pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman.
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan di
Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu
sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan
semasa. Perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka
terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelum kedatangan
British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua
dan awal kemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan
Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan selepas merdeka
terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-1965),
tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975).
Perkembangan sistem pendidikan semasa pula berlaku selepas
tempoh 1975.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum
merdeka iaitu sebelum kedatangan British pendidikan pada
umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal
formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-
Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan
juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan
agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para
ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-
sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri
seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang
terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-
Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi
daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya
mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal
dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang
amat tinggi.
Perkembangan sistem pendidikan semasa
penjajahan British(1984-1986) pula bermula setelah Francis
Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang Dunia
Kedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian
terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell(Gabenor
negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan
bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan
bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah
menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di
Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan
British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di
Pulau Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa
diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan,
Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan
Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di
Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat
dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A
Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”.
Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang
terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan
dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah.
Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas
itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka
dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah
didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka
pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun
1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari
negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan
sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran
Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang
diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China.
Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan
sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah
mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi
bertambah baik.
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula
semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan
gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India
telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam
bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan
Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan
mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada
peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah
sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah
sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular
Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada
peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal
mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri
Lanka dan India.
Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris
pula bermula apabila pada peringkat awal penubuhannya,
kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha
kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School
telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti
berikut:
i. untuk semua bangsa;
ii. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
iii. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran
sekolah dengan kadar berpatutan;
iv. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris
dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
v. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
vi. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
vii. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan
menjahit dan lain-lain;
viii. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan
serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun
1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada
awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh
kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu
Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak
Melayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem
pendidikan untuk tempoh kedua selepas kedatangan British
pula bermula dari tempoh 1946-1957. Perkembangan
pendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki
Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945 iaitu pada
Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah
terpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya
digunakan untuk mengajar bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak
Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau
bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap
kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang
dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu
1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut
kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan
pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru
terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka
yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai
etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.
Sistem pendidikan di Malaysia pada awal
kemerdekaan bermula setelah Parti Perikatan merebut 51
daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pertama di
Persekutuan Tanah Melayu.Sistem pendidikan pada zaman ini
masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam
Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya
telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang
ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun
ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun
1960.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka
bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap
pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta
Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama
ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah
Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka
Jurusan(1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah.
Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah
Rancangan Malaysia Pertama yang digubal untuk
menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada
masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini
termasuklah penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi
Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem
pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan
perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai
tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan
pendidikan dalam perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua),
penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem
pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah
sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat
penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut
ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan
Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata
pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para
pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk
mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
“Mengkaji semula matlamat dan
berkesannya sistem pelajaran sekarang,
termasuk kurikulumnya, dalam rangka
dasar palajaran yang wujud, dengan
tujuan untuk memastikan bahawa
keperluan tenaga rakyat negara dapat
dipenuhi sama ada dari segi jangka
pendek mahupun jangka panjang, dan
lebih-lebih lagi untuk memastikan
bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah
melahirkan masyarakat yang
bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”
(Sumber: Education In Malaysia, 1980)
Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi
peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah
tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,
perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan
perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta
mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan
diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru
bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan
dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran
Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-
kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah
serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta
telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara
ini termasuklah:
i. Akta Pelajaran 1995
ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi
Swasta 1996
iv. Rang Undang-Undang Universiti dan
Kolej(Pindaan 1996)
v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi
Negara 1996
vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara
1996
Perkembangan terhadap sistem pendidikan
berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah
penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia
1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah
Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006.
Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem
pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan
datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus
meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri
mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh
Malaysia.
Perkembangan Kurikulum dan Perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan
agar setaraf dengan negara – negara maju yang lain, tahun
1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap
terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai
perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping
berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa
yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga
nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut.
Perlaksanaan kurikulum baru KBSR adalah susulan daripada
perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada
tahun 1979. Berikutan itu, Kementerian Pendidikan pada ketika
itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan
perakuan yang terkandung dalam laporan tersebut. Oleh yang
demikian, kurikulum di peringkat rendah dan menengah telah
dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan
lagi mutu pendidikan negara. Oleh yang demikian, segala
perubahan dalam kurikulum, cita - cita FPN dan pendekatan
yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum menengah
perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat
murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan
dengan berkesan dan sempurna.
Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara
yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan,
menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula
keseluruhan system dalam pendidikan kebangsaan.
Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan
sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi
memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan
yang diperlukan. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang
bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR
turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu
secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta
pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai
pula ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan
menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Yang
kedua, murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu
kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu. Seterusnya
yang ketiga pula ialah, melalui KBSR, pembinaan sikap dan
perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai kemanusiaan dan
kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk
dikalangan murid. Yang keempat, murid dapat bergaul ,
menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai
semangat kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid
dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat
serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu
bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran
dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi
pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang
mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina,
Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang
Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua
komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili
bidang ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri
individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi
yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di
atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di
sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat,
akhlak, nilai – nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah
dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan
negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta
integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik.
A). Sumbangan Ahli Falsafah Yunani
1. Socrates
- Beliau dianggap sebagai bapa falsafah dan demokrasi Yunani.
- Socrates menggunakan kaedah bertanya untuk mencari jawapan, pengetahuan dan kebenaran. Segala perkara yang berlaku dalam alam ini harus dibuktikan. Kaedah ini menggalakkan orang ramai menggunakan akal.
- Persoalan yang dibangkitkan oleh Socrates menyentuh kehidupan manusia dan menanamkan nilai individualisme di jiwa rakyat Athens.
- Beliau mengajar manusia berkelakuan dan berakhlak baik serta berfikir dengan bijak.
