laporan pertengahan tahun 2016 bahagian jaringan …
Post on 11-Mar-2022
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM)
1.0 PENGENALAN Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) berperanan untuk mengukuhkan dan mengembangkan jaringan dan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pihak industri dan komuniti. Matlamat BJIM ini dijayakan melalui pemadanan ilmu dan kepakaran, kemudahan dan sumber yang terdapat di dalam universiti dengan keperluan, aspirasi serta harapan pihak industri dan masyarakat bagi memastikan kelestarian di pelbagai peringkat. Tumpuan utama BJIM pada tahun 2016 adalah untuk melaksanakan usaha mengukuhkan hubungan serta jaringan bersama pihak industri dan masyarakat dengan lebih proaktif dan efektif. Penglibatan pihak dalaman kampus akan menghasilkan output libatsama yang berimpak tinggi demi memperkasakan industri dan komuniti. USM giat memberi penumpuan terhadap usaha dan inisiatif bagi memperluaskan libatsama universiti-industri-komuniti pada peringkat negeri, kebangsaan, serantau dan antarabangsa untuk mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan serta kesejagatan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan juga kelestarian masyarakat khususnya golongan terkebawah. Usaha ini adalah selari dengan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti Industri dan Masyarakat yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghasilkan impak yang lebih tinggi.
Libatsama universiti komuniti merangkumi pembinaan perhubungan yang berterusan dan kekal serta pengaplikasian sesuatu wawasan kolaboratif yang menguntungkan semua pihak. Ia memerlukan penyertaan secara rela daripada semua pihak untuk menjana pemindahan ilmu, memudahkan penawaran perkhidmatan dan menyediakan kemudahan untuk faedah bersama. BJIM memastikan projek libatsama komuniti dijalankan secara lestari untuk menghasilkan output yang berimpak tinggi kepada masyarakat. Kriteria dan piawaian standard ditambah baik
untuk memastikan projek yang dilaksanakan adalah relevan dan seterusnya meningkatkan sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Usaha libatsama dengan pihak industri dan organisasi dipergiatkan melalui pertemuan/perbincangan yang menjurus kepada output-output seperti kolaborasi, lawatan ke industri, pemeteraian NDA/MoU/MoA; program internship pelajar; sandaran staf akademik;
inisiatif CEO@USM dan banyak lagi projek/aktiviti yang memberi manfaat kepada universiti dan industri. Kerjasama BJIM bersama industri, khususnya syarikat multi-nasional dan Industri Kecil Sederhana (IKS) akan menjayakan usaha pemindahan ilmu dan kepakaran, memberi/menerima akses kepada kepakaran teknologi serta fasiliti analisis untuk mengembangkan keupayaan universiti.
Pada peringkat antarabangsa pula, Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) telah memperkukuhkan lagi kedudukan USM sebagai peneraju libatsama komuniti di rantau Asia-Pasifik melalui peningkatan keahlian menjadi 84 daripada 19 buah negara. Ahli-ahli APUCEN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengimplementasi projek libatsama universiti komuniti yang telah menunjukkan impak yang tinggi dalam mentransformasikan masyarakat.
Usaha-usaha BJIM adalah sejajar dengan agenda APEX USM untuk mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan kelestarian hidup semua. BJIM terus komited dalam usaha mentransformasikan masyarakat dan pada masa yang sama mengekalkan misi utama BJIM, iaitu berfokus terhadap pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.
1.1 MISI DAN VISI
Misi : Menjalin hubungan erat dengan pihak industri dan komuniti di dalam pelbagai bidang bagi merealisasikan visi.
Visi : Menerajui kelestarian pembangunan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kesihatan dan persekitaran ke arah kemajuan serta transformasi negara. 1.2 OBJEKTIF
a) Berperanan sebagai pusat rujukan kepada pihak industri dan komuniti. b) Memastikan libatsama dengan pihak industri dan komuniti selari dengan visi dan misi
universiti. c) Memastikan jaringan dan libatsama dengan pihak industri dan komuniti adalah bermanfaat,
efektif dan lestari. d) Mempertingkat serta mengukuhkan jaringan dan libatsama pada peringkat negeri, negara,
serantau dan antarabangsa.
2.0 SOROTAN LIBATSAMA UNIVERSITI INDUSTRI
Libatsama universiti industri merupakan perkongsian kesarjanaan yang strategik antara warga universiti dengan industri. Perkongsian ini memfokuskan kepada pelaksanaan projek-projek yang terancang berdasarkan idea penyelidikan universiti untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan pengetahuan dengan memaksimumkan sinergi usaha sama universiti dan industri. Hasil perkongsian ini dicerminkan menerusi program universiti demi melestarikan kerelevanan universiti dan industri ke arah pembangunan negara. Jadual di bawah menunjukkan jumlah geran aktif libatsama universiti industri yang diluluskan oleh BJIM bermula Januari sehingga Jun 2016.
Bermula daripada Januari-Jun 2016, BJIM telah menguruskan mesyuarat, perbincangan dan dialog dengan pelbagai syarikat/organisasi, universiti dan pusat penyelidikan untuk menerokai peluang-peluang kerjasama dalam perundingan, penyelidikan, penempatan, latihan Industri pelajar, sandaran staf akademik dan sebagainya.
