mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah€¦ · kelas: prasekolah 2 tema: hari ibu jangka masa:...
Post on 18-Oct-2020
16 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Mari
Belajar Bersama
Ibu dan Ayah
di rumah
(Kelas Prasekolah 2)
Aktiviti Di Rumah - #1
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Hari Ibu
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Menghasilkan kad Hari Ibu. 2) Menulis frasa atau ayat yang santun.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu ‘Selamat Hari Ibu’
kad perkataan: ibu, sayang, saya, selamat, hari, terima kasih (Sila rujuk pada lampiran 1B)
kertas berukuran A4
alat tulis
alat mewarna
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian
1) Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Ibu’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 1A)
Aktiviti kedua:
1) Memperkenalkan kosa kata seperti ibu, sayang, hari, selamat, terima kasih dan saya.
2) Berbincang mengenai kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan sempena Hari Ibu.
3) Menghasilkan ‘Kad Hari Ibu’ (Sila rujuk pada lampiran 1C)
Cara-cara membuat ‘Kad Hari Ibu’ Anak anda :
dikehendaki menggunakan sehelai kertas berukuran A4 yang berwarna atau bercorak.
dikehendaki menampalkan kertas yang telah digulung atau yang telah dilukiskan seperti bentuk tangkai bunga pada permukaan kertas warna atau bercorak yang berukuran A4 pilihannya.
dikehendaki menekap dan menyurih tapak tangannya pada permukaan kertas warna atau kertas polos.
setelah selesai menyurih tapak tangannya, dikehendaki mewarnakannya dan kemudian menggunting dan menampalkan lukisan telapak tangan tersebut pada setiap tangkai bunga yang telah dihasilkan pada permukaan kertas berwarna atau bercorak yang telah disiapkan terlebih dahulu… ATAU…
boleh juga mencetak bentuk tapak tangan pada kertas polos dengan menggunakan cat air, dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunting dan kemudiannya menampalkan telapak tangan tersebut pada setiap tangkai bunga yang telah
dihasilkan pada permukaan kertas berwarna atau bercorak yang telah disiapkan terlebih dahulu.
dikehedaki melukis bentuk pasu bunga pada permukaan kertas berwarna dan kemudiannya menggunting dan menampalkan bentuk pasu bunga tersebut pada permukaan kertas yang telah siap dengan tampalan tangkai bunga dan telapak tangannya.
akhir sekali dikehendaki menulis sepotong ayat ringkas mengenai ibunya.
(Dinyanyikan mengikut irama lagu ‘Bangun Pagi’)
Hari ini Hari Ibu,
Semoga Ibu sihat selalu,
Semoga Ibu gembira selalu,
Saya sangat sayang Ibu.
Ibu, Ibu,
Ibu hebat,
Oh, Selamat Hari Ibu!
Saya sangat sayang Ibu,
Oh, Selamat Hari Ibu!
Lampiran 1A
(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)
ibu
selamat
hari
sayang
Lampiran 1B
saya
terima kasih
Contoh : Kad Hari Ibu
Ibu,
(Saya atau nama anak),
sayang ibu.
Terima kasih ibu!
Selamat Hari Ibu!
tangkai bunga
pasu bunga
Lampiran 1C
Ibu,
(Saya atau nama anak),
sayang Ibu.
Terima kasih Ibu!
Selamat Hari Ibu!
Aktiviti Di Rumah - #2
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Hari Ibu
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2) Mengucapkan kata-kata atau ucapan-ucapan yang santun.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu ‘Selamat Hari Ibu’
telur
roti
keju
buah-buahan
sayur-sayuran
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan menonton video cerita ‘Si Tanggang’.
(Sila layari: https://youtu.be/RGpJptVJJvM)
1) Anda dikehendaki bersoal jawab dengan anak anda tentang pengajaran yang anak
anda boleh pelajari daripada cerita Si Tanggang?
Aktiviti kedua:
1) Mengimbas kembali kosa kata yang telah dipelajari seperti ibu, sayang, hari, selamat,
terima kasih dan saya.
2) Menghasilkan sejenis makanan ringan istimewa sempena sambutan Hari Ibu (Sila
rujuk pada lampiran 2A)
3) Mengucapkan kata-kata atau ucapan-ucapan santun sempena Hari Ibu seperti
Saya sayang kepada Ibu!
Terima kasih ibu kerana……
.
Lampiran 2A
Aktiviti Di Rumah - #3
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pakaian tradisional
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengenal pasti dan menyebut nama-nama pakaian tradisonal Melayu. 2) Mengetahui cara-cara pemakaian pakaian tradisional Melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
kad perkataan: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya, kain batik, kain pelekat (Sila rujuk pada lampiran 3D - 3E)
kad bergambar atau bahan maujud: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya (Sila rujuk pada lampiran 3A - 3C)
video cerita ‘Si Tanggang’ (Sila layari: https://youtu.be/RGpJptVJJvM)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan menonton video cerita ‘Si Tanggang’.
