modul hafal format penyata kewangan
Post on 11-Nov-2015
432 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
Hak Cipta Terpelihara 2014
Pertama DI Malaysia!! Bimbingan Langkah Demi Langkah Ke
Arah A+ Penyata Kewangan
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s2
1.1) INGAT FORMAT AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI
ormat Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi merupakan asas untuk
menghafal format Penyata Pendapatan. Semua butiran yang ada di dalam
Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi adalah sama dengan butiran-butiran
yang ada di dalam Penyata Pendapatan; perbezaan paling ketara antara Akaun
Perdagangan Dan Untung Rugi dengan Penyata Pendapatan ialah kedudukan butiran.
Cuba perhatikan 2 format di atas. Jika ditelitikan, kita dapati butiran-butiran dalam
kedua-dua format adalah SAMA; yang berbeza hanyalah kedudukan setiap butiran.
Oleh yang demikian, dengan menguasai format Akaun Perdagangan Dan Untung
Rugi, kita boleh dikatakan halfway untuk menguasai format Penyata Pendapatan
kerana kita hanya perlu mengubahsuai kedudukan butiran, tanpa perlu menghafal
mati-matian setiap butiran dari atas sampai ke bawah.
F
MODUL 01 Ingat Format Penyata Kewangan
Selepas mengikuti modul ini, pelajar akan dapat mengingat format-format Penyata
Kewangan berikut dengan lebih mudah:
1.1) Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi; 1.2) Penyata Pendapatan; 1.3) Kunci Kira-kira bentuk T, dan;
1.4) Kunci Kira-kira bentuk penyata.
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s3
Sebelum Menghafal Format Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi..
Untuk menghafal format Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi dengan lebih mudah,
kita akan pecahkan format kepada 2 bahagian, iaitu:
Bahagian Akaun Perdagangan, ataupun singkatannya PD;
Bahagian Akaun Untung Rugi, ataupu singkatannya UR.
Cuba perhatikan ilustrasi di bawah.
Bahagian ini
merupakan
bahagian PD.
Bahagian ini
merupakan
bahagian UR.
PERHATIAN!!
Fungsi Akaun Perdagangan ataupun bahagian PD adalah untuk menentukan
perniagaan menikmati UNTUNG KASAR ataupun mengalami RUGI KASAR.
Fungsi Akaun Untung Rugi ataupun bahagian UR pula adalah unutk menentukan
perniagaan menikmati UNTUNG BERSIH ataupun mengalami RUGI BERSIH.
Gabungan bahagian PD dan bahagian UR akan membentuk Akaun Perdaganagn
Dan Untung Rugi.
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s4
Sekarang, kita fokuskan kepada bahagian PD terlebih dahulu. Target pertama kita
adalah menghafal format bahagian PD di bawah ini.
Kita perlu mengagihkan bahagian PD ini kepada 3 komponen utama, iaitu:
Komponen Jualan Bersih
Komponen Belian Bersih
Komponen Kos Belian
Cuba lihat ilustrasi di bawah:
Pada peringkat ini,
kita hanya
tumpukan perhatian
kepada apa butiran
yang berada di
bahagian PD dan di
mana kedudukan
setiap butiran
tersebut.
Komponen
Jualan Bersih
Komponen
Belian Bersih
Komponen
Kos Belian
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s5
Jadual di bawah menyenaraikan secara ringkas butiran-butiran yang berada di dalam
setiap komponen. Pelajar wajar mengambil sedikit masa untuk meneliti butiran-
butiran ini serta komponen masing-masing. Jika pelajar tiada masalah untuk
mengenalpasti setiap butiran ini dengan komponennya, boleh skip langkah ini.
Butiran-butiran dalam setiap komponen
Komponen Jualan Bersih Komponen Belian Bersih Komponen Kos Belian
Jualan Belian Angkutan Masuk
Pulangan Jualan /
Pulangan Masuk
Pulangan Belian /
Pulangan Keluar
Insurans Atas
Belian
Diskaun Diberi Diskaun Diterima Upah Atas Belian
Duti Import
Seterusnya, tibalah masanya untuk melakukan kerja menghafal. Bak kata orang-orang
pendidikan, Study Smart, No Study Hard, maksudnya, untuk meningkatkan
keberkesanan pembelajaran, kita haruslah menghafal cara pintar dan bukannya
sekadar hafal mati-matian dari atas sampai bawah.
Semasa menghafal, cikgu syorkan supaya menghafal mengikut urutan berikut:
PERHATIAN!!
