modul bmk t1 - guru
Post on 30-Dec-2015
270 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
i
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BUKU PANDUAN GURU
TINGKATAN 1
BAHASA MALAYSIA KOMUNIKASI
DRAF
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
2014
-
ii
-
iii
MODUL PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
(PAV)
MODUL JATI DIRI
BAHASA MALAYSIA KOMUNIKASI
TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
-
iv
Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
-
v
1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. PENDAHULUAN viii 4. CADANGAN TEMA ix 5. KANDUNGAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unit 1: Alam Sekitar Pengenalan dan Objektif Unit 1 1 Mendengar dan Bertutur: Hijau 2 Membaca: Pelihara Bumi Kita 9 Menulis: Isi Betul-betul 17 Tatabahasa: Cantik dan Kreatif 25 Unit 2: Hidup Bermasyarakat Pengenalan dan Objektif Unit 2 31 Mendengar dan Bertutur: Selamat berkenalan 32 Membaca: Kasut Kelopak Jantung 38 Menulis: Si Jantung Hati 48 Tatabahasa: Budi Bahasa Budaya Kita 54 Unit 3: Pengurusan kewangan Pengenalan dan Objektif Unit 3 63 Mendengar dan Bertutur: Sediakan Payung Sebelum Hujan 34 Membaca: Tabung dan Ibu 69 Menulis: Sehari Selembar Benang 76 Tatabahasa: Bekalan Hari tua 81 Unit 4: Kerja Tangan Pengenalan dan Objektif Unit 3 87 Mendengar dan Bertutur: Hasil Kerjaku 88 Membaca: Tukang Lama 95 Menulis: Kad Pengganti Diri 102 Tatabahasa: Warisan Nenek Moyangku 108
KANDUNGAN
-
vi
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
-
viii
PENDAHULUAN
Buku Panduan Guru (BPG) dihasilkan bertujuan untuk membantu guru menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia Komunikasi Pendidikan
Asas Vokasional (PAV) bagi Komponen Jati Diri. Terdapat empat unit dengan empat
tema dalam BPG dan setiap unit terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca, kemahiran menulis dan tatabahasa sebagai modul contoh. Guru
digalakkan menggunakan kreativiti dalam mengembangkan tema-tema yang
dicadangkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bersifat minds-on dan
hands-on. Pelbagai strategi pembelajaran dicadangkan sperti pembelajaran di luar bilik
darjah, penggunaan bengkel, atau Bilik Masakan serta Pusat Sumber Sekolah sangat
digalakkan. Guru juga dibimbing tentang penggunaan sistem bahasa dan penerapan
nilai semasa proses PdP dijalankan. Seboleh mungkin BPG dihasilkan dengan
pendekatan yang mudah agar difahami oleh guru waima guru bukan opsyen. Untuk
memudahkan guru, setiap kemahiran disertakan ikon-ikon seperti yang berikut:
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Tatabahasa
-
ix
CADANGAN TEMA
Berikut cadangan tema Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk tempoh 35 minggu setahun bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dengan pecahan lima waktu seminggu untuk Tingkatan 1 hingga 3. 18
tema ini boleh dikembangkan untuk PdP Bahasa Malaysia Komunikasi dengan anggaran setiap tema boleh digunakan selama dua
minggu. Setiap tema boleh dikembangkan dalam setiap kemahiran seperti mana yang ditunjukkan dalam modul contoh yang
dibekalkan. Tujuan diberikan pemetaan tema adalah supaya pertindanan tema dapat diealakkan di antara tingkatan.. Walau
bagaimanapun, guru sangat digalakkan mempelbagaikan pecahan tema yang sesuai dengan latar belakang lokasi dan budaya
murid. Perkataan yang bertanda merah merupakan tema manakala pecahan di bawahnya merupakan tajuk modul/aktiviti.
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
1 Alam Sekitar
Hijau
Pelihara Bumi Kita
Isi Betul-betul
Cantik dan Kreatif
Kaki dan Kasut
Kasut dan Kesihatan
Cantiknya Kasut
Sayangi Kaki
Cantik dan Sihat
Ibu Kota Negaraku
Kuala Lumpur Ibu Kota Negaraku
Pasar Seni Kuala Lumpur
Amboi, Cantiknya
Inilah Negariku
2 Hidup Bermasyarakat
Selamat Berkenalan
Kasut Kelopak Jantung
Si Jantung Hati
Budi Bahasa Budaya Kita
Rekreasi
Bulat Air kerana Pembetung
Kem Wirajaya
Ciri-ciri Tapak Perkhemahan
Khemah Kubah
Keluarga Bahagia
Keluarga Bahagia
Oh,Ayah!, Oh,Ibu!
Ini Keluarga Saya
Aku Prihatin
-
x
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
3 Pengurusan Kewangan
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Tabung dan Ibu
Sehari Selembar Benang
Bekalan Hari Tua
Permainan Tradisional
Wau Gah di Angkasa
Membuat Wau
Membuat Wau
Malaysia dan Wau
Dunia Coklat
Daripadaku Untukmu
Syair Coklat
Mari,Mari,Mari!!
Ikut Betul-Betul
4 KerjaTangan
Hasil Kerjaku
Tukang Lama
Kad Pengganti Diri
Warisan Nenek Moyang
Khidmat Masyarakat
Kami Prihatin
Ambil Berat
Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing
Sepakat Membawa Berkat
Negaraku Merdeka
Saat Itu
Kami Bangga Denganmu
Keranamu Malaysia
Saya Sayang Malaysia
5 Keselamatan Jalan Raya
Berhati-hati di Jalan Raya
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Jangan Ambil Risiko
Hari Keusahawanan
Hari Kantin Sekolah
Seronoknya Berniaga
Usahawan Jaya
Cabaran Remaja
Sahabat Baik Selamanya
Kerjaya Pilihanku
Maruahku Harga Diriku
6 Pengangkutan Awam
Pengangkutan di Malaysia
Kelebuhan Pengangkutan Awam
Berkongsi Kereta
Sukan Malaysia (SUKMA)
1Murid 1Sukan
Disiplin dalam Sukan
Olimpik Sasaran Kami
Iklan dan Promosi
Iklan dalam Perniagaan
Iklan dalam Kenangan
Belajar Membuat Promosi
-
xi
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
7 Cuti-cuti Malaysia
Bandar Bersejarah
Nikmatnya Bercuti
Destinasi Impianku
Kenderaan Nasional
Hebatnya Malaysia
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON)
Ayah dan kereta
Inovasi
Kreatif dan Inovatif
Berani Mencuba
Zulkifli Haron Mc Gyver Malaysia
8 Semangat Kejiranan
Jiran Sepakat Membawa Berkat
Jiranku yang Baik
Rukun Tetangga
Barangan Buatan Malaysia
Belilah Barangan Buatan Malaysia
Produk Tempatan
Murah dan Berkualiti
Pakaian Tradisional
Baju Kebangsaan Malaysia
Songket Khazanah Negara
Batik Warisan Bangsa
9 Mengisi Masa Lapang
Masa Itu Emas
Hobi Mengumpul Setem
Minat yang Menjana Pendapatan
Lawatan Sambil Belajar
Lawatan ke Industri Kecil Sederhana (IKS)
Keluarga Angkatku
Pengalaman dalam Kenangan
Kitar Semula
Batangan Kitar Semula
Mengurus Sampah Sarap
Bijak Berjimat
10 Haiwan Peliharaan
Dunia Haiwan
Kucingku Sayang
Vaterina Cita-citaku
Seni Mempertahankan Diri
Silat Gayung
Silambam
Manfaat Seni Mempertahankan Diri
Usahawan Desa
Karnival Usahawan Desa
Kerepek Ubi Merentasi Dunia
Perusahaan Keropok
-
xii
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
11 Sayangi Sungai
Kempen Sayangi Sungai
Indahkan Sungai
Sungai Khazanah Alam
Makanan Berkhasiat
Piramid Makanan
Pilih Makanan Kita
Makanan Organik
Celik Komputer
Laman Web Sekolah
Makmal Komputer Sekolah
Media Sosial
12 Malaysia Tanah Tumpah Darahku
Negeri Kelahiranku
Lagu-lagu Rakyat
Cerita-cerita Rakyat
Dunia Fesyen
Fesyen dan Remaja
Pereka Fesyen Tanahair
Bergaya Secara Berhemah
Flora dan Fauna
Hutan Bakau Malaysia
PEHILITAN
Hidupan Liar di Malaysia
13 Sekolah Impian
Sekolahku Syurgaku
Sekolah dalam Taman
Pusat Sumber Cemerlang
Bahasa Jiwa Bangsa
Martabatkan Bahasa Kebangsaan
1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara
Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita
Kerjaya
Tokoh Sukan (atau kerjaya lain)
Dato Lee Chong Wei Ahli Sukan dan Cabarannya
14 Idolaku
Bapaku Idolaku
Sahabat Baikku
Tokoh Kebanggaanku
Sains dan Teknologi
Robot Ciptaan.
Teknologi Maklumat di Malaysia
Jenayah Siber
Media Sosial
Facebook dan Kelebihannya
Media Sosial Jaringan Perniagaan
Laman Blog Penjana Ilmu
15 Nilai Murni
Kasih Sayang untuk Semua
Adab Sopan Budaya Kita
Diri Kita Tanggungjawab Kita
Bidang Kulinari
Pastri dan konfeksionari
Perkhimatan pramusaji
Peralatan kulinari
Hiasan Dalaman
Kediaman Selesa
Dapur Idaman Saya
Ruang Tamu Pilihan
-
xiii
BIL. TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
16 Tumbuhan Herba
Taman Herba
Khasiat Herba
Ulam-ulaman
Pembuatan Perabot
Jenis-jenis Perabot.
