kurikulum - model kbsr
Post on 04-Jan-2016
160 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
1
TOPIK 9:
PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR
Kuliah ini akan memperkenalkan:
1 Definisi Kurikulum
2. Teori dan Konsep
3. Model-model Pembinaan Kurikulum
a) Model Tyler
b) Model Taba
c) Model Stenhouse
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
2
1.1 DEFINISI KURIKULUM
a) Taba (1962) Kurikulum adalah satu pelan bagi pembelajaran.
b) Tanner & Tanner (1975) Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil
pembelajaran yang dirancang dan dibimbing.
c) Stenhouse (1975) Kurikuluma adalah satu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
3
d) Pratt (1980) Kurikulum adalah satu set tujuan pendidikan formal/latihan yang tersusun.
e) Marsh & Willis (1995) Kurikulum adalah suatu set pelan dan pengalaman yang saling kait untuk kewajipan seorang pelajar di bawah bimbingan di sekolah.
f) Kerr (2002) Semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dipandu oleh sekolah samada dalam kumpulan atau secara individu, di dalam atau di luar sekolah.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
4
d) KURIKULUM KEBANGSAAN
‘…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menaam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.’
(Akta Pendidikan 1996)
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
5
RUMUSAN
KURIKULUM merupakan suatu pengalaman
pembelajaran yang terancang ke arah
mencapai penghasilan pembelajaran yang
dihasratkan.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
6
MATLAMAT KURIKULUM
Kandungan boleh dirangkumkan ke dalam
4 Kategori:
1. Kategori Kognitif:
2. Katogori Kemahiran
3. Kategori Afektif
4. Kategori Aplikasi
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
7
1. Kategori Kognitif
Merangkumi konsep asas ilmu, teori & hukum, serta kemahiran memahami & berfikir.
2. Kategori Kemahiran
Merangkumi tingkah-laku, amalan kemahiran sukan dan interaksi sosial.
3. Kategori Afektif
merangkumi pemikiran, sikap, dan kepercayaan spt. nilai estetika dan nilai moral.
4. Kategori Aplikasi
Merangkumi kebolehan penggunaan ketiga-tiga kategori di atas, membolehkan pelajar menyelesaikan masalah sosial & hidupan harian.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
8
Perhubungan Pelbagai Jenis Kurikulum Sekolah
Kurikulum Rasmi (Ideal)
Kokurikululm Kurikulum Formal Kurikulum Tidak Formal
Kurikulum Pengalaman
Kurikulum Pengajaran
Kurikulum Operasi
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
9
JENIS-JENIS KURIKULUM
1. KURIKULUM IDEAL
• Digubal berlandaskan pedagogi, psikologi, dan teori ilmu pendidikan.
• Merangkumi matlamat dan tujuan kurikulum, sukatan pelajaran dan huraiannya, bahan-bahan pelajaran (buku panduan guru, sistem pelaksanaan & penilaian kurikulum).
• Untuk tujuan pembentukan kurikulum rasmi
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
10
2. Kurikulum Rasmi/Nyata (Manifested/ Explicit)
•Kurikulum piawai yang dibuat oleh pakar kurikulum di
Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
•Merangkumi kurikulum formal dan tidak formal.
•Merangkumi semua aspek yang disentuh oleh Falsafah
Pendidikan Negara iaitu: ilmu pengetahun, kemahiran,
nilai-nilai moral, unsur-unsur budaya, unsur-unsur agama
dsb.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
11
3. Kurikulum Formal
•Kurikulum formal yang mengandungi isi pengajaran,
kemahiran, nilai-nilai moral dan semua aspek ternyata dalam
FPN.
•Ko-kurikulum berlandaskan matlamat pendidikan negara.
•Kurikulum formal dilaksanakan melalui kurikulum
pengajaran dan kurikulum operasi.
•Kurikulum pengajaran ialah kurikulum formal yang
ditafsirkan oleh guru.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
12
4. Kurikulum Operasi
•Ini merupakan kurikulum pengajaran atau ringkasan
mengajar disediakan dan dilakukan oleh guru.
•Ia mengikut jadual waktu sekolah dan sukatan pelajaran
yang terkandung dalam kurikulum rasmi/formal.
