laporan kesalahan penggunaan bahasa - madetmadet.my/malb/malb113.pdf · kesalahan-kesalahan dari...
Post on 06-Feb-2018
261 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT
TUGASAN BERKUMPULAN 2
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
AHLI KUMPULAN : NAMA ID
MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA SW091981 TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI SW092787
AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH SW092923 MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID SW092341
MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD SW091740
MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI SW092340
FIRMA : MERCEDES-BENZ SEKSYEN : 01 PENSYARAH : DR. MARNIYATI BINTI MOHD. NOR TARIKH HANTAR : 28 MAC 2014
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 2
DAFTAR ISI
PROFIL AHLI KUMPULAN ......................................................................................................................... 3
MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA ........................................................................................ 4
TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI .............................................................................................. 5
AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH ............................................................................................. 6
MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID ........................................................................................................... 7
MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD ................................................................................................... 8
MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI ......................................................................... 9
PENGHARGAAN ..................................................................................................................................... 10
PENGENALAN ........................................................................................................................................ 12
ISU SEMASA ........................................................................................................................................... 14
ISU 1 - JANGAN REMEHKAN ISU BAHASA ....................................................................................... 15
ISU 2 - PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA KINI SEMAKIN MEROSOT ............................................ 17
ANALISIS ................................................................................................................................................ 19
Rajah 1 ............................................................................................................................................... 20
Rajah 2 ............................................................................................................................................... 21
Rajah 3 ............................................................................................................................................... 22
Rajah 4 ............................................................................................................................................... 23
Rajah 5 ............................................................................................................................................... 24
Rajah 6 ............................................................................................................................................... 25
Rajah 7 ............................................................................................................................................... 26
Rajah 8 ............................................................................................................................................... 27
Rajah 9 ............................................................................................................................................... 28
Rajah 10 ............................................................................................................................................. 29
Rajah 11 ............................................................................................................................................. 30
Rajah 12 ............................................................................................................................................. 31
Rajah 13 ............................................................................................................................................. 32
Rajah 14 ............................................................................................................................................. 33
Rajah 15 ............................................................................................................................................. 34
RUMUSAN ............................................................................................................................................. 35
RUJUKAN ............................................................................................................................................... 37
LAMPIRAN ............................................................................................................................................. 39
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 3
PROFIL AHLI
KUMPULAN
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 4
MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA
ID SW091981
ALAMAT E-MEL sw091981@utn.edu.my
NOMBOR TELEFON 012-2170944
PRINSIP HIDUP Tiada halangan, hanya peluang, merealisasikan
impian.
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Apabila melanjutkan pada peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), skop utama
yang ditekankan adalah pembelajaran dan pengajian berkaitan teknikal mengenai program yang
diambil dan sangat berkait rapat dengan hala tuju bagi pengaplikasian apa yang telah dipelajari
setelah bergraduasi kelak. Namun, aspek bahasa sering dipandang remeh dan diabaikan oleh
kebanyakan mahasiswa. Mendengar nama subjek “Bahasa Melayu Korporat” sahaja sudah pasti
membosankan. Tetapi apabila berada di dalam kuliah, perasaan bosan itu bertukar menjadi
menyeronokkan kerana pensyarah yang mengajar merupakan seorang yang sangat berpengalaman
dan mempunyai kelayakan khusus dalam bidang Bahasa Melayu. Sesungguhnya, subjek MALB113 ini
sangat penting untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja yang bergelar mahasiswa IPT. Semoga apa yang
telah dipelajari akan memberi manfaat dalam kehidupan buat selama-lamanya kerana “Bahasa Jiwa
Bangsa”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 5
TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Pendapat saya pada mulanya kursus Bahasa Melayu Korporat ini sangat menarik. Melalui kelas
ini,saya dapat belajar tentang sejarah bahasa Melayu dan pengetahuan yang sangat penting tentang
penggunaan bahasa melayu. Selain itu, tugasan yang diberikan oleh Dr. Marniyati sangat
menyeronokkan. Pelbagai pengalaman baru yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan yang
diberikan. Dr. Marniyanti sangat menyeronokkan kerana pandai menyampaikan sesuatu
pembelajaran.
