menyediakan laporan penyelidikan · pdf file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan...
Post on 06-Feb-2018
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB
MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Peringkat terakhir dalam sesuatu penyelidikan tindakan adalah apabila proses dan
hasilnya dilaporkan. Terdapat beberapa alasan mengapa laporanpenyelidikan perlu
disediakan. Berikut adalah diantara sebab-sebab mengapa penyelidik yang
menjalankan penyelidikan tindakan perlu melaporkan proses serta hasil kajian
mereka (Altricther et al. 1993).
Mengelakkan Terputusnya Penjanaan Ilmu
Ramai pendidik tidak menyedari nilai pengetahuan yang boeh mereka jana daripada
pengalaman yang ditimba dalam bilik darjah. Penyelidikan tinjauan bertujuan untuk
memperbaiki fenomena ini dengan memperkenalkan kepada guru-guru pendekatan
amali bagi menjana pengetahuan hasil daripada pengalaman mereka supaya
mereka sama-sama dapat menyumbangkan pengetahuan tersebut kepada
7
86 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
professional mereka. Justeru itu membuat laporan merupakan langkah yang
terakhir bagi mencapai matlamat. Yakni mengelakkan terpupusnya penjanaan ilmu
dalam kalangan pendidik.
Mempertingkatkan Kualiti Mengrefleksi Amalan
Proses melaporkan pengalaman-pengalaman serta hasil-hasil kajian penyelidikan
tindakan biasanya melibatkan refleksi dan analisis yang menajamkan interpretasi-
interpretasi awal yang sudah dibuat serta membuahkan pandangan pandangan
tambahan. Di samping itu, proses melaporkan juga membantu penyelidik
menteorikan amalan pendidikan mereka. Selain daripada itu, melapor hasil-hasil
penyelidikan tindakan juga merupakan prasyarat untuk guru mendapatkan maklum
balas serta kritikan daripada orang lain yang sekaligus bertindak sebagai ‘quality
control’ terhadap tindakan yangdijalankan tersebut.
Memperjelaskan Pendidrian Melalui Hujah Rasional
Dengan menganalisa dan melaporkan pengalaman mengadakan sesuatu tindakan,
seseorang pendidik berupaya menjelaskan pensiriannya serta rasional terhadap
amalan tersebut. dengan perkataan lain, melalui proses melaporkan penyelidikan
tindakan, guru dilatih mengemukakan pendirian mereka terhadap polisi-polisi
pendidikan yang sedia ada dengan menggunakan hujah-hujah yang mantap dan
rasional
Mengamalkan Tanggungjawab Profesional
Apabila seseorang guru melaporkan tindakan yang diambilnya mengenai sesuatu
amalan pendidikan secara sistematik dan rasional, beliau sebenarnya menunjukkan
sifat bertanggungjawab ke atas rofesinalismenya. Ini adalah kerana kedudukan
profesionalisme guru juga bergantung kepada pandangan pihak-pihak lain seperti
ibu bapa dan masyarakat. Dengan melaporkan hasil-hasil tindakan yan diambil
melalui penyelidikan tindakan, guru yang terlibat menunjukkan komitmen mereka
kepada mereka yang berkenaan dan sekaligus menjadikan pihak-pihak tersebut
Menyediakan Laporan Penyelidikan 87
sebagai rakan kongsi yang mampu memberikan sumbangan serta pandangan
mereka terhadap amalan pendidikan tersebut.
Memainkan Peranan Dalam Perkembangan Profesional
Menurut Schon (1983) melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, seseorang
penyelidik akan menjadi seorang pendidik yang reflektif yang berupaya memainkan
peranan yang lebih aktif dalam perkembangan profesionalismenya dengan cara
berkongsi teori-teori amalan serta pengetahuan bilik darjahnya kepada rakan-rakan
baru dalam profesionnya.
Memperkukuhkan Keyakinan Kendiri Kepada Para Guru
Pengalaman mengajar setelah beberapa tahun kadang-kadang mengaitkan sesuatu
amalan pendidikan menjadi rutin dan terpencil yang boleh menyebabkan kurangnya
perasaan ingin bekerjasama dalam kalangan guru. Melalui proses melaporkan
penyelidikan tindakan yag dilaksanakan, masalah ini dapat dibendung kerana
proses mendokumentasikan perkembangan profesionalisme seseorang guru boleh
menyebabkan terjananya satu badan ilmu yang kolektif. Proses ini biasanya
berupaya memperkuatkan lagi keyakinan kendiri para pendidik mengenai amalan
pendidikan mereka.