BIL PROJEK/PROGRAM TARIKH/TEMPOH PENERANGAN PENCAPAIAN IMPAK KEPADA UNIVERSITI/INDUSTRI
1. Program Breaking Boundaries Initiatives (BBi)
Penang Skills Development Center (PSDC)
TalentCorp
Tempat : ELC Foyer, PSDC Building (sesi pensyarah)
Februari 2016-Julai 2016
USM dan UniMAP sebagai universiti perintis
11 komprehensif modul terdiri daripada elemen penting dalam perindustrian
Perkongsian daripada pakar industri dalam pengajaran
Penglibatan 20 Pensyarah dan 80 Pelajar daripada bidang Kejuruteraan, Sains & Tenologi
Program ini akan ditawarkan kepada Universiti Awam (UA) yang lain.
Meningkatkan kebolehpasaran dan kualiti seorang graduan
Pendedahan kepada pelajar mengenai tren terkini di industri bagi memenuhi keperluan industri
Peluang kerjasama dengan pihak industri
2. Program Seeds for the Future
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Huawei Technology (M) Sdn. Bhd.
Tempat : Sesi Temuduga, Bilik Mesyuarat 1, Canselori II
31 Mei 2016- 29 September 2016
Program flagship CSR Huawei dalam membangunkan bakat ICT & pemindahan ilmu
Lawatan sambil belajar ke China selama 2 minggu yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Huawei .
Seorang Pelajar tahun 3 jurusan Sains Komputer terpilih mewakili USM untuk mengikuti program ini di China
Peluang pekerjaan untuk pelajar selepas tamat pengajian
Melahirkan pelajar yang holistic melalui pendedahan dengan budaya kerja dari negara luar.
Seramai 15 pelajar (Sains Komputer dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) mewakili universiti-universiti di Malaysia
3. Persediaan Program Tajaan ke Persidangan di Guilin, China
Esquel Malaysia Sdn. Bhd. (Paper Product Factory)
Tempat : Guilin, China
17 Mei 2016- 19 November 2016
Penajaan sepenuhnya kepada pelajar terbaik daripada bidang Teknologi Industri dan Pengurusan ke Persidangan Pembangunan Kelestarian secara holistik di Guilin, China
Peringkat pemilihan telah berjaya dilaksanakan dan kini masa untuk menghantar pelajar mengikuti program tajaan ini sahaja
Peluang pekerjaan untuk pelajar yang tamat pengajian
Pendedahan kepada budaya negara luar
Peluang usahama dengan syarikat Esquel Malaysia Sdn. Bhd.
4. Forum Pendidikan Tinggi Malaysia- Taiwan 2016 (Malaysia-Taiwan Higher Education Forum 2016)-anjuran bersama
Universiti Tunku Abdul Rahman
Feng Chia University, Taiwan.
Tempat : Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
19 April 2016- 16 Oktober 2016
Forum bertemakan International Collaboration for Human Capital Development
Penglibatan universiti-universiti di Malaysia
Penglibatan pensyarah USM sebagai panel forum (forum speaker)
Jalinan Kerjasama antara USM dengan UTAR
Peluang kepada universiti menjalinkan usahasama di peringkat antarabangsa
Menggalakkan program pertukaran pelajar dan staf akademik antara universiti di Malaysia dan Taiwan
5. Biasiswa Program
Pengajian Sarjana dan
Kedoktoran
Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd.
29 April 2016- 30 September 2016
Biasiswa untuk pelajar siswazah (sarjana dan kedoktoran)
Sejumlah RM 50,000 setahun bagi program Kedoktoran dan RM 30,000 setahun bagi program sarjana.10 pelajar terpilih yang memenuhi kelayakan
Melahirkan kerjasama antara USM dengan Osram Opto Semiconductor(M) Sdn Bhd
Penjanaan kewangan untuk universiti
Peluang kolaborasi dengan Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd. dalam bidang penyelidikan & pembangunan serta inovasi
Peluang pekerjaan untuk pelajar
Jadual menunjukkan aktiviti/program/projek libatsama universiti Industri
Graf menunjukkan pencapaian kerjasama antara BJIM dengan pihak Industri
0102030405060708090
100
100 100
4050
30
Pe
ratu
s P
en
ca
pa
ian
Industri
Pencapaian Kerjasama BJIM Industri
PROGRAM BREAKING BOUNDARIES INITIATIVES (BBi)
Sesi taklimat kepada pensyarah-pensyarah USM Sesi soal jawab antara pihak Industri dengan
pensyarah-pensyarah USM
Taklimat yang disampaikan kepada pelajar – pelajar USM Sesi soal jawab dengan pelajar-pelajar USM
2.1 SANDARAN STAF AKADEMIK KE INDUSTRI PADA JANUARI-JUN 2016
Pada Januari-Jun 2015, seramai 2 orang staf menjalani program sandaran staf akademik ke industri di dua buah syarikat /organisasi dalam Malaysia. Namun jumlah ini bertambah kepada 3 orang staf pada Januari-Jun 2016. Program ini adalah satu landasan penting untuk mengeratkan kerjasama antara universiti dan industri di samping bertindak sebagai saluran dalam memberi pendedahan kepada staf USM bagi mengetahui dan mempelajari teknologi-teknologi terkini di industri di samping meneroka peluang kerjasama. Melalui program ini, staf juga dapat menambah kemahiran dan pengetahuan mereka melalui aktiviti pemindahan ilmu di antara staf dan pakar syarikat/organisasi tersebut.