Kursus Pembuatan Perabot
Perabot Menjana Pendapatan
Kecemerlangan Sekolah
Sekolah Harapan Negara
Sekolah Dalam Taman
Sekolahku Syurgaku
17 Keperluan Asas Manusia
Makanan Berkhasiat
Rumah Kediaman
Pakaian dan Perlindungan Diri
Seni Kecantikan
Kecantikan dan Keyakinan Diri
Penjagaan Diri
Pemilihan Pakaian
Negara ASEAN
Negara-negara ASEAN dan keistimewaannya
Kerjasama Serantau ASEAN
Mari Melawat Negara ASEAN
18 Keluarga Impian
Salahsilah Keluargaku
Sehari Bersama Keluarga
Hari Keluarga Sekolah Saya
Akuakultur
Penternakan Rumpai Laut
Ikan Hiasan
Ikan Air Tawar
Muzik/Tarian/Lagu Tradisional Melayu (pilih salah satu, misalnya jika muzik, maka semua aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan tatabahasa akan berkisar sekitar muzik tradisional Melayu)
Muzik Tradisional Melayu
Kenali gendang Melayu
Muzik dalam kebudayaan Melayu
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
1
PENGENALAN Dalam Unit 1, murid dapat mengukuhkan kemahiran mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam ujaran, membaca dan memahami makna perkataan dan rangkai kata, menulis maklumat untuk melengkapkan borang atau bahan grafik serta mengenal pasti, membina dan menggunakan kata nama dengan betul. Di samping itu, murid akan mendapat pengalaman pembelajaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Murid juga hendaklah dipupuk dengan nilai cinta akan bumi kita, sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar agar Malaysia menjadi negara yang selesa untuk didiami demi kelangsungan generasi akan datang.
OBJEKTIF UNIT 1 Unit ini membolehkan murid: 1. Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam
pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks. 2. Membaca dan memahami makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk
pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
3. Menulis maklumat untuk melengkapkan borang atau bahan grafik dengan betul.
4. Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
UNIT 1
ALAM SEKITAR
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.1.1)
MODUL MEMBACA (2.1.1)
HIJAU
PELIHARA BUMI KITA
ISI BETUL-BETUL
CANTIK DAN KREATIF
MODUL MENULIS (3.1.1)
MODUL MENULIS (3.1.1)
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
2
Standard Kandungan:
1.1 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan, rangkai kata, istilah , ungkapan dan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran
dengan betul dan tepat mengikut konteks. 2. Menyebut perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan
nada, sebutan dan intonasi yang betul dan tepat mengikut konteks. 3. Memberikan makna perkataan dan rangkai kata dengan betul dan
tepat mengikut konteks. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) Kata kerja 2. Kosa kata dialek Kelantan
BBM: 1. Youtube: Lagu Hijau oleh Zainal Abidin
http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw 2. Lampiran 1 3. Lembaran Kerja 1 4. Lembaran Kerja 2 Nilai: Sepanjang aktiviti guru hendaklah memupuk nilai cinta akan alam sekitar.
Menjaga kebersihan bukan sahaja pada diri dan di rumah tetapi juga di luar rumah. Tiada siapa yang akan menjaga kebersihan dunia yang kita diami kecuali diri kita sendiri.
HIJAU
MENDENGAR DAN BERTUTUR
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
3
1. Aktiviti pramendengar a. Perdengarkan lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin. b. Minta murid menerangkan maksud lagu secara lisan. 2. Berbincang tentang maksud perkataan dan rangkai kata a. Perdengarkan lagu Hijau sekali lagi dan minta murid mengenal pasti perkataan
berdialek Kelantan. b. Edarkan Lampiran 1 dan semak sama ada senarai perkataan dialek Kelantan dalam lagu
ini sama dengan senarai yang diberi oleh murid. c. Bersama-sama rakan, tukarkan perkataan/frasa dialek Kelantan tersebut ke dalam
bahasa Melayu baku. Gunakan Lembaran Kerja 1. Panduan guru: Guru membantu murid dengan menjelaskan bagi bunyi a dalam bahasa Melayu baku akan
bertukar menjadi bunyi o dalam dialek Kelantan. - Anok-anok anak-anak - Tok leh meraso mandi lauk tidak boleh berasa mandi laut - Saing main rama-rama bersaing main ramai-ramai - Ala ini tua umurnyo berjuto alam ini tua umurnya berjuta - Tok leh tahe tak boleh tahan - Sampai bilo-bilo sampai bila-bila
3. Menyebut perkataan dan rangkai kata dengan betul a. Setelah mendapat perkataan atau frasa dalam bahasa Melayu baku, nyanyikan lagu
tersebut beramai-ramai dengan menggunakan bahasa Melayu baku.
4. Memberi makna perkataan dan rangkai kata a. Minta murid merujuk Lampiran 1 dan berikan perhatian kepada perkataan dan rangkai kata
berhuruf biru. b. Dalam kumpulan, minta murid memberikan makna bagi setiap perkataan tersebut.
Galakkan murid menggunakan kamus. Panduan guru: tiada hijau: tiada pokok-pokok dicemar: dikotor jahil: bodoh lambat laun: lama kelamaan c. Minta murid mengisi tempat kosong dengan perkataan dan rangai kata di atas dalam ayat
yang diberi untuk menunjukkan pemahaman. Gunakan Lembaran Kerja 2. Panduan guru: a. jahil
b. tiada hijau c. lambat laun d. dicemari
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
4
5. Berbincang tentang maksud rangkai kata/frasa a. Minta murid berbincang dalam kumpulan tentang maksud rangkai kata yang diberi.
Gunakan lagu Hijau sebagai rujukan. b. Catatkan hasil perbincangan dalam Lembaran Kerja 3. c. Minta setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan mereka. Panduan guru: Bumi yang tiada hijau
Bumi yang tiada hijau bermaksud bumi tidak ditumbuhi oleh pokok sama ada di dalam hutan atau pokok yang ditanam sebagai hiasan. Hal ini terjadi kerana berlakunya pembalakan haram iaitu menebang hutan sesuka hati. Jika bumi kita tiada pokok, maka bumi akan kekurangan oksigen, bumi menjadi panas serta akan berlakunya hakisan. Tanah runtuh juga akan berlaku akibat hujan lebat kerana tiada pokok untuk menahan tanah.
Bumi yang tiada udara
Bumi tiada udara apabila terdapatnya asap dan jerebu kesan daripada pencemaran dan kebakaran hutan. Apabila tiada udara bersih, manusia tidak dapat bernafas dan akan mati.
Bumi tanpa lautan
Jika tiada lautan, kita tidak akan mendapat sumber protein daripada hasil laut seperti ikan, sotong dan udang. Kita juga tidak akan mendapat garam. Malah kita tidak akan dapat merasa mandi laut dalam air yang jernih berkilau. Terumbu karang juga tidak dapat membiak dan hidup untuk membentuk taman laut.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
5
LAMPIRAN 1
HIJAU
Bumi yang tiada hijau Seumpama hamba Ia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Anok-anok Tok leh meraso mandi lauk Saing main rama-rama Ala ini tuo umurnyo berjuto Sampai bilo-bilo
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
6
LEMBARAN KERJA 1
Anok-anok
Tok leh meraso mandi lauk
Saing main rama-rama
Ala ini tuo umurnyo berjuto
Tok leh tahe
Sampai bilo-bilo
Anak-anak
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
7
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN
Isikan tempat kosong dengan perkataan atau frasa yang betul untuk melengkapkan ayat bagi menunjukkan anda memahami maksud perkataan dan frasa berkenaan.
1. Kita janganlah bersikap _______________ dan mementingkan diri
sendiri sahaja, ibu mengingatkan saya.
2. Kawasan perumahan itu kelihatan kontang dan panas kerana
_____________ di persekitarannya.
3. ______________________ masyarakat kita akan faham tentang
pentingnya menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar.
4. Jika sungai kita tidak _________________, ikan akan hidup sihat dan
kita akan mempunyai sungai yang cantik dan bersih serta dikagumi
pelancong.
tiada hijau
dicemari
jahil
Lambat-laun
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
8
LEMBARAN KERJA 3
Berdasarkan lagu Hijau, Bincangkan kesan yang akan terjadi kepada bumi jika tiada perkara-perkara berikut:
Bumi yang tiada hijau
Bumi yang tiada udara
Bumi tanpa lautan
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
9
Standard Kandungan:
2.1 Membaca dan memahami makna perkataan, rangkai kata dan istilah serta maksud ungkapan dan ayat dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
2.1.1 Membaca dan menerangkan makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca petikan secara imbasan dan memberikan makna
perkataan dan rangkai kata. 2. Membaca petikan secara luncuran dan mengenal pasti peribahasa
serta memberikan makna peribahasa. 3. Membaca bahan grafik dan memberikan frasa yang bermakna.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) rangkai kata 2. Peribahasa
BBM: 1. Lampiran 1 2. Lampiran 2 3. Lampiran 3 4. Lampiran 4 5. Lembaran Kerja 1 6. Lembaran Kerja 2 Nilai: 1. Terapkan nilai cinta akan alam kerana hubungan antara manusia
dengan alam telah wujud sejak lama. Hal ini adalah kerana kita tinggal di alam ini (dunia) dan kita mendapat oksigen daripada tumbuh-tumbuhan untuk hidup manakala tumbuh-tumbuhan memerlukan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia untuk hidup. Selain daripada itu, sumber makanan kita datangnya dari alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
2. Alam jangan kita rosakkan, sebaliknya kita pelihara supaya sentiasa segar dan bersih agar kita dapat hidup dengan selesa.
PELIHARA BUMI KITA
MEMBACA
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
10
1. Aktiviti pra membaca a. Tunjukkan gambar persekitaran seperti dalam Lampiran 1. b. Minta murid memberikan pendapat tentang gambar yang dilihat. Panduan Guru: Gambar menunjukkan pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran asap dan
pencemaran sungai. Terdapat juga gambar tentang penjagaan alam sekitar seperti menanam pokok. Murid boleh memberikan pendapat tentang punca, kesan atau cara mengatasi. Galakkan murid memberikan contoh tempat mereka melihat situasi demikian.
