majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan...
Post on 15-Oct-2019
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MANUAL MPK BIL : 61 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
URUSAN PENYEDIAAN MENDAPATKAN
IZIN PENDAKWAAN
(BUKAN TRAFIK)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/ UNIT 6
5.0 SUMBER KUASA 7-8
6.0 SKOP KERJA
9-10
7.0 PROSES KERJA 9-10
8.0 CARTA ALIR 11
9.0 PENUTUP 12
10.0 LAMPIRAN 13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan
status Bandaraya tersebut.
Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi izin
pendakwaan supaya ianya lebih kukuh dan effisien di dalam tindakan
pendakwaan. Oleh itu, penyediaan manual ini akan membantu MPK
dalam usaha pembaikan dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam
urusan tindakan pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan
cekap dan sempurna.Ini adalah kerana tujuan sesuatu pendakwaan
dibuat adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan bukan semata-
mata untuk mencapai kemenangan melalui sabitan sahaja.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum
w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu
saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurnianya
penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan Jabatan
Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja bagi Jabatan
Undang-Undang mengikut format dan bentuk yang lebih
tersusun dan sistematik.
Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan
terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang
yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam menyediakan manual
ini.
Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan di
dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya
menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar manual
ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir sekali
sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:
“ Buah pelaga makan dihilir,
Di bawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak digilir,
Supaya jangan mendapat malu”
Sekian, terima kasih.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013
1.2 Memudahkan rujukan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-Undang.
1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan tindakan pendakwaan teratur.
1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.
1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.
1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.
1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
1.8 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Kegagalan menjelaskan kompaun bagi notis peringatan untuk
tempoh 14 hari akan menyebabkan tindakan pendakwaan
mahkamah diambil keatas pesalah lalulintas .Setiap kes perlu
mendapatkan izin pendakwaan terlebih dahulu. Proses kerja
utama penyediaan izin pendakwaan melibatkan penyediaan,
penyemakkan dan pendaftaran. Bagi permohonan tersebut
perlu merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya. Setelah
permohonan selesai maka proses seterusnya akan
dilaksanakan seperti penyedian Kertas Pertuduhan dan Saman.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 6
3.0 DEFINISI
3.1 Penyediaan
Perbuatan atau hal menyediakan
3.2 Izin
Persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran dengan perkenan.
3.3 Pendakwaan
Perbuatan pendakwaan (pengemukaan) penyampaian sesuatu dakwaan (tuduhan)
3.4 Permohonan
apa-apa yg diminta; permintaan
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
EMYSHIMY RIZAL B NASARUDDIN
PEGAWAI UNDANG-UNDANG
TUN MOHD SYAHMI BIN ZAKARIA
PEN. PEGAWAI UNDANG
NOR HAFIZAH BTE MD MUSA
PEM.TADBIR (N17) TETAP
ROSE RAHAYU BTE MD IDRIS
PEM.TADBIR (N17) TETAP
MOHD AZIZAN BIN HAJI SALLEH
BAILIF (N12)TETAP
S.V VIJAYA SINGAM A/L VIJAYARATNAM
BAILIF (N11) TETAP
MOHD FAZLI BIN MASZUKI
PEM. TADBIR PEJABAT (N17) TETAP
FATIN NABILA BTE PAIZAN
PEM. TADBIR (N17) KONTRAK
INTAN WANNIZA BTE AB WAHAB
PEM.TADBIR (N17) TETAP
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 7
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadirujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
Akta
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171);
ii. Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133);
iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172;
iv. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 336);
v. Akta Makanan 1983 (AKTA 281);
Kanun
i. Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56/1965)
ii. Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593)
Enakmen
i. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971
ii. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995
iii. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980
iv. Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan
(Am)(Selangor)2001
v. Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001
Peraturan
i. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan
(Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan
Penyeliaan) (Selangor) 1996
