mesyuarat jawatankuasa teknikal … 4_melaka... · penyelarasan aktiviti yang mantap supaya...
Post on 06-Feb-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL
CLEARINGHOUSE MyGDI (JTCM) 2017
PERBENTANGAN
JABATAN KETUA MENTERI MELAKAPENUBUHAN DAN PELAKSANAAN GIS NEGERI MELAKA
KANDUNGAN
PENGENALAN
TADBIR URUS GIS NEGERI MELAKA
PELAN INDUK GIS NEGERI MELAKA
Teras Pembentukan Strategi Pelan Induk GIS Negeri Melaka 2010-2015
FASA PEMBANGUNAN
CABARAN PELAKSANAAN GIS NEGERI MELAKA
1MAP MELAKA
PENGENALAN
Pembangunan GIS Negeri Melaka yang melibatkan jalinan kerjasama antara agensi
kerajaan Negeri Melaka dan juga Kerajaan Persekutuan memerlukan koordinasi dan
penyelarasan aktiviti yang mantap supaya pelaksanaan sistem 1Map Melaka dapat
dilaksanakan secara jelas dan lancar.
Penglibatan dan komitmen yang tinggi dipelbagai peringkat dan bidang kerja akan
memberi impak yang sangat besar kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Proses tranformasi perubahan penggunaan teknologi GIS telah berlaku sejak tahun 90-
an dan perubahan demi perubahan telah berlaku melalui pelbagai program yang telah
dilaksanakan sama ada di peringkat persekutuan negeri dan daerah.
TADBIR URUS GIS NEGERI MELAKA
Terdapat dua peringkat pengurusan untuk pelaksanaan iaitu Peringkat Jawatan Kuasa
dan Peringkat Unit Induk GIS Negeri Melaka
KUMPULAN KERJA DATA GEOSPATIAL
Pengerusi : Pengerah Perancang Bandar Dan Desa Negeri Melaka
Urusetia : GIS Negeri Melaka
JAWATANKUASA TEKNIKAL MyGDI NEGERI MELAKA
Pengerusi :Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri / Setiausaha Bahagian UPEN Melaka
Urusetia : GIS Negeri Melaka
JAWATANKUASA PENYELARAS MyGDI MELAKA
Pengerusi : Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Urusetia : Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Melaka
TADBIR URUS GIS NEGERI MELAKA
Pengerusi : Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Urusetia : Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Melaka
Fungsi dan Tanggungjawab :
• Menerima pakai polisi dan standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras MyGDI
Kebangsaan (JPMK)
• Memastikan Clearinghouse MyGDI diguna pakai oleh semua agensi di bawahnya
• Menyelaras perancangan penyediaan dan geospatial bagi tujuan perkongsian melalui
MyGDI di peringkat negeri bagi mengelakkan pertindihan usaha pengutipan data
• Menubuhkan Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri (JTNM) dan memantau pelaksanaan
MyGDI di peringkat negeri
• Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi
aktiviti MyGDI.
JAWATANKUASA PENYELARAS MyGDI MELAKA
TADBIR URUS GIS NEGERI MELAKA
Pengerusi : Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Urusetia : GIS Negeri Melaka
Fungsi dan Tanggungjawab :
• Melaksanakan polisi dan standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras MyGDI
Kebangsaan (JPMK)
• Memastikan Clearinghouse MyGDI diguna pakai oleh semua agensi di bawahnya
• Merancang penyediaan dan penyelenggaraan data geospatial bagi tujuan perkongsian
melalui MyGDI di peringkat negeri
• Merancang keperluan kewangan, tenaga manusia serta teknologi bagi aktiviti MyGDI di
peringkat negeri.
Aspek-yang di bincangkan dan di uruskan oleh jawatankuasa :-
• Data, Aplikasi, Tanggungjawab Organisasi, Latihan dan Sokongan.