2. Membaca dan memahami perkataan dan rangkai kata a. Edarkan Lampiran 2 kepada setiap murid. b. Minta murid mencari makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk kamus. Murid
boleh bertanya kawan untuk mendapatkan jawapan. c. Catatkan jawapan pada Lembaran Kerja 1. Panduan guru: Kontraktor: orang atau syarikat yang menguruskan sesuatu. Keceriaan: berkaitan dengan kebersihan, keindahan, kekemasan sertakeriangan. e-aduan: aduan secara atas talian (melalui internet). Mengambil kesempatan: mengambil peluang yang ada. Melayari laman web: meneroka laman sesawang di internet untuk mencari
maklumat. 3. Membaca dan memahami peribahasa a. Edarkan Lampiran 3 dan beri masa kepada murid selama 10 saat untuk membaca petikan
secara luncuran dengan mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam petikan. b. Baca petikan sekali lagi dan fahami peribahasa mengikut konteks ayat. c. EdarkanLembaranKerja 2 danmintamuridmemadankanperibahasadenganmaksudnya. 4. Membaca bahan grafik a. Tampalkan bahan grafik seperti dalam Lampiran 4. b. Letakkan perkataan yang dapat menerangkan grafik. c. Minta murid membina rangkai kata yang sesuai daripada perkataan tersebut. Panduan guru: tersenyum tersenyum gembira
ringan sama dijinjing ringan sama dijinjing berat sama dipikul udara udara segar suasana suasana ceria persekitaran persekitaran bersih wajah wajah ceria
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
11
LAMPIRAN 1
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
12
LAMPIRAN 2
ARAHAN Baca laporan di bawah dan berikan maksud perkataan dan rangkai kata yang berwarna.
Saya telah menerima aduan daripada sekumpulan peniaga di sekitar kawasan
perniagaan RT3, iaitu peniaga-peniaga yang berniaga di sekitarJalan RT3/29,
RT3/31, RT3/33, RT3/35 dan RT3/37.
Aduan ini berkaitan kekurangan kecekapan pengutipan sampah dan pembersihan
longkang di sekitar kawasan perniagaan oleh Alam Hijau dan kontraktor-
kontraktornya.
Antara aduan yang kami terima ialah pekerja-pekerja kontraktor Alam Hijau
mengambil kesempatan daripada para peniaga dengan mengutip bayaran kutipan
sampah, khususnya sampah sarap daripada restoran dan kedai kopi. Jadual kutipan
sampah yang tidak menentu menyebabkan bau busuk yang menjejaskan keceriaan
alam sekitar serta longkang yang tidak dibersihkan menyebabkan air bertakung
selama beberapa tahun.
Saya telah menulis surat kepada Alam Hijau untuk mendapatkan satu senarai
kontraktor Alam Hijau. Saya juga telah melayari laman web Alam Hijau berkaitan
dengan perkara ini. Saya turut membuat aduan semalam melalui perkhidmatan e-
aduan yang disediakan di laman web tersebut.
Saya berharap pihak Alam Hijau dapat membantu rakyat menyelesaikan masalah
ini.Jika masalah ini masih tidak dapat diselesaikan, maka saya akan memanjangkan
hal ini untuk disiarkan dalam rancangan Aduan Rakyat di TV3.
Ketua Kejiranan Jalan RT3
Kami sedia membantu anda.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
13
LEMBARAN KERJA 1
1. Berikan makna perkataan di bawah. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna yang tepat.
2. Berikan makna rangkai kata di bawah mengikut maksud petikan.
kontraktor
keceriaan
e-aduan
Mengambil kesempatan
Melayari laman web
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
14
LAMPIRAN 3
ALAM SEBAGAI TEMAN
Alam sangat akrab dengan kita seperti aur dengan tebing kerana kita
merupakan sebahagian daripada alam. Hubungan penting antara manusia
dengan alam berterusan sejak manusia pertama sehinggalah ke hari ini.
Menjaga keharmonian alam merupakan kewajipan bagi semua orang
tanpa mengira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Adakah kita sanggup
melihat negara kita tercemar? Setiap amalan yang menjamin keharmonian alam
mempunyai kebaikan. Sekecil-kecil tindakan seperti tidak membuang sampah di
merata-rata tempat, merupakan satu sikap yang bertanggungjawab. Kita mesti
ringan tulang menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, kita haruslah
mengamalkan kitar semula walaupun secara kecil-kecilan merupakan tindakan
yang bijak. Bersama-sama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan
sekitar tempat tinggal atau sekolah ialah amalan yang mulia.
Kita janganlah jadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Semua manusia mesti berkerjasama dalam memelihara alam
sekitar untuk menjadikan dunia tempat yang selesa untuk didiami. Amalkan
tabiat yang baik seperti pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Marilah kita bersama-sama menjaga dan menyayangi alam
sekitar kita.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
15
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Padankan peribahasa dengan maksudnya.
Seperti aur dengan tebing
Ringan tulang
Hubungan rapat antara satu sama lain dan saling membantu.
Rajin
Mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain.
Kata sepakat atau persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat.
Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
16
LAMPIRAN 4 Diberikan perkataan/peribahasa yang menerangkan situasi gambar. Bersama-sama rakan, bina frasa dengan menggunakan perkataan tersebut agar menjadi lebih sempurna dan berkesan.
tersenyum
Tersenyum gembira
Ringan sama dijinjing
suasana
udara
persekitaran
wajah
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
17
Standard Kandungan:
3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan betul.
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Menulis maklumat untuk melengkapkan borang atau bahan grafik dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti pelbagai jenis borang dan keperluannya. 2. Melengkapkan borang dengan maklumat dengan betul. 3. Melengkapkan grafik dengan maklumat yang betul.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) sinonim 2. Ejaan
BBM: 1. Lembaran Kerja 1, 2, 3 dan 4 2. Teks Lampiran 2 dan 3 dalam Aktiviti Membaca Nilai: Terapkan nilai bertanggung jawab dalam diri murid terutama semasa
mengisi maklumat dalam borang. Maklumat yang diberi mestilah jujur, telus dan lengkap. Murid juga perlu membaca arahan dan akur kepada arahan.
ISI BETUL-BETUL
MENULIS
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
18
1. Aktiviti pramenulis a. Murid ditunjukkan pelbagai jenis borang seperti yang berikut: - Borang keluar/masuk wang di bank
- Borang menjadi ahli persatuan/kelab - Borang peraduan/pertandingan - Borang biodata/diri - Borang hospital/rawatan
b. Minta murid menamakan borang tersebut dan kegunaannya. c. Galakkan murid menerangkan borang-borang lain yang pernah mereka isi. 2. Menulis maklumat untuk melengkapkan borang biodata a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. b. Minta murid mengisi borang biodata ini dengan betul. Pastikan mereka mengikut arahan
yang diberikan. c. Tukar borang antara rakan dan minta mereka menyemak maklumat yang ditulis. d. Guru mengingatkan murid bahawa borang yang diisi mesti mematuhi arahan yang berikut:
- Menggunakan huruf besar - Potong yang tidak berkenaan - Tandakan []pada ruang yang berkenaan
3. Mengisi borang keahlian kelab a. Guru mengedarkan pelbagai borang kelab dan persatuan yang ada di sekolah serta
meminta murid mengisinya dengan betul. b. Guru menggalakkan murid mengisi borang permohonan dalam talian, misalnya menjadi
ahli sebagai Rakan Alam Sekitar melalui laman sesawang http://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php
c. Minta murid meneroka laman sesawang dan mendapatkan pelbagai jenis borang. Catatkan maklumat yang diperoleh dalam Lembaran Kerja 2.
4. Melengkapkan bahan grafik a. Baca semula surat aduan daripada Ketua Kejiranan Jalan RT3 pada Lampiran 2 dalam
Aktiviti Membaca. b. Dalam kumpulan, pindahkan maklumat dalam surat aduan tersebut dengan melengkapkan
grafik Peta Pelbagai Alir seperti dalam Lembaran Kerja 3. c. Tukarkan hasil kerja ini antara kumpulan dan semak jawapan bersama-sama dengan guru. Panduan guru: Sebab:
Mengutip bayaran kutipan sampah
Jadual kutipan sampah tidak menentu
Longkang yang tidak dibersihkan Kesan:
Bau busuk
Menjejaskan keceriaan
Air bertakung
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
19
5. Memberikan perkataan seerti (sinonim) a. Edarkan Lampiran 1, Alam Sebagai Teman. Petikan ini telahpun dibaca dalam aktiviti
yang lepas. b. Perhatikan perkataan yang digarisi dan berikan perkataan seerti dengan perkataan yang
bergaris itu. c. Semak jawapan bersama-sama dengan murid. Panduan guru: a. - akrab: karib, rapat
- kebaikan: manfaat, faedah - menjaga: memelihara - bijak: cerdik, pintar - tabiat; amalan
b. Guru menerangkan bahawa perkataan ini diulang guna dalam petikan.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
20
LEMBARAN KERJA 1
Biodata/PAV(2013)
BORANG MAKLUMAT DIRI
Arahan:
i. Gunakan huruf besar. ii. Tandakan pada petak yang berkenaan A. MAKLUMAT PERIBADI
1. Nama Penuh:
2. Jantina: Lelaki: Perempuan:
3. No. Kad Pengenalan:
4. Tingkatan:
5. Alamat emel:
6. Nama Penuh Bapa:
7. No. Telefon Bimbit Bapa/Ibu*: (* potong mana yang tidak berkenaan)
8. No. Telefon Pejabat Bapa/Ibu*: (* potong mana yang tidak berkenaan)
9. Alamat Tempat Tinggal:
10. No. Telefon Rumah
11. Bilangan adik beradik: 11. Kedudukan dalam keluarga:
12. Tinggal bersama: a. Ibu bapa:
b. Ibu/bapa*
c. Datuk nenek
d. Lain-lain (nyatakan)
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
21
B. PENGAKUAN PEMOHON
Saya ____________________________________ (nama dengan huruf besar),
bernombor kad pengenalan ________________________________ mengaku
bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar.
Tandatangan Pemohon: ....................................................................................
Nama Penuh: ....................................................................................
Tarikh: ..