5. Kurikulum Teras (Core)
•Kurikulum yang berpaksi pada tema/subjek utama dan
diintegrasi dgn tema/subjek lain agar menjadi
perhubungan baru di antaranya.
•Masa pengajarannya diperuntukkan lebih kurang 40%.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
13
6.Ko-kurikulum
•Aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu
pembelajaran dalam bilik darjah.
•Merangkumi aktiviti persatuan, kelab akademik,
permainan, sukan serta unit beruniform yang dipilih
mengikut minat dan kepandaian pelajar.
•Tujuan untuk membina kesihatan fizikal, daya tahan,
semangat berpasukan, kemahiran sukan, kemahiran
persatuan dsb.
•Seiring dengan matlamat dasar pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial).
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
14
7. Kurikulum Integrasi
•Kurikulum penyerapan atau kurikulum m/pel. Gabungan
seperti Kajian Tempatan merupakan gabungan antara
subjek sejarah, geografi dan kenegaraan.
8. Kurikulum Aktiviti
•Kurikulum pengalaman atau berpusat pelajar berlandaskan
minat dan keperluan pelajar menggunakan aktiviti, tugasan
& kerja kursus.
•Pengasasnya John Dewey.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
15
9. Kurikulum LIngkaran (Spiral)
•Berlandaskan isi pelajaran mengikut perkembangan pemikiran kognitif
kanak-kanak.
•Bermula dgn teori asas dan ditambah, diperluas dan diperdalami
mengikut peringkat umur dan tahap persekolahan yg kian meningkat.
•Diasaskan oleh Johann Amos Comenius (1592-1670) dan diperbaiki
oleh Bruner.
•Bruner menegaskan prinsip asas pemidahan pembelajaran
menggunakan pengalaman lama untuk menghubungkait dengan
pengalaman baru.
•Berpendapat pengalaman harus disusun dari asas ke kompleks.
•M/pel.atau aktiviti baru harus berkait dengan pengetahuan lama.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
16
10. Kurikulum Tersirat/ Tidak Formal (Latent)
•Meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak
formal spt penerapan nilai murni melalui tingkah-laku
guru, dalam m/pel, aktiviti pembelajaran, budaya
sekolah dsb.
•Isi kandungan kurikulum merangkumi pembelajaran
afektif iaitu semangat berpasukan, tingkah-laku mulia,
keupayaan menyelesaikan maslah harian dsb.
KESIMPULAN:
KBSR dan KBSM telah digubal berlandaskan perkaitan semua kurikulum yang tersenarai. Asas ialah kurikulum formal dan kurikulum tersirat.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
17
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM
1.Mempertimbangkan kehendak dan keperluan pelajar mengikut hierarki keperluan Maslow.
Penyempuranaan kendiri
Bermasyarakat Sosial
Kasih Sayang
Keselamatan
Keperluan Asas
•Kurikulum perlu dapat memberi ilmu dan kemahiran yang mencukupi utk memenuhi kehendak dan keperluan pelajar sebagai individu.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
18
2. Menimbangkan keperluan dan kehendak negara.
•Melatih individu supaya dpt menyesuaikan diri dlm
kehidupan masy serta menyumbang tenaga mereka sejajar
dgn cita-cita negara berlandaskan ideologi dan FPN.
3. Menimbangkan kehendak sarwa jagat
•Kurikulum perlu dpt membentuk sifat ke arah memupuk
persefahaman & semangat kerjasama antarabangsa.
•Nilai-nilai ini termasuk menghormati hak individu, menghormati kedaulatan negara lain, menyumbang tenaga untuk menyelesaikan masalah globa, meningkatkan taraf kerohanian, membentuk pandangan & visi sedunia ke tahap tinggi dan sempurna.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
19
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KBSR
1.DASAR PENDIDIKAN NEGARA
•Dasar yang berasaskan Laporan Razak 1956 yang
termaktub dlm Ordinan Pelajaran 1957.
•Dasar berasaskan Laporan Rahman Talib 1960 dan
termaktub dlm Akta Pelajaran 1961.
•Matlamat Dasar Pendidikan Negara iaitu perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan, pelaksanaan sukatan pelajaran yg sama, dan penggunaan BM sbg bahasa penghantar di semua peringkat.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
20
2. Cita-cita dan Ideologi Negara
•Bagi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan
prinsip-prinsip Rukun Negara;
•Melalui akt yg boleh membentuk keperibadian & perwatakan pelajar.
3. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah
•Menitikberatkan faktor kehendak individu.
•Memberi pendidikan secara menyeluruh utk perkembangan seimbang
dalam JERIS.
•Dapat menguasai 3M.
•Memperoleh ilmu pengetahuan yang mencukupi sesuai dengan
perkembangan diri mereka;
•Memupuk akhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni;
•Memelihara tubuh badan yang sihat.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN KURIKULUM
1. Reformasi kurikulum bermaksud pembaharuan, penambahbaikan, pengubahsuai, pemulihan kurikulum terhadap kurikulum yang sedia ada supaya memenuhi perminataan baru akibat perubahan sosiol-ekonomi, politik dan budaya.
2. Faktor-faktor spesifik:
• Selaras dgn keperluan masyarakat dan negara – melahirkan tenaga mahir sesuai dengan kehendak perkembangan ekonomi.
• Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi;
• Selaras dgn perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
22
MODEL-MODEL PEMBINAAN KURIKULUM
1. Model Taba (1962)2. Model Saylor, Alexander dan Lewis (1981)3. Model Tyler ( 1949)4. Model Oliva (1976)5. Model Hunkins (1981)6. Model Nicholis & Nocholis 7. Model Wheeler
Model–model ini menunjukkan fasa dan urutan utuk melaksanakan tiap-tiap fasa dalam proses pembinaan kurikulum.
Kuliah ini akan tumpu kepada perbincangan:
MODEL NICHOLLS & NICHOLLSMODEL TABA
MODEL TYLER
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
23
(A) Model Nicholls & Nicholls
• Rancangan KBSR & KBSM adalah berlandaskan model ini.
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN
1. Tentukan tujuan-tujuan pendidikan;
2. Pembentukan kaedah & bahan;
3. Pelaksanaan;
4. Penilaian;
5. Maklum balas.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
24
(B) MODEL TABA (1962)
• Berbentuk preskriptif
• Bermaksud model yang akan menunjukkan cara proses yang harus dilakukan oleh pembina kurikulum dan bukan sekadar menerangkan apa yang berlaku.
• Model ini menggunakan pendekatan ‘grass-root’. Bermakna kurikulum direka-bentuk oleh guru dan bukannya diturunkan daripada atas ke bawah
• Model ini menggunakan pendekatan induktif iaitu bermula daripada yang spesifik kepada reka bentuk kurikulum yang lebih umum.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
25
5 Langkah Membina Kurikulum
(Cadangan Taba)
1. LANGKAH PERTAMA
Menghasilkan unit kecil pelajaran mengikut gred (tahun persekolahan) dan mata pelajaran.Ini boleh dijalankan dengan 8 langkah sebegini:
i. Mendiagnosis keperluan pelajar seperti latar-belakang, kelemahan atau kekurangan yang ada pada pelajar;
ii. Menentukan objektif yang harus dicapai;
iii. Memilih isi pelajaran;
iv. Menyusun isi pelajaran;
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
26
v. Memilih pengalaman pembelajaran;
vi. Menyusun aktiviti pembelajaran;
vii. Menentukan apa yang dinilai dan cara menilai – bentuk, cara dan teknik penilaian harus ditentukan;
viii. Menyemak semula proses penghasilan unit pelajaran.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
27
LANGKAH KE-2
•Mencuba unit yang dihasilkan untuk mendapat kesahan, kebolehpercayaan dan kemampuan untuk pengajaran.
LANGKAH KE-3
•Menyemak semua pelajaran dan membuat pembetulan atau penambahbaikan.
LANGKAH KE-4
•Menyemak semula skop dan urutan program.
LANGKAH KE-5
•Mengguna dan menyebar hasilan pelajaran. Guru guna unit pelajaran dalam kelas. Kursus dalam perkhidmatan diadakan untuk melatih guru menggunakan kurikulum ini.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
28
Kritikan Terhadap Model Taba
Jika hanya guru atau ‘grass-root’ sahaja yang terlibat dalam proses pembentukan kurikulum, maka ada kemungkinan proses pembentukan itu tidak mantap.
a)Pandangan Zias (1976)
Proses pembentukan kurikulum terlalu teknikal, kompleks dan khusus. Proses ini melibatkan guru, pelajar, masyarakat, ibu-bapa, pendidik, dan guru pakar.
