laporan ketua audit negara - govdocs.sinarproject.org · pendahuluan 3 objektif dan metodologi...
Post on 03-Jul-2019
273 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN
PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI
NEGERI SELANGORTAHUN 2013
LAPORANKETUA AUDIT NEGARA
DEW
AN N
EG
ERI SELANGOR
JABATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
JABATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI
NEGERI SELANGOR
TAHUN 2013
iii
PERKARA MUKA SURAT
KATA PENDAHULUAN vii
INTISARI LAPORAN xi
BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN
NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2013
Pendahuluan 3
Objektif Dan Metodologi Pengauditan 4
Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 4
Berakhir 31 Disember 2013
BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Latar Belakang 7
Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri 7
Kumpulan Wang Disatukan 7
Wang Awam 9
Akaun Hasil Disatukan 12
Akaun Pinjaman Disatukan 21
Akaun Amanah Disatukan 22
Penyata Prestasi Kewangan 38
Penyata Akaun Memorandum 39
Nota Kepada Penyata Kewangan 47
Rumusan Dan Syor Audit 52
BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-10 55
Rumusan 58
BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN
JABATAN/AGENSI NEGERI
Pendahuluan 61
Penambahbaikan Pengurusan Kewangan Oleh Jabatan/Agensi Negeri 61
Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti 62
Objektif Pengauditan 63
Skop Dan Metodologi Pengauditan 63
Kawalan Utama 64
Penemuan Audit 75
KANDUNGAN
iv
PERKARA MUKA SURAT
Pemeriksaan Audit Mengejut 81 Syor Audit 84
BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
Pendahuluan 87
Pengauditan Penyata Kewangan 87
Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 87
Pengesahan Penyata Kewangan 88
Pembentangan Penyata Kewangan 89
Prestasi Kewangan 90
Rumusan Dan Syor Audit 105
BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
DAN MESYUARAT JAWATANKUASA
KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai 109
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri; Dan Aktiviti Jabatan/Agensi
Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 109
PENUTUP 113
LAMPIRAN
I Sijil Ketua Audit Negara 117 II Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dan 118
Bendahari Negeri Selangor
III Penyata Kedudukan Kewangan 119
IV Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Tunai 120
V Penyata Prestasi Kewangan 121
VI Penyata Akaun Memorandum 122
VII Nota Kepada Penyata Kewangan 123
vii
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memeriksa, menyiasat
dan mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi dan
mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor memperkenankan untuk dibentangkan di
Dewan Negeri Selangor. Bagi memenuhi fungsi dan tanggungjawab ini, Jabatan Audit
Negara telah menjalankan 2 jenis pengauditan seperti berikut:
1.1. Pengauditan Penyata Kewangan – Pengauditan ini yang berpandukan kepada
Piawaian Perakaunan Kerajaan bertujuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan
yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan
dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan ini juga dibuat terhadap Penyata Kewangan
Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam.
1.2. Pengauditan Pengurusan Kewangan – Pengauditan ini bertujuan untuk menilai
sama ada pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan mengikut undang-
undang dan peraturan kewangan. Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks
Akauntabiliti (AI) pada tahun 2007 dan tahun 2013 adalah tahun ketujuh pelaksanaannya. AI
diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengurusan
kewangan Jabatan/Agensi Negeri bagi mengukur dan menambah baik kawalan pengurusan
kewangan sehingga mencapai tahap cemerlang. Penarafan AI diberi berdasarkan kepada
tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan
pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah/deposit,
aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan. Dengan
pelaksanaan AI ini, ia dapat membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan
terbaik seperti Cepat, Tepat dan Berintegriti. Selain itu, sebagai usaha berterusan
memupuk kesedaran dan iltizam integriti yang tinggi di kalangan penjawat awam dalam
pengurusan kewangan, pemeriksaan mengejut juga dilaksanakan di beberapa Pusat
Tanggungjawab terpilih seluruh negeri.
2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan
Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2013 disediakan hasil daripada
pengauditan yang dijalankan di pejabat Perbendaharaan Negeri dan beberapa
Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2013. Semasa pengauditan dijalankan,
pemeriksaan telah dibuat secara teliti lagi telus terhadap segala langkah yang diambil oleh
Jabatan/Agensi bagi melindungi semua pemungutan, penjagaan serta pembayaran wang
awam daripada berlakunya ketidakakuran yang serius.
KATA PENDAHULUAN
viii
3. Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk mengubah asas perakaunan yang
diamalkan sekarang iaitu Asas Perakaunan Tunai Ubahsuai kepada Perakaunan Akruan
mulai tahun 2015. Perakaunan Akruan mengiktiraf dan merekodkan semua urus niaga pada
masa ia berlaku. Selain itu, ia menghendaki semua aset Kerajaan sama ada aset alih, tak
alih dan aset hidup berserta semua jenis liabiliti Kerajaan ditunjukkan sepenuhnya dalam
Penyata Kewangan Kerajaan. Pelaksanaan dasar Perakaunan Akruan ini adalah selaras
dengan aspirasi Kerajaan untuk memperkasakan Transformasi Sektor Awam bagi
mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan dan perakaunan. Sehubungan
ini, Kerajaan Negeri hendaklah memantapkan lagi pengurusan kewangan di peringkat
Jabatan/Agensi khususnya dalam aspek pengurusan aset dan stor sebagai persediaan awal
ke arah tersebut. Justeru itu, pembangunan modal insan yang berterusan kepada pegawai
yang terlibat perlu dipertingkatkan.
4. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi
Negeri Selangor yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang
pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada
pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk
menyiapkan Laporan ini.
(TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG)
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
9 Ogos 2014
KATA PENDAHULUAN
xi
BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan gambaran yang benar
dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun berakhir
31 Disember 2013. Semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata
Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun
Memorandum serta Nota Kepada Penyata Kewangan telah disertakan dengan dokumen
sokongan yang mencukupi.
BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
2. Secara keseluruhan, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah baik. Pada 31
Disember 2013, baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM2.91 bilion meningkat
sejumlah RM287.66 juta (11%) berbanding RM2.62 bilion pada tahun 2012. Pelaburan dan
kutipan hasil turut meningkat masing-masing sejumlah RM343.88 juta (15.4%) dan
RM195.16 juta (10%). Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangannya
dengan defisit berjumlah RM90.45 juta namun surplus terkumpul Akaun Hasil Disatukan
Kerajaan Negeri masih pada tahap tinggi iaitu RM1.09 bilion pada akhir tahun 2013. Baki
Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2013 telah meningkat 67.9% berbanding tahun 2012.
Pada masa yang sama, tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun
sebanyak 9.6%. Hutang Awam dan tunggakan bayaran balik hutang telah menurun masing-
masing sebanyak 1.6% dan 14% pada tahun 2013 berbanding tahun 2012. Kerajaan Negeri
disyorkan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat secara berterusan dan hanya
berbelanja mengikut keperluan. Selain itu, usaha perlu dipertingkatkan untuk mengutip
Pinjaman Boleh Dituntut dan tunggakan hasil/bayaran balik pinjaman/hutang lain daripada
Jabatan/Agensi Kerajaan supaya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri sentiasa berada
dalam keadaan yang kukuh.
BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
3. Pada keseluruhannya, pencapaian pelaksanaan projek pembangunan bagi tempoh 3
tahun pertama RMKe-10 sehingga 31 Disember 2013 adalah kurang memuaskan
memandangkan hanya 269 projek (35.3%) daripada 763 projek telah siap atau dalam
pelaksanaan. Bagaimanapun, pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tempoh yang
sama adalah baik kerana 88.3% daripada peruntukan pembangunan yang diluluskan telah
dibelanjakan. Perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan yang cekap dan
berkesan hendaklah diberi perhatian bagi meningkatkan kemakmuran negeri dan
kesejahteraan rakyat.
INTISARI LAPORAN
xii
BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI
NEGERI
4. Pada keseluruhannya prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi
Negeri pada tahun 2013 adalah baik di mana 17 Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit
mencapai tahap sangat baik atau baik. Bilangan Jabatan/Agensi Negeri yang mencapai
tahap sangat baik meningkat daripada 5 pada tahun 2012 kepada 10 pada tahun 2013.
Jabatan/Agensi Negeri boleh mempertingkatkan pengurusan kewangan ke tahap yang lebih
baik jika langkah penambahbaikan diambil oleh Jabatan/Agensi. Antara langkah yang
perlu diambil adalah menganjurkan program latihan berterusan kepada pegawai yang
terlibat dalam pengurusan kewangan agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan
kompetensi dalam melaksanakan tugas.
BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN
PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
5. Sehingga 30 Jun 2014, semua 26 Agensi telah mengemukakan penyata kewangan
tahun 2013 untuk diaudit. Daripada 26 Agensi terlibat, 21 Agensi mengemukakan penyata
kewangan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum atau pada 30 April 2014 manakala 5
Agensi selepas tarikh tersebut. Bagi pengesahan penyata kewangan tahun 2013, penyata
kewangan 2 Agensi telah disahkan dan memperoleh Sijil Tanpa Teguran manakala penyata
kewangan 24 Agensi lain sedang diaudit. Penyata kewangan tahun 2012 bagi semua Agensi
Negeri yang terlibat telah dibentangkan di Dewan Negeri Selangor.
6. Pada keseluruhannya prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri bagi tahun 2013
adalah memuaskan. Sungguhpun surplus semasa telah menurun sedikit sebanyak 1%,
keuntungan terkumpul dan aset semasa bersih masing-masing meningkat sebanyak 4.8%
dan 3% berbanding tahun 2012. Pada akhir tahun 2013, sebanyak 8 syarikat subsidiari
Badan Berkanun Negeri telah mencatat keuntungan terkumpul berjumlah RM863.62 juta
manakala 14 syarikat subsidiari mencatat kerugian terkumpul berjumlah RM91.59 juta.
Prestasi kewangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2013 adalah memuaskan
berbanding tahun 2012. Aset semasa bersih dan kutipan cukai taksiran masing-masing
meningkat 37.2% dan 5.7% manakala surplus semasa menurun 13.2% dan tunggakan cukai
taksiran meningkat 3.1%.
BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN
MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
7. Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit
Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dibentangkan dalam Dewan Negeri
Selangor. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Dan Pengurusan
Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor bagi tahun 2012 telah dibentangkan dalam
Dewan Negeri Selangor pada 8 April 2014. Sepanjang tahun 2013 dan sehingga bulan Mei
2014, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Selangor tidak membincangkan perkara
yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan
xiii
Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2012. Namun
begitu, jawatankuasa ini telah bermesyuarat 3 kali untuk membuat pemeriksaan dan
membincang isu yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti
Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2006 dan 2008
hingga 2012.
3
1. PENDAHULUAN
1.1. Seksyen 16(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 menghendaki Pihak Berkuasa
Kewangan Negeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas penutupan
akaun bagi tahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Audit Negara dalam tempoh 7 bulan selepas berakhirnya tahun kewangan berkenaan untuk
diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Audit 1957.
1.2. Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan Negeri
telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun berakhir
31 Disember 2013 kepada Jabatan Audit Negara pada 6 Februari 2014. Penyata tersebut
melaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun 2013 yang berkaitan
dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut mengandungi Laporan
Bendahari, Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang
Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum serta Nota Kepada
Penyata Kewangan.
1.3. Mulai tahun kewangan 2011, Kerajaan Negeri telah mengguna pakai Piawaian
Perakaunan Kerajaan 2 (Disemak-2010) - Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan,
menggantikan Piawaian Perakaunan Kerajaan 2 (2004) selaras dengan kehendak piawaian
perakaunan berasaskan International Public Sector Accounting Standards (IPSAS) -
Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting.
1.4. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan jumlah wang tunai dan pelaburan
yang dipegang bagi ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil
Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Selaras dengan
asas perakaunan tunai ubah suai yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri, Pelaburan
Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am dilaporkan dalam Penyata Kedudukan
Kewangan. Manakala pelaburan yang dikenakan kepada perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum.
1.5. Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan penerimaan dan
bayaran bagi tahun 2013. Penerimaan adalah terdiri daripada hasil, pinjaman, penerimaan
modal dan penerimaan lain seperti amanah dan deposit. Pembayaran pula adalah untuk
membiayai perbelanjaan mengurus, pembangunan, modal dan bayaran balik pinjaman.
1.6. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil keseluruhan
berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber
pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana dalam Pinjaman,
Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta perubahan Tunai, Pelaburan dan
Amanah.
BAHAGIAN I PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013
4
1.7. Penyata Akaun Memorandum menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti Kerajaan
Negeri yang tidak ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Aset Kerajaan Negeri
merangkumi Pinjaman Boleh Dituntut dan Pelaburan. Manakala liabiliti Kerajaan Negeri
pula terdiri daripada Hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
1.8. Nota Kepada Penyata Kewangan menunjukkan dasar perakaunan, nota penjelasan
serta maklumat lain yang perlu didedahkan.
2. OBJEKTIF DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
2.1. Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun
berakhir 31 Disember 2013 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata itu
menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod
perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara
berterusan sepanjang tahun 2013. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan dengan
pihak Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Negeri melalui pemerhatian Audit sebaik sahaja
pengauditan selesai dijalankan.
3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013
3.1. Pengauditan Penyata Kewangan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan
berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Akta dan piawaian tersebut
menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yang
munasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan
ketinggalan yang ketara. Pengauditan Penyata Kewangan termasuk memeriksa rekod
secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran
yang mencukupi dalam penyampaian Penyata Kewangan.
3.2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2013 adalah
selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan. Pada pendapat Audit, Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran
yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun
berakhir 31 Disember 2013 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan
teratur dan kemas kini. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan
Negeri yang disertakan bersama Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri Dan Bendahari
Negeri, Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang
Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum serta Nota Kepada
Penyata Kewangan adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VII.
7
4. LATAR BELAKANG
Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Selangor Tahun 2013 juga membuat analisis terhadap maklumat kewangan bagi
menentukan tahap prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Hasil analisis yang dijalankan
adalah berdasarkan Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan
Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan
Nota Kepada Penyata Kewangan.
4.1. KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri menunjukkan pegangan Wang Awam di
bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan
yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun
Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.
4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN
4.2.1. Mengikut Penyata Kedudukan Kewangan, baki Kumpulan Wang Disatukan pada
akhir tahun 2013 adalah RM2.91 bilion. Jumlah ini merupakan baki terkumpul daripada
ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman
Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk
wang tunai RM335.88 juta dan pelaburan sejumlah RM2.57 bilion. Baki Kumpulan Wang
Disatukan Negeri Selangor pada akhir tahun 2013 berbanding tahun 2012 adalah seperti di
Jadual 4.1.
Jadual 4.1 Kumpulan Wang Disatukan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran
Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Akaun Hasil Disatukan 1,180.85 1,090.40 -90.45 -7.7
2 Akaun Pinjaman Disatukan 20.89 0 -20.89 -100.0
3 Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 1,417.70 1,816.70 399.00 28.1
a. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 552.40 1,503.51 951.11 172.2
i. Kumpulan Wang Pembangunan 157.53 167.14 9.61 6.1
ii. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 5.71 6.73 1.02 17.9
iii. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah
Kerajaan
382.67 1,320.82 938.15 245.2
iv. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 6.49 8.82 2.33 35.9
b. Kumpulan Wang Amanah Awam 774.36 226.34 -548.02 -70.8
c. Akaun Deposit 90.94 86.85 -4.09 -4.5
Jumlah 2,619.44 2,907.10 287.66 11.0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
BAHAGIAN II ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
8
4.2.2. Analisis Audit mendapati Kumpulan Wang Disatukan meningkat sejumlah
RM287.66 juta (11%) kepada RM2.91 bilion pada tahun 2013 berbanding RM2.62 bilion
pada tahun 2012. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan Akaun Amanah Disatukan
sejumlah RM399 juta (28.1%). Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun
2009 hingga 2013 adalah seperti di Jadual 4.2 dan Carta 4.1.
Jadual 4.2 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Butiran
Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Akaun Hasil Disatukan 608.01 732.25 912.75 1,180.85 1,090.40
2 Akaun Pinjaman Disatukan 0 0 0 20.89 0
3 Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 711.96 854.63 1,031.26 1,417.70 1,816.70
a. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 447.32 449.63 488.20 552.40 1,503.51
i. Kumpulan Wang Pembangunan 123.63 128.23 141.19 157.53 167.14
ii. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
4.08 13.59 10.25 5.71 6.73
iii. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
318.48 305.72 332.44 382.67 1,320.82
iv. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
1.13 2.09 4.32 6.49 8.82
b. Kumpulan Wang Amanah Awam 145.45 276.45 439.08 774.36 226.34
c. Akaun Deposit 119.19 128.55 103.98 90.94 86.85
Jumlah 1,319.97 1,586.88 1,944.01 2,619.44 2,907.10
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.2.3. Analisis Audit mendapati secara keseluruhannya bagi tahun 2009 hingga 2013,
Kumpulan Wang Disatukan menunjukkan trend p eningkatan yang baik daripada RM1.32
bilion pada tahun 2009 kepada RM2.91 bilion pada tahun 2013 yang merupakan paras
yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Akaun Hasil Disatukan meningkat daripada
RM608.01 juta pada tahun 2009 kepada RM1.09 bilion pada tahun 2013. Manakala
60
8.0
1
73
2.2
5
91
2.7
5
1,1
80
.85
1,0
90
.40
20
.89
71
1.9
6
85
4.6
3
1,0
31
.26
1,4
17
.70
1,8
16
.70
1,319.97 1,586.88 1,944.01 2,619.44 2,907.10
1
10
100
1,000
10,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.1 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Akaun Hasil Disatukan Akaun Pinjaman DisatukanAkaun Amanah Disatukan Jumlah
9
Akaun Pinjaman Disatukan berbaki sifar pada akhir tahun 2013. Baki Akaun Amanah
Disatukan juga menunjukkan trend meningkat daripada RM711.96 juta pada tahun 2009
menjadi RM1.82 bilion pada tahun 2013.
4.3. WANG AWAM
4.3.1. Wang Tunai
4.3.1.1. Wang Tunai merupakan sebahagian daripada komponen yang ditunjukkan
dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai aset Kerajaan Negeri yang dipegang
bagi Kumpulan Wang Disatukan. Wang Tunai terdiri daripada Wang Tunai Dalam Bank,
Wang Tunai Dalam Perjalanan dan Wang Tunai Dalam Tangan. Wang Tunai Dalam
Bank terdiri daripada Akaun Semasa dan Deposit Dalam Negeri. Wang Tunai Dalam
Perjalanan ialah wang tunai yang belum dibankkan dan wang tunai dalam bank yang
belum diambil kira dalam Buku Tunai. Wang Tunai Dalam Tangan pula terdiri daripada
Panjar Wang Runcit dan Panjar Khas Skim Mesra Usia Emas. Baki Wang Tunai pada
akhir tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.3.
Jadual 4.3 Baki Wang Tunai Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Wang Tunai Dalam Bank 387.50 331.56 -55.94 -14.4
2 Wang Tunai Dalam Perjalanan 1.40 0.70 -0.70 -50.0
3 Wang Tunai Dalam Tangan 3.19 3.62 0.43 13.5
Jumlah 392.09 335.88 -56.21 -14.3
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.3.1.2. Analisis perbandingan kedudukan baki Wang Tunai pada tahun 2013 dan
2012 menunjukkan penurunan pada tahun 2013 berjumlah RM56.21 juta (14.3%)
menjadi RM335.88 juta berbanding RM392.09 juta pada tahun 2012. Penurunan Baki
Wang Tunai pada akhir tahun 2013 adalah disebabkan penurunan baki Wang Tunai
Dalam Bank sejumlah RM55.94 juta (14.4%) menjadi RM331.56 juta pada tahun 2013
berbanding RM387.50 juta pada tahun 2012. Selain itu, penurunan Wang Tunai Dalam
Perjalanan sejumlah RM0.70 juta (50%) menjadi RM0.70 juta pada tahun 2013
berbanding RM1.40 juta pada tahun 2012 juga menyumbang kepada penurunan Baki
Wang Tunai pada tahun 2013. Kedudukan baki Wang Tunai pada akhir tahun 2009
hingga 2013 adalah seperti di Jadual 4.4 dan Carta 4.2.
10
Jadual 4.4 Kedudukan Baki Wang Tunai Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Butiran Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Wang Tunai Dalam Bank 611.90 646.58 386.47 387.50 331.56
2 Wang Tunai Dalam Perjalanan
2.30 8.73 1.22 1.40 0.70
3 Wang Tunai Dalam Tangan
3.00 2.96 3.20 3.19 3.62
Jumlah 617.20 658.27 390.89 392.09 335.88
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.3.1.3. Urus niaga yang tidak dapat dipadankan dalam Penyata Penyesuaian Bank
memberi impak kepada baki Wang Tunai Dalam Bank sama ada jumlah tersebut terlebih
atau terkurang dinyatakan. Urus niaga yang tidak dapat dipadankan dalam Penyata
Penyesuaian Bank bagi tempoh melebihi 6 bulan hingga 4 tahun telah meningkat
daripada RM5.05 juta pada tahun 2012 menjadi RM15.41 juta pada bulan Disember
2013. Sehingga 19 Me i 2014, sejumlah RM7.46 juta daripada RM15.41 juta tersebut
telah dapat diselaraskan. Baki sejumlah RM7.95 juta merupakan urus niaga tertunggak
pada akhir tahun 2009 hingga 2013. Perbendaharaan Negeri hendaklah terus berusaha
untuk menyelesaikan baki urus niaga tersebut. Butiran baki adalah seperti di Jadual 4.5.
Mengikut maklum balas Perbendaharaan Negeri bertarikh 19 Mei 2014, baki urus
niaga tertunggak berjumlah RM7.95 juta sedang dalam tindakan pelarasan.
617.20 658.27
390.89 392.09
335.88
0
100
200
300
400
500
600
700
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.2 Kedudukan Baki Wang Tunai Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
11
Jadual 4.5 Baki Urus Niaga Tertunggak Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013 (Setakat 19 Mei 2014)
Bil. Butiran Bank Tempoh Baki
(RM Juta)
1 Urus Niaga Debit Bank Tiada Dalam Buku Tunai
CIMB 1 Januari 2009 hingga Jun 2013 0.07
CIMB 8 Januari hingga Jun 2013 0.004
2 Urus Niaga Kredit Bank Tiada Dalam Buku Tunai
CIMB 8 Januari hingga Jun 2013 7.87
3 Urus Niaga Debit Dalam Buku Tunai Tiada Di Bank
MBB 4 November 2012 0.001
CIMB 9 Julai 2012 0.001
Jumlah 7.95
Sumber: Penyata Penyesuaian Bank
4.3.2. Pelaburan
4.3.2.1. Mengikut Seksyen 8 Akta Tatacara Kewangan 1957, Kerajaan Negeri boleh
melabur dalam deposit di bank dan institusi kewangan serta pelaburan saham sekiranya
mempunyai lebihan wang. Pelaburan Kerajaan Negeri terdiri daripada Pelaburan
Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am. Pelaburan Kumpulan Wang Amanah
adalah pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan Akaun Amanah selaras
dengan Arahan Amanah (Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957) dan Surat Ikatan
Amanah (Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957) serta peraturan yang berkuat
kuasa. Pelaburan Am pula adalah pelaburan yang dibuat daripada lebihan Kumpulan
Wang Disatukan selain daripada pelaburan Kumpulan Wang Amanah. Baki pelaburan
Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.6.
Jadual 4.6 Baki Pelaburan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Pelaburan Kumpulan Wang Amanah
1 Tabung Warisan 346.93 395.26 48.33 13.9
2 Tabung Amanah Bencana Alam 20.01 30.56 10.55 52.7
Jumlah 366.94 425.82 58.88 16.0
Pelaburan Am
3 Saham 245.41 245.41 0 0
4 Deposit Dalam Negeri 1,605.00 1,890.00 285.00 17.8
5 Jaminan Bank Pertanian Malaysia 10.00 10.00 0 0
Jumlah 1,860.41 2,145.41 285.00 15.3
Jumlah Keseluruhan 2,227.35 2,571.23 343.88 15.4
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.3.2.2. Baki pelaburan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM343.88 juta daripada
RM2.23 bilion pada tahun 2012 kepada RM2.57 bilion pada tahun 2013. Peningkatan ini
disebabkan oleh peningkatan pelaburan Deposit Dalam Negeri sejumlah RM285 juta
(17.8%), Tabung Warisan sejumlah RM48.33 juta (13.9%) dan Tabung Amanah
Bencana Alam sejumlah RM10.55 juta (52.7%). Sementara itu, pelaburan dalam Saham
dan Jaminan Bank Pertanian Malaysia tidak berubah berbanding tahun 2012.
12
4.3.2.3. Analisis trend Pelaburan Kerajaan Negeri menunjukkan jumlah pelaburan
meningkat setiap tahun dari tahun 2009 hingga 2013. Kedudukan pelaburan Kerajaan
Negeri pada akhir tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di Jadual 4.7.
Jadual 4.7 Kedudukan Pelaburan Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Butiran Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Pelaburan Kumpulan Wang Amanah
352.27 373.16 357.71 366.94 425.82
2 Pelaburan Am 350.50 555.45 1,195.41 1,860.41 2,145.41
Jumlah 702.77 928.61 1,553.12 2,227.35 2,571.23
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4. AKAUN HASIL DISATUKAN
4.4.1. Akaun Hasil Disatukan mengakaun semua urus niaga terimaan hasil dan
perbelanjaan mengurus kerajaan bagi satu tahun kewangan. Akaun ini ditubuhkan mengikut
Perkara 97 dan 98, Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7(a), Akta Tatacara Kewangan
1957.
4.4.2. Kerajaan Negeri telah mengakhiri tahun kewangan 2013 dengan defisit berjumlah
RM90.45 juta berbanding surplus berjumlah RM268.10 juta pada tahun 2012, iaitu menurun
sejumlah RM358.55 juta (133.7%). Defisit ini berpunca daripada perbelanjaan mengurus
berjumlah RM2.24 bilion yang melebihi kutipan hasil berjumlah RM2.15 bilion. Dengan
mengambil kira defisit semasa di Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2013, baki terkumpul
Akaun Hasil Disatukan menurun kepada RM1.09 bilion berbanding RM1.18 bilion pada tahun
2012. Prestasi kewangan Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2013 berbanding 2012 adalah
seperti di Jadual 4.8.
Jadual 4.8 Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan Pada Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 912.75 1,180.85 268.10 29.4
Hasil 1,954.81 2,149.97 195.16 10.0
Perbelanjaan Mengurus 1,686.71 2,240.42 553.71 32.8
Surplus/Defisit 268.10 -90.45 -358.55 -133.7
Baki Pada 31 Disember 1,180.85 1,090.40 -90.45 -7.7
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.3. Prestasi Akaun Hasil Disatukan bagi tempoh 5 tahun dari tahun 2009 hingga 2013
adalah seperti di Jadual 4.9 dan Carta 4.3. Analisis Audit menunjukkan dalam tempoh 5
tahun kebelakangan, Kerajaan Negeri mencatat surplus bagi tahun 2010 hingga 2012 dan
defisit pada tahun 2009 dan 2013.
13
Jadual 4.9 Kedudukan Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Butiran Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
Baki Pada 1 Januari 673.97 608.01 732.25 912.75 1,180.85
Hasil 1,763.86 1,571.50 1,634.00 1,954.81 2,149.97
Perbelanjaan Mengurus 1,829.82 1,447.26 1,453.50 1,686.71 2,240.42
Surplus/Defisit -65.96 124.24 180.50 268.10 -90.45
Baki Pada 31 Disember 608.01 732.25 912.75 1,180.85 1,090.40
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.4. Hasil
4.4.4.1. Akaun Hasil Disatukan mengandungi 3 kategori hasil iaitu Hasil Cukai, Hasil
Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Pada tahun 2013, kutipan hasil sebenar
berjumlah RM2.15 bilion iaitu melebihi sejumlah RM519.97 juta (31.9%) berbanding
anggaran hasil berjumlah RM1.63 bilion seperti di Jadual 4.10.
Jadual 4.10 Kutipan Hasil Sebenar Berbanding Anggaran Bagi Tahun 2013
Bil. Jenis Hasil Anggaran
(RM Juta)
Hasil Sebenar
(RM Juta)
Perbezaan
(RM Juta) (%)
1 Hasil Cukai 584.45 548.95 -35.50 -6.1
2 Hasil Bukan Cukai 859.80 1,398.86 539.06 62.7
3 Terimaan Bukan Hasil 185.75 202.16 16.41 8.8
Jumlah 1,630.00 2,149.97 519.97 31.9
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
673
.97
608
.01
732
.25
912.7
5
1,1
80
.85
1,7
63
.86
1,5
71
.50
1,6
34
.00
1,9
54
.81
2,1
49
.97
1,8
29
.82
1,4
47
.26
1,4
53
.50
1,6
86
.71
2,2
40
.42
1
24
.24
180
.50
268
.10
608
.01
732
.25
912
.75
1,1
80
.85
1,0
90
.40
1
10
100
1,000
10,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.3 Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Baki 1 Januari Hasil Perbelanjaan Mengurus Surplus/Defisit Baki 31 Disember
14
4.4.4.2. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun
2013 berjumlah RM2.15 bilion telah meningkat sejumlah RM195.16 juta (10%)
berbanding tahun 2012 berjumlah RM1.95 bilion seperti di Jadual 4.11.
