nota reka bentuk & penghasilan projek
Post on 20-Jun-2015
4.001 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1.3 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK b. Faktor Utama Reka Bentuk Fungsi Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta
memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat.
Rupa bentuk Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik
perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi
Kesesuaian bahan Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut :
Sesuai dengan kegunaannya
Mudah didapati
Kos tidak terlalu mahal
Keselamatan penggunaannya
Kaedah pembinaan Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak
melibatkan proses pembinaan yang rumit.
Ketahanan Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka
bentuk itu dibuatKos
2
Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan biasanya dikawal oleh faktor kos
bahan dan masa membinanya
Kemasan Kemasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan
penggunaan sesuatu reka bentuk
Keselamatan
Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan
bahaya kepada pengguna
Nilai komersial
Reka bentuk produk yang dihasilkan seharusnya mempunyai nilai komersial
supaya dapat bersaing dengan produk yang sedia ada
c. Jenis Bahan dan Pengikat Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti saiz, sifat dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya
Mengenal pasti jenis-jenis pengikat
Menyatakan cara penggunaan pengikat
Bahan Bahan yang perlu dipelajari ialah PVC, perspek, aluminium dan keluli lembut. PVC( polyvinyl chloride )
3
Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair dan kepingan.
Digunakan untuk membuat paip dan penyambung paip. Ia kuat dan tahan
lama serta tahan kepada cuaca yang berbeza.
Perspek Perspek adalah merupakan sejenis plastik dalam kumpulan thermoplastics.
Ia juga dinamakan acrylic. Perspek biasanya digunakan untuk membuat
papan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentuk
kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah
retak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk
mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk
dengan menggunakan haba.
Aluminium Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi. Satu
contoh logam bukan ferus ialah Aluminium. Logam ini selalu digunakan dalam
pembuatan produk dan industri pembinaan seperti pembuatan bahagian
enjin, tin minuman dan kabel elektrik. Logam ini ringan dan merupakan
pengalir elektrik dan haba yang baik. Ia lembut, mudah dipotong dan mudah
dibentuk.
Keluli lembut ( mild steel )
Ferus adalah sejenis logam yang mengandungi besi dan mudah berkarat.
Satu contoh logam ferus ialah keluli lembut. Logam ini juga dikenali sebagai
keluli berkarbon rendah ( low carbon steel ). Boleh diperolehi dalam bentuk
4
bar, tiub dan kepingan. Logam ini biasa digunakan untuk membuat bol dan
nat, badan kereta dan dalam industri pembinaan.
Pengikat
Pengikat yang perlu dipelajari ialah ribet, glu panas ( hot melting glue ) dan skru benam sendiri ( self-tapping screws). Ribet ( rivet )
Ribet digunakan untuk menyambung bahan secara kekal. Kaedah meribet
terdiri daripada :
a. Menggunakan set ribet
b. Menggunakan pop ribet
Glu panas ( hot melt glue )
Glu ini digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua
bahan yang sama atau berlainan jenis. Penyambungan menggunakan glu ini
kurang kukuh. Glu ini boleh didapati dalam bentuk rod.
Set Ribet & Ribet
5
Skru benam sendiri ( self-tapping screws)
Skru ini mudah digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan
penyambungan. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru
ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang kepada bahan yang hendak
dicantumkan. Boleh diperolehi dalam pelbagai saiz.
d. Alatan Tangan dan Mesin
Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan
Mengenal pasti nama dan fungsi mesin mudah alih
Mengguna dan menyenggara mesin
Self tapping screw crome & black
6
Alatan tangan Alatan tangan yang perlu dipelajari ialah pisau pemotong perspek, gandin
getah, penebuk pusat, riveter, hot glue gun dan stapler gun.
Pisau Pemotong Perspek Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.
Penebuk Pusat Digunakan untuk menanda pada permukaan logam sebelum menggerudi.Ini
bertujuan supaya mata gerudi tidak tergelincir ketika kerja menggerudi
dijalankan.
Gandin Getah
Digunakan untuk mengetuk atau membentuk kepingan logam lembut tanpa
meninggalkan kesan.
Pemotong Perspek
Penebuk Pusat
7
‘Hot Glue Gun’ Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan glu panas ( hot melt glue)
untuk tujuan penyambungan antara bahan. Alat ini mesti digunakan dengan
Proses membentuk
Gandin Getah
8
pengawasan guru kerana glu yang telah cair sangat panas dan boleh
mengakibatkan kecederaan.
Pengikis Digunakan untuk mengikis lebihan tepung penyumbat ( putty ) pada benda
kerja. Kerja menyumbat lubang kecil atau ira kayu boleh juga menggunakan
alat ini. Selepas digunakan, alat ini hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.
