microsoft word - minit mesyuarat panitia sains kali ke2e
Post on 15-Jun-2015
2.083 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Sekolah menengah Kebangsaan Seksyen 18,
Jalan Kelapa Bali 18/43, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali ke-2 Tahun
Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :
Kehadiran:
Bil Kali dan tarikh
Nama dan jawatan
1
19/1
2
26/4
3
1 Pn. Rosnah bt. Abdul Rahman
Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik / /
2 Pn. Marziana bt. Mohd Zaki
Ketua Panitia Sains / /
3 Pn. Siti Sabariah bt. Mohd Yusof
Penyelaras Fizik / /
4 Pn. Chong Pei Si
Penyelaras Kimia / /
5 En. Ahmad Shamsuri b. Kamaluddin
Penyelaras Biologi / /
6 Pn. Siti Marwiah bt. Mohali / /
7 Pn. Sarzini bt. Aziz / /
8 Pn. Norizah bt. Adnan / /
9 Pn. Nurul Huda bt. Adam / /
10 Pn. Azmah bt. Azmi / /
11 En. Ahmad Roslan b. Mohamad / /
12 Pn. Khalillah bt. Mohd. Haidzir
Penolong Panitia Sains / /
13 Pn. Ayuni bt. Hassan / /
14 Pn. Siti Noor Riza bt. Ibrahim / /
15 Cik Siti Shaharzad bt. Wahab / /
Agenda:
1 Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis
1.1 Puan pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kehadiran semua guru.
2 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Majlis bersetuju mengesahkan sebulat suara minit mesyuarat yang lepas
disahkan tanpa pindaan oleh Puan Siti Sabariah dan diterima oleh Puan Chong.
3 Perkara berbangkit
3.1 Perkara 2.1 Buku Rekod Mengajar
3.1.1 Semasa mesyuarat kurikulum, pengetua menegaskan tentang remarks yang
ditulis dalam buku rekod mestilah berubah dan bukannya sama setiap kali.
3.1.2 Pengetua juga mengingatkan tentang melengkapkan markah ujian bulanan.
3.1.3 PAR akan menentukan siapa yang akan menanda buku rekod.
Tindakan: Semua Guru
3.2 Perkara 2.2 Buku Nota dan Latihan
3.2.1 Pelajar mestilah sudah mempunyai 3 buah buku iaitu sebuah buku nota,
sebuah buku latihan dan sebuah buku laporan eksperimen.
Tindakan: Semua Guru
3.3 Perkara 2.3 Ujian dan Peperiksaan
3.3.1 PMR
Tarikh bermula peperiksaan PMR telah ditetapkan pada 17.10.. Kertas soalan
Matematik dan Sains PMR masih lagi berformat dwibahasa.
Tindakan: Semua Guru PMR
3.3.2 Penggubal Soalan Peperiksaan
3.3.2.1 Setiap penggubal soalan mestilah melengkapkan dan menghantar soalan
pada masa yang ditetapkan tidak mengira jika guru tersebut berkursus atau
keluar sekolah.
3.3.2.2 Jika soalan lambat dihantar, soalan tersebut mestilah melalui pengetua
terlebih dahulu sebelum di riso.
3.3.2.3 Format muka depan adalah dalam Bahasa Inggeris.
3.3.2.4 Format soalan di sertakan dalam lampiran.
3.3.2.5 Gambarajah mesti dilabel dan diletakkan bilangan
3.3.2.6 Guru penggubal soalan hanya perlu menyediakan 2 set soalan beserta JPU
dan skema jawapan dan diserahkan kepada KP bagi tujuan serahan ke
GKMP dan PSS.
Tindakan: Semua Guru Penggubal Soalan
3.4 Perkara 2.4 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan
3.4.1 Pencerapan pertama telah dijalankan dan laporan mengenainya dibentangkan
oleh ketua-ketua panitia.
3.4.2 Pembetulan dicadangkan supaya dibenarkan pelajar membetulkan kesalahan
mereka semasa perbincangan dilakukan. Pelajar mengambil masa yang
banyak hanya untuk membuat pembetulan. Menyalin semula soalan dan
membuat pembetulan hanya membazir masa pelajar dan guru.
