newsletter edisi 15 2016
Post on 03-Feb-2017
222 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EDISI 15 : 1 - 15 SEPTEMBER 2016
Program Health Fest, PUSPANITA JPA
ms2
Seminar Perluasan Inisiatif 1Malaysia Customer Service Of Civil Servant (1SERVE)
Mesyuarat Kerja Mengenai ‘The Future Of Malaysian Public Service 2020 And Beyond’
Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA Tahun 2016
ms3
ms2 ms4
BAHASA KEBANGSAAN MEMPAMER JATI
DIRI BANGSA DAN NEGARA
2
PROGRAM HEALTH FEST, PUSPANITA JPA
PUTRAJAYA, 1 SEPTEMBER 2016 - Biro Kesihatan
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA telah menganjurkan
Program Health Fest di Ruang Legar Aras 7, Blok C1.
Program yang berlangsung selama 2 jam tersebut
bermula pada jam 10 pagi selepas ketibaan Pengerusi
PUSPANITA JPA, YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail.
Program yang melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan
kesihatan seperti ceramah kesihatan, demo masakan
berkhasiat dan jualan produk kesihatan oleh usahawan-
usahawan wanita ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran ahli-ahli Puspanita JPA tentang kepentingan
menjaga kesihatan tubuh badan walaupun memikul
pelbagai tanggungjawab sebagai seorang wanita
berkerjaya.
Pemenang Jom Kurus 1Malaysia Wanita Musim Pertama,
Puan Azizatil Anum Omar telah sudi berkongsi
pengalaman beliau dan tips-tips mendapatkan berat
badan ideal melalui ‘Ceramah Jom Sihat’. Peserta program
juga telah mendapat ilmu membuat pelbagai jenis
sandwic melalui aktiviti demo masakan berkhasiat.
SEKITAR MESYUARAT KERJA MENGENAI ‘THE FUTURE OF MALAYSIAN PUBLIC SERVICE 2020 AND BEYOND ‘
3
PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT JPA TAHUN 2016
PUTRAJAYA, 6 SEPTEMBER 2016 - Majlis Pelancaran
Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA Tahun 2016
yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan, YBhg. Dato’ Wan Ahmad Dahlan Bin Hj.
Ab. Aziz telah diadakan di Dewan Mezzanine, Blok C1.
Majlis pada hari tersebut merupakan anjuran bersama
Kelab JPA dan PUSPANITA JPA.
Beberapa aktiviti telah diadakan sempena bulan
Bahasa Kebangsaan termasuk pertandingan pidato
yang diadakan pada 18 Ogos 2016, pesta pantun dan
pertandingan nyanyian lagu patriotik.
Pertandingan pantun diadakan sejurus selepas selesai
upacara Majlis Pelancaran dan diserikan lagi dengan
kehadiran Pengerusi PUSPANITA JPA, YBhg. Puan Sri
Asmahan Ismail. Juara bagi pertandingan Pesta Pantun
ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,200
beserta sijil penghargaan manakala naib juara
menerima hadiah wang tunai berjumlah RM700
beserta sijil penghargaan.
Pertandingan nyanyian lagu patriotik pula diadakan
sehari kemudian disusuli dengan Majlis Kemuncak
Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA Tahun 2016.
Pengerusi PUSPANITA JPA, YBhg. Puan Sri Asmahan
Ismail telah sudi untuk menjadi Ketua Juri bagi
Pertandingan Lagu Patriotik di samping juri jemputan
dari JPA serta KKMM. Seramai 15 orang wakil dari
setiap Bahagian telah menyertai pertandingan ini.
YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail dalam ucapan beliau
sempena Majlis Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan
Peringkat JPA Tahun 2016 telah berpesan agar usaha
bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan perlu
berterusan dan semangat serta iltizam tinggi semua
pihak amat diperlukan bagi memastikan
kesinambungan Bahasa Kebangsaan yang betul,
menepati tatabahasa dan memastikan kemurniaannya
tidak tercemar ekoran perkembangan teknologi pada
masa kini.
Tambah beliau lagi, jiwa sesuatu bangsa dapat dilihat
menerusi bahasanya dan Bahasa pula hidup apabila
penuturnya menggunakannya dengan baik, teratur dan
indah dalam semua urusan. Justeru, penggunaan Bahasa
Kebangsaan yang baik dan betul perlu dibudayakan
oleh setiap rakyat Malaysia kerana ini akan melahirkan
rakyat yang bersatu padu, satu jiwa dan satu wawasan.
4
SEMINAR PERLUASAN INISIATIF 1MALAYSIA CUSTOMER SERVICE OF CIVIL SERVANT (1SERVE)
PUTRAJAYA, 9 SEPTEMBER 2016 - Seminar Perluasan Inisiatif 1Serve telah diadakan di Dewan Harmoni, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Presint 3 bagi memberi pendedahan mengenai pelaksanaan inisiatif 1Serve di Jabatan dan Agensi yang telah dikenal pasti sebagai agensi perluasan serta menerangkan mengenai Pembangunan Manual Perkhidmatan dan Reka Bentuk Perkhidmatan 1Serve untuk Jabatan dan Agensi terlibat. Seminar ini diadakan berikutan Inisiatif 1Serve yang sedang diperluaskan ke agensi-agensi Sektor Awam
seluruh Malaysia seperti mana mandat daripada YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara yang telah mengumumkan bahawa inisitif 1Serve yang sebelum ini dilaksanakan secara rintis akan diperluaskan ke seluruh Negara pada tahun 2016. Peserta terlibat di dalam seminar ini termasuk mereka yang bertanggungjawab berhubung 1Serve dari pelbagai Kementerian dan Jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, dan Jabatan Pendaftaran Negara.
top related