nordiana binti nordin laporan projek ini dikemukakan ...€¦ · dalam objektif mata pelajaran...
Post on 04-Nov-2019
2 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MENGENALPASTI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
DALAM KEMAHIRAN MEMERHATI, KEMAHIRAN MENGUKUR DAN
KEMAHIRAN MEREKOD
NORDIANA BINTI NORDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iv
DEDIKASI
Teristimewa untuk abah dan ibu tersayang,
Nordin Che’Li dan Ramlah Yaacob
segala pengorbanan
dan kasih sayang yang dicurahkan akan ku kenang selamanya
Kepada kekanda-kekanda ku yang dikasihi,
Norashikin dan Fadzil Asri
Norinsan dan Muhamad
Norsyamsulshifa
Nurul Sharmin
Anak-anak saudara yang dirindui
Farid Nazmi
Farah Nur Ayuni
Ikhwan Harris
Kau ku pilih lalu ku kasih
Nua Ahmad
agar sentiasa berada dalam kesejahteraan
dan dikekalkan taufik dan hidayah
oleh Allah Subhanahu Wata’la.
v
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Professor Madya Dr. Abu Hassan Bin Kassim selaku pensyarah projek ini di atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, dorongan serta teguran yang membina telah diberikan dari awal
kajian sehinggalah ianya disempurnakan. Sesungguhnya saya amat menghargai segala
ilmu yang dicurahkan oleh beliau.
Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi kelulusan
dalam menjayakan kajian ini. Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada semua
pengetua, penolong kanan serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang telah diberikan.
Akhir kata, terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak sepanjang kajian ini dijalankan.
vi
ABSTRAK
Salah satu daripada objektif Kurikulum kimia dalam KBSM adalah untuk
melahirkan murid yang menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Oleh itu,
bagi merealisasikannya pelajar perlulah menguasai kemahiran saintifik terutamanya
kemahiran proses sains asas. Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti
tahap pemahaman pelajar tingkatan empat dalam kemahiran memerhati, kemahiran
mengukur dan kemahiran merekod data. Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar
tingkatan empat aliran sains daripada tiga buah sekolah di daerah Kota Setar. Instrumen
yang digunakan untuk menilai pemahaman kemahiran ini adalah soal selidik yang terdiri
daripada dua bahagian; Bahagian A adalah latar belakang responden dan Bahagian B
adalah 20 item berbentuk soalan objektif. Data mentah yang diperolehi dianalisis dan
direkodkan dalam bentuk frekuensi, peratus, min serta sisihan lazim. Hasil kajian
menunjukkan pemahaman pelajar dalam kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan
kemahiran merekod adalah pada tahap yang baik masing-masing (76%, 68%, dan 73%).
Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar tingkatan
empat dalam ketiga-tiga kemahiran berada pada tahap yang baik (72%). Beberapa
kekangan, implikasi kajian dinyatakan dan cadangan-cadangan kajian lanjutan
dikemukakan di bahagian akhir.
vii
ABSTRACT
One of the objectives of chemistry curriculum is to produce a student who
mastering in thinking skills and scientific skills. Therefore, science process skills are very
important to implement this objective. The objective of this research was to analysis the
status of understanding in observing skills, measurement skills and recording skills
among Form Four students. 150 boys and girls student from three schools at Kota Setar,
Kedah were involved in this study. Instrument that are using in this study is investigation
form consist of two part; respondent background and 20 multiple choice question. Data
was analyzed in the form of frequency, percentages, mean and standard deviation. The
study showed that the understanding level of observing skills, measurement skills and
recording skills was good (76%, 68%, and 73%). As a whole, the result of this study
showed the level of understanding of observing skills, measurement skills and recording
skills was good (72% ). Some constraint and implication of the findings and some
suggestions for future research are put forward.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Kepentingan Kajian 6
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 7
ix
1.7 Definisi Istilah 7
1.7.1 Tahap Kefahaman 7
1.7.2 Pelajar 8
1.7.3 Kemahiran Memerhati 8
1.7.4 Kemahiran Mengukur 9
BAB 11 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Kemahiran Memerhati 10