3.4.3 Setiap akhir subtopik mesti disusuli dengan latihan.
3.4.4 Puan Pengerusi menegur tentang pembetulan secara formal yang kurang
dilakukan.
3.4.5 Puan Chong memberi komen kebanyakan guru memberi latihan mengikut
topik tetapi pelajar yang lambat tidak melengkapkan latihan yang diberi.
3.4.6 Puan Sarzini pula mencadangkan guru menulis latihan atau bilangan latihan
yang diberi atau yang tertinggal di bahagian indeks atau di akhir muka yang
ditanda.
3.4.7 En. Samsuri memberi komen bahawa ramai pelajar tidak membuat
pembetulan apabila terdapat kesalahan.
3.4.8 Puan siti Sabariah memberi komen bahawa kebanyakan pelajar dapat
melengkapkan kerja tetapi masih ramai yang tidak melengkapkan kerja
mereka.
Tindakan: Semua Guru
3.5 Perkara 2.7 Program Peningkatan Prestasi
3.5.1 “Vocabulary five terms a day” perlu disediakan di dalam ruangan di tepi buku
nota/latihan.
3.5.2 Latihan berdiagramatik iaitu menulis catatan ringkas berkenaan gambarajah
juga perlu diajar dan digunakan di dalam kelas.
Tindakan: Semua Guru
3.5.3 Gerak gempur sains tingkatan 3 juga perlu dijalankan. Gerak gempur
mestilah mengandungi 10 soalan subjektif berformat PMR dan dijalankan
sebulan sekali.
3.5.4 Latihan-latihan tambahan juga perlu dijalankan seperti Diagnostic test: setiap
kali selepas selesai setiap topik, latihan topical iaitu latihan selepas selesai
P&P.
Tindakan: Semua Guru
3.5.5 Penggunaan workbook tidak dibenarkan sama sekali semasa P&P
Tindakan: Semua Guru
3.5.6 Latihan masa cuti telah berjalan lancar. Guru-guru diminta untuk merujuk
jadual untuk mengetahui giliran penggubalan soalan.
3.5.7 Klinik sains/PATS oleh dibuat semasa kelas tambahan.
Tindakan: Semua Guru
3.6 Perkara 2.9 Kokurikulum
3.6.1 PPSMI
Hanya kelas tingkatan 4 sahaja yang ada PPSMI corner. Format akan
ditampal pada setiap kelas untuk ditampal pada setiap sudut tersebut.
Bermula dengan tingkatan 2 sesi pagi. Sesi petang dikecualikan. Dimulakan
pada bulan April. Pemarkahan diberikan sebulan sekali dan dipantau oleh
seorang guru.
3.6.2 Makluman kepada kelab guru untuk mendapatkan naskhah booklet yang
disisipkan pada suratkhabar dari setiap guru yang melanggan suratkhabar
melalui sekolah. Booklet akan disimpan di makmal untuk kemudahan akses
guru.
3.6.3 Burn CD yang tidak dapat diperolehi di sekolah ini. CD akan di pindah lokasi
untuk di burn supaya setiap sekolah mempunyai CD asal. CD yang
dipindahkan akan dicatatkan
3.6.4 Buddy Support System
3.6.4.1 Pn. Rosnah ada menyuarakan ketidak puasan hati tentang kehadiran guru
semasa aktiviti buddy support system dijalankan. Program ini adalah wajib.
Guru- guru diingatkan supaya menghadiri aktiviti tersebut.
3.6.4.2 Bengkel penyediaan bahan akan dijalankan pada hari jumaat yang akan
ditetapkan kemudian.
Tindakan: Semua Guru
4 Sistem Fail
4.1 Fail Guru/Fail Individu
4.1.1 Fail guru mesti dilengkapkan surat perlantikan, senarai nama pelajar, ISF dan
skema peka.
4.1.2 Fail Peka, Fail Panitia, Fail Kokurikulum dan Fail Headcount adalah
dikategorikan sebagai fail individu.
Tindakan: Semua Guru
5 Analisa Ujian 1 2008
5.1 Pengerusi membentangkan analisa Ujian 1.
6 Program Peningkatan Prestasi
6.1 Pecutan 2008
6.1.1 Jadual bagi pecutan seperti yang terdapat di lampiran.
6.1.2 Pecutan seharusnya dijalankan seminggu sebelum peperiksaan sebenar bagi
semua tingkatan.