Jadual menunjukkan staf akademik yang mengikuti sandaran staf akademik di beberapa syarikat/organisasi dalam Malaysia
Taklimat ringkas oleh Pengurus Mydin Bertam Penyeliaan kualiti produk segar oleh pengurus Mydin Kepada staf akademik USM
BIL NAMA PTJ SYARIKAT
TEMPOH
1. Prof. Madya Dr. Nurul Huda Pusat Pengajian Teknologi Industri
Mydin Wholesale Hypermarket (Iman Ikhlas) (M) Sdn. Bhd.
4 Januari 2016- 29 Januari 2016
2. Prof. Madya Sr. Lim Yoke Mui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
Perunding Kos Bersatu Sdn Bhd
20 Jun 2016- 20 Julai 2016
3. Dr. Radzi Ismail Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
Syarikat Norbina
27 Jun 2016- 27 Ogos 2016
2.2 LATIHAN INDUSTRI 2016
BIL PUSAT PENGAJIAN
BILANGAN
PELAJAR ( LATIHAN
INDUSTRI DALAM
NEGARA)
BILANGAN
PELAJAR (LATIHAN
INDUSTRI LUAR
NEGARA)
JUMLAH
KESELURUHAN
1. Pusat Pengajian Pengurusan 299 10 309
2. Pusat Pengajian Komunikasi 116 - 116
3. Pusat Pengajian Sains Komputer 139 - 139
4. Pusat Pengajian Sains Pergigian 1 - 1
5. Pusat Pengajian Teknologi Industri 160 1 161
6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan 1 - 1
7. Pusat Pengajian Kejuruteraan
Mekanik 114 - 114
8. Pusat Pengajian Kejuruteraan
Aeroangkasa 34 - 34
9. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 27 - 27
10. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 98 - 98
11. Pusat Pengajian Sains Farmasi 12 - 12
12. Pusat Pengajian Bahasa, Literasi &
Terjemahan 54 7 61
13. Pusat Pengajian Perumahan,
Bangunan dan Perancangan 286 2 288
JUMLAH 1341 20 1361
Jadual menunjukkan maklumat berkaitan pelajar USM yang menjalani Latihan Industri
Seramai 1361 orang pelajar dari 13 buah Pusat Pengajian USM telah menjalani Latihan Industri di syarikat/agensi/industri bermula Januari sehingga Jun 2016. Pusat Pengajian Pengurusan mencatatkan jumlah pelajar tertinggi yang menjalani latihan industri, diikuti dengan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan seterusnya Pusat Pengajian Teknologi Industri. Dari segi latihan industri di luar Negara, Pusat Pengajian Pengurusan masih berada di kedudukan tertinggi .Antara negara luar yang menerima pelajar USM menjalani Latihan Industri adalah Negara China, Pakistan, Jepun dan Thailand. Jadual di atas menunjukkan maklumat berkaitan pelajar USM yang menjalani Latihan Industri mengikut pusat pengajian.
3.0 SOROTAN LIBATSAMA UNIVERSITI KOMUNITI
Libatsama universiti komuniti anjuran Universiti Sains Malaysia lebih menjurus kepada kolaborasi antara Universiti Sains Malaysia, sebagai sebuah universiti awam dengan komuniti dari segi perpindahan ilmu dan kepakaran dalam konteks perkongsian yang memanfaatkan kedua pihak. Penumpuan kolaborasi terbahagi kepada lima kategori yang melibatkan penggunaan sumber institusi dan tumpuan perkongsian yang menekan kepada kerjasama dengan komuniti untuk kepentingan bersama, penerokaan, pengaplikasian ilmu, maklumat dan sumber termasuk penyelidikan pembinaan kapasiti dan pembangunan ekonomi.
Sebagai sebuah universiti awam, elemen-elemen kesarjanaan juga perlu diambil kira dalam perkongsian tersebut, iaitu melalui penglibatan staf dan pelajar secara sukarela dan faedah yang didapati oleh mereka. Libatsama universiti komuniti USM juga mengorak langkah dengan pelaksanaan projek/program dan aktiviti yang tidak lagi bergantung kepada sumber dalaman tetapi menerusi pembiayaan dana luar.
GERAN AKTIF
BIL JENIS GERAN JUMLAH
PROJEK
PERUNTUKAN TEMPOH PERUNTUKAN
1. Geran CIMB Foundation 5 RM 161,027.68 Mac 2016-Disember 2016
2. Geran Pusat Transformasi Komuniti Universiti 7 RM 116,839.11 Mac 2015-Disember 2016
3. Geran Mini RTC 1 RM 8,000.00 April 2016-Disember 2016
JUMLAH KESELURUHAN 13 RM 285,866.79
Jadual menunjukkan Geran Aktif BJIM
BIL PROJEK/PROGRAM TARIKH/TEMPOH PENERANGAN PENCAPAIAN IMPAK KEPADA UNIVERSITI/KOMUNITI
1. Helping Hands of USM-Kanita (Program Mobile Salon Jari Emas)
KANITA
Tempat : Kolej Komuniti Bayan Baru
Januari 2016- 17 September 2016
Latihan intensif diberikan kepada ibu tunggal dalam pengendalian salon bergerak.
