minit mesyuarat ajk kelompok padi kali ke kedua (1)
Post on 03-Dec-2015
17 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Minit Mesyuarat AJK Kelompok Padi Kali ke Petama
HARI : KhamisTARIKH : 10.6.2015MASA : 3.00 PTGTEMPAT : Dewan Kampung Pasir Gajah
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi Kelompok
2.
3. Hal-Hal Lain
Senarai Nama Yang Hadir :
1. Khairuddin bin Mohd
2. Khairul Anuar bin Sharifuddin
3. Abdul Khalid bin Ismail
4. Mohamad Irwan bin Daud
5. Ismail bin Hamzah
6. Zainal Abidin bin Wi
7. Azman bin Othman
8. Taharuddin bin Mohd Yusof
9. Abd Halin bin Ismail
10. Isa bin Ibrahim
11. Harun bin Hamid
12. Azhari Ainun bin taharim
13. Mohamad Shahriman bin Mat Isa
14. Hj Taris bin Ismail
15. Hj Mohamaed Salehin bin Abd Talib
16. En. Che Mat bin Abdullah
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Kelompok
Pengerusi memulakan membaca surah Al Fathihah dan memberi
salam kepada semua. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
AJK yang sudi hadir ke mesyuarat ini. Beliau juga menerangkan tujuan
mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara semasa
yang berkaitan dengan aktiviti tanaman padi pada musim ini.
Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
En. Khairul Anuar bin Sharifuddin selaku setiausaha Kelompok telah
membentang Minit Mesyuarat AJK Kelompok Padi Parit 1,2,3, dan 3 ½
kali pertama.
En. Harun bin Hamid telah mencadangkan minit mesyuarat ini
disahkan.
En.Zainal Abidin bin Wi telah menyokong minit mesyuarat ini disahkan.
Agenda 3 : Membantang dan Mengesahkan Laporan Kewangan
En. Abdul Khalid bin Ismail selaku Bendahari membentang laporan
kewangan kelompok.
En. Azman bin Othman mencadangkan laporan kewangan ini
disahkan.
En.Ismail bin Hamzah menyokong laporan kewangan ini disahkan.
Agenda 4 : Penetapan Tarikh Menabur Benih Padi
Pengerusi kelompok telah mencadangkan pada musim kedua 2015/16
akan bermula dari Parit 31/2 dan membawa ke Parit 1.
Ianya dimulakan dengan Majlis Doa Selamat pada :
Hari : Ahad
Tarikh : 20.9.2015
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Kelompok Padi, Parit 1
Tindakan :
Disediakan oleh
…..………………………………………………(En.Khairul Anuar bin Sharifuddin)
SetiusahaKelompok Padi
Parit 1, 2, 3, dan 3 1/2
Disahkan oleh
………………………………………(En.Khairuddin bin Mohd)
PengerusiKelompok Padi
Parit 1, 2, 3, dan 3 1/2
Agenda 5 : Melanjutkan Khidmat Bekalan Air ke Sawah
En. Zainal Abidin bin Wi telah mencadangkan agar bekalan air ke
sawah padi dilanjutkan agar padi didalam sawah Parit 1 hingga ke
Parit 31/2 mendapat bekalan air didalam sawah sekurang-kurangnya
100 hari.
Pihak kelompok telah menghantar sepucuk surat kepada jurutera JPS
PerakTengah.
Surat kepada JPS Perak Tengah(setiausaha)
Agenda 6 : Lawatan ke Pulau Langkawi
Pihak mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan lawatan sambil
belajar peserta kelompok Parit 1, 2, 3 dan 3 1/2.
Pihak kelompok juga telah mendapat sumbangan bas daripada
Pejabat SUK negeri Perak.
Sehubungan dengan itu lawatan tersebut akan diadakan pada tarikh
yang akan dimaklumkan kemudian.
Agenda 7 : Hal-Hal Lain
En. Isa bin Ibrahim telah memaklumkan bahawa sawah padinya selalu
diganggu oleh segerombolan kera yang suka mencabut anak-anak
pokok benih padinya.
Pengerusi kelompok telah mencadangkan agar masalah ini diatasi
dengan menggunakan perangkap monyet. Dan ianya akan dibekalkan
oleh Jabatan Perhilitan.
En. Ismail bin Hamzah memaklumkan Parit U konkrit di Parit 2 didapati
pecah dan perlu dibaiki dengan segera.
Tindakan :
En. Isa bin Ibrahim bersetuju untuk bertanggung jawab untuk menerima perangkap tersebut.
Tindakan :
Surat kepada pejabat Exco Negeri Perak, JPS dan Pejabat DaerahPerak Tengah(setiausaha)
Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 ptg.
top related