6.1.3 Guru-guru tidak dibenarkan mengajar, sebaliknya guru-guru mestilah
menjalankan program pecutan bagi semua kelas yang diajar.
6.1.4 Soalan-soalan mestilah didapatkan dari buku-buku latihan topikal atau
koleksi soalan-soalan peperiksaan. Soalan-soalan tidak digalakkan di riso
sebaliknya mestilah di fotostat dan dibiaya oleh guru atau pelajar.
6.1.5 Jika kertas edaran digunakan guru mestilah memberikan satu set kepada Puan
Marziana.
6.1.6 Pelaksanaan pecutan adalah mengikut jadual waktu P&P masing-masing.
6.1.7 Laporan mestilah dihantar kepada Puan Marziana.
Tindakan: Semua Guru
6.2 Teknik Menjawab Soalan PMR dan SPM (Bengkel)
6.2.1 Bengkel teknik menjawab soalan PMR dan SPM hanya bagi subjek BM, BI,
Matematik, KH dan Sains. Bengkel akan dibuat di sekolah.
6.3 Ujian Diagnostik
6.3.1 Ujian diagnostik perlu dijalankan selepas setiap topik di dalam kelas semasa
P&P.
Tindakan: Semua Guru
6.4 Ujian Intervensi
6.4.1 Ujian intrvensi adalah ujian pemulihan yang diselaraskan bagi tingkatan 3
dan tingkatan 5.
Tindakan: Semua Guru Tingkatan 3 dan 5
6.5 Modul
6.5.1 Modul-modul disediakan bagi subjek-subjek yang sukar. Modul digunakan
semasa ulangkaji atau semasa belajar.
6.5.2 Modul-modul mestilah dihantar untuk difotostat, dikecilkan dan diringkaskan
dari topik-topik yang telah dikenalpasti sebagai topik yang sukar.
6.6 Guru-guru mencadangkan supaya program motivasi untuk meningkatkan
kesedaran diri tentang keperluan dan kepentingan belajar dijalankan untuk para
pelajar.
Tindakan: Semua Guru Tingkatan 3 dan 5
6.7 Peningkatan P&P Guru-Guru
6.7.1 Guru-guru mestilah meningkatkan kualiti P&P dengan mengadakan
perbincangan dengan guru-guru lain.
6.7.2 Format untuk program peningkatan P&P guru-guru akan diselaraskan.
6.7.3 Guru-guru juga digalakkan untuk memanfaatkan Buddy Support System
untuk meningkatkan kualiti P&P.
Tindakan: Semua Guru
7 Hal-hal Lain
7.1 Koleksi ICT
7.1.1 Setiap Panitia mestilah menghantar satu bahan ICT untuk dimuatkan di dalam
koleksi ICT sekolah.
7.2 Minit Curai
7.2.1 Setiap guru yang keluar untuk mesyuarat atau kursus mestilah menyediakan
minit curai.
7.3 Kad Pelaporan
7.3.1 Kad pelaporan mestilah diisi dan guru-guru mestilah mendapatkan
tandatangan dari pegawai yang menguruskan kursus tersebut.
7.4 Aktiviti Kokurikular
7.4.1 Skor A
7.4.2 Kuiz Kimia : Telah dijalankan pada 17 April
7.4.3 Kuiz Bio : Akan dijalankan pada bulan Jun
7.4.4 Pemeringkatan Prestasi
Tindakan: Semua Guru
7.5 Pertandingan Mencipta Roket
7.5.1 Akan dijalankan pada 6 Mei di SMK USJ 12 pada jam 8 Pagi. Hanya pelajar
tingkatan 4 dan 5 terlibat.
Tindakan: Pn. Siti Sabariah
7.6 Syarahan Awam Pusat Sains Negara
7.6.1 40 orang pelajar diberi peruntukan untuk ke Pusat Sains Negara pada 22 Mei.
Kemungkinan besar pelajar tidak akan dihantar kerana pada hari tersebut
adalah Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(CIK SITI SHAHARZAD WAHAB) (PN. MARZIANA BT MOHD ZAKI)
top related