Jadual 4.11 Kutipan Hasil Bagi Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Jenis Hasil Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Hasil Cukai 553.10 548.95 -4.15 -0.8
2 Hasil Bukan Cukai 1,146.65 1,398.86 252.21 22.0
3 Terimaan Bukan Hasil 255.06 202.16 -52.90 -20.7
Jumlah 1,954.81 2,149.97 195.16 10.0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.4.3. Bagi tempoh 5 tahun iaitu tahun 2009 hingga 2013, kutipan hasil telah
mencatatkan peningkatan setiap tahun kecuali tahun 2010 di mana terdapat sedikit
penurunan berbanding tahun 2009 seperti di Jadual 4.12 dan Carta 4.4.
Jadual 4.12 Kutipan Hasil Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Jenis Hasil Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Hasil Cukai 471.56 517.74 534.32 553.10 548.95
2 Hasil Bukan Cukai 471.15 674.06 791.19 1,146.65 1,398.86
3 Terimaan Bukan Hasil 821.15 379.70 308.50 255.06 202.16
Jumlah 1,763.86 1,571.50 1,634.01 1,954.81 2,149.97
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
47
1.5
6
51
7.7
4
53
4.3
2
55
3.1
0
54
8.9
5
47
1.1
5
67
4.0
6
79
1.1
9
1,1
46
.65
1,3
98
.86
82
1.1
5
37
9.7
0
30
8.5
0
25
5.0
6
20
2.1
6
1,763.86 1,571.50 1,634.01 1,954.81 2,149.97
1
10
100
1,000
10,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.4 Kutipan Hasil Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah
15
4.4.4.4. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri terdiri daripada Premium Geran
Tanah, Cukai Tanah Semasa, Pemberian Mengikut Bilangan Orang, Penanaman
Modal/Pertaruhan Tetap dan Tunggakan Cukai Tanah. Kelima-lima hasil ini menyumbang
sejumlah RM1.68 bilion daripada keseluruhan hasil berjumlah RM2.15 bilion pada tahun
2013 berbanding kutipan berjumlah RM1.42 bilion daripada keseluruhan hasil berjumlah
RM1.95 bilion pada tahun 2012. Butiran adalah seperti di Jadual 4.13. Manakala trend
kutipan jenis hasil tersebut bagi tempoh 5 tahun dari tahun 2009 hingga 2013 adalah
seperti di Jadual 4.14. Kutipan Premium Geran Tanah merupakan penyumbang terbesar
dengan kutipan berjumlah RM3.26 bilion bagi tempoh tersebut diikuti dengan Cukai
Tanah Semasa dan Tunggakan Cukai Tanah masing-masing berjumlah RM1.84 bilion
dan RM350.56 juta. Lima butiran hasil yang meningkat dan menurun dengan paling
ketara pada tahun 2013 adalah seperti di Jadual 4.15 dan Jadual 4.16.
Jadual 4.13 Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Butiran Tahun
2012 (RM Juta) (%)
2013 (RM Juta) (%)
1 Premium Geran Tanah 869.91 44.5 1,118.31 52.0
2 Cukai Tanah Semasa 371.81 19.0 386.30 18.0
3 Pemberian Mengikut Bilangan Orang 63.40 3.2 63.86 3.0
4 Penanaman Modal/Pertaruhan Tetap 43.07 2.2 62.97 2.9
5 Tunggakan Cukai Tanah 72.79 3.7 51.92 2.4
Jumlah 1,420.98 72.7 1,683.36 78.3
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Jadual 4.14 Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Butiran Tahun
Jumlah
(RM Juta) 2009
(RM Juta) 2010
(RM Juta) 2011
(RM Juta) 2012
(RM Juta) 2013
(RM Juta)
1 Premium Geran Tanah 268.45 465.48 533.04 869.91 1,118.31 3,255.19
2 Cukai Tanah Semasa 352.82 365.36 360.94 371.81 386.30 1,837.23
3 Pemberian Mengikut Bilangan Orang
72.76 75.47 62.88 63.40 63.86 338.37
4 Penanaman Modal/Pertaruhan Tetap
17.81 17.20 37.62 43.07 62.97 178.67
5 Tunggakan Cukai Tanah
68.18 77.88 79.79 72.79 51.92 350.56
Jumlah 780.02 1,001.39 1,074.27 1,420.98 1,683.36 5,960.02
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
16
Jadual 4.15 Peningkatan Hasil Yang Ketara Bagi Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Peningkatan
Punca Peningkatan 2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Premium Geran Tanah
869.91 1,118.31 248.40 28.6 Premium Tambahan Tukar Syarat Tanah hasil daripada Program Pemutihan Kilang Haram dan Projek Pembangunan.
2 Penanaman Modal/ Pertaruhan Tetap
43.07 62.97 19.90 46.2 Pulangan daripada simpanan tetap Kerajaan Negeri.
3 Cukai Tanah Semasa
371.81 386.30 14.49 3.9 Pertambahan hak milik dan pelaksanaan Operasi Mengutip Cukai Tanah secara menyeluruh, pemantauan kutipan cukai tanah oleh Unit Hasil Pejabat Daerah Dan Tanah, penubuhan pasukan taskforce serta pengecualian denda lewat.
4 Cukai Hasil Yang Meragukan
38.81 44.52 5.71 14.7 Cukai daripada tiket panggung wayang.
5 Hasil Tahun Lalu
0.002 5.53 5.53 276,400 Pindahan faedah pinjaman perumahan Jabatan Bekalan Air ke akaun hasil.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Jadual 4.16 Penurunan Hasil Yang Ketara Bagi Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Penurunan
Punca Penurunan 2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Pemberian Jalan Raya/ Lorong
60.00 0 60.00 100.0 Pemberian bagi Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) daripada Kerajaan Persekutuan diakaunkan terus ke Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri.
2 Tunggakan Cukai Tanah
72.79 51.92 20.87 28.7 Tunggakan cukai tanah yang sepatutnya dikutip berkurangan pada tahun 2013.
3 Pelbagai Terimaan Dari Agensi Lain Kerajaan
12.00 0 12.00 100.0 Pihak Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor tidak membuat sebarang bayaran balik pinjaman pada tahun 2013.
4 Permit Membawa Masuk/Keluar Haiwan
9.71 4.21 5.50 56.6 Mulai bulan Mei 2013, pengeluaran permit import melibatkan lembu, kambing dan bebiri bagi tujuan penyembelihan hanya dikeluarkan oleh Seksyen Perkhidmatan Kuarantin Dan Import (SKIE) Putrajaya. Pembekuan sementara pergerakan ayam hidup dan semua jenis unggas berikutan wabak Avian Influenza H7N9 pada tahun 2013.
5 Cukai Tanah Tahun Pertama
18.91 15.33 3.58 18.9 Penurunan tukar syarat dan pemberimilikan menyebabkan penurunan pungutan cukai tanah tahun pertama. Berlaku penurunan kutipan cukai tanah tahun pertama di 7 Pejabat Daerah Dan Tanah iaitu Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat , Gombak dan Hulu Selangor.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.5. Perbelanjaan Mengurus
4.4.5.1. Hasil Kerajaan Negeri merupakan sumber utama yang akan digunakan bagi
tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Perbelanjaan mengurus terdiri
daripada Maksud Tanggungan dan Maksud Bekalan. Bagi Maksud Tanggungan,
17
perbelanjaan dikenakan ke atas Kumpulan Wang Disatukan termasuk bayaran pencen,
ganjaran, pampasan dan perbelanjaan hutang negeri. Manakala Maksud Bekalan adalah
seperti emolumen, semua kenaan kepada peruntukan belanjawan bagi barang dan
perkhidmatan serta bayaran pindahan seperti caruman kepada Kumpulan Wang
Pembangunan. Maksud Bekalan juga termasuk wang yang diperuntukkan kepada
Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pemberian atau
pinjaman yang dianggap sebagai perbelanjaan. Pada tahun 2013, perbelanjaan
mengurus sebenar Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM2.24 bilion yang merupakan
93.7% daripada anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.39 bilion. Perbandingan
perbelanjaan mengurus sebenar dengan anggaran adalah seperti di Jadual 4.17.
Jadual 4.17 Perbandingan Perbelanjaan Mengurus Sebenar Berbanding Anggaran Bagi Tahun 2013
Bil. Maksud Perbelanjaan Anggaran
(RM Juta)
Perbelanjaan Sebenar
(RM Juta)
Prestasi Perbelanjaan
(%)
1 Emolumen 365.33 347.35 95.1
2 Perkhidmatan Dan Bekalan 374.12 365.41 97.7
3 Aset 8.77 8.56 97.6
4 Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap 1,630.84 1,510.85 92.6
5 Perbelanjaan Lain 12.38 8.25 66.6
Jumlah 2,391.44 2,240.42 93.7
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.5.2. Perbelanjaan mengurus pada keseluruhannya meningkat sejumlah RM553.71
juta (32.8%) iaitu daripada RM1.69 bilion bagi tahun 2012 kepada RM2.24 bilion bagi
tahun 2013 seperti di Jadual 4.18.
Jadual 4.18 Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Maksud Perbelanjaan Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Emolumen 303.29 347.35 44.06 14.5
2 Perkhidmatan Dan Bekalan 383.82 365.41 -18.41 -4.8
3 Aset 6.40 8.56 2.16 33.8
4 Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap 979.38 1,510.85 531.47 54.3
5 Perbelanjaan Lain 13.82 8.25 -5.57 -40.3
Jumlah 1,686.71 2,240.42 553.71 32.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.5.3. Antara peningkatan perbelanjaan yang ketara pada tahun 2013 berbanding
2012 adalah seperti di Jadual 4.19. Manakala penurunan perbelanjaan yang ketara pada
tahun 2013 berbanding 2012 adalah seperti di Jadual 4.20. Trend perbelanjaan
mengurus bagi tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di Jadual 4.21 dan Carta 4.5.
18
Jadual 4.19 Peningkatan Perbelanjaan Mengurus Yang Ketara Pada Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Peningkatan
Punca Peningkatan 2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Emolumen
1 Gaji Dan Upah
189.97 206.03 16.06 8.5 Pejabat Setiausaha Kerajaan – menampung keperluan tanggungan pembayaran gaji dan upahan berikutan perubahan pergerakan gaji tahunan pegawai/kakitangan dan penambahbaikan terhadap Jadual Gaji Minimum-Maksimum. Jabatan Pengairan Dan Saliran - mengisi jawatan kontrak menggunakan waran tetap seramai 35 orang sebagai Pembantu Am Pejabat (R1) dan jawatan tetap seramai 30 orang, iaitu 2 orang sebagai Penolong Jurutera (J29) dan 28 orang sebagai Juruteknik (J17).
2 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Kewangan
0 32.62 32.62 100.0 Bayaran Khas Simpanan Selangorku Tahun 2013, Bayaran Bonus Hari Raya Tahun 2013 dan Bayaran Imbuhan Tahunan Kali Kedua Tahun 2013 yang mana perbelanjaan ini dikenakan kepada Kod Objek Sebagai 17000 pada tahun 2013. Pada tahun sebelumnya, menggunakan Kod Objek Sebagai 15000.
Aset
3 Kenderaan Dan Jentera
3.65 5.67 2.02 55.3 Pejabat Dewan Negeri – Pembelian 13 unit kereta rasmi untuk 9 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan 3 orang Ex-Officio bagi Penggal ke 13
Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap
4 Pemberian Dalam Negeri
828.93 1,456.47 627.54 75.7 Peruntukan tambahan bagi Kumpulan Wang Pinjaman, Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Lain sejumlah RM537.40 juta, Tabung Amanah Bencana Alam sejumlah RM10 juta, Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan sejumlah RM7.60 juta dan Pemberian di bawah Program Air Percuma 20 meter padu kepada SYABAS melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi bulan Mei sehingga Disember 2013 sejumlah RM97.30 juta.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
19
Jadual 4.20 Penurunan Perbelanjaan Mengurus Yang Ketara Pada Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Penurunan
Punca Penurunan 2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Perkhidmatan Dan Bekalan
1 Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli
151.34 96.98 54.36 35.9 Pihak JKR tidak menerima agihan peruntukan MARRIS kerana pembayaran MARRIS dibuat oleh Perbendaharaan Negeri melalui wang amanah.
Perbelanjaan Lain
2 Pulangan Balik Dan Hapus Kira
9.48 4.90 4.58 48.3 Pada tahun 2012, terdapat pembayaran bagi pulang balik wang premium untuk serah dan beri milik tanah berjumlah RM5.1 juta di mana pada tahun 2013, jumlah bagi pembayaran ini tidak ketara.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Jadual 4.21 Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Maksud Perbelanjaan Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Emolumen 242.93 256.96 265.49 303.29 347.35
2 Perkhidmatan Dan Bekalan 291.48 302.74 324.28 383.82 365.41
3 Aset 1.20 4.54 13.34 6.40 8.56
4 Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap
1,283.09 868.64 848.05 979.38 1,510.85
5 Perbelanjaan Lain 11.12 14.38 2.34 13.82 8.25
Jumlah 1,829.82 1,447.26 1,453.50 1,686.71 2,240.42
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
24
2.9
3
25
6.9
6
26
5.4
9
30
3.2
9
34
7.3
5
29
1.4
8
30
2.7
4
32
4.2
8
38
3.8
2
36
5.4
1
1.2
0
4.5
4
13
.34
6.4
0
8.5
6
1,2
83
.09
86
8.6
4
84
8.0
5
97
9.3
8
1,5
10
.85
11
.12
14
.38
2.3
4 1
3.8
2
8.2
5
1,829.82 1,447.26 1,453.50 1,686.71 2,240.42
1
10
100
1,000
10,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.5 Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Emolumen Perkhidmatan Dan BekalanAset Pemberian Dan Kenaan Bayaran TetapPerbelanjaan Lain Jumlah
20
4.4.6. Bayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 58(a)
4.4.6.1. Arahan Perbendaharaan (AP) 58(a) memperuntukkan bahawa bayaran
terhadap bekalan/perkhidmatan yang telah diterima pada tahun sebelumnya boleh dibuat
pada tahun semasa dengan syarat Jabatan mempunyai baki peruntukan yang mencukupi
pada tahun di mana bekalan/perkhidmatan tersebut diterima dan tiada sebarang keraguan
tentang sebab berlaku kelewatan bayaran tersebut. Pada tahun 2013, bayaran di bawah
AP 58(a) berjumlah RM0.63 juta melibatkan 216 baucar bayaran di 21 Jabatan menurun
sejumlah RM0.23 juta berbanding tahun 2012 berjumlah RM0.86 juta melibatkan 268
baucar bayaran. Daripada 21 Jabatan yang terlibat, 11 Jabatan menunjukkan peningkatan
bayaran dan 10 Jabatan menunjukkan penurunan. Butiran adalah seperti di Jadual 4.22.
Lima Jabatan yang menunjukkan peningkatan ketara adalah Pejabat Daerah Dan Tanah
Petaling, Perbendaharaan Negeri, Pejabat Tanah Dan Galian, Pejabat Daerah Dan Tanah
Klang dan Jabatan Kerja Raya. Tujuan bayaran adalah seperti di Jadual 4.23.
Jadual 4.22 Bayaran Di Bawah AP 58(a) Pada Tahun 2013 Berbanding 2012
Sumber: Baucar Bayaran AP 58(a)
Jadual 4.23 Tujuan Bayaran Di Bawah AP 58(a)
Bil. Jabatan Tujuan Bayaran
1 Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling Bayaran elaun lebih masa dan majlis jamuan teh bersama pesara Kerajaan.
2 Perbendaharaan Negeri Bayaran tuntutan ganti rugi Majlis Daerah Sabak Bernam atas arahan Mahkamah kepada pembeli rumah di Taman Aman Jaya Sekinchan, perkhidmatan kawalan keselamatan dan komisen pembayaran ePayment.
3 Pejabat Tanah Dan Galian Bayaran pakej bengkel dan pengiklanan warta Kerajaan.
4 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang Bayaran bil utiliti, perubatan dan pewartaan.
5 Jabatan Kerja Raya Bayaran bil utiliti, tuntutan elaun lebih masa dan perubatan.
Sumber: Baucar Bayaran AP 58(a)
Bil. Jabatan
2012 2013 Perubahan
Bil. Baucar
Jumlah (RM)
Bil. Baucar
Jumlah (RM) (RM) (%)
1 Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling
6 3,562.09 78 141,678.06 138,115.97 3,877.4
2 Perbendaharaan Negeri
7 106,190.64 9 184,815.78 78,625.14 74.0
3 Pejabat Tanah Dan Galian
13 6,763.15 11 37,962.00 31,198.85 461.3
4 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
0 0 11 18,465.00 18,465.00 100.0
5 Jabatan Kerja Raya 9 8,258.50 25 24,947.21 16,688.71 202.1
6 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
35 384,796.55 18 73,419.57 -311,376.98 -80.9
7 Jabatan Agama Islam 112 203,524.29 16 90,402.89 -113,121.40 -55.6
8 Lain-lain Jabatan (14 Jabatan)
86 151,126.23 48 61,811.71 -89,314.52 -59.1
Jumlah 268 864,221.45 216 633,502.22 -230,719.23 -26.7
21
Pada pendapat Audit, sebahagian besar daripada bayaran di bawah AP 58(a) seperti
tuntutan pembekal, bil utiliti dan elaun lebih masa sepatutnya boleh dibayar dalam
tahun kewangan yang sebenarnya atau selewat-lewatnya dalam tempoh Akaun
Kena Bayar sekiranya Jabatan mengambil langkah proaktif untuk memastikan bil
tersebut diterima sebelum tarikh penutupan akaun. Bayaran di bawah AP 58(a)
boleh menjejaskan peruntukan tahun semasa kerana peruntukan tersebut perlu
digunakan untuk membayar bil yang sepatutnya dibayar pada tahun sebelumnya.
4.5. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN
4.5.1. Akaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut Seksyen 7(b), Akta Tatacara
Kewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaun semua pinjaman yang diterima
daripada Kerajaan Persekutuan dan pembayaran yang berkaitan serta pindahan penerimaan
pinjaman ke Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan.
4.5.2. Pada akhir tahun 2013, Akaun Pinjaman Disatukan menunjukkan baki sifar
berbanding RM20.89 juta pada tahun 2012 seperti di Jadual 4.24. Akaun ini juga berbaki
sifar pada akhir tahun 2009 hingga 2011.
Jadual 4.24
Kedudukan Baki Akaun Pinjaman Disatukan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 0 20.89 20.89 100.0
Terimaan 37.72 10.66 -27.06 -71.7
Bayaran/Pindahan 16.83 31.55 14.72 87.5
Baki Pada 31 Disember 20.89 0 -20.89 -100.0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.5.3. Pada bulan Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian bagi
satu pinjaman baru berjumlah RM30 juta dengan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai
Projek Penggantian Aset Bagi Operasi Melebihi Kapasiti Di Loji Rawatan Air Sungai
Semenyih. Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah menerima wang pinjaman berjumlah
RM10.66 juta terdiri daripada RM3.27 juta bagi projek tersebut dan RM7.39 juta bagi Projek
Menaik Taraf Stesen Mengepam Air Mentah Ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
4.5.4. Pada tahun 2013, bayaran berjumlah RM31.55 juta terdiri daripada bayaran kepada
kontraktor bagi Projek Penggantian Aset Bagi Operasi Melebihi Kapasiti Di Loji Rawatan Air
Sungai Semenyih berjumlah RM3.27 dan Projek Menaik Taraf Stesen Mengepam Air
Mentah Ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 berjumlah RM28.28 juta telah dibuat
melalui Akaun Pinjaman Disatukan. Jumlah bayaran RM28.28 juta adalah termasuk baki
Akaun Pinjaman Disatukan pada akhir tahun 2012 berjumlah RM20.89 juta yang telah
dibayar kepada kontraktor pada tahun 2013. Keseluruhan RM31.55 juta telah dipindahkan
kepada Kumpulan Wang Pembangunan pada akhir tahun 2013 selaras dengan Piawaian
Perakaunan Kerajaan 5 (Akaun Pinjaman Disatukan).
22
4.6. AKAUN AMANAH DISATUKAN
Akaun Amanah Disatukan mengakaun semua penerimaan dan pembayaran wang amanah
mengikut kehendak Akta Amanah, Arahan Amanah dan Surat Ikatan Amanah di bawah
Seksyen 9 dan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957, undang-undang dan perjanjian.
Akaun ini ditubuhkan mengikut Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7 Akta
Tatacara Kewangan 1957. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang
Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Deposit. Baki Akaun
Amanah Disatukan pada 31 Disember 2013 adalah berjumlah RM1.82 bilion berbanding
RM1.42 bilion pada akhir tahun 2012 iaitu meningkat sejumlah RM399 juta (28.1%). Baki
Akaun Amanah Disatukan pada akhir tahun 2013 berbanding tahun 2012 adalah seperti di
Jadual 4.25.
Jadual 4.25 Baki Akaun Amanah Disatukan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 552.40 1,503.51 951.11 172.2
2 Kumpulan Wang Amanah Awam 774.36 226.34 -548.02 -70.8
3 Akaun Deposit 90.94 86.85 -4.09 -4.5
Jumlah 1,417.70 1,816.70 399.00 28.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.1. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 10 Akta
Tatacara Kewangan 1957 melalui resolusi Dewan Undangan Negeri dan hanya boleh
digunakan bagi maksud ia ditubuhkan. Pembayaran daripada kumpulan wang ini tidak boleh
melebihi had peruntukan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Kumpulan wang ini
terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan,
Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.
4.6.1.1. Kumpulan Wang Pembangunan
a. Kumpulan Wang Pembangunan mengakaun terimaan dan bayaran pembangunan
seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta
406). Terimaan utama bagi kumpulan wang ini terdiri daripada pindahan daripada
Akaun Hasil Disatukan, pinjaman yang diambil dari Kerajaan Persekutuan bagi
maksud pembangunan, pemberian Persekutuan dan pelbagai terimaan. Analisis
perbandingan baki Kumpulan Wang Pembangunan pada akhir tahun 2012 dan
2013 adalah seperti di Jadual 4.26.
23
Jadual 4.26 Kedudukan Baki Kumpulan Wang Pembangunan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 141.19 157.53 16.34 11.6
Terimaan 658.79 636.43 -22.36 -3.4
Perbelanjaan 642.45 626.82 -15.63 -2.4
Surplus 16.34 9.61 -6.73 -41.2
Baki Pada 31 Disember 157.53 167.14 9.61 6.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
b. Pada tahun 2013, kumpulan wang ini telah mencatat surplus berjumlah RM9.61 juta
berbanding RM16.34 juta pada tahun 2012. Surplus in berlaku berikutan daripada
penerimaan berjumlah RM636.43 juta yang lebih tinggi daripada perbelanjaan
ber jumlah RM626.82 juta. Akibatnya baki terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan
pada akhir tahun 2013 meningkat sejumlah RM9.61 juta (6.1%) menjadi RM167.14
juta berbanding RM157.53 juta pada akhir tahun 2012.
c. Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM626.82 juta
bagi membiayai pelbagai projek pembangunan berbanding RM642.45 juta pada
tahun 2012. Kedudukan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2012 dan 2013
adalah seperti di Jadual 4.27.
Jadual 4.27 Perbelanjaan Pembangunan Bagi Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Jabatan Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
289.66 320.26 30.60 10.6
2 Jabatan Kehakiman Syariah 9.92 12.25 2.33 23.5
3 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa 2.25 2.44 0.19 8.4
4 Jabatan Pertanian 14.83 14.32 -0.51 -3.4
5 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 6.54 5.63 -0.91 -13.9
6 Perbendaharaan Negeri Komputer Projek Am
3.10 3.78
0.43
1.26
-2.67
-2.52
-86.1 -66.7
7 Jabatan Kerja Raya 145.09 133.84 -11.25 -7.8
8 Jabatan Agama Islam 103.77 91.72 -12.05 -11.6
9 Jabatan Pengairan Dan Saliran 63.51 44.67 -18.84 -29.7
Jumlah 642.45 626.82 -15.63 -2.4
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
d. Peruntukan bagi 14 projek pembangunan berjumlah RM4.40 juta di 4 Jabatan tidak
dibelanjakan langsung. Sementara itu, peruntukan bagi 35 projek pembangunan
berjumlah RM39.13 juta di 8 Jabatan dibelanjakan kurang daripada 50%. Antara
projek tersebut adalah seperti di Jadual 4.28 dan Jadual 4.29.
24
Jadual 4.28 Peruntukan Pembangunan Tidak Dibelanjakan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Bil. Jabatan Perihal Projek Anggaran
(RM) Maklum Balas Jabatan Pada Bulan Mei 2013
1 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Pembangunan Pinggiran Bandar
500,000 Peruntukan disediakan bagi tujuan menampung projek turapan jalan. Bagaimanapun projek ini telah ditampung oleh Pihak Berkuasa Tempatan melalui peruntukan MARRIS berjumlah RM132.39 juta.
CCTV Pihak Berkuasa Tempatan
1,000,000 Peruntukan pembayaran bil bagi bulan November dan Disember tahun 2013 tetapi pembayaran tidak diluluskan.
Baikpulih Rumah Awam Kos Rendah
200,010 Pelaksanaan kerja baik pulih ditampung melalui Skim CERIA di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
Pembangunan Kebun Kerang
400,000
Tiada sebarang permohonan perbelanjaan diterima daripada Jabatan dan Agensi yang berkaitan pada tahun 2013.
Program Bantuan Perikanan
200,000
Anak Nurseri 1,000,000
2 Jabatan Kerja Raya Melebar Jalan & Memperkukuh Jalan-Jalan Kg. Melayu Subang Fasa 1A&2
207,160 Peruntukan adalah untuk bayaran Perakuan Muktamad tetapi tidak dapat diselesaikan kerana pengurusan syarikat kontraktor telah bertukar menyebabkan pengurusan baru sukar untuk mendapatkan dokumen bagi penyediaan Perakuan Muktamad.
3 Jabatan Agama Islam Selangor
Masjid Ubudiah Sg. Darah
300,000 Anggaran yang dibuat adalah untuk pembayaran Perakuan Muktamad tetapi pihak kontraktor tidak membuat sebarang tuntutan.
4 Jabatan Kehakiman Syariah
Menaik taraf Pembangunan ICT
300,000 Projek ini dibatalkan kerana pemilik tanah iaitu Majlis Agama Islam Selangor telah bercadang untuk membangunkan kawasan tersebut.
25
Jadual 4.29 Peruntukan Pembangunan Dibelanjakan Kurang Daripada 50%
Bil. Jabatan Perihal Projek Anggaran
(RM)
Perbelanjaan Sebenar
(RM)
Belanja
(%)
Maklum Balas Jabatan Pada Bulan April Dan
Mei 2013 1 Menteri Besar
Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Pelaksanaan Pelan Induk
1,000,000 183,063 18.3 Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengambil langkah penjimatan memuat naik laporan serta risalah berkaitan sosioekonomi negeri melalui laman web yang disediakan.
Program Kebudayaan
500,000 78,314 15.7 Program kebudayaan telah ditampung melalui peruntukan di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.
2 Jabatan Kerja Raya
Membina Kuarters Jurutera Daerah Kuala Selangor
60,000 7,208 12.0 Prestasi kontraktor lemah dan tiada kemajuan untuk bayaran interim kemajuan. Kontrak telah ditamatkan.
3 Jabatan Agama Islam Selangor
Masjid Al-Islah Seri Kembangan
1,200,000 43,959 3.7 Anggaran dibuat berdasarkan sekiranya pelaksanaan dan permulaan kerja dapat dibuat pada tahun semasa. Namun, terdapat projek yang masih dalam pindaan pelan dan tindakan melantik kontraktor.
Masjid Jamek Pekan Kajang
689,000 18,800 2.7
Masjid Taman Padu Permai
759,500 19,800 2.6
Masjid Sultan Sulaiman -Pemuliharaan
1,500,000 45,216 3.0 Peruntukan tidak dapat digunakan kerana terpaksa melalui pindaan yang melibatkan pihak lain seperti pihak Istana dan Jabatan Warisan.
Masjid Alaeddin, Istana Bandar -Pemuliharaan
500,000 64,594 12.9
Sumber: Jabatan Audit Negara
4.6.1.2. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
a. Kumpulan wang ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pinjaman kepada penjawat
awam Kerajaan Negeri Selangor membeli hartanah berupa tanah dan rumah.
Sumber kewangan kumpulan wang ini adalah caruman daripada Akaun Hasil
Disatukan dan bayaran balik pinjaman perumahan. Bahagian Pinjaman Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertanggungjawab meluluskan pinjaman
manakala Perbendaharaan Negeri bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan
rekod perakaunan berkaitan pengeluaran dan bayaran balik pinjaman perumahan.
b. Kedudukan baki Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan pada akhir tahun 2012 dan
2013 adalah seperti di Jadual 4.30. Baki kumpulan wang ini meningkat sejumlah
RM1.02 juta (17.9%) daripada RM5.71 juta pada akhir tahun 2012 menjadi RM6.73
juta pada tahun 2013. Peningkatan ini adalah disebabkan terdapat tambahan
peruntukan sejumlah 9.2 juta bagi kumpulan wang ini pada tahun 2013.
26
Jadual 4.30 Baki Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 10.25 5.71 -4.54 -44.3
Bayaran Balik Pinjaman 35.91 56.42 20.51 57.1
Pinjaman Diberi 40.45 55.40 14.95 37.0
Baki Pada 31 Disember 5.71 6.73 1.02 17.9
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.1.3. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
a. Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2013, Pelbagai
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Akaun Penyelesaian, Akaun
Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka dan Pelbagai Kumpulan
Wang. Kedudukan baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan pada akhir
tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.31.