Projek ini telah memberi manfaat kepada 11,000 ibu tunggal
Universiti berjaya membantu ibu tunggal menambah pendapatan sebanyak RM1,000.00-RM3,000.00 sebulan tanpa menggangu pekerjaan sedia ada. Ini seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan tahap sosio-ekonomi ibu tunggal.
2. Projek USM Bebas
Tembakau
(Projek Komuniti
USM-Sukarelawan
Mysihat)
Pusat Racun Negara
Tempat : Kampus Kejuruteraan
3 Mac 2016- 9 Mac 2016
Program ini digerakkan oleh 350 oleh pelajar,staf dan jemputan khas dari Lembaga Promosi Kesihatan dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Program ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya
Memberi
kesedaran dan
peringatan
kepada warga
kampus tentang
bahaya merokok,
kesan negatif
penggunaan
tembakau dan
promosi
kesihatan.
3. Projek
penggerudian dan pembinaan telaga tiub di Surau Kg Ketior Tempat : Kg Ketior
9 Jun 2016- 18 Jun 2016
Pembinaan sebuah telaga air bumi bagi mengatasi masalah tekanan air rendah
Program ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya
Menaik taraf kehidupan dan sosio ekonomi masyarakat setempat
Pemindahan Ilmu
dan kepakaran
pensyarah USM
kepada
masyarakat
diiktiraf
4. Bengkel Program
Visit My Campus
Bersama Tourism
Malaysia
Tempat : Kampus
Induk
3 Februari 2016-
September 2016
Tujuan
penganjuran
bengkel ini
adalah bagi
memberi
pendedahan
mengenai
Program Visit My
Campus kepada
agen dari
beberapa agensi
pelancongan
tempatan dari
Semenanjung
Malaysia.
Bengkel yang
diadakan ini turut
dihadiri oleh
Encik
Hishamuddin
Mustafa,
Timbalan
Pengarah
Bahagian
Pembangunan
Pakej, Tourism
8 agen
pelancongan
dari:
P.Pinang : 6 K.Lumpur : 2
telah mencuba kesemua pakej Visit My Campus @ USM dan memberikan maklumbalas yang positif kepada kesemua pakej tersebut.
Penjanaan pendapatan kepada Universiti
Menanti tiba pembelian pakej-pakej yang telah dirangka
Dijangka akan dirasmikan pada September 2016
Pihak Tourism
Malaysia dan
agensi
pelancongan
tempatan akan
membantu dan
bekerjasama
dengan USM
dalam membuat
publisiti, promosi
dan terlibat
dalam proses
penjualan pakej
Program Visit My
Campus.
5. Projek
kemasyarakatan
USM – Pengagihan
kerusi roda yang
dimodifikasikan
khas.
Tempat : Kuala Kangsar, Perak.
17 Jun 2016- 18 Jun 2016
Menjalankan
penilaian,
pengubahsuaian
dan penyerahan
kerusi roda dan
alat bantuan
berjalan
percuma kepada
warga emas.
Pengagihan
4 kerusi roda
& 1 alatan
bantuan
berjalan
kepada
penduduk di
Kuala
Kangsar.
Pengiktirafan
kepada
kepakaran USM
dalam
melaksanakan
projek libatsama
Universiti
Komuniti.
PROJEK KEMASYARAKATAN USM – PENGAGIHAN KERUSI RODA YANG
DIMODIFIKASIKAN KHAS.
Projek kemasyarakatan USM Alatan bantuan berjalan yang diberi kepada warga emas
Penyerahan kerusi roda kepada penduduk Kuala Kangsar Warga emas yang menerima bantuan kerusi roda
6. Taklimat
Pelaksanaan
Projek/ Program
Kesejahteraan
Rakyat dan
Program NBOS
dalam mesyuarat
Focus Group
Kesejahteraan
Rakyat peringkat
Negeri Pulau
Pinang
Tempat : Unit
Penyelarasan
Pelaksanaan,
Jabatan Perdana
Menteri Pulau
Pinang, Wisma
Persekutuan
Seberang Perai
Utara, Kepala Batas,
Pulau Pinang
30 Mei 2016 USM telah
dijemput untuk
berkongsi
pengalaman dan
idea dalam
melaksanakan
projek-projek
libatsama
Universiti
Komuniti kepada
kesemua agensi
kerajaan di
Pulau Pinang.
Telah
dilaksanakan
sepenuhnya
USM sebagai
pusat rujukan
bagi
pelaksanaan
program/projek/a
ktiviti libatsama
Universiti
Komuniti
7. Taklimat Libatsama
Universiti Komuniti
kepada Bahagian
Hal Ehwal Pelajar
Fakulti Sains
Kesihatan,
Universiti Teknologi
MARA( UiTM), Shah
Alam yang terdiri
daripada 30 orang
pelajar dan 4 orang
guru pengiring
Tempat : Bilik
Mesyuarat,
Bangunan H20,
Kompleks Cahaya
20 April 2016 Objektif taklimat
adalah untuk
memberi
pendedahan
kepada pelajar
UiTM juga
pensyarah dan
berkongsi idea
dalam
pelaksanaan
“Community
Engagement”
yang dijalankan
oleh USM secara
berterusan
Telah
dilaksanakan
sepenuhnya
USM sebagai
pusat rujukan
bagi
pelaksanaan
program/projek/a
ktiviti libatsama
Universiti
Komuniti
6. Projek Share the
Love
Tempat : Kampus Induk/ Kejuruteraan
April 2016-berterusan
Projek ini adalah
sebahagian
usaha
merapatkan
hubungan antara
pelajar-pelajar
USM dengan
berkongsi idea
dan memupuk
semangat
kerjasama
Pihak Great
Eastern telah
menaja
sebanyak
RM100,000
dalam
bentuk
payung dan
bahan
promosi.