Memperbaiki Reputasi Profesionalisme Perguruan
Terdapat ramai guru yang merasakan diri mereka kecil pada pandangan masyarakat
dan mengambil profil yang rendah terhadap isu-isu awam yang berkatan dengan
pendidikan. Akibatnya mereka menjadi bahan kritikan media dan pihak-pihak
tertentu terutamanya ibu bapa kerana mereka kurang bersuara dalam perdebatan
isu-isu tersebut. melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, keadaan ini
dapat diperbaiki dengan terjananya ilmu oleh golongan pendidik sendiri yang
memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan terhadap isu-isu
pendidikan yang menjadi perhatian umum. Ini sekaligus akan meningkatkan
reputasi profesionalisme perguruan mereka.
88 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
ASAS MEMBENTUK LAPORAN PENYELIDIKAN
Penyelidikan tindakan boleh dikategorikan kepada penyelidikan kualitatif
berbentuk kajian kes. Menurut Elliot (1994) dan Zalmorski (1994) dalam Mohd
Kamal Dasuki (1996), ini adalah kerana:
1. Penyelidikan tindakan bersifat khusus, yakni ia menggambarkan situasi
tertentu.
2. Penyelidikan tindakan bersifat longitudinal: yakni ia mendokumenkan satu
proses yang meliputi satu tempoh masa yang tertentu.
3. Penyelidikan tindakan bersifat menyeluruh
4. Penyelidikan tindakan mempunyai kualiti ketulenan dan tidak muda
dipertikaikan.
5. Penyelidikan tindakan biasanya tertumpu kepada pemahaman proses
(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan
dengan interaksi sosial dalam bentuk yang lain)
6. Penyelidikan tindakan banyak melibatkan data jenis deskriptif dan interpretif.
7. Penyelidikan tindakan bersifat kualitatif atau kuantitatif
Menurut mereka lagi, pembentukan laporan sesuatu penyelidikan tindakan haruslah
berdasarkan kepada criteria yang berikut:
1. Mengandungi penjelasan tentang fokus, yakni tentang permasalahan yang
diselidiki atau cuba diperbaiki.
2. Mengandungi penjelasan tentang konteks bagi penyelidikan yang
dilaksanakan.
3. Mengandungi deskripsi tentang strategi tindakan.
4. Meliputi penerangan tentang sejauh mana strategi tersebut dilaksanakan dan
apakah kesannya.
5. Merangkumi penerangan mengenai kesan yang dijangkakan dan kesan yang
tidak dijangkakan serta penerangan tantang kenapa ianya berlaku.
6. Mengandungi deskripsi tentang metodologi yang digunakan untuk mengumul
data dan rasional pemilihan metodologi tersebut.
Menyediakan Laporan Penyelidikan 89
7. Mengandungi dapatan kajian yang disokong dengan pelbagai jenis data.
PROSEDUR MELAPORKAN PENYELIDIKAN
Sebelum menyediakan laporan bagi satu penyelidikan tindakan, adalah baik
sekiranya soalan berikut di ambil kira:
1. Untuk siapa? Khalayak yang berkemungkinan akan membaca laporan
tersebut.
2. Apa? Apa yang akan dimasukkan dalam laporan tersebut.
3. Bagaimana? Apakah pendekatan yang akan digunakan bagi melaporkan
penyelidikan tindakan tersebut.
Untuk Siapa?
Dalam menyediakan laporan penyelidikan tindakan, sesetengah penyelidik tersalah
anggar tentang khalayak yang mungkin berminat dengan kajian tersebut. Altricher
et al. (1993) menyenaraikan lebih daripada 10 jenis khalayak yang berpotensi
seperti berikut:
1. Rakan-rakan di sekolah
2. Guru-guru daripada sekolah yang berdekatan
3. Peserta-peserta latihan dalam perkhidmatan
4. Guru besar
5. Pelajar-pelajar
6. Ibu bapa
7. Nazir sekolah
8. Lembaga pentadbir sekolah
9. Ahli akademik
90 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
10. Masyarakat tempatan
11. Media
Apa?