Refleksi : Mengapa Zias berpendapat sedemikian?
b) Pandangan Ornstein dan Hunkins (1993)
Lebih suka mula dengan reka bentuk kurikulum yg lebih
luas sebelum mengkaji perkara yang spesifik.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
29
Pandangan Ornstein dan Hunkins (1993) Terhadap Model Taba.
• Juga terpaksa libatkan pihak lain seperti penerbit buku, lembaga peniliaan, persatuan pendidikan dan institusi pengajian turut terlibat dalam proses ini.
Ada pembina kurikulum lebih suka melihat model kurikulum dibina dengan cara:
a) Mendiagnosis keperluan masyarakat dan budaya, dan
b) Mendapatkan keperluan kurikulum dpd mata pelajaran falsafah dan teori pembelajaran.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
30
MODEL TYLER(1949)
• Merupakan model paling terkenal.
• Beraliran progresivisme,
• Satu-satu model yang memberi tumpuan kepada fasa perancangan.
• Terdapat dlm buku Tyler yg bertajuk ‘Basic Principles of Curriculum and Instruction’ (1949).
• Menjelaskan proses pemilihan objektif pendidikan. Mendapat tumpuan dpd pendidik.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
31
4 langkah pembinaan kurikulum:
1.Menentukan tujuan pendidikan;
2.Menentukan pengalaman pendidikan.
Kait dgn tujuan;
3.Menentukan susunan pengalaman;
4.Menentukan penilaiann pengalaman.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
32
• Cadangkan objektif umum kurikulum dikenalpasti dengan mengumpul data daripada tiga sumber:
1.Pelajar
2.Kehidupan luar sekolah
3.Matapelajaran
• Istilahkan ‘objektif umum’ sebagai ‘matlamt’, ‘objektif pendidikan’ atau ‘tujuan pendidikan’.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
33
Seterusnya dihalusi melalui dua tapisan iaitu:
1.tapisan pendidikan dan falsafah sosial;
2.Tapisan psikologi pembelajaran.
Objektif umum yang melalui tapisan ini akan
menjadi objektif instruksi yang spesifik.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
34
sumber
pelajar
sumber sumber
masyarakat m/pelj
Objektif umum tentatif
Objektif pengajaran terperinci
tapisan tapisan
Falf. pendidikan Psikologi pembelajaran
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
35
SUMBER MENDAPATKAN OBJEKTIF PENDIDIKAN
1. Pelajar sebagai sumber
• Pembina kurikulum mencari objektif kurikulum dgn mengumpul dan menganalisis data akan minat dan keperluan pelajar.
• Keperluan ini merangkumi pendidikan, sosial, pekerjaan, fizikal, psikologi, dan rekreasi.
• Tyler mencadangkan teknik spt pemerhatian guru, temuduga dgn pelajar, dengan ibu-bapa, soal-selidik dan ujian digunakan utk mendapatkan maklumat dpd pelajar.
• Berasaskan minat dan keperluan pelajar, pembina kurikulum dpt menghasilkan objektif yang berpotensi.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
36
2. Masyarakat sebagai Sumber
•Tyler mencadangkan pembinaan satu skema klasifikasi
yang membahagikan kehidupan kpd bbrp aspek spt
kesihatan, keluarga, rekreasi, pekerjaan, agama,
kepenggunaan, dan peranan sivik.
•Dari analisis ini dptlah dibentuk 1 set objektif pendidikan yg
lebih menyeluruh.
•Tyler turut berpendapat, pembina kurikulum perlu bersifat
spt ahli sosiologi utk mendapatkan analisis keperluan yang
tepat dpd institusi sosial. Dengan itu, pembina kurikulum
telah memperluaskan lagi set objektif pendidikan.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
37
3. Mata Pelajaran sebagai Sumber
•Kebanyakan inovasi kurikulum dlm tahun 1950-an spt matematik, bahasa kedua, pelbagai program sains, datangnya dpd pakar matapelajaran bidang berkenaan.
•Dpd 3 sumber ini, maka pembina kurikulum dpt menentukan objektif pendidikan ataupun matlamat instruksi yg umum dan luas.