2.2 Kemahiran Mengukur 12
2.3 Kemahiran Merekod 13
BAB 111 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 15
3.1 Reka Bentuk Kajian 15
3.2 Sampel Kajian 16
3.3 Instrumen Kajian 16
3.4 Prosedur Kajian 18
3.5 Analisis Data 19
x
BAB 1V ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL
4.0 Pengenalan 22
4.1 Analisis Data 22
4.2 Latar Belakang Responden 23
4.3 Penguasaan Kemahiran Proses Sains 24
4.4 Perbincangan Hasil 24
4.4.1 Latar Belakang Responden 24
4.4.2 Perbincangan Umum Mengenai tahap
Kefahaman Pelajar 25
4.4.2.1 Kemahiran Memerhati 27
4.4.2.2 Kemahiran Mengukur 29
4.4.2.3 Kemahiran Merekod 31
BAB 1V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
5.0 Pengenalan 33
5.1 Kesimpulan 33
5.2 Implikasi Kajian 34
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 36
RUJUKAN 37
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item mengikut aspek kajian 17
3.2 Min skor dan tahap kefahaman dalam kemahiran proses
sains 21
4.1 Kekerapan dan peratusan latar belakang responden 23
4.2 Peratus pelajar yang menjawab dengan betul mengikut
item 25
4.3 Tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan 26
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh borang soal selidik 40
B Surat pengesahan penyelidikan UTM 51
C Surat kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM 52
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam era globalisasi yang makin mencabar, Malaysia tidak terlepas daripada
tuntutan persaingan yang mencakupi pelbagai bidang terutamanya dalam sains dan
teknologi. Menyedari hakikat bahawa kemajuan negara adalah bertunjangkan kepada
sains dan teknologi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan
rakyat Malaysia tidak ketinggalan daripada arus teknologi. Antara aspek yang menjadi
fokus utama negara bagi melahirkan generasi dan sumber tenaga menusia yang berkualiti
serta kental menghadapi cabaran teknologi ini adalah melalui pendidikan. Selain daripada
melahirkan generasi dan sumber tenaga manusia yang berkualiti, sejajar dengan
perkembangan sains dan teknologi, diharapkan bidang pendidikan mampu meningkatkan
tahap kesediaan dan keupayaan negara dalam bidang industri teknologi maklumat.
2
Di Malaysia, kaedah pembelajaran sains melalui pendekatan inkuiri terpimpin, di
mana sains dianggap sebagai proses, bermula dengan perlaksanaan Kurikulum Sains
Moden (Sukatan Pelajaran Malaysia, yang diadaptasikan daripada Sains Nuffield Britain)
pada tahun 1972. Kaedah yang digunakan adalah selaras dengan pendekatan pengajaran
sains yang berlaku secara global pada era 1960-an; di mana sains perlu diajar dengan
memberi peluang kepada pelajar melakukan penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, bukannya secara mendemonstrasi atau mengesahkan sesuatu konsep, prinsip
atau makumat (Abu Hassan, 1999). Dalam merealisasikan pembinaan insane seperti yang
dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya
membentuk rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) (Sukatan Pelajaran Kimia KBSM, 2000).
Bagi menyumbang ke arah pembinaan masyarakat seperti yang dihasrat,
penekanan perlu ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas yang meliputi
kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penerapan nilai murni. Menyedari
hakikat itu, rancangan pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) digubal untuk mengembangkan intelek para pelajar supaya memiliki daya fikir
yang membolehkan para pelajar menyumbang idea dan mengaplikasi pelbagai
pengetahuan secara konkrit serta kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan seharian
(Abu Hassan, 2001).
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.. Kemahiran proses sains pula terbahagi kepada kemahiran proses
sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahian proses sains asas adalah
merujuk kepada kemahiran asas yang perlu dikuasai pelajar bagi membolehkan mereka
menjalankan eksperimen di makmal atau melakukan aktiviti penyiasatan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah (Abu Hassan, 2001). Manakala, kemahiran proses sains
bersepadu ialah kemahiran yang melibatkan gabungan dua atau lebih kemahiran proses
asas, di mana memerlukan pemikiran yang lebih tinggi. Penguasaan kemahiran proses
sains sangat penting untuk membolehkan para pelajar lebih memahami isi kandungan
sesuatu mata pelajaran yang diajar; terutamanya mata pelajaran sains (Shaharom, 1989).