Jadual 4.31 Baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Akaun Penyelesaian -211.66 -201.49 10.17 4.8
2 Akaun Perniagaan 2.74 2.97 0.23 8.4
3 Akaun Pinjaman 28.26 159.11 130.85 463.0
4 Kumpulan Wang Luar Jangka 8.10 8.10 0 0
5 Pelbagai Kumpulan Wang (Termasuk Akaun Kena Bayar)
555.23 1,352.13 796.90 143.5
Jumlah 382.67 1,320.82 938.15 245.2
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
b. Pada akhir tahun 2013, jumlah baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
meningkat RM938.15 juta (245.2%) menjadi RM1.32 bilion berbanding RM382.67
juta pada tahun 2012. Peningkatan jumlah baki ini antaranya disebabkan oleh
peningkatan baki Pelbagai Kumpulan Wang sejumlah RM796.90 (143.5%) juta
kepada RM1.35 bilion berbanding RM555.23 juta pada tahun 2012. Peningkatan
ketara ini disebabkan oleh pengklasifikasian semula penubuhan Kumpulan Wang
Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri yang berbaki RM822.09 juta (100%) daripada
Seksyen 9 kepada Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 pada tahun 2013.
Sementara itu, baki Tabung Warisan dan baki Tabung Amanah Bencana Alam juga
meningkat masing-masing sejumlah RM48.33 juta (13.9%) dan RM10.55 juta
(52.7%). Peningkatan baki Akaun Pinjaman sejumlah RM130.85 juta (463%) turut
menyumbang kepada peningkatan jumlah baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah
Kerajaan. Antara penyumbang utama peningkatan tersebut adalah pertambahan
peruntukan bagi Kumpulan Wang Pinjaman Kepada Badan Berkanun dan Badan-
badan Lain sejumlah RM537.44 juta. Selain itu, baki debit Akaun Penyelesaian juga
27
telah menurun sebanyak RM10.17 juta (4.8%) dengan pelarasan beberapa akaun
yang telah lama tidak bergerak. Analisis terhadap Akaun Penyelesaian, Akaun
Pinjaman dan beberapa akaun di bawah Pelbagai Kumpulan Wang adalah seperti
berikut:
i. Akaun Penyelesaian
Arahan Perbendaharaan 153 menyatakan semua urusan yang termasuk di
bawah Akaun Penyelesaian antara Pejabat Perakaunan dan Kumpulan Wang
Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan hendaklah diselesaikan dengan
secepat mungkin melalui Akaun Penyelesaian yang diwujudkan. Pada akhir
tahun 2013, Akaun Penyelesaian yang berbaki debit RM211.66 juta pada
tahun 2012 telah menurun sejumlah RM10.17 juta (4.8%) kepada RM201.49
juta. Penurunan ini disebabkan oleh 3 pelarasan berikut:
- Akaun Pejabat Bekalan Air Selangor, Penyata Bulanan dan Pelarasan
Defisit Kumpulan Wang Bekalan Air masing-masing berbaki kredit RM3.71
juta dan berbaki debit RM6.70 juta pada akhir tahun 2012 dan tidak
bergerak sejak tahun 1981 dan 2003. Selepas teguran Audit, pihak
Perbendaharaan Negeri telah mensifarkan kedua-dua akaun ini pada tahun
2013. Pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada kedua-dua pelarasan
ini telah dibuat dengan sewajarnya kerana maklumat terperinci baki akaun
tersebut untuk menyokong justifikasi pelarasan tidak dikemukakan.
Penjelasan pelarasan adalah seperti di Jadual 4.32.
Jadual 4.32 Akaun Penyelesaian Berbaki Sifar Pada Tahun 2013
Bil. Butiran 2012
(RM Juta) 2013
(RM Juta) Catatan
1 Pejabat Bekalan Air Selangor, Penyata Bulanan
3.71 0 Dipindahkan ke hasil (Kod Hasil 81101- Terimaan Balik Bayaran Tahun-Tahun Lalu) melalui baucar jurnal bertarikh 17 September 2013.
2 Pelarasan Defisit Kumpulan Wang Bekalan Air
-6.70 0 Dilaraskan menggunakan peruntukan tambahan 2013 di bawah Vot B29 (Kod Belanja 42999-Pemberian Dan Bantuan Lain) melalui baucar jurnal pada 20 September 2013.
Jumlah -2.99 0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
- Selain itu, Akaun Penyelesaian Bendahari Negeri telah diwujudkan untuk
memindahkan perbezaan baki akaun deposit yang tidak dikenal pasti
antara rekod di peringkat 31 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan rekod di
Perbendaharaan Negeri. Pada akhir tahun 2013, akaun ini berbaki kredit
bersih RM8.75 juta selepas membuat pelarasan baki kredit sejumlah
RM24.65 juta dan baki debit sejumlah RM15.90 juta. Antara sebab
28
pelarasan ini dibuat kerana PTJ tidak menyelenggarakan buku deposit
dengan tepat dan tiada dokumen sokongan untuk menyokong baki individu
deposit berkaitan. Pada pendapat Audit, PTJ perlu menyelenggarakan
rekod deposit dengan lengkap dan kemas kini supaya baki antara
rekod di peringkat PTJ dan Perbendaharaan Negeri adalah sama.
Pihak Perbendaharaan Negeri hendaklah memantau rekod berkaitan
sijil pengesahan baki, penyata penyesuaian dan senarai baki individu
yang dihantar oleh PTJ.
- Sebahagian besar baki debit RM201.49 juta adalah daripada baki Akaun
Pelarasan Kumpulan Bekalan Air berjumlah RM245.50 juta yang tidak
bergerak sejak tahun 2003. Selepas teguran Audit dalam Laporan Ketua
Audit Negara tahun 2012 dan mengikut maklum balas Perbendaharaan
Negeri bertarikh 24 April 2014, pelarasan berperingkat sejumlah
RM12.27 juta setahun telah diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri
untuk dilaksanakan selama 20 tahun mulai tahun 2014 sehingga tahun
2033. Sehingga 31 Mac 2014, akaun ini telah dilaraskan dengan
RM12.27 juta menggunakan peruntukan 2014 di bawah Vot T04 (Kod
Belanja 42999-Pemberian Dan Bantuan Lain) dan berbaki debit
RM233.23 juta. Pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada pelarasan
ini telah dibuat dengan sewajarnya kerana maklumat terperinci baki akaun
tersebut untuk menyokong justifikasi pelarasan tidak dikemukakan.
ii. Akaun Pinjaman
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Untuk Melabur
Dalam Amanah Saham Bumiputra
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Untuk Melabur Dalam
Amanah Saham Bumiputra (KWPASB) ditubuhkan pada tahun 1987 di
bawah Seksyen 9, Akta Tatatcara Kewangan 1957 dengan peruntukan
berjumlah RM25 juta. Pegawai Pengawal adalah Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor. Mengikut Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2013,
akaun KWPASB berbaki kredit RM21.39 juta. Pihak Audit tidak dapat
mengesahkan baki ini kerana perkara berikut:
- Pada tahun 1995, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju
menambahkan siling peruntukan kepada RM30 juta. Sungguhpun
demikian, pihak pengurusan KWPASB tidak dapat mengesahkan sama
ada pertambahan peruntukan tersebut telah diluluskan. Bagaimanapun,
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2013 menunjukkan akaun
peruntukan KWPASB berjumlah RM25 juta.
29
- Penyata Kedudukan Pinjaman mengenai setiap peminjam pada
31 Disember 2013 tidak disedia dan dikemukakan untuk pengesahan
menyebabkan pihak Audit tidak dapat menentukan bilangan peminjam
dan baki pinjaman. Bagi peminjam yang belum menebus sijil, walaupun
tempoh pinjaman telah matang, jumlah dividen dan bonus tidak dapat
ditentukan kerana rekod tidak diselenggarakan dengan teratur.
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Untuk Melabur
Dalam Amanah Saham Wawasan 2020
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Untuk Melabur Dalam
Amanah Saham Wawasan 2020 (KWPASW) ditubuhkan pada tahun 1998 di
bawah Seksyen 9, Akta Tatatcara Kewangan 1957 dengan peruntukan
RM10 juta. Pegawai Pengawal adalah Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor. Mengikut Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2013, akaun
KWPASW berbaki kredit RM1.57 juta. Pihak Audit tidak dapat mengesahkan
baki ini kerana perkara berikut:
- Jumlah peruntukan bagi KWPASW mengikut Penyata Kewangan
Kerajaan Negeri 2013 adalah RM6 juta. Bagaimanapun, mengikut minit
Mesyuarat KWPASW Bilangan 1 Tahun 2013 pada bulan April 2013,
pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM9.47 juta telah
dibuat oleh KWPASW.
- Penyata Kedudukan Pinjaman mengenai setiap peminjam pada
31 Disember 2013 tidak disedia dan dikemukakan untuk pengesahan
pihak Audit. Oleh itu, pihak Audit tidak dapat menentukan bilangan
peminjam dan baki pinjaman.
Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia
- Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia (TKWB) telah
ditubuhkan pada tahun 1989 di bawah Seksyen 9, Akta Tatatcara
Kewangan 1957 dengan peruntukan berjumlah RM1 juta. Bagaimanapun,
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2013 menunjukkan
peruntukan TKWB berjumlah RM1,003,000. UPEN tidak dapat memberi
penjelasan mengenai perbezaan jumlah peruntukan tersebut.
- Seramai 76 peminjam telah membuat pinjaman berjumlah RM1.47 juta
dengan faedah dikenakan RM0.17 juta. Pada akhir tahun 2013, hanya 20
daripada 76 peminjam tersebut telah menyelesaikan pinjaman. Manakala
9 peminjam tidak pernah membuat bayaran balik dan 47 masih belum
menyelesaikan pinjaman dan faedah berjumlah RM0.96 juta.
30
iii. Pelbagai Kumpulan Wang
Tabung Warisan
- Tabung Warisan diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Warisan 1991
bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri mengasingkan sebahagian
jumlah wang daripada Akaun Hasil Disatukan bagi faedah dan
kesejahteraan warisan akan datang. Baki tabung ini telah meningkat
sejumlah RM48.33 juta (13.9%) daripada RM346.93 juta pada tahun
2012 menjadi RM395.26 juta pada akhir tahun 2013.
- Baki tabung ini sepatutnya berjumlah RM395.70 juta iaitu meningkat
sejumlah RM48.77 juta (14.1%) berbanding tahun 2012 kerana
Pendapatan Dividen/Pelaburan Saham Terakru dan Pelbagai
Penghutang telah terkurang nyata masing-masing dengan sejumlah
RM0.41 juta dan RM0.04 juta. Manakala Pelbagai Pra-bayar telah
terlebih nyata sejumlah RM0.01 juta.
Tabung Amanah Bencana Alam
- Tabung ini diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Amanah Bencana
Alam 2011 bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri mengasingkan
sebahagian wang perolehan, keuntungan dan lebihan yang ada untuk
digunakan dan dinikmati oleh generasi akan datang khususnya perkara
yang melibatkan bencana alam. Kerajaan Negeri bersetuju
memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta setahun bagi tempoh 5
tahun mulai tahun 2011. Setakat tahun 2013, sejumlah RM30 juta dana
telah diterima. Baki tabung ini telah meningkat sejumlah RM10.55 juta
(52.7%) daripada RM20.01 juta pada tahun 2012 menjadi RM30.56 juta
pada akhir tahun 2013 seperti di Jadual 4.33.
Jadual 4.33 Baki Tabung Amanah Bencana Alam Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
(RM Juta)
(%)
1 Wang Di Bank 0.01 0.02 0.01 100.0
2 Deposit Bank Jangka Pendek 5.49 0 -5.49 -100.0
3 Simpanan Tetap 9.50 8.02 -1.48 -15.6
4 Faedah Terakru 0.22 0.02 -0.20 -90.9
5 Pelaburan Unit Saham Amanah 4.79 7.50 2.71 56.6
6 Pelaburan Dalam Mandat Pengurusan 0 15.00 15.00 100.0
Jumlah 20.01 30.56 10.55 52.7
Sumber: Penyata Kewangan Tabung Amanah Bencana Alam
- Pelaburan Unit Saham Amanah meningkat sejumlah RM2.71 juta (56.6%)
menjadi RM7.5 juta berbanding RM4.79 juta pada tahun 2012. Ini adalah
31
disebabkan pertambahan pelaburan dalam MAAKL Mutual berjumlah
RM2.5 juta pada tahun 2013.
- Pelaburan Dalam Mandat Pengurusan meningkat sejumlah RM15 juta
pada tahun 2013 kerana Tabung Amanah Bencana Alam telah membuat
2 pelaburan baru iaitu RM10 juta di Asian Islamic Investment
Management Sdn. Bhd. dan RM5 juta di Kenanga Investors Islamic
Berhad.
Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri
- Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri diwujudkan
untuk mengakaun pemberian daripada Kerajaan Persekutuan
berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan
bagi pembiayaan penyenggaraan jalan negeri sepanjang 16,286.90
kilometer yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Pengairan Dan Saliran, Pejabat Daerah Dan Tanah serta Pihak Berkuasa
Tempatan. Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri telah
ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 pada
bulan Januari 1994. Bagaimanapun, kumpulan wang amanah ini telah
ditubuhkan semula di bawah Seksyen 10 pada bulan Januari 2013 dan
Pegawai Pengawal bagi akaun amanah ini ialah Pegawai Kewangan
Negeri Selangor.
- Pada tahun 2013, jumlah terimaan bagi Kumpulan Wang Amanah
Penyenggaraan Jalan Negeri adalah RM499.40 juta. Daripada jumlah
tersebut, RM498.03 juta merupakan pemberian jalan negeri daripada
Kerajaan Persekutuan manakala RM1.37 juta merupakan bayaran balik
bagi kerja pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Baki
Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri meningkat
sejumlah RM190.82 juta (30.2%) daripada RM631.27 juta pada tahun
2012 kepada RM822.09 juta pada tahun 2013. Butiran seperti di
Jadual 4.34.
Jadual 4.34 Kedudukan Baki Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 319.85 631.27 311.42 97.4
Terimaan 489.54 499.40 9.86 2.0
Pembayaran 178.12 308.58 130.46 73.2
Baki Pada 31 Disember 631.27 822.09 190.82 30.2
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
- Kedudukan baki Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri
pada akhir tahun 2009 hingga 2013 dan peratus penggunaan iaitu
32
perbelanjaan berbanding terimaan adalah seperti di Jadual 4.35. Pada
tahun 2013, peratus perbelanjaan telah bertambah baik iaitu 61.8%
berbanding 36.4% pada tahun 2012.
Jadual 4.35 Baki Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Tahun Baki Pada 1 Januari (RM Juta)
Terimaan
(RM Juta)
Perbelanjaan
(RM Juta)
Baki Pada 31 Disember
(RM Juta)
Penggunaan
(%)
2009 67.53 315.63 328.75 54.41 104.2
2010 54.41 351.66 243.61 162.46 69.3
2011 162.46 375.90 218.51 319.85 58.1
2012 319.85 489.54 178.12 631.27 36.4
2013 631.27 499.40 308.58 822.09 61.8 Sumber: Penyata Kewangan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri
Akaun Kena Bayar
- Akaun Kena Bayar (AKB) diwujudkan bagi menyelesaikan tanggungan
Kerajaan Negeri kepada pembekal terhadap pelbagai bekalan dan
perkhidmatan yang diperoleh oleh Kerajaan sehingga 31 Disember
sesuatu tahun dan bayaran perlu dijelaskan pada awal tahun berikutnya.
Bagi tahun 2013, baki akaun ini berjumlah RM104.22 juta iaitu
berkurang sejumlah RM84.06 juta (44.6%) berbanding RM188.28 juta
pada tahun 2012. Analisis pengurangan AKB mengikut Jabatan pada
akhir tahun 2013 berbanding 2012 adalah seperti di Jadual 4.36.
Jadual 4.36 Akaun Kena Bayar Mengikut Jabatan Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Jabatan Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Perbendaharaan Negeri 0.87 9.20 8.33 957.5
2 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 0.02 0.12 0.1 500.0
3 Jabatan Kebajikan Masyarakat 0.10 0.43 0.33 330.0
4 Dewan Negeri Selangor 0.50 1.52 1.02 204.0
5 Jabatan Agama Islam 3.76 10.20 6.44 171.3
6 Jabatan Kehakiman Syariah 1.53 1.77 0.24 15.7
7 Jabatan Pertanian 4.71 4.20 -0.51 -10.8
8 Pejabat Mufti 0.19 0.15 -0.04 -21.1
9 Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang 1.34 1.03 -0.31 -23.1
10 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor 1.40 1.06 -0.34 -24.3
11 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam 1.97 1.26 -0.71 -36.0
12 Jabatan Kerja Raya 58.57 32.79 -25.78 -44.0
13 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa 0.92 0.49 -0.43 -46.7
14 Lain-lain Jabatan (15 Jabatan) 20.29 6.09 -14.20 211.5
Jumlah 188.28 104.22 -84.06 -44.6
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
- Pada tahun 2013, Jabatan Kerja Raya mencatatkan AKB tertinggi iaitu
sejumlah RM32.79 juta diikuti oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran
33
sejumlah RM18.77 juta dan Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha
Kerajaan Negeri sejumlah RM13.57 juta.
- Dari segi jumlah penurunan AKB tahun 2013 berbanding tahun 2012,
Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri mencatatkan
penurunan AKB tertinggi iaitu RM37.65 juta (73.5%). Ini diikuti oleh
Jabatan Kerja Raya sebanyak RM25.78 juta (44%). Punca utama
penurunan ini disebabkan kawalan yang lebih berkesan terhadap
pembayaran perbelanjaan yang telah diambil oleh jabatan bagi
memastikan perbelanjaan dalam tempoh AKB dapat dikurangkan dengan
sewajarnya. Kedudukan AKB bagi tempoh 5 tahun dari 2009 hingga
2013 adalah seperti di Carta 4.6.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.2. Kumpulan Wang Amanah Awam
4.6.2.1. Kumpulan Wang Amanah Awam mengakaun terimaan dan bayaran bagi
maksud tertentu mengikut akta khas atau Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Sumber kewangan kumpulan wang ini adalah daripada badan atau orang perseorangan
untuk tujuan tertentu. Pada akhir tahun 2013, Kerajaan Negeri mempunyai 51 akaun
Amanah Awam yang berbaki RM226.34 juta. Baki ini menurun sejumlah RM548.02 juta
(70.8%) berbanding RM774.36 juta pada tahun 2012. Butiran seperti di Jadual 4.37.
Penurunan ketara baki ini disebabkan oleh pengklasifikasian semula penubuhan
Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri yang berbaki RM822.09 juta
pada akhir tahun 2013.
142.63 133.54 150.17 188.28 104.22
1
10
100
1,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.6 Kedudukan Akaun Kena Bayar Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
34
Jadual 4.37 Baki Kumpulan Wang Amanah Awam Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 439.08 774.36 335.28 76.4
Terimaan 691.23 322.14 -369.09 -53.4
Pembayaran 355.95 870.16 514.21 144.5
Baki Pada 31 Disember 774.36 226.34 -548.02 -70.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.2.2. Analisis Audit terhadap 51 Akaun Amanah Awam menunjukkan:
a. Sehingga 31 Disember 2013, tujuh akaun amanah awam baru telah ditubuhkan dan
berbaki kredit RM12.02 juta. Tujuan dan baki setiap akaun amanah awam berkenaan
adalah seperti di Jadual 4.38.
Jadual 4.38 Akaun Amanah Awam Baru Yang Ditubuhkan Pada Tahun 2013
Bil. Akaun Amanah Tujuan Penubuhan Peruntukan (RM Juta)
Baki (RM Juta)
1 Akaun Amanah Sekretariat Pembangunan Desa Selangor
Membiayai perbelanjaan mengurus bagi Projek Pembangunan Desa dan juga program yang dikendalikan di bawah Projek Pembangunan Desa Negeri Selangor.
6.00 6.00
2 Akaun Amanah Program Mengecat Semula Pangsapuri Kos Rendah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Membiayai program mengecat semula pangsapuri kos rendah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
5.00 5.00
3 Akaun Amanah Membiayai Belanja Mengurus Jawatan Tambahan Secara Kontrak dan Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Jabatan Kehakiman Syariah
Membiayai perbelanjaan mengurus bagi menampung pewujudan jawatan tambahan secara kontrak termasuk tambahan kos operasi bagi Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Klang/Gombak Barat/Hulu Langat/Petaling/Shah Alam, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang dan kos bersangkutan dengannya.
1.02 1.02
4 Akaun Amanah Pembinaan Asrama Anak Ladang Coalfield
Membiayai pembinaan Asrama Anak Ladang Coalfield.
0
0
5 Akaun Amanah Sewaan Tanah Jabatan Agama Islam Selangor (TASPEM)
Membiayai program serta menampung kekurangan kos baik pulih berkaitan dengan masjid, surau, sekolah rendah agama dan maahad tahfiz.
0 0
6 Akaun Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySEL
Membuat bayaran emolumen, elaun, pengurusan dan lain-lain keperluan di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel.
0 0
7 Akaun Amanah Tabung Wira Rakyat Negeri Selangor
Membantu keluarga para wira negara dari aspek pendidikan, kebajikan dan lain-lain keperluan.
0 0
Jumlah 12.02 12.02
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
35
b. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 18 Tahun 2001 (Tatacara Pengurusan
Akaun Amanah Yang Ditubuhkan Di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan
1957) menetapkan akaun amanah yang tidak lagi aktif untuk tempoh setahun
hendaklah ditutup. Pada tahun 2013, satu akaun amanah iaitu Akaun Amanah
Tajaan Iklan telah ditutup pada bulan Oktober 2013 kerana tidak diperlukan lagi.
Bagaimanapun, 4 akaun amanah berbaki RM7.12 juta yang tidak lagi aktif dan telah
tidak bergerak sehingga 5 tahun masih tidak ditutup sehingga akhir tahun 2013.
Butiran seperti di Jadual 4.39. Mengikut maklum balas Perbendaharaan Negeri
bertarikh 29 April 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Pusingan Perumahan
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor pada 18 Februari 2014 telah
memutuskan bahawa Akaun Amanah Tabung Pusingan Perumahan ditutup.
Manakala 3 akaun amanah lain masih dalam pertimbangan penutupan oleh
jabatan berkenaan.
Jadual 4.39 Akaun Amanah Yang Tidak Aktif Dan Tidak Ditutup
Bil. Akaun Amanah Jabatan Tahun Tidak
Bergerak
Tempoh Tidak
Bergerak
Baki Pada 31
Disember
(Tahun) (RM Juta)
1 Tabung Wang Cagaran Berkelompok
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
2009 5 2.85
2 Akaun Amanah Tabung Pusingan Perumahan
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
2009 5 2.59
3 Akaun Amanah Pembinaan Jalan Shah Alam - Batu Arang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
2009 5 1.63
4 Akaun Amanah Kajian Dan Penyelidikan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
2009 5 0.05
Jumlah 7.12
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.3. Akaun Deposit
4.6.3.1. Akaun Deposit terdiri daripada Deposit Am dan Deposit Pelarasan. Deposit Am
mengakaunkan wang yang diterima khusus bagi sesuatu maksud di bawah mana-mana
undang-undang atau mengikut perjanjian dan dibayar balik apabila maksud tersebut telah
dicapai atau selesai. Deposit Pelarasan pula adalah akaun sementara yang digunakan
sebelum bayaran dibuat atau pelarasan kepada akaun tertentu. Pada akhir tahun 2013,
Kerajaan Negeri mempunyai 19 Akaun Deposit berbaki RM86.85 juta yang
diselenggarakan oleh 22 Jabatan. Kedudukan baki Akaun Deposit pada akhir tahun 2012
dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.40.
36
Jadual 4.40
Baki Akaun Deposit Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Deposit Am 82.34 86.83 4.49 5.4
2 Deposit Pelarasan 8.60 0.02 -8.58 -99.8
Jumlah 90.94 86.85 -4.09 -4.5
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.3.2. Analisis Audit menunjukkan baki deposit telah menurun sejumlah RM4.09 juta
(4.5%) menjadi RM86.85 juta pada tahun 2013 berbanding RM90.94 juta pada tahun
2012. Deposit Am meningkat sejumlah RM4.49 juta antaranya disebabkan peningkatan
yang ketara daripada baki Akaun Deposit Lelong Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu
Langat (PDTHL) sejumlah RM8.94 juta. Mengikut maklum balas bertarikh 27 Mei
2014, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat memaklumkan antara punca
peningkatan ketara adalah merangkumi deposit yang diterima berjumlah RM7.55
juta daripada bantahan mahkamah, bahan batuan dan permit pasir serta lesen
menduduki sementara masing-masing berjumlah RM0.19 juta dan RM0.14 juta.
Manakala penurunan Deposit Pelarasan sebanyak 99.8% adalah penurunan daripada
baki Terimaan Yang Tak Diperuntukkan berjumlah RM8.57 juta seperti ditunjukkan di
Jadual 4.41. Semakan Audit selanjutnya mendapati Sumbangan daripada Menteri Besar
Selangor (Pemerbadanan) untuk Program Ihya Ramadhan pada tahun 2011 berjumlah
RM0.15 juta yang sepatutnya dilaraskan ke Kod Hasil 81101- Terimaan Balik Bayaran
Tahun-Tahun Lalu telah tersalah dipindahkan ke Kod Hasil 81107 - Pulangan Balik
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Bagi Penjawat Awam Yang Menduduki Rumah
Kerajaan.
Jadual 4.41 Pelarasan Akaun Terimaan Yang Tidak Diperuntukkan
Bil. Butiran Jumlah
(RM Juta) Catatan
1 Sumbangan daripada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. untuk pembinaan tapak simpanan sementara barang rampasan penguatkuasaan (simpanan jentera berat di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor).
0.19 Dibayar kepada Fradoo Enterprise untuk pembinaan tapak simpanan sementara barang rampasan penguatkuasaan melalui baucar bayaran pada 7 Jun 2013.
2 Sumbangan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) untuk Program Ihya Ramadhan pada tahun 2011. Bagaimanapun, cek hanya diterima pada bulan Februari 2012 selepas program selesai dilaksanakan.
0.15 Dilaraskan ke hasil (Kod Hasil 81107 - Pulangan Balik Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Penjawat Awam Yang Menduduki Rumah Kerajaan) melalui baucar jurnal bertarikh 29 Julai 2013.
3 Sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi Program Mengecat Pangsapuri PKNS.
5.00 Dipindahkan ke Akaun Amanah Program Mengecat Pangsapuri PKNS (Kod Amanah 60055) yang baru ditubuhkan pada 15 Ogos 2013 melalui baucar jurnal bertarikh 23 Ogos 2013.
4 Amaun yang tidak dikenal pasti bagi Akaun Terimaan Tidak Diperuntukan.
3.23 Dilaraskan ke Akaun Penyelesaian Bendahari Negeri (Kod Amanah 51199) pada 30 Januari 2014.
Jumlah 8.57
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
37
4.6.3.3. Mengikut Arahan Perbendaharaan 162, deposit yang tidak dituntut selepas
tempoh 12 bulan dari tarikh deposit boleh dikembalikan kepada pendeposit, hendaklah
diwartakan. Sekiranya deposit berkenaan masih tidak dituntut selepas 3 bulan, ia
hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Disatukan. Sehingga 31 Disember 2013, 16
Jabatan masih belum mewartakan 12 akaun deposit yang tidak dituntut oleh 1,601
pendeposit dari tahun 1965 hingga 2013 yang melibatkan baki berjumlah RM10.04 juta.
Butiran lanjut seperti di Jadual 4.42.
Jadual 4.42 Deposit Yang Tidak Dituntut Pada Tahun 1965 Hingga 2013
Bil. Jabatan Bil.
Akaun Deposit
Tahun Tidak Dituntut
Bil. Pendeposit (Individu/ Syarikat)
Jumlah
(RM)
1 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
2 2000-2013 9 34,579
2 Perbendaharaan Negeri 4 2004-2013 75 137,241
3 Jabatan Pengairan Dan Saliran 3 1986-2012 120 767,203
4 Jabatan Agama Islam 1 2009-2013 8 8,400
5 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 3 2007-2012 104 349,683
6 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang 4 1977-2013 424 1,817,531
7 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat
1 1983-1996 10 31,500
8 Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang
3 1991-2013 220 830,651
9 Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
3 2010-2013 17 111,905
10 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor
2 1965-2013 57 195,303
11 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat
1 2010 1 2,400
12 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor
2 1999-2013 329 1,324,928
13 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam
4 1984-2012 138 580,797
14 Jabatan Perhutanan 1 2013 2 5,342
15 Jabatan Kerja Raya 4 2006-2013 85 3,806,443
16 Peruntukan Diraja 1 2011 dan 2013 2 37,945
Jumlah 1,601 10,041,850
Sumber: Jabatan Audit Negara
4.6.3.4. Dua Akaun Deposit berjumlah RM41,015 yang tidak dituntut di 2 Jabatan telah
diwartakan pada bulan Jun 2012 dan April 2013. Sehingga 31 Disember 2013, deposit
tersebut tidak dikreditkan ke akaun hasil walaupun ia masih tidak dituntut dalam tempoh 3
bulan selepas pewartaan. Butiran adalah seperti di Jadual 4.43. Manakala kedudukan
baki Akaun Deposit pada akhir tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di Carta 4.7.
Mengikut maklum balas Perbendaharaan Negeri bertarikh 21 Mei 2014, Akaun
Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan berjumlah RM34,565 telah dikreditkan ke
akaun hasil pada 11 April 2014 melalui baucar jurnal manakala Akaun Cagaran
masih dalam semakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor.