•Walau bagaimapun, ia masih tidak tepat atau spesifik spt objektif instruksi. Matlamat instruksi dibina mengikut disiplin yg spesifik atau antara disiplin.
•Johnson (1967) berpendapat lain iaitu sumber kurikulum adalah dpd budaya dan m/pelj (disiplin) dan bukan dpd keperluan dan minat pelj, atau dpd nilai atuapun masalah masyarakat. APAKAH PENDAPAT ANDA?
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
38
Setelah objektif ditentukan,falsafah sosial dan pendidikan perlu diguna sebagai penapisan pertama untuk menolok objektif yang tidak penting dan bercanggah.
• Tyler menasihati guru menggubal falsafah sosial dan pendidikan sekolah berasaskan tiga matlamat demokrasi:
a) Kesedaran terhdp kepentingan tiap-tiap individu sbg manusia tanpa mengira bangsa, ngr, status sosial & ekonomi.
b) Peluang uti penglibatan yg luas dlm semua fasa aktiviti kump sosial sesuatu masyarakat.
c) Kepercayaan kpd budibicara & kebijaksanaan sbg satu kaedah utk menyelesaikan bukan bergantung kpd akt sesuatu kumpulan autokratik.
TAPISAN FALSAFAH
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
39
•‘Psikologi pembelajaran’ mengikut Tyler merangkumi dapatan yg tepat & spesifik tentang proses mental.
•Ia juga melibatkan penggubalan teori pembelajaran yang menggariskan proses pembelajaran, cara ia berlaku, dalam keadaan yang bagaimana dan apa bentuk mekanime yg boleh digunakan.
•Tapisan Psikologi yg objektif memerlukan latihan yg secukupnya untuk pembina kurikulum dlm psikologi pendidikan & perkembangan pertumbuhan manusia bagi pembina kurikulum.
TAPISAN PSIKOLOGI
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
40
Tyler menjelaskan signifikan tujuan psikologi ialah:
a) Pengetahuan dlm bidang ini membolehkan kita membezakan perubahan yg dijangka dan yg tidak berlaku dlm diri manusia akibat dpd proses pembelajaran;
b) Membezakan matlamat yg boleh dicapai dlm jangka masa tertentu atau tidak boleh dicapai mengikut peringakt umur;
c) Memberi kita idea jangka masa yg diperlukan utk mencapai objektif & peringkat umur yg paling sesuai utk melaksanakan sesuatu tugasan.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
41
Perluasan Model Tyler• Setelah ojektif pendidikan ditapis, Tyler cadangkan
supaya perancangan kurikulum mempertimbangkan pengalaman pembelajaran (proses pembelajaran yg guru laksanakan) yg boleh membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran.
• Langkah pengalaman pembelj terbahagi kpd tiga:a) Pemilihan pengalaman pembelajaran; (pengalaman kait dgn teori pemblj & perkembangan
kanak-kanak) -Disusun untuk menghasilkan kesan pemblj yg kumulatif.
b) Penyusunan pengalaman pembelajaran;
c) Penilaian pengalaman pembelajaran.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
42
(Sambung dari ms. 31)
Objektif Pengajaran Terperinci
Pemilihan pengalaman pembelajaran
Organisasi pengalaman pembelajaran
Hala tuju pengalaman pembelajaran
Penilaian pengalaman pembelajaran
MENIALAI DAN MELAKSANA KURIKULUM
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
43
Tyler bercadang supaya guru beri perhatian kepada pengalaman pembelajaran:
- yang boleh membina kemahiran berfikir;
- yang boleh membantu mencari maklumat;
- yang boleh membantu membina sikap;
- yang boleh membantu membina minat.
IPGM/SEM.1/FALF/KURIKULUM/TSY/JAN07
44
KRITIKAN TERHADAP MODEL TYLER
•Daniel dan Laurel Tanner berpendapat masalah dalam
rasional Tyler ialah beliau mengemukakan tiga sumber
(pelajar, masyarakat, dan mata pelajaran) sebagai tiga
entiti yg terpisah, tanpa menunjukkan interaksi mereka.
•Ini menyebabkan proses pembinaan kurikulum menjadi
terlalu mekanikal.
Walau bagaimanapun model Tyler ini mendapat
perhatian meluas dalam bidang teori kurikulum.
top related