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Permohonan: Lengkap Tidak lengkap Nombor Pendaftaran Sekolah: ____________________________ Tandatangan Setiausaha: ....................................................................................
Cap Sekolah: ....................................................................................
Tarikh: ...................................
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
22
LEMBARAN KERJA 2
ARAHAN Catatkan maklumat yang diperoleh melalui laman sesawang pelbagai jenis borang yang ditemui.
BIL. NAMA BORANG TUJUAN SUMBER
(alamat laman sesawang)
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
23
LEMBARAN KERJA 3
ARAHAN Dalam grafik di bawah catatkan sebab dan kesan apabila pekerja kontraktor Alam Hijau tidak menjalankan tugas yang diamanahkan.
Aduan Kejiranan
Jalan RT3
Nyatakan sebab
Nyatakan kesan
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
24
LEMBARAN KERJA 4
ARAHAN Lengkapkan petak di bawah dengan perkataan yang sama erti dengan perkataan yang digaris dalam petikan.
ALAM SEBAGAI TEMAN
Alam sangat akrab dengan kita seperti aur
dengan tebing kerana kita merupakan sebahagian
daripada alam. Hubungan penting antara manusia
dengan alam berterusan sejak manusia pertama
sehinggalah hari ini.
Menjaga keharmonian alam merupakan kewajipan
bagi semua orang tanpa mengira kanak-kanak mahupun
orang dewasa. Adakah kita sanggup melihat negara kita
tercemar? Setiap amalan yang menjamin keharmonian
alam mempunyai kebaikan. Sekecil-kecil tindakan seperti
tidak membuang sampah di merata-rata tempat,
merupakan satu sikap yang bertanggungjawab. Kita
mesti ringan tulang menjaga kebersihan alam sekitar.
Selain itu, kita haruslah mengamalkan kitar semula
walaupun secara kecil-kecilan merupakan tindakan yang
bijak. Bersama-sama untuk bergotong-royong
membersihkan kawasan sekitar tempat tinggal atau
sekolah ialah amalan yang mulia.
Kita janganlah jadi seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Semua manusia
mesti berkerjasama dalam memelihara alam sekitar untuk
menjadikan dunia tempat yang selesa untuk didiami.
Amalkan tabiat yang baik seperti pepatah bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Marilah kita bersama-sama untuk menjaga dan
menyayangi alam sekitar kita.
akrab:
menjaga:
bijak:
tabiat:
kebaikan:
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
25
Standard Kandungan:
4.1 Mengenal pasti, membina dan menggunakan perkataan daripada empat golongan kata dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti kata nama dengan betul mengikut konteks. 2. Menyenaraikan kata nama yang betul mengikut konteks. 3. Menggunakan kata nama yang betul mengikut konteks.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) kata nama 2. Ejaan
BBM: 1. Lampiran 1 dan 2 2. Lembaran kerja 1 Nilai: Terapkan nilai berjimat cermat. Banyak bahan terbuang yang boleh dikitar
semula. Elakkan membazir misalnya botol-botol minuman boleh dijadikan bekas pelbagai guna. Plastik untuk mengisi barang daripada pasar raya boleh digunakan untuk bekas membuang sampah. Fikirkan cara menyimpan agar mudah diambil dan bersih. Guru cuba dapatkan pelbagai teknik di youtube dan tunjukkan kepada murid.
CANTIK DAN KREATIF
TATABAHASA
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
26
1. Aktiviti pramenulis a. Murid ditujukkan gambar seperti dalam Lampiran 1 - Tanyakan apakah gambar A, B dan C?
- Apakah yang boleh dihasilkan daripada gambar A? - Berikan nama pada produk (reka satu nama khas yang baharu) bagi produk kitar
semula yang boleh dihasilkan seperti dalam gambar B dab C.
b. Minta murid ceritakan apakah produk kitar semula yang pernah mereka hasilkan (kata nama am) dan bagaimana membuatnya. Pastikan murid menamakan produk itu (kata nama khas)
2. Menggunakan kata nama yang betul a. Edarkan Lampiran 2 mengikut kumpulan. Setiap kumpulan mendapat satu gambar. b. Dalam kumpulan minta murid:
- Menamakan produk. - Menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk (murid
menyenaikan kata nama am) - Menerangkan cara menghasilkan produk.
* Untuk menjalankan aktiviti ini murid perlu berbincang dan mengimaginasi cara produk dihasilkan.
c. Minta murid menggunakan peta alir seperti dalam lembaran Panduan Guru. Terangkan kepada murid cara menggunakan peta alir ini. Jika tidak jelas, guru boleh merujuk laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk maklumat lanjut. Gunakan kertas sebak untuk menghasilkan peta alir ini.
3. Menyenaraikan kata nama a. Edarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyenaraikan semua kata nama yang
terdapat dalam aktiviti (2) di atas. b. Pastikan murid menggunakan huruf besar pada abjad pertama untuk kata nama khas dan
huruf kecil untuk kata nama am. c. Pastikan murid menggunakan kosa kata yang tepat pada nama benda yang ditulis.
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
27
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
GAMBAR A
GAMBAR B
GAMBAR C
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
28
PANDUAN GURU
KUMPULAN 1
KUMPULAN 4 KUMPULAN 3
KUMPULAN 2
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
29
PETA ALIR i-THINK
1. Peta alir i-Think ini berfungsi untuk menunjukkan turutan kejadian atau proses. 2. Proses alir bermula dari kiri ke kanan turun ke kiri turun ke kanan. Ini bermakna
semua proses bermula dari kiri ke kanan. 3. Setiap kotak besar mewakili sesuatu perkara manakala penerangan (subperkara)
dalam kotak kecil di bawahnya (seperti petak yang diwarnakan). Subperkara tidak semestinya ada.
4. Setiap kotak dihubungkan dengan kotak bersebelahan menggunakan anak panah.
Subperkara
Perkara
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
30
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Senaraikan semua kata nama (kata nama am dan kata nama khas yang anda gunakan dalam peta alir.
Nama Poduk:
KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
31
PENGENALAN Dalam Unit 2, murid dapat mengukuhkan kemahiran berbicara untuk memulakan dan mengakhiri perbualan, membuat urutan cerita dalam cerpen serta menilai watak dan perwatakan, memilih dan menulis isi penting dan mengenal pasti, membina serta menggunakan kata tugas. Di samping itu, murid perlu peka bahawa dalam dunia ini kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Semua tindak tanduk kita lakukan hendaklah mengambil kira perasaan orang lain terutama sensitiviti berkaitan bangsa dan agama. Murid akan belajar cara berinteraksi dalam hidup bermasyarakat menggunakan bahasa yang sopan serta menghormati orang lain semasa berbual.
OBJEKTIF UNIT 1 Unit ini membolehkan murid: 1. Berbicara untuk memulakan dan mengakhiri perbualan dalam pelbagai situasi
tidak formal dan formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
2. Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
3. Memilih dan menulis isi penting dalam pelbagai bahan prosa yang diberi dengan betul dan tepat.
4. Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.3.2)
MODUL MEMBACA (2.3.1)
SELAMAT BERKENALAN
KASUT KELOPAK JANTUNG
SI JANTUNG HATI
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
MODUL MENULIS (3.3.1)
MODUL TATABAHASA (4.1.4)
UNIT 2
HIDUP BERMASYARAKAT
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
32
Standard Kandungan:
1.3 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.3.2 Berbicara untuk memulakan dan mengakhiri perbualan dalam pelbagai situasi tidak formal dan formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Berbicara untuk memulakan perbualan dalam situasi tidak
formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
2. Berbicara untuk mengakhiri perbualan dalam situasi tidak
formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) Kata ganti nama diri 2. Sebutan dan intonasi
BBM: 1. Lampiran 2. Lembaran Kerja 1, 2 3. Bahan maujud seperti cermin mata, topi, kerusi, meja 4. Nilai: Nilai hormat menghormati hendaklah dipupuk dalam diri murid
terutama semasa berbual dengan orang lain dan berinteraksi dalam masyarakat. Apabila berbual dengan orang yang lebih tua, gunakan panggilan hormat yang sesuai, misalnya encik atau puan. Kata ganti nama diri kamu jangan digunakan untuk orang yang lebih tua kerana dianggap biadap dalam masyarakat Melayu. Berbual dengan nada lembut dan menghormati pandangan orang lain. Jangan menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.
SELAMAT BERKENALAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
33
1. Aktiviti berbual a. Dudukkan murid secara berpasangan dan minta mereka berbual tentang keluarga
masing-masing. b. Minta seorang atau dua murid menceritakan hasil perbualan mereka dengan rakan di
hadapan kelas. c. Minta seorang atau dua orang murid lain memberikan pendapat tentang suasana
perbualan mereka, sama ada selesa, membosankan, tegang, gembira atau tidak ada apa yang hendak dibualkan.
2. Memulakan perbualan a. Tanyakan murid apakah ayat yang biasa digunakan untuk memulakan perbualan
terutama dengan orang yang tidak dikenali. b. Minta sepasang murid memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali yang
duduk di sebelah semasa menonton satu pertandingan sukan. c. Guru menilai cara murid memulakan perbualan. Panduan guru: Guru menerangkan cara memulakan perbualan dengan beberapa tips berikut: - Memperkenalkan diri dan beri salam atau kata sapaan. - Senyum. - Tanyakan soalan pencertus misalnya, Ada orang tak? - Sudah terang lagi bersuluh (soalan yang kita sudah tahu jawapannya tetapi masih
bertanya misalnya, seorang sahaja?) - Wujudkan situasi. Misalnya jatuhkan buku, meminjam pen, minta laluan atau apa
sahaja situasi mesra yang boleh mencetuskan perbualan. - Kerap menggunakan/menyebut nama misalnya Cik Salina dah lama sampai? - Lebih banyak memberi orang lain bercakap daripada kita menunjukkan
kehebatan diri.
