laporan ajk rekod dan statistik
Post on 18-Jan-2016
435 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN AJK REKOD DAN STATISTIK
KETUA : LINFORD CHRISTIE JAMES
PENOLONG KETUA : ARRZAHARA BINTI AFFENDI
AHLI-AHLI : FREDONIA BAJIK LAMAN
RUNIN AK AWANG
JAUYAH AK IGAT (AJK TUGAS KHAS)
Laporan AJK Rekod dan Statistik Sempena Kejohanan Olahraga Tahunan
IPG Kampus Tun Abdul Razak Yang Ke-12, 2012
Pada 24 April hingga 26 April 2012 bersamaan dengan hari Selasa hingga
Jumaat yang lepas, kami yang terdiri daripada kumpulan guru pelatih PISMP 1110 telah
menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPGKTAR kali yang ke-12. Untuk
kejohanan olahraga tahunan pada kali ini, saya dan beberapa orang rakan iaitu saudari
Arrzahara Binti Affendi, saudari Fredonia, saudari Runin serta seorang dari ajk tugas
khas yang diserap masuk dalam bidang tugas kami iaitu saudari Jauyah telah dipilih
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ajk rekod dan statistik.
Sebagai ajk rekod dan statistik, antara bidang tugas kami adalah seperti
menerima keputusan setiap acara dari Ajk Kepegawaian dan teknikal, mencatat data-
data dan rekod baru (membandingkan rekod lama kejohanan), menganalisis data
kejohanan (kedudukan pingat setiap rumah sukan) dan mengumumkan keputusan
rasmi bagi pemenang setiap acara yang dipertandingkan serta olahragawan dan
olahragawati bagi kejohanan olahraga tahunan IPGKTAR 2012.
Terdapat beberapa aktiviti sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas yang telah
dilalui oleh kami sebagai ajk rekod dan statistik :
Sebelum
Pada mulanya saya menghadiri mesyuarat bagi setiap majlis tertinggi serta
ketua-ketua bagi setiap ajk bagi membincangkan pembahagian bidang tugas dan
peranan untuk setiap ajk. Setelah memahami bidang tugas bagi ajk sendiri, satu
perjumpaan di kalangan ahli jawatankuasa kerja rekod dan statistik diadakan bagi
tujuan pembahagian tugas di kalangan kami. Antara tugas-tugas yang dibahagikan
sesama kami adalah seperti menganalisis rekod lama KOT 2011, menyediakan
peralatan yang diperlukan seperti mesin cetak (printer), meja, komputer riba, kertas A4,
pen marker, papan putih dan lain-lain peralatan yang berkaitan serta menyediakan
papan markah yang akan digunakan sepanjang kejohan olahraga tahunan berlangsung.
Seterusnya, saya selaku ketua ajk menghadiri mesyuarat seterusnya bersama
majlis tertinggi serta ketua-ketua ajk yang lain di mana mesyuarat yang seterusnya
adalah lebih bertujuan bagi memastikan setiap bidang ajk memahami serta
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing tanpa sebarang halangan yang
membantutkan kerja masing-masing.
Semasa
Di peringkat semasa merupakan bahagian bidang tugas kami sangat penting dan
banyak perkara yang perlu diambil kira serta tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana
setiap keputusan yang kami catatkan akan menjadi satu keputusan rasmi dan akan
digunakan untuk penyampaian hadiah seterusnya sebagai rujukan di tahun-tahun
berikutnya.
Pada hari kejohanan berlangsung, setiap ahli telah menjalankan tugas masing-
masing berdasarkan pembahagian tugas masing-masing seperti ;
1. Mendapatkan dan menaip semula keputusan bagi setiap acara yang
dipertandingkan dalam kejohanan olahraga tahunan IPGKTAR 2012.
2. Menganalisis data kejohanan seperti kedudukan terkini pingat untuk setiap
rumah sukan serta perbandingan catatan rekod lama dan baru yang dicipta oleh
atlet di kejohanan olahraga tahunan IPGKTAR 2012.
3. Mengumumkan keputusan rasmi bagi pemenang acara yang dipertandingkan
serta pengumuman olahragawan dan olahragawati bagi kejohanan olahraga
tahunan IPGKTAR 2012.
4. Mencetak setiap keputusan rasmi yang telah ditaip dan dikemaskini.
Berikut merupakan prosedur terperinci sepanjang kami menjalankan tugas kami
sebagai ajk rekod dan statistik ;
1. Menerima keptusana bagi setiap acara yang dipertandingkan dari ajk
kepegawaian dan teknikal.