38
Jadual 4.43 Akaun Deposit Tidak Dikreditkan Ke Akaun Hasil
Bil. Jabatan Akaun Deposit Tarikh
Pewartaan Jumlah
(RM)
1 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor
Akaun Cagaran 21.6.2012 6,450
2 Perbendaharaan Negeri Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan
25.4.2013 34,565
Jumlah 41,015
Sumber: Warta Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Pada pendapat Audit, Jabatan perlu membuat semakan dan mewartakan deposit
yang tidak lagi diperlukan memandangkan ada di antara deposit tersebut telah
dipegang selama 49 tahun. Sekiranya deposit yang telah diwartakan tidak dituntut
oleh pihak yang berkenaan, tindakan hendaklah diambil untuk mengkreditkannya
ke Akaun Hasil Disatukan.
4.7. PENYATA PRESTASI KEWANGAN
4.7.1. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan dana di mana
jumlah hasil dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta
sumber pembiayaannya dalam sesuatu tahun kewangan. Bagi tahun 2013, sumber dana
Kerajaan Negeri berjumlah RM2.15 bilion terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai
dan Terimaan Bukan Hasil. Dana ini digunakan bagi membiayai perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan berjumlah RM2.27 bilion. Pada akhir tahun 2013, Kerajaan
Negeri mencatat kurangan dana berjumlah RM122 juta. Kedudukan prestasi kewangan
Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.44. Analisis Audit
menunjukkan kurangan dana berjumlah RM122 juta pada tahun 2013 berbanding lebihan
dana berjumlah RM251.72 juta pada tahun 2012 adalah disebabkan oleh peningkatan
perbelanjaan mengurus (55.5%) melebihi peningkatan hasil (10%).
119.19 128.55 103.98 90.94 86.85
1
10
100
1,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.7 Kedudukan Baki Akaun Deposit Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
39
Jadual 4.44 Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2013 Berbanding 2012
Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Jumlah Hasil 1,954.81 2,149.97 195.16 10.0
(-) Belanja Mengurus (sebelum pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan)
1,055.42 1,641.13 585.71 55.5
(-) Belanja Pembangunan 647.67 630.84 -16.83 -2.6
Jumlah Perbelanjaan 1,703.09 2,271.97 568.88 33.4
Lebihan/Kurangan 251.72 -122.00 -373.72 -148.5
Dibiayai Oleh: Pinjaman Dan Bantuan Luar Negeri
37.72 10.66 -27.06 -71.7
Terimaan Balik Pinjaman Dan Pelbagai Terimaan
18.05 11.94 -6.11 -33.9
Perubahan Tunai, Pelaburan Dan Amanah -307.49 99.40 406.89 132.3
Jumlah Pembiayaan -251.72 122.00 373.72 148.5
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8. PENYATA AKAUN MEMORANDUM
Penyata Akaun Memorandum menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti Kerajaan Negeri
yang tidak ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Aset Kerajaan Negeri
merangkumi Pinjaman Boleh Dituntut dan Pelaburan. Manakala liabiliti Kerajaan Negeri pula
terdiri daripada Hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
4.8.1. Pinjaman Boleh Dituntut
4.8.1.1. Penyata Pinjaman Boleh Dituntut menunjukkan baki pinjaman oleh Badan
Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Lain. Pada tahun 2013,
baki Pinjaman Boleh Dituntut berjumlah RM1.03 bilion iaitu meningkat dengan ketara
sejumlah RM417.52 juta (67.9%) berbanding RM615.03 juta pada tahun 2012.
Bagaimanapun, daripada baki RM1.03 bilion tersebut, pihak Audit tidak dapat
mengesahkan pinjaman berjumlah RM209.17 juta bagi 5 peminjam kerana satu peminjam
tidak mengesahkan baki dan 4 peminjam mengesahkan baki yang berbeza daripada yang
dilaporkan dalam Penyata Kewangan. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
tidak mengesahkan baki berjumlah RM14.57 juta. Manakala Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Selangor (LPHS), Yayasan Selangor, Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYS)
dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah mengesahkan baki
Pinjaman Boleh Dituntut berjumlah RM119.63 juta iaitu berbeza sejumlah RM74.97 juta
daripada rekod pihak Perbendaharaan Negeri berjumlah RM194.60. Kedudukan baki
Pinjaman Boleh Dituntut pada akhir tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di
Jadual 4.45. Mengikut maklum balas bertarikh 7 Mei 2014, Perbendaharaan Negeri
memaklumkan perbezaan pengesahan baki pinjaman bagi Yayasan Selangor
berjumlah RM5 juta dan PIYS berjumlah RM2.48 juta adalah disebabkan kedua-dua
peminjam tersebut tidak mengambil kira faedah pinjaman selepas penjadualan
semula pinjaman dilaksanakan. Perbezaan pengesahan baki pinjaman LPHS
berjumlah RM67.46 juta pula disebabkan LPHS hanya merekodkan jumlah baki
40
pinjaman mulai tahun 2003 berbanding rekod Perbendaharaan Negeri yang
menunjukkan baki pinjaman daripada tahun 1999. Manakala perbezaan pengesahan
baki pinjaman KUIS berjumlah RM0.03 juta disebabkan Perbendaharaan Negeri
tidak mengambil kira bayaran balik pinjaman bagi bulan Januari 2014 yang dibayar
oleh pihak KUIS pada bulan Disember 2013.
Pada pendapat Audit, Perbendaharaan Negeri perlu mengadakan perbincangan
dengan Yayasan Selangor, PIYS dan LPHS bagi mendapatkan pengesahan baki
pinjaman yang sebenar sebelum penutupan akaun Kerajaan Negeri. Manakala bagi
baki pinjaman KUIS, Perbendaharaan Negeri perlu mengemas kini status baki
pinjaman dengan segera. Ini bertujuan memastikan Penyata Akaun Memorandum
Pinjaman Boleh Dituntut menunjukkan baki yang betul.
Jadual 4.45
Baki Pinjaman Boleh Dituntut Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Kategori Peminjam Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Badan Berkanun Negeri 172.97 172.41 -0.56 -0.3
2 Pihak Berkuasa Tempatan 60.67 58.01 -2.66 -4.4
3 Badan-badan Lain 381.39 802.13 420.74 110.3
Jumlah 615.03 1,032.55 417.52 67.9
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.1.2. Peningkatan baki Pinjaman Boleh Dituntut sejumlah RM417.52 juta (67.9%)
adalah disebabkan peningkatan Pinjaman Boleh Dituntut Badan-badan Lain sejumlah
RM420.74 juta (110.3%) daripada RM381.39 juta pada tahun 2012 kepada RM802.13 juta
pada tahun 2013. Manakala baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi Badan Berkanun Negeri
menurun sejumlah RM0.56 juta (0.3%) daripada RM172.97 juta pada tahun 2012 kepada
RM172.41 juta pada tahun 2013. Baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi Pihak Berkuasa
Tempatan juga menurun sejumlah RM2.66 juta (4.4%) daripada RM60.67 juta pada tahun
2012 kepada RM58.01 juta pada tahun 2013. Pergerakan baki Pinjaman Boleh Dituntut
bagi tahun 2013 adalah seperti di Jadual 4.46.
Jadual 4.46 Pergerakan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2013
Bil. Agensi Peminjam
Baki Pinjaman 1.1.2013
(RM Juta)
Pinjaman Baru
(RM Juta)
Faedah Yang
Dikenakan Dalam Tahun
2013 (RM Juta)
Bayaran Balik
(RM Juta)
Baki Pinjaman
31.12.2013
(RM Juta)
Badan Berkanun Negeri
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
40.00
0 0 0 40.00
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
27.76
0 0 3.83 23.93
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
105.21
0 3.27 0 108.48
Jumlah 172.97 0 3.27 3.83 172.41
41
Bil. Agensi Peminjam
Baki Pinjaman 1.1.2013
(RM Juta)
Pinjaman Baru
(RM Juta)
Faedah Yang
Dikenakan Dalam Tahun
2013 (RM Juta)
Bayaran Balik
(RM Juta)
Baki Pinjaman
31.12.2013
(RM Juta)
Pihak Berkuasa Tempatan
1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 4.40 2.17 0 4.40 2.17
2 Majlis Perbandaran Kajang 11.39 0 0.33 2.35 9.37
3 Majlis Perbandaran Selayang 17.65 0 0.66 3.01 15.30
4 Majlis Daerah Sabak Bernam 7.51 1.60 0.36 0 9.47
5 Majlis Bandaraya Shah Alam 3.62 3.99 0.14 1.15 6.60
6 Majlis Daerah Kuala Selangor 16.10 0 0 1.00 15.10
Jumlah 60.67 7.76 1.49 11.91 58.01
Badan-badan Lain
1 Yayasan Selangor 31.31 0 0.50 0 31.81
2 Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
248.47 416.70 0 0 665.17
3 Amanah Saham Selangor (ASAS) 20.00 0 0 4.0 16.00
4 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2.40 0 0 0.23 2.17
5 Institut Perindustrian Negeri Selangor (INPENS)
17.00 0 0 0 17.00
6 Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 47.16 3.12 1.86 0 52.14
7 Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
15.05 0 0 0.48 14.57
8 Konsortium ABASS Sdn. Bhd. 0 3.27 0 0 3.27
Jumlah 381.39 423.09 2.36 4.71 802.13
Jumlah Keseluruhan 615.03 430.85 7.12 20.45 1,032.55
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.1.3. Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran balik sejumlah
RM20.45 juta dan mengeluarkan pinjaman baru berjumlah RM430.85 juta. Manakala
faedah pinjaman yang dikenakan adalah berjumlah RM7.12 juta. Pinjaman baru
berjumlah RM430.85 juta melibatkan 7 pinjaman yang mana 2 pinjaman berjumlah
RM5.29 juta telah dikeluarkan tetapi perjanjian masih belum disempurnakan. Mengikut
maklum balas Perbendaharaan Negeri bertarikh 16 Mei 2014, perjanjian pinjaman
berjumlah RM2.17 juta telah dimeterai pada 30 April 2014 manakala perjanjian
pinjaman berjumlah RM3.12 juta masih dalam proses dimuktamadkan. Pada
pendapat Audit, tanpa perjanjian pinjaman yang sah, kepentingan Kerajaan Negeri
tidak terjamin.
4.8.1.4. Daripada jumlah pinjaman baru RM430.85 juta, sejumlah RM416.70 juta
(96.7%) merupakan 2 pinjaman kepada KDEB yang mana RM413.20 juta adalah untuk
mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dengan pembelian 450 juta unit
saham syarikat tersebut. Manakala baki RM3.50 juta adalah bagi pembelian 12 unit
kompaktor untuk dipajakkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi tujuan
menyelesaikan masalah pungutan sampah.
4.8.1.5. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada bulan Jun
2012 dan Mac 2013 telah meluluskan penyelesaian hutang Amanah Saham Selangor
(ASAS) berjumlah RM20 juta dan Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) berjumlah RM17
juta secara berperingkat melalui bajet tahunan Kerajaan Negeri. ASAS telah diluluskan
42
penyelesaian hutang berperingkat berjumlah RM4 juta setahun selama 5 tahun manakala
INPENS sejumlah RM2 juta hingga RM3 juta setahun selama 8 tahun mulai tahun 2013.
Bagaimanapun, penyelesaian hutang berperingkat INPENS tidak dilunaskan pada tahun
2013. Pengambilalihan tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan hutang
ASAS dan INPENS telah secara langsung mengakibatkan pengurangan baki Akaun
Belum Terima tahun 2013. Bagaimanapun, MMKN yang bersidang pada bulan Mac 2014
telah meluluskan pindaan keputusan mengenai kaedah penyelesaian hutang INPENS
daripada secara berperingkat selama 8 tahun kepada pinjaman dipermodalkan
keseluruhannya di atas nama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Kedudukan baki
Pinjaman Boleh Dituntut pada akhir tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di
Jadual 4.47 dan Carta 4.8.
Jadual 4.47 Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Agensi Peminjam Tahun/(RM Juta)
2009 2010 2011 2012 2013
Badan Berkanun Negeri
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 41.11 41.11 40.00 40.00 40.00
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 36.61 35.41 31.58 27.76 23.93
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 122.09 118.52 114.2 105.21 108.48
Jumlah 199.81 195.04 185.78 172.97 172.41
Pihak Berkuasa Tempatan
1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 12.05 11.05 8.89 4.40 2.17
2 Majlis Perbandaran Kajang 12.00 10.50 9.00 11.39 9.37
3 Majlis Perbandaran Selayang 19.57 20.47 18.59 17.65 15.30
4 Majlis Daerah Sabak Bernam 2.39 2.11 2.23 7.51 9.47
5 Majlis Bandaraya Shah Alam 0 0 3.48 3.62 6.60
6 Majlis Daerah Kuala Selangor 0 0 0 16.10 15.10
Jumlah 46.01 44.13 42.19 60.67 58.01
Badan-badan Lain
1 Yayasan Selangor 30.81 30.81 30.81 31.31 31.81
2 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 223.19 230.40 238.40 248.47 665.17
3 Amanah Saham Selangor 20.00 20.00 20.00 20.00 16.00
4 Kolej Islam Darul Ehsan 3.60 3.20 2.80 2.40 2.17
5 Institut Perindustrian Negeri Selangor 17.00 17.00 17.00 17.00 17.00
6 Permodalan Negeri Selangor Berhad 2.13 2.13 0 0 0
7 Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 88.42 91.69 46.54 47.16 52.14
8 Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri 0 15.05 15.05 15.05 14.57
9 PKPS Landskaping Sdn. Bhd. 0.10 0 0 0 0
10 Konsortium ABASS Sdn. Bhd. 0 0 0 0 3.27
Jumlah 385.25 410.28 370.6 381.39 802.13
Jumlah Keseluruhan 631.07 649.45 598.57 615.03 1,032.55
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
43
19
9.8
1
19
5.0
4
18
5.7
8
17
2.9
7
17
2.4
1
46
.01
44
.13
42
.19
60
.67
58
.01
38
5.2
5
41
0.2
8
37
0.6
0
38
1.3
9
80
2.1
3
631.07 649.45 598.57 615.03 1,032.55
1
10
100
1,000
10,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.8 Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Badan Berkanun Negeri PBT Badan-badan Lain Jumlah
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.1.6. Kedudukan tunggakan bayaran balik pinjaman Badan Berkanun Negeri, Pihak
Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Lain kepada Kerajaan Negeri pada akhir tahun
2009 hingga 2013 adalah seperti di Jadual 4.48 dan Carta 4.9.
Jadual 4.48 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Agensi Peminjam
Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Badan Berkanun Negeri 47.34 50.93 53.82 52.05 62.57
2 Pihak Berkuasa Tempatan
0.34 0.41 0.42 0.57 2.26
3 Badan-badan Lain 65.38 82.40 90.13 51.09 28.94
Jumlah 113.06 133.74 144.37 103.71 93.77
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
44
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.1.7. Analisis perbandingan tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut antara
tahun 2013 dengan 2012 menunjukkan penurunan sejumlah RM9.94 juta (9.6%) daripada
RM103.71 juta pada tahun 2012 kepada RM93.77 juta pada tahun 2013. Penurunan ini
disebabkan kuantum penurunan sejumlah RM22.15 juta bagi Badan-badan Lain adalah
lebih tinggi berbanding kuantum peningkatan bagi Badan Berkanun Negeri (RM10.52 juta)
dan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1.69 juta). Tunggakan bayaran balik bagi Badan
Berkanun Negeri meningkat sejumlah RM10.52 juta kerana Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Selangor hanya membayar balik anuiti tahun 2012 pada tahun 2014.
4.8.2. Pelaburan
4.8.2.1. Pelaburan Kerajaan Negeri yang dikenakan kepada perbelanjaan mengurus
atau pembangunan ditunjukkan di Penyata Akaun Memorandum Pelaburan. Pada akhir
tahun 2013, pelaburan dalam 9 syarikat berbaki RM131.10 juta dan diuruskan oleh
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Baki pelaburan tidak berubah bagi 5 tahun
berturut-turut. Kedudukan dan trend pelaburan bagi tahun 2009 hingga 2013 adalah
seperti di Jadual 4.49.
47
.34
50
.93
53
.82
52
.05
62
.57
0.3
4
0.4
1
0.4
2
0.5
7
2.2
6
65
.38
82
.40
90
.13
51
.09
28
.94
113.06 133.74 144.37 103.71 93.77
0
1
10
100
1,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.9 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Dituntut Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Badan Berkanun Negeri Pihak Berkuasa Tempatan Badan-badan Lain Jumlah
45
Jadual 4.49
Kedudukan Pelaburan Yang Diuruskan Oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Syarikat
Tahun
2009
(RM Juta)
2010
(RM Juta)
2011
(RM Juta)
2012
(RM Juta)
2013
(RM Juta) 1 Kumpulan Darul Ehsan Bhd. 104.06 104.06 104.06 104.06 104.06 2 Permodalan Negeri Selangor
Bhd. (PNSB) 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00
3 MSNS Holdings Sdn. Bhd. 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 4 Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 0.64 0.64 0.64 0.64 0.64 5 Selangor State Investment Centre
Berhad 0.60 0.60 0.60 0.60 0.60
6 Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
0.50 0.50 0.50 0.50 0.50
7 Tourism Selangor Sdn. Bhd. 0.30 0.30 0.30 0.30 0.30 8 Rantaian Mesra Sdn. Bhd.* 0 0 0 0 0 9 Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
(KSSB) * 0 0 0 0 0
Jumlah 131.10 131.10 131.10 131.10 131.10
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Nota: * - Saham bernilai RM2 masing-masing mulai tahun 2008
4.8.2.2. Analisis perbandingan antara pelaburan dengan penerimaan dividen untuk
tempoh 5 tahun dilaksanakan bagi mengukur sejauh mana pelaburan ini memberi
pulangan dividen bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Pada tahun 2013, tiada
dividen diterima oleh Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, 2 daripada 9 syarikat yang tidak
membayar dividen iaitu KSSB dan PNSB telah membuat sumbangan berjumlah RM2.22
juta. KSSB telah menyumbang RM0.26 juta kepada Tabung Warisan dan RM1 juta
kepada Tabung Amanah Merakyatkan Ekonomi Selangor manakala PNSB menyumbang
RM0.46 juta kepada Tabung Warisan dan RM0.50 juta kepada Tabung Amanah
Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dividen yang diterima pada tahun 2009 hingga 2013
adalah seperti di Jadual 4.50. Pada pendapat Audit, dividen yang diterima dari
tahun 2009 hingga 2013 adalah sangat rendah memandangkan purata kadar
pulangan dividen setiap tahun adalah hanya 0.9% daripada kos pelaburan.
Jadual 4.50 Dividen Yang Diterima Dari Tahun 2009 Hingga 2013
Tahun Jumlah Pelaburan
(RM Juta) Dividen Diterima
(RM)
2009 131.10 0
2010 131.10 5,885,429
2011 131.10 11,100
2012 131.10 4,275
2013 131.10 0
Jumlah 5,900,804
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.3. Hutang Awam
4.8.3.1. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada
Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan. Baki Hutang Awam
Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.51.
46
Jadual 4.51 Baki Hutang Awam Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Projek Bekalan Air 775.74 777.13 1.39 0.2
2 Perumahan Awam Kos Rendah 61.95 50.42 -11.53 -18.6
3 Pelbagai Pinjaman 59.33 55.06 -4.27 -7.2
Jumlah 897.02 882.61 -14.41 -1.6
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.3.2. Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2013, baki Hutang Awam telah
menurun sejumlah RM14.41 juta (1.6%) menjadi RM882.61 juta berbanding RM897.02
juta pada tahun 2012. Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membuat bayaran
balik hutang sejumlah RM25.07 juta. Bayaran balik hutang ini terdiri daripada bayaran
Projek Bekalan Air Negeri Selangor tahun 2012 yang dibuat oleh pihak Syarikat Bekalan
Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) terus kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013;
Perumahan Awam Kos Rendah dan Pelbagai Pinjaman masing-masing berjumlah
RM9.27 juta, RM11.53 juta dan RM4.27 juta. Kerajaan Negeri juga telah menerima
pinjaman baru berjumlah RM3.27 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai
Projek Penggantian Aset Bagi Operasi Melebihi Kapasiti Di Loji Rawatan Air Sungai
Semenyih dan terimaan pinjaman fasa kedua berjumlah RM7.39 juta bagi membiayai
Projek Menaik Taraf Stesen Mengepam Air Mentah Ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor
Fasa 1. Butiran boleh dirujuk di Jadual 4.52.
Jadual 4.52 Pergerakan Hutang Awam Bagi Tahun 2013
Butiran Baki Pada 1.1. 2013
(RM Juta)
Terimaan Pinjaman
Baru (RM Juta)
Bayaran Pokok
Pinjaman (RM Juta)
Baki Pada 31.12.2013
(RM Juta) 1. Projek Bekalan Air:
a. Projek Penggantian Aset Bagi Operasi Melebihi Kapasiti Di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih
0 3.27 0 3.27
b. Projek Menaik Taraf Stesen Mengepam Air Mentah Ke Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa 1
37.72 7.39 0 45.11
c. Pinjaman Projek Bekalan Air Negeri Selangor 738.02 0 9.27 728.75
Jumlah 775.74 10.66 9.27 777.13
2. Perumahan Awam Kos Rendah 61.95 0 11.53 50.42
3. Pelbagai Pinjaman:
a. Amanah Saham Selangor 17.77 0 1.18 16.59
b. Projek Perluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya
41.56 0 3.09 38.47
Jumlah 59.33 0 4.27 55.06
Jumlah Keseluruhan 897.02 10.66 25.07 882.61
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Nota: RM25.07juta + RM6.83 juta (faedah pinjaman) - RM9.27 juta (bayaran balik pinjaman 2012 yang dibuat oleh SYABAS terus kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013) = RM22.63 juta
4.8.3.3. Kedudukan Hutang Awam Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2009 hingga
2013 adalah seperti di Carta 4.10. Trend baki hutang awam tidak mengalami perubahan
yang ketara disebabkan ada pinjaman baru pada tahun 2013 untuk Projek Penggantian
47
Aset Bagi Operasi Melebihi Kapasiti Di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih walaupun
bayaran balik pinjaman telah dibuat pada tahun yang sama. Kedudukan tunggakan
bayaran balik pinjaman pada akhir tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di
Jadual 4.53.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Jadual 4.53 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Butiran Tahun
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta)
1 Projek Bekalan Air 705.40 564.26 0 9.27 9.27
2 Perumahan Awam Kos Rendah
92.23 62.53 51.42 48.00 40.00
3 Pelbagai Pinjaman 32.23 29.60 0 0 0
Jumlah 829.86 656.39 51.42 57.27 49.27
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8.3.4. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, baki tunggakan bayaran balik
pinjaman Kerajaan Negeri mulai menurun pada tahun 2010 dan 2011 sebelum meningkat
pada tahun 2012. Bagaimanapun, baki tunggakan bayaran balik ini menurun semula pada
tahun 2013. Pada akhir tahun 2013, baki tunggakan bayaran balik pinjaman Kerajaan
Negeri telah menurun sebanyak 14% berbanding tahun 2012 dan sebanyak 92.5%
berbanding dengan tahun 2010.
4.9. NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
Nota Kepada Penyata Kewangan adalah sebahagian daripada Penyata Kewangan Kerajaan
Negeri Selangor. Ia memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai jumlah yang
ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran
75
6.5
6
75
6.5
6
74
7.2
9
77
5.7
4
77
7.1
3
13
5.9
8
83
.56
68
.92
61
.95
50
.42
17
1.0
1
16
4.5
2
16
3.4
2
59
.33
55
.06
1,063.55 1,004.64 979.63 897.02 882.61
1
10
100
1,000
10,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.10 Kedudukan Hutang Awam Bagi Tahun 2009 Hingga 2013
Projek Bekalan Air Perumahan Awam Kos Rendah Pelbagai Pinjaman Jumlah
48
Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan maklumat tambahan
lain seperti Akaun Belum Terima, peristiwa yang berlaku selepas tarikh Penyata Kedudukan
Kewangan dan angka perbandingan.
4.9.1. Akaun Belum Terima
4.9.1.1. Akaun Belum Terima (ABT) adalah wang yang sepatutnya diterima oleh
Kerajaan pada sesuatu masa tetapi masih belum diterima. ABT terdiri daripada tunggakan
hasil, tunggakan bayaran balik pinjaman dan tunggakan hutang lain. Pada tahun 2013,
baki ABT berjumlah RM446 juta iaitu menurun sejumlah RM11.62 juta (2.5%) berbanding
RM457.62 juta pada tahun 2012. Kedudukan ABT pada akhir tahun 2012 dan 2013
adalah seperti di Jadual 4.54.
Jadual 4.54 Kedudukan Akaun Belum Terima Pada Tahun 2013 Berbanding 2012
Kategori/Jabatan Tahun Perubahan
2012 (RM)
2013 (RM)
(RM)
(%)
Tunggakan Hasil
1. Cukai Tanah 352,127,302 349,185,688 -2,941,614 -0.8
2. Lain-lain Hasil 281,746 325,907 44,161 15.7
3. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer 0 310,515 310,515 100.0
4. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia
0 86,590 86,590 100.0
5. Tunggakan Faedah Pinjaman Boleh Dituntut:
i. Yayasan Selangor 875,385 1,750,770 875,385 100.0
ii. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 2,051,188 4,567,792 2,516,604 122.7
iii. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 360,680 360,680 100.0
iv. Majlis Bandaraya Shah Alam 139,078 0 -139,078 -100.0
v. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
52,046,248 62,575,411 10,529,163 20.2
Jumlah 407,520,947 419,163,353 11,642,406 2.8
Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman
1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer 1,157,745 1,162,199 4,454 0.4
2. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia
0 876,578 876,578 100.0
3. Pinjaman Boleh Dituntut
i. Yayasan Selangor 3,475,837 6,951,674 3,475,837 100.0
ii. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 1,672,140 4,119,973 2,447,833 146.4
iii. INPENS 17,000,000 3,000,000 -14,000,000 -82.4
iv. Amanah Saham Selangor (ASAS) 20,000,000 0 -20,000,000 -100.0
v. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
6,020,000 8,546,320 2,526,320 42.0
vi. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 901,700 901,700 100.0
vii. Majlis Bandaraya Shah Alam 434,619 0 -434,619 -100.0
viii. Majlis Daerah Kuala Selangor 0 1,000,000 1,000,000 100.0
Jumlah 49,760,341 26,558,444 -23,201,897 -46.6
49
Kategori/Jabatan Tahun Perubahan
2012 (RM)
2013 (RM)
(RM)
(%)
Tunggakan Hutang Lain
1. Jabatan Agama Islam 216,956 178,990 -37,966 -17.5
2. Perbendaharaan Negeri (Unit Cukai Hiburan)
68,995 68,995 0 0
3. Pejabat Tanah Dan Galian (Pendahuluan Diri)
25,487 21,947 -3,540 -13.9
4. Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri - Program Hadiah Anak Masuk Universiti
6,000 5,000 -1,000 -16.7
5. Pejabat Daerah Dan Tanah Klang (Pentadbiran)
0 3,595 3,595 100.0
6. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor (Pendahuluan Diri)
11,004 0 -11,004 -100.0
7. Perbendaharaan Negeri (Unit Kewangan) 6,461 0 -6,461 -100.0
8. Jabatan Kerja Raya (Pendahuluan Diri) 375 0 -375 -100.0
Jumlah 335,278 278,527 -56,751 -16.9
Jumlah Keseluruhan 457,616,566 446,000,324 -11,616,242 -2.5
Sumber: Perbendaharaan Negeri
4.9.1.2. Sejumlah RM142.40 juta (31.9%) daripada ABT tahun 2013 berjumlah RM446
juta merupakan tunggakan hasil, tunggakan bayaran balik pinjaman dan tunggakan
hutang lain yang berusia melebihi 6 tahun, iaitu menurun sejumlah RM40.07 juta
berbanding RM182.47 juta pada tahun 2012. Punca utama penurunan adalah kerana
keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan Mac 2013 untuk
meluluskan penyelesaian bayaran balik pinjaman Amanah Saham Selangor (ASAS)
berjumlah RM20 juta dan INPENS berjumlah RM17 juta secara berperingkat melalui
bajet tahunan Kerajaan Negeri dengan bayaran balik pinjaman ASAS sejumlah RM4 juta
setahun selama 5 tahun dan pinjaman INPENS sejumlah RM2 juta hingga RM3 juta
setahun selama 8 tahun mulai tahun 2013. Bagaimanapun, MMKN yang bersidang pada
bulan MAC 2014 telah meluluskan pindaan keputusan MMKN mengenai penyelesaian
hutang INPENS daripada diselesaikan secara berperingkat selama 8 tahun kepada
pinjaman dipermodalkan keseluruhan di atas nama Menteri Besar Selangor
(Pemerbadanan). Kedudukan ABT melebihi 6 tahun pada akhir tahun 2013 berbanding
tahun 2012 adalah seperti di Jadual 4.55. Pada pendapat Audit, pihak
bertanggungjawab hendaklah terus berusaha untuk memastikan Agensi/individu
berkenaan membayar hutang tertunggak selagi ada kemungkinan untuk mengutip
balik tunggakan hutang tersebut bagi mengelakkan risiko kehilangan hak tuntutan
bayaran balik hutang.
