konsep pemerolehan bahasa
Post on 01-Jan-2016
65 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Konsep Pemerolehan Bahasa.
Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa ialah sistem
undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna.
Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.
Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan
mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat
penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.
1.4.1.1 Perolehan Bahasa.
Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan
orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan
yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur. Kebolehan bertutur dan menggunakan
bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain,
malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di
persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum
tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat
memahami maksud sesuatu perkataan(Dollaghan, 1985). Semasa membesar kanak-kanak
mempelajari perkataan baru dengan membandingkan pekataan yang sudah diketahui oleh
mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995)
1.4.2 Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan
pengalaman yang menggembirakan. Bagi mengalakkan perkembangan bahasanya kanak-
kanak perlu berhubung. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan
menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka,
kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan
mengatasi batasan masa dan ruang.
Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik
dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, objek dan perkataan. Adalah
jelas, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan daya perhubungan mengikut
peringkat umur serta daya kefahaman mereka. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak
bertutur dengan berkesan jika mereka tidak memahami apa yang disebutkan. Pengalaman
menggunakan bahasa secara lisan amat penting bagi mengembangkan bahasa kanak-
kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran
linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-kanak
dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.
1.4.3 Pembelajaran Bahasa
Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi
yang pernah didengari. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya
bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan
cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-
kanak pada peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic
ini mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal
dan menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan
memanipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah,
mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.
1.4.4 Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa:
1.4.4.1 Model Behavioris
Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa
melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fi zikal. Mereka
yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir,
Fries dan Brooks. Manakala, sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson,
Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan
sesuatu tingkah laku terjadi melalui ulangan perlakuan. Menurut teori ini, tidak ada struktur
linguistik yang dibawa sejak lahir. Mereka berpendapat bahawa anak yang lahir tidak
membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. Bahkan Brown (1980) dalam
“Principles of Language Learning and Teaching” menyatakan bahawa kanak-kanak lahir
ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya
yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan terhadap
tingkah lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasa akan diperoleh melalui
pengalaman dan proses pembelajaran.Dengan demikian, bahasa yang didengari akan
dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar
memandu kenderaan.
Menurut model behavioris pembelajaran bahasa merupakan proses yang berdasarkan
kepada peraturan pelaziman operan, iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak
balas. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru
bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. Dengan erti kata
lain, ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas
seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus
seperti “mama” atau “papa” dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan
pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut.
1.4.4.2 Model Nativis – Chomsky (1969-1980)
Beliau telah memperkenalkan Teori Nativisma. Chomsky mengatakan bahawa otak manusia
telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami
bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Beliau mengenalpasti sistem ini sebagai LAD (
Language Acquisition Device ) yang bergantung kepada sel-sel dalam serebrum korteks.
LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak menganalisis bahasa yang mereka
dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul.
Pandangan Nativis tentang teori pemerolehan bahasa adalah berdasarkan Model Innatis.
Teori ini kerap dinyatakan dengan teori pemerolehan bahasa yang behavioristik. Contoh
pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa.
Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan
selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada di
persekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Ini bermakna
persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan berbahasa kanak-kanak.
Secara hipotesisnya, kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur
berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah.
Berdasarkan pandangan ini, ianya mempercayai apabila dilahirkan, setiap manusia mula
mengenali dan memahami peraturan berbahasa secara umum sahaja dari segi tatabahasa
dan erti perkataan. Berdasarkan itu, kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang
baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan
lebih teratur. Untuk itu, kanak-kanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan
penguasaan tatabahasanya.
S
Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pandangan nativis dengan pandangan behavioris.
EMAK KENDIRI 1.1
1.4.4.3 Model Konstruktivis
Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada enam teori pembelajaran
penting yang perlu kita ketahui, iaitu:
(i) Teori pembelajaran pembentukan kebiasaan.
(ii) Teori pembelajaran kod kognitif.
(iii) Teori pembelajaran interaksionalis.
