modul sistem rangkaian dan dunia internet tahun 5 - bhg 1
Post on 09-Oct-2015
68 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
1
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
TAJUK MODUL
SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET
TAHUN
5
-
2
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Standard
kandungan:
1.0 Mengenal Rangkaian Komputer
Standard
pembelajaran:
1.1 Menerangkan konsep rangkaian
1.2 Menerangkan medium rangkaian:
wayar dan tanpa wayar
1.3 Menyatakan kegunaan rangkaian
1.4 Membuat ilustrasi model rangkaian
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
1. Pengenalan Kepada Rangkaian
Definisi rangkaian
Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang
dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan
CD-ROM), pertukaran fail, dan membenarkan komunikasi
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh
dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio,
satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
2. Kegunaan rangkaian
2.1 Berkongsi fail - perkongsian fail dalam rangkaian
komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan
kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk
menyimpan salinan data penting kita pada komputer
MODUL SRDI 1
-
3
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik
dan dokumen.
2.2 Berkongsi peranti - Berkongsi peranti adalah satu lagi
manfaat di dalam rangkaian komputer. Bagi pencetak
laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-
ROM , apabila perkakasan tambahan ditambah
kepada rangkaian, mereka boleh dikongsi oleh ramai
pengguna.
2.3 Berkongsi akses internet- Dalam rangkaian komputer,
kita boleh mengakses internet secara serentak.
2.4 Pengurusan Perisian berpusat - Salah satu manfaat
yang besar bagi memasang rangkaian di sekolah
adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam satu
komputer (server). Ini menjimatkan masa dan tenaga
apabila mengemaskini dan pengesanan fail.
2.5 Mel Elektronik- juga dikenali sebagai E-mel membantu
dalam komunikasi peribadi dan profesional bagi semua
kakitangan sekolah kerana ia membolehkan
penyebaran maklumat dilakukan kepada seluruh
kakitangan sekolahyang mempunyai alamat e-mel
Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat
membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan
rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka
sendiri.
2.6 Akses fleksibel - Rangkaian di sekolah membenarkan
murid untuk mengakses fail dari komputer di seluruh
sekolah. Sesetengah sekolah menyediakan pusat akses
-
4
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
kepada murid bagi memudahkan murid mengakses fail
atau Internet diluar waktu Pengajaran dan
Pembelajaran.
3. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN)
adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang
disambung bersama-sama bisanya dibangunan yang sama
seperti; kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat,
atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau
lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah
dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa
wayar.
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network LAN)
-
5
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
4. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi
yang biasanya digunakan untuk menyambungkan
komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti
(negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui
sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan
terkenal ialah Internet.
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network WAN)
-
6
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
5. Rangkaian wayar dan tanpa wayar
Logo Wi-Fi
Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk
kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang
menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.
Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:
Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di
rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang
disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga
30 meter.
Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang
dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat
antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung
secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti
beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. Penggunaan
Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan
tanpa wayar yang menggunakan hubungan
jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad
Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan
pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari
internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
-
7
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Rangkaian tanpa wayar
Modem
Titik pusat
tanpa wayar
Komputer riba
Telefon pintar Komputer
peribadi
Tablet PC
Talian telefon
Komputer riba Tablet PC
Telefon Pintar Komputer peribadi
(dilengkapi kad Wifi)
-
8
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KEPERLUAN PERKAKASAN
1. Komputer
2. LCD Projektor
3. Kertas bersaiz A4
KEPERLUAN PERISIAN
1. MS Word atau MS PowerPoint
-
9
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
AKTIVITI 1
Berdasarkan Pelan Makmal ICT sekolah, lukiskan komputer
dan peralatan lain yang telah dirangkaikan.
-
10
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
AKTIVITI 2
Gunting dan tampal gambar di bawah dalam sehelai kertas bagi
menunjukkan satu sistem rangkaian tanpa wayar. Akhir sekali
labelkan peralatan TMK dengan betul.
-
11
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PENILAIAN
1. Lengkapkan jadual di bawah ini, dengan frasa yang sesuai.
Merupakan rangkaian komputer jarak jauh
dan teknologi yang biasanya digunakan
untuk menyambungkan komputer yang
berada pada lokasi yang berbeza.