50
Jadual 4.55 Kedudukan Akaun Belum Terima Melebihi 6 Tahun Pada Akhir Tahun 2013 Berbanding 2012
Kategori/Jabatan
Usia ABT Melebihi 6 Tahun Perubahan
2012 (RM)
2013 (RM)
(RM)
(%)
Tunggakan Hasil
1. Cukai Tanah 92,883,739 78,912,790 -13,970,949 -15.0
2. Lain-lain Hasil 22,103 80,943 58,840 266.2
3. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
0 76,687 76,687 100.0
4. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia
0 35,082 35,082 100.0
5. Tunggakan Faedah Pinjaman Boleh Dituntut:
i. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
52,046,248 62,575,410 10,529,162 20.2
Jumlah 144,952,090 141,680,912 -3,271,178 -2.3
Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman
1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
514,684 342,549 -172,135 -33.4
2. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia
0 378,054 378,054 100.0
3. Pinjaman Boleh Dituntut
i. INPENS 17,000,000 0 -17,000,000 -100.0
ii. Amanah Saham Selangor 20,000,000 0 -20,000,000 -100.0
Jumlah 37,514,684 720,603 -36,794,081 -98.1
Tunggakan Hutang Lain
1. Pejabat Daerah Dan Tanah Klang (Pentadbiran)
0 227 227 100.0
Jumlah 0 227 227 100.0
Jumlah Keseluruhan 182,466,774 142,401,742 -40,065,032 -22.0
Sumber: Perbendaharaan Negeri
4.9.1.3. Sebahagian besar daripada ABT berjumlah RM446 juta terdiri daripada
tunggakan hasil berjumlah RM419.16 juta (94%). Manakala penyumbang utama kepada
tunggakan hasil adalah tunggakan cukai tanah. Perbandingan tunggakan cukai tanah
bagi tahun 2012 dan 2013 menunjukkan tunggakan cukai tanah telah menurun sejumlah
RM2.94 juta (0.8%) daripada RM352.13 juta pada tahun 2012 kepada RM349.19 juta
pada tahun 2013. Kedudukan penurunan tunggakan cukai tanah mengikut Pejabat
Daerah Dan Tanah pada akhir tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 4.56.
51
Jadual 4.56 Tunggakan Cukai Tanah Pada Akhir Tahun 2012 Dan 2013
Sumber: Perbendaharaan Negeri
4.9.1.4. Analisis trend tunggakan cukai tanah menunjukkan tunggakan cukai tanah
menurun setiap tahun dari tahun 2009 hingga 2013. Secara keseluruhan, tunggakan
cukai tanah telah menurun sejumlah RM252.42 juta (42%) dalam tempoh 5 tahun
daripada RM601.61 juta pada tahun 2009 kepada RM349.19 juta pada tahun 2013.
Kedudukan tunggakan cukai tanah pada akhir tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di
Carta 4.11.
Sumber: Perbendaharaan Negeri
601.61 486.37 425.28 352.13 349.19
1
10
100
1,000
2009 2010 2011 2012 2013
RM Juta
Carta 4.11 Kedudukan Tunggakan Cukai Tanah Pada Akhir Tahun 2009 Hingga 2013
Bil. Pejabat Daerah Dan Tanah Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Petaling 171.73 173.86 2.13 1.2
2 Gombak 47.99 45.48 -2.51 -5.2
3 Hulu Selangor 38.90 41.87 2.97 7.6
4 Klang 47.33 41.04 -6.29 -13.3
5 Hulu Langat 31.85 28.07 -3.78 -11.9
6 Kuala Langat 3.34 7.56 4.22 126.3
7 Kuala Selangor 5.26 5.63 0.37 7.0
8 Sepang 4.38 4.51 0.13 3.0
9 Sabak Bernam 1.35 1.17 -0.18 -13.3
Jumlah 352.13 349.19 -2.94 -0.8
52
4.10. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
4.10.1. Secara keseluruhan, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah baik. Pada 31
Disember 2013, baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM2.91 bilion meningkat
sejumlah RM287.66 juta (11%) berbanding RM2.62 bilion pada tahun 2012. Pelaburan dan
kutipan hasil turut meningkat masing-masing sejumlah RM343.88 juta (15.4%) dan
RM195.16 juta (10%). Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangannya
dengan defisit berjumlah RM90.45 juta namun surplus terkumpul Akaun Hasil Disatukan
Kerajaan Negeri masih pada tahap tinggi iaitu RM1.09 bilion pada akhir tahun 2013.
4.10.2. Baki Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2013 telah meningkat 67.9% berbanding
tahun 2012. Pada masa yang sama, tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut telah
menurun sebanyak 9.6%. Hutang Awam dan tunggakan bayaran balik hutang telah menurun
masing-masing sebanyak 1.6% dan 14% pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.
4.10.3. Kerajaan Negeri disyorkan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat secara
berterusan dan hanya berbelanja mengikut keperluan. Selain itu, usaha perlu dipertingkatkan
untuk mengutip Pinjaman Boleh Dituntut dan tunggakan hasil/bayaran balik pinjaman/hutang
lain daripada Jabatan/Agensi Kerajaan supaya kedudukan kewangan Kerajaan Negeri
sentiasa berada dalam keadaan yang kukuh.
55
5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-10
5.1. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun
bermula pada tahun 2011 hingga 2015. Rancangan ini digubal bagi menjelaskan strategi,
program dan projek yang akan diperkenal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif
pembangunan Negeri Selangor. Ia adalah signifikan ke arah menggerakkan Negeri Selangor
dalam pelaksanaan Misi Nasional yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan
merealisasikan Wawasan 2020.
5.2. Kerajaan Negeri telah meluluskan anggaran peruntukan pembangunan RMKe-10
(2011 hingga 2015) berjumlah RM3 bilion bagi melaksanakan 763 projek pembangunan.
Tiga Jabatan yang menerima peruntukan yang tertinggi adalah Pejabat Menteri Besar
Dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Agama Islam. Agihan
peruntukan untuk projek pembangunan yang diluluskan di bawah RMKe-10 mengikut
Jabatan adalah seperti di Jadual 5.1.
Jadual 5.1 Agihan Anggaran Peruntukan Pembangunan RMKe-10 Dan Bilangan Projek Mengikut Jabatan
Bil. Jabatan
Peruntukan RMKe-10
(RM Juta)
Peratus Agihan
Peruntukan (%)
Bilangan Projek
1 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri 1,327.90 44.3 10
2 Jabatan Kerja Raya 750.00 25.0 261
3 Jabatan Agama Islam 470.00 15.7 114
4 Jabatan Pengairan Dan Saliran 240.00 8.0 246
5 Perbendaharaan Negeri 25.00 0.8
0 - Pengkomputeran 5.00 0.2 - Luar Jangka 8.30 0.3
6 Jabatan Pertanian 75.00 2.5 66
7 Jabatan Perhutanan 27.50 0.9 37
8 Jabatan Kehakiman Syariah 25.80 0.8 13
9 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 33.00 1.1 8
10 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa 12.50 0.4 8
Jumlah 3,000.00 100.0 763
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri
5.2.1. Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2013
Pada tahun 2013, sejumlah RM630.85 juta (88.6%) daripada peruntukan pembangunan
berjumlah RM712.03 juta telah dibelanjakan oleh 10 jabatan. Jadual 5.2 menunjukkan
pencapaian perbelanjaan pembangunan tahun 2013 mengikut jabatan yang mana 4 jabatan
telah membelanja kurang 90% daripada peruntukan pembangunan yang diluluskan.
BAHAGIAN III RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
56
Jadual 5.2 Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan RMKe-10 Bagi Tahun 2013 Mengikut Jabatan
Bil. Jabatan Peruntukan (RM Juta)
Perbelanjaan (RM Juta)
Pencapaian (%)
1 Jabatan Perhutanan 4.04 4.03 99.8
2 Jabatan Pertanian 14.44 14.32 99.2
3 Jabatan Kerja Raya 135.60 133.84 98.7
4 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 5.88 5.63 95.7
5 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
2.50 2.44 97.6
6 Jabatan Pengairan Dan Saliran 47.75 44.67 93.5
7 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
360.24 320.26 88.9
8 Jabatan Agama Islam 120.00 91.72 76.4
9 Jabatan Kehakiman Syariah 16.58 12.25 73.9
10 Perbendaharaan Negeri - Projek Am 4.00 1.26 31.5
- Pengkomputeran 1.00 0.43 43.0
Jumlah 712.03 630.85 88.6
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri,Setiausaha Kerajaan Negeri
5.2.2. Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2011 Hingga 2013
Pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi 3 tahun pertama RMKe-10 daripada tahun
2011 hingga 2013 adalah 88.3%. Sejumlah RM1,780.90 juta daripada RM2,016.47 juta telah
dibelanjakan dalam tempoh 3 tahun ini. Jumlah ini merupakan 59.4% daripada anggaran
peruntukan pembangunan RMKe-10 yang berjumlah RM3 bilion. Pencapaian perbelanjaan
pembangunan di bawah RMKe-10 bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah seperti di
Jadual 5.3.
Jadual 5.3 Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan RMKe-10 Bagi Tahun 2011 Hingga 2013
Tahun Peruntukan (RM Juta)
Perbelanjaan (RM Juta)
Pencapaian (%)
2011 620.03 502.38 81.0
2012 684.41 647.67 94.6
2013 712.03 630.85 88.6
Jumlah 2,016.47 1,780.90 88.3
Jumlah RMKe-10 3,000.00 1,780.90 59.4
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri
5.2.3. Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan Tahun 2011 Hingga 2013
Sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 763 projek pembangunan telah dirancang untuk
dilaksanakan. Daripada 763 projek tersebut, sebanyak 140 projek telah disiapkan
sepenuhnya, 129 projek dalam pelaksanaan, 494 projek dalam perancangan/belum mula.
Pada keseluruhannya, sebanyak 269 projek (35.3%) daripada 763 projek yang diluluskan,
telah dan sedang dilaksanakan. Pencapaian pelaksanaan projek sehingga akhir tahun 2013
adalah seperti di Jadual 5.4 dan Carta 5.1.
57
Jadual 5.4 Pencapaian Pelaksanaan Projek RMKe-10 Sehingga 31 Disember 2013
Bil. Jabatan Bilangan
Projek Diluluskan
Siap Dalam
Pelaksanaan
Dalam Perancangan/
Belum Mula
1 Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
10 4 3 3
2 Jabatan Pertanian 66 0 0 66
3 Jabatan Perhutanan 37 0 5 32
4 Jabatan Kerja Raya 261 58 37 166
5 Jabatan Pengairan Dan Saliran 246 31 79 136
6 Jabatan Agama Islam 114 34 5 75
7 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
8 0 0 8
8 Jabatan Perkhidmatan Veterinar 8 0 0 8
9 Jabatan Kehakiman Syariah 13 13 0 0
Jumlah 763 140 129 494
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Nota: Projek Oleh Perbendaharaan Negeri Tidak Disenaraikan Kerana Bukan Projek Fizikal
Sumber:Unit Perancang Ekonomi Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri
5.2.4. Analisis pencapaian pelaksanaan 763 projek pembangunan sehingga akhir tahun
2013 adalah seperti berikut:
5.2.4.1. Lima projek dengan nilai tertinggi (RM38.59 juta) melibatkan pembinaan dan
menaik taraf mahkamah Syariah, projek tebatan banjir dan pembinaan Pejabat Agama
Islam telah siap.
5.2.4.2. Daripada 129 projek (16.9%) dalam pelaksanaan, terdapat projek yang lewat
jadual. Lima projek dengan nilai tertinggi yang lewat jadual adalah Maahad Integrasi
Telah Siap: 18.3% Atau 140
Projek Di 5 Jabatan
Dalam Pelaksanaan:
16.9% Atau 129 Projek Di 5
Jabatan
Dalam Perancangan/ Belum Mula:
64.7% Atau 494 Projek Di 8
Jabatan
Carta 5.1 Status Pelaksanaan Projek RMKe-10 Sehingga 31 Disember 2013
58
Tahfidz Sains Dan Teknologi, Alam Impian (RM12 juta), Kompleks Islam Daerah Gombak
(RM5 juta), Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (RM5 juta), Masjid Dato’ Haji Kamaruddin (RM4.50 juta) dan Pembinaan Jalan Sambungan B18/B20 Fasa IV (Missing
Link) (RM3.45 juta).
5.2.4.3. Daripada 494 projek (64.7%) dalam perancangan/belum mula, 5 projek dengan
nilai tertinggi di bawah kategori projek dalam perancangan (RM465 juta) yang melibatkan
kerja membina jalan dan menaik taraf jalan masih dalam perancangan proses tender.
Manakala 5 projek dengan nilai tertinggi di bawah kategori projek belum mula
(RM250 juta) melibatkan kerja menaik taraf laluan/jalan.
5.3. RUMUSAN
Pencapaian pelaksanaan projek pembangunan bagi tempoh 3 tahun pertama RMKe-10
sehingga 31 Disember 2013 adalah kurang memuaskan kerana hanya 269 projek (35.3%)
daripada 763 projek telah disiapkan atau dalam pelaksanaan. Bagaimanapun, pencapaian
perbelanjaan peruntukan pembangunan adalah baik memandangkan 88.6% daripada
peruntukan pembangunan yang diluluskan telah dibelanjakan pada tahun 2013. Selain itu,
pencapaian perbelanjaan bagi 3 tahun pertama RMKe-10 juga baik pada kadar 88.3%
berbanding jumlah peruntukan RM2.02 bilion bagi tempoh 3 tahun tersebut dan pada kadar
59.4% berbanding keseluruhan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3 bilion.
61
BAHAGIAN IIIGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
6. PENDAHULUAN
6.1. Seksyen 15(A), Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan (AP)
telah menetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di sesebuah
Kementerian/Jabatan bagi menjamin wujudnya akauntabiliti pengurusan kewangan
Kerajaan. Antara lain, Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk menentukan
peruntukan kewangan dan sumber lain yang secukupnya diperoleh, diguna dan
diperakaunkan mengikut peraturan kewangan.
6.2. Selaras dengan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit
1957, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewangan
serta aktiviti Jabatan/Agensi Negeri dan mengemukakan laporan mengenainya untuk
dibentangkan di Parlimen dan Dewan Negeri Selangor.
7. PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH JABATAN/AGENSI
NEGERI
Pada tahun 2013, beberapa usaha penambahbaikan/pembaharuan telah diambil oleh 7
Jabatan/Agensi Negeri untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
kewangan. Antara langkah yang diambil adalah seperti di Jadual 7.1.
Jadual 7.1 Usaha Penambahbaikan/Pembaharuan Yang Telah Diambil Oleh Jabatan/Agensi Negeri
Bil. Jabatan/Agensi Keterangan Penambahbaikan/Pembaharuan
1 Perbendaharaan Negeri
i. Mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2013 – Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat bertujuan untuk mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sambil memastikan peraturan kewangan dipatuhi. Antara perbelanjaan yang dikawal ialah penganjuran persidangan, majlis rasmi, upacara keraian, had penyediaan makanan, utiliti dan bayaran elaun lebih masa.
ii. Membangunkan Sistem Selangor Entertainment Tax Revenue And Licensing (SENTRAL) untuk memantau premis hiburan dan merekod kutipan cukai hiburan dan pelesenan dengan tepat dan terperinci bertujuan meningkatkan kecekapan kutipan serta hasil Negeri.
iii. Mengeluarkan PP Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2013 – Garis Panduan Pelaksanaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi menambah baik pelaksanaan Program SMUE. Rekupan SMUE Fasa I dan Fasa II akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT). Setiap PDT akan diberi wang apungan tunai sebanyak RM4,500 bagi tujuan pemberian sumbangan SMUE Fasa II kepada penama yang tidak menghadiri Majlis Penyerahan tetapi datang ke PDT untuk mengambil sumbangan.
2 Jabatan Kerja Raya Mengadakan naziran secara berkala ke setiap daerah untuk memastikan semua peraturan kewangan dipatuhi.
3 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Memasukkan 2 prosedur kewangan iaitu Prosedur Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan dan Prosedur Perolehan di dalam MS ISO 9001:2008. Persijilan telah diperoleh daripada SIRIM berkuat kuasa 20 Disember 2013.
BAHAGIAN IV PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI
62
Bil. Jabatan/Agensi Keterangan Penambahbaikan/Pembaharuan
4 Majlis Daerah Kuala Selangor
i. Menubuhkan task force untuk mempercepatkan penyampaian Notis E bagi tuntutan tunggakan cukai taksiran.
ii. Menubuhkan task force untuk mengendali kes waran tahanan bagi tujuan sitaan harta mudah alih.
iii. Melaksanakan pembayaran melalui Electronic Fund Transfer untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran.
5 Majlis Daerah Kuala Langat
Mengguna pakai sistem perakaunan berkomputer yang mematuhi kriteria pematuhan SAGA.
6 Majlis Perbandaran Klang
i. Membuka Kaunter Pandu Bayar di Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan Klang Utara untuk membayar cukai taksiran dan bil setempat.
ii. Menyediakan kemudahan Mesin i-Kiosk di Kiosk MPK untuk penduduk Klang yang ingin membuat bayaran bil cukai taksiran di luar waktu pejabat melalui internet banking.
iii. Mengadakan kempen pembayaran cukai taksiran dan pembaharuan lesen perniagaan di pasar raya terpilih pada setiap bulan Februari, Ogos dan Disember. Kempen ini memberi kemudahan kepada penduduk setempat dan dapat meningkatkan hasil Majlis.
iv. Menggunakan textfile ke atas data potongan gaji. Sebelum ini unit gaji hanya menghantar laporan secara manual kepada agensi-agensi terlibat. Bagi memudahkan agensi mengemas kini data potongan, sistem gaji telah ditambah baik dan maklumat potongan boleh terus dijana ke dalam sistem agensi terbabit. Ia memudahkan agensi memasukkan data tersebut, mengurangkan aduan kelewatan dan denda.
v. Membayar gaji pekerja sambilan secara EFT yang sebelum ini dibuat melalui cek. Ia memudahkan cara pembayaran gaji dan mengurangkan cek ganti jika tidak dituntut.
vi. Membangunkan Sistem MyKontrak untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bayaran kerja-kerja kontrak. Sebelum ini kawalan bajet bagi kerja kontrak dibuat secara manual. Ini menyebabkan bayaran tidak dapat dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sistem ini dapat mengatasi masalah bajet tidak mencukupi semasa bayaran hendak dilakukan.
7 Majlis Perbandaran Selayang
i. Memilih sebut harga/tender berdasarkan kaedah harga cut-off. Penender yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga cut-off (tetapi tidak lebih daripada -15%) diberi keutamaan untuk dipertimbangkan.
ii. Mengeluarkan Arahan Pentadbiran mengenai Tatacara Pengeluaran Kerja, Perkhidmatan dan Bekalan di mana setiap permohonan pembelian bekalan perlu disertakan sekurang-kurangnya 3 sebut harga.
iii. Mewujudkan Sistem Penilaian Prestasi Kontraktor/Pembekal. iv. Membangunkan Sistem Pendaftaran Kontraktor/Pembekal.
Kontraktor/pembekal yang ingin membuat kerja, bekalan dan memberi perkhidmatan perlu membuat pendaftaran di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan. Maklumat kontraktor/pembekal akan dikemas kini daripada peringkat tawaran sehingga pembayaran. Ini juga dapat memastikan kontraktor yang dilantik dapat melaksanakan kerja dengan sempurna.
Sumber: Jabatan/Agensi Negeri
8. PELAKSANAAN INDEKS AKAUNTABILITI
8.1. Bagi menentukan tahap pematuhan terhadap undang-undang seperti Perlembagaan
Persekutuan, Akta Audit 1957 dan peraturan yang berkaitan, setiap tahun Jabatan Audit
Negara menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi
Negeri. Bagi Jabatan, aspek pengurusan kewangan yang dinilai adalah Kawalan
Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit serta Pengurusan Aset Dan Stor.
Manakala bagi Perbendaharaan Negeri dan Agensi pula, selain daripada 6 aspek tersebut,
63
aspek lain yang turut dinilai ialah Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan
Penyerahan Penyata Kewangan. Setiap aspek yang diperiksa/dinilai itu akan diberi markah
dan akhirnya Jabatan/Agensi yang dinilai akan ditentukan penarafan atau ranking
berdasarkan jumlah markah keseluruhan yang diperoleh seperti di Jadual 8.1.
Jadual 8.1 Tahap Pencapaian Pengurusan Kewangan
Markah Keseluruhan
(%) Tahap Penarafan
90 - 100 Sangat Baik
70 - 89 Baik
50 - 69 Memuaskan
49 Dan Ke Bawah Tidak Memuaskan
8.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Bagi membolehkan penarafan diberi kepada tahap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi
Negeri, pengauditan telah dijalankan untuk menilai sama ada:
8.2.1. Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
8.2.2. Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil,
perbelanjaan serta pengurusan akaun amanah, aset dan inventori, pelaburan serta
pinjaman.
8.2.3. Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan.
8.2.4. Rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
8.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pada tahun 2013, pengauditan telah dijalankan di 17 Jabatan/Agensi Negeri terdiri daripada
10 Jabatan dan 7 Agensi Negeri. Sebanyak 4 Jabatan/Agensi Negeri adalah wajib diaudit
setiap tahun, iaitu pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan
Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor. Baki 13
Jabatan/Agensi Negeri dipilih berdasarkan pusingan 3 tahun. Pengauditan telah dijalankan
dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2013 di peringkat Ibu Pejabat
Jabatan/Agensi Negeri. Selain itu, semakan juga dibuat terhadap Penyata Kewangan
64
Kerajaan Negeri Tahun 2013 dan Penyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2012 bagi
menentukan kedudukan prestasi pengurusan kewangan Perbendaharaan Negeri dan 7
Agensi Negeri secara menyeluruh.
8.4. KAWALAN UTAMA
Pelaksanaan sistem penarafan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi
9 Jabatan adalah berasaskan pengauditan terhadap prestasi kewangan 6 kawalan utama
iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan,
Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit serta Pengurusan Aset
Dan Stor. Bagi Perbendaharaan Negeri dan 7 Agensi Negeri yang diaudit, selain 6 kawalan
di atas, kawalan terhadap Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Penyerahan
Penyata Kewangan turut dinilai. Penjelasan lanjut mengenai kawalan tersebut adalah seperti
berikut:
8.4.1. Kawalan Pengurusan
Bagi menentukan sama ada struktur pengurusan kewangan yang berkesan telah
diwujudkan, semakan Audit telah dijalankan terhadap 4 aspek utama kawalan pengurusan
iaitu struktur organisasi, sistem dan prosedur, keberkesanan Unit Audit Dalam dan
jawatankuasa yang diwujudkan serta pengurusan sumber manusia seperti berikut:
8.4.1.1. Struktur Organisasi
Bagi mewujudkan suatu struktur organisasi yang berkesan, Jabatan/Agensi Negeri
hendaklah memastikan:
a. Carta organisasi disediakan dengan lengkap dan kemas kini sepertimana yang
ditetapkan di Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991.
b. Surat penurunan kuasa disediakan dengan lengkap dan sentiasa dikemas kini. Had
kuasa dan tugas pegawai yang menjalankan tanggungjawab perlu dinyatakan dengan
jelas. Seksyen 15A(2), Akta Tatacara Kewangan, Arahan Perbendaharaan (AP) 11,
AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan.
c. Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 dipatuhi.
Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu disediakan
dengan lengkap dan jelas menunjukkan hubung kait antara penyelia dengan pegawai
bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai Tugas ini juga
perlu sentiasa dikemas kini.
d. Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras dengan
pekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut tempoh
yang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi melahirkan
65
sumber manusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada kecemerlangan
organisasi.
8.4.1.2. Sistem Dan Prosedur
Bagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/Agensi
Negeri hendaklah memastikan:
a. Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semula
secara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991
adalah berkaitan.
b. Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memiliki
kesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 adalah berkaitan.
c. Pemeriksaan Mengejut (seperti yang ditetapkan di bawah AP 309) dijalankan secara
berkala (tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan) terhadap peti besi, peti wang
tunai, laci atau bekas-bekas lain yang diguna bagi menyimpan wang, setem atau
barang-barang lain yang berharga. Hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkan
dengan lengkap untuk memudahkan rujukan.
d. Garis Panduan Pengurusan Kewangan Dan Akaun serta Dokumen Kualiti yang
disediakan oleh Agensi Negeri adalah lengkap dan kemas kini.
8.4.1.3. Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit Dalam
Kerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan di
peringkat Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut telah
ditetapkan melalui surat pekeliling, arahan, garis panduan yang dikeluarkan dari semasa
ke semasa. Bagi memastikan pelbagai jawatankuasa yang telah diwujudkan berfungsi
dengan berkesan, Kerajaan juga telah mengeluarkan Panduan Pengurusan Mesyuarat
Dan Urusan Jawatankuasa Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bil. 2 Tahun 1991. Panduan ini menetapkan dengan jelas peranan Pengerusi dan urus
setia dalam sesuatu mesyuarat bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa yang telah
diwujudkan. Antara jawatankuasa/unit yang perlu diwujudkan bagi memantapkan tahap
pengurusan kewangan adalah seperti berikut:
a. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) ditubuhkan di setiap Pusat
Tanggungjawab dapat memantapkan lagi pengurusan kewangan dan akaun
Jabatan/Agensi Kerajaan. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2008
menetapkan bahawa Jabatan/Agensi Negeri hendaklah melantik seorang Pengerusi
66
dan ahli jawatankuasa, bermesyuarat setiap 3 bulan, membincangkan perkara yang
telah ditetapkan dan mengemukakan Laporan Suku Tahun dengan lengkap kepada
pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
b. Unit Audit Dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 menghendaki Unit Audit Dalam (UAD)
ditubuhkan di Jabatan/Agensi Negeri bagi membantu Ketua Jabatan memantapkan
pencapaian pengurusan dan memastikan pencapaian objektif organisasi secara
cekap dan berhemat. Bagi melaksanakan fungsinya, UAD bertanggungjawab
menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam, mengemukakan Rancangan
Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif selewat-lewatnya pada 31 Januari,
membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat JPKA dan mengemukakan
Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif selewat-lewatnya pada 31
Mac tahun berikutnya. Manakala tanggungjawab Ketua Jabatan adalah mengkaji dan
meluluskan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam, memastikan
tindakan susulan diambil terhadap pemerhatian/Laporan Audit Dalam dan
memastikan anggota UAD mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan.
c. Jawatankuasa Keutuhan Dan Tadbir Urus
Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009, Jawatankuasa
Keutuhan Dan Tadbir Urus (JKTU) hendaklah ditubuhkan di peringkat Kementerian
dan Jabatan bagi tujuan mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam
yang cekap, berdisiplin serta berintegriti. Antara lain, Ketua Setiausaha
Kementerian/Ketua Jabatan hendaklah melantik ahli jawatankuasa dan
mempengerusikan mesyuarat berkenaan, bermesyuarat setiap 4 bulan,
membincangkan perkara yang telah ditetapkan, menyediakan Laporan Suku Tahun
dengan lengkap dan seterusnya mengemukakannya kepada pihak berkuasa
berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
d. Pengurusan Sumber Manusia
Bagi memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan baik, setiap
Jabatan/Agensi Negeri hendaklah menguruskan sumber manusianya dengan cekap
seperti menentukan bilangan jawatan dan gred yang sesuai, jawatan diisi
sepenuhnya dan latihan dalam bidang kewangan diberikan kepada mereka yang
terlibat. Jabatan/Agensi Negeri juga digalakkan memberi pengiktirafan kepada
kakitangan yang cemerlang dan mengambil tindakan tatatertib/surcaj terhadap
mereka yang didapati gagal/cuai melaksanakan tanggungjawab yang telah
ditetapkan.
67
8.4.2. Kawalan Bajet
Bagi menentukan sama ada Jabatan/Agensi Negeri telah menguruskan bajet dengan cekap,
berhemat dan mengikut peraturan, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama
kawalan bajet iaitu penyediaan bajet, pengagihan peruntukan, kelulusan pindah/tambah
peruntukan, pemantauan kemajuan projek dan pelaporan mengenainya seperti berikut:
8.4.2.1. Penyediaan Bajet
Peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet oleh setiap Jabatan Negeri dikeluarkan
melalui Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 Tahun 2012 (Garis Panduan
Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2013 - 2014 Kerajaan Negeri
Selangor). Selain itu, AP 29 hingga 46 juga menetapkan peraturan penyediaan anggaran
hasil dan perbelanjaan. Antara lainnya, peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet
menetapkan perkara mengenai justifikasi setiap anggaran yang disediakan, ketepatan
anggaran, prosedur kelulusan bajet di peringkat Jabatan/Agensi Negeri serta tempoh
yang ditetapkan untuk mengemukakan bajet dan Perjanjian Program kepada Pegawai
Kewangan Negeri.
8.4.2.2. Pengagihan Peruntukan
Peraturan kewangan mengenai pengagihan peruntukan antara lainnya menetapkan
bahawa Pegawai Pengawal perlu mengagihkan peruntukan kepada pemegang waran
tertentu sebaik sahaja Waran Am diterima. Mengikut AP 94 pula pemegang waran
peruntukan tersebut boleh mengagihkan waran peruntukan/waran peruntukan kecil
kepada pegawai yang berkenaan di mana perlu. Pengagihan waran ini perlu direkodkan
dengan lengkap dan kemas kini.
8.4.2.3. Kelulusan Pindah/Tambahan Peruntukan
Peraturan kewangan mengenai pindah/tambah peruntukan antaranya menetapkan Waran
Pindah Peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiri atau bagi
pihaknya oleh mana-mana pegawai bawahannya yang diberi kuasa secara bertulis.