ID SW092787
ALAMAT E-MEL vannes48@gmail.com
NOMBOR TELEFON 012-9649514
PRINSIP HIDUP Jadilah orang berguna untuk masa
depan,bangsa,negara.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 6
AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH
ID SW092923
ALAMAT E-MEL exectraquasar@gmail.com
NOMBOR TELEFON 018-4747551
PRINSIP HIDUP Gunakan Hayat Ini Sebaiknya
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Pada pendapat saya, kursus Bahasa Melayu Korporat ini merupakan kelas yang paling riang dan
menarik kerana antara minat saya ialah mendalami bahasa-bahasa di dunia dan Bahasa Melayu
terutamanya. Secara jujurnya saya sangat suka memasuki kelas bahasa. Bagai orang mengantuk
disorongkan bantal. Selepas memasuki kelas pada hari pertama yang diajar oleh Dr. Marniyati, saya
berasa teruja kerana kelas ini diajar oleh seorang yang cukup berpengalaman menekankan konsep
praktikal berbanding teoretikal. Selain itu, kursus ini juga merupakan antara kursus yang boleh
menolong dalam peningkatan kadar GPA(Gred Purata) untuk semester ini.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 7
MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID
ID SW092341
ALAMAT E-MEL areleavesdar@yahoo.com
NOMBOR TELEFON 019-3346921
PRINSIP HIDUP Jangan mengaku kalah sebelum rebah
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Pada pendapat saya,kursus MALB113 ini merupakan sebuah subjek yang sangat penting. Mungkin
kita tidak nampak akan hasilnya buat masa ini namun saya percaya bahawa segala teori dan praktikal
yang telah diajar oleh Dr. Marniyati akan membuahkan hasil yang sangat baik. Modul-modul yang
disediakan juga sangat menarik dan produktif. Walaupun saya hanya sempat mengikuti kursus ini
dalam jangka masa yang sangat singkat namun saya telah dapat mempelajari pelbagai perkara
daripada kursus ini.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 8
MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD
ID SW091740
ALAMAT E-MEL mahadir@madet.my
NOMBOR TELEFON 017-5618221
PRINSIP HIDUP Kejayaan tidak akan datang tanpa ketekunan
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Pendapat saya pada mulanya kursus Bahasa Melayu Korporat ini akan menjadi kelas yang bosan dan
tidak menarik memandangkan minat saya terhadap perkara-perkara yang lebih kepada teknikal.
Secara jujurnya saya sangat tidak suka memasuki kelas bahasa. Walaubagaimanapun selepas
memasuki kelas hari pertama oleh Dr. Marniyati saya dapati pendapat saya tidak tepat kerana Dr.
lebih menekankan konsep praktikal berbanding teoritikal. Sebagai contoh peperiksaan dan kuiz
ditukar kepada aktiviti yang lebih bermanfaat.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 9
MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI
Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-
Pada awalnya saya berpendapat bahawa subjek Bahasa Melayu Korporat ini adalah sama seperti apa
yang saya pelajari pada peringkat sekolah menengah dahulu. Walaupun intipatinya sama, namun
gaya penyampaian dan cara penerangannya adalah sangat berbeza. Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Marniyati kerana menjadikan situasi pembelajaran Bahasa Melayu yang
selalunya membosankan kepada sesuatu yang sangat menyeronokkan. Cara pembelajaran yang lebih
praktikal dan tidak menekankan konsep teori, membolehkan pelajar memahami sendiri mesej yang
disampaikan. Perubahan persekitaran yang holistik ini telah menarik minat saya untuk mempelajari
Bahasa Kebangsaan ini dengan lebih mendalam lagi. Setiap kali saya menghadiri kelas MALB113 saya
berasa sangat gembira dan teruja kerana pensyarah sentiasa mengajar sesuatu yang menarik dan
membuatkan kita berfikir tentang perkara tersebut. Setiap topik yang diajar dalam kelas dapat saya
aplikasikan aktiviti harian saya.
ID SW092340
ALAMAT E-MEL agent_ali34694@yahoo.com
NOMBOR TELEFON 017-6177006
PRINSIP HIDUP Tinggikan dirimu setinggi bintang di langit, rendahkan dirimu serendah
mutiara di lautan.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 10
PENGHARGAAN
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 11
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Firma kami menyiapkan
tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada, pensyarah kami iaitu Dr.
Marniyati Bte. Mohd Nor kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan
kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan dan membantu kami dalam menyiapkan
laporan.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama
membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporan tugasan kami.
Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami
amat menghargainya. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup baik bagi kumpulan kami yang
tidak boleh dilupakan.
SEKIAN TERIMA KASIH
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 12
BAB I
PENGENALAN
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 13
Laporan kesalahan penggunaan bahasa ini adalah tugasan yang perlu dilakukan bagi memenuhi
sukatan pelajaran Bahasa Melayu Korporat bagi pengaplikasian komunikasi bertulis.