Menyambungkan komputer di mana-mana
sahaja di rumah atau di sekolah tanpa
sambungan wayar.
Rangkaian kumpulan komputer dan peranti
rangkaian yang disambung bersama-sama
bisanya dibangunan yang sama dalam
kawasan yang terhad.
2. Nyatakan kegunaan sistem rangkaian komputer.
2.1 _________________________________________________________
2.2 _________________________________________________________
2.3 _________________________________________________________
2.4 _________________________________________________________
-
12
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
3. Nomborkan gambarajah di bawah mengikut turutan yang
betul untuk mendapat capaian internet.
Komputer peribadi (PC)
Titik pusat tanpa wayar (AP)
Pelayan
Komputer riba
Modem
Pelayan
Hub
Modem
Internet
Dengan wayar Tanpa wayar
-
13
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun: 5
Kelas
Modul: DI 1
Standard
Kandungan:
1.0 Mengenal Rangkaian Komputer
Standard
Pembelajaran:
1.1 Menerangkan konsep rangkaian
1.2 Menerangkan medium rangkaian: wayar dan
tanpa wayar
1.3 Menyatakan kegunaan rangkaian
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Menerangkan konsep
rangkaian
2 Menyatakan kegunaan
rangkaian
3 Menerangkan medium
rangkaian: wayar dan tanpa
wayar
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan
oleh:
Tandatangan &
Tarikh
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 14
Standard
kandungan:
2.0 Memahami Fungsi Peranti Rangkaian
Komputer
Standard
pembelajaran:
2.1 Menamakan peranti rangkaian.
2.2 Menerangkan fungsi.
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Perkakasan Rangkaian komputer ialah merupakan peranti yang
menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain
dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan
protocol yang sama.
Perkakasan Rangkaian Komputer terdiri daripada :
Kabel rangkaian
Kad antaramuka rangkaian (NIC)
Hab
Suis (Switch)
Modem
Penghala (Router)
Titik pusat tanpa wayar (Access point)
MODUL SRDI 2
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 15
Contoh perkakasan Komputer
1. Kabel Rangkaian dan RJ45
Digunakan untuk sambungan rangkaian internet
2. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti
yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di
dalam rangkaian.
Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
RJ45
Kabel
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 16
3. Hab
Alat yang bertindak sebagai pusat rangkaian berkabel
yang digunakan untuk menyambung antara komputer
dengan komputer yang lain.
4. Suis (Switch)
Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan
memilih laluan semasa penghantaran data kepada
destinasinya.
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 17
5. Modem
Alat yang membolehkan komputer menghantar data
melalui talian telefon atau kabel
6. Penghala (Router)
Ia membawa data daripada 1 rangkaian kepada
rangkaian yang lain
Ia bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua
atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 18
7. Titik pusat tanpa wayar (Access point)
Alat yang menghubungkan data komunikasi wayar
untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
Biasanya disambungkan ke rangkaian berwayar dan
penghantaran data dibuat secara berganti antara alat
tanpa wayar dan alat berwayar.
KEPERLUAN PERISIAN
Microsoft Office- MS Word, MS Powerpoint
Internet Explorer
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
LCD
Kertas A4
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 19
AKTIVITI 1
Set Ringkas: 2 RJ45, 2 kad rangkaian, 2 kotak terpakai, segulung
tali, gunting dan pita pelekat.
Langkah 1: Murid membina model komputer dari kotak terpakai
mengikut kreativiti masing-masing.
Langkah 2: Tebuk lubang pada model komputer dan masukkan
kad rangkaian.
Langkah 3: Sambungkan RJ45 dengan tali sebagai pengganti
kabel rangkaian.
Langkah 4: Sambungkan komputer antara satu dengan lain
mengikut rangkaian LAN.
Langkah 5: Murid menunjukkan hasil lukisan kepada kelas.
Nota: Guru harus sentiasa membimbing murid dalam aktiviti ini.