Kefahaman tentang kemahiran saintifik membolehkan para pelajar memperkembangkan
sikap positif dan membentuk pemikiran yang sistematik (Habibah dan Shaharom, 2000).
Salah satu kemahiran proses sains yang diberikan tumpuan adalah membuat
pemerhatian, membuat pengukuran secara sistematik dan merekod data daripada
pemerhatian dan pengukuran yang melibatkan bacaan, membina graf daripada maklumat
dan sebagainya (Meor Ibrahim, 2001). Aktiviti yang paling penting dalam kemahiran
proses sains asas ialah kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran
merekod. Pemerhatian merupakan asas untuk semua kemahiran proses sains yang lain
(Khamidah, 2000). Kemahiran memerhati juga turut terlibat dalam semua kemahiran
proses sains seperti membuat inferens, meramal, mengeksperimen dan lain-lain.
4
Kemahiran mengukur juga penting kerana ia membolehkan seseorang menggunakan alat-
alat ukuran dengan tepat, menganggarkan jarak, luas, dan isipadu. Selain itu, kemahiran
mengukur dapat digunakan dalam kemahiran proses yang lain. Melalui kemahiran
mengukur, ramalan dan inferens dapat dibuat dengan tepat (Habibah, 2000). Setelah
melakukan pemerhatian dan pengukuran, bagaimanakah para pelajar mencatat dan
menyimpan data yang diperolehi? Data-data yang telah dikumpul boleh direkodkan
dalam bentuk jadual, graf dan lukisan. Dalam kemahiran merekod, data daripada
pemerhatian direkod tanpa melakukan ramalan awal dan selalunya direkod dalam bentuk
jadual, graf atau rajah (Swain, 1988).
Dalam objektif mata pelajaran Sains, aspek psikomotor diberi penekanan kepada
pelajar iaitu pemahaman tentang prinsip kerja serta teknik penggunaan dan pengendalian
peralatan sains (Abu Hassan, 2001). Aspek ini perlu diberi perhatian utama apabila
pelajar menjalankan kerja amali di dalam makmal. Aktiviti amali adalah sangat penting
dalam pendidikan sains sejak sekian lama dan amat berkesan dalam meningkatkan
intelektual, penyiasatan serta kemahiran menyelesaikan masalah (Tobin, 1990). Oleh itu
pelajar perlulah dilengkapi dengan pengetahuan asas yang mencukupi dalam teknik
memerhati, pengumpulan data dan penggunaan alat yang betul sebelum menjalankan
aktiviti amali.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Permasalahan yang timbul, adakah para pelajar telah memahami proses sains asas
semasa menjalankan eksperimen? Adakah matlamat Kurikulum Kimia dalam KBSM
untuk menguasai kemahiran saintifik telah tercapai? Justeru itu, satu kajian adalah sangat
perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap kefahaman para pelajar tingkatan empat
dalam kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran merekod.
1.3 Objektif Kajian
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar
tingkatan empat dalam kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran memerhati,
kemahiran mengukur dan kemahiran merekod. Secara khusus, kajian ini adalah bertujuan
untuk mengenal pasti tahap:
i. Kemahiran memerhati para pelajar berdasarkan deria (pancaindera), bantuan
alat serta memerhati persamaan dan perbezaan objek.
ii. Kemahiran mengukur para pelajar yang melibatkan teknik penggunaan alat
radas dan penukaran unit asas piawai.
iii. Kemahiran merekod data oleh para pelajar.
6
1.4 Kepentingan Kajian
Melalui maklumat dan maklum balas yang diperolehi daripada kajian ini
diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar supaya mereka dapat
memperbaiki kelemahan dalam kemahiran proses sains. Pihak pengurusan makmal
sekolah dan pentadbir sekolah juga dapat memberi perhatian kepada para pelajar dan
guru supaya mereka tidak menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti makmal.
Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan bagi pihak kementerian
pendidikan, institusi pendidikan dan guru-guru dalam mengkaji dan memperbaiki
program pendidikan yang dijalankan.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian yang dipilih adalah berdasarkan kepada kefahaman pelajar dalam
kemahiran proses sains asas iaitu :
i. Kemahiran memerhati.
ii. Kemahiran mengukur.
iii. Kemahiran merekod.
top related