Angkutan Keluar BUKAN butiran dalam bahagian PD; Angkutan Keluar itu butiran
dalam bahagian UR.
Perhatikan juga butiran dalam Komponen Jualan Bersih dan Komponen Belian Bersih,
wujud persamaan, iaitu wujud hubungan antonim (kata lawan maksud), misalnya Jualan x
Belian, Pulangan Jualan x Pulangan Belian, Diskaun Diberi x Diskaun Diterima.
Manfaatkan hubungan antonim ini untuk membantu kita menghafal format nanti.
Komponen
Jualan Bersih
Komponen
Belian Bersih
Komponen
Kos Belian
1
2
3
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s6
Sekarang, jalankan latihan menghafal format bahagian PD seperti yang diterangkan
dalam langkah-langkah berikut:
1) Pada sehelai kertas kosong, lakarkan bentuk T, di mana sebelah kiri garisan
tengah merupakan DEBIT dan sebelah kanan garisan tengah merupakan
KREDIT;
2) Isikan Komponen Jualan Bersih di sebelah KREDIT (tanpa merujuk);
3) Isikan Komponen Belian Bersih dan Komponen Kos Belian di sebelah DEBIT
mengikut turutan (tanpa merujuk);
4) Letakkan Stok Awal di atas Komponen Belian Bersih;
5) Letakkan butiran-butiran berikut di bawah Komponen Kos Belian:
Kos Barang Untuk Dijual
-) Stok Akhir
Kos Jualan
Untung Kasar
6) Latihan menghafal ini haruslah dijalankan berulang kali sehingga pelajar betul-
betul dapat melakar semula format bahagian PD ini dengan tepat dan sempurna!!
Format bahagian PD sebaik-baiknya dihafal dengan betul kerana setiap butiran yang
berada di bahagain PD tidak boleh diletakkan sesuka hati, sebaliknya wajib mematuhi
format, yakni setiap butiran perlu disusun atur mengikut format Akaun Perdagangan.
Berbeza dengan bahagian PD, butiran-butiran yang berada di dalam bahagian UR
tidak perlu disusun atur.
Komponen Jualan Bersih
Komponen Belian Bersih
Komponen Kos Belian
Hafal setiap komponen
mengikut turutan seperti
yang ditunjukkan pada
carta aliran sebelah.
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s7
Namun demikian, ini tidak bermakna kita boleh meletakkan butiran-butiran sesuka
hati kita. Kita perlu mengagihkan butiran-butiran dalam bahagian UR kepada 2
bahagian besar, iaitu:
Hasil (yang tidak dijana melalui jualan barang niaga)
Belanja (yang tidak melibatkan kos barang niaga)
Cuba lihat ilustrasi format UR berikut:
Bahagian UR mesti dimulakan dengan Untung Kasar atau Rugi Kasar. Kedua-
dua Untung Kasar dan Rugi Kasar boleh dijumpai di dalam bahagian PD.
Untuk menguasai butiran-butiran yang berada di dalam bahagian UR, cikgu syorkan
supaya menghafal HASIL terlebih dahulu kerana HASIL lebih mudah untuk diingat.
Setelah itu, barulah teruskan dengan BELANJA.
Jadi, apakah cara berkesan yang boleh membantu mengenalpasti butiran apa yang
dikategorikan sebagai HASIL, yang mana satu BELANJA? Untuk itu, cikgu ada
sediakan Kuiz Interaktif 1 1. Sedikit petua mudah untuk pelajar: butiran yang
berakhir dengan Diterima selalunya adalah HASIL, misalnya Sewa Diterima,
PERHATIAN!!
Semua hasil dan belanja yang ada kaitan langsung dengan barang niaga dimasukkan ke
bahagian PD, misalnya Jualan, Diskaun Diberi, Stok Awal, Belian, Angkutan Masuk, Insurans
Atas Belian, Upah Atas Belian, Duti Import, dsb.
Bahagian
PD
Komponen Belanja Komponen Hasil
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s8
Bunga Diterima, Komisen Diterima, dsb. Butiran yang berakhir dengan Dibayar
adalah BELANJA, misalnya Sewa Dibayar, Komisen Dibayar, Bunga Dibayar, dsb.
Sekarang, jalankan latihan menghafal format bahagian UR seperti yang diterangkan
dalam langkah-langkah berikut:
1) Sambungan daripada format bahagian PD tadi.