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 20
AKTIVITI 2
Mengenali perkakasan Rangkaian Komputer
Aktiviti Individu
Langkah 1 : Nyatakan perkakasan rangkaian komputer
berdasarkan gambar yang diberi.
1.
6.
5.
2.
3.
4.
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 21
PENILAIAN
Arahan: Lengkapkan teka silang kata dengan merujuk gambar di bawah.
5
6
2
7
3 1
4
1
7 6
5 4
2 3
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 22
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul: Rangkaian
Standard
Kandungan:
2.0 Memahami Fungsi Rangkaian Komputer
Standard
Pembelajaran:
2.1 Menamakan peranti rangkaian
2.2 Menerangkan fungsi peranti rangkaian
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Menyatakan jenis perkakasan
rangkaian komputer
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 23
Standard
kandungan:
3.0 Mengenal Internet
Standard
pembelajaran:
3.1 Menyatakan maksud Internet
3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
1. Apa itu Internet?
Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar
di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di
seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan,
swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah
disambungkan ke Internet.
Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap
hari untuk urusan seperti berikut:
Berkomunikasi dalam talian
Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan
penemuan penyelidikan
Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
Perbankan elektronik
Mengikuti kelas pembelajaran maya
Mengakses sumber seperti permainan dalam talian,
video, buku dan majalah
Berkongsi maklumat
MODUL SRDI 3
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 24
2. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet
2.1 Perkhidmatan Capaian Maklumat
Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol :FTP)
Protokol ini menyediakan aplikasi salinan fail daripada
sebarang hos Internet ke sebarang Internet lain. FTP
menggunakan atucara pelanggan dinamakan ftp
bagi membuat sambungan kepada aturacara
pelayan pada komputer jauh. FTP menjadi penting
terutamanya apabila sesuatu fail itu besar dan lebih
kompleks di mana e-mel tidak boleh berfungsi dengan
baik apabila kita ingin membawa dokumen lebih 25
megabait.
Muat turun
Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang
kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana
Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain
termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video
dan lain-lain.
2.2 Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian)
Disebut enjin pencari atau search engine. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih
pantas. Terdapat beberapa enjin pencari iaitu :
Yahoo (www.yahoo.com)
Google (www.google.com)
Bing (www.bing.com)
2.3 Perkhidmatan Komunikasi
Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang
boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu :
E-mel
Laman sosial
Blog
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 25
KEPERLUAN PERISIAN
Microsoft Office MS Word, MS PowerPoint
Internet Explorer
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
LCD
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 26
AKTIVITI 1
Langkah 1: Guru mewujudkan satu situasi.
Contoh:
Marina adalah seorang remaja yang ingin
mengikuti perkembangan fesyen terkini.
Bagaimanakah dia boleh mengetahui tentang
perkara tersebut?
Langkah 2 : Sesi Simulasi ( lakonan)
a. Guru memilih beberapa murid untuk memainkan
watak yang terdapat di dalam situasi.
Marina watak utama
Kavitha rakan Marina yang arif sedikit
mengenai internet.
Jacyntha rakan Marina dan Kavitha yang
selalu melayari internet dan
menambah lagi pernyataan
Kavitha.
b. setiap watak diberikan penerangan mengenai
watak yang dilakonkan oleh 3 watak tersebut.
c. Setelah selesai, murid ditanya apakah masalah
Marina sudah dapat diselesaikan? Bagaimana ia
dapat diselesaikan?
d. Guru membuat rumusan bahawa Internet adalah
satu sumber maklumat yang tiada sempadan
untuk diterokai.
Langkah 3 : Guru menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan
Internet yang biasa digunakan menggunakan slaid
persembahan.
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 27
AKTIVITI 2
Arahan : Guru hendaklah memastikan komputer murid di dalam
keadaan bersedia.
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Satu kumpulan mempunyai maksima 5 orang ahli.