3. Main peranan a. Edarkan sekeping kad aktiviti bagi setiap kumpulan. Dua atau tiga kumpulan boleh
mendapat kad aktiviti yang sama. Rujuk Lampiran 1. b. Bersama-sama pasangan, minta murid mainkan peranan masing-masing seperti arahan
yang terdapat dalam kad. c. Minta dua atau tiga pasang murid melakonkan peranan mereka di hadapan kelas.
Pastikan murid menyediakan peralatan yang bersesuaian seperti pakaian (cermin mata hitam, topi), peralatan (kerusi, meja, telefon).
d. Guru mengingatkan murid agar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang mesra semasa memulakan perbualan.
4. Kata ganti nama diri
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
34
a. Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai sangat penting dalam hidup bermasyrakat. b. Murid perlu dididik menggunakan kata ganti nama diri yang betul semasa berinteraksi
dengan orang lain. c. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid memadankan kata ganti nama diri yang betul. Panduan guru: 1. saya 2. puan 3. saudara 4. kami
5. cikgu 5. Mengakhiri perbualan a. Kekalkan murid dengan pasangan yang sama. b. Kali ini minta mereka mengakhiri perbualan. c. Guru memberikan panduan berikut untuk membantu murid mengakhiri perbualan
tersebut. Panduan guru: 1. Ulang kembali perkara menarik yang dibualkan. Misalnya, betul cakap awak tadi,
saya perlu datang lebih awal. 2. Beritahu yang kamu seronok berbual dengannya. Misalnya, saya gembira dapat
bertemu saudari. 3. Beritahu kita akan berjumpa lagi. Misalnya, Insya Allah panjang umur kita jumpa
lagi. 4. Sebut namanya. Misalnya, baiklah Hanif, jumpa lagi. Assalamualaikum.
d. Minta beberapa pasangan murid untuk melakonkan babak mengakhiri perbualan ini. 6. Membina skrip perbualan a. Masukkan murid dalam kumpulan kecil. b. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid menghasilkan skrip memulakan dan
mengakhiri perbualan berdasarkan gambar yang diberi. c. Bentangkan hasil kerja di hadapan kelas. d. Guru hendaklah memastikan murid menggunakan semua panduan yang dipelajari
sebelum ini dalam menghasilkan skrip.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
35
LAMPIRAN 1 Edarkan kad aktiviti di bawah kepada setiap pasang murid. Tiga atau empat pasang murid boleh mendapat kad yang sama situasinya.
KAD 1
Anda sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik. Mulakan perbualan dengan seorang wanita yang dalam lingkungan usia 30 an yang duduk di sebelah anda.
KAD 2
Anda sedang beratur untuk membeli setem di pejabat pos. Namun, kerana hanya satu kaunter yang dibuka, keadaan menjadi lambat menyebabkan anda dan orang lain terpaksa beratur panjang. Mulakan perbualan dengan seorang remaja di hadapan anda untuk menghilangkan kebosanan.
KAD 3
Semasa sedang menunggu bas, anda melihat seorang lelaki tua sedang mencari sesuatu. Mulakan perbualan dengan lelaki tua ini.
KAD 4
Di sebuah kafeteria, keadaan penuh sesak sehingga tiada meja kosong untuk anda menikmati sarapan pagi. Anda tiada pilihan lain melainkan berkongsi meja. Mulakan perbualan dengan penghuni meja tersebut.
KAD 4
Anda menghadiri suatu majlis perkahwinan yang meriah. Mulakan perbualan dengan keluarga yang duduk semeja dengan anda semasa makan.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
36
LEMBARAN KERJA 1 Padankan pernyataan di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
Maafkan saya, boleh __________ duduk di sini?
1
Sila _________ tunggu sebentar, doktor sedang memeriksa pesakit, kata jururawat itu kerpada seorang wanita.
2
Semua tempat sudah penuh, ___________ boleh berkongsi meja dengan kami, kata lelaki itu kepada seorang pemuda.
3
Jemputlah datang ke rumah __________ malam esok, ada sedikit majlis kesyukuran, wanita itu menjemput jirannya.
4
Maafkan saya __________, saya terlupa membawa buku yang dipesan kelmarin, murid itu memberi penjelasan.
5
saya puan saudara kami cikgu
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
37
LEMBARAN KERJA 2
Perhatikan gambar di bawah. Dalam kumpulan, tulis satu skrip perbualan berdasarkan gambar. Gunakan tips yang diberi untuk menulis skrip ini. PANDUAN 1. Berikan nama pada watak. 2. Gunakan kata ganti nama diri yang sesuai. 3. Sesuaikan isi perbualan dengan gambar (suasana santai dan tidak rasmi). 4. Gunakan tips yang telah dipelajari dalam aktiviti awal 5. Setiap kumpulan lakonkan di hadapan kelas. 6. Gunakan format skrip seperti di bawah. Salman: Assalamualaikum, saudara. Saya Salman, saudara orang baharu di sini? Fitri: Waalaikummusallam, Salman. Saya Fitri. Ya, kami baru saja berpindah
ke sini.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
38
Standard Kandungan:
2.3 Membaca dan memahami karya sastera serta memberikan respons dengan betul dan tepat.
Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca cerpen dengan nada, gaya dan intonasi yang
betul. 2. Membaca petikan cerpen secara imbasan untuk mengenal
pasti watak dan perwatakan. 3. Menjawab soalan untuk menunjukkan pemahaman terhadap
isi cerita cerita. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (sintaksis) ayat seruan 2. Kosa kata (istilah)
BBM: 1. Lampiran 1: Kulit buku Antologi Kasut Kelopak Jantung. 2. Lampiran 2: petikan cerpen Kasut Kelopak Jantung karya
Ghazali Lateh. 3.
4.
Lampiran 3a: peta alir i-Think. Lampiran 3b: peta buih i-Think Lembaran Kerja 1, 2, dan 3
Nilai: 1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah sentiasa
prihatin dan saling bantu membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jangan cepat membuat tomahan dan andaian tanpa usul periksa.
2. Selalu menegur dalam bahasa yang sopan dan jangan menghina orang miskin kerana mereka juga manusia seperti kita. Berikan sokongan agar mereka boleh mengubah nasib menjadi orang yang berjaya.
Catatan: Aktiviti ini memerlukan masa yang lebih panjang untuk
membolehkan murid membaca cerpen penuh dan menjalankan keseluruhan aktiviti yang dicadangkan.
KASUT KELOPAK JANTUNG
MEMBACA
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
39
1. Aktiviti pramembaca a. Tunjukkan grafik pada buku kulit buku KOMSAS Tingkatan 1 Kasut Kelopak Jantung
seperti dalam Lampiran 1. Guru digalakkan menunjukkan teks sebenar. b. Minta murid memberikan pendapat tentang grafik yang dilihat dan minta mereka
mengjangka isi cerita. Jangkaan tidak semestinya betul dan bebaskan murid membuat interpretasi sendiri.
2. Membaca dan mengenali watak a. Minta seorang murid membaca petikan cerpen seperti dalam Lampiran 2. Bimbing murid
menjalankan aktiviti teater pembaca (murid yang membaca duduk di sebuah kerusi di hadapan kelas, manakala yang lain mendengar).
b. Selepas setiap petikan, minta murid: - Menamakan watak - Membuat jangkaan
c. Jawab soalan yang dikemukakan secara lisan sahaja. Panduan guru: Petikan 1:
Nama watak: Cikgu Harun Apakah agaknya hadiah yang diterima oleh Cikgu Harun?: (bebaskan murid membuat jangkaan)
Petikan 2: Nama watak: Ahmad Mengapakah hati Ahmad terguris? (bebaskan murid membuat jangkaan)
3. Membaca cerpen dan memahami isi cerita a. Pinjam teks Antologi Kasut Kelopak Jantung daripada kelas arus perdana sebanyak
bilangan murid di dalam kelas. b. Pilih 8 orang murid untuk membaca keseluruhan cerpen secara bergilir-gilir di hadapan
kelas, sehingga selesai. c. Guru hendaklah menentukan setiap murid membaca perenggan tertentu sahaja dan murid
yang dipilih mestilah bersuara lantang dan lancar membaca. (Sebagai persediaan awal, 8 orang murid ini boleh dipinjamkan teks Kasut Kelopak Jantung dan membacanya di rumah).
d. Pastikan murid yang lain mendengar dengan teliti. e. Edarkan teks Antologi Kasut Kelopak Jantung kepada semua murid di dalam kelas dan
minta mereka membaca secara senyap cerpen ini dari muka surat 77 hingga 86. Sambil membaca, minta murid mencatat watak yang terdapat dalam cerita.
f. Dalam kumpulan minta murid mencatat: i. Perjalanan isi cerita menggunakan peta alir i-Think seperti dalam Lembaran
Kerja 1. Murid pernah membuat peta alir ini dalam aktiviti tatabahasa di Unit 1. ii. Watak utama dan perwatakan menggunakan peta buih berganda. Pastikan
peta buih berfokus kepada penerangan yang bersifat adjektif. Gunakan kertas sebak dan pen penanda berwarna untuk menghasilkan peta i-think ini.
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
40
Panduan guru: Rujuk Lampiran 3a dan 3b. 4. Memahami perkataan istilah a. Terdapat beberapa istilah dalam petikan. Minta murid memadankan perkataan dengan
makna yang diberi mengikut kesesuaian petikan. Gunakan Lembaran Kerja 1. Panduan guru i. terkesima: tercengang, termangu.
ii. sinonim: sama atau hampir sama. iii. marhaen: rakyat jelata (petani, nelayan dan golongan masyarakat bawahan). iv. Imej: gambaran atau rupa.