Semua pindah peruntukan hendaklah dibuat pada tahun kewangan berkenaan dan
semua Waran Pindah Peruntukan yang dikeluarkan hendaklah disampaikan kepada
Pegawai Kewangan Negeri atau wakilnya tidak lewat dari 31 Disember bagi tahun
kewangan berkenaan. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu sentiasa mengawasi dan
mengemas kini akaun serta memastikan pindah peruntukan dikemaskinikan dalam Buku
Vot supaya kawalan perbelanjaan dapat diurus dengan berkesan. Peraturan juga
menetapkan pindahan kepada butiran yang telah dikurangkan melalui pindah peruntukan
atau pengurangan kepada butiran yang telah ditambah melalui pindah peruntukan adalah
tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri
terlebih dahulu.
68
8.4.2.4. Pemantauan Kemajuan Projek
Peraturan kewangan menghendaki Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan memantau
pelaksanaan projek pembangunan dengan rapi bagi memastikan ia dilaksanakan
mengikut jadual. Bagi tujuan ini, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah
memastikan data mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek bagi setiap tahun diisi
dan sentiasa dikemas kini dalam Sistem Pemantauan Projek II atau kaedah lain yang
diterima pakai, impak setiap aktiviti dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahun
dan memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan.
8.4.2.5. Pelaporan
Pegawai Pengawal dikehendaki menyediakan beberapa jenis laporan seperti Laporan
Perbelanjaan Dan Tanggungan serta laporan untuk Buku Anggaran Belanjawan Program
Dan Prestasi. Laporan ini perlu dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri dalam
tempoh yang ditetapkan. Pegawai Pengawal juga dikehendaki mengemukakan laporan
mengenai keperluan aliran wang tunai yang disahkan olehnya kepada Pegawai
Kewangan Negeri. Bagi Ketua Jabatan yang bukan Pegawai Pengawal, laporan
berkenaan akan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal berkenaan untuk disatukan.
8.4.3. Kawalan Terimaan
Bagi menentukan sama ada segala terimaan telah dikendalikan mengikut peraturan dan
diakaunkan dengan sempurna, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama
kawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukan
pungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan penyediaan Akaun Belum
Terima seperti berikut:
8.4.3.1. Kawalan Borang Hasil
Kawalan terhadap pelbagai borang hasil seperti buku resit adalah penting bagi
memastikan ia tidak disalahgunakan.
8.4.3.2. Penerimaan Wang
Setiap Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawai yang bertanggungjawab
dengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturan kewangan yang berkaitan.
Semakan Audit telah dijalankan terhadap beberapa aspek kawalan dalaman yang
ditetapkan oleh AP atau peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Negeri bagi penerimaan
wang iaitu dari segi kebenaran/kelulusan menerima kutipan, kawalan penerimaan wang di
kaunter dan penerimaan melalui mel.
69
8.4.3.3. Kemasukan Pungutan Ke Bank
AP telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wang pungutan ke bank bagi
memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan. Antaranya adalah mengenai
penetapan tempoh memasukkan wang ke bank, kawalan keselamatan penghantaran
wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya, semakan oleh pegawai
bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dan keselamatan wang yang
tidak sempat dimasukkan ke bank.
8.4.3.4. Kawalan Perakaunan Terimaan/Hasil
Bagi memastikan peraturan mengenai perakaunan terimaan/hasil yang ditetapkan dalam
AP dipatuhi, semakan Audit telah dijalankan terhadap penyerahan Akaun Tunai Bulanan
kepada Perbendaharaan Negeri, ketepatan penyediaan Penyata Penyesuaian Hasil
Bulanan dan ketepatan Buku Tunai.
8.4.3.5. Akaun Belum Terima
Dasar dan tatacara bagi penyelenggaraan serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT)
ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008 dan AP
89A. Antara peraturan yang ditetapkan mengenai pengurusan ABT adalah penyediaan
Laporan Tunggakan Hasil atau Laporan ABT yang lengkap dan kemas kini, penyerahan
Laporan ABT kepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh ditetapkan dan tindakan
susulan diambil terhadap jumlah terimaan/hasil yang tertunggak.
8.4.4. Kawalan Perbelanjaan
Bagi menentukan sama ada semua perbelanjaan mengurus dan pembangunan telah dibuat
mengikut peraturan yang ditetapkan dan diperakaunkan dengan tepat, semakan Audit telah
dijalankan terhadap 3 aspek utama kawalan perbelanjaan iaitu perakaunan, pengurusan
perolehan dan pengurusan bayaran seperti berikut:
8.4.4.1. Perakaunan
Semakan Audit dijalankan bagi menentukan Buku Vot dan Penyata Penyesuaian
Perbelanjaan diselenggarakan oleh Jabatan/Agensi Negeri mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Pekeliling dan AP yang berkaitan.
8.4.4.2. Pengurusan Perolehan
Setiap tahun Jabatan/Agensi Negeri membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan perolehan
bekalan, perkhidmatan dan kerja. Bagi menentukan pengurusan perolehan
Jabatan/Agensi Negeri telah mematuhi peraturan yang berkaitan, semakan Audit dibuat
terhadap pengurusan pembelian terus, sebut harga, tender, kontrak dan kontrak pusat.
70
8.4.4.3. Pengurusan Bayaran
Semakan Audit dijalankan terhadap kawalan dalaman bagi proses bayaran,
kesempurnaan bayaran yang memerlukan kelulusan khas, penyediaan dan penyimpanan
daftar/rekod pembayaran dan Daftar Bil, bayaran pukal serta Panjar Wang Runcit.
8.4.5. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit
Pengurusan dan kawalan terhadap kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit
adalah penting untuk menentukan ia diurus dengan teratur, mengikut Pekeliling dan Arahan
Amanah yang ditetapkan serta diakaunkan dengan betul dan kemas kini. Semakan Audit
telah dijalankan terhadap pengurusan kumpulan wang seperti berikut:
8.4.5.1. Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah
Tatacara pengurusan Akaun Amanah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 18 Tahun 2001. Semakan Audit telah dijalankan terhadap pengendalian kumpulan
wang amanah/akaun amanah di Jabatan/Agensi Negeri dari segi penyediaan dan
penyerahan penyata tahunan untuk diaudit serta kesempurnaan rekod
perakaunan/penyata penyesuaian akaun/transaksi akaun.
8.4.5.2. Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman
Jabatan/Agensi Negeri perlu menguruskan kumpulan wang pinjaman dan pendahuluan
diri/pelbagai mengikut pekeliling/surat pekeliling perbendaharaan yang berkaitan seperti
berikut atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Agensi Negeri berkaitan:
a. Pinjaman kenderaan hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 dan 8 Tahun 1993.
b. Pinjaman komputer hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2012.
c. Pendahuluan diri hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993.
d. Pendahuluan pelbagai hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan
di Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2013.
8.4.5.3. Pengurusan Akaun Deposit
Tatacara dan pengurusan akaun deposit ditetapkan melalui AP 156 hingga 163.
Manakala Agensi Negeri yang mempunyai peraturan kewangan dan perakaunan sendiri,
pengurusan akaun deposit perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
71
8.4.6. Pengurusan Aset Dan Stor
Perolehan aset dan inventori perlu direkodkan, dikawal dan dipantau dengan sempurna bagi
mengelakkan daripada berlaku pembaziran dan penyalahgunaan. Sehubungan itu, semakan
Audit telah dijalankan untuk menilai tahap pematuhan Jabatan/Agensi Negeri kepada
peraturan yang ditetapkan oleh pekeliling/surat pekeliling perbendaharaan yang berkenaan
dan Tatacara Pengurusan Stor atau peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Negeri
berhubung dengan perkara seperti berikut:
8.4.6.1. Kawalan Umum
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, Pegawai Pengawal hendaklah
mewujudkan Unit Pengurusan Aset yang antaranya bertanggungjawab untuk mengurus
pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat. Unit
tersebut diberi tanggungjawab menjadi Urus Setia kepada Jawatankuasa Pengurusan
Aset Alih Kerajaan yang diwujudkan, menguruskan pelupusan, kehilangan dan hapus kira
aset serta menyelaras penyediaan laporan mengenainya. Selain itu, Pegawai Pengawal
perlu melantik seorang Pegawai Aset secara bertulis bagi setiap pusat tanggungjawab di
bawahnya dan memastikan Pegawai Aset di peringkat Ibu Pejabat diberi tanggungjawab
sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
8.4.6.2. Penerimaan
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, seorang Pegawai Penerima
hendaklah diberi kuasa untuk menerima dan mengesahkan aset yang diterima.
Tanggungjawab seseorang Pegawai Penerima adalah memastikan aset/bekalan pejabat
diterima menepati spesifikasi, kualiti dan kuantiti yang telah ditetapkan sebelum membuat
pengesahan penerimaan. Bagi membolehkan Pegawai Penerima membuat rujukan, satu
salinan dokumen kontrak hendaklah disimpan oleh pegawai ini. Bagi penerimaan bekalan
pejabat pula, Borang Terimaan Barang perlu disahkan dan direkodkan pada Kad Kawalan
Stok dan Kad Petak. Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan hendaklah
disediakan, disahkan dan dihantar dengan serta merta kepada agen penghantaran atau
syarikat pembekal jika terdapat kerosakan atau perselisihan kuantiti. Aset hendaklah
diterima berserta Surat Jaminan dan manual penggunaan/penyenggaraan.
8.4.6.3. Pendaftaran
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset perlu didaftarkan dalam
tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Aset tersebut perlu dilabelkan
dengan tanda Hak Milik Kerajaan dan nombor siri pendaftaran.
72
8.4.6.4. Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan Aset
Bagi memastikan penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset diurus dengan baik,
setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan peraturan seperti berikut yang
ditetapkan di Pekeliling Perbendaharaan yang berkenaan dipatuhi:
a. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset diguna hanya bagi
tujuan rasmi sahaja dan mengikut tujuan asal perolehannya. Setiap aset hendaklah
dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan, pengeluaran/
penggunaannya direkodkan dengan teratur serta kerosakan aset dilaporkan dengan
menggunakan borang yang ditetapkan. Aset perlu disimpan di tempat yang selamat
dan sesuai serta sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab.
b. Pekeliling tersebut juga menghendaki sekurang-kurangnya 2 Pegawai
Pemeriksa/Lembaga Verifikasi Stok dilantik secara bertulis. Pemeriksaan aset
dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan verifikasi stok dilaksanakan
mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Laporan
Pemeriksaan Inventori disediakan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Ketua
Jabatan dan seterusnya kepada Perbendaharaan Negeri di mana berkenaan.
c. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013 menetapkan:
Penggunaan kenderaan Jabatan/Agensi Negeri dikawal dengan melantik
seorang Pegawai Kenderaan yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan
kenderaan, menyelenggarakan Buku Log dengan lengkap dan kemas kini serta
menyediakan Cerakinan Bulanan Penggunaan Bahan Api setiap bulan bagi
mengawal kegunaan bahan api.
Penggunaan kenderaan pegawai Gred JUSA hendaklah dikawal dengan teratur
di mana pembelian minyak sebulan tidak melebihi had yang diluluskan. Jika
penggunaan bahan api melebihi had yang dibenarkan, Ketua Jabatan hendaklah
membuat kutipan bayaran balik daripada pegawai.
Kad Inden perlu dikawal dengan teratur melalui penyelenggaraan Buku Rekod
Pergerakan Kad Inden yang lengkap dan kemas kini. Penyata pembelian atau
penyata kad perlu disemak sebelum bayaran dilakukan.
Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dikawal dengan teratur dan Buku
Pergerakan Dan Penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit
diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
73
8.4.6.5. Penyenggaraan Aset
Bagi memastikan aset disenggarakan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri
hendaklah memastikan:
a. Senarai aset yang memerlukan penyenggaraan disediakan dengan lengkap dan
kemas kini, jadual penyenggaraan disediakan, penyenggaraan dilaksanakan seperti
dirancang serta direkodkan dengan betul dan lengkap, program penyenggaraan
dinilai, penyenggaraan aset oleh pihak swasta diselia dan dipantau bagi memastikan
syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5
Tahun 2007 adalah berkaitan.
b. Kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013 dipatuhi. Pekeliling ini
menetapkan kenderaan perlu disenggarakan secara berjadual, butir
penyenggaraan/pembaikan direkodkan dan kenderaan disimpan dengan selamat.
8.4.6.6. Pelupusan
Bagi memastikan pelupusan aset diuruskan dengan teratur dan selaras dengan Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah
memastikan:
a. Lembaga Pemeriksa dilantik untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun. Lembaga
Pemeriksa perlu menyediakan jadual pemeriksaan dan ia perlu dilaksanakan dalam
tempoh satu bulan dari tarikh arahan dikeluarkan. Laporan Lembaga Pemeriksa
hendaklah disediakan dan ditandatangani. Lembaga Pemeriksa juga perlu
mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.
b. Perakuan pelupusan aset mekanikal, teknikal, elektrik dan elektronik disediakan oleh
Jabatan/Pegawai Teknikal berkaitan. Manakala perakuan pelupusan aset disahkan
oleh 2 pegawai yang mempunyai 3 tahun pengalaman dan tidak terlibat dengan
pengurusan aset berkenaan.
c. Kaedah pelupusan aset dibuat dengan teratur dan dilaksanakan dalam tempoh 3
bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih
Kerajaan dan Sijil Pelupusan Aset disediakan dan dikemukakan kepada pihak yang
memberi kelulusan. Seterusnya, rekod aset yang telah diluluskan pelupusan itu perlu
dikemaskinikan.
8.4.6.7. Kehilangan Dan Hapus Kira
Bagi memastikan kehilangan dan hapus kira aset diuruskan dengan teratur dan selaras
dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri
hendaklah memastikan:
74
a. Kehilangan aset dilaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan laporan
polis dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan. Ketua Pejabat menyedia
Laporan Awal dan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Pegawai Kewangan
Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja. Sesalinan Laporan Awal dikemukakan kepada
Pegawai Pengawal, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Audit Negara atau wakil
tempatan Ketua Audit Negara.
b. Jawatankuasa Penyiasat dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dalam
tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal disediakan. Laporan Akhir disediakan
dalam tempoh 2 bulan dari tarikh lantikan Jawatankuasa tersebut walaupun Laporan
Hasil Penyiasatan Polis belum diperoleh. Laporan Akhir yang lengkap hendaklah
dikemukakan kepada pihak yang menerima Laporan Awal. Laporan ini perlu
dikemukakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Laporan Awal dihantar.
8.4.7. Pengurusan Pelaburan
Pelaburan merupakan tindakan melabur dana bagi suatu tempoh masa untuk memperoleh
pulangan yang dikehendaki dengan menyedari sepenuhnya risiko yang terbabit. Pelaburan
yang dibuat hendaklah mengikut peraturan yang berkaitan. Rekod perlu diselenggarakan
dengan lengkap dan kemas kini bagi memudahkan kawalan dan pemantauan. Antara
elemen kawalan yang perlu diwujudkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pelaburan yang
berfungsi menguruskan pelaburan Agensi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah
kuasa melabur, had pelaburan, sasaran pelaburan dan pemantauan pelaburan.
8.4.8. Pengurusan Pinjaman
Pinjaman dibuat bagi membiayai pelbagai projek untuk pembangunan ekonomi negeri,
menampung perbelanjaan dan meningkatkan taraf pembangunan serta kemajuan penduduk.
Pinjaman tersebut hendaklah digunakan mengikut maksud pinjaman dimohon. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian adalah kuasa untuk meminjam, penyelenggaraan rekod
pinjaman yang lengkap dan kemas kini, perjanjian pinjaman disediakan serta mekanisme
kawalan dan pemantauan pinjaman.
8.4.9. Penyerahan Penyata Kewangan
Kerajaan Negeri Selangor melalui Surat Hebahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bil. 18 Tahun 2009 menghendaki Agensi Negeri mengemukakan Penyata Kewangan bagi
sesuatu tahun kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat daripada 30 April tahun
kewangan berikutnya. Peraturan ini dibuat bagi membolehkan Penyata Kewangan dan
laporan tahunan Kerajaan Negeri/Agensi Negeri dibentangkan di Dewan Negeri Selangor
pada tahun yang sama dan tidak lewat dari 31 Disember setiap tahun. Ini bertujuan untuk
meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus yang baik di pejabat Perbendaharaan Negeri dan
Agensi Negeri. Di samping itu, pembentangan awal membolehkan stakeholders menilai
pencapaian Kerajaan Negeri/Agensi Negeri yang lebih telus dan relevan.
75
8.5. PENEMUAN AUDIT
8.5.1. Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan
Pada keseluruhannya prestasi pengurusan kewangan di 17 Jabatan/Agensi Negeri pada
tahun 2013 adalah baik di mana semua Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit mencapai tahap
sangat baik atau baik. Tahap prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri pada
tahun 2013 adalah seperti di Carta 8.1. Bilangan Jabatan/Agensi Negeri yang mencapai
tahap sangat baik meningkat daripada 5 pada tahun 2012 kepada 10 pada tahun 2013.
Kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2007
hingga 2013 secara keseluruhan adalah seperti di Jadual 8.2.
Sumber: Jabatan Audit Negara
75.64
82.37
88.15
88.17
88.26
88.59
89.01
90.04
90.77
91.05
91.34
91.90
91.91
92.42
93.06
93.60
93.67
0 20 40 60 80 100
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Jabatan Agama Islam Selangor
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
Majlis Perbandaran Sepang
Jabatan Kerja Raya
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat
Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Jabatan Perhutanan
Perbendaharaan Negeri
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Majlis Daerah Kuala Langat
Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
Pejabat Tanah Dan Galian
Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Markah (%) Baik Sangat Baik
Jabatan/Agensi Negeri
Carta 8.1 Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pada Tahun 2013
76
Jadual 8.2 Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2013
Tahap Penarafan Bilangan Jabatan/Agensi Negeri
2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013
Sangat Baik - 1 1 4 8 5 10
Baik 8 13 14 11 10 11 7
Memuaskan 2 - 1 1 - - -
Tidak Memuaskan - - - - - - -
Jumlah 10 14 16 16 18 16 17
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.5.2. Tahap Pematuhan Terhadap Kawalan Utama
8.5.2.1. Jabatan Negeri
Tahap pematuhan pengurusan kewangan bagi 9 Jabatan (tidak termasuk
Perbendaharaan Negeri) mengikut kawalan utama bagi jabatan adalah seperti di
Carta 8.2. Hasil semakan Audit terhadap tahap pematuhan pengurusan kewangan bagi 6
kawalan utama adalah seperti berikut:
a. Empat Jabatan mencatatkan tahap sangat baik manakala 5 Jabatan tahap baik
dalam Kawalan Pengurusan.
b. Bagi Kawalan Bajet, 6 Jabatan memperoleh tahap sangat baik, 2 Jabatan
mencatatkan tahap baik dan satu Jabatan mencatatkan tahap memuaskan kerana
waran pindah peruntukan tidak ditandatangani oleh Pegawai Pengawal atau wakil
yang diberi kuasa secara bertulis.
c. Bagi Kawalan Terimaan, 7 Jabatan berada pada tahap sangat baik dan 2 Jabatan
pada tahap baik.
d. Bagi Kawalan Perbelanjaan, 7 dan 2 Jabatan masing-masing memperoleh tahap
sangat baik dan baik.
e. Dari segi Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit, 6
Jabatan berada pada tahap sangat baik, satu Jabatan pada tahap baik, satu Jabatan
lain pada tahap memuaskan manakala satu Jabatan tidak terlibat dalam Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit. Antara kelemahan yang
ditemui adalah salinan resit pembelian/kad pendaftaran kenderaan/sijil insuran tidak
disimpan dalam fail pinjaman kenderaan; kad pendaftaran kenderaan tidak dicop
‘Hak Milik Dituntut Kerajaan’; bayaran balik pinjaman kenderaan tidak teratur; Buku Akaun Utama Deposit dan Rekod Kecil tidak diselenggarakan dan deposit yang tidak
dituntut melebihi 12 bulan serta tidak diperlukan lagi tidak diwartakan.
77
f. Bagi Kawalan Pengurusan Aset Dan Stor, 3 Jabatan berada pada tahap sangat baik,
4 Jabatan berada pada tahap baik dan 2 Jabatan pada tahap memuaskan. Antara
kelemahan di 2 Jabatan berkenaan ialah Pegawai Penerima tidak dilantik untuk
menerima dan mengesahkan aset/barang stor yang diterima; kerosakan aset tidak
dilaporkan menggunakan Borang Aduan Kerosakan Aset (KEW.PA-9); pemeriksaan
aset tidak dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun, Pegawai Kenderaan
yang mempunyai sijil dalam bidang kejuruteraan motor tidak dilantik bagi pejabat
yang mempunyai lebih daripada 20 kenderaan; penggunaan minyak adalah tidak
munasabah, penyata pembelian minyak/penyata Kad Inden tidak disemak kepada
salinan resit dan disahkan oleh pemegang kad sebelum pembayaran dilakukan; Kad
Sistem Tol Tanpa Resit disimpan oleh pemandu setiap masa dan peraturan
penyenggaraan tidak dipatuhi.
Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: Satu Jabatan tidak berkaitan bagi Pengurusan Amanah Dan Deposit
8.5.2.2. Perbendaharaan Negeri Dan Agensi Negeri
Tahap pematuhan pengurusan kewangan Perbendaharaan Negeri (PNS) dan 7 Agensi
Negeri mengikut 9 kawalan utama adalah seperti di Carta 8.3. Semakan Audit terhadap
tahap pematuhan pengurusan kewangan bagi 9 kawalan utama di PNS dan 7 Agensi
adalah seperti berikut:
a. Kawalan Pengurusan PNS dan 5 Agensi mencapai tahap sangat baik. Manakala 2
Agensi lain mencapai tahap baik.
b. Bagi prestasi Kawalan Bajet 6 Agensi mencapai tahap sangat baik dan PNS di tahap
baik. Satu agensi mendapat tahap memuaskan kerana cadangan bajet yang
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Pengurusan Terimaan Amanah Dan Deposit
0 1 1
2
5 2
2 2 1
4
4
6 7
7 6
3
Carta 8.2 Tahap Pematuhan Pengurusan Kewangan Mengikut Kawalan Utama Bagi Jabatan Tahun 2013
Sangat Baik Baik Memuaskan
Bil. Jabatan
Kawalan Utama
78
disediakan tidak berdasarkan input dari semua peringkat bahagian/cawangan dan
pindah peruntukan tidak dikemas kini dalam buku vot.
c. Bagi Kawalan Terimaan, PNS dan 3 Agensi berada pada tahap sangat baik
manakala 3 Agensi lain mencapai tahap baik. Satu agensi mencapai tahap
memuaskan kerana resit rasmi tidak direkodkan dalam buku tunai pada hari yang
sama; pegawai bertanggungjawab tidak menyemak buku tunai dan resit; penyata
penyesuaian bank tidak disediakan setiap bulan dan laporan penghutang serta
pengumuran tidak disediakan.
d. PNS dan 4 Agensi mencapai tahap sangat baik dalam Kawalan Perbelanjaan
manakala 3 Agensi lain di tahap baik.
e. Bagi Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit, hanya satu
Agensi mencapai tahap sangat baik. PNS dan 5 Agensi lain memperoleh tahap baik
dan satu agensi memperoleh tahap memuaskan kerana penyata penyesuaian bank
tidak disediakan dan deposit yang tidak dituntut melebihi 12 bulan serta tidak
diperlukan lagi tidak diwartakan.
f. PNS dan 3 Agensi mendapat tahap sangat baik dalam Pengurusan Aset Dan Stor.
Manakala 4 Agensi lain berada di tahap baik.
g. Bagi Pengurusan Pelaburan, PNS dan 3 Agensi memperoleh tahap sangat baik
manakala 4 Agensi lain tidak berkaitan dengan Pengurusan Pelaburan.
h. 2 Agensi telah mencapai tahap sangat baik dalam Pengurusan Pinjaman manakala
PNS mencapai tahap baik. 5 Agensi yang lain tidak berkaitan dengan Pengurusan
Pinjaman.
i. Dalam aspek Pengesahan Penyata Kewangan, 3 Agensi telah mencapai tahap
sangat baik. PNS dan 4 Agensi lain berada di tahap baik.
79
Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: Empat Agensi tidak berkaitan dengan Pengurusan Pelaburan dan 5 Agensi tidak berkaitan dengan Pengurusan Pinjaman
8.5.3. Perbandingan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri
8.5.3.1. Analisis Audit terhadap 17 Jabatan/Agensi Negeri yang telah dilaksanakan
pengauditan sekurang-kurangnya 2 kali atau lebih bagi tahun 2010 hingga 2013
menunjukkan secara keseluruhannya, tahap prestasi pengurusan kewangan telah
bertambah baik bagi 13 Jabatan/Agensi Negeri. Manakala prestasi pengurusan kewangan
menurun bagi 4 Jabatan/Agensi iaitu Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS), Jabatan
Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS)
dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
8.5.3.2. Pejabat MB & SUK, PNS dan JPNS masih kekal pada tahap sangat baik pada
tahun 2013. Prestasi Pejabat MB & SUK bertambah baik bagi tahun 2013 tetapi prestasi
PNS dan JPNS sedikit menurun. Penurunan prestasi PNS adalah disebabkan kelemahan
dalam aspek Kawalan Bajet dan Pengesahan Penyata Kewangan. Manakala penurunan
prestasi JPNS adalah disebabkan kelemahan dalam aspek Kawalan Bajet. 4
Jabatan/Agensi Negeri yang mencapai tahap baik pada tahun 2010 telah meningkat
prestasinya dengan mencapai tahap sangat baik pada tahun 2013. Jabatan/Agensi
tersebut ialah Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis
Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak.
8.5.3.3. PKNS mencatat peningkatan prestasi pengurusan kewangan daripada tahap
baik pada tahun 2012 kepada tahap sangat baik pada tahun 2013. Peningkatan ini
disebabkan penambahbaikan dalam aspek Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Aset Dan
Stor serta Pengesahan Penyata Kewangan.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
Pengurusan Bajet Terimaan Perbelanjaan Amanah DanDeposit
Aset Dan Stor Pelaburan Pinjaman PenyataKewangan
1 1 1 2
1
3
3
6
4
1
5
6 6
4
5
1
4
4 2
3
Carta 8.3 Tahap Pematuhan Pengurusan Kewangan Mengikut Kawalan Utama Bagi Perbendaharaan Negeri Dan Agensi Negeri Tahun 2013
Sangat Baik Baik Memuaskan
Bil
. J
ab
ata
n/A
ge
ns
i N
eg
eri
Kawalan Utama
80
8.5.3.4. Kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan daripada tahun 2007 hingga
2013 bagi MB & SUK, PKNS, PNS dan MAIS yang merupakan 4 Jabatan/Agensi Negeri
yang wajib diaudit setiap tahun adalah seperti di Carta 8.4. Manakala Carta 8.5
menunjukkan kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan tahun 2013 bagi
Jabatan/Agensi Negeri yang lain berbanding tahun sebelum.
Sumber: Jabatan Audit Negara
73.0
0 87
.00
80.0
0
80.7
0
90.1
0
87.5
0
83.1
0
89.8
0
91.9
0
85.0
1
90.5
6
85.5
2
91.6
8
88.3
1
90.9
4
93.5
8
91.5
1
88.0
7
92
.25
85.2
0
93.6
0
91.9
0
91.0
5
88.1
7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Pejabat Menteri BesarDan Setiausaha Kerajaan
Negeri
Perbadanan KemajuanNegeri Selangor
Perbendaharaan NegeriSelangor
Majlis Agama IslamSelangor
Peratus (%)
2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013
Carta 8.4 Kedudukan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Yang Diaudit Setiap Tahun Bagi Tempoh 2007 Hingga 2013
81
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.6. PEMERIKSAAN AUDIT MENGEJUT
8.6.1. Arahan Perbendaharaan (AP) 309 menetapkan Ketua Jabatan hendaklah
memastikan pegawai yang dipertanggungjawabkan telah menyimpan wang awam, setem
atau barangan berharga yang lain dengan selamat di dalam peti besi, bilik kebal, peti wang
tunai, laci atau bekas lain. Ketua Jabatan/Pejabat/Agensi juga hendaklah memastikan rekod
mengenainya diselenggarakan dengan lengkap, kemas kini dan diperiksa oleh pegawai
kanan secara berkala. Untuk menentukan sejauh mana peraturan ini dipatuhi, Jabatan Audit
Negara telah menjalankan Pemeriksaan Audit Mengejut di 42 Jabatan/Pejabat/Agensi
Negeri yang mana 18 Jabatan/Pejabat/Agensi telah mematuhi peraturan AP 309 manakala
24 Jabatan/Pejabat/Agensi lain mempunyai kelemahan tertentu seperti di Jadual 8.3.
0 20 40 60 80 100
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Jabatan Agama Islam Selangor
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Majlis Perbandaran Sepang
Jabatan Kerja Raya
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat
Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Jabatan Perhutanan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Daerah Kuala Langat
Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
Pejabat Tanah Dan Galian
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
68.21
84.20
81.70
84.38
88.18
88.81
85.27
93.65
87.63
78.75
88.67
94.84
90.41
75.64
82.37
88.15
88.26
88.59
89.01
90.04
90.77
91.34
91.91
92.42
93.06
93.67
Markah (%)
Carta 8.5 Kedudukan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2013 Berbanding Pengauditan Tahun Sebelumnya
Jabatan/Agensi Negeri
2013 2012 2011 2010
82
Jadual 8.3 Isu Audit Hasil Daripada Pemeriksaan Audit Mengejut Pada Tahun 2013
Bil. Jabatan/Pejabat/Agensi Isu Audit
1 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
i. Buku Tunai tidak kemas kini. ii. Baki stok fizikal borang hasil tidak bersamaan dengan baki stok
di Daftar Borang Hasil. iii. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan dengan kemas kini. iv. Daftar Pemeriksaan Mengejut tidak direkod dengan lengkap.
