modul ayat semester 1
Post on 12-Dec-2014
115 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK
AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
ISI KANDUNGAN
1. Membaca ayat 161 hingga 165 surah al An’am
dengan betul dan bertajwid.
2. Menyatakan intisari ayat 162 hingga 163 surah al
An’am.
3. Menjelaskan tuntutan penyerahan diri kepada
Allah.
4. Menjelaskan larangan mensyirikkan Allah.
5. Menjelaskan pengajaran ayat 162 hingga 163
surah al An’am.
6. Meninggalkan segala amalan syirik kepada Allah
TAJUK
AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
PENGENALAN
Ayat Al-Quran di bawah menerangkan tentang keperluan akidah dalam
kehidupan manusia agar beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Antara perkara
penting yang terkandung dalam ayat tersebut ialah:
1. Umat Islam perlu mengerjakan setiap ibadat yang ditentukan oleh syarak
sebagai menunaikan perintah-Nya.
2. Segala amalan yang dilakukan oleh manusia mesti menyerahkan segala
amalan hidupnya kepada Allah SWT.
3. Umat Islam mestilah berpegang teguh dengan agama Islam dengan
mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
4. Allah SWT telah memberikan peringatan bahawa setiap manusia
mempunyai tanggungjawab terhadap segala perbuatannya semasa di
dunia sama ada baik ataupun buruk.
5. Akhirat nanti Allah SWT akan mengadili setiap manusia dengan seadil-
adilnya dan mengurniakan kelebihan dan darjat kepada manusia.
6. Umat Muhammad telah diberikan petunjuk yakni hidayat oleh Allah SWT
pada jalan kebenaran iaitu agama Islam.
1.1. AYAT BACAAN
1.2. INTISARI AYAT 162 HINGGA 163 SURAH AL-AN’AM
Pengertian Ayat: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang
diperintahkan kepadaku dan Aku adalah orang yang
pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".
Umat Nabi Muhammad saw telah diberi petunjuk (hidayah) oleh Allah SWT. pada
jalan kebenaran iaitu agama Islam. Umat Islam dituntut mengerjakan ibadat solat
dan ibadat-ibadat lain yang ditentukan oleh syarak sebagai menunaikan
perintah-Nya. Umat Islam juga hendaklah menyerahkan segala urusan hidupnya
kepada Allah SWT. yang mentadbir alam ini.
1.3. TUNTUTAN PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH
1.3.1 Matlamat hidup setiap mukmim adalah seperti berikut:
1. Menyerah diri dan menyembah hanya kepada Allah.
2. Bertawakal iaitu menyerah segala urusan hidupnya hanya kerana Allah.
3. Sentiasa mengingati bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Melihat,
dan Maha Mendengar setiap perbuatan hamba-Nya walaupun
tersembunyi.
4. Berazam untuk memperoleh kesejahteraan dan kebahagian hidup di
dunia dan di akhirat.
1.3.2 Tugas dan tanggungjawab manusia:
a. Tujuan utama Allah menjadikan manusia adalah untuk
memperhambakan diri dan beribadat kepada-Nya.
b. Sebab manusia dituntut supaya beribadat kepada Allah SWT:
i. Ibadat merupakan fitrah semula jadi manusia yang inginkan panduan
dalam menjalani lehidupan harian.
ii. Menunjukkan tanda kesyukuran di atas nikmat Allah SWT.
iii. Merupakan satu kewajipan yang dituntut oleh Allah SWT untuk
ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
iv. Bagi memperoleh kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
c. Tanggungjawab manusia:
a. Kepada Allah SWT:
i. Bertawakkal (berserah diri) kepada Allah SWT.
ii. Kekal di atas agama Allah SWT yang lurus.
iii. Tidak menyekutukan-Nya.
b. Kepada diri:
i. Menjauhkan diri daripada melakukan dosa.
ii. Muhasabah diri iaitu segera bertaubat setelah melakukan dosa.
iii. Sentiasa mempertingkatkan ibadat agar terselamat di dunia dan di
akhirat.
c. Kepada orang lain:
i. Jangan menyakiti mereka.
ii. Membantu mereka di dalam kesusahan.
iii. Memberi nafkah dan didikan kepada keluarga.
1.4. LARANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH
Dalil larangan mensyurukkan Allah berdasarkan ayat dari surah Luqman ayat
13, Allah SWT berfirman:
“Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi
pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah kezaliman yang besar".