‘Rivetter’ ( Hand riveter )
Hot Glu Gun
Pengikis
9
Digunakan bersama pop rivet dengan tujuan untuk membuat pemasangan
antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis secara kekal.
Rivetter dan cara penggunaan
10
Mesin Mudah Alih Mesin mudah alih yang perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig, cordless screw driver dan mesin pelelas ( sander ). Mesin Gergaji Jig Mudah Alih
Mesin ini biasanya digunakan untuk memotong lengkung atau garisan lurus
pada kayu dan papan lapis. Semasa menggunakannya, pakai gogal untuk
keselamatan. Mesin ini boleh diubah kelajuannya mengikut kerja yang akan
dilakukan.
Mesin Gergaji Jig Mudah Alih
11
‘Cordless screw driver’ Digunakan untuk melonggar atau mengetatkan skru dengan lebih cepat. Ini
disebabkan putaran bindunya boleh dilaraskan. Untuk kerja mengetatkan skru
laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam(forward) manakala untuk
melonggarkan atau menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut
lawan jam(reverse). Kuasa menggerakkan motor mesin ini dikendalikan oleh
bateri yang boleh dicas semula.
Mesin Pelelas Mudah Alih ( sander ) Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu belt sander dan disc sander. Kedua-
dua mesin ini digunakan untuk kerja melelas kayu atau plastik. Kertas pelelas
mesin ini hendaklah digantikan dengan yang baru apabila kertas pelelas lama
telah haus. Ini bertujuan mengelakkan motor mesin pelelas rosak.
Cordless screwdriver
Mesin Pelelas Mudah Alih
12
e Pembinaan Hasil Pembelajaran
Mengukur , menanda dan memotong
Mengenal pasti cara membentuk dan mencantum
Bahan Pemasangan Engsel Engsel biasanya digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan almari .
Diperbuat daripada keluli lembut, aluminium atau loyang.
Bracket Bracket digunakan untuk memasang tetingkat dalam almari atau pada
dinding. Biasanya bracket diperbuat daripada keluli lembut yang catkan.
Engsel
Braket
13
Penyangkut Biasanya penyangkut dipasang pada belakang bingkai gambar atau kotak
kecil dengan tujuan untuk digantungkan pada dinding.
Stapler Gun Alat ini digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut dengan menggunakan dawai kokot.
Penyangkut
14
f Reka Bentuk Projek I Pernyataan Masalah atau Keperluan
Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan
Menentukan aspek masalah yang hendak diselesaikan
Mengumpul maklumat dan data
Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk
lakaran bebas
1 Contoh Penyataan Masalah – Tema Peragaan
Anda mempunyai hobi menanam pokok kaktus. Oleh kerana pasu
tanaman ini berada di merata-rata tempat, ini akan menimbulkan masalah
kepada penjagaan dan keselamatan tanaman itu. Di samping itu sekitar
rumah anda juga kelihatan tidak kemas dan tersusun.
Reka bentuk satu bekas / tempat supaya dapat menempatkan pasu-pasu
tanaman ini dengan kemas dan tersusun . Di samping itu juga dapat
mempamerkan tanaman ini untuk tujuan menarik perhatian dan minat
orang ramai.
2. Bahan-bahan berikut dibekalkan: Kayu 600mm x 100mm x 10mm – 2 unit
Perspek 300mm x 100mm x 3 mm – 1 unit
Keluli lembut - secukupnya
Kepingan aluminium - secukupnya
15
3. Mengumpul maklumat dan data Maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dinyatakan boleh
diperolehi daripada pembacaan buku-buku rujukan, katalog atau majalah
serta lawatan ke tempat semaian tumbuhan hiasan.
Maklumat yang telah diperolehi direkodkan untuk rujukan. Segala maklumat
ini hendaklah disimpan untuk tujuan pendokumentasian.
4. Sebelum memulakan lakaran idea-idea reka bentuk, anda patut
fikirkan tentang pertimbangan ( kriteria reka bentuk) seperti berikut:
Berapakah pasu kaktus yang hendak ditempatkan ?
Apakah saiz yang sesuai untuk reka bentuk ini ?
Adakah lebih baik menggantungkan rak pasu ini atau diletakkan
atas lantai atau meja ?
Adakah reka bentuk ini selamat digunakan ?
Bagaimana dengan struktur reka bentuk ini, adakah stabil dan
kukuh ?
Apakah kemasan yang paling sesuai untuk reka bentuk ini ?
Adakah reka bentuk ini mempunyai nilai komersial ?
16
5. Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas.
Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan
pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat
menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar
4 atau 5 lakaran sekurang-kurangnya )
Contoh pelbagai alternatif sketsa
17
Contoh pelbagai alternatif sketsa
6. Menilai Dan Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai
18
Pilih lakaran reka bentuk yang paling sesuai dan perbaikinya seberapa yang
boleh. Kemudian tunjukkan kepada guru serta buat perbincangan . Pastikan
saiz dan maklumat penting dalam lakaran lengkap apabila
mempersembahkan reka bentuk anda kepada guru.
Selepas perbincangan anda dikehendaki membuat lukisan kerja yang lengkap
berserta dengan dimensi dan maklumat lain yang penting.
Lukisan kerja ini hendaklah dibuat sama ada dalam bentuk lukisan isometrik
atau unjuran ortografik atau kedua-duanya sekali.
Perhatian : Dicadangkan anda membuat model menggunakan bahan seperti kadbod,
manila kad, atau mounting board berpandukan lukisan kerja yang telah
disediakan. Ini adalah bertujuan untuk melihat saiz dan kesesuaian reka
bentuk yang telah anda hasilkan. Oleh itu, sebarang pembaikkan kepada reka
bentuk boleh dilakukan pada peringkat ini.
Lukisan Kerja
Lakaran yang telah dipilih
19
Menyediakan lukisan kerja berdasarkan lakaran yang dipilih.
ii Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
20
Hasil Pembelajaran
Menentukan dan merancang pembinaan projek
Menyediakan jadual kerja
Menyenaraikan bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan
Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
Menguji dan menilai sendiri projek
Mengubahsuai projek untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti
Perancangan Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum mula membina reka bentuk atau
projek anda. Antara perancangan yang penting ialah:
a. Menyenaraikan jenis dan kuantiti bahan yang hendak digunakan. Senarai ini diperlukan untuk :
i. mengumpul , menyemak dan menyediakan bahan sebelum
memulakan kerja
ii. mengurangkan pembaziran bahan / kos
iii. bekerja dengan lebih sistematik dan terancang
Bil. Bahan Saiz Kuantiti
Contoh borang senarai bahan
21
b. Mengenal pasti dan menyenaraikan alatan tangan dan mesin yang hendak digunakan.
Tujuan menyediakan senarai ini adalah untuk :
membuat persediaan awal
menjimatkan masa
Bil. Nama Alatan Tangan / Mesin
Contoh borang senarai alatan tangan / mesin
c. Mengenal pasti teknik atau kaedah pembinaan bersesuaian dengan bahan yang digunakan
d. Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek
22
e. Menyediakan jadual kerja supaya pembinaan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Tujuan menyediakan jadual ini adalah untuk :
bekerja dengan lebih terancang
memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang
diperuntukkan.
Bil. Aktiviti Tarikh/Masa Catatan
1. Mengenal pasti masalah 40 minit
2. Mengumpul data 40 minit
Contoh borang Jadual Kerja
f. Membuat anggaran kos bahan
Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membuat
belanjawan dalam penghasilan sesuatu projek supaya kos
pengeluaran dapat dikawal.
Bil. Perkara Kuantiti Kos/unit Jumlah
JUMLAH BESAR
Contoh borang pengiraan kos
23
Pembinaan dan pengubahsuaian Setelah siap menyediakan semua perancangan seperti yang dinyatakan di
atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembinaan.
Apabila projek telah siap, buat pengujian dan penilaian berpandukan kriteria
reka bentuk yang dikehendaki. Berikut adalah contoh bagaimana membuat
penilaian reka bentuk.
Adakah projek reka bentuk yang dihasilkan dapat berfungsi seperti
yang dikehendaki ?
Adakah saiz projek reka bentuk itu sesuai ?
Adakah kemasan yang dipilih sesuai dengan bahan yang digunakan ?
Akhirnya anda boleh membuat pengubahsuaian, jika perlu.
iii Pendokumentasian Hasil Pembelajaran
Mengumpul dan merekod maklumat projek
Mengira kos pengeluaran
Membuat persembahan projek
Untuk tujuan pendokumentasian yang lengkap anda perlu menyediakan kos
pengeluaran projek / produk. Cara mengira kos pengeluaran ini hendaklah
dibimbing oleh guru.
Segala lakaran, maklumat dan perancangan projek yang telah dibuat
dikumpulkan dan disimpan dalam fail individu. Kemudian maklumat ini
disusun bermula dari pernyataan masalah hingga membuat pengubahsuaian
projek seterusnya dibukukan/folio. Di samping maklumat yang lengkap
Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed
24
berkaitan dengan penghasilan projek ,folio ini hendaklah juga mengandungi
butiran berikut:
Nama murid
Tingkatan / Kelas
Nama Projek / Produk
Lampiran jika ada
Perhatian : Murid juga digalakkan membuat persembahan projek kepada
rakan-rakan dalam kelas dengan tujuan untuk sesi kritik dan menanam
semangat yakin diri .
top related