2 Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
i. Kebenaran secara bertulis tidak diberi kepada pegawai yang memungut hasil.
ii. Kutipan tidak dibankkan dengan segera.
3 Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor
i. Resit rasmi MAIS tidak diterima untuk jumlah kutipan yang dibankkan.
ii. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan. iii. Baki tunai Panjar Wang Runcit (PWR) dalam tangan tidak
bersamaan dengan baki di Buku Tunai PWR. iv. Daftar Setem tidak disemak dan disahkan oleh Ketua Pejabat. v. Daftar Pemeriksaan Mengejut tidak direkod dengan lengkap.
4 Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
i. Baki stok fizikal borang hasil tidak bersamaan dengan baki stok di Daftar Borang Hasil.
ii. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan dengan kemas kini.
5 Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
i. Resit rasmi tidak dikeluarkan pada masa kutipan dibuat. ii. Kutipan tidak dibankkan dengan segera. iii. Jumlah kutipan kiraan fizikal tidak bersamaan dengan jumlah
kutipan mengikut resit. iv. Buku Tunai tidak disemak dengan resit setiap hari. v. Terimaan dan pengeluaran setem di Daftar Setem tidak
disahkan oleh Ketua Pejabat. vi. Pengasingan tugas tidak dibuat bagi terimaan hasil,
mengeluarkan resit, memasukkan pungutan ke bank secara praktik.
6 Pejabat Agama Islam Daerah Petaling
i. Baki tunai PWR dalam tangan tidak bersamaan dengan baki di Buku Tunai PWR.
ii. Buku Tunai PWR tidak diselenggarakan dengan kemas kini. iii. Baucar bayaran/dokumen sokongan yang telah dibayar tidak
ditebuk/cop “Telah Bayar”. iv. Pesanan tempatan diluluskan oleh pegawai yang tidak diberi
kuasa.
7 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang
i. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan.
ii. Pemeriksaan Mengejut tidak menyeluruh kerana tidak meliputi setem.
8 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak
i. Pendahuluan dibuat melalui PWR.
9 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
i. Kutipan tidak dibankkan dengan segera. ii. Daftar Pembayaran bagi wang untuk dibahagi-bahagikan tidak
disemak oleh Ketua Pejabat/wakilnya. iii. Daftar Setem tidak disemak dan disahkan oleh Ketua Pejabat. iv. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 6 bulan. v. Pemeriksaan Mengejut tidak menyeluruh kerana tidak
merangkumi peti besi.
10 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang
i. Baki tunai PWR dalam tangan tidak bersamaan dengan baki di Buku Tunai PWR.
11 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
i. Bayaran Bantuan Orang Tua (BOT) masih dilakukan walaupun penerima telah meninggal dunia.
ii. Wang BOT di akaun Bank Simpanan Nasional dikeluarkan walaupun penerima telah meninggal dunia.
12
Pejabat Pertanian Daerah Sepang
i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. ii. Hanya seorang pegawai ditugaskan bagi menerima wang dan
merekod Buku Tunai. Kelulusan khas tidak diperoleh daripada Bendahari Negeri.
iii. Kebenaran secara bertulis tidak diberi kepada pegawai yang memungut hasil.
iv. Daftar Setem tidak diselenggarakan dengan kemas kini dan disahkan oleh Ketua Pejabat.
83
Bil. Jabatan/Pejabat/Agensi Isu Audit
v. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 6 bulan. 13 Pejabat Pertanian Daerah
Kuala Selangor i. Baki setem fizikal tidak bersamaan dengan baki di Daftar
Setem. ii. Pengeluaran setem tidak direkod dalam Daftar Setem. iii. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 6 bulan.
14 Pejabat Pertanian Daerah Gombak
i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. ii. Kutipan tidak dibankkan dengan segera.
15 Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor
i. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan.
16 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. ii. Kutipan tidak dibankkan dengan segera. iii. Kunci dan kod kombinasi peti besi dipegang oleh pegawai yang
sama.
17 Jabatan Kerja Raya (Ibu Pejabat)
i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera.
18 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. ii. Kutipan tidak dibankkan dengan segera. iii. Semakan tidak dibuat ke atas cetakan bank di bank in slip
dengan penyata pemungut. iv. Baki stok fizikal borang hasil tidak bersamaan dengan baki stok
di Daftar Borang Hasil. v. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 6 bulan.
19 Perpustakaan Daerah Hulu Langat
i. Buku Tunai tidak diselenggarakan. Kutipan direkod dalam Penyata Kutipan Hasil PPAS (Kew 208).
ii. Jumlah kutipan kiraan fizikal tidak bersamaan dengan jumlah kutipan mengikut resit.
20 Perpustakaan Daerah Kuala Selangor
i. Kebenaran secara bertulis tidak diberi kepada pegawai yang memungut hasil.
ii. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. iii. Resit dibatalkan oleh pegawai yang tidak diberi kuasa secara
bertulis. iv. Resit asal yang dibatalkan tidak dikepilkan. v. Pemeriksaan Mengejut tidak dilakukan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 6 bulan.
21 Majlis Daerah Kuala Langat i. Daftar Bil tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
22 Majlis Bandaraya Petaling Jaya i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. ii. Pemeriksaan Mengejut yang dilakukan tidak direkodkan dalam
Daftar Pemeriksaan Mengejut.
23 Kaunter Bayaran Cawangan Bukit Sentosa, Majlis Daerah Hulu Selangor
i. Kutipan tidak direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan segera. ii. Perakuan bahawa nombor di dalam buku resit adalah lengkap
dan betul tidak dibuat di belakang helaian pertama resit salinan pejabat.
24 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
i. Wang kutipan fizikal tidak bersamaan dengan laporan kutipan. ii. Baki stok fizikal borang hasil tidak bersamaan dengan baki stok
di Daftar Borang Hasil. iii. Daftar Borang Hasil tidak diselenggarakan dengan kemas kini. iv. Perakuan tidak dibuat di belakang helaian pertama salinan
pejabat resit semasa menerima stok. v. Baki fizikal setem tidak bersamaan dengan baki di Daftar
Setem. vi. Daftar Setem tidak diselenggarakan dengan kemas kini. vii. Kunci dan kod kombinasi peti besi dipegang oleh pegawai yang
sama. viii. Buku Vot tidak diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali
oleh penyelia dengan menurunkan tandatangan ringkas. ix. Daftar Pelaburan tidak diselenggarakan.
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.6.2. Ketua Jabatan/Pejabat/Agensi Negeri yang berkenaan telah dimaklumkan tentang
perkara yang diperhatikan dan diminta mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.
84
9. SYOR AUDIT
Sungguhpun prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun
2013 secara keseluruhan adalah baik, namun bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan
kewangan ini, adalah disyorkan supaya Jabatan/Agensi Negeri mengambil tindakan
terhadap perkara berikut:
9.1. Ketua Jabatan/Ketua Agensi hendaklah memastikan Jawatankuasa Audit berbincang
secara terperinci isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam
serta memastikan tindakan corrective dan preventive diambil. Tindakan corrective adalah
untuk memastikan kelemahan yang dibangkitkan dapat diperbetulkan. Manakala tindakan
preventive adalah bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang. Jawatankuasa
Audit hendaklah melaporkan hasil perbincangannya kepada Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan Dan Akaun.
9.2. Memandangkan pengauditan terhadap pengurusan kewangan yang dijalankan oleh
Jabatan Audit Negara bagi tujuan memberi penarafan adalah terhad kepada beberapa Pusat
Tanggungjawab (PTJ) dan aspek pengurusan kewangan yang penting sahaja, Ketua
Jabatan/Ketua Agensi patut mengarahkan Unit Audit Dalam menjalankan pengauditan
secara menyeluruh terhadap aspek pengurusan kewangan lain di semua PTJ khususnya di
PTJ lain yang tidak diaudit, untuk memastikan peraturan kewangan dipatuhi dengan
sewajarnya dan kelemahan yang sama tidak berlaku di pejabat berkenaan.
9.3. Penglibatan/penyeliaan oleh Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu dipertingkatkan.
Mereka perlu terlibat secara hands-on dalam urusan berkaitan dan membuat pemeriksaan
berkala dari semasa ke semasa.
9.4. Tindakan surcaj/tatatertib dikenakan terhadap pegawai yang gagal memungut
hasil/membuat bayaran yang tidak teratur/tidak menyelenggarakan rekod kewangan
dengan lengkap dan kemas kini. Tindakan juga patut diambil terhadap pegawai yang gagal
mengambil tindakan terhadap pegawai di bawah penyeliaan mereka yang gagal
melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
9.5. Latihan yang berterusan diberikan kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan
kewangan.
87
10. PENDAHULUAN
Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara juga mengaudit Penyata Kewangan Agensi
Negeri iaitu Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kumpulan Wang
termasuk Penyata Kutipan Dan Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor. Pengauditan ini
adalah untuk mengesah dan memastikan ketepatannya serta memberi pendapat sama ada
penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama dengan berpandukan
akta dan piawaian yang diluluskan.
10.1. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN
Pengauditan penyata kewangan tahun 2013 dilaksanakan terhadap 26 Agensi iaitu 9 Badan
Berkanun Negeri (BBN), 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 5 Kumpulan Wang.
Mengikut Seksyen 7(3) Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara boleh melantik mana-mana
orang yang difikirkan kompeten untuk menjalankan pengauditan bagi pihaknya. Bagi
penyata kewangan tahun 2013, firma audit swasta telah dilantik untuk menjalankan
pengauditan penyata kewangan terhadap 25 Agensi melibatkan 8 BBN, 12 PBT dan 5
Kumpulan Wang. Manakala pengauditan terhadap penyata kewangan satu BBN iaitu Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) dan Penyata Kutipan Dan Agihan Zakat Lembaga Zakat
Selangor (LZS) dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Pemantauan terhadap firma audit
swasta diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu dan permasalahan
pengauditan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan lebih awal dan berkesan.
10.2. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN
Mengikut Enakmen Penubuhan Badan Berkanun Negeri, badan berkanun berkenaan
dikehendaki mengemukakan penyata kewangan untuk diaudit dalam masa 6 bulan selepas
akhir setiap tahun kewangan. Bagi PBT, Seksyen 60(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976
menghendaki PBT menyediakan penyata kewangan dengan seberapa segera apabila tamat
tempoh kewangan bagi tahun tersebut untuk membolehkan Ketua Audit Negara
mengesahkan penyata kewangan pada atau sebelum akhir bulan Oktober tahun berikutnya.
Bagaimanapun, Surat Hebahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bil. 18 Tahun 2009
pula menetapkan Agensi Negeri perlu mengemukakan penyata kewangan bagi sesuatu
tahun kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat daripada 30 April tahun kewangan
berikutnya. Sehingga 30 Jun 2014, semua Agensi Negeri telah mengemukakan penyata
kewangan tahun 2013 untuk diaudit. Sebanyak 21 daripada 26 Agensi telah mengemukakan
penyata kewangan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum atau pada 30 April 2014
manakala 5 Agensi iaitu Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor, Kumpulan Wang Amanah Memperingati Sir Henry Gurney,
Kumpulan Wang Biasiswa Institut Victoria dan Kumpulan Wang Selangor King George V
BAHAGIAN V PENYERAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
88
Silver Jubilee mengemukakan penyata kewangan selepas tarikh tersebut. Kedudukan
penyerahan penyata kewangan tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014 adalah seperti di
Jadual 10.1.
Jadual 10.1 Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2013 Sehingga 30 Jun 2014
Bil. Agensi Negeri Tarikh Penyata
Kewangan Diterima
Badan Berkanun Negeri
1 Perbadanan Wakaf Selangor 3.3.2014
2 Lembaga Urus Air Selangor 23.4.2014
3 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor 24.4.2014
4 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 28.4.2014
5 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 29.4.2014
6 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 30.4.2014
7 Majlis Sukan Negeri Selangor 30.4.2014
8 Majlis Agama Islam Selangor 30.4.2014
9 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 19.5.2014 201 Pihak Berkuasa Tempatan
1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 31.3.2014
2 Majlis Daerah Kuala Langat 28.4.2014
3 Majlis Daerah Kuala Selangor 29.4.2014
4 Majlis Bandaraya Shah Alam 30.4.2014
5 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 30.4.2014
6 Majlis Perbandaran Subang Jaya 30.4.2014
7 Majlis Perbandaran Kajang 30.4.2014
8 Majlis Perbandaran Sepang 30.4.2014
9 Majlis Perbandaran Klang 30.4.2014
10 Majlis Perbandaran Selayang 30.4.2014
11 Majlis Daerah Hulu Selangor 30.4.2014
12 Majlis Daerah Sabak Bernam 30.4.2014
Kumpulan Wang
1 Kumpulan Wang Hospital Tai Wa 27.3.2014
2 Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 15.5.2014
3 Kumpulan Wang Amanah Memperingati Sir Henry Gurney 2.6.2014
4 Kumpulan Wang Biasiswa Institut Victoria 2.6.2014
5 Kumpulan Wang Selangor King George V Silver Jubilee 27.6.2014 Sumber: Penyata Kewangan BBN, PBT Dan Kumpulan Wang
10.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
10.3.1. Bagi penyata kewangan tahun 2012 yang telah diaudit dan dikeluarkan Sijil Ketua
Audit Negara, sebanyak 24 Agensi telah diberikan Sijil Tanpa Teguran manakala 2 Agensi
mendapat Sijil Berteguran seperti di Jadual 10.2.
89
Jadual 10.2 Kedudukan Jenis Sijil Audit Yang Dikeluarkan Bagi Penyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2012
Bil. Agensi Negeri Jenis Sijil
Badan Berkanun Negeri
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Tanpa Teguran
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Tanpa Teguran 3 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor Tanpa Teguran 4 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Tanpa Teguran
5 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Tanpa Teguran 6 Lembaga Urus Air Selangor Tanpa Teguran 7 Perbadanan Wakaf Selangor Tanpa Teguran 8 Majlis Agama Islam Selangor
(Termasuk Penyata Kutipan Dan Agihan Zakat LZS) Tanpa Teguran
9 Majlis Sukan Negeri Selangor Berteguran Pihak Berkuasa Tempatan
1 Majlis Bandaraya Shah Alam Tanpa Teguran
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tanpa Teguran
3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tanpa Teguran
4 Majlis Perbandaran Selayang Tanpa Teguran
5 Majlis Perbandaran Klang Tanpa Teguran
6 Majlis Perbandaran Kajang Tanpa Teguran
7 Majlis Perbandaran Sepang Tanpa Teguran
8 Majlis Daerah Kuala Langat Tanpa Teguran
9 Majlis Daerah Sabak Bernam Tanpa Teguran
10 Majlis Daerah Hulu Selangor Tanpa Teguran
11 Majlis Daerah Kuala Selangor Tanpa Teguran
12 Majlis Perbandaran Subang Jaya Berteguran
Kumpulan Wang
1 Kumpulan Wang Selangor King George V Silver Jubilee Tanpa Teguran
2 Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor Tanpa Teguran
3 Kumpulan Wang Biasiswa Institut Victoria Tanpa Teguran
4 Kumpulan Wang Amanah Memperingati Sir Henry Gurney Tanpa Teguran
5 Kumpulan Wang Hospital Tai Wa Tanpa Teguran Sumber: Penyata Kewangan BBN, PBT Dan Kumpulan Wang
10.3.2. Majlis Sukan Negeri Selangor diberi Sijil Berteguran disebabkan keraguan terhadap
keupayaan Agensi untuk meneruskan operasi sebagai satu entiti usaha berterusan (Going
Concern). Manakala Majlis Perbandaran Subang Jaya diberi Sijil Berteguran kerana
tunggakan hasil sejumlah RM1.59 juta tidak dapat disahkan dengan senarai penghutang.
10.4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit Negara
mengenai akaun Agensi Negeri dibentang dalam Dewan Negeri Selangor. Enakmen
penubuhan bagi 6 BBN dan satu Kumpulan Wang iaitu Kumpulan Wang Biasiswa Negeri
Selangor serta Seksyen 60(5) Akta Kerajaan Tempatan 1976 juga memperuntukkan supaya
penyata kewangan BBN/Kumpulan Wang/PBT berkenaan yang telah diperakui oleh Ketua
Audit Negara dibentangkan di Dewan yang sama. Kedudukan pembentangan penyata
kewangan Agensi Negeri sehingga 30 Jun 2014 adalah seperti di Jadual 10.3.
90
Jadual 10.3 Kedudukan Pembentangan Penyata Kewangan Agensi Negeri Sehingga 30 Jun 2014
Bil. Agensi Penyata Terakhir Dibentangkan
Tahun Tarikh Dibentangkan Badan Berkanun Negeri
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 2012 19.11.2013
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 2012 19.11.2013
3 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 2012 19.11.2013
4 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
2012 19.11.2013
5 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 2012 8.4.2014
6 Lembaga Urus Air Selangor 2012 19.11.2013
Pihak Berkuasa Tempatan
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 2012 19.11.2013
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 19.11.2013
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 2012 19.11.2013
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2012 19.11.2013
5 Majlis Perbandaran Selayang 2012 19.11.2013
6 Majlis Perbandaran Klang 2012 19.11.2013
7 Majlis Perbandaran Kajang 2012 19.11.2013
8 Majlis Perbandaran Sepang 2012 19.11.2013
9 Majlis Daerah Kuala Langat 2012 19.11.2013
10 Majlis Daerah Sabak Bernam 2012 19.11.2013
11 Majlis Daerah Hulu Selangor 2012 19.11.2013
12 Majlis Daerah Kuala Selangor 2012 19.11.2013
Kumpulan Wang
1 Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2010, 2011 &
2012 19.11.2013
Sumber: Jabatan Audit Negara
10.5. PRESTASI KEWANGAN
10.5.1. Analisis Kedudukan Kewangan BBN
Sehingga 30 Jun 2014, penyata kewangan tahun 2013 bagi satu Badan Berkanun Negeri
(BBN) iaitu Perbadanan Wakaf Selangor telah diaudit dan dikeluarkan Sijil Tanpa Teguran
manakala penyata kewangan bagi 8 BBN yang lain sedang diaudit.
10.5.1.1. Analisis Audit berdasarkan penyata kewangan 8 BBN (tidak termasuk MAIS)
tahun 2013 yang dikemukakan untuk diaudit mendapati prestasi kewangan keseluruhan
BBN pada tahun 2013 adalah memuaskan. Pada akhir tahun 2013, keuntungan
terkumpul dan aset semasa bersih masing-masing meningkat sejumlah RM221.05 juta
(4.8%) dan RM74.97 juta (3%). Manakala surplus semasa menurun sejumlah RM2.36
juta (1%). Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian
Selangor serta Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor merupakan penyumbang
utama kepada peningkatan keuntungan terkumpul dan aset semasa bersih. Prestasi
kewangan keseluruhan BBN bagi tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.4.
91
Jadual 10.4 Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Perkara Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Keuntungan Terkumpul 4,639.56 4,860.61 221.05 4.8
2 Surplus Semasa 223.49 221.13 -2.36 -1.0
3 Aset Semasa Bersih 2,452.28 2,527.25 74.97 3 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Tahun 2012 Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.1.2. Pada akhir tahun 2013, semua BBN mencatat surplus kecuali Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor mencatat defisit. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
mencatat keuntungan terkumpul, surplus semasa dan aset semasa bersih tertinggi
masing-masing berjumlah RM4.14 bilion, RM157.95 juta dan RM2.15 bilion. Butiran
terperinci prestasi kewangan BBN bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 adalah seperti
di Jadual 10.5.
Jadual 10.5 Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013
Bil. Badan Berkanun
Negeri
Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013
Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2013
Keuntungan Terkumpul
Pendapatan Perbelanjaan Surplus/
Defisit Aset
Semasa Liabiliti Semasa
Aset Semasa Bersih
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
978.83 820.88 157.95 2,484.89 337.36 2,147.53 4,137.87
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
111.90 95.97 15.93 174.22 30.27 143.95 454.92
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
61.92 21.34 40.58 268.52 48.99 219.53 240.96
4 Lembaga Urus Air Selangor
13.39 7.94 5.45 23.92 0.007 23.91 23.52
5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
13.96 11.61 2.35 20.00 0.99 19.01 22.32
6 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
22.99 24.47 -1.48 0.51 2.88 -2.37 6.86
7 Perbadanan Wakaf Selangor
2.44 2.34 0.10 26.01 23.89 2.12 0.44
8 Majlis Sukan Negeri Selangor
10.49 10.24 0.25 8.27 34.70 -26.43 -26.28
Jumlah 1,215.92 994.79 221.13 3,006.34 479.09 2,527.25 4,860.61
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.1.3. Analisis Pendapatan Janaan Sendiri
Pada akhir tahun 2013, pendapatan janaan sendiri 8 BBN adalah berjumlah RM1.16
bilion berbanding RM869.92 juta pada tahun 2012, iaitu peningkatan sejumlah
RM290.82 juta (33.4%). Analisis Audit mendapati Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor mencatat peningkatan tertinggi iaitu sejumlah RM238.25 juta disebabkan
peningkatan pendapatan daripada projek kemajuan hartanah dan projek penswastaan
diikuti dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor sejumlah RM65.64 juta
disebabkan peningkatan pendapatan sewa lot perniagaan dan hasil lembu korban
berbanding tahun 2012. Manakala Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
92
mencatat penurunan pendapatan janaan sendiri yang ketara sejumlah RM20.62 juta
disebabkan penurunan bayaran pengecualian/penalti bagi kuota jualan rumah kepada
Bumiputera dan jualan hartanah. Perbandingan pendapatan janaan sendiri BBN antara
tahun 2012 dengan 2013 adalah seperti di Jadual 10.6.
Jadual 10.6 Pendapatan Janaan Sendiri Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Badan Berkanun Negeri Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 740.59 978.84 238.25 32.2
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 46.26 111.90 65.64 141.9
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
75.71 55.09 -20.62 -27.2
4 Lembaga Urus Air Selangor 3.65 8.79 5.14 140.8
5 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 2.62 5.19 2.57 98.1
6 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
0.97 0.47 -0.50 -51.5
7 Perbadanan Wakaf Selangor 0.003 0.24 0.237 7,900.0
8 Majlis Sukan Negeri Selangor 0.12 0.21 0.09 75.0
Jumlah 869.92 1,160.73 290.81 33.4
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Tahun 2012 Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.1.4. Analisis Geran
Pada tahun 2013, sebanyak 5 Badan Berkanun Negeri (BBN) menerima geran berjumlah
RM61.64 juta daripada Kerajaan Negeri/Persekutuan. Hanya 2 BBN iaitu Perbadanan
Adat Dan Warisan Negeri Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
menerima geran daripada Kerajaan Persekutuan masing-masing sejumlah RM13.17 juta
dan RM7.30 juta. Penerimaan geran meningkat sejumlah RM3.30 juta (5.6%) berbanding
RM58.34 juta pada tahun 2012. Geran yang diterima oleh BBN bagi tahun 2012 dan 2013
adalah seperti di Jadual 10.7. Carta 10.1 pula menunjukkan pendapatan janaan sendiri
BBN dan geran yang diterima daripada Kerajaan bagi tahun 2012 dan 2013.
Jadual 10.7 Geran Yang Diterima Daripada Kerajaan Oleh Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Badan Berkanun Negeri
Geran Daripada Kerajaan
Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 6.19 6.83 0.64 10.3
2 Lembaga Urus Air Selangor 4.29 4.60 0.31 7.2
3 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 22.86 26.76 3.90 17.1
4 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
14.51 13.17 -1.34 -9.2
5 Majlis Sukan Negeri Selangor 10.49 10.28 -0.21 -2.0
Jumlah 58.34 61.64 3.30 5.6
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Tahun 2012 Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
93
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Tahun 2012
Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.1.5. Analisis Aset
a. Jumlah aset terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa. Pada akhir tahun
2013, jumlah aset yang dimiliki oleh 8 BBN bernilai RM5.85 bilion berbanding
RM5.27 bilion pada tahun 2012, iaitu peningkatan sejumlah RM581.29 juta (11%).
Peningkatan ini adalah hasil daripada peningkatan keseluruhan aset semasa
berjumlah RM32.16 juta dan aset bukan semasa berjumlah RM549.09 juta
berbanding tahun 2012. Penyumbang utama kepada peningkatan aset semasa
ialah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor dengan peningkatan masing-masing sejumlah RM43.93 juta dan
RM15.55 juta. Manakala penyumbang utama kepada peningkatan aset bukan
semasa ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan
Awam Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor masing-masing
sejumlah RM408 juta, RM75.72 juta dan RM37.21 juta. Perubahan jumlah aset
antara tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.8.
1
10
100
1,000
10,000
2012 2013
869.92 1,160.73
58.34 61.64
RM Juta
Pendapatan Janaan Sendiri Geran Daripada Kerajaan
Carta 10.1 Pendapatan Janaan Sendiri Dan Geran Daripada Kerajaan Untuk Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
94
Jadual 10.8 Jumlah Aset Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Badan Berkanun Negeri Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
4,428.00 4,851.56 423.56 9.6
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
516.56 520.23 3.67 0.7
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
234.55 291.29 56.74 24.2
4 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
20.09 93.94 73.85 367.6
5 Perbadanan Wakaf Selangor 25.05 26.18 1.13 4.5
6 Lembaga Urus Air Selangor 19.73 24.76 5.03 25.5
7 Majlis Sukan Negeri Selangor 8.22 23.66 15.44 187.8
8 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
21.44 23.31 1.87 8.7
Jumlah 5,273.64 5,854.93 581.29 11.0
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Tahun 2012 Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
b. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, jumlah aset semasa bersih telah
meningkat daripada RM2.45 bilion pada tahun 2012 kepada RM2.53 bilion pada
tahun 2013, iaitu peningkatan sejumlah RM74.99 juta (3%). Peningkatan yang ketara
berlaku di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, iaitu sejumlah RM69.22 juta
disebabkan peningkatan aset semasa iaitu tuntutan kemajuan terakru; siberhutang
perdagangan; pelaburan portfolio; simpanan tetap; baki wang tunai dan baki di bank
serta cukai boleh pulih diikuti dengan penurunan liabiliti semasa iaitu lain-lain
pemiutang pada tahun 2013. Peningkatan aset semasa bersih yang ketara juga
berlaku di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor sejumlah RM27.86 juta
disebabkan peningkatan simpanan tetap dan baki tunai di tangan dan di bank pada
tahun 2013. Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor mencatat
penurunan ketara dalam nilai aset semasa bersih dengan sejumlah RM27.71 juta
(16.1%) disebabkan penurunan jumlah terhutang oleh syarikat subsidiari dan
bersekutu sejumlah RM26.50 juta (62.4%). Kedudukan aset semasa bersih bagi
tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.9.
95
Jadual 10.9 Aset Semasa Bersih Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Badan Berkanun Negeri Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 2,078.31 2,147.53 69.22 3.3
2 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
191.67 219.53 27.86 14.5
3 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
171.66 143.95 -27.71 -16.1
4 Lembaga Urus Air Selangor 18.51 23.91 5.40 29.2
5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
16.70 19.01 2.31 13.8
6 Perbadanan Wakaf Selangor 0.58 2.12 1.54 265.5
7 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
1.47 -2.37 -3.84 -261.2
8 Majlis Sukan Negeri Selangor -26.64 -26.43 0.21 0.8
Jumlah 2,452.26 2,527.25 74.99 3.0
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Tahun 2012 Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.1.6. Analisis Pelaburan
Pada akhir tahun 2013, tiga daripada 8 Badan Berkanun Negeri (BBN) telah membuat
pelaburan berjumlah RM1.41 bilion dalam syarikat subsidiari, syarikat bersekutu dan
lain-lain seperti di Carta 10.2. Analisis Audit mendapati jumlah pelaburan telah
meningkat sejumlah RM355.36 juta (33.7%) daripada RM1.05 bilion pada tahun 2012
kepada RM1.41 bilion pada tahun 2013. Peningkatan ini disebabkan pertambahan
pelaburan dalam syarikat subsidiari dan lain-lain pelaburan oleh Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor masing-masing berjumlah RM196.24 juta dan RM172.29 juta.
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
Pelaburan Dalam Syarikat
Subsidiari 49%
Pelaburan Dalam Syarikat
Bersekutu 18%
Lain-lain Pelaburan
33%
Carta 10.2 Pelaburan Badan Berkanun Negeri Pada Tahun 2013
96
10.5.1.7. Analisis Liabiliti
a. Liabiliti terdiri daripada tanggungan semasa dan jangka panjang seperti pinjaman,
hutang, pemiutang, belanja terakru, deposit dan cukai. Pada akhir tahun 2013,
jumlah liabiliti bagi 8 BBN adalah RM872.99 juta berbanding RM605.11 juta pada
tahun 2012, iaitu peningkatan sejumlah RM267.88 juta (44.3%). Sebanyak 4 BBN
mencatat peningkatan liabiliti manakala 4 BBN yang lain mencatat penurunan
berbanding tahun 2012.
b. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mencatat peningkatan liabiliti tertinggi iaitu
sejumlah RM263.38 juta (61.1%) berbanding tahun 2012 disebabkan peningkatan
pinjaman jangka panjang sejumlah RM300 juta bagi Program Sukuk Murabahah,
pemiutang dagangan sejumlah RM44.86 juta dan pinjaman jangka pendek sejumlah
RM5 juta. Lembaga Urus Air Selangor mencatat penurunan liabiliti yang paling
ketara iaitu sejumlah RM0.46 juta (86.8%) disebabkan penurunan pemiutang
sejumlah RM0.52 juta (100%) berbanding tahun 2012. Perbandingan liabiliti BBN
bagi tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.10.