Maksud syirik: Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al-
Nya. Ia berlaku melalui pemujaan, penyembahan, permintaan, perlindungan
dan kepatuhan kepada sesuatu selain Allah.
Pembahagian Syirik:
SYIRIK JALI SYIRIK KHAFI
Perlakuan Syirik Secara Terang
CONTOH :
Menyembah patung, berhala
Meminta bantuan kubur keramat,
memakai tangkal azimat.
AKIBAT :
Rosak akidah
Terbatal iman
Tidak Meletakkan Allah Sebagai
Yang Mutlak Dalam Niat Terutama
Dalam Ibadat
CONTOH :
RIAK – Menunjuk-nunjuk
kehebatan Diri
UJUB – Mengagumi diri sendiri
TAKBUR – membangga diri
AKIBAT :
Dibenci masyarakat
Hilang rakan
Sebab-sebab perbuatan Syirik dilarang:
1. Dosanya tidak diampunkan Allah SWT.
2. Membatalkan iman.
3. Terhapus segala pahala.
4. Diazab dalam neraka Allah SWT.
5. Tidak sah berkahwin dengan orang-orang Islam.
6. Jika sudah berkahwin terbatal perkahwinannya.
Cara-cara mengelak syirik
1. Masyarakat Islam mestilah didedahkan dengan bahaya-bahaya syirik
2. Masyarakat Islam mestilah diberi ilmu akidah yang mantap
3. Menerapkan akhlak-akhlak mahmudah
4. Menubuhkan pusat pemulihan akidah
5. Berterusan melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Implikasi Syirik Terhadap Kehidupan Orang Islam
Dunia Akhirat
Individu:
1. Iman terbatal
2. Hilang keyakinan terhadap Allah
3. Dimurkai Allah
Masyarakat:
1. Akidah masyarakat akan rosak
2. Masyarakat Islam dipandang
rendah.
3. Masyarakat Islam akan lemah.
1. Dosa besar yang tidak akan
diampunkan oleh Allah SWT.
2. Amalan menjadi sia-sia.
3. Mendapat azab di akhirat.
1.5. PENGAJARAN AYAT
- Umat Islam hendaklah menjadikan syariat Allah sebagai panduan dalam
kehidupan seharian.
- Kita hendaklah menjauhi perbuatan syirik kepada Allah agar akidah
terpelihara.
- Umat Islam hendaklah melakukan ibadah semata-mata kerana Allah
1.6. MENINGGALKAN SEGALA AMALAN SYIRIK KEPADA ALLAH
Perbuatan mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu sangat dilarang dalam
Islam. Oleh sebab itu, setiap individu muslim hendaklah menjauhi diri daripada
perbuatan tersebut supaya selamat dunia dan akhirat.
TAJUK
DOA SENJATA MUKMIN
ISI KANDUNGAN
1. Membaca ayat 35 hingga 41 surah Ibrahim
dengan betul dan bertajwid.
2. Menyatakan intisari ayat 40 dan 41 surah
Ibrahim.
3. Menjelaskan kepentingan memelihara solat.
4. Menjelaskan tuntutan memohon rahmat dan
keampunan untuk diri sendiri dan kedua ibubapa.
5. Menjelaskan pengajaran ayat 40 dan 41 surah
Ibrahim.
6. Mengamalkan doa memohon rahmat dan
keampunan untuk ibubapa.
TAJUK
DOA SENJATA MUKMIN
PENGENALAN
Ayat Al-Quran di bawah menerangkan tentang keperluan doa dalam kehidupan
seharian mukmin agar mendapat rahmat Allah. Antara doa yang terkandung
dalam ayat tersebut ialah:
1. Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami
sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun
yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di
langit.
2. Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap
mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
3. Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian
orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
1.1 AYAT BACAAN
1.2 INTISARI AYAT 40-41 SURAH IBRAHIM
Pengertian Ayat: Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang
yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami,
perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku
dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin
pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
Allah SWT menyuruh hamba-hamba-Nya supaya senantiasa menadah tangan
memohon doa kepada-Nya agar kehidupan manusia sentiasa berada di bawah
rahmat Allah SWT.
1.3 KEPENTINGAN MEMELIHARA SOLAT
Sebagai umat Islam yang yang mengucap dua kalimah syahadah, kita wajib
menunaikan solat. Ini kerana solat merupakan amalan yang diperintahkan oleh
Allah S.w.t semasa peristiwa Isra’ dan Mikraj. Solat yang asalnya 50 rakaat telah
dikurangkan kepada 5 rakaat atas permintaan Baginda Rasulullah S.a.w.