5. Memahami ayat seruan a. Dalam cerpen ini terdapat banyak ayat seruan. b. Minta murid membaca secara luncuran dan catatkan semua ayat seruan yang ditemui. c. Dalam Lembaran Kerja 2, nyatakan apakah emosi (perasaan) atau nada ayat tersebut. Panduan guru 1. arahan
2. arahan 3. marah 4. arahan 5. arahan 6. marah 7. perintah
6. Memahami petikan a. Edarkan Lembaran Kerja 3 yang merupakan soalan pemahaman. Soalan yang
dikemukakan merupakan soalan yang menjurus kepada kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). Rangsang murid untuk berfikir semasa menjawab soalan-soalan ini.
b. Semasa menjawab soalan KBAT, betul atau salah tidak penting tetapi tumpukan kepada bagaimana murid memberikan justifikasi semasa menjawab soalan-soalan ini.
b. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
41
LAMPIRAN 1
Tunjukkan grafik Antologi Kasut Kelopak Jantung (Teks KOMSAS TIngkatan 1)
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
42
LAMPIRAN 2
1. Minta seorang murid membaca kuat Petikan 1 cerpen dan kemudian
tanyakan soalan yang berikut: a. Apakah nama watak dalam petikan? b. Apakah agaknya hadiah yang diterima oleh watak?
2. Minta seorang murid membaca kuat Petikan 2 cerpen dan kemudian
tanyakan soalan yang berikut: c. Apakah nama watak dalam petikan? d. Mengapakah hati watak terguris?
PETIKAN 1
Hari itu Cikgu Harun menerima lagi sebuah bungkusan. Ketika balik dari surau malam
itu, bungkusan itu sudah ada. Nama pada bungkusan itu sememangnya nama Cikgu
Harun walaupun tidak bersetem atau tanda dihantar dengan pos. Cikgu Harun tahu
benar pengirim bungkusan itu. Bukan pertama kali dia menerimanya, malah setahun
dua kali sudah pasti, semenjak beberapa tahun yang lalu. Terutamanya ketika tibanya
tarikh 16 Mei, bungkusan hadiah itu akan sampai seperti selalunya. Dia telahpun
menduga.
Cerpen Kasut Kelopak Jantung Teks KOMSAS Tingkatan 1: m.s 77
PETIKAN 2
Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sekejap pun dia
tidak berhenti kerana malu kakinya dilihat orang. Jika berselisih dia akan ke kaki lima
jalan atau masuk ke dalam semak rumpun semalu di tepi jalan. Dia sudah biasa
meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada sakit tertusuk duri
semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi
hatinya yang terhiris.
Cerpen Kasut Kelopak Jantung Teks KOMSAS Tingkatan 1: m.s 83
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
43
LAMPIRAN 3a
CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG OLEH GHAZALI LATEH
Peta Alir
Cikgu Harun menerima bungkusan hadiah
Teringat semasa mengajar di sebuah sekolah di kawasan pedalaman
Melihat seorang murid, Ahmad tidak memakai
kasut ke sekolah.
Setiap tahun pada 16 Mei
Sepasang kasut
Cikgu Harun marah.
Ahmad didenda dengan memakai kasut yang dibuat daripada kelopak jantung
yang diikat dengan tali rafia.
Ahmad malu, hatinya terguris.
Ahmad tidak
hadir ke sekolah selama
seminggu.
Menangis.
Selama 3 minggu Ahmad berkaki ayam
Cikgu Harun rasa
bersalah dan pergi ke rumah
Ahmad.
Melihat kehidupan Ahmad.
Ibu Ahmad seorang wanita
separuh umur, jalan terhinggut-hinggut dan
uzur.
Ahmad mengambil
upah memetik cili.
Ahmad masih
memakai kasut
kelopak jantung yang
sudah berjurai-
jurai.
Cikgu Harun berasa sangat sedih dan
membelikan Ahmad sepasang baju dan
kasut sekolah.
Cikgu Harun kembali semula ke rumah
Ahmad dan menyerahkan baju serta
kasut kepada Ahmad.
Kejadian ini membuat Ahmad sentiasa mengenang jasa gurunya dan kini menjadi
Pengurus Besar sebuah syarikat pengeluar kasut terkenal.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
44
LAMPIRAN 3b
Cikgu Harun
tegas
bengis
kejam
ambil berat
Ahmad
pendiam
menghormati orang
sensitif
mengenang jasa
Peta Buih
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
45
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN: Padankan perkataan berikut dengan makna yang diberi.
tercengang, termangu
sama atau hampir sama
rakyat jelata (petani, nelayan dan golongan masyarakat bawahan)
gambaran atau rupa
terkesima
sinonim
marhaen
imej
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
46
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN: Nyatakan perasaan atau nada dalam ayat seruan berikut:
1. Bangun! Selamat pagi cikgu!
2. Ahmad, mari sini!
3. Hari ini saya nak denda kamu!
4. Pergi cari tali!
5. Ikat elok-elok!
6. Cepat!
7. Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
47
LEMBARAN KERJA 3 ARAHAN: Jawab soalan yang berikut berdasarkan pemahaman kamu terhadap cerpen Kasut Kelopak Jantung.
Mengapakah Cikgu Harun terkesima setiap kali menerima bungkusan pada 16 Jun?
1
Mengapakah Cikgu Harun sangat tegas terhadap anak didiknya di sekolah?
2
Mengapakah Ahmad tidak datang sekolah selama seminggu dan berhasrat ingin berhenti sekolah?
3
Mengapakah Ahmad berkata Cikgu Harun telah menjadikan dirinya insan yang berjaya?
4
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
48
Standard Kandungan:
3.3 Meringkaskan pelbagai bahan prosa dengan menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat.
Standard Pembelajaran:
3.3.1 Memilih dan menulis isi penting daripada pelbagai bahan prosa yang diberi dengan betul dan tepat.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti dan mencatat isi-isi penting daripada bahan
prosa dengan betul. 2. Menulis satu ringkasan berdasarkan bahan yang dibaca
dengan menggunakan penanda wacana yang betul. 3. Memadankan peribahasa dengan maksudnya dengan tepat.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) penanda wacana 2. Peribahasa peribahasa Melayu yang ada perkataan
jantung. BBM: 1. Lampiran 1; Jantung Pisang 2. Lampiran 2; Tips Menjaga Kesihatan Jantung 2. Lembaran Kerja 1: Peribahasa Nilai: Jantung merupakan organ paling penting dalam tubuh kita. Jagalah
kesihatan jantung kerana jantung yang tidak sihat akan menjejaskan keseluruhan sistem tubuh kita. Merokok merosakkan jantung dan perbuatan merokok di tempat awam boleh mendatangkan mudarat kepada orang di sekelilingnya. Janganlah mementingkan diri sendiri tetapi fikirkan orang lain yang hidup bersama-sama kita.
SI JANTUNG HATI
MENULIS
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
49
1. Aktiviti pramenulis a. Murid dibawa kembali kepada cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh. b. Dalam latihan aktiviti membaca yang lepas, murid telah menghasilkan satu peta alir
tentang cerpen Kasut Kelopak Jantung. c. Dengan menggunakan peta alir yang disediakan oleh murid, minta murid menceritakan
secara ringkas isi cerita Kasut Kelopak Jantung. d. Sekarang bawa fikiran murid dengan berfokus kepada jantung pisang itu sendiri.
Pernahkah mereka melihat jantung pisang dan mengapakah Cikgu Harun memilih kelopak jantung untuk dijadikan kasut?
2. Mencatat isi penting a. Edarkan Lampiran 1 kepada setiap murid. b. Minta setiap murid membaca petikan dan kemudian mencatat dalam peta bulatan
maklumat atau isi penting tentang jantung pisang. Gunakan kertas sebak dan lakukan dalam kumpulan .
c. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.
Panduan guru: peta bulatan i-Think
AKTIVITI
Jantun
g pisang
Bingkai rujukan (daripada mana maklumat diperoleh?)
Isi penting tentang jantung pisang (satu perkataan bagi setiap isi.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
50
3. Menulis ringkasan a. Petikan Jantung Pisang dalam Lampiran 1 mengandungi 4 perenggan. Berdasarkan isi
penting yang dicatat dalam peta bulatan dalam aktiviti (2), ringkaskan menjadi satu perenggan. Gunakan penanda wacana yang sesuai semasa menghasilkan ringkasan, misalnya:
- Jelas sekali - Walau bagaimanapun - Sesungguhnya
b. Edarkan petikan Lampiran 2. Baca dengan teliti. Catatkan isi penting dalam peta buih. c. Berdasarkan isi penting tadi, bina satu perenggan tentang tips menjaga kesihatan jantung
dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. 4. Peribahasa a. Dalam peribahasa Melayu terdapat beberapa peribahasa yang menggunakan perkataan
jantung. Ada yang biasa kita dengar, ada juga yang tidak biasa didengar. Dengan hanya membaca peribahasa, cuba fahamkan maksudnya. Kemudian, minta murid padankan dengan maksudnya menggunakan Lembaran Kerja 1.
Panduan guru: Jantung hati orang yang dikasihi
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang orang yang tidak ada perasaan Dikasi hati, minta jantung - orang yang sudah diberi kebaikan tapi masih minta
lebih, atau dengan kata lain orang yang tidak tahu berterima kasih.
Makan hati berulam jantung - Bersusah hati karena perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
51
LAMPIRAN 1
ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan catatkan isi penting tentang jantung pisang.
JANTUNG PISANG
Jantung pisang merupakan bunga pisang yang akan
bertukar menjadi buah pisang apabila matang.
Bunga pisang ini mempunyai banyak lapisan kelopak yang
melindungi barisan bunga di dalamnya. Bunga pisang yang
berbentuk jantung ini akan berterusan mengeluarkan bunga
sekiranya tidak dipotong daripada tandan buah. Bunga
pisang atau lebih dikenali dengan nama jantung pisang ini
mempunyai khasiat dan kegunaannya.
Jantung pisang biasanya setelah dicelur, dijadikan ulam,
kerabu, teresek (masakan tradisional Kelantan), gulai dan
pelbagai jenis masakan. Namun begitu bukan semua jenis
jantung pisang yang boleh dimakan kerana terdapat beberapa
jenis pokok pisang mengeluarkan jantung yang rasanya pahit
atau sangat kelat.
