kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Post on 06-Jul-2015
168 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TAJUK
KUMPULAN
UPSI - A03(A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB D 20111O49912 0194606414
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK RIDZUAN BIN JAAFAR
TARIKH SERAH: 29 APRIL 2012
PEMARKAHAN
1. RAKAMAN 1
2. REFLEKSI 1
3. RAKAMAN 2
4. REFLEKSI 2
5. RPH
6. LAPORAN KT
7. FORUM
JUMLAH
BAHAGIAN III
KAJIAN TINDAKAN MATA PELAJARAN MATEMATIK
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 1
KANDUNGAN MUKA SURAT
Abstrak 2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3
2.0 Fokus kajian 4
3.0 Objektif Kajian 4
3.1 Objektif Am 4
3.2 Objektif Khusus 4
4.0 Kumpulan Sasaran 5
5.0 Pelaksanaan Kajian 5
5.1 Tinjauan Masalah 5
5.2 Analisa Tinjauan Masalah 6
5.3 Tindakan Dijalankan 8
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian 10
5.5 Refleksi Kajian 15
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 18
Bibliografi 19
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB
MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO
Oleh:
Norahimi bin Abdul Wahab
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Ketior,
33000 Kuala Kangsar, Perak.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 melalui pendekatan permainan
DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam
Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5 dan seorang guru penyelidik terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan
bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam
mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid
mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban.
Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab
ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat
minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi. Maklumat daripada
pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan
pencapaian murid dalam Matematik.
Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan
cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan
pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab hingga 9 x 9.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5. Kelas 5
merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam
Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab
(sifir). Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan
latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya
menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara
50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang (16%) murid
kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa
dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat.
Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang
berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa
buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temu bual secara
tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-
murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini.
Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau
kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk
mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang
sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab
merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau
soalan Kertas 1. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau
strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi
keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa „Mathematics is fun
and easy‟.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 4
2.0 FOKUS KAJIAN
Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan cepat
apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih lagi termenung dan lambat
memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Saya menggunakan
pendekatan permainan domino dalam kajian ini.
Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya
kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan
pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul.
Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas
darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan
cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan
murid-murid terhadap fakta asas darab.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan
murid-murid Tahun 5 dengan cepat dan tepat.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya dengan
tepat atau sebaliknya.
3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan cepat.
3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
kemahiran mencongak fakta asas darab.
3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 5
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 yang didapati mempunyai
masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang
sederhana.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada
soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.
5.1.2 Temuabual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak
formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung
dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan
menghafal.
5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mencongak fakta asas
darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat
yang tepat.
5.1.4 Ujian Pra
Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk
„Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000‟. Ujian pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan murid-
murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. Tempoh masa
menjawab adalah 15 minit.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 6
5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5
Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan
murid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala tiga
orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah mencongak
fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya berbanding
kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam Matematik.
5.2.2 Temu Bual
Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid
meminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk „Pendaraban
Nombor Bulat Hingga 1 000 000‟. Enam orang (100%) mengatakan mereka tidak
berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah, banyak sangat dan mudah
lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan
membosankan.
5.2.3 Soal Selidik
Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab
Hingga 9 x 9
BIL PERKARA SETUJU TIDAK SETUJU
BIL % BIL %
1 Minat matapelajaran Matematik 6 100 0 0
2 Minat tajuk “Pendaraban Nombor
Bulat hingga 1000000” 5 83 1 17
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 7
3 Berupaya mencongak fakta asas
darab hingga
9 x 9
0 0 6 100
4 Mudah lupa fakta asas darab 4 67 2 33
5 Bosan menghafal fakta asas darab 4 67 2 33
6 Berupaya menjawab dengan tepat
soalan pendaraban sekiranya tempoh
masa menjawab dipanjangkan
6 100 0 0
Jadual 1 Menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupaya mencongak fakta asas
darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu
juga, empat orang murid (67%) berasa bosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka
tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid saya
bersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab
dipanjangkan.
5.2.4 Ujian Pra
Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Dalam Ujian Pra
GRED UJIAN PRA
BIL %
A 24 65
B 7 19
C 6 16
D 0 0
E 0 0
JUMLAH 37 100
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 8
Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Murid-murid ini
dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Walaupun
jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut, hanya enam orang
sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk
menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9 x 9 merupakan asas penting
dalam Matematik.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :-
Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran
mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya.
5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )
a) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam
satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.
b) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam
permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya
atau sebaliknya.
c) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu.
5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit )
a) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang
mengandungi 60 soalan.
b) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9.
c) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.
d) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.
5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit )
a) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid
b) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit.
c) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 9
5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit )
a) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3.
b) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid.
c) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3 minit.
d) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.
5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:
a) Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )
Buah dadu
Kad-kad Fakta Asas Darab
Kad Permulaan Permainan
Borang analisa pencapaian kumpulan
Jam
b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )
Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.
Analisa pencapaian individu.
Borang Jam.
c) Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )
Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.
Borang analisa pencapaian individu.
Jam.
d) Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )
Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.
Borang analisa pencapaian individu.
Jam.
5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.
a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 26 Mac 2012 hingga 20
April 2012.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 10
b) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga
Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
c) Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid
juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik.
d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan.
Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
melalui latihan bertulis dan ujian pra.
e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal
selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan
menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab
berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.
f) Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali
iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid
terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
g) Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada
akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran.
Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi
murid.
h) Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah
tajuk „Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000‟. Soalan ujian pra sama
dengan soalan ujian pos.
i) Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma yang berbeza ialah
set soalan bagi Ujian Cepat Kira.