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa
yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu),
maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu
aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu
yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT
berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi
bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu
tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”
( Hadith riwayat Bukhari )
Mengapa kita harus menjaga solat? Ketahuilah, bahawa solat merupakan
amalan pertama yang akan dihisab pada hari Akhirat kelak. Jika solat kita
sempurna, berbahagialah kita di sana. Jika tidak sempurna, kita akan menerima
balasan yang setimpal. Solat juga dapat menutup kekurangan kita pada amalan-
amalan yang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-
mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika
sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia,
dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya
terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah,
adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk
dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”
Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Semasa menunaikan solat, segala rukun harus ditunaikan sesempurna yang
mungkin. Rugilah jika kita bersolat hanya sekadar sambil lewa sahaja. Ini kerana
ketika solatlah kita berhubung dengan Maha Pencipta. Ketika di dalam rukuk dan
sujudlah kita mengabdikan diri kepadaNya.
Firman Allah: “ Sesungguhnya Aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain Aku.
Sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”. (Thaahaa: 14)
Seharuslah kita sedar kepentingan menjaga solat. Solat mempunyai banyak
kelebihan yang kita sendiri tidak terhitung. Solat juga akan menghapuskan dosa-
dosa kita yang terdahulu. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana
muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun
berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya
begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat
(memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa
besar.” (Hadith Riwayat Muslim)
Diingatkan lagi mengapa harus kita menjaga kewajipan yang satu ini. Solat dapat
mencegah kita daripada perbuatan yang mungkar. Solat dapat menghapus dosa-
dosa yang lalu selagi mana kita tidak melakukan dosa besar. Dengan
menunaikan solat, ia dapat menghalang kita daripada melakukan perbuatan
yang mungkar.
Firman Allah: “Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu!
Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu menghalang perbuatan keji dan
mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar (faedah dan kesannya).
Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Al-Ankabut: 45)
Nabi S.a.w pernah bersabda bahawa bahawa kanak-kanak yang berusia sepuluh
tahun boleh dipukul jika tidak mahu bersolat. Tetapi bagaimana pula jika orang
dewasa juga tidak mahu solat. Apakah mereka tidak merasa malu kerana tidak
menunaikan perintah Allah. Tidakkah mereka merasa kerdil di sisi Allah. Allah
telah memberikan begitu banyak nikmat kepada hambaNya, tetapi apakah
hambaNya tidak dapat membalas rasa syukur dengan bersolat? Sesungguhnya
hamba tersebut seorang yang sangat tidak bersyukur dan tanpa rasa malu
menghirup nikmat yang Allah berikan, dan tidak mahu menzahirkan rasa syukur
tersebut dengan solat.
Jadi sebagai hambaNya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sebagai
tanda kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Solat itu tanda kita
mendapat rahmat dari Allah, dan kita bersyukur ke atasnya. Sabda Rasulullah
s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia
mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat
itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang
maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Riwayat Bukhari)
Dan ingatlah pula, selain menjaga solat, kita juga hendaklah menjaga tingkah
laku kita.
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak
diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal
daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak,
judi dan sebagainya)” (Muslim)
Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal jika kita tidak menjaga solat. Di
antaranya kita akan dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam di hari Kiamat.
Sewaktu di dalam kubur, seekor ular yang hitam akan membelit kita sehingga
hancur tulang belulang kita.
Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal
dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."!
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang
muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu
Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa
menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi
hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda
dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar
kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di
dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan
orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan
oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang
membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa
ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat
ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :
4. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
berjamaah.
5. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
6. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
(Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatan Agama Islam Perak)
Harus diingatkan, tiada alasan untuk meninggalkan solat kecuali dua perkara.
Pertama : perempuan yang didatangi haid dan kedua : orang yang tidak waras.
Tetapi realitinya sekarang kita dapat melihat ramai lelaki yang perempuan yang
tidak solat. Apakah sekalian lelaki tersebut didatangi haid ataupun telah menjadi
gila, dan kerana itu dia tidak mampu melakukan solat? Dan bagaimanakah pula
dengan sebahagian kaum perempuan yang tidak solat, adakah mereka didatangi
haid buat selama-lamanya atau menjadi gila juga?
