mengintai ruang insaf
Post on 05-Jul-2015
449 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KOMSASHARGA REMAJATINGKATAN 4
JULIAN MOK CHONG LENG4 CERDIK
Sajak MENGINTAI RUANG INSAF
MAKSUD SETIAP RANGKAP
rangkap 1
Semakin berat kejahilan
terpikul di bahusemakin jauh
perjalananmemburu nur-Mu
MAKSUDPENYAJAK BERASAKAN SEMAKIN BANYAK DOSA YANG DIBUAT;DIRINYA TERASA SEMAKIN JAUH DARIBELAS KASIHAN DAN RAHMAT ALLAH SWT
rangkap 2
Sewaktu berlari di padang hidupkerap kakiku tersadung selirat akartubuhku tercalar duri pidanapada samar kejauhanancala mulia makin kaburdan menghilang
MAKSUDPenyajak sering melakukan kesilapan dalam hidup sehingga dia berasa kehidupan yang mulia dan diredai Allah SWT semakin sukar untuk digapai
rangkap 3Sekadar songsong aksara katatanpa kembali ke tunjang makna,“Apakah dalam saraf khilafmasih terbuka ruang untukdianugerahkan keinsafan
MAKSUD
Penyajak berasa dalam keadaan diri yang terlalu banyak memikul dosaDia tidak mungkin merasai wujudnya perasaan insaf dalam diri.
rangkap 4
Rabb,moga pintu taubat-Mu terbukasebelum api dari bara itu menyala
MaksudPenyajak amat berharap agar AllahSWT masih menerima keinsafan dan taubatnya dan terhindar dari siksaan api neraka
Maksud kata:nur ~ cahayatersadung ~ tersepak / terlanggarpidana ~ kejahatan (bahasa Indonesia)ancala ~ gunungsongsong ~ berlawananaksara ~ hurufkhilaf ~ kesalahan / keliru / kesilapan
TEMA & PERSOALAN
Tema :Sajak ini bertemakan keinsafan
seseorang yang bermuhasabah diri atas segala kesilapan yang
dilakukannya dan ingin bertaubat kepada pencipta-Nya.
Persoalan :- Manusia tidak terlepas daripada
melakukan kesalahan dalam kehidupan.- Seseorang perlu ada perasaan insaf
dalam dirinya.- Wujud perasaan kesal atas segala
kesalahan yang dilakukan.- Keinginan untuk bertaubat kepada
pencipta-Nya.
BENTUK SAJAK
Sajak ini terdiri daripada 4 rangkap.
- rangkap pertama (4 baris)- rangkap kedua (6 baris)- rangkap ketiga (5 baris)- rangkap keempat (3 baris)
- Jumlah patah perkataan dan suku kata bersifat bebas.
- Rima akhir bersifat bebas.
- Sajak “ Mengintai Ruang Keinsafan” adalah berbentuk bebas.
UNSUR KEINDAHAN DALAM SAJAK..
- Pemilihan kata sajak ini adalah indah.
Contoh: ancala mulia makin kabur
GAYA BAHASA
i- Metafora (sebagai
perbandingan/kiasan)
contoh : padang hidup bermaksud tempat
kehidupan.
- Hiperbola(kiasan yang berlebih-lebihan)
contoh : sebelum api dari bara itu menyala melambangkan api neraka.
-Perlambangan @ imejan
- ancala mulia ( rangkap 2 baris 5 ) yang bermaksud gunung.
-Dalam sajak ini ancala mulia melambangkan amalan atau
tingkah laku yang baik.
- Sinkope (pemendekan sesuatu kata)
Contoh : kakiku - rangkap2 baris 2 tubuhku - rangkap 2 baris 3
Suku kata “ku” adalah pemendekan perkataan “aku”.