2. Setiap kumpulan diberi beberapa situasi yang berbeza.
i. Anita telah diberi tugas mencari maklumat
mengenai kelebihan dan kekurangan penggunaan
komputer selain mengepilkan imej di dalam kerja
kursus di sekolah.
ii. Rajiv seorang penggemar muzik. Dia ingin memuat
turun lagu dan klip video terbaru terkini.
iii. En. Lim merupakan seorang guru di salah sebuah
sekolah di Saritok, Sabah. Beliau merasakan
tertinggal di dalam maklumat terkini mengenai
pendidikan zaman sekarang.
iv. Cassandra berasa begitu sunyi berada di rumah
pada hujung minggu kerana ibu bapanya selalu ke
luar negara di atas urusan kerja. Dia ingin
berinteraksi dengan rakannya tetapi tidak suka
melepak di luar rumah.
3. Guru memberi beberapa laman web untuk setiap kumpulan
dan menyesuaikan laman-laman tersebut selain memberi
alasan kepada pilihan mereka.
i. www.yahoo.com
ii. www.4shared.com
iii. www.moe.gov.my
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 28
PENILAIAN
1. Apakah maksud Internet?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan
yang salah.
a. Internet boleh dilayari diatas talian dan juga luar talian. ( )
b. Internet boleh dilayari oleh semua individu termasuklah organisasi
kerajaan dan swasta. ( )
c. Perkhidmatan membeli dan menjual barang tidak boleh dilakukan
di dalam talian Internet. ( )
d. Kita boleh menghantar e-mel kepada rakan walaupun kita tidak
ada akaun e-mel. ( )
e. Kita boleh memuat turun dan memindah fail melalui Protokol
Pemindahan Fail. ( )
f. Pencarian di perkhidmatan carian maklumat boleh dimulakan http://
dan www. ( )
g. Kita boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakan-
rakan luar negara melalui e-mel dan juga blog. ( )
h. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet termasuklah seperti mengikuti
kelas, membeli-belah dan berkomunikasi bersama rakan-rakan.( )
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 29
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul:
DI 3
Standard
Kandungan:
3.0 Mengenal Internet.
Standard
Pembelajaran:
3.1 Menyatakan maksud Internet.
3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1
2
3
4
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh
-
30
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Standard
kandungan:
Memahami Fungsi Internet
Standard
pembelajaran:
3.3 Mencari maklumat menggunakan pencarian
Boolean (AND,OR), berfrasa ( )atau simbol (*)
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
1. Apakah itu enjin carian?
Enjin carian [search engine] ialah sistem yang dibangunkan bagi
membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah
komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web,
rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Tetapi
selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, untuk mencari
sesuatu maklumat dalam internet melalui enjin carian.
Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip kata
kunci seperti perniagaan pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada
kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web yang
menggunakan kata kunci perniagaan akan dipaparkan.
2. Cara Penggunaan
Secara umumnya, enjin carian adalah ringkas. Taip perkataaan
yang di cari dan tekan butang carian. Seterusnya enjin carian
akan menjalankan tugas carian bagi kata kunci yang di taip dan
senarai keputusan yang releven akan di paparkan.
Walaupun begitu, carian yang lebih spesifik boleh dilakukan
dengan menggunakan kaedah pencarian Boolean. Antara
pencarian Boolean udah adalah menggunakan frasa AND,OR
atau menggunakan simbol ( atau *)
MODUL SRDI 4
-
31
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
I. Pencarian Boolean menggunakan frasa AND ( ) Penggunaan frasa AND atau tanda adalah bagi mengabungkan 2 atau lebih perkataan berbeza bagi
memudahkan carian. Ia tidak akan mencari maklumat
secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang
dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan
maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat
dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian
perkataan, Persatuan Tunas Puteri. Carian akan memaparkan semua laman sesawang yang mengandungi
semua kata kunci yang dicari. Pengguna juga boleh
mengabungkan setiap perkataan kata kunci dengan
perkataan AND seperti Persatuan AND Tunas AND Puteri
Persatuan AND Tunas AND Puteri
Kata Kunci Keputusan Carian
Persatuan 28,600,000
Tunas 32,700,000
Puteri 22,600,000
Persatuan Tunas Puteri 74,400
Persatuan Tunas Puteri 1,380
Persatuan Tunas
Puteri
-
32
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
-
33
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
II. Pencarian Boolean menggunakan frasa OR (*)
Penggunaan frasa OR atau tanda * adalah bagi
mendapatkan sekurang-kurangnya salah satu daripada
kata kunci carian akan dipaparkan dalam keputusan
carian. Carian menggunakan Pencarian Boolean OR adalah
bagi mendapatkan keputusan carian salah satu daripada
kata kunci atau semua kata kunci yang ditaip
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian
perkataan, Kolej Universiti. Carian akan memaparkan
keputusan laman sesawang yang mengandungi salah satu
atau kedua-dua kata kunci tersebut. Pengguna juga boleh
mengabungkan setiap perkataan kata kunci dengan
perkataan OR seperti Kolej OR Universiti
Kolej OR Universiti
Kata Kunci Keputusan Carian
Kolej 29,700,000
Universiti 25,900,000
Kolej Universiti 4,310,000
Kolej OR Universiti 54,800,000
Kolej
Universiti
-
34
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KEPERLUAN PERISIAN
Internet Explorer,
Mozila Firefox,
Google Chrome
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
-
35
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
AKTIVITI 1
PENGENALAN
Langkah 1 : Murid membuka pelayar web Internet Explorer
Langkah 2 : Murid menaip www.google.com.my untuk membuka
laman sesawang carian Google.