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, perkara-perkara yang perlu dimasukkan
dalam sesuatu laopran penyelidikan tindakan termasuklah penjelasan dan deskripsi
mengenai penyataan masalah, konteks, reka bentuk kajian, strategi tindakan dan
kesannya serta analisa dapatan kajian.
Bagaimana?
Oleh kerana khalayak yang mungkin berminat mengetahui hasil-hasil penyelidikan
tindakan yang dijalankan berbeza antara satu dengan yang lain, pendekatan
melaporkan penyelidikan tindakan juga biasanya berbeza. Misalnya, seseorang guru
boleh melaporkan dasil penyelidikannya kepada masyarakat setempat dengan
menulis rencana pendek dalam surat khabar, manakala laporan yang akan
dikemukakan kepada pengetuanya mungkin akan menjadi lebih formal dan
terperinci. Berikut adalah di antara pendekatap-pendekatan yang boleh digunakan
oleh seseorang guru untuk melaporkan hasil penyelidikannya.
Laporan Lisan dan Perbincangan Berbentuk Wacana
Satu cara melaporkan hasil penyelidikan tindakan adalah secara lisan. Ini boleh
dilaksanakan dalam bentuk bengkel atau seminar yang melibatkan pendidik lain
atau mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan.
Persembahan Dalam Bentuk Grafik
Sesetengah hasil kajian penyelidikan tindakan boleh dilaporkan secara grafik dalam
bentuk gambar rajah, jadual atau karikatur. Sekiranya persembahan seperti ini
dapat dipaparkan di papan kenyataan umum seperti di bilik rehat guru tentulah
ianya akan menarik perhatian dan membuka peluang kepada perbincangan dalam
Menyediakan Laporan Penyelidikan 91
kalangan guru kerana persembahan dalam bentuk grafik biasanya ringkas dan
mudah difahami.
Persembahan Audio-Visual
Saru lagi cara melaporkan hasil penyelidian tindakan adalah melalui persembahan
audio-visual. Klip-klip video yang merakamkan aktiviti-aktiviti proses penyelidikan
tindakan yang dijalankan boleh menjadi bahan kepada perbincangan pihak yang
melihatnya.
Rangkaian Komputer
Salah stau cara yang efektif melaporkan hasil-hasil penyelidikan tindakan yang
dijalankan adalah melalui rangkaian-rangkaian computer yang sedia ada pada masa
kini terutamanya melalui rangkaian mel elektronik dan alat-alat Internet yang lain
seperti Usenet Newsgroups dan Buletin Board dalam World Wide Web.
Dokumen Bertulis
Cara paling biasa dan popular melaporkan hasil-hasil penyelidkan tindakan adalah
melalui dokumen-dokumen bertulis.
PENULISAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Oleh kerana kebanyakan penyelidikan tindakan adalah berdasarkan konteks sesuatu
amalan itu dijalankan, kajian kes merupakan format yang paling biasa digunakan
bagi melaporkan hasil kajian tersebut. menurut Altricter et al. (1993), satu lagi
format yang boleh digunakan ialah cross-case analaysis.
Kajian Kes
Secara umumnya, kajian kes adalah laporan bertulis di mana guru yang terlibat
dalam penyelidikan tindakan memberikan maklumat entang satu kes daripada
amalan pendidikan mereka termasuklah maklumat seperti konteks, penyataan
masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian, strategi-strategi tindakan
92 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
serta isu-isu lain yang berkaitan. Berikut adalah di antara cara-cara menstrukturkan
penulisan satu kajian kes.
Menyusun Mengikut Urutan Kajian
Kaedah penulisan kajian kes suatuenyelidikan tindakan adalah dengan melaporkan
pengalaman dan dapatan mengikut uruta kronologikal seperti mana ianya berlaku.
Adalah baik sekiranya urutan ini dapat digambarkan juga dalam bentuk gambarajah
atau satu senarai urutan. Salah satu kelemahan penulisan laporan menkut kaedah
ini adalah kesukaran membuat perkaitan di antaa satu lankah dengan yang ain dan
kemungkinan laporan menjadi terlalu deskriptif dan tidak analitis.
top related