laporan pelaksanaan internship program sambutan maal hijrah 1437h
Post on 13-Apr-2016
347 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1437H
NAMA PELAJAR : SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI
PROGRAM : PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3
NAMA PROJEK : PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH
TEMPOH PELAKSAAN : 15 OKTOBER 2015
OBJEKTIF :
a. Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada
penghijrahan.
b. Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya
hijrah dan kebaikan dari peristiwa hijrah itu.
c. Mengubah tanggapan bukan islam terhadap umat islam.
d. Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah
STRATEGI PELAKSANAAN :
Sebagai melengkapkan prasyarat program internship, kami telah
diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek di sekolah tempat kami
berinternship. Sempena cuti Maal Hijrah yang lepas, kami telah bercadang
untuk mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah. Sambutan Maal Hijrah
adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi mengingati hari
kebesaran Islam serta mengambil pengajaran dari peristiwa hijrah Rasulullah
saw serta dapat membentuk pelajar menjadi seorang insan Muslim serta
menjadi pelajar SK Batu 3 yang bersahsiah tinggi dan terpuji.
Pada mulanya kami telah bertemu dan berbincang dengan mentor
kami Puan Sanisah bt Abu Bakar berkenaan pelaksanaan program sambutan
maal hijrah tersebut. Setelah mendapat persetujuan dan masa yang sesuai,
kami telah berbincang tentang acara-acara yang akan diadakan dan
sebagainya. Kami telah memilih penceramah dari guru j-Qaf SK Batu 3
sendiri iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Ali. Kami juga telah meminta pelajar-pelajar
Tahun 6 Berlian menyampaikan nasyid dan juga seorang pelajar
menyampaikan sajak. Tambahan lagi, kami telah menyediakan lembaran
kertas mewarna yang mengikut tema Maal Hijrah bagi mengadakan
pertandingan mewarna.
Oleh kerana program dilaksanakan pada hari Khamis, maka ianya
dimulakan dengan majlis bacaan Yassin mingguan yang disertai oleh semua
pelajar dan guru-guru. Selepas bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan
ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ali. Intipati
caramah ini adalah berkenaan dengan penghijrahan nabi Muhammad saw
tahun penghijrahan dan sebagainya. kesemua murid telah mendengar
ceramah yang disampaikan dengan khusyuk serta menunjukkan respon yang
memberangsangkan.
Selepas itu, program diteruskan dengan persembahan sajak oleh
pelajar Tahun 6 iaitu Dania Huda Husna bt Zulkifli. Dan juga persembahan
nasyid oleh pelajar-pelajar Tahun 6 Berlian. Program ini diakhiri dengan
pertandingan mewarna oleh pelajar-pelajar dengan tema Maal Hijrah 1437H.
REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek
Sepanjang proses kami menyiapkan program ini, terdapat beberapa
kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Antaranya
ialah sokongan guru-guru di SK Batu 3 yang menjadi rujukan utama
kami dalam penyediaan, perancangan dan pelaksanaan program
Sambutan Maal Hijrah ini. Tambahan pula, program seperti ini dapat
mengeratkan silaturrahim antara guru dan juga pelajar. Selain itu,
komitmen serta sambutan baik daripada kesemua pelajar dan guru-
guru menjadikan program ini berjalan dengan baik dan lancar.
2) Kelemahan Projek
Terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan sepanjang
melaksanakan program ini. Antaranya ialah dari segi masa. Oleh
kerana kesuntukan masa, kami hanya dapat merancang sedikit sahaja
program. Selain itu terdapat ramai pelajar yang tidak membawa alatan
mewarna yang menyukarkan aktiviti mewarna yang diadakan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh
internship ini dipanjangkan sedikit agar kami dapat menyelesaikan kesemua
projek-projek kami di sekolah dengan lebih sempurna. Selain itu, terdapat
pelbagai lagi program yang boleh dijalankan contohnya aktiviti memasak
bubur asyura oleh ajk PIBG dan sebagainya.
KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya program sambutan maal hijrah ini berjalan dengan
lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat diteruskan
lagi pada tahun hadapan dan dapat dilakukan dengan lebih baik. Insya Allah.
Rujuk hasil dokumentasi program sambutan maal hijrah.
Disediakan oleh,
………………………..
(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)
Pelajar Semester 8 PISMP,
Ambilan Jan 2012,
IPG Kampus Tun Hussien Onn.
Dokumentasi program Sambutan Maal Hijrah :
top related