2) Isikan Komponen HASIL di sebelah KREDIT (tanpa merujuk);
3) Isikan Komponen BELANJA di sebelah DEBIT (tanpa merujuk);
4) Tuliskan sebarapa banyak butiran untuk kedua-dua HASIL dan BELANJA yang
anda mampu ingat;
Latihan menghafal ini haruslah dijalankan berulang kali sehingga pelajar betul-betul
dapat melakar semula dengan betul dan yakin.
Seterusnya, pada helaian kertas kosong yang baru, cuba lakar semula format
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi yang lengkap, iaitu gabungan bahagian PD dan
bahagian UR. Lakukan ini berulang kali sehingga pelajar dapat melakarkannya
dengan lengkap dan yakin.
Pada kali pertama mengingat dan melakar semula format Akaun Perdagangan dan
Untung Rugi, mungkin sebahagian kecil sahaja yang dapat diingati ataupun
sebahagian kecil sahaja lakaran tersebut adalah betul. Pada peringkat permulaan, ini
adalah perkara BIASA. Teruskan usaha tanpa putus asa. Hafal lagi dan cuba lakar lagi.
Ini diulangi berkali-kali. Percayalah kepada cikgu, semakin banyak kali kita
lakukannya, semakin lengkap lakaran format kita.
Akhir kata untuk bahagian pertama ini, pelajar diingatkan supaya kuasai format
Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi terlebih dahulu sebelum menghafal format
Penyata Pendapatan kerana kedua-duanya ada kaitan yang ketara dari segi butiran
dan komponen.
___________________________________________________________________________
1.2) HAFAL FORMAT PENYATA PENDAPATAN
eperti yang sedia maklum, Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi, selain
disediakan dalam bentuk T, boleh juga disediakan dalam bentuk penyata.
Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi yang disediakan dalam bentuk penyata
dikenali sebagai Penyata Pendapatan.
Oleh yang demikian,butiran-butiran yang berada di dalam Penyata Pendapatan adalah
sama dengan butiran-butiran yang ada di dalam Akaun Perdaganagn Dan Untung
Rugi, termasuklah komponennya. Yang berbeza hanyalah kedudukan komponen.
Itulah sebabnya, pelajar yang telah menguasai format Akaun Perdagangan Dan
Untung Rugi mempunyai advantage semasa menghafal format Penyata Pendapatan
S
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s9
kerana mereka tidak perlu menghafal butiran, sebaliknya hanya perlu mengubahsuai
kedudukan komponen sahaja.
Cuba lihat ilustrasi di bawah:
Rajah di sebelah kiri merupakan format Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi
manakala rajah di sebelah kanan merupakan format Penyata Pendapatan. Dalam
kedua-dua format di atas, komponen yang sama telah diberikan petak berwarna yang
sama.
Cuba perhatikan setiap petak berwarna dengan betul-betul. Komponen yang sama
(petak berwarna) mengandungi butiran yang sama antara satu sama lain.
Butirannya sama, yang berubah hanyalah kedudukan komponen.
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
0
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
1
Carta aliran pada muka surat 10 menunjukkan gambaran bagaimana membentuk
format Penyata Pendapatan daripada format Akaun Perdagangan Dan Untung
Rugi.
Sekarang, cara hafal mana lebih mudah? Hafal dari atas sampai bawah lebih mudah
ke ataupun main pindah-indah komponen lebih mudah? Pandai-pandai buatlah
penilaian sendiri.
Cikgu amat yakin, sekiranya pelajar telah menguasai format Akaun Perdaganagn Dan
Untung Rugi, kemudian gunakan teknik hafalan yang cikgu ajar sebentar tadi untuk
hafal format Penyata Pendapatan, setelah beberapa kali latihan melakar format, pasti
dapat menguasai format Penyata Pendapatan dengan lebih mudah berbanding sebelum
ini.
_____________________________________________________________________
1.3) HAFAL FORMAT KUNCI KIRA-KIRA BENTUK T
unci Kira-kira merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan. Kunci
Kira-kira disediakan bukan untuk menghitung untung atau rugi, tetapi ia
memberikan maklumat tentang kedudukan kewangan perniagaan.
Dalam Kunci Kira-kira, kita akan memasukkan semua ASET, LIABILITI dan
EKUITI PEMILIK. Sekiranya pelajar masih belum menguasai ketiga-tiga konsep di
atas, sila ikutilah semula Modul Asas Bahagian I.