Langkah 3 : Murid menaip perkataan Tunas Puteri dan
menyatakan bilangan keputusan yang dipaparkan
berdasarkan kata kunci Tunas Puteri. Bilangan
keputusan carian akan di catatkan pada lembaran
kerja aktiviti (Rajah 1)
-
36
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Langkah 4 : Murid seterusnya menaip perkataan Tunas Puteri
menggunakan simbol Pencarian Boolean AND, OR
(Tunas Puteri) dan (Tunas *Puteri). Kedua-dua
bilangan hasil carian, dicatatkan pada lembaran kerja
Aktiviti (Rajah 1)
Kata Kunci / Frasa Bilangan Hasil Carian
Tunas Puteri
Tunas AND Puteri
Tunas OR Puteri
(Rajah 1)
-
37
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
AKTIVITI 2
KAEDAH PENCARIAN BOOLEAN
Langkah 1 : Guru menerangkan pengenalan pencarian Boolean
dalam skop AND,OR bagi mengabungkan dan
memisahkan pencarian dalam enjin carian.
Langkah 2 : Murid memulakan carian menggunakan enjin carian
google menggunakan kaedah pencarian Boolean.
Kata kunci yang digunakan adalah Dunia Internet.
Murid menggunakan prinsip AND bagi mengkhususkan
pencarian maklumat dan imej menggunakan frasa.
Kata Kunci / Frasa Bilangan Hasil Carian
Dunia Internet
Dunia AND Internet
Langkah 3 : Guru bagaimana carian Boolean AND berfungsi
menggunakan rajah 2
Rajah 2
Dunia
Internet
-
38
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Langkah 4 : Murid seterusnya melakukan carian Boolean OR bagi
frasa, Sistem Rangkaian. Murid mengisi pada
lembaran kerja aktiviti jumlah keputusan carian.
Kata Kunci / Frasa Bilangan Hasil Carian
Sistem
Rangkaian
Sistem OR Rangkaian
Langkah 5 : Guru menerangkan prinsip carian Boolean OR seperti
rajah 3.
Langkah : Guru menerangkan prinsip dan kegunaan kaedah
carian Boolean untuk memisah dan menggabungkan
perkataan dalam carian.
Sistem Rangkaian
-
39
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PENILAIAN
ARAHAN : Jawab soalan di bawah dengan betul
1. Lukis dalam bentuk rajah konsep penggunaan Boolean OR
2. Lukis dalam bentuk rajah konsep penggunaan Boolean AND
-
40
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
Standard
Kandungan:
3.0 Mengenal Internet
Standard
Pembelajaran:
Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa ( ) atau simbol (*)
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Menyatakan fungsi enjin carian
2 Memahami perbezaan fungsi
Boolean AND dan OR
3 Berjaya melakukan carian
Boolean AND untuk carian Imej
dan Teks
4 Berjaya melakukan carian
Boolean OR untuk carian Imej
dan Teks
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 41
Standard
kandungan:
3.0 Mengenal Internet
Standard
pembelajaran:
3.4 Menyebarkan maklumat menggunakan
buku alamat emel
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Maksud buku alamat emel:
Buku alamat emel merupakan tempat simpanan alamat akaun
emel.