ii. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan
(Selangor) 1996
Undang-Undang Kecil
i. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor)
1986
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 8
ii. Undang-Undang Kecil Peruntukan Mengenai Lesen
Bersesama (MPK) 1992
iii. Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 1996
iv. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-
Kesalahan) (MPK) Kerajaan Tempatan 2005
v. Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-
Kesalahan) (MPK) Jalan, Parit Dan Bangunan 2005
vi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta
Persendirian (MPK) 2005
vii. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005
viii. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 2005
ix. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 2005
x. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK)
2007
xi. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan
Kesihatan (MPK) 2007
xii. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 2007
xiii. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 2007
xiv. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 2007
xv. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan
(MPK) 2007
xvi. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan
Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007
xvii. Undang-Undang Kecil Hotel (MPK) 2007
xviii. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007
xix. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan
Perindustrian (MPK) 2007
xx. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPK)
2007
xxi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah
Pembiakan Anjing (MPK) 2007
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 9
6.0 SKOP KERJA
6.1 Proses Penyediaan Izin Pendakwaan bermula selepas
Penyediaan Pengaduan Mahkamah dengan purata 30 kes
seminggu.Ini bergantung pada pemulangan semula Kertas
Pengaduan daripada Jabatan berkaitan untuk ditandatangani
olehpengadu.Sebanyak dua salinan izin pendakwaan dicetak
dan dikepilkan sekali bersama fail kes untuk semakan Pegawai
Pendakwa terlebih dahulu. Jika tiada sebarang kesalahan, izin
pendakwaan serta fail tersebut akan dihantar ke Timbalan
Pendakwaraya untuk proses mohon izin. Kemudian rekod tarikh
pemulangan Izin Pendakwaan pada kertas minit di setiap fail
yang disediakan. Setelah selesai, proses selanjutnya adalah
penyediaan kertas pertuduhan dan saman.
7.0 PROSES KERJA
7.1 Terima arahan daripada Pegawai Pendakwa untuk menyediakan
Izin Pendakwaan bagi Kertas Siasatan yang telah lengkap yg
dihantar oleh jabatan yg berkaitan.
7.2 Semak status bayaran Pengaduan Mahkamah dan Kertas
Siasatan. Sekiranya berbayar asingkan dan failkan di dalam Fail
Pengaduan Mahkamah Berbayar.
7.3 Merujuk kepada Pegawai Pendakwa untuk semakan.
7.4 Jika izin tidak teratur, Pegawai Pendakwa akan mengarahkan
untuk membuat pembetulan seperti yang diminitkan.
7.5 Jika izin yang teratur, sediakan surat iringan untuk mendapatkan
Izin Pendakwaan daripada Timbalan Pendakwaraya dan
dapatkan tandatangan Pegawai Pendakwa.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 10
7.6 Serahkan surat iringan, Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan
kepada Bailif untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwarayauntuk
minta izin.
7.7 Terima semula Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan daripada
Timbalan Pendakwaraya, merekodkan tarikh penerimaan pada
Fail Permohonan Izin Pendakwaan.
7.8 Serah Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan kepada Pegawai
Pendakwa untuk tindakan lanjut.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 11
8.0 CARTA ALIR
CARTA ALIRAN KERJA Penyediaan Izin Pendakwaan Daripada Timbalan Pendakwaraya (TPR)
Terima arahan.
Semak status bayaran PM.
Serahkan Buku Izin Pendakwaan dan
Kertas Siasatan kepada Bailif untuk
dirujuk kepada TPR
Terima semula Izin Pendakwaan dan Kertas
Siasatan daripada TPR, rekodkan tarikh
penerimaan Fail Permohonan Izin Pendakwaan.
Mula
Tamat
Rujuk kepada PP untuk semakan
Teratur?
Senaraikan kompaun di dalam Buku
Permohonan Izin Pendakakwaan ke TPR
untuk dapatkan Izin Pendakwaan
daripada TPR dan dapatkan tandatangan
pegawai.
Bayaran?
Sediakan Izin Pendakwaan ikut
peruntukan undang-undang.
Ya
Tidak
Asingkan dan failkan
dalam PM berbayar.
Tidak Ya
Buat pembetulan
semula seperti minit
PP.
Serah Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan
kepada PP untuk tindakan selanjutnya.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 12
9.0 PENUTUP
Manual ini disediakan adalah untuk rujukan oleh warga Jabatan Undang-
Undang khasnya dan warga Majlis Perbandaran Klang amnya. Manual ini
disediakan adalah bagi memperkemas dan menambahbaik tugasan
jabatan agar dapat menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan berkesan
untuk kepentingan Majlis khususnya.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 61 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Urusan Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Bukan Trafik) 13
10.0 LAMPIRAN
top related