JAWATANKUASA TEKNIKAL MyGDI NEGERI MELAKA
TADBIR URUS GIS NEGERI MELAKA
Pengerusi : Pengerah Perancang Bandar Dan Desa Negeri Melaka
Urusetia : GIS Negeri Melaka
Fungsi dan Tanggungjawab :
• Melaksanakan polisi dan standart yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras MyGDI
Kebangsaan (JPMK)
• Memastikan Clearinghouse MyGDI diguna pakai oleh semua agensi di bawahnya
• Merancang penyediaan dan penyelenggaraan data geospatial bagi tujuan perkongsian
melalui MyGDI di peringkat negeri
Aspek-yang di bincangkan dan di uruskan oleh jawatankuasa :-
• Penyelarasan Data, Aplikasi, Tanggungjawab Organisasi, Latihan dan Sokongan.
KUMPULAN KERJA DATA GEOSPATIAL
KUMPULAN KERJA DATA GEOSPATIAL
Agensi yang menyumbang data utama
APD 1
1. Jabatan Perancangan Bandar Dan
Desa Negeri Melaka
2. Bahagian Koridor Infrastuktur Dan
Impak Sosial
3. Jabatan Ukur Dan Pemetaan
Negeri Melaka
4. Jabatan Kerja Raya Melaka
5. Jabatan Pengaliran Dan Saliran
Melaka
6. Pejabat Tanah Melaka Tengah
7. Pejabat Daerah Melaka Tengah
8. Pejabat Tanah Alor Gajah
9. Pejabat Daerah Alor Gajah
10. Pejabat Tanah Jasin
11. Pejabat Daerah Jasin
12. Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah
13. Majlis Perbandaran Alor Gajah
14. Majlis Perbandaran Jasin
15. Majlis Perbandaran Hang Tuah
Jaya
Agensi yang berpotensi dalampenyumbangan data
APD 2
1. Badan Kawal Selia Air
2. Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri
Melaka
3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan
Galian (Persekutuan) Negeri Melaka
4. Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Melaka
5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Melaka
6. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka
7. Jabatan Mineral Dan Geosains
Negeri Sembilan/Melaka
8. Majlis Agama Islam Melaka
9. Jabatan Mufti Negeri Melaka
10. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
11. Jabatan Pertanian Negeri Melaka
12. Jabatan Pendidikan Melaka
13. Perbadanan Muzium Melaka
14. Lembaga Perumahan Melaka
Agensi sokongan dalam kepakaran
teknikal dan infrastruktur.
SOKONGAN
1. Bahagian Perkhidmatan Teknologi
Maklumat, JKMM
2. Pusat Infrastruktur Data Geospatial
Negara
3. Pejabat Projek Zon Selatan JPBD
Semenanjung Malaysia
4. Bahagian K –Ekonomi, JKMM
5. Jabatan Penilaian Dan
Perkhidmatan Harta Negeri Melaka
*APD : Agensi Pembekal Data
TENAGA KERJA GIS NEGERI MELAKA
Nama : Ahmad Syukri Bin Abu Bakri
Jawatan: Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
Gred : J41
Nama : Ahmad Yazed Bin Ibrahim
Jawatan: Pegawai Teknologi Maklumat
Gred : F41
Nama : Nik Yusna Suryana Binti Nik Yusoff
Jawatan: Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
Gred : J29
Nama : Nur Farah Syazwani Binti Bahaman
Jawatan: Juruteknik Komputer
Gred : FT19
PELAN INDUK GIS NEGERI MELAKA
Dokumen ini disediakan khusus sebagai satu rujukan dalam kerja-kerja seharian agensi-agensi di
bawah pentadbiran SUK Negeri Melaka untuk membantu pihak pengurusan agensi dalam
merancang dan melaksana program-program projek berasaskan komponen maklumat
Geospatial.
Pembangunan dokumen ini melibatkan cadangan dan halatuju pembangunan GIS Negeri
Melaka dari 2010 – 2015.
Pelan Induk ini dibangunkan supaya dapat membantu mencapai salah satu strategi ICT di
peringkat Negeri dan juga siring dengan pengistiharan Melaka Maju 2010.
