konsep kesepaduan dan integrasi serta gabungjalin dalam pendidikan
Post on 21-Jan-2016
282 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Konsep kesepaduan dan integrasi serta gabungjalin dalam Pendidikan Jamani
Konsep Kesepaduan dalam Pendidikan Jasmani
Maksud konsep kesepaduan :
• Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengabungan unsur-unsur ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata pelajaran secara integrasi dan menyeluruh.
• Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.
Kesepaduan merupakan
Penjalinan dan pengaduan unsur-
unsur ilmu pengetahuan
Kemahiran Bahasa Nilai-nilai
Teknik yang boleh digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku:
1. Penggabungjalinan- Beberapa kemahiran dapat diperoleh secara
serentak dan tersepadu- Contohnya : Topik pengiraan BMI dalam
Pendidikan Jamani, maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani.
2. Penyerapan⁻ proses menyatukan isi atau kandungan
daripada mata pelajaran lain⁻ Contoh : Guru mengajar pergerakan kreatif
dan pada masa yang sama guru menggabungkan muzik. Oleh itu, murid dapat mempelajari ilmu muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.
Cara pelaksanaan konsep kesepaduan :
1. Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran
2. Kesepaduan yang berbentuk “intra”3. Kesepaduan yang berbentuk “inter”4. Kesepaduan antara aspek teori dengan amali5. Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktivtii
kurikulum6. Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah
dengan luar bilik darjah7. Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
1. Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.
⁻ Contoh :Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan
sama untuk beberapa permainan tertentu.Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk
aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.
2. Kesepaduan yang berbentuk “intra” .– iaitu berlaku dalam satu mata pelajaran– Ilmu pengetahuan bercantum dengan
kemahiran dalam satu mata pelajaran– Contoh : dalam Pendidikan Jamani, guru
mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral iaitu bekerjasama.
3. Kesepaduan yang berbentuk “inter”.– iaitu yang berlaku dengan menggabungkan
pengetahuan atau pengetahuan dengan mata pelajaran lain.
– Contoh : Dalam Pendidikan Jamani ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sinilah pergabungan dengan subjek sains.
4. Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.– Contoh : Pendidikan Jasmani yang teori yang
terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan untuk murid-murid.
5. Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktivtii kurikulum.
– Contoh : Pendidikan Jasmani yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti Persatuan Olahraga.
6. Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.
– Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan
dilakukan dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah ( secara pratikal dan amali) supaya murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.
7. Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
– Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum
penagajran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian.
Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.
Konsep integrasi dalam Pendidikan Jasmani
Konsep integrasi
• Mencantum strategi yang terbaik, menarik sesuai dan berkesan.
Definisi dari pelbagai aspek :
aspek Peneranganpsikologi segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.
sosiologi Perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelahar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru
pedagogi Kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.
1. Penggabungjalinan2. Penyerapan3. Penerapan4. Pemulihan 5. Pengayaan
Jenis-jenis integrasi :
1. Penggabungjalinan • Proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
• Jenisnya : Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran
lain ke dalam sesuatu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
2. Penyerapan• Proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
• Contoh : muzik – penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk
pergerakan manusia Matematik – pengiraan markah dalam sukan Kemahiran berfikir – mendidik murid membuat
keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah (diserap semasa membuat kategoti, menerangkan dan lain-lain )
3. Penerapan• proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar dan lain-lain.
• Pendekatan : pendekatan implisit
Penerapan secara tidak langsung.Contoh : guru berpakaian kemas, jujur , amanah,
menetap masa dan lain lainPendekatan eksplisit
Mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan lain-lain yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
4. Pemulihan • Untuk membantu pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahrian asas 3M.
5. Pengayaan• Aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya
melebihi sederhana atas pintar cerdas.
Kelebihan integrasi :
• Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja
• Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian aktiviti seni dalam pendidikan
• Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas
Konsep gabungjalin dalam Pendidikan Jasmani
Maksud konsep gabungjalin :
• Tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal , kestabilan emosi, sosialisasi nilai dan perhubungan positif
Ciri-ciri gabungjalinan :
– Integrasi beberapa kemahiran– Prosesnya bersepadu dan menyeluruh– Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik– Kemahiran utama menjadi fokus– Organisasi kemahiran fleksibel– Kemahiran diintegrasikan saling kukuh-
mengukur antara satu sama lain.
Jenis-jenis gabungjalin :
1. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.
2. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.
3. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum
1. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.
melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori :a) kemahrian fokus : suatu kemahrian utama yang hendak
disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
b) Kemahiran sampingan : kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran memfokus.
2. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.
bagi meningkatkan kemahiran murid.
3. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum
Melibatkan kemahiran-kemahiran : a) kemahiran belajar untuk belajarb) Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritisc) Kemahiran menyelesaikan masalahd) Kemahrian pelbagai kecerdasan
Cara mengguna gabungjalin :
– mengenalpasti kemahiran utama dan sampingan – Kemahiran utama diberi fokus– Kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran
utama– Kemahiran ytama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,
kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran.– Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan
berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid.– Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai.
Setiap kemahiran hendaklah dikaitan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.
Kebaikan gabungjalin :
1. Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh2. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam
penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
3. Murid-murid berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan
4. Gabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan
5. Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.
top related