(Sila layari: https://youtu.be/RGpJptVJJvM)
1) Setelah menonton video tersebut, anak anda dikehendaki menyebutkan nama jenis-jenis
pakaian yang dapat dilihat di dalam cerita Si Tanggang.
Aktiviti kedua:
1) Memperkenalkan kosa kata seperti tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping,
capal, kebaya, kain batik, kain pelekat. (Sila rujuk pada lampiran 3A - 3E)
2) Berbincang mengenai:
cara-cara pemakaian pakaian tradisional Melayu. (Sila rujuk pada lampiran 3F) jenis-jenis pakaian tradisional yang dipakai untuk sesuatu acara atau majlis.
Lampiran 3A
songkok
baju kurung
baju Melayu
Lampiran 3B
samping
kebaya
tanjak
capal
Lampiran 3C
(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)
songkok
baju kurung
baju Melayu
tanjak
samping
Lampiran 3D
kebaya
(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)
Lampiran 3E
capal
Lampiran 3F
Aktiviti Di Rumah - #4
Kelas : Prasekolah 2
Tema : Pakaian tradisional
Jangka Masa : 30 minit
Objektif:
1) Mengenal pasti dan menyebut nama-nama pakaian tradisonal Melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
kad perkataan: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya, kain batik, kain pelekat (Sila rujuk pada lampiran 3D-3E)
kad bergambar atau bahan maujud: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya (Sila rujuk pada lampiran 3A-3C)
anak patung kertas (Sila rujuk pada lampiran 4A & 4B)
alat mewarna
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Mengimbas kembali nama-nama pakaian tradisional yang telah dipelajari.
Aktiviti kedua:
Aktiviti kraf ‘Anak Patung Kertas’:
Cara-cara membuat anak patung kertas: 1) Warna dan corakkan gambar-gambar anak patung dan pakaiannya (Sila rujuk pada
lampiran 4A-4B) 1) Gunting gambar-gambar anak patung dan pakaiannya mengikut bentuknya. 2) Padankan anak patung kertas tersebut dengan pakaiannya yang bersesuaian.
Lampiran 4A
Lampiran 4B
Aktiviti Di Rumah - #5
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pakaian tradisional
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
2) Mengenal pasti dan menyebut nama-nama pakaian tradisonal Melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
kad perkataan: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya, kain
batik, kain pelekat (Sila rujuk pada lampiran 3D-3E)
kad bergambar atau bahan maujud: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping,
capal, kebaya (Sila rujuk pada lampiran 3A-3C)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Mengimbas kembali nama-nama pakaian tradisional yang telah dipelajari.
Aktiviti kedua:
*Sebelum aktiviti ini dimulakan, anda dikehendaki meletakkan kad-kad bergambar secara
rambang di sekitar rumah anda.
1) Berikan kepada anak anda kad-kad perkataan.
2) Arahkan anak anda untuk mencari dan memadankan kad perkataan yang dimiliki oleh
mereka dengan kad-kad bergambar yang telah diletakkan di sekitar rumah anda.
3) Setelah anak anda berjaya memadankan kad-kad perkataan dengan kad-kad bergambar
dengan betul, anda dikehendaki menggalakan dan meransang anak anda untuk
menyebut nama-nama pakaian yang tertera pada kad-kad bergambar tersebut.
Aktiviti Di Rumah - #6
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Kad bergambar (Sila rujuk pada lampiran 6A-6B)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Berbincang dengan anak anda tentang matlamat dan maksud di sebalik sambutan Hari
Raya Aidilfitri.
2) Anda dikehendaki bersoal jawab dengan anak anda mengenai soalan-soalan berikut:
- Siapakah yang menyambut Hari Raya Aidilfitri?
- Mengapakah Hari Raya Aidilfitri disambut?
- Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri?
Aktiviti kedua:
Lisan - Penerangan berdasarkan gambar:
1) Tunjukan kepada anak anda kad-kad bergambar yang memaparkan tentang persiapan
sambutan Hari Raya Aidilfitri. (Sila rujuk pada lampiran 6A-6B)
2) Berbincang dengan anak anda mengenai persediaan-persediaan yang perlu dilakukan
untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
3) Galakkan anak anda untuk membantu anda dalam melakukan persediaan-persediaan
untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lampiran 6A
Lampiran 6B
Aktiviti Di Rumah - #7
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu ‘Selamat Hari Raya’ (Sila rujuk pada lampiran 7A)
Resipi Kek Cawan buah-buahan (Sila rujuk pada lampiran 7B)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian
1) Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 7A
dan sila layari: https://youtu.be/gUo8IWi5Kws)
Aktiviti kedua:
1) Membuat kek cawan buah-buahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. (Sila rujuk
pada lampiran 5B)
2) Menerangkan tentang bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat adunan kek
cawan buah-buahan.
3) Menerangkan dan menunjukkan cara-cara membuat kek cawan buah-buahan.
4) Memberi peluang kepada anak anda untuk membuat adunan kek cawan buah-buahan.