Universiti Sains
Malaysia
mencipta rekod
dalam Malaysia
Book of Records
(MBOR) apabila
berjaya membina
imej berbentuk
hati (love)
dengan
menggunakan
antara peserta
dengan amalan
berkongsi
payung.
Bilangan
pelajar yang
terlibat : 43
orang (AJK)
payung
Jadual menunjukkan aktiviti/program/projek libatsama universiti Komuniti
PROJEK SHARE THE LOVE
USM mencipta rekod dalam Malaysia Books of Record Bentuk payung terbesar
dengan membina imej berbentuk hati menggunakan payung
4.0 GERAN PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Public-Private Research Network atau PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan
Tinggi sebagai satu model kerjasama strategik antara industry dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi-agensi Kerajaan yang lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan.
PPRN merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di bawah Teras Strategik 6: Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran yang bertujuan untuk menjana kekayaan melalui inovasi dengan memperkukuhkan kerjasama antara industri dan akademia melalui perantara.
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM(PT)], PPRN adalah inisiatif di bawah Lonjakan 7: Ekosistem Inovasi yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem inovasi dalam bidang strategik yang kritikal bagi pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai penyelesai masalah pelbagai pihak berkepentingan PPRN telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 24 Februari 2015.
Kumpulan sasar bagi projek yang dilaksanakan oleh PPRN ialah industri/ perusahaan pelbagai sector ekonomi dan penyelidik tempatan (Ahli Akademik atau Ahli Bukan Akademik) dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institusi Penyelidikan (RI).
Skop projek PPRN melibatkan inovasi produk dan inovasi proses seperti mana berikut:
i. Inovasi produk untuk menambah baik atau menambah nilai produk sedia ada industri/perusahaan itu untuk keperluan pasaran; dan
ii. inovasi proses untuk menambah baik proses pengeluaran produk, komponen sumber,
gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan pengeluaran untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen menggunakan state-of-art technology; dan
meningkatkan skala pengeluaran.
Antara objektif PPRN adalah;
i. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS);
ii. Meningkatkan produktiviti PKS melalui adaptasi state-of-the-art atau teknologi yang bersesuaian; dan
iii. Menggalakkan penyertaanan ahli akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven).
PPRN menawarkan geran pemadanan untuk projek inovasi berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah berdasarkan saiz perniagaan masing-masing. Saiz perniagaan industri/perusahaan ditentukan mengikut sector perniagaan berdasarkan nilai jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, mana-mana yang lebih rendah sebagaimana dinyatakan dalam garis panduan definisi baharu Perusahaan Kecil Sederhana yang dikuatkuasakan oleh SME Corporation Malaysia mulai 1 Januari 2014.NIsbah peratus pecahan komitmen antara PPRN dan industri/ perusahaan adalah seperti berikut:
PPRN : Syarikat bersaiz mikro = 90%:10%;
PPRN : Syarikat bersaiz kecil = 70%:30%;
PPRN : Syarikat bersaiz sederhana = 50%:50%; dan
PPRN : Syarikat bersaiz besar = 30%:70%.
Pada tahun 2016, USM telah berjaya memperoleh sebanyak 35 projek berjumlah hampir RM1,230,194 yang melibatkan kerjasama antara 35 syarikat dan hampir 140 orang penyelidik USM. Ini juga telah meletakkan USM pada kedudukan yang tertinggi di antara universiti di seluruh negara.
Graf menunjukkan projek PPRN yang diluluskan untuk USM
Graf menunjukkan jumlah geran PPRN untuk USM
Manfaat PPRN adalah kepada industri/perusahaan, penyelidik serta pihak kerajaan seperti berikut:
1. Industri/Perusahaan
i. Permasalahan teknologi yang dihadapi dapat diatasi dan diselesaikan dengan bantuan pengetahuan dan kepakaran penyelidik tempatan secara berkesan dengan kos efektif dan cepat.
ii. Produktiviti semakin meningkat dengan pengurangan kos operasi dan peningkatan pengeluaran melalui bantuan teknologi terkini.
2. Penyelidik
i. Kepakaran dan pengetahuan teknologi dapat diaplikasikan secara terus kepada industri/perusahaan dengan kadar langganan yang tinggi dan memenuhi keperluan mereka kerana ia berpacukan permintaan (demand driven).
ii. Pengalaman bekerjasama dengan industri/perusahaan boleh dijadikan sebagai input kajian kes dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai tenaga pengajar.