Untuk memudahkan kerja menghafal, kita perlu agihkan semua butiran dalam Kunci
Kira-kira kepada 5 komponen besar, iaitu:
Aset Bukan Semasa (ABS)
Aset Semasa (AS)
Ekuiti Pemilik (EP)
Liabiliti Bukan Semasa (LBS)
Liabiliti Semasa (LS)
Ilustrasi pada muka surat berikutnya menunjukkan beberapa perkara yang perlu
diketahui oleh pelajar:
Dalam Kunci Kira-kira bentuk T, Aset Bukan Semasa dan Aset Semasa
berada di sebelah DEBIT; Ekuiti Pemilik, Liabiliti Bukan Semasa dan
Liabiliti Semasa di sebelah KREDIT.
Jumlah amaun sebelah DEBIT Kunci Kira-kira haruslah sentiasa
seimbang/sama dengan jumlah amaun sebelah KREDIT Kunci Kira-kira.
K
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
2
Berikut merupakan format Kunci Kira-kira bentuk T yang asas (tidak termasuk
Peruntukan Hutang Ragu, Terakru & Terdahulu semua ini akan dibincangkan
dengan detail di Modul 3.).
Dt KKK Kt KKK
Liabiliti Semasa
Liabiliti Bukan Semasa
Ekuiti Pemilik
Aset Semasa
Aset Bukan Semasa
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
3
Dalam Kunci Kira-kira, kedudukan semua komponen adalah tetap. Misalnya, Aset
Bukan Semasa hendaklah di sebelah DEBIT dan mestilah di atas Aset Semasa, tidak
boleh diletakkan sesuka hati.
Secara umumnya, kedudukan komponen dalam Kunci Kira-kira adalah seperti dalam
rajah di bawah:
Kunci Kira-kira Pada .
ASET BUKAN SEMASA EKUITI PEMILIK
ASET SEMASA LIABILITI BUKAN SEMASA
LIABILITI SEMASA
Cikgu rasa menghafal kedudukan komponen bukanlah susah sangat. Yang betul-betul
susah, butiran-butiran dalam setiap komponen.
Berikut cikgu telah menyenaraikan contoh-contoh butiran yang dimasukkan ke dalam
setiap komponen (rujuk juga Modul Asas Bahagian I):
Komponen Ciri-ciri Contoh Butiran
Aset Bukan
Semasa
Harta benda perniagaan yang
jangka hayatnya melebihi satu
tahun kewangan / sukar
ditunaikan
Premis/Bangunan, Jentera, Loji,
Mesin, Kenderaan, Perabot,
Alatan Pejabat/Alatan Kedai,
Kelengkapan/Lengkapan
Aset Semasa Harta benda perniagaan yang
mudah ditunaikan
Stok Akhir, Penghutang, Bank,
Tunai (Ingat ini: SPBT Skim Pinjaman Buku Teks)
Deposit Telefon, Simpanan
Tetap, dsb.
Ekuiti Pemilik Menghitung modal akhir
perniagaan
Modal Awal + Untung Bersih Ambilan
ATAU
Modal Awal Rugi Bersih Ambilan
Liabiliti Bukan
Semasa
Hutang jangka panjang Pinjaman Bank, Gadai Janji,
Pinjaman Bercagaran
Liabiliti
Semasa
Hutang jangka pendek Pemiutang, Overdraf Bank
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
4
Semasa menghafal, cikgu amat menggalakkan pelajar supaya mula hafal dengan
sebelah KREDIT terlebih dahulu, kerana lazimnya butiran di sebelah KREDIT adalah
sedikit dan lebih mudah dihafal. Berikut merupakan cadangan turutan hafalan cikgu:
Di atas sekadar cadangan cikgu. Jika pelajar rasa lebih selesa mulakan hafalan dengan
Aset Bukan Semasa, teruskan saja, yang penting pada akhirnya dapat mengingat
format dengan berkesan.
Format Kunci Kira-kira bentuk T merupakan asas kepada format Kunci Kira-
kira bentuk penyata. Maka, cikgu meminta pelajar sekalian agar memastikan format
Kunci Kira-kira bentuk T dikuasai sepenuhnya. Dengan ini, kita akan berasa lebih
mudah ketika menghafal format Kunci Kira-kira bentuk penyata.
_____________________________________________________________________
1
2
1
3
1
4
1
5
1
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
5
1.4) HAFAL FORMAT KUNCI KIRA-KIRA BENTUK PENYATA
unci Kira-kira boleh juga disediakan dalam bentuk penyata. Kelebihan
Kunci Kira-kira disediakan dalam bentuk penyata ialah kita dapat melihat
MODAL KERJA perniagaan.