Jantung pisang mengandunggi 1.2% protein, 0.3% lemak, 7%
karbohidrat, serta mengandunggi fosfurus dan zat besi. Dari
segi khasiat perubatan, jantung pisang memberi tenaga dan
membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati
dan membersihkan buah pinggang. Selain itu, ada sesetengah
berpendapat, makan jantung pisang boleh menggalakkan
pengeluaran susu ibu.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
52
LAMPIRAN 2
ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti, catatkan isi penting tentang tips menjaga kesihatan jantung dalam peta buih. Kemudian, ringkaskan menjadi satu perenggan menggunakan penanda wacana yang sesuai.
TIPS MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Hai sahabat, tips kesihatan pada kali ini adalah tentang cara menjaga jantung. Jantung merupakan organ yang sangat penting yang dimiliki oleh manusia. Ketika jantung sudah berhenti berdenyut, pasti nyawa kita sudah terpisah dari badan. Kita tentu mahukan jantung yang sihat. Menjaga jantung agar tetap sihat merupakan kewajiban setiap individu. Bagaimana menjaga jantung agar tetap sihat? Oleh sebab itulah, tips kesihatan kali ini akan mengetengahkan artikel berkaitan penjagaan jantung agar tetap sihat: 1. Bagi anda yang memiliki kebiasaan merokok, mulai dari sekarang berhentilah
daripada kebiasaan yang tidak menyihatkan tersebut. Perlu anda ketahui, perokok memiliki peluang sangat besar mengalami serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok sama sekali.
2. Usahakan mengurangi pengambilan garam yang berlebihan kerana garam akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi mampu meningkatkan serangan jantung.
3. Tingkatkan aktiviti riadah yang teratur setiap pagi. Dalam hal ini, aktiviti seperti berjalan, berlari anak atau senaman ringan selama setengah jam setiap hari sangat membantu.
4. Berbagai-bagai masalah yang merungsingkan fikiran anda boleh mempengaruhi kesihatan jantung anda. Luangkan waktu menonton siaran televisyen yang santai serta berunsur komidi. Rasa santai dan gembira boleh menenangkan fikiran anda.
5. Anda juga boleh ke suatu tempat yang menyenangkan dan menyegarkan fikiran sambil menghirup udara segar di kawasan perbukitan atau berehat di pantai dengan bayu laut berpupuk lembut. Situasi seperti ini akan memberikan ketenangan dan baik untuk jantung.
6. Jauhi minuman keras atau alkohol. Minuman keras bukan sahaja haram di sisi agama Islam, tetapi juga merosakkan jantung.
7. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung berbagai vitamin yang diperlukan jantung anda seperti bayam, buah aprikot serta jenis kekacang. Kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi.
Semoga tips kesihatan berguna dan bermanfaat bagi anda. Akhir kata, sayangilah jantung kita.
Diubahsuai daripada: http://intips-kesihatan.blogspot.com/2012/04/jaga-jantung-sihat.html
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
53
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN Baca peribahasa di bawah, fahamkan dan padankan dengan maksud yang tepat.
Gunakan anak panah untuk menunjukkan maksud.
orang yang sudah diberi kebaikan
tapi masih minta lebih, atau dengan
kata lain orang yang tidak tahu
berterima kasih.
Orang yang dikasihi
Bersusah hati kerana perbuatan
orang lain yang menyedihkan hati.
Orang yang tidak ada perasaan.
PERIBAHASA MAKSUD
Jantung hati
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung
pisang
Diberi hati, minta jantung
Makan hati berulam jantung
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
54
Standard Kandungan:
4.1 Mengenal pasti, membina dan menggunakan perkataan daripada empat golongan kata dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.1.4 Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti kata tugas yang terdapat dalam petikan. 2. Mengenal pasti penggunaan kata hubung, kata sendi
nama dan kata pemeri dengan betul. 3. Membina ayat menggunakan kata kata hubung, kata
sendi nama dan kata pemeri dengan betul dengan betul. Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi) kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri
2. Sebutan dan Intonasi BBM: 1. Lembaran Kerja 1 2. Lembaran Kerja 2 3. Lampiran Nilai: Terapkan nilai berbudi bahasa dalam hubungan bermasyarakat.
Hormat kepada orang yang lebih tua dan gunakan bahasa yang sopan serta mesra dalam perbualan.
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
TATABAHASA
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
55
1. Mengenal pasti kata tugas a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid mengenal pasti kata tugas yang terdapat
dalam ayat yang diberi. b. Minta murid menyebut kata tugas yang telah dikenal pasti.
Panduan guru:
i. Kata tugas yang akan murid pelajari di Tingkatan 1 ini ialah kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri.
ii. Dalam kata tugas yang dipelajari ini, banyak pecahannya namun tumpukan kepada yang mudah dan sering digunakan.
iii. Terangkan kepada murid bahawa kata tugas itu ialah kata yang bertugas untuk tujuan tertentu - Kata hubung bertugas untuk menghubungkan perkataan, frasa atau ayat (dan, atau, serta, sambil, lalu). - Kata sendi nama hadir di hadapan frasa nama dan bertugas untuk merangkaikan frasa nama dengan frasa lain (di, ke, dari, daripada, pada, dengan). - Kata pemeri bertugas untuk memerihalkan sesuatu (ialah, adalah).
Jawapan:
1. Kata hubung i. atau, dan ii. dan, atau, sambil iii. atau
2. Kata Sendi Nama i. dari ii. daripada iii. ke, di, dengan iv. pada
3. Kata Pemeri i. ialah ii. adalah
2. Menggunakan kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri dengan betul. a. Edarkan Lembaran Kerja 2. b. Dalam lembaran kerja ini terdapat kesalahan biasa yang digunakan dan ada juga yang
betul. Kenal pasti kesalahan tersebut dan jika salah, tuliskan kata tugas yang betul. c. Semak jawapan dengan rakan. Jawapan:
1. sambil .X.dan 2. dari ../.. 3. daripada ..X. daripada / kepada
kepada
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
56
4. dalam .X di dalam 5. di .X.pada 6. ialah .../ .. 7. sambil ./ .. (boleh juga dan)
3. Membina ayat menggunakan kata tugas dengan betul a. Edarkan gambar daripada Lampiran 3 kepada setiap kumpulan. Dua kumpulan boleh
mendapat gambar yang sama. b. Minta murid menulis dialog menggunakan kata hubung, kata sendi nama dan kata
pemeri dengan betul berdasarkan gambar yang diberi. c. Semasa membina dialog, minta murid menggunakan tema kehidupan bermasyarakat.
Seperti dalam gambar. Gunakan bahasa yang sopan dan hormat.. d. Minta murid melakonkan dialog yang dihasilkan dan murid lain memastikan mereka
menggunakan kata tugas yang betul. Ingatkan murid supaya menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai mengikut situasi.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
57
LEMBARAN KERJA 1
ARAHAN 1. Bulatkan kata hubung yang terdapat dalam ayat di bawah. 2. Bulatkan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di bawah.
ii
Anda juga boleh ke suatu tempat yang menyenangkan dan menyegarkan fikiran
sambil menghirup udara segar di kawasan perbukitan atau berehat di pantai
dengan bayu laut berpupuk lembut.
i.
Bunga pisang atau lebih dikenali dengan nama jantung pisang ini
mempunyai khasiat dan kegunaannya.
ii
Namun begitu bukan semua jenis jantung pisang yang boleh dimakan
kerana terdapat beberapa jenis pokok pisang mengeluarkan jantung yang
rasanya pahit atau sangat kelat.
i.
Dari segi khasiat perubatan, jantung pisang memberi tenaga dan
membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan
membersihkan buah pinggang.
ii
Bagi anda yang memiliki kebiasaan merokok, mulai dari sekarang,
berhentilah daripada kebiasaan yang tidak menyihatkan itu.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
58
LEMBARAN KERJA 1 sambungan
3. Bulatkan kata pemeri yang terdapat dalam ayat di bawah.
i.
Poster yang banyak tertampal pada dinding seharusnya menjadi
peringatan kepada kita agar menjauhi rokok.
ii
Anda juga boleh ke suatu tempat yang menyenangkan dan menyegarkan fikiran
sambil menghirup udara segar di kawasan perbukitan atau berehat di pantai
dengan bayu laut berpupuk lembut.
ii
Tips kesihatan pada kali ini adalah tentang cara menjaga jantung.
i.
Jantung pisang ialah bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah
pisang apabila matang.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
59
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN 1. Kenal pasti kata tugas (kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri) dalam
dialog berikut. 2. Tandakan sama ada kata tugas tersebut betul atau salah. 3. Jika penggunaan kata tugasnya salah, tuliskan yang betul dalam petak yang
disediakan.
Selamat pagi, cikgu sambil Selamat Hari Raya!
Eh, Kelvin, terima kasih. Kamu dari mana dan nak ke mana?
BETUL
ATAU SALA
JIKA SALAH,
TULISKAN YANG
Saya daripada kelas, cikgu dan nak kepada perpustakaan.
Dalam kelas kamu tak ada gurukah?
1
4
3
2
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
60
LEMBARAN KERJA 2 sambungan
Ada cikgu. Cuma di waktu ini Cikgu Mimi minta kami buat rujukan di perpustakaan.
5
BETUL
ATAU SALA
JIKA SALAH,
TULISKAN YANG
6 Betul tu, Kevin. Perpustakaan ialah tempat untuk kita meneroka pelbagai ilmu. Gunakan perpustakaan sebaik mungkin.
7
Terima kasih atas nasihat cikgu. Saya juga dapat meminjam buku buku cerita sambil membuat rujukan.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
61
LAMPIRAN ARAHAN 1. Bina dialog menggunakan kata tugas (kata hubung, kata sendi nama dan kata
pemeri) yang betul berdasarkan gambar yang menunjukkan semangat bermasyarakat.
2. Kemudian lakonkan di hadapan kelas. 3. Murid lain sila pastikan kumpulan yang berlakon menggunakan kata tugas yang
betul.