(iii) Teori pembelajaran fungsionalis.
(iv) Teori pembelajaran situasionalis.
(v) Teori pembelajaran anggapan.
• Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu
sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor persekitaran menjadi
rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Ia juga
menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas.
Contoh: Dalam konteks pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini
bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.
• Teori Pembelajaran Kod Kognitif
Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu
satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semula jadi. Teori ini
mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran
dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini
membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan.
Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan leksikal. Di
samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan ia menganggap bahasa adalah
fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.
• Teori Pembelajaran Interaksionalis
Menurut teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka
boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat.
Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu
proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu, kanak-kanak perlu memahami dan
menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam
masyarakat.
Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai
dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya
dengan fasih dan lancar.
• Teori Pembelajaran Fungsionalis
Teori ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa.
Secara tidak langsung teori ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.
Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu:
a. Bahasa sebagai alat penyampai idea – Bahasa digunakan untuk berhubung,
berkongsi pendapat dan pandangan.
b. Bahasa untuk menyampaikan maklumat – Bahasa berkeupayaan untuk
menyampaikan maklumat oleh penutur.
c. Bahasa sebagai alat komunikasi – Bahasa digunakan untuk tujuan berinteraksi.
Untuk itu, teori pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting. Antaranya ialah:
Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan terbuka. Perkara
dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik. Bahasa ditutur mengikut
keadaan dan sistem sosial. Bahasa merupakan alat untuk berhubung, melahirkan pendapat
dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.
• Teori Pembelajaran Situasionalis
Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan untuk
menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat
dan sebagainya. Mengikut teori ini, bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan
pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan diamalkan
penggunaannya.
Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentuk-bentuk ayat yang
gramatis perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak. Teori ini juga mementingkan
pengalaman sedia ada murid menangani isi pelajaran. Teknik pembelajaran seperti main
peranan, simulasi atau lakonan sesuai digunakan di dalam kelas.
• Teori Pembelajaran Anggapan
Teori ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang
bersistem. Teori ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna dan ia
juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna.
Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-kanak dan kemudian
mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan.
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas
konsep asas perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut peringkat-
peringkat umur bermula sejak lahir sehingga berumur 4 tahun.
Tajuk 2 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Prasekolah
2.1 Sinopsis
Tajuk ini berfokus kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Ia merangkumi matlamat
pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa mengikut umur dan peringkat
perkembangan bahasa kanak-kanak.
2.2Hasil Pembelajaran
1. mengetahui matlamat pembelajaran bahasa.
2. mengenal pasti ciri-ciri kebolehan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat
umur
3. merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memupuk kebolehan berbahasa.
4. mengetahui peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak serta ciri-ciri
berkenaan.
2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
2.4 Matlamat Pembelajaran Bahasa
Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan
mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa
sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.
Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap
individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pandangannya.
Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan
perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak
membina konsep mengenai alam dan manusia di persekitarannya. Selain itu,
pembelajaran bahasa juga membolehkan kanak-kanak mendengar dan menyatakan apa
yang didengar dengan sebutan yang betul. Kanak- kanak juga dapat menggunakan
bahasa yang bertatasusila.
Melalui pembelajaran bahasa, kanak-kanak dapat membaca dan menceritakan isi
bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak dapat menulis
dan membina ayat atau perkataan dengan betul. Tambahan lagi, pembelajaran bahasa
membantu kanak-kanak membentuk idea bahasa dan menjadi alat kepada
perkembangan kendiri dan sosial.
Amat mengkagumkan bahawa kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan orang
lain dengan begitu pesat sekali seolah-olah seperti suatu keajaiban.
Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Prasekolah
Subtajuk 1
Matlamat Pembelajaran Bahasa
Subtajuk 2
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
Subtajuk 3Peringkat
Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem
Bahasa
2.4 Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula. Dengan perkembangan bahasa yang semakin
meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam perbualan.
Jadual 2.1: Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Dari Umur Lahir Hingga Enam
Tahun
Umur Kebolehan Aktiviti
Lahir • Menangis atau senyum untuk menyatakan sesuatu.
• Bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding
bunyi lain
1 tahun • Meniru bunyi antara umur 9 ke 18 bulan kanak-kanak
mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
• Tindak balas kepada beberapa perkataan yang biasa
didengari
• boleh menyebut perkataan ( mengenal nama benda
ataupun orang )
Bertutur
dengan
kanak-kanak
iaitu dengan
memandang
ke arah mata
kanak-kanak
(eye contact)
2 tahun • Mencantum beberapa perkataan mudah untuk menjadi
ayat yang pendek.
• Boleh menyebut dan mengenal perkataan yang mudah
dari objek atau gambar menguasai hampir 30
perbendaharaan kata
Perbualan
dan bertutur
dengan
kanak-kanak
3 tahun • Menggunakan perkataan untuk mendapatkan sesuatu
menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam
percakapan.
• Mengenal pasti perlakuan atau pergerakan di dalam
gambar
Perbualan
bersama
kanak-kanak
4 tahun • Gemar bercakap, boleh berbual dengan ayat yang lebih
panjang.
Perbualan
dengan
• Boleh membaca pantun, “rhymes” dan bercerita
menggunakan perkataan untuk menyebut warna, huruf
dan bentuk.
• Suka menyebut perkataan-perkataan
yang baru dan suka menyanyi
kanak-kanak
5 tahun • Mula bertanya berbagai soalan
• Boleh menjelaskan maksud sesuatu
perkataan/ayat.
• Boleh membina ayat yang lebih panjang
• Mula membaca dengan sendiri
• Bercakap seperti dewasa
• Suka kepada perkataan baru
Perbualan
antara guru
dengan
kanak-kanak
dan rakan-
rakan
sebaya.
6 tahun • Menghadapi masalah dalam mengelaskan tentang
sesuatu hal atau keperluan
• Berbual menggunakan ayat yang lebih panjang
• Bercerita tentang pengalaman seharian
• Suka kepada perkataan yang pelik-pelik
Perbualan
pagi dan
mengadakan
aktiviti-aktiviti
berinteraksi
FIKIRKAN ???
Cuba baca bahan-bahan mengenai cara kanak-kanak belajar
berbahasa .
2.5 Sistem Bahasa
Untuk memperoleh kemahiran berbahasa yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan
dengan pelbagai program pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu guru perlulah
mengetahui sistem bahasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1: Sistem Bahasa
Setiap jenis bahasa merupakan satu set sistem yang merangkumi fonologi, morfologi,
sintaksis, semantik dan pragmatik.
Cuba membaca bahan-bahan mengenai sistem bahasa.
2.6 Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem Bahasa
Perkembangan bahasa mengikut suatu urutan. Perkembangan bahasa
kebanyakan kanak-kanak bermula dari tangisan yang berbeza ( tangisan yang berbeza
sebagai gerak balas terhadap rangsangan yang berbeza, contohnya berasa sejuk atau
panas, dicucuk oleh benda yang tajam dan sebagainya ) kepada luahan perasaan
dengan menggunakan satu perkataan. Nelson (1973) mengklasifikasikan bahasa
kanak-kanak sebagai rujukan atau luahan perasaan. Nama umum adalah secara rujukan
manakala bahasa sosial adalah secara luahan perasaan. Seterusnya kanak-kanak akan
menggunakan ayat yang lebih panjang dan belajar membentuk ayat negatif dan soalan.
Tambahan lagi, bahasa kanak-kanak merangkumi bentuk ayat yang matang dan kurang
matang. Sehingga masa kanak-kanak berumur lapan hingga sepuluh tahun, kebanyakan
bahasa yang digunakan oleh mereka adalah matang. Pada masa yang sama,
kefahaman bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat. Perkembangan bahasa
berterusan sepanjang hayat.
Berikut adalah penyataan perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut sistem bahasa.
(a) Fonologi
Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini
berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan
ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan
berbeza fiturnya.