Di dalam tugasan ini, kami dikehendaki menulis laporan berkenaan kepelbagaian aspek kesalahan
bahasa yang terdapat pada papan tanda atau papan iklan serta memberi analisis yang sewajarnya.
Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku pada papan tanda dan papan iklan sangat
membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari.
Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa yang tepat. Kesalahan
bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun terdapat juga
kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak
tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil serius akan mendatangkan keburukan
kepada generasi muda khususnya selain akan merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 14
BAB II
ISU SEMASA
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 15
ISU 1 - JANGAN REMEHKAN ISU BAHASA
KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya bahasa Melayu tidak sesuai diangkat untuk subjek
teknikal atau bidang profesional. Beliau berkata, bahasa Melayu pada hakikatnya boleh berada di
tahap itu sekiranya ia disertai kelengkapan dan kemudahan yang cukup selain penggunaannya
diwajibkan di bidang profesional.
"Saya tidak setuju jika kita kata bahasa Melayu tidak boleh berada di tahap teknikal, sebenarnya
boleh. Lantaran kita tidak mempunyai cukup fasiliti atau kemudahan terjemahan, maka kita tidak
dapat bergerak sedemikian.
"Kedua, kita tidak mewajibkan bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan, perubatan, bidang
teknologi yang rumit misalnya teknologi nano.Ini semua sebenarnya boleh diatasi sebab Bahasa
Jepun, Korea dan Mandarin misalnya sudah berjaya, kenapa tidak Bahasa Melayu," katanya. Rais
berkata demikian ketika ditemu ramah Radio24 Bernama dalam program 'Mentari Minda' yang
dikendalikan penyampai Shuhadah Armawan di sini, hari ini. Rais menarik perhatian kepada usaha
mengangkat martabat bahasa Melayu, melalui pelbagai kempen dan saluran yang digunakan
kementerian itu termasuk bantuan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penterjemah dan
penulis di negara ini.
Beliau menegaskan isu bahasa bukan perkara remeh sebaliknya soal pokok yang perlu diberi
keutamaan kerana bahasa menjadi cermin kepada tamadun manusia selain mampu menyatukan
masyarakat."Kenapa Inggeris gagah? Mereka gagah bukan sebab senapang atau meriam tapi oleh
kerana bahasa mereka telah dikomersil dan diantarabangsakan, diteknikal dan dicantikkan menerusi
penulisan William Shakespeare dan sebagainya.
Rais menekankan bahawa masyarakat harus sedar dengan kombinasi bahasa yang digunakan di
Malaysia dan Indonesia yang dituturkan tidak kurang daripada 300 juta orang, ia wajar menjadi
bahasa dunia serta bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 16
Menurutnya, kecenderungan masyarakat bertutur dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dan
Inggeris juga tanpa disedari boleh melenyapkan cara berkomunikasi yang betul, menghilangkan
budaya bangsa, menyebabkan perbendaharaan kata menjadi semakin terhad dan akhirnya dilabelkan
se bagai orang yang berbahasa pinjaman.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130504/dn_06/Jangan-remeh-isu-bahasa---
Rais#ixzz2YuoPKEot
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 17
ISU 2 - PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA KINI SEMAKIN MEROSOT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Penggunaan Bahasa Malaysia kini semakin merosot dan
terpinggir, malah ia juga semakin tidak dihormati oleh rakyat negara ini berbanding bahasa Inggeris,
demikian menurut beberapa orang pakar bahasa di sini hari ini.
Mereka berkata keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusi pengajian swasta
di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-olah bahasa itu bahasa utama negara.
Isu bahasa ini dibincangkan hangat pada "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' Nasi Lemak" anjuran
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Gabungan Persatuan Penulis
Nasional (Gapena).
Panel menganggap masalah tersebut sebagai `malang' bagi sebuah negara yang telah merdeka
selama 50 tahun. Turut dibincangkan ialah masalah integrasi kaum di peringkat sekolah.
Seorang anggota panel, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah
berkata penggunaan bahasa Malaysia atau lebih selesa beliau sebut bahasa Melayu kini tidak
seunggul dulu malah semakin ketinggalan. Beliau berkata walaupun negara mencapai kemajuan
dalam bidang kokurikulum berbanding negara Afrika namun dari sudut sistem persekolahan,
Malaysia gagal menjadikan bahasa Malaysia sebagai `bahasa penyatuan dalam sistem persekolahan
kebangsaan'.
"Perjuangan bahasa Melayu dulu sangat hebat hingga bekas Menteri Pelajaran Tun Abdul Rahman
Yakub pada 1969 pernah membuat satu keputusan mengejutkan untuk memansuhkan aliran bahasa
Inggeris secara berperingkat walau tanpa keizinan kabinet," katanya.