GAMBAR 1
GAMBAR 2
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
62
GAMBAR 3
GAMBAR 4
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
63
PENGENALAN Dalam Unit 3, murid dapat mengukuhkan kemahiran bersoal jawab dalam perbualan harian menggunakan soalan aras rendah (apa, siapa, berapa) dan memberikan jawapan yang sesuai, betul dan bertatasusila ,membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul dan membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan perkataan dengan betul.Selain itu, murid juga dapat memahami dan menggunakan frasa nama (Hukum D-M) dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks. Di samping itu,murid mendapat pengalaman pembelajaran tentang pengurusan kewangan, berbelanja secara berhemah serta menjadi pengguna yang bijak dalam berbelanja demi masa depan.
OBJEKTIF UNIT 3 Unit ini membolehkan murid: 1. Bersoal jawab dalam perbualan harian menggunakan soalan aras rendah (apa, siapa,
berapa) dan memberikan jawapan yang sesuai, betul dan bertatasusila.
2. Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
3. Membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan perkataan dengan betul.
4. Memahami dan menggunakan frasa nama (Hukum D-M) dalam pelbagai ayat dengan betul
mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
UNIT 3
PENGURUSAN KEWANGAN
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM
HUJAN
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR
(1.4.3)
MODUL MEMBACA (2.3.1) TABUNG DAN IBU
SEHARI SELEMBAR BENANG
BEKALAN HARI TUA
MODUL MENULIS (3.2.1)
MODUL TATABAHASA (4.5.1)
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
64
Standard Kandungan:
1.4 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai soalan dan mengemukakan jawapan yang sesuai dengan betul, tepat dan bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.4.3 Bersoaljawab dalam perbualan harian menggunakan soalan aras rendah (apa, siapa, berapa) dan memberikan jawapan yang sesuai, betul dan bertatasusila.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Bersoal jawab tentang perkara yang dilihat. 2. Membina soalan aras rendah berdasarkan bahan grafik yang
dilihat. 3. Membina soalan yang betul berdasarkan jawapan yang diberi. 4. Melakonkan dialog menggunakan soalan aras rendah dan
memberikan jawapan yang sesuai dengan betul dan bertatasusila.
Sistembahasa: 1. Tatabahasa (sintaksis) Kata Tanya aras rendah.
2. Sebutan dan Intonasi Membimbing murid menggunakan intonasi yang sesuai semasa berbual dengan rakan. Gunakan bahasa yang bertatasusila serta penuh hormat.
BBM: 1. Lampiran 1: situasi menabung 3. Lampiran 2: tabung 4. LembaranKerja: dialog Nilai: Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai berjimat cermat
dengan menabung sedikit-demi sedikit. Wang susah dicari dan kita hendaklah bersedia sebelum kesusahan tiba. Wang perlu digunakan dengan berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak.
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
65
1. Aktiviti pramendengar a. Tunjukkan gambar pada Lampiran 1, satu persatu. b. Bagi setiap gambar, tanyakan apakah yang mereka lihat, siapakah di dalam gambar dan
berapakah agaknya jumlah wang atau simpanan yang hendak dibuat. c. Tanyakan pengalaman murid menabung dan apakah jenis tabungan yang mereka ada.
Guru hendaklah berhati-hati dalam menjalankan aktiviti ini dikhuatiri ada murid yang sensitif kerana tiada tabungan langsung. Jelaskan peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit bahawa tabungan tidak semestinya banyak. Biar satu sen, lama-kelamaan akan terkumpul dan boleh menjadi jutawan.
2. Menyatakan soalan aras rendah a.. Edarkan satu keping gambar bagi setiap kumpulan seperti dalam Lampiran 2. b. Minta murid berbincang tentang apakah soalan yang boleh dikemukakan bagi gambar
yang dilihat. Bebaskan murid mengemukakan apa sahaja bentuk soalan. c. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan (soalan-soalan yang
dikemukakan). d Guru memberi fokus kepada soalan aras rendah (apa, siapa, berapa). Terangkan kepada
murid untuk mengetahui perkara tanyakan apa, untuk mengetahui orang, tanyakan siapa, untuk tanyakan jumlah atau bilangan, tanyakan berapa.
3. Membinasoalanarasrendahmelalui dialog a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap kumpulan (dua orang satu kumpulan). b. Minta murid mengemukakan soalan berdasarkan jawapan yang ada dalam dialog. c. Cuba lakonkan dialog ini di hadapan kelas. Guru menilai. d. Kumpulan terbaik mestilah:
- Berjaya menghasilkan soalan yang menepati jawapan (apa, siapa dan berapa). - menghayati lakonan dan melakonkan dengan bersahaja.
4. Berlakon dengan mengemukakan soalan aras rendah dan memberikan jawapan a. Dudukkan murid berdua. b. Minta murid menyediakan satu skrip untuk melakonkan satu situasi berbual dengan bapa
tentang rancangan untuk menyimpan wang di dalam bank. c. Dalam dialog ini murid mesti menggunakan soalan apa, siapa dan berapa dan
memberikan jawapan yang sesuai serta menepati soalan.
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
66
LAMPIRAN 1
GAMBAR 1
GAMBAR 2
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
67
LAMPIRAN 2 ARAHAN BAGI SETIAP KUMPULAN 1. Teliti gambar. 2. Kemukakan soalan yang boleh ditanya tentang gambar.
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
KUMPULAN 3 KUMPULAN 4
KUMPULAN 6 KUMPULAN 5
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
68
LEMBARAN KERJA ARAHAN: Bina soalan yang sesuai bagi Amirul, berdasarkan jawapan yang diberi oleh remaja Muiz.
Nama saya Amirul. Nama saya Muiz.
Ini ialah tabungan saya selama 6
bulan.
Ibu dan ayah mendorong saya menabung sejak kecil lagi. Cikgu Rozie juga selalu ingatkan kami
untuk menabung.
Tak banyak, Amirul. Sebulan sepuluh ringgit sahaja, lebihan belanja sekolah.Namun, pada musim Hari Raya, banyaklah
sikit simpanan saya.
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
69
Standard Kandungan:
2.3 Membaca dan memahami karya sastera serta memberikan respons dengan betul dan tepat.
Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca dan menyusun jalan cerita yang terdapat dalam cerpen. 2. Membaca dan mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat
dalam cerpen. 3. Menilai watak dalam cerpen dengan betul.
Sistem bahasa:
1. Tatabahasa (morfologi): Kata Adjektif 2. Kosa kata
Lampiran 1: unik, dompet, sedekah, rukun Islam Lampiran 2: diulit, bersengkang mata
BBM: 1. Lampiran 1: petikan cerpen 2. Lampiran 2: petikan cerpen 3. Lembaran Kerja 1, 2 dan 3: peta i-think Nilai: Nilai jimat cermat hendaklah ditekankan dalam aktiviti ini. Apabila ada
lebihan, simpannya dalam tabung dan kemudian simpan di dalam bank. Namun, apabila ada kecemasan, kasih sayang antara ahli keluarga mengatasi segala-galanya. Dalam aktiviti ini, tekankan juga nilai kasih sayang seorang anak kepada ibu dan ahli keluarga seperti adik beradik.
Catatan: Aktiviti ini boleh mengambil lebih daripada dua masa kerana murid perlu membaca dan menghayati cerpen.
TABUNG DAN IBU
MEMBACA
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
70
1. Aktiviti pramembaca a. Edarkan petikan cerita dalam Lampiran 1. Murid membaca senyap sambil memahami isi
cerita. b. Minta murid secara lisan:
- Menamakan watak utama. (Pakcik Hamdan) - Menamakan watak sampingan. (Makcik Zaleha) - Menyatakan sikap unik Pak Hamdan. (Membahagikan keuntungan jualan nasi
lemaknya kepada tidak jenis tabungan / seorang yang bijak berbelanja). - Menyatakan tiga jenis tabungan Pakcik Hamdan. (di dalam dompet, di dalam laci
dan di dalam tabung buluh) c. Bincangkan maksud perkataan yang diwarnakan. 2. Membaca dan memahami jalan cerita dalam cerpen a. Edarkan cerpen di Lampiran 2. b. Pilih seorang murid membaca cerita lagak teater pembaca (sebelum ini guru telah melatih
murid ini untuk membaca gaya teater pembaca). c. Minta murid lain mendengar dengan teliti. d. Selepas mendengar teater pembaca, guru dan murid berbincang tentang perkataan yang
diwarnakan agar murid faham dan jelas maksudnya. e. Edarkan Lampiran 2 kepada semua murid dan minta mereka membaca dengan senyap
dan memahami jalan ceritanya. f. Minta murid masuk dalam kumpulan. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan bincangkan jalan
cerita berdasarkan cerpen yang dibaca. Panduan guru: Teater pembaca ialah seorang pembaca duduk di hadapan kelas dan membacakan
petikan cerpen/novel/ dengan gaya dan intonasi serta penghayatan watak. 3. Membaca dan mengenali watak dan perwatakan a. Murid duduk dalam kumpulan. b. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid mengenal pasti dua watak dalam cerpen di
Lampiran 2. Catatkan persamaan dan perbezaan di antara dua watak berkenaan. Bimbing murid menggunakan kata adjektif untuk menerangkan watak.
c. Gunakan kertas sebak dan pen penanda berwarna untuk aktiviti mini. Panduan guru: Persamaan:
- Lelaki. - Anak daripada ibu dan bapa yang sama (adik beradik). - Kedua-duanya sayang akan ibu.
Perbazaan: - Adik/abang - Muiz bersekolah/abang mungkin sudah bekerja
d. Bentangkan hasil kerja di hadapan kelas. 4. Menilai watak dalam cerpen a. Secara tidak langsung murid telah menilai watak dalam aktiviti (3) di atas. b. Edarkan Lembaran Kerja 3 dan minta murid menilai dan mencatatkan watak Muiz dan
abangnya. c. Bimbing murid menggunakan kata adjektif untuk menerangkan watak.
AKTIVITI
-
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
71
LAMPIRAN 1 ARAHAN: Baca cerita di bawah dengan teliti dan fahami isi kandungannya.
Ini cerita seorang penjual nasi lemak. Pakcik Hamdan ini sudah 17 tahun
melakukan perancangan kewangan dengan caranya yang tersendiri. Pakcik
Hamdan mempunyai se
top related