Apakah itu MODAL KERJA? Modal Kerja merupakan nilai bersih aset cair
perniagaan.
Modal Kerja = Jumlah Aset Semasa Jumlah Liabiliti Semasa
Terdapat ramai pelajar berasa fobia dengan Kunci Kira-kira bentuk penyata. Dalam
peperiksaan pun, ramai calon dapat menjawab Penyata Pendapatan dengan baik, tetapi
Kunci Kira-kira bentuk penyata selalunya tidak dapat disediakan dengan baik.
K
Aset Semasa
akan tolak
dengan liabiliti
semasa untuk
mendapatkan
Modal Kerja.
Hanya bentuk
penyata sahaja
dapat
menunjukkan
Modal Kerja.
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
6
Sebenarnya, jika kita menghafal dengan konsep komponen yang cikgu rekomen,
format Kunci Kira-kira bentuk penyata tidak susah pun. Cuba perhatikan 2 format di
bawah dan cuba membuat perbandingan dengan teliti bagi petak berwarna yang sama:
Kita tidak perlu menghafal format Kunci Kira-kira bentuk penyata dari atas sampai ke
bawah kerana kita ada cara menghafal yang lebih efisien. Kuncinya ialah: kita telah
menguasai format Kunci Kira-kira bentuk T! Sekiranya pelajar masih belum lagi
menguasai format Kunci Kira-kira bentuk T, sila kaji semula bahagian 1.3 dalam
modul ini.
Cuba perhatikan carta aliran di muka surat sebelah tentang cara menghafal yang lebih
baik. Gunakan imaginasi anda.
Dalam rajah, komponen yang sama diberikan petak
warna yang sama. Jika kita perhatikan betul-betul,
didapati butiran-butiran bagi komponen yang sama
adalah sama. Oleh yang demikian, kita hanya perlu
ubahsuai kedudukan komponen-komponen ini dari
bentuk T kepada bentuk penyata.
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
7
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
8
Terdapat beberapa perkara perlu diberitahu tentang format Kunci Kira-kira bentuk
penyata. Sila lihat ilustrasi di bawah.
Semasa membuat pengiraan, kita perlu menghitung terlebih dahulu MODAL
KERJA, iaitu beza di antara ASET SEMASA dengan LIABILTI SEMASA.
Modal kerja hanya dapat dihitung dengan Kunci Kira-kira bentuk penyata.
Dalam Kunci Kira-kira bentuk T, modal kerja tidak dapat dihitung kerana aset semasa
berada di sebelah yang berlainan dengan liabiliti semasa, maka operasi tolak tidak
dapat dilakukan.
MODAL KERJA yang diperoleh tadi seterusnya ditambah dengan ASET
BUKAN SEMASA di atas. Kita namakan jumlah ini sebagai JUMLAH
BESAR A.
Selepas itu, EKUITI PEMILIK dan LIABILITI BUKAN SEMASA perlu
dijumlahkan. Kita namakan jumlah ini sebagai JUMLAH BESAR B.
1
2
3
-
Akademi Cikgu Tim E-Book (.pdf)
Klik sini untuk mengakses video tutorial
m/s1
9
Jumlah Besar A hendaklah sama dengan Jumlah Besar B. Sekiranya tidak sama, maka
pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengenalpasti di mana silapnya dan pembetulan
perlu dibuat.
Untuk semua soalan Penyata Kewangan Milikan Tunggal, matlamat akhir kita adalah
mencapai keseimbangan dalam Kunci Kira-kira, iaitu jumlah besar A sama dengan
jumlah besar B; tidak kiralah bentuk T ataupun bentuk penyata.
Cara menghafal format Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi, Penyata Pendapatan
dan Kunci Kira-kira yang diperkenalkan dalam modul ini memerlukan pelajar
menguasai bentuk format asas, iaitu bentuk T bagi Akaun Perdagangan & Untung
Rugi dan Kunci Kira-kira. Pelajar perlu berusaha sungguh-sungguh untuk menguasai
2 bentuk format ini terlebih dahulu. Selepas itu, pelajar hanya perlu menggunakan
daya imaginasi untuk mengingat format Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
bentuk penyata, tak perlu susah payah menghafal dari atas sampai ke bawah.
Semoga pelajar mendapat manfaat daripada modul pertama ini.
MODUL 01 RUMUSAN
top related