Makluman : Pelan Induk GIS Negeri Melaka 2010-2015 dalam proses kajian semula iaitu Pelan
Induk GIS Negeri Melaka 2016-2025.
PELAN INDUK GIS NEGERI MELAKA
Matlamat : mengenalpasti keupayaan dan kesediaan agensi-agensi untuk memantapkan
lagi kaedah pelaksanaan dan pengurusan pembangunan GIS seterusnya merangka strategi
khusus bagi memastikan setiap program pelaksanaan GIS adalah mematuhi kehendaksemasa dan juga masa depan.
Objektif :
i. Mengkaji dan menilai status dan kesediaan agensi dalam aspek prasarana infrastruktur
sedia ada, tenaga kerja dan kepakaran agensi dan PBT dalam Negeri Melaka yang
menyediakan produk data geospatial.
ii. Mengenal pasti ruang dan jalinan kerjasama secara horizontal dan vertical antara agensi
di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan yang boleh dijadikan asas dalam
memastikan kejayaan perlaksanaan State Geospatial Data Centre (SGDC) di Negeri
Melaka.
iii. Mengenalpasti keperluan dan kumpulan pengguna di peringkat Agensi Teknikal Negeri
dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.
Sambungan Objektif :
iv. Mengkaji dan menilai penggunaan dasar, peraturan, polisi dan SOP sedia ada
dalam pembangunan dan pengurusan data geospatial serta perancangan danperlaksanaan di agensi dan PBT Negeri Melaka.
v. Mengenalpasti kesesuaian teknologi terkini yang boleh dipertimbangkan oleh
Kerajaan Negeri Melaka.
vi. Menggariskan dasar dan cadangan yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai
rujukan utama kepada Kerajaan Negeri dalam aspek pengurusan data Geospatial.
PELAN INDUK GIS NEGERI MELAKA
Teras Pembentukan Strategi Pelan Induk
GIS Negeri Melaka 2010-2015
Teras Utama
pembentukan strategiPelan Induk GIS Negeri
Melaka
Teras Pembentukan Strategi Pelan Induk
GIS Negeri Melaka 2010-2015
PEMBANGUNAN MODAL INSAN :
Teras pembangunan modal insan menekankan kepada revolusi penerapan nilai-nilai murni dalam
organisasi kerajaan Negeri Melaka sama ada peringkat Negeri dan juga Daerah bagi memastikan
setiap aktiviti-aktiviti melibatkan Geospatial dapat dimanfaatkan dengan bijaksana oleh setiap
individu sasaran di dalam organisasi. Ia menjadi faktor pendorong kepada kejayaan dalam aspek
pembangunan GIS di peringkat Negeri Melaka secara berterusan. PMI bertanggungjawab
meningkatkan profesionalisme GIS melalui program latihan yang sistematik dan tersusun serta
mengambilkira keperluan latihan semasa dan akan datang dalam bidang GIS dan juga pengurusan.
PEMANTAPAN SUMBER KEWANGAN :
Sumber kewangan adalah satu elemen yang mana sangat dominan apabila sesuatu projek itu ingin
dilaksanakan tidak terkecuali juga untuk pembangunan GIS. Ini adalah faktor utama dalam
pemantapan pembangunan GIS di Negeri Melaka yang mana sumber kewangan yang mencukupi
dan dapat diurus dengan baik akan menyumbang kepada kejayaan setiap program pembangunan
GIS Negeri Melaka khususnya kepada agensi-agensi pembekal data dan juga kepada pengguna.
Teras Pembentukan Strategi Pelan Induk
GIS Negeri Melaka 2010-2015
PENGUKUHAN DATA GEOSPATIAL :
Pangkalan data geospatial merupakan pusat penyimpanan datadata GIS. Pembangunan
pangkalan data secara berterusan merupakan keperluan utama dalam menjalankan analisa,
unjuran dan pemetaan. Oleh itu, perancangan yang teliti dan rapi diperlukan bagi menjamin tujuan
dan objektif sebenar pembangunan pangkalan data dicapai. Perancangan yang rapi dari segi
rekabentuk model pangkalan data, pendekatan pembangunan pangkalan data, pengurusan
sumber, perkongsian data dan maklumat serta pengurusan dan penyelenggaraan perlu diberi
penekanan.
PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR (PERKAKASAN, PERISIAN DAN RANGKAIAN) :
Dengan infrastruktur yang lengkap dan sempurna ia adalah faktor utama naik dan turunya sesuatu
pembangunan GIS khsususnya kepada aplikasi 1Map Melaka sebagai gerbang perkongsian data
peringkat Negeri Melaka.
Teras Pembentukan Strategi Pelan Induk
GIS Negeri Melaka 2010-2015
PENINGKATAN APLIKASI GIS :
Peningkatan aplikasi melalui 1Map Melaka adalah satu inisiatif terbaik dan perlu dilaksanakan dalam
persekitaran atas talian (Online). Melalui aplikasi ini, agensi-agensi Negeri Melaka boleh berkongsi
maklumat dan data geospatial dalam satu aplikasi yang sama. Melaui peningkatan aplikasi, data
dan maklumat boleh dikemaskini oleh agensi pembekal data (APD) secara terus menggunakan
aplikasi atas talian (online) berdasarkan kepada garis panduan khusus yang akan disediakan oleh
kumpulan kerja GIS peringkat Negeri.
FASA PEMBANGUNAN
CABARAN PELAKSANAAN GIS NEGERI
MELAKA1. SUMBER MANUSIA
Tidak mempunyai kepakaran GIS.
Tidak mempunyai arahan kerja yang tetap / pegawai berubah-ubah.
Kerja-kerja GIS tidak termasuk di dalam skop kerja fail meja / SKT.
Pertukaran pegawai yang kerap.
Unit GIS ditubuhkan di peringkat Jabatan Ketua Menteri dan setiap agensi memerlukan seorang pegawai GIS.
Latihan secara berkala ditawarkan kepada agensi.
2. PENYEDIAAN METADATA
Agensi tidak sedar kepentingan penyediaan metadata.
Agensi tidak mempunyai keperluan untuk membuat sebaran data.
Bengkel 2 kali setahun
3. PENGUMPULAN DATA
Tiada polisi perkongsian data spatial di peringkat agensi/negeri.
Polisi kerahsian data yang tidak jelas.
•Jadual ANNEX/pengesahan perkongsian data daripada agensi dikeluarkan.
CABARAN PELAKSANAAN GIS NEGERI
MELAKA4. PENYELARASAN DATA SPATIAL
Tiada Standard Data kerana mempunyai keperluan data yang berbeza-beza.
Menggunakan perisian yang sedia ada yang tidak selaras dan mengikut peruntukan jabatan.
Mesyuarat Fokus Group dijalankan bagi membincangkan dan menyelaras data agensi
5. PERKONGSIAN DATA
Tidak mempunyai arahan kuasa yang jelas untuk berkongsi data dengan agensi lain.
Tidak mempunyai “one-stop centre data”.
Pegawai tidak mempunyai kuasa penuh ke atas data yang dibangunkan untuk perkongsian secara terus.
Menggunakan platform 1Map Melaka sebagai “One-Stop Centre” data dan perkongsian data di sahkan didalam jadual
ANNEX.
6. PELAN INDUK GIS NEGERI MELAKA
Hala tuju pelan induk GIS perlu selaras dengan hala tuju pembangunan negeri Melaka.
Tiada penanda aras yang sesuai boleh diikuti.
Kajian Semula Pelan Induk GIS 2010 – 2015 diperhalusi dan hala tuju GIS Negeri Melaka diterbitkan dalam Pelan Induk
GIS 2016 – 2025
SOP dan Polisi diterbitkan dan perlu digunakan oleh semua agensi.
Sekian….
top related