Solat harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun walaupun ketika sakit. Sabda
Rasulullah S.a.w: “ Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika
tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring”. (Hadith Riwayat Bukhari)
Jadi wahai sekalian umat Nabi Muhammad, tiada alasan untuk kita
meninggalkan solat walaupun kita sakit. Solatlah walau di mana juga kita berada.
Janganlah memberikan pelbagai alasan untuk tidak menunaikan solat.
1.4 TUNTUTAN MEMOHON RAHMAT DAN KEAMPUNAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KEDUA IBUBAPA
1.4.1 Tuntutan Memohon Rahmat dan Keampunan untuk Diri
Sendiri
Seseorang yang berdoa dan bertaubat kepada Allah akan memberi
ketenangan dan membersihkan hati mereka. Mereka mengetahui
bahawa hanya dengan sifat rahmat dan kurniaan-Nya orang yang
berdosa itu tidak lagi mempunyai perasaan takut dan kerana rahmat-
Nya juga orang yang bertaubat dari dosanya menjadi seperti orang
yang tidak berdosa.
Seseorang yang ingin mencari perlindungan daripada-Nya, menjauhi
sebarang perbuatan dosa sedaya upaya yang mungkin, maka Allah
SWT akan mengampuninya dan menghapuskan segala dosanya,
meskipun dosanya begitu besar. Ini kerana pengampunan-Nya adalah
lebih besar dan rahmat-Nya lebih luas. Ayat ini mengandungi dorongan
kepada hamba-Nya agar segera bertaubat dan memberi pesanan agar
jangan mudah berputus asa dan patah hati.
1.4.2 Tuntutan Memohon Rahmat dan Keampunan untuk Ibu Bapa
Ibu bapa banyak berkorban dan berjasa kepada anak-anak. Antara jasa
dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak yang tidak mampu
dibalas dengan wang ringgit:
1. Ibu mengandung kita selama sembillan bulan sepuluh hari
dalam keadaan lemah
2. Ibu bapa memelihara kita dari kecil hingga dewasa.
3. Ibu bapa menyediakan keperluan seharian kita.
4. Ibu bapa memberi pelajaran dan pendidikan.
5. Ibu bapa sanggup menderita bersama anak jika anak sakit
6. Sanggup berkorban untuk anak
Oleh sebab itu, anak-anak diwajibkan mentaati dan berbuat baik
kepada kedua ibu bapa mereka seperti mendoakan agar mereka
dicucuri rahmat dan keampunan dari Allah SWT.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah
daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya
atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang
mendoakannya.
Dalam sebuah hadis yang lain baginda juga bersabda:
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki
yang shalih di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah
saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan
ampun anak kamu kepada kamu.”
Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan adalah
daripada al-Qur’an seperti mana yang dikemukakan sebelum ini:
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan
sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari
kiamat)" (Ibrahim : 41)
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu
bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan
keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang
yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau
tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”
[Nuh : 28]
Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang
shalih secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada
ibubapa sebagaimana berikut:
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ : 24]
Demikianlah tiga doa yang diajarkan oleh al-Qur’an dan ia mencakupi
dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah mereka
meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Doa-
doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak
terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa.
1.5 PENGAJARAN AYAT 40 DAN 41 SURAH IBRAHIM
- Umat Islam wajib melaksanakan solat fardhu agar terhindar dari melakukan
perkara-perkara mungkar
- Kita hendaklah sentiasa berdoa mengharapkan rahmat dan keampunan Allah
supaya beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
- Anak-anak hendaklah sentiasa mendoakan keampunan dan rahmat untuk
kedua ibu bapa agar mereka beroleh ketenangan dan kebahagiaan di alam
barzah serta di akhirat nanti
1.6MENGAMALKAN DOA MEMOHON RAHMAT DAN KEAMPUNAN UNTUK IBUBAPA
- Memiliki anak yang soleh merupakan impian setiap dari ibu dan ayah. Oleh
kerana doa-doa anak yang soleh inilah yang didambakan oleh setiap dari ibu
dan ayah ketika berada di alam kubur nanti. Justeru menjadi kewajipan bagi
setiap anak untuk senantiasa melafazkan doa-doa mohon rahmat dan
keampunan untuk kedua orang tuanya. Doa-doa untuk ibu bapa yang tercatat
pada perkara (1.4.2) boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa. agar nanti ibu bapa
beroleh ketenangan dan kebahagiaan di alam barzah serta di akhirat. Amin.
top related