- Beliau dihukum mati kerana dituduh menafikan dewa dewi dan merosakkan pemikiran golongan muda yang menggunakan kaedahnya iaitu menyampaikan pengetahuan melalui cara menyoal untuk mendapatkan kebenaran.
2. Plato
- Plato adalah anak murid Socrates.
- Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah yang bernama Akademi di Athens di mana sekolah itu telah melahirkan ramai ahli falsafah.
- Menurut beliau, sesuatu kerajaan dan juga kehidupan manusia haruslah berpandukan kepada prinsip-prinsip kebaikan, kemuliaan, keadilan dan kasih sayang. Beliau juga menegaskaan bahawa hak yang sama harus diberikan kepada golongan wanita.
- Plato dalam bukunya ‘ Republik ’ menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik kepada rakyat dan menekankan bahawa kerajaan yang ideal adalah kerajaan yang dipimpin oleh ahli falsafah.
- Selain itu, pemerintah harus memberi pendidikan kepada setiap warganegara supaya manusia boleh mempunyai hidup yang baik, sempurna, berbudi dan berdisiplin.
3. Aristotle
- Aristotle adalah pengikut Plato yang terkenal dan dikenali sebagai bapa logik.
- Menurutnya, ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah haruslah diperolehi melalui proses pemerhatian, pengumpulan, penyusunan fakta serta fikiran yang yang teratur, tepat atau berdasarkan hubungan sebab dan akibat.
- Beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran.
- Idea dan falsafah Aristotle terkandung dalam bukunya yang berjudul ‘ Ethics ’ dan ‘ Politic ’ .
- Dalam bukunya Politic, Aristotle menyarankan supaya manusia harus mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan.
- Menurut Aristotle, kerajaan bercorak demokrasi adalah sistem yang zalim dan menindas kerana mengabaikan perbezaan antara manusia. Bagi beliau, kerajaan yang baik adalah politi di mana pemerintahannya dijalankan oleh orang ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik pemerintahan monarki dan oligarki.
- Beliau menubuhkan sebuah sekolah bernama Lyceum untuk mengembangkan falsafah dan kajian sainsnya.
B). Sumbangan Ahli Falsafah China
1. Mencius
- Falsafah tamadun awal China dipengaruhi oleh perubahan musim. Menurut Mencius, seorang ahli falsafah China, semua benda di dunia termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum iaitu Yin dan Yang.
- Yin dan Yang melambangkan keharmonian dan saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan seperti kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan di antara kedua-dua unsur ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China.
2. Confucianisme
- Falsafah China juga tertumpu kepada manusia dan hubungannya dengan orang lain dan di dalam masyarakat. Ahli-ahli falsafah China seperti Confucius juga berusaha untuk memperkukuhkan semula feudalisme di China untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian. Ia tidak menekankan manusia sebagai individu yang bebas.
- Confucianisme yang berasaskan kepada ajaran Confucius, wujud pada zaman Dinasti Chou yang mengalami keruntuhan akhlak akibat keruntuhan sistem feudal dan peperangan. Menurut Confucius, manusia tidak hidup berseorangan atau terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia diajar bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.
- Ajaran Confucius memberikan penekanan tentang harga diri dan kemanusiaan. Penekanan diberikan kepada prinsip amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati. Kerajaan yang aman dan makmur dapat diwujudkan sekiranya pemerintah menunjukkan budi pekerti yang baik untuk dicontohi oleh rakyat.
- Pedoman untuk hubungan dalam masyarakat dibahagikan kepada lima bentuk iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat, ibubapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Sekiranya wujud hubungan hormat-menghormati, kesopanan, kesusilaan dan bertanggungjawab, maka akan wujud keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
- Ajaran-ajaran Confucius boleh diperolehi daripada dua buku iaitu Klasik Confucius dan Analekta.
3. Taoisme
- Taoisme berasaskan kepada ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Ajaran falsafah mereka terkandung dalam dua buah buku mereka iaitu Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Ajaran ini ialah reaksi terhadap ajaran Confucius yang menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial.
- Ajaran Tao ini menekankan keharmonian manusia dengan alam semesta. Tao adalah suatu cara atau jalan untuk mencapai keharmonian itu. Menurut ajaran Tao, manusia tidak harus mementingkan keduniaan dan mencari kebahagiaan dengan mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Manusia harus hidup sederhana serta melakukan meditasi dan hidup berharmoni dengan peraturan alam semesta.
- Taoisme menegaskan bahawa kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang sedikit serta mudah difahami oleh rakyat. Penekanan kepada alam telah menggalakkan pengikut Taoisme menerokai sains dan teknologi. Pengaruh Taoisme juga terdapat dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.
4. Legalisme
- Legalisme merupakan satu lagi falsafah yang penting di China. Ia mengajukan kepentingan penekanan undang-undang untuk mewujudkan kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat.
- Pemikir unggul Legalis adalah Han Fei yang menulis Han-fei-tzu yang merupakan falsafah legalis yang komprehensif. Pengikut Legalisme tidak percaya tentang kasih sayang dan belas kasihan. Kuasa harus dikekalkan dan dipelihara dalam apa jua keadaan.
- Menurut Han Fei, nilai-nilai yang dicadangkan oleh Confucius adalah hipokratik dan hanya digunakan untuk kepentingan sendiri.
- Falsafah ini digunakan oleh Maharaja Shih Huang Ti untuk memerintah dan mengekalkan kuasanya setelah beliau berjaya menyatukan Negeri China.
Kesimpulan
- Pelbagai jenis falsafah yang muncul di Yunani dan Negeri China muncul akibat keadaan politik dan sosial yang wujud pada zaman itu yang memerlukan pendapat dan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah pada zaman itu. Sumbangan ahli-ahli falsafah di Yunani dan China juga adalah relevan untuk kehidupan pada masa kini.
Penyata Razak 1956
Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.
Cadangan yang dikemukan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
top related