Jadual 10.10
Liabiliti Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Badan Berkanun Negeri Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 431.32 694.70 263.38 61.1
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 77.57 65.31 -12.26 -15.8
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
34.18 50.34 16.16 47.3
4 Majlis Sukan Negeri Selangor 34.76 34.81 0.05 0.1
5 Perbadanan Wakaf Selangor 24.30 23.89 -0.41 -1.7
6 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
0.92 2.88 1.96 213.0
7 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
1.53 0.99 -0.54 -35.3
8 Lembaga Urus Air Selangor 0.53 0.07 -0.46 -86.8
Jumlah 605.11 872.99 267.88 44.3
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.1.8. Analisis Nisbah
Nisbah semasa digunakan untuk menentukan sejauh mana Agensi mampu membayar
hutang jangka pendek sekiranya aset semasa dicairkan. Pada umumnya semakin tinggi
nisbah semakin baik kecairan sesebuah Agensi. Analisis audit mendapati nisbah semasa
bagi 6 Badan Berkanun Negeri (BBN) adalah memuaskan kerana melebihi 1. Ini
menunjukkan BBN tersebut mampu menampung tanggungan jangka pendek. Manakala
nisbah semasa 2 BBN iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Majlis Sukan
Negeri Selangor adalah tidak memuaskan kerana kurang daripada 1. Nisbah hutang
mengukur peratus dana yang dibiayai oleh sumber selain ekuiti. Ia juga digunakan untuk
mengukur kemampuan Agensi memenuhi obligasi kepada pemiutang. Nisbah hutang
kurang daripada 100% dianggap memuaskan. Analisis audit mendapati nisbah hutang 6
97
BBN adalah baik kerana jauh lebih rendah daripada 100%. Manakala nisbah hutang
Majlis Sukan Negeri Selangor adalah tidak memuaskan pada 147.1% dan Perbadanan
Wakaf Selangor memuaskan pada 91.2%. Sebahagian besar daripada liabiliti Majlis
Sukan Negeri Selangor adalah pelbagai pemiutang dan perbelanjaan terakru dan liabiliti
Perbadanan Wakaf Selangor pula terdiri daripada wakaf khas dan istibdal wakaf yang
merupakan tanggungan sementara yang perlu diserah kepada Majlis Agama Islam
Selangor. Sementara itu, modal kerja bagi semua BBN adalah mencukupi untuk
menjalankan operasi kecuali Majlis Sukan Negeri Selangor dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor. Jadual 10.11 menunjukkan analisis kecairan dan
kestabilan BBN bagi tahun 2013.
Jadual 10.11
Analisis Kecairan Dan Kestabilan Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun 2013
Bil. Badan Berkanun Negeri Nisbah Semasa
Modal Kerja
Aliran Tunai Bersih
Nisbah Hutang
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
7.36:1 2,147.53 48.04 14.3
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
5.75:1 143.95 -4.76 12.5
3 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
5.48:1 219.53 50.82 17.3
4 Lembaga Urus Air Selangor 3,201.98:1 23.91 -0.28 0.03
5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
20.18:1 19.01 1.30 4.2
6 Perbadanan Wakaf Selangor 1.09:1 2.12 1.14 91.2
7 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
0.19:1 -2.37 -3.64 3.1
8 Majlis Sukan Negeri Selangor 0.24:1 -26.43 0.44 147.1 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.2. Prestasi Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Negeri
10.5.2.1. Analisis Pelaburan Dalam Syarikat Subsidiari Dan Syarikat Bersekutu
Pada tahun 2013, tiga BBN iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Selangor (LPHS) telah melabur dalam 39 syarikat subsidiari dan syarikat
bersekutu dengan nilai keseluruhan pelaburan berjumlah RM947.85 juta. Daripada
jumlah pelaburan tersebut, PKNS mempunyai nilai pelaburan tertinggi iaitu RM881.15
juta diikuti dengan PKPS dan LPHS masing-masing dengan nilai pelaburan berjumlah
RM63.67 juta dan RM3 juta. Butiran mengenai pelaburan pada kos dalam 39 syarikat
subsidiari dan syarikat bersekutu pada 31 Disember 2013 adalah seperti di
Jadual 10.12.
98
Jadual 10.12 Analisis Pelaburan Pada Kos Dalam Syarikat Subsidiari Dan Syarikat Bersekutu Pada 31 Disember 2013
Perkara Badan Berkanun Negeri
Jumlah PKNS PKPS LPHS
Syarikat Subsidiari (100%) 8 10 1 19
Syarikat Subsidiari (>50%) 3 - - 3
Syarikat Bersekutu (<50%) 17 - - 17
Jumlah Syarikat (Bilangan) 28 10 1 39
Pelaburan (RM Juta) 881.15 63.67 3.00 947.85
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.2.2. Status Syarikat Subsidiari
Daripada 39 syarikat yang dilaburkan, sebanyak 22 syarikat merupakan syarikat
subsidiari PKNS, PKPS dan LPHS di mana 19 syarikat subsidiari berstatus aktif dan 3
berstatus dorman. PKNS mempunyai bilangan syarikat subsidiari yang terbanyak iaitu 11
syarikat subsidiari diikuti dengan PKPS dan LPHS masing-masing sebanyak 10 dan satu
syarikat subsidiari. Butiran adalah seperti di Jadual 10.13.
Jadual 10.13 Bilangan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Negeri Yang Aktif Dan Dorman Bagi Tahun 2013
Badan Berkanun Negeri
Bilangan Syarikat Subsidiari (Ekuiti Lebih Daripada 50%)
Status Aktif
Status Dorman
Jumlah
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 11 - 11
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 7 3 10
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 1 - 1
Jumlah 19 3 22
Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.2.3. Analisis Keuntungan/Kerugian Semasa Dan Terkumpul Syarikat
Subsidiari Badan Berkanun Negeri
a. Pada 31 Disember 2013, sembilan syarikat subsidiari PKNS dan PKPS telah
mencatat keuntungan semasa berjumlah RM238.82 juta. Manakala 13 syarikat
subsidiari PKNS, PKPS dan LPHS mencatat kerugian semasa berjumlah RM51.87
juta. Hampir semua jumlah keuntungan semasa tersebut disumbang oleh syarikat
subsidiari PKNS yang memperoleh keuntungan semasa tertinggi berjumlah
RM238.78 juta berbanding syarikat subsidiari PKPS yang memperoleh keuntungan
semasa berjumlah RM0.04 juta. Sementara itu, syarikat subsidiari LPHS mencatat
kerugian semasa berjumlah RM0.36 juta. Butiran adalah seperti di Jadual 10.14.
99
Jadual 10.14 Analisis Keuntungan/Kerugian Semasa Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun Kewangan 2013
Badan Berkanun Negeri Keuntungan Semasa Kerugian Semasa
Bil. Syarikat (RM Juta)
Bil. Syarikat
(RM Juta)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 7 238.78 4 3.76
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 2 0.04 8 47.75
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor - - 1 0.36
Jumlah 9 238.82 13 51.87
Sumber: Penyata Kewangan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Negeri
b. Setakat 31 Disember 2013, lapan syarikat subsidiari PKNS mencatat keuntungan
terkumpul berjumlah RM863.62 juta. Manakala 14 syarikat subsidiari PKNS, PKPS
dan LPHS mencatat kerugian terkumpul berjumlah RM91.59 juta. Daripada jumlah
kerugian terkumpul tersebut, syarikat subsidiari PKPS mencatat kerugian terkumpul
yang tertinggi berjumlah RM79.95 juta. Butiran adalah seperti di Jadual 10.15.
Jadual 10.15 Analisis Keuntungan/Kerugian Terkumpul Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Negeri Bagi Tahun Kewangan 2013
Badan Berkanun Negeri
Keuntungan Terkumpul
Kerugian Terkumpul
Bil. Syarikat (RM Juta)
Bil. Syarikat (RM Juta)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 8 863.62 3 10.59
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor - - 10 79.95
Lembaga Perumahan Dan Hartanah - - 1 1.05
Jumlah 8 863.62 14 91.59
Sumber: Penyata Kewangan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Negeri
10.5.3. Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan
10.5.3.1. Setakat 30 Jun 2014, penyata kewangan tahun 2013 bagi Majlis Perbandaran
Ampang Jaya telah diaudit dan dikeluarkan Sijil Tanpa Teguran manakala penyata
kewangan 11 PBT sedang diaudit. Berdasarkan kepada penyata kewangan tahun 2013
yang dikemukakan, prestasi kewangan PBT adalah seperti di Jadual 10.16.
100
Jadual 10.16 Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013
Bil. Pihak Berkuasa
Tempatan
Penyata Pendapatan Berakhir 31 Disember 2013
Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2013
Pendapatan Perbelanjaan Surplus/ Defisit
Aset Semasa
Liabiliti Semasa
Aset/ Liabiliti Semasa Bersih
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya
309.55 281.87 27.68 427.65 93.74 333.91
2 Majlis Bandaraya Shah Alam
307.58 285.63 21.95 368.95 284.80 84.15
3 Majlis Perbandaran Sepang
96.81 75.88 20.93 172.70 62.35 110.35
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya
140.39 128.54 11.85 149.49 29.71 119.78
5 Majlis Perbandaran Kajang
168.83 159.73 9.10 353.09 204.99 148.10
6 Majlis Daerah Kuala Langat
53.77 49.18 4.59 48.04 22.56 25.48
7 Majlis Perbandaran Selayang
150.27 146.10 4.17 133.11 95.86 37.25
8 Majlis Daerah Hulu Selangor
68.47 64.36 4.11 66.97 27.80 39.17
9 Majlis Daerah Kuala Selangor
56.52 52.83 3.69 33.10 20.25 12.85
10 Majlis Perbandaran Klang 236.09 233.88 2.21 97.20 107.70 -10.50
11 Majlis Daerah Sabak Bernam
17.69 21.08 -3.39 16.92 5.00 11.92
12 Majlis Perbandaran Subang Jaya
242.37 251.48 -9.11 276.60 138.26 138.34
Jumlah 1,848.34 1,750.56 97.78 2,143.82 1,093.02 1,050.80
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.3.2. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, prestasi kewangan PBT bagi
tahun 2013 adalah baik kerana 10 PBT mengakhiri tahun kewangan 2013 dengan surplus
dan hanya 2 PBT iaitu Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ) yang mencatat defisit. Sungguhpun begitu, semua PBT mempunyai
aset semasa melebihi liabiliti semasa kecuali Majlis Perbandaran Klang (MPK).
10.5.3.3. Surplus/Defisit
Analisis perbandingan surplus tahun 2013 dan 2012 menunjukkan penurunan sejumlah
RM14.86 juta (13.2%) daripada RM112.64 juta pada tahun 2012 kepada RM97.78 juta
pada tahun 2013. Hanya 3 PBT iaitu MPK, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan peningkatan surplus masing-
masing dengan 165.6%, 32.3% dan 28.4%. Penyumbang utama kepada peningkatan
surplus MPK ialah peningkatan hasil Terimaan Perkhidmatan sejumlah RM8.13 juta,
surplus MDKS ialah peningkatan Terimaan Geran Jalan sejumlah RM16.14 juta dan
surplus MBPJ ialah penurunan perbelanjaan Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan Kecil
sejumlah RM16.93 juta. Prestasi 9 PBT yang lain menunjukkan penurunan berbanding
tahun 2012. Surplus bagi 7 PBT menurun antara 1.4% hingga 50.8%. Manakala defisit
bagi 2 PBT iaitu MPSJ dan MDSB masing-masing meningkat 122.7% dan 70.4%.
Penyumbang utama peningkatan defisit MPSJ ialah peningkatan perbelanjaan
101
Perkhidmatan Dan Bekalan sejumlah RM9.28 juta berbanding tahun 2012. Manakala
sebab utama peningkatan defisit MDSB ialah majlis tidak menerima Geran
Penyelenggaraan Jalan pada tahun 2013. Kedudukan surplus/defisit PBT bagi tahun 2012
dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.17.
Jadual 10.17 Kedudukan Surplus/Defisit Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan
Tahun Perubahan
2012
Surplus/
Defisit
(RM Juta)
2013
Surplus/
Defisit
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 21.56 27.68 6.12 28.4
2 Majlis Bandaraya Shah Alam 30.71 21.95 -8.76 -28.5
3 Majlis Perbandaran Sepang 21.22 20.93 -0.29 -1.4
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 16.64 11.85 -4.79 -28.8
5 Majlis Perbandaran Kajang 9.37 9.10 -0.27 -2.9
6 Majlis Daerah Kuala Langat 5.58 4.59 -0.99 -17.7
7 Majlis Perbandaran Selayang 8.47 4.17 -4.30 -50.8
8 Majlis Daerah Hulu Selangor 5.75 4.11 -1.64 -28.5
9 Majlis Daerah Kuala Selangor 2.79 3.69 0.90 32.3
10 Majlis Perbandaran Klang -3.37 2.21 5.58 165.6
11 Majlis Daerah Sabak Bernam -1.99 -3.39 -1.40 -70.4
12 Majlis Perbandaran Subang Jaya -4.09 -9.11 -5.02 -122.7
Jumlah 112.64 97.78 -14.86 -13.2
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2012 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.3.4. Pendapatan Dan Perbelanjaan
a. Pada tahun 2013, pendapatan keseluruhan PBT berjumlah RM1.85 bilion.
Pendapatan utama PBT terdiri daripada cukai taksiran, lesen dan permit perniagaan,
bayaran perkhidmatan dan sewaan. Penyumbang utama pendapatan ialah cukai
taksiran berjumlah RM1.16 bilion (62.9%). Butiran adalah seperti di Jadual 10.18.
102
Jadual 10.18 Jenis Pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013
Bil. Pihak Berkuasa
Tempatan
Cukai Taksiran
(RM Juta)
Lesen Dan Permit
Perniagaan (RM Juta)
Bayaran Perkhidmatan
(RM Juta)
Sewaan
(RM Juta)
Pelbagai
(RM Juta)
Jumlah Pendapatan
(RM Juta)
1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya
199.18 20.18 23.77 16.96 49.46 309.55
2 Majlis Bandaraya Shah Alam
214.65 16.78 17.26 23.92 34.97 307.58
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya
172.92 15.49 12.27 4.92 36.77 242.37
4 Majlis Perbandaran Klang
147.47 16.28 25.51 7.79 39.04 236.09
5 Majlis Perbandaran Kajang
84.06 9.09 - 4.01 71.67 168.83
6 Majlis Perbandaran Selayang
93.27 12.89 6.10 5.06 32.95 150.27
7 Majlis Perbandaran Ampang Jaya
92.90 9.03 2.58 6.95 28.93 140.39
8 Majlis Perbandaran Sepang
63.38 3.24 6.54 1.45 22.20 96.81
9 Majlis Daerah Hulu Selangor
43.42 1.34 1.21 1.22 21.28 68.47
10 Majlis Daerah Kuala Selangor
20.16 1.46 1.77 2.09 31.04 56.52
11 Majlis Daerah Kuala Langat
26.25 3.41 4.48 1.90 17.73 53.77
12 Majlis Daerah Sabak Bernam
4.42 2.21 1.01 1.42 8.63 17.69
Jumlah 1,162.08 111.40 102.50 77.69 394.67 1,848.34
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
b. Pada tahun 2013, perbelanjaan keseluruhan PBT berjumlah RM1.75 bilion meliputi
perbelanjaan gaji dan elaun, perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti, penyenggaraan
dan pembaikan, perbelanjaan pembangunan serta utiliti. Butiran adalah seperti di
Jadual 10.19.
Jadual 10.19 Jenis Perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013
Bil. Pihak
Berkuasa Tempatan
Gaji dan Elaun
(RM Juta)
Perkhidmatan Ikhtisas Dan Hospitaliti (RM Juta)
Penyenggaraan Dan
Pembaikan (RM Juta)
Perbelanjaan Pembangunan
(RM Juta)
Utiliti
(RM Juta)
Pelbagai
(RM Juta)
Jumlah Perbelanjaan
(RM Juta)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 52.36 22.85 105.32 49.29 17.59 38.22 285.63
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya
66.34 95.79 21.33 30.48 15.88 52.05 281.87
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya
34.66 102.59 46.16 21.15 9.27 37.65 251.48
4 Majlis Perbandaran Klang 64.82 6.76 108.92 4.51 12.02 36.85 233.88
5 Majlis Perbandaran Kajang 27.37 56.78 32.69 16.39 8.38 18.12 159.73
6 Majlis Perbandaran Selayang 32.54 2.38 26.33 1.29 5.96 77.60 146.10
7 Majlis Perbandaran Ampang Jaya
25.59 46.51 33.41 0 6.75 16.28 128.54
8 Majlis Perbandaran Sepang 14.15 32.41 7.14 2.46 3.12 16.60 75.88
9 Majlis Daerah Hulu Selangor 10.42 13.12 25.99 2.77 0.43 11.63 64.36
10 Majlis Daerah Kuala Selangor 13.72 2.03 11.57 0.74 2.72 22.05 52.83
11 Majlis Daerah Kuala Langat 11.11 14.29 11.62 0 3.00 9.16 49.18
12 Majlis Daerah Sabak Bernam 8.88 3.00 1.02 0 1.30 6.88 21.08
Jumlah 361.96 398.51 431.50 129.08 86.42 343.09 1,750.56
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
103
10.5.3.5. Aset Semasa Bersih
a. Pada tahun 2013, semua 12 PBT menunjukkan peningkatan aset semasa bersih
berjumlah RM285.14 juta (37.2%) berbanding tahun 2012. MBPJ mencatatkan
peningkatan ketara sejumlah RM71.09 juta disebabkan peningkatan dalam simpanan
tetap/pelaburan jangka pendek sejumlah RM80.54 juta berbanding tahun 2012. MPKj
juga mencatatkan peningkatan yang ketara sejumlah RM47.48 juta disebabkan
peningkatan dalam simpanan tetap sejumlah RM75.63 juta berbanding tahun 2012.
Kedudukan aset bersih semasa adalah seperti di Jadual 10.20.
Jadual 10.20 Analisis Aset Semasa Bersih Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 44.80 84.15 39.35 87.8
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 262.82 333.91 71.09 27.0
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 111.48 138.34 26.86 24.1
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 106.17 119.78 13.61 12.8
5 Majlis Perbandaran Selayang 18.54 37.25 18.71 100.9
6 Majlis Perbandaran Klang -21.89 -10.50 11.39 52.0
7 Majlis Perbandaran Kajang 100.62 148.10 47.48 47.2
8 Majlis Perbandaran Sepang 80.11 110.35 30.24 37.7
9 Majlis Daerah Hulu Selangor 34.68 39.17 4.49 12.9
10 Majlis Daerah Kuala Selangor 8.97 12.85 3.88 43.3
11 Majlis Daerah Kuala Langat 7.97 25.48 17.51 219.7
12 Majlis Daerah Sabak Bernam 11.39 11.92 0.53 4.7
Jumlah 765.66 1,050.80 285.14 37.2
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2012 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.3.6. Kutipan Cukai Taksiran
Cukai taksiran adalah cukai tahunan yang dikenakan terhadap harta pegangan di bawah
kawasan pentadbiran PBT mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976. Cukai taksiran
merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT. Sehingga akhir tahun 2013,
cukai taksiran berjumlah RM1.16 bilion telah dikutip oleh 12 PBT di Negeri Selangor.
Kutipan cukai taksiran meningkat sejumlah RM62.21 juta (5.7%) berbanding tahun 2012
berjumlah RM1.10 bilion. Jumlah cukai taksiran yang dikutip oleh 12 PBT bagi tahun 2012
dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.21.
104
Jadual 10.21 Kutipan Cukai Taksiran Bagi Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Tahun Perubahan
2012 (RM Juta)
2013 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 186.99 214.65 27.66 14.8
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 192.34 199.18 6.84 3.6
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 168.29 172.92 4.63 2.8
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 91.11 92.90 1.79 2.0
5 Majlis Perbandaran Selayang 90.02 93.27 3.25 3.6
6 Majlis Perbandaran Klang 143.52 147.47 3.95 2.8
7 Majlis Perbandaran Kajang 80.92 84.06 3.14 3.9
8 Majlis Perbandaran Sepang 57.85 63.38 5.53 9.6
9 Majlis Daerah Kuala Langat 23.62 26.25 2.63 11.1
10 Majlis Daerah Sabak Bernam 4.22 4.42 0.20 4.7
11 Majlis Daerah Hulu Selangor 41.79 43.42 1.63 3.9
12 Majlis Daerah Kuala Selangor 19.20 20.16 0.96 5.0
Jumlah 1,099.87 1,162.08 62.21 5.7
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2012 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
10.5.3.7. Tunggakan Cukai Taksiran
a. Sebanyak 7 daripada 12 PBT telah mencatat peningkatan tunggakan cukai taksiran
antara 2.2% hingga 27.4% pada tahun 2013 berbanding tahun 2012. Manakala 5
PBT lain telah berjaya mengurangkan tunggakan cukai taksiran pada akhir tahun
2013 antara 0.3% hingga 13.0%. Kedudukan tunggakan cukai taksiran pada akhir
tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Jadual 10.22.
Jadual 10.22 Kedudukan Tunggakan Cukai Taksiran Tahun 2012 Dan 2013
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan
Tahun Perubahan
2012
(RM Juta)
2013
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 41.54 41.43 -0.11 -0.3
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 43.21 37.59 -5.62 -13.0
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 66.59 68.96 2.37 3.6
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 38.54 43.68 5.14 13.3
5 Majlis Perbandaran Selayang 30.51 28.75 -1.76 -5.8
6 Majlis Perbandaran Klang 53.44 58.52 5.08 9.5
7 Majlis Perbandaran Kajang 42.63 43.77 1.14 2.7
8 Majlis Perbandaran Sepang 23.59 24.10 0.51 2.2
9 Majlis Daerah Kuala Langat 7.08 9.02 1.94 27.4
10 Majlis Daerah Sabak Bernam 2.24 2.15 -0.09 -4.0
11 Majlis Daerah Hulu Selangor 59.94 65.24 5.30 8.8
12 Majlis Daerah Kuala Selangor 26.09 25.47 -0.62 -2.4
Jumlah 435.40 448.68 13.28 3.1
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2012 Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
105
b. Berdasarkan penyata kewangan tahun 2013, jumlah pendapatan yang telah dikutip
oleh 12 PBT adalah berjumlah RM1.85 bilion. Manakala jumlah tunggakan cukai
taksiran pula berjumlah RM448.68 juta. Ini menunjukkan jumlah tunggakan cukai
taksiran lebih rendah berbanding jumlah pendapatan sebanyak 24.3%. Analisis
tunggakan cukai taksiran berbanding pendapatan bagi tahun 2013 adalah seperti di
Jadual 10.23.
Jadual 10.23 Analisis Tunggakan Cukai Taksiran Berbanding Pendapatan Bagi Tahun 2013
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan
Tunggakan
Cukai
Taksiran
Pendapatan
Tunggakan Cukai
Taksiran Berbanding Pendapatan
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 41.43 307.58 13.5
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 37.59 309.55 12.1
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 68.96 242.37 28.5
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 43.68 140.39 31.1
5 Majlis Perbandaran Selayang 28.75 150.27 19.1
6 Majlis Perbandaran Klang 58.52 236.09 24.8
7 Majlis Perbandaran Kajang 43.77 168.83 25.9
8 Majlis Perbandaran Sepang 24.10 96.81 24.9
9 Majlis Daerah Kuala Langat 9.02 53.77 16.8
10 Majlis Daerah Sabak Bernam 2.15 17.69 12.2
11 Majlis Daerah Hulu Selangor 65.24 68.47 95.3
12 Majlis Daerah Kuala Selangor 25.47 56.52 45.1
Jumlah 448.68 1,848.34 24.3
Sumber: Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Belum Beraudit Tahun 2013
c. Analisis perbandingan antara tunggakan cukai taksiran dan pendapatan tahun 2013
mendapati peratus tunggakan cukai taksiran Majlis Daerah Hulu Selangor melebihi
50%. Ini disebabkan Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai tunggakan cukai
taksiran melebihi 9 tahun berjumlah RM27.27 juta.
10.6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
10.6.1. Sehingga 30 Jun 2014, kedudukan penyerahan penyata kewangan Agensi Negeri
bagi 2013 adalah baik kerana semua 26 Agensi telah mengemukakan penyata kewangan
tahun 2013 untuk diaudit. Daripada 26 Agensi terlibat, 21 Agensi telah mengemukakan
penyata kewangan dalam tempoh yang ditetapkan manakala 5 Agensi selepas tempoh
tersebut. Bagi pengesahan penyata kewangan tahun 2013, penyata kewangan 2 Agensi
telah diaudit dan dikeluarkan Sijil Tanpa Teguran manakala penyata kewangan 24 Agensi
lain sedang diaudit. Semua Agensi Negeri yang terlibat telah membentangkan penyata
kewangan tahun 2012 yang telah dikeluarkan Sijil Ketua Audit Negara di Dewan Negeri
Selangor. Pada keseluruhannya prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri bagi tahun
2013 adalah memuaskan. Sungguhpun surplus semasa telah menurun sedikit sejumlah
RM2.36 juta (1%), keuntungan terkumpul dan aset semasa bersih masing-masing meningkat
106
sejumlah RM221.05 juta (4.8%) dan RM74.97 juta (3%). Pada akhir tahun 2013, sebanyak 8
syarikat subsidiari Badan Berkanun Negeri telah mencatat keuntungan terkumpul berjumlah
RM863.62 juta manakala 14 syarikat subsidiari mencatat kerugian terkumpul berjumlah
RM91.59 juta. Prestasi kewangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2013 adalah
memuaskan berbanding tahun 2012 di mana aset semasa bersih dan kutipan cukai taksiran
masing-masing meningkat 37.2% dan 5.7% manakala surplus semasa menurun 13.2% dan
tunggakan cukai taksiran meningkat 3.1%.
10.6.2. Agensi Negeri perlu mengemukakan penyata kewangan untuk diaudit mengikut
tempoh yang ditetapkan. Selain itu, Agensi Negeri hendaklah berusaha berterusan untuk
meningkatkan prestasi kewangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan.
109
11. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA
KEWANGAN KERAJAAN NEGERI; DAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN
PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
Mengikut Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Akaun Kerajaan Negeri yang telah diaudit hendaklah dibentangkan seberapa
segera di Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor
Tahun 2012; Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan
Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2012 Siri 3 serta Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri
Selangor Tahun 2013 Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Negeri Selangor pada 8 April
2014.
12. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Sepanjang tahun 2013 dan sehingga bulan Mei 2014, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam
Negeri Selangor tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2012. Namun begitu, jawatankuasa ini telah
bermesyuarat 3 kali untuk membuat pemeriksaan dan membincang isu yang berbangkit
dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan
Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2006 dan 2008 hingga 2012.
BAHAGIAN VI PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
113
ARAT JAW
Pada umumnya, tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
adalah baik. Prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi pada tahun 2013 adalah baik di
mana 17 Jabatan/Agensi yang diaudit mencapai tahap sangat baik atau baik. Ini adalah
kerana Jabatan/Agensi telah memberi fokus yang lebih sejak pelaksanaan Indeks
Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun 2007. Bagaimanapun, prestasinya
masih boleh dipertingkatkan lagi sekiranya Ketua Jabatan/Ketua Agensi bukan sahaja
mengambil tindakan memperbetulkan kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak Audit,
malahan juga mengambil tindakan preventive bagi memastikan kelemahan yang sama tidak
berulang. Sehubungan ini, bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan, adalah
disyorkan perkara berikut:
a. Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu mengaturkan supaya pemeriksaan secara
menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang dibangkitkan
oleh Jabatan Audit Negara juga berlaku di bahagian lain dan seterusnya mengambil
tindakan pembetulan memandangkan pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan
Audit Negara adalah berdasarkan kepada sampel dan skop tertentu.
b. Jabatan/Agensi perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam
(UAD). Antaranya ialah memastikan anggota UAD mendapat latihan dan bimbingan
yang secukupnya, menyediakan perancangan audit tahunan supaya pengauditan
dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, membuat penilaian secara objektif dan
bebas bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman malahan pengurusan
risiko dan tadbir urus organisasi, melaporkan penemuan yang signifikan serta
mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi.
c. Bagi memperbaiki tahap pengurusan kewangan, penglibatan Pegawai
Pengawal/Ketua Jabatan perlu dipertingkatkan. Mereka perlu terlibat secara hands
on dalam urusan tersebut.
d. Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu mewujudkan sistem check and balance,
mengadakan pemantauan berterusan, spot check dan penilaian secara berkala ke
atas kemahiran dan keupayaan pegawai serta memberi latihan kepada pegawai yang
terlibat dengan pengurusan kewangan bagi meningkatkan kecekapan mereka. Ini
bertujuan mengelakkan daripada berlaku keadaan di mana pegawai kurang mahir
atau kurang pengetahuan menggunakan budi bicara apabila membuat keputusan.
JABATAN AUDIT NEGARA
Putrajaya
9 Ogos 2014
PENUTUP
top related