Mengapa perlunya menggunakan buku alamat emel untuk
berkongsi maklumat?
Buku alamat emel membolehkan anda mencari nama atau
alamat dengan pantas dan dapat mengkategorikan akaun emel
supaya menyenangkan penghantaran emel. Ini sekaligus
mengurangkan alamat yang sama pada buku alamat anda.
KEPERLUAN PERISIAN
Internet Explorer
Hotmail
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
MODUL SRDI 5
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 42
AKTIVITI 1
Membuka akaun Hotmail
Nota:
1. Jika anda tidak mempunyai alamat emel, anda perlu
mendaftar akaun baru menggunakan Hotmail.
2. Jika anda sudah mempunyai akaun Hotmail sila ke Aktiviti 2.
Langkah1 : Pendaftaran Akaun Hotmail
a. Menggunakan pelayar web Internet
Explorer
b. Masukkan alamat URL www.hotmail.com
c. Gambar rajah 1 di bawah akan terpapar
Gambar rajah 1
Klik Sign up untuk
pendaftaran baru
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 43
d. Gambar rajah 2 akan terpapar.
e. Isikan data yang dikehendaki sahaja. Ikut langkah dalam
gambar rajah 3 di bawah.
Gambar rajah 2
1. Masukkan alamat hotmail yang unik
2. Masukkan kata kunci yang unik
3. Masukkan kata kunci yang sama
4. Masukkan emel guru anda
6. Masukkan nama akhir anda
5. Masukkan nama awal anda
7. Pilih Malaysia
8. Masukkan poskod daerah anda
9. Pilih tarikh lahir
10. Masukkan karakter yang terpapar
11. Pastikan kotak tidak ditanda
Gambar rajah 3
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 44
f. Klik I accept selepas selesai mengisi maklumat.
g. Jika tidak berjaya, ini menunjukkan ada butiran yang tidak
diterima, sila buat pertukaran dan klik I accept sekali lagi.
Lakukan sehingga anda berjaya.
h. Gambar rajah 4 akan terpapar apabila anda berjaya.
Gambar rajah 4
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 45
AKTIVITI 2
Langkah 1: Memasukkan alamat emel rakan ke dalam buku
alamat emel
a. Pilih menu Hotmail dan klik Contacts
b. Dalam paparan berikut klik All contacts untuk memasukkan
alamat emel rakan.
Gambar rajah 2
Klik All contacts
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 46
c. Gambar rajah 3 dipaparkan. Masukkan alamat emel rakan
dan klik Next.
d. Klik Invite
1. Masukkan
alamat
emel rakan
2. Klik
Next
Gambar rajah 3
Klik
Gambar rajah 4
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 47
e. Gambar rajah 5 akan dipaparkan untuk menyatakan
jemputan anda diterima. Ulangi langkah c dan d untuk
memasukkan alamat yang baru.
f. Masukkan sekurang-kurangnya lima alamat emel rakan.
g. Berpandukan gambar rajah 6, pilih menu Hotmail dan klik
Contacts.
Gambar rajah 5
Masukkan alamat emel
rakan yang lain
Gambar rajah 6
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 48
h. Gambar rajah 7 memaparkan senarai alamat emel rakan
yang telah dimasukkan.
Langkah 2: Mengkategorikan emel rakan ikut kelas
a. Klik menu Categories dan klik New Category seperti yang
ditunjukkan dalam gambar rajah 8
Gambar rajah 7
Klik New
Category
Gambar rajah 8
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 49
b. Gambar rajah 9 dipaparkan.
c. Taipkan nama kelas anda. Klik Save
d. Gambar rajah 11 akan dipaparkan.