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab)
Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4 minggu
pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam setiap hari
bermula dari 26 Mac 2012 hingga 20 April 2012. Setiap set permainan terdiri daripada
sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan bertanda dan 100 keping kad berkembar yang
setiap hujungnya mengandungi soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 11
Nilai nombor yang bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. Sekiranya ada,
cuma kebetulan sahaja.
Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut:
LANGKAH PENERANGAN
Langkah 1 1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada
murid-murid. 2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka.
a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta murid
meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan.
b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Setiap
kumpulan mendapat 50 keping kad.
c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan giliran
bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan
permainan terlebih dahulu.
d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan kad
fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi.
e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain tersebut akan
membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera.
f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir.
g) Kad-kad boleh diletakkan secara:
i) Melintang sebelah kanan atau kiri
ii) Menegak ke atas atau ke bawah.
h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran akan diambil
oleh pemain kumpulan lawan.
Langkah 2
1) Murid-murid mula bermain.
2) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang
masih tidak memahami cara-cara bermain.
Langkah 3
1) Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan
dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala kumpulan
lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.
3 x 0 27 Soalan fakta asas darab Hasil Darab
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 12
a) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan
minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersaing untuk
menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadi pemenang. Bagi
murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut, mereka juga dikehendaki
menghabiskan kad-kad yang ada. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kemahiran
mencongak fakta asas darab mereka.
b) Refleksi
Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya merangsang
minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka
berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masa yang singkat. Di
samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria, harmonis dan memberikan
keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya ada masa terluang, mereka tidak lagi
membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka mengisi masa
tersebut dengan bermain permainan domino ini. Perubahan ini begitu
menggembirakan saya.
5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )
Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-
langkah bagi aktiviti 2.
a. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. Guru
menerangkan cara-cara menjawab.
b. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit.
c. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.
i. Pemerhatian
Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1
dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap
fakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat
menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua
jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 13
menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan
daripada borang analisa pencapaian individu.
Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (5 minit)
Murid-murid Kumpulan Sasaran
Tempoh masa menjawab terpantas
bagi semua jawapan betul.
( minit: saat )
Murid 1 1:13
Murid 2 1:16
Murid 3 1:14
Murid 4 1:13
Murid 5 0:59
Murid 6 0:59
ii. Refleksi
Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi
bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu
menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih
membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut
dan mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan.
5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )
a. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2.
b. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 4 minit.
c. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.
i. Pemerhatian
Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan walaupun
tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapat menjawab semua soalan lebih
awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa
pencapaian individu.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 14
Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 4 minit )
Murid-murid Kumpulan Sasaran
Tempoh masa menjawab terpantas
bagi semua jawapan betul.
( minit: saat )
Murid 1 0:58
Murid 2 1:16
Murid 3 1:13
Murid 4 1:05
Murid 5 0:52
Murid 6 0:58
ii. Refleksi
Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas
darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.
5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )
a) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam
tempoh masa 3 minit.
b) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.
i Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat
menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang
dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat menyiapkannya lebih awal
daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa
pencapaian individu.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 15
Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit )
Murid-murid Kumpulan Sasaran
Tempoh masa menjawab terpantas
bagi semua jawapan betul.
( minit: saat )
Murid 1 0:59
Murid 2 1:05
Murid 3 1:08
Murid 4 0:58
Murid 5 0:51
Murid 6 0:56
ii Refleksi
Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai kemahiran
mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat
memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.
5.5 REFLEKSI KAJIAN
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan
ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hasil dapatan
daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian
pos.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 16
Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
GRED UJIAN PRA UJIAN POS
BIL % BIL %
A 0 0 6 100
B 0 0 0 0
C 6 100 0 0
D 0 0 0 0
E 0 0 0 0
Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Enam orang (100%) murid
tersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian pra yang
telah dijalankan.
Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian
BIL ITEM
SEBELUM SELEPAS
YA TIDAK YA TIDAK
BIL % BIL % BIL % BIL %
1 Minat mata pelajaran Matematik 6 100 0 0 6 100 0 0
2 Minat tajuk „Pendaraban Nombor
Bulat Hingga 1 000 000‟ 5 83 1 17 6 100 0 0
3 Berupaya mencongak fakta asas
darab hingga 9 x 9 0 0 6 100 6 100 0 0
4 Teknik hafalan mereka
membosankan 4 67 2 33 0 0 6 100
5 Seronok belajar sambil bermain 6 100 0 0
Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta asas darab hingga
9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran saya berbanding
sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan permainan Domino Fakta Asas Darab
dapat merangsang minat murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya
mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor
Bulat Hingga 1 000 000’.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 17
5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan
mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran saya. Mereka
bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana
yang terkawal.
Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid
terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana naluri kanak-
kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan menyebabkan pendekatan
yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Terdapat peningkatan
pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Mereka berjaya menamatkan
permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja berbanding pada peringkat awal
kajian iaitu 11 minit 25 saat.
Apabila mereka telah menguasaikemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9,
maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (Aktiviti 2, 3
dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan. Tempoh
masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul adalah 51 saat.
5.5.3 Refleksi Keseluruhan
Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya
membantu murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan
seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan pendaraban dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina
keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti
tersebut dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
memberikan keyakinan kepada mereka bahawa „Mathematics is fun and easy‟.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 18
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-
murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan
sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab hingga 9 x 9. Soalan-soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah
kepada 100 soalan meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut
tempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga akan saya gunakan
kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian seterusnya.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN Page 19
BIBLIOGRAFI
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun
5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan
Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka &
Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin
Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
top related