Peringkat perkembangan fonologi adalah:
• Peringkat menangis
• Peringkat rengekan (cooing)
• Peringkat ajukkan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum)
• Peringkat ajukkan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu)
(b) Morfologi
Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu,
mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendaharaan kata
kanak-kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila menjangkau
umur empat tahun, mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebih 2000 patah
perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara lepas
(past tense).
(c) Sintaksis
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada
satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika
menjangkau umur dua tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut
susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya.
Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada
langsung menggunakan kata tugas.
Setelah meningkat umur lima tahun, barulah bahasa kanak-kanak itu menyamai bahasa
orang dewasa. Setelah umur lima tahun kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat-
ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan
hubungannya dengan struktur luar.
(i) Kanak-kanak berumur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan
mudah seperti ‘ambilkan selipar ayah’, ‘Mana botol sayang’ dan sebagainya.
(ii) Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh menggunakan
perkataan dengan intonasi yang berbeza.
(iii) Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :
• Ayat Penyata: “My toy”, “Daddy’s car,” “adik punya”.
• Ayat negatif: “ Ayah belum balik”, “Adik tak buat”.
• Ayat perintah seru: “ Jangan kacau adik”.
(d) Semantik
Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah
perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan agak cepat.
Mula-mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Ketika inilah kanak-
kanak sering membuat kesalahan,terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil
daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan
mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula
dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.
Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkat perkembangan
intelek Piaget: Sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit:
(i) Sensori motor
• Pada peringkat ini, kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan,
contohnya:
Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan sebut:
“Ayah?” yang bermaksud “Di manakah ayah?”
Jika ia tengok dalam bilik air dan gelengkan kepalanya sambil sebut:
“Ayah”, ini bermaksud, “Ayah tidak ada dalam bilik air”.
Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil “Ayah” sambil cekak pinggang, ini bermaksud,
“Ayah, mari sini”.
(ii) Praoperasi
Di peringkat praoperasi, kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun mula cuba memahami
bahawa ada perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. Walaubagaimana pun
mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami perkataan yang abstrak.
(iii) Operasi konkrit
Ini adalah peringkat umur kanak-kanak berfi kir dan membezakan.
Antara umur 7 – 11 tahun, kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan
membezakan makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada
dan pengalaman terus mereka.
Contohnya: Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah faham fungsi rumah, sebagai tempat
untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan lain-lain.
(e) Peringkat Pragmatik
Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka terhadap konteks
iaitu bagaimana seseorang menyesuaikan bentuk ucapan/perkataan
mengikut konteks sosial yang berbeza.
Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak-kanak belajar peraturan bercakap
daripada komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza
mengikut sosio-budaya dan bangsa.
LATIHAN 1:
LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh
guru prasekolah untuk memupuk perkembangan bahasa kanak-
kanak prasekolah.
Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam
folder anda.
LATIHAN 2:Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) fonologi
(b) morfologi
(c) sintaksis
(d) semantik
(e) pragmatik
Binalah satu jadual perkembangan bahasa mengikut sistem bahasa
kanak-kanak dari sejak lahir sehingga umur enam tahun.
Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam
folder anda.
Tajuk 3 Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Prasekolah
3.1 Sinopsis
Unit ini akan membincangkan tentang faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengajaran
Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah. Pemahaman tentang faktor-
faktor yang dihuraikan diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung dapat mendorong
anda menjadi seorang guru yang mempunyai peranan sebagai pelaksana kurikulum yang
efektif.
3.2 Hasil Pembelajaran
1. mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di prasekolah.
2. mengaplikasi peranan guru sebagai pelaksana kurikulum di dalam bilik darjah.
3.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
3.4 Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah
Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.
Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan
orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada
pembelajaran sepanjang hayat.
Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran berbahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.
Kurikulum Perkembangan Bahasa
dan Komunikasi Prasekolah
Subtajuk 1
Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah
Subtajuk 2
Pengajaran Bahasa Inggeris
Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami
apa yang didengar.
Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta
dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.
Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan
memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.
Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menulis
huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.
OBJEKTIF KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI
i. mendengar dan menyatakan apa yang didengar;
ii. bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;
iii. membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat
perkembangan murid;
iv. menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.
(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)
Rajah 1: Aspek –aspek dalam perkembangan bahasa dan komunikasi
KANDUNGAN DAN HASIL PEMBELAJARAN DALAM KOMPONEN BAHASA
DAN KOMUNIKASI
1. Kemahiran mendengar
KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI
KEMAHIRAN MENDENGAR
KEMAHIRAN BERTUTUR
KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN MENULIS
1.1 . Mendengar dengan penuh perhatian
Mengenal pasti apa yang didengar
Mengecam dan membeza pelbagai jenis bunyi
Mengecam dan membeza intonasi suara
Menceritakan apa yang didengar
Mendengar dan memberi gerak balas terhadap:
a. arahan
b. cerita
c. puisi, ritma atau rentak
d. perbualan
1.2 . Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi perkataan
Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama
Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama
1.3 . Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza
Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza
Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza
2. Kemahiran Bertutur
2.1 . Berinteraksi dengan mesra
Berbual mengguna bahasa mudah dengan sebutan yang betul
Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila:
a. mengikut giliran
b. mengikut situasi
c. mengikut peringkat umur
Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila
2.2 . Merangsang pertuturan melalui soal jawab
Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul
Menjawab soalan dengan tepat
Menjawab soalan secara kreatif
Bersoal jawab secara spontan
2.3 . Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul
Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair
Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa
yang mudah
2.4 . Melakonkan watak-watak mengikut situasi
Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk
menghidupkan watak tersebut
3. Kemahiran Membaca
3.1 . Mengecam dan memadankan gambar dengan perkataan
Memadankan gambar suatu objek dengan lakarannya
Memadankan gambar dengan perkataan
3.2 . Mengenal bentuk huruf
Menyebut huruf mengikut urutan dan
secara rawak
Mengaitkan huruf dengan bentuk
objek di persekitaran
Mengenal bentuk huruf kecil dan
huruf besar
3.3 . Mengenal huruf vokal
Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan
Membunyikan huruf vokal
3.4 . Mengenal huruf konsonan
Mengecam dan membunyikan huruf konsonan
Mengecam bunyi huruf konsonan di awal dan di akhir perkataan yang
diperdengarkan
3.5 . Memperkenal dan menambah perbendaharaan kata
Mengecam dan mengaitkan label pada pelbagai objek dan tempat
Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja
Mengecam perkataan melalui nyanyian atau puisi
3.6 . Membina suku kata dan perkataan
Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (kv)
Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal (kv+kv) dalam satu perkataan
Membaca suku kata terbuka (vkv)
Membaca suku kata tertutup (kvk)
Membaca dua suku kata terdiri daripada (kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk)
Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal berganding dan
konsonan berganding (kv+vk)
3.7 . Membaca perkataan dan rangkai kata
Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna
3.8 . Membaca ayat dalam konteks
Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata
Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai
Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan
3.9 . Memahami bahan yang dibaca
Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca
Menceritakan semula bahan yang dibaca melalui lisan, tulisan atau lukisan
3.10. Membimbing cara membaca
Membaca nama pengarang, judul buku dan penerbit
Membaca mengikut arah dan cara yang betul
Memegang buku dengan cara dan jarak yang betul
Menyatakan cara menjaga buku dengan betul
3.11. Memupuk minat membaca
Membaca pelbagai bahan bacaan
Bercerita tentang bahan yang dibaca
Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca Kemahiran Menulis
4. Kemahiran Menulis
. Membina kemahiran menulis
Melakukan koordinasi mata tangan
Melakukan pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak mengikut
arah yang betul
Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis
Menulis huruf mengikut cara yang betul
Menulis nombor mengikut cara yang betul
. Menguasai kemahiran menulis
Menulis perkataan
Menulis rangkai kata dan ayat yang bermakna
Menulis cerita
top related