UNSUR BUNYI
a) Asonansi – pengulangan bunyi huruf vokal
Contoh :i ) vokal a – apakah dalam saraf khilaf – rangkap 2 baris 3
UNSUR BUNYI
b) Aliterasi – pengulangan bunyi huruf konsonan
Contoh :i ) Pengulangan bunyi konsonan s sekadar songsong aksara kata – rangkap 3 baris 1
PEMINJAMAN PERKATAAN ASING
- Penggunaan Bahasa Arab contoh : Rabb, khilaf
- Penggunaan Bahasa Indonesia contoh : ancala dan pidana
NADA - Sajak ini bernada melankolik atau sayu.
NILAI
- Nilai keinsafan perasaan insaf penyajak terhadap kesalahan yang telah dilakukan pada masa lalu. - Nilai merendah diri Penyajak mengakui terhadap kesilapan yang dilakukannya - Nilai kejujuran Sifat jujur dan ikhlas untuk memohon taubat .
PENGAJARAN
i) Kita mestilah insaf dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan pada masa lalu.
ii) Sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan menjadi panduan dalam menjalani kehidupan.
iii) Peluang dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua manusia.
Uji minda!!!
Penyoalan…
Jawab dengan teliti soalan yang diberikan di bawah:
1. Antara berikut yang manakah menunjukkan perlambangan dalam sajak “ Mengintai Ruang Insaf “.?
a) Ancala mulia makin kabur
b) Semakin berat kejahilan
c) Sekadar songsong aksara kata
TAHNIAH!!!!!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI
SETERUSNYA
maaf!!!
JAWAPAN ANDA KURANG TEPAT
SETERUSNYA
KEMBALI SEMULA
2. Nyatakan maksud ancala mulia makin kabur dalam petikan sajak ini?
a) Gunung semakin tidak kelihatan.
b) Kesalahan yang dilakukan berkurangan.
c) Perilaku baik semakin kurang diamalkan dalam
kehidupan.
TAHNIAH!!!!!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI
SETERUSNYA
maaf!!!
JAWAPAN ANDA KURANG TEPAT
SETERUSNYA
KEMBALI SEMULA
3. Pengajaran yang terdapat dalam sajak “ Mengintai Ruang Insaf “ ialah
a) Hidup ini perlulah dipenuhi dengan keseronokan.b) Peluang dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua manusiac) Berani menghadapi kehidupan.
TAHNIAH!!!!!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI
SETERUSNYA
maaf!!!
JAWAPAN ANDA KURANG TEPAT
SETERUSNYA
KEMBALI SEMULA
Soalan Berbentuk SPM:(i) Nyatakan maksud rangkai
kata sarat khilat. (2 Markah)
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah perlu kita segera bertaubat daripada kesalahan yang telah dilakukan?Nyatakan empat sebab tersebut. (4 Markah)
(iii) Berikan tiga pengajaran yang terkandung dalam sajak “Mengintai Ruang Insaf” (3 Markah)
Jawapan(i) Banyak/penuh dengan kesilapan/kesalahan(ii)a.Supaya kita tidak mengulangi kesilapan itu
lagi b.Supaya dosa-dosa kita diampunkan Allah c.Supaya kita insaf akan kesalahan yang dilakukan d.Dikhuatiri kita tidak sempat bertaubat dan terus bergelumbang dengan kesilapan
(iii)a.Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan b.Kita hendaklah segera bertaubat selepas melakukan kesalahan c.Kita hendaklah ikhlas memohon keampunan daripada Tuhan.
KESIMPULAN
Sajak “ Mengintai Ruang Insaf”
telah mengajak pembaca untuk
kembali kepada Tuhan dan kita
mestilah sentiasa berpandukan
kepada ajaran agama masing-
masing agar kehidupan kita
sentiasa pada kedudukan yang
betul dan lurus.
KATA RENUNGAN
Gunakan hidup ini dengan sesaat yang disukai
oleh Tuhan, jangan sia-siakannya dengan
mengikut kata hati dan nafsu, diam itu lebih
baik daripada berkata-kata yang tidak
sepatutnya....Renung dan muhasabah diri
disebahagian malam adalah satu keinsafan
yang amat menusuk jiwa dan rohani,
sentiasalah fikir akan kematian kita..
SEKIAN, TERIMA KASIH.
top related