"Pengasingan kaum sekarang amat buruk di sekolah-sekolah. Jika dulu kita dapat lihat pelajar
Melayu, India dan Cina boleh makan sekali kini budaya itu tidak lagi wujud. Kita perlu lihat masa
depan generasi kita," katanya.
Pensyarah Linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Sariyan, yang
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 18
memberi pandangan yang sama berkata keadaan semakin parah apabila generasi muda gagal
menguasai bahasa Malaysia dan menerimanya sebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam
kontrak sosial.
Seorang lagi pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim pula berkata tidak wajar
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta untuk menggunakan Inggeris kerana bahasa
Malaysia adalah bahasa pengantar utama dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi.
-- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=281358
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 19
BAB III
ANALISIS
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 20
Rajah 1
Rajah 1 memaparkan papan tanda “PENGUMUMAN PASTIKAN MOTOSIKAL AND DIKUNCIKAN
DENGAN KUNCI TAMBAHAN”. Kesalahan bahasa yang terdapat pada Papan tanda pada rajah adalah
percampuran Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu.
Ayat yang betul adalah “PENGUMUMAN PASTIKAN MOTOSIKAL ANDA DIKUNCIKAN DENGAN KUNCI
TAMBAHAN”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 21
Rajah 2
Pada Rajah 2 iaitu perkataan “Meningkat” adalah kata kerja seterusnya tidak boleh berada di
permulaan ayat. Ayat bahasa Melayu yang betul perlulah bermula dengan subjek.
Ayat yang dicadangkan adalah “Kadar Metabolisme Dapat Ditingkatkan Serta Mengurangkan
Keletihan”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 22
Rajah 3
Terdapat kesalahan bahasa pada Rajah 3. Notis yang dipaparkan berbunyi “AWAS!!! HATI 2 JIKA
BERLAKU SEBARANG KEROSAKAN ANDA DIKIRA BELI. TERIMA KASIH!”. Kesalahan yang paling jelas di
situ, penggunaan nombor 2 bagi menggantikan kata ganda untuk hati iaitu hati-hati. Selain itu, pada
pendapat kami ayat yang digunakan agak kurang sesuai walaupun bertujuan untuk memberi amaran.
Pembetulan ayat yang dicadangkan seperti berikut “AWAS! SILA BERHATI-HATI ANDA DIKIRA
MEMBELI SEKIRANYA BERLAKU KEROSAKAN TERIMA KASIH.”
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 23
Rajah 4
Rajah 4 memaparkan papan tanda peringatan yang terdapat kesalahan percampuran bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu. Ayat papan tanda “PARKING UNTUK PELAWAT”. Ayat yang tepat adalah “PARKIR
UNTUK PELAWAT”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 24
Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan papan tanda barang atau dokumen yang dilarang untuk disimpan ke dalam
bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kesalahan bahasa adalah dari segi ejaan
pada label wang yang dieja dengan “uang”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 25
Rajah 6
Rajah 6 juga menunjukkan papan tanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Penggunaan “Bilik Tunggu Ulang-alik” kurang sesuai dan ayat yang lebih baik adalah “tempat
menunggu kenderaan ulang-alik”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 26
Rajah 7
Kata pemeri adalah perlu hadir sebelum kata sifat atau kata sendi. Pada Rajah 7 penggunaan
perkataan adalah pada awal ayat amat tidak tepat iaitu “Adalah ditegah membawa keluar dari
Langkawi mengikut Perintah Kastam”. Ayat yang sepatutnya “Membawa keluar adalah ditegah dari
Langkawi mengikut Perintah Kastam”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 27
Rajah 8
Rajah 8 adalah label tanda pada teksi yang mengandungi kesalahan ejaan “KEDAH DARULAMAN”.
Ejaan yang betul ialah “Kedah Darul Aman”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 28
Rajah 9
Pada Rajah 9 ayat yang digunakan adalah “Matikan Telefon Bimbit Anda Sehingga Pengumuman di
Buat Oleh Kakitangan Kabin”. Perkataan “di” digunakan sebagai kata sendi dalam ayat namun
sekiranya digabung dengan kata kerja akan membentuk imbuhan.
Ayat yang tepat sepatutnya diguna pada rajah 9 ialah “Matikan Telefon Bimbit Anda Sehingga
Pengumuman Dibuat Oleh Kakitangan Kabin”.”
