nota ringkas hbae menggambar
Post on 06-Aug-2015
207 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
P E N G E N A L A N
B I D A N G
M E N G G A M B A R
- satu bidang yang menegaskan
perkembangan persepsi
dan kemahiran seseorang murid.
- melihat kemampuan murid terhadap
aspek melukis serta
kegiatan mereka dalam membuat
gambar
dengan menggunakan pelbagai media
dan teknik.
- menekankan aspek ruang, struktur,
imbangan dan
komposisi dalam sesuatu hasil karya.
- lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
gosokan,
resis,percikan dan mozek.
- meliputi penerokaan kesan seni serta
mengenali
Pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
- membolehkan murid mengenali dengan
lebih dekat
lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses
rekaan..
- dapat memperkembangkan persepsi
visual murid
dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna,
garisan,susunan dan kesannya.
D E F I N I S I
M E N G G A M B A R
- representasi visual sesuatu objek atau
imej
yang dihasilkan di atas permukaan rata.
- mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan
Melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.
- Ilustrasi yang digunakan untuk
menerangkan
dengan lebih jelas tentang sesuatu
objek
- Gambaran huruf yang diterangkan
dalam bentuk grafik.
- Representasi visual yang dihasilkan
dalam bentuk
dua dimensi
- Gambar sebagai satu artifak yang
menunjukkan
satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek
P e n g e n a l a n d a n
P e n e r o k a a n A l a t ,
M e d i a d a n T e k n i k
- penting bagi seseorang guru
mengetahuidan mengenal
pasti perubahan dan perkembangan diri
murid-muridnya.
- digunakan dan disatukan dalam satu
hasil kerja.
- Berikut alatan dan media yang boleh
digunakan bagai
aktiviti menggambar:
i. Berbagai jenis pensil
ii.Warna pastel, warna air, warna poster,
warna pensil
iii.Kapur berwarna
iv.Oil pastel
v.Art line atau marker
vi. Berbagai jenis pen
vii.Gouche, akrilik, cat minyak
viii.Stensil
viiii. Kolaj
x. Capan,cetakan
xi. Lilin
xii. Berbagai jenis cebisan kertas surat
khabar atau majalah
xiii. Bahan-bahan semulajadi seperti
berbagai jenis tumbuh- tumbuhan, sayur-
sayuran, dan buah-buahan
xiv. Penyedut minuman
xv. Gunting, pisau lipat, gam
xvi.Berbagai jenis berus lukisan
xvii.Palet/pembancuh warna
T U J U A N
M E N G G A M B A R
Berikut ialah hasil pembelajaran yang
perlu dicapai oleh setiap murid dalam
kegiatan menggambar:
- Asas menggambar
- Menggambar
- Meneroka beberapa teknik yang
berbeza dalam
melukis dan membuat gambar
- Menggunakan Asas Senireