literasi bahasa kia2m
Post on 27-Jun-2015
6.987 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kamirul
Fatihah
ZalinieyArmaan
GROUP4
Literasi Bahasa
Melayu
Pensyarah : En Jalaluddin
PROGRAM
KI
A2
M
KIA2M
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis
LATAR BELAKANG
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 ( TERAS KETIGA : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN )
Dalam Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca danmenulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius.
Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), KementerianPelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk melaksanakan program KIA2M ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti Kelas KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebutsetiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
PENGENALAN KIA2M
Satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis
Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.KIA2M ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.
Keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan
Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah.
Semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan.
Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.
MATLAMAT KIA2M
Memastikan 100% muridTahun Satumenguasai 2Mi.Membantu murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
ii.Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing.iii.Meningkatkan keyakinan diri murid-murid.iv.Menyemai semangat berminat untuk belajar.
STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
6 LANGKAH UTAMA
PENCALONAN UJIAN PENAPISAN
PERANCANGAN PENGAJARAN
PENILAIAN TINDAKAN SUSULAN
1 ) PENCALONAN & UJIAN PENAPISAN
• Penubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid Tahun Satu. • Tiada penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut. • Sebelum murid-murid mengikuti program ini, mereka terlebih
dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan kemasukan.
• Pengkelasan murid seterusnya adalah berdasarkan kepada skor seperti berikut :
• 0 – 9 :dirujuk kepada pengamal perubatan• 10 – 44 :menjalani program KIA2M• 45 – 60 : meneruskan pengajaran dan pembelajaran kelas biasa
2) PERANCANGAN
• Guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program tersebut ini dikehendaki supaya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk kepada modul pengajaran yang telah dibekalkan.
• Tetapi, mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan
belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan
oleh guru sahaja.
Berpusatkan guru
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang
dirancangkan sama ada secara individu,
kumpulan kecil ataupun kelas.
Berpusatkan Murid
Bahan-bahan pembelajaran yang
diperlukan telah disusun, sesuai dengan
perancangan yang dibuat. Murid diberi
penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan
dijalankan.
Berpusatkan bahan
PENDEKATAN PROGRAM KIA2M
Pendekatan dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) adalah pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu.
Digunakan mengikut kesesuaian dari segi:a) Kebolehan muridb) Aktiviti yang dirancang.c) Kemahiran yang hendak diajar.
Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya
a) Murid dapat melibatkan diri.b) Meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti
berkumpulan yang lebih besar.
Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid.
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk.
Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Selain itu, bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.
• Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.
• Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.
4)Pengajaran
• Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
teknik berceritateknik latih tubiteknik tunjuk carateknik bersoal jawabteknik main perananteknik menyanyiteknik lakonanteknik kuiz
Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
• Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.
• Subjek-subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabunggjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Pendidikan Jasmani Kesihatan:1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata
dan perkataan.2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata,
perkataan.3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola
berabjad/ suku kata.
Pendidikan Muzik:1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.2. Pergerakan berirama3. Bunyi-bunyian berirama
Pendidikan Seni:1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin
dsb. untuk membentuk abjad.2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.3. Capan - mengecap bentuk.4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.
Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka lulus dalam menjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2.
Disamping itu, pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk :
•Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagian lain dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)•Jemaah Nazir Sekolah•Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)•Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)•Guru Besar.
6) Tindakan susulan
Kesimpulan• Penguasaan kemahiran asas membaca dan
menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.
• Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.
top related