5) Menerangkan kepada anak anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu
diberi perhatian semasa menggunakan pengadun kek dan ketuhar yang panas.
**Peringatan: Berhati-hati apabila membakar kek cawan buah-buahan dengan
menggunakan ketuhar yang panas!
Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya
Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa
Seruan kita
Untuk semua
Selamat… selamat…
Selamat hari raya
Selamat… Selamat…
Selamat Hari Raya!
Lampiran 7A
Resipi Kek Cawan Buah-Buahan
***********************************
Bahan-bahannya:
150gm mentega
150gm gula kastor
175gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan campur - gaulkan dengan sedikit tepung
untuk mengelakkan buah-buahan tersebut mendap selepas
dibakar
Cara-cara membuatnya:
1) Mula-mula panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
2) Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.
3) Kemudian, putarkan menggunakan alat pengadun kek
selama 2 atau 5 minit.
4) Seterusnya, masukkan buah-buahan campur ke dalam
adunan dan gaulkan hingga sebati.
5) Selepas itu, susunkan acuan cawan kertas di atas dulang
pembakar.
6) Selanjutnya, senduk adunan menggunakan sudu dan
masukkannya ke dalam acuan cawan kertas.
7) Akhir sekali bakar di dalam ketuhar pada suhu
180darjah selsius selama 15 minit.
Selamat Mencuba
Lampiran 7B
Aktiviti Di Rumah - #8
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu ‘Selamat Hari Raya’ (Sila rujuk pada lampiran 7A)
Kad bergambar (Sila rujuk pada lampiran 7B-7E)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian
1) Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 7A
dan sila layari: https://youtu.be/gUo8IWi5Kws)
Aktiviti kedua:
Lisan - Penerangan berdasarkan gambar:
- Berbincang dengan anak anda mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan
mengajukan soalan-soalan berikut:
- Apakah yang perlu dilakukan pada pagi Hari Raya Aidilfitri?
- Apakah yang perlu dilakukan selepas itu?
- Bagaimanakah adab ketika berkunjung ke rumah saudara mara?
- Apakah nama kuih-muih dan juadah yang biasanya dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri? (Sila rujuk pada lampiran 8A – 8D)
Anda boleh menerangkan kepada anak anda tentang beberapa penyesuaian yang
perlu dilakukan sempena kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sepanjang tempoh pemutus litar ekoran penularan wabak virus Covid-19.
Lampiran 8A
Lampiran 8B
tart nanas biskut suji
nanas
kuih baulu kuih makmur
nanas
Lampiran 8C
ketupat rendang
lodeh ayam masak merah
sambal goreng
merah
Lampiran 8D
Aktiviti Rumah - #9
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bahan-bahan yang diperlukan: Video lagu dan cerita Upin dan Ipin:
- Suasana Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/MmFGRFL6Lio)
- Selamat Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/XDaJ0kMHAL0)
- Satu Hari Di Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/A3dLmvtLCoo)
- Balik Kampung (sila layari: https://youtu.be/bJpSikhuMqA)
- cerita ‘Tibanya Syawal’ (Sila layari:https://youtu.be/VlaYwm_JtP4)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian
1) Menyanyikan lagu dari video Upin dan Ipin:
- Suasana Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/MmFGRFL6Lio)
- Selamat Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/XDaJ0kMHAL0)
- Satu Hari Di Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/A3dLmvtLCoo)
- Balik Kampung (sila layari: https://youtu.be/bJpSikhuMqA)
Aktiviti kedua:
Mulakan aktiviti dengan menonton video cerita ‘Tibanya Syawal (Sila layari:
https://youtu.be/VlaYwm_JtP4)
Setelah menonton video tersebut, anak anda dikehendaki menerangkan pengertian di
sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tentang persediaan yang dilakukan sempena
menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Anda boleh menerangkan kepada anak anda tentang beberapa penyesuaian yang perlu dilakukan sempena kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sepanjang tempoh pemutus litar ekoran penularan wabak virus Covid-19.
(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)
Aktiviti Di Rumah - #10
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Fonik
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengecam kosa kata 2) Menyebut kosa kata dengan jelas 3) Memahami arahan yang diberi
Bahan-bahan yang diperlukan:
kad imbasan suku kata (Sila rujuk pada lampiran 10A-10B)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Mengulang kaji menyebut suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’ ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan
‘ju’. (Sila rujuk pada lampiran 10A & 10B)
Aktiviti kedua:
1) Letakkan kesemua kad suku kata di atas lantai secara rambang. 2) Anda dikehendaki menyebut suku kata pilihan anda dan anak anda pula dikehendaki
melompat ke arah kad suku kata yang bersesuaian dengan sebutan suku kata pilihan anda.
3) Anak anda dikehendaki menggabungkan kad-kad suku kata untuk dijadikan perkataan dengan melompat ke arah kad-kad suku kata yang berada di atas lantai.
Lampiran 10A
(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)
la li
lu ra
ru ri Lampiran 10B
ha hi
hu ja
ju ji
top related