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 29
Rajah 10
Seperti rajah sebelum ini, kata sendi “di” digunakan bagi merujuk lokasi contohnya di dalam, di atas
dan di antara. Ayat “SOS BOLEH JUGA DI DAPATI DI TINGKAT ATAS”. Penggunaan kata sendi pada
perkataan di dapati adalah tidak tepat sama sekali kerana akan merujuk kepada lokasi dapati,
sebaliknya yang dimaksudkan adalah didapati iaitu kata imbuhan.
Ayat yang tepat sepatutnya ditulis “SOS JUGA BOLEH DIDAPATI DI TINGKAT ATAS”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 30
Rajah 11
Papan tanda pada rajah 11 terdapat kesalahan ejaan “TULIN”. Ejaan Tulin adalah dari bahasa sukuan
Melanau Mukah yang membawa maksud jati, asli atau sah. Namun ejaan selepas pelarasan bahasa
Melayu sepatutnya menurut kamus dewan bahasa adalah “TULEN”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 31
Rajah 12
Rajah 12 juga terdapat kesalahan ejaan “MAR MAR”. Perkataan “MAR MAR” sepatutnya dirapatkan
iaitu marmar yang membawah maksud batu kapur yang keras yang digunakan untuk membuat lantai
atau dinding sesudah dilicinkan.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 32
Rajah 13
Dalam Rajah 13 ayat “DISYORKAN UNTUK PEROKOK BAGI MENGGEMBALIKAN..” terdapat kesalahan
ejaan. Perkataan yang ingin disampaikan sepatutnya adalah mengembalikan yang membawa maksud
memulangkan atau memberi balik.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 33
Rajah 14
Pada Rajah 14 terdapat kesalahan penggunaan perkataan “dengan” pada ayat “TERIMA KASIH
DENGAN KERJASAMA ANDA”. Penggunaan kata “dengan” perlulah merujuk perbuatan
menggunakan sesuatu contohnya “Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak”.Ayat yang betul
sepatutnya “TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA”.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 34
Rajah 15
Rajah 15 memaparkan perkataan “GORENG PISANG”. Goreng adalah kata kerja manakala pisang
adalah kata nama bagi buah. Goreng pisang membawah maksud kerja atau perbuatan menggoreng
pisang.
Walau bagaimanapun, ayat yang sepatutnya ialah “Pisang Goreng” kerana label pada rajah ingin
menyampaikan maksud makanan pisang goreng.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 35
BAB IV
RUMUSAN
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 36
Selepas melakukan tugasan ini, kami bersyukur kerana barulah kami sedar terdapat banyak
kesalahan-kesalahan bahasa yang sering ada pada papan-papan tanda di premis awam yang selama
ini dianggap tidak penting. Tugasan ini juga membuka mata kami bahawa Bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan seharusnya dijaga dengan baik agar ia terus terpelihara. Kami juga berharap agar
pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat iklan dan papan tanda dan pihak kerajaan peka
dengan masalah yang semakin membimbangkan ini seterusnya mengambil langkah yang sepatutnya
Selain itu, masalah ini jika tidak dibendung akan membawa kesan yang tidak baik kepada
masyarakat khususnya kepada kanak-kanak kerana mereka akan menyangka perbuatan kesalahan
bahasa seperti campuran bahasa rojak atau kesalahan ejaan ini satu benda yang kecil. Kanak-kanak
juga mungkin akan mengaplikasikan kesalahan ini di dalam penulisan mereka kerana menganggap
ianya betul. Kami berharap masyarakat akan lebih peka dan serius dalam menangani masalah ini
supaya kesalahan bahasa ini dapat diatasi
Di samping itu, negara kita akan hilang kedaulatannya apabila Bahasa Kebangsaan yang
digunakan boleh sesuka hati dicampur aduk dan salah ejaannya digunakan untuk papan-papan
tanda. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan harus dijaga dengan baik di dalam
membina negara yang mempunyai identiti tersendiri. Oleh hal demikian, pihak kerajaan dan pihak
berwajib yang lain seharusnya mengambil tindakan ke atas individu atau syarikat yang sesuka hati
menggunakan papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Walaupun terdapat pelbagai alasan
yang dikemukan oleh pengiklanan namun demi memartabatkan Bahasa Kebangsaan tindakan harus
juga diambil.
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 37
RUJUKAN
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 38
1. Utusan Malaysia Online, Arkib 16/06/2008, Kenal pasti kesalahan bahasa penerbitan,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Rencana&pg=re_06.htm
2. Utusan Malaysia Online, Arkib 06/10/2010, Patuhi bahasa Melayu di papan tanda, iklan,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1006&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 39
LAMPIRAN
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 40
Rajah 16
LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 41
Rajah 17
top related