2. Semakan dibuat terlebih dahulu sebelum menaip keputusan yang diterima.
Memastikan bahawa setiap data yang diperlukan ada dan sekiranya tidak
lengkap akan dirujuk semula dengan ajk kepegawaian dan teknikal.
3. Menaip dan menyimpan maklumat dalam sistem data dalam komputer serta
mencetak setiap keputusan yang telah ditaip.
4. Setiap keputusan yang telah ditaip dan dicetak diberikan kepada ajk hadiah dan
cenderamata untuk bahagian penyampaian hadiah.
5. Ajk rekod dan statistik akan mengemaskinikan data dan papan markah setiap
kali selesai proses merekod data dan pengumuman rasmi bagi pemenang setiap
acara yang dipertandingkan.
Sepanjang menjalankan tugas kami, saya tidak dapat nafikan berlaku sedikit
masalah namun begitu, semua masalah yang dihadapi dapat diatasi dan diselesaikan
dengan baik. Antara masalah pertama yang kami hadapi adalah masalah kelambatan
menerima keputusan daripada ajk kepegawaian dan teknikal bagi beberapa acara yang
dipertandingkan sehingga menyebabkan kami lambat untuk merekod setiap keputusan
rasmi. Walaubagaimanapun, ajk kepegawaian dan teknikal tidak boleh dipersalahkan
kerana saya percaya bahawa setiap bidang ajk pasti telah berusaha melakukan sehabis
baik dalam menjayakan kejohanan olahraga tahunan IPGKTAR 2012 ini dan setiap
masalah yang timbul pasti ada sebab-sebab munasabahnya. Masalah kelambatan
menerima keputusan ini telah kami atasi dengan kerjasama dari ajk tugas-tugas khas
untuk menghantar setiap keputusan yang diperolehi dari ajk kepegawaian dan teknikal.
Masalah kedua pula adalah tiadanya rekod bagi beberapa acara seperti acara lompat
tinggi perempuan, acara lari berpagar lelaki dan perempuan, lempar cakera lelaki dan
perempuan dan lain-lain lagi. Hal ini menyebabkan kami sukar untuk memastikan
rekod baru yang dicipta telah dipecahkan atau pun tidak walau pun pada hakikatnya
kejohanan olahraga tahunan ini dijalankan setiap tahun. Masalah ketiga pula adalah
semasa memilih olahragawati bagi kejohanan olahraga tahunan IPGKTAR 2012 ini di
mana terdapat dua orang atlet perempuan yang mendapat jumlah pingat emas yang
sama serta bilangan acara yang sama. Selain itu, kedua-duanya juga telah memecah
rekod bagi bilangan (2 acara) acara yang sama. Bagi memastikan keputusan yang
dibuat adalah betul kami telah merujuk dengan dua orang pensyarah unit ko-kurikulum
serta majlis sukan negeri Sarawak sendiri bagi membincangkan pemilihan olahragawati
tersebut. Melalui beberapa masalah seperti ini, banyak perkara yang telah kami pelajari
dan pastinya perkara seperti ini akan sentiasa menjad pedoman buat kami semua di
masa akan datang.
Selepas
Di peringkat semasa pula, saya sebagai ketua ajk bertindak degan menyediakan
laporan ajk rekod dan statistik untuk kejohanan olahraga tahunan IPGKTAR 2012.
Secara ringkasnya, tugas sebagai ajk rekod dan statistik adalah salah satu
bidang tugas yang sangat penting dan tidak boleh dipandang ringan kerana setiap
rekod yang disimpan dan dicatat akan menjadi rujukan di masa akan datang. melalui
bidang tugas rekod dan statistik ini, saya banyak mempelajari pengetahuan baru
berkaitan dengan bagaimana merekod setiap keputusan yang dipertandingkan dalam
kejohanan olahraga serta peri pentingnya semangat berpasukan di kalangan setiap ajk
dalam menjayakan sesuatu acara yang dianjurkan. Diharapkan semua pengalaman
dan pengetahuan yang diperolehi ini akan dijadikan panduan dan pedoman apabila
berada di sekolah kelak. Sekian, terima kasih.
“Majulah Sukan Untuk Negara”
Laporan disediakan oleh, 28 APRIL 2012
___________________________________
(LINFORD CHRISTIE ANAK JAMES COOK)
Ketua AJK Rekod dan Statistik,
Kejohanan Olahraga Tahunan 2012,
IPG Kampus Tun Abdul Razak.
LAMPIRAN
top related