3. Kerajaan
i. Menggalakkan sector swasta untuk turut sama menyumbangkan komitmen dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) dan mengurangkan kebergantungan dan ada daripada Kerajaan.
ii. Mewujudkan knowledge friendly ecosystem di Malaysia dapat dicapai secara berperingkat apabila pasaran pengetahuan teknologi semakin meluas dan jurang pengetahuan teknologi dalam kalangan industri/perusahaan dapat diminimumkan bagi membolehkan mereka terus bergerak atas rantaian nilai
PUSAT KEBUDAYAAN JEPUN KYOTO UNIVERSITY OF FOREIGN STUDY (KUFS)-USM
1. KUFS English Program Tarikh : 21 Februari – 26 Mac 2016 Peserta : 13 orang pelajar KUFS JCC dengan kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah menganjurkan program Bahasa Inggeris kepada 13 orang pelajar daripada KUFS. Selain daripada itu, pelajar-pelajar KUFS ini juga diberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional bersama Dewan Budaya, mencanting batik bersama Muzium Galeri Tunku Fauziah dan program homestay di Kampung Relau.
2. Program Sukarelawan Mejiro University
Tarikh : 26 Februari – 9 Mac 2016
Peserta : 14 pelajar Mejiro University, Jepun dan 1 profesor.
JCC telah menganjurkan program sukarelawan bersama pelajar Mejiro University, Jepun untuk melawat dan menjadi sukarelawan di Pusat Autism Pulau Pinang, Rumah Orang Tua Pulau Pinang dan juga di Sekolah Kebangsaan Minden Height. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga turut melawat Penang Japanese School dan menghadiri kelas Bahasa
Inggeris di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.
3. Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM
Tarikh : 22 Mac 2016
BJIM dengan kerjasama JCC telah menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan
Jepun KUFS-USM.Pusat ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,
Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan turut dihadiri oleh Canselor
KUFS, Presiden KUFS dan Timbalan Presiden KUFS dari Jepun.
4. Pertandingan Lisan Bahasa Jepun
Tarikh : 7 Mei 2016
Konsulat-Jeneral Pulau Pinang telah menganjurkan pertandingan lisan Bahasa Jepun dan Pengarah JCC, Encik Masatoshi Soeda telah dijemput untuk menjadi Pengadil dalam pertandingan terbabit.
5. Japanese University English Model United Nation (JUEMUN) Tarikh : 24 Jun – 26 Jun 2016 Peserta : 3 pelajar USM 3 pelajar USM telah dihantar untuk menyertai JUEMUN 2016 anjuran KUFS di KUFS, Jepun.
ASIA-PACIFIC UNIVERSITY-COMMUNITY ENGAGEMENT NETWORK (APUCEN)
Pada enam bulan pertama tahun 2016, APUCEN telah menerima seramai 6 keahlian baru dari
pelbagai institusi pengajian tinggi dan juga dari pihak swasta. Ahli-ahli yang baru adalah:
International Medical University (Malaysia)
Prince of Songkhla University (Thailand)
Taylor’s University “Lakeside Campus” (Malaysia)
Rhodes University (South Africa)
Toray Industries (Malaysia) Sdn. Bhd. (Malaysia)
MyWave Sdn. Bhd. (Malaysia) Secara keseluruhannya, keahlian APUCEN pada tahun 2016 telah meningkat dan APUCEN kini mempunyai 84 orang ahli dari 19 buah negara.
Kalendar Aktiviti APUCEN
Jan-Jun 2016
Mesyuarat Pertama APUCEN@Japan
Pelancaran Pusat Sumber APUCEN di
Kemboja
Pendermaan Buku ke Kolej di Nepal
Bengkel Latihan Kepimpinan di Nepal
Persidangan Antarabangsa Libatsama
Universiti-Komuniti di Nepal
Mesyuarat KeLapan Regional APUCEN
Council
Mesyuarat Ketujuh APUCEN@Malaysia
Persidangan ICAW
APUCEN-San Pedro Program Pembinaan Semula Komuniti di
Filipina
Forum Menghakupayakan Wanita Melalui Keusahawanan
Bengkel Menghakupayakan
Diri
Bengkel “Inspiring Heart2Heart”
Bengkel “Inspiring & Upgrading”
Januari Februari
Mac April
Mei Jun
Program Keusahawanan Ibu
Tunggal Fasa 2
Mesyuarat Panel Penasihat EnRRICH
Persidangan “Living Knowledge”di Dublin
1. Mesyuarat Pertama APUCEN@Japan
Pada 17 Februari 2016, mesyuarat pertama APUCEN@Japan telah diadakan di Kyoto University of Foreign Studies (KUFS), Kyoto, Japan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 19 orang ahli dari tiga buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh Presiden APUCEN, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman. Bersama-sama beliau adalah Naib Presiden APUCEN, Prof. Dr. Takeshi Matsuda.
2. Mesyuarat Ketujuh APUCEN@Malaysia
Mesyuarat ketujuh APUCEN@Malaysia dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey, Pengerusi APUCEN@Malaysia pada 11 April 2016 di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 20 delegasi daripada 17 buah institusi pengajian tinggi, organisasi bukan-kerajaan dan sektor korporat dari seluruh Malaysia. Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Shahril Bin Yusof turut hadir mesyuarat ini. Dalam mesyuarat kali ini, ahli APUCEN@Malaysia mencadangkan projek-projek yang dianjurkan oleh institusi-institusi boleh digabungkan.
3. Mesyuarat Serantau Kelapan Majlis Tertinggi APUCEN
Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, selaku Presiden APUCEN, telah mempengerusikan Mesyuarat Serantau Ke-lapan Majlis Tertinggi APUCEN, yang dihadiri oleh 13 delegasi dari 9 institusi pengajian di Universiti Utara Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Mesyuarat Serantau Kelapan Majlis Tertinggi APUCEN telah berlangsung di UUM pada 5 Jun 2016. Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini yang melakarkan halatuju APUCEN dan kerjasama dalam penglibatan komuniti di peringkat antarabangsa.
4. Mesyuarat Panel Penasihat EnRRICH
Presiden APUCEN telah dilantik sebagai panel penasihat dalam EnRRICH Konsortium. EnRRICH merupakan satu projek bertajuk “Enhancing Responsible Research and Innovation through Curricula in Higher Education”, yang telah dimulakan di negara-
negara Eropah pada tahun 2015. Mesyuarat panel penasihat EnRRICH telah diadakan di Dublin Institute of Technology, Aungier St., Dublin, Ireland pada 20-21 June 2016. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Aileen Tan Shau-Hwai, selaku Pengarah Eksekutif APUCEN, mewakili Presiden APUCEN.
5. APUCEN-San Pedro Program Pembinaan Semula Komuniti di Filipina
San Pedro College (SPC) telah membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi APUCEN pada bulan November 2015, untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Pablo di Andap, Filipina. Presiden APUCEN, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman, telah mengesa dan mengalakkan semua ahli APUCEN untuk melibatkan diri dalam misi “huminitarian”
global semasa ucaptama beliau di Persidangan Antarabangsa Libatsama Universiti-Komuniti (UCEC) 2015, dan juga semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Serantau APUCEN yang ketujuh di Gold Coast, Australia. APUCEN berjaya menyumbangkan 10 unit penempatan tetap kepada mangsa-mangsa Taufan Pablo. Majlis pembukaan tanah untuk penempatan ini telah dijalankan pada 2 Mac 2016, yang telah disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan Filipina dari Pejabat Governor, diketuai oleh Mayor Lorenzo L. Balbin. APUCEN diwakili oleh Pengawai Eksekutif, Prof. Madya Dr. Aileen Tan S.H.
6. Bengkel Menghakupayakan Diri
Bengkel ini telah diusahakan oleh MMICare Association, ahli APUCEN dari agensi bukan kerajaan. Bengkel ini adalah kerjasama di antara MMICare Associataion, bersama APUCEN dan Universiti Sains Malaysia, di mana penceramah jemputan secara sukarelawan adalah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat. Bengkel ini telah diadakan di Tanjung Malim, Perak pada 18 - 20 Mac 2016. Seramai 30 pelajar perempuan STPM dari sekolah di kawasan pendalaman telah dipilih dan menghadiri bengkel ini.
7. Program Keusahawanan Ibu Tunggal Fasa 2
Program ini telah dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia bersama APUCEN, pada 23 – 24 Mac 2016 di Kampus Sintok, UUM. Program ini merupakan Fasa 2 di mana dari jumlah 150 peserta yang dilatih pada Fasa 1, seramai 30 orang ibu tunggal telah dipilih untuk mengikuti kursus keusahawanan yang seterusnya. Ibu-ibu tunggal yang terpilih ini telah diajar cara-cara menguruskan perniagaan serta penjagaan akaun kewangan dan “money flow” sesuatu perniagaan.
8. Pelancaran Pusat Sumber APUCEN di Kemboja
Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya (UM) yang menganggotai APUCEN melakukan khidmat libatsama komuniti di Kemboja dengan menyumbangkan buku ilmiah dan pendidikan Bahasa Inggeris kepada sekolah yang terlibat dalam program komuniti, serta melancarkan Pusat Sumber APUCEN. Sekolah yang menerima sumbangan tersebut adalah Sekolah UPSI, Pray Bis Village, Kampung Chnang, Kemboja pada 31 Mac 2016.
9. Forum Menghakupayakan Wanita Melalui Keusahawanan
Forum Mengakupayakan Wanita melalui Keusahawanan telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan APUCEN, bertempat di UMS, pada 11 Appril 2016. Seramai empat orang panel telah dijemput untuk membincangkan konsep menghakupayakan wanita dan juga keusahawanan. Panel-panel yang terpilih adalah dari sektor pendidikan dan juga perniagaan. YBhg Prof. Dato Dr. Susie See Ching Mey, selaku Pengerusi APUCEN@Malaysia telah dijemput sebagai panel dari sektor pendidikan. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah menyertai forum ini.
10. Persidangan ICAW 2016
Persidangan Antarabangsa Kedua Wanita ASEAN (ICAW2016) telah dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Universiti Malaysia Sabah dan APUCEN. Persidangan antarabangsa ini dianjurkan pada 12-14 April 2016 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah, bertemakan “Gender Mainstreaming and Public Policy” yang
dapat memberikan impak kepada kedua-dua kaum wanita dan lelaki. Antara pembentang ucaptama yang dijemput adalah YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Perkembangan Komuniti dan juga YBhg. Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey, Pengerusi APUCEN@Malaysia. Persidangan ini telah dihadiri oleh 140 peserta dari jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian, Akademik dari Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina, Nigeria dan Malaysia serta NGO dari persatuan-persatuan ibu tunggal dan Keusahawanan Wanita Sabah. Sebanyak 50 kertas pembentangan telah dibentangkan.