Gambar rajah 9
Gambar rajah 10
Taipkan nama kelas
Klik Save
Gambar rajah 11
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 50
e. Klik New untuk memasukkan kategori baru
f. Ulangi langkah c di atas. Masukkan kategori yang baru.
g. Klik All Contacts
Klik New
Gambar rajah 12
Gambar rajah 13
Klik All Contacts
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 51
h. Gambar rajah 14 akan dipaparkan.
i. Tanda kotak pada alamat emel yang hendak dikategorikan
dalam kelas yang sama.
j. Pilih Categories dan klik kelas yang sesuai
k. Penyataan akan dipaparkan seperti gambar rajah 15.
1. Tanda alamat emel
rakan dalam kelas
yang sama
2. Pilih kategori kelas
Gambar rajah 14
Gambar rajah 15
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 52
l. Ulangi langkah j bagi mengkategorikan alamat emel yang
lain. Pastikan tanda pada kotak yang betul.
m. Untuk melihat hasilnya klik pada kelas yang dipaparkan
dalam gambar rajah 16.
n. Syabas, anda telah Berjaya mengkategorikan alamat emel
rakan anda. Sila ke aktiviti 3 untuk menghantar emel.
2. Klik kategori kelas 1. Paparan
Gambar rajah 16
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 53
AKTIVITI 3
Langkah 1: Menghantar e-mel kepada rakan mengikut kategori
a. Untuk menghantar emel kepada rakan, pilih menu Hotmail
dan klik Send email
b. Gambar rajah 2 akan dipaparkan
Gambar rajah 2
Gambar rajah 1
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 54
c. Klik To: untuk mendapatkan emel rakan daripada buku
alamat emel. Pilih tab Categories. Tanda pada pilihan
kategori seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah 3.
d. Taipkan maklumat yang hendak dikongsi seperti gambar
rajah 4.
Gambar rajah 4
Gambar rajah 3
3. Klik To:
1. Klik Close
2. Pilih Kategori
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 55
e. Selepas memasukkan semua maklumat. Klik Send untuk
menghantar emel kepada semua emel dalam kategori
yang sama.
f. Gambar rajah 6 akan dipaparkan menandakan emel anda
telah berjaya di hantar kepada ahli kelas anda.
Gambar rajah 6
Gambar rajah 5
Klik Send
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 56
Langkah 2: Menghantar lampiran kepada rakan mengikut
kategori
a. Ulangi langkah a sehingga e. Kali ini pilih kategori kelas yang
lain.
b. Taipkan semua maklumat seperti dalam gambar rajah 8. Klik
Attachment untuk kepilkan lampiran.
Klik Attachments
Gambar rajah 8
Gambar rajah 7
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 57
c. Anda dikehendaki mencari fail untuk dikepilkan. Klik Open
d. Paparan gambar rajah 10 menunjukkan lampiran telah
berjaya dikepilkan. Klik Send
Klik Send
Gambar rajah 10
Gambar rajah 9
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 58
e. Gambar rajah 11 akan dipaparkan menandakan emel anda
telah berjaya di hantar kepada kelas lain
Gambar rajah 11
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 59
PENILAIAN
1. Bahagiakan murid kepada beberapa kumpulan
2. Berikan nama kumpulan baru tersebut (New Category)
3. Murid menulis dan menghantar mail kepada kumpulan yang baru
dibentuk tadi.
-
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 60
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Standard
Kandungan:
3.0 MENGENAL INTERNET
Standard
Pembelajaran:
3.4 Menyebarkan maklumat menggunakan buku
alamat e-mel
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Mempunyai akaun emel
2 Membuat sekurang-kurangnya
satu kategori dalam buku
alamat emel
3 Menghantar maklumat ke
kategori dalam buku alamat
emel
4 Mengepil lampiran ke kategori
dalam buku alamat emel
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh
-
61
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Standard
kandungan:
3.0 Memahami Fungsi Internet
Standard
pembelajaran:
3.5 Mengelas jenis laman web; komersil,
peribadi, organisasi, hiburan, berita atau
laman sosial
3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan
laman sosial dalam internet
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
1. Apa itu laman web?
Laman web adalah satu paparan yang kebiasaannya
dikendalikan oleh seseorang individu atau organisasi
tertentu yang memaparkan penulisan, gambar, audio,
video dan sebagainya.
MODUL SRDI 6
top related