11. Bengkel Latihan Kepimpinan di Nepal
Satu bengkel latihan Kepimpinan Melalui Libatsama Komuniti telah diadakan di Nepal School of Social Work, Kathmandu, Nepal, pada 24 April 2016. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia, di mana USM menyediakan “Master Trainers”, iaitu Tuan Syed Yusof Syed Kechik dan Prof. Madya Dr. Aileen Tan S.H.
Bengkel ini dijalankan berdasarkan tiga modul yang diterbitkan oleh Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) USM, di bawah tajaan AKEPT. Seramai 25 peserta telah menghadiri bengkel ini iaitu peserta dari Nepal, Malaysia dan Canada. Bengkel ini dapat dijayakan atas kerjasama dari APUCEN, USM, Kadambari Memorial College dan Engage Nepal.
12. Persidangan Antarabangsa Libatsama Universiti-Komuniti di Nepal
Persidangan ini telah diadakan pada 25-27 April 2016, dan dianjurkan oleh Nepal School of Social Work bersama-sama APUCEN, USM dan Australian College of Applied Psycology (ACAP). Seramai lebih kurang 50 peserta telah menyertai persidangan ini.
13. Pendermaan Buku ke Kolej di Nepal
Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama organisasi MMICare Association yang
menganggotai APUCEN melakukan khidmat libatsama komuniti di Kathmandu, Nepal dengan menyumbangkan buku-buku pendidikan Bahasa Inggeris kepada dua buah kolej yang terlibat dalam program ini. Dua buah kolej yang menerima sumbangan tersebut adalah Bhagyodayo Ucha Madhyamik Vidhyalaya, Sakhu dan Kadambari Memorial College of Science & Management, Budha Nagar di Kathmandu, Nepal.
14. Bengkel “Inspiring Heart2Heart”
Bengkel ini telah dijalankan untuk menghakupayakan golongan kaum wanita di kawasan yang terpinggir, terutamanya pelajar-pelajar yang masih berpemikiran kurang matang. Bengkel ini adalah usaha bersama MMICare Association, USM dan APUCEN. Seramai 30 pelajar wanita dari golongan umur sekitar 17 tahun hingga 23 tahun telah dijemput menghadiri bengkel ini.
15. Persidangan “Living Knowledge” Ketujuh di Dublin, Ireland
Persidangan “Living Knowledge” Ketujuh telah diadakan pada 22-24 Jun 2016 bertempat di Dublin, Ireland. Tema persidangan ini adalah “Inspire – Integrating community based partnership into learning and teaching for responsible research and innovation (RRI)”. Persidangan ini telah menarik minat peserta terutamanya dari negara-negara Eropah kerana konsep RRI telah diamalkan oelh negara Eropah sejak lebih kurang 15 tahun yang lalu. Negara-negara lain juga menjalankan libatsama komuniti menggunakan konsep yang sama tetapi tidak digelarkan sebagai “RRI”.
16. Bengkel “Inspiring & Upgrading”
Bengkel ini telah dianjurkan oleh MMICare Association bersama APUCEN dan USM. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan inspirasi serta dorongan kepada gadis-gadis lepasan SPM dan STPM dari kawasan pendalaman. Bengkel ini telah diadakan pada 24 – 26 Jun 2016 di Sungai Petani, Kedah. Seramai 30 pelajar SPM dan STPM telah menyertai bengkel ini.
Rumusan
Usaha libatsama komuniti akan terus diperkukuhkan dalam usaha-usaha untuk menonjolkan USM sebagai 'universiti prihatin' terhadap keperluan masyarakat dapat direalisasikan. USM akan terus menjalinkan kerjasama dan perkongsian dengan semua pihak demi masa hadapan masyarakat yang lebih lestari. Bermula tahun 2016, USM berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM285, 866.79 geran untuk aktiviti komuniti dan jumlah ini akan terus meningkat sehingga penghujung tahun 2016.
Di samping itu, pihak USM akan sentiasa bertindak lebih proaktif dan inovatif dalam usaha mengukuhkan jaringan kerjasama dengan industri bagi mendapatkan sumber-sumber dana daripada pihak luar. Secara keseluruhannya, pertemuan dan perbincangan di peringkat BJIM ke arah koloborasi dengan pihak luar masih dikekalkan. Sebagai contoh, USM telah bekerjasama dengan pihak Osram Opto Semiconductor (M) Sdn Bhd dalam mendapatkan tajaan bagi pelajar sarjana dan kedoktoran iaitu sebanyak RM50,000.00 dan RM30,000.00 masing-masing dan pelbagai projek yang memberi pendedahan kepada pelajar USM supaya dapat melahirkan pelajar yang holistik.
Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM yang berperanan untuk memperkenalkan dan mempromosikan kebudayaan Jepun dan Malaysia kepada masyarakat setempat serta antarabangsa merupakan pusat kebudayaan Jepun yang pertama seumpamanya di Malaysia terus aktif dengan pelbagai program di setiap peringkat. Dalam usaha jaringan di peringkat global, APUCEN terus giat dan aktif menjalankan peranan sebagai peneraju kepada bidang libatsama komuniti. Penglibatan APUCEN di peringkat antarabangsa melalui pelbagai projek libatsama komuniti akan terus dikembangkan ke negara-negara lain.
Secara kesimpulannya, melalui kerjasama semua PTJ, usaha BJIM dalam menonjolkan USM sebagai “universiti prihatin” dalam agenda libatsama komuniti dan industri akan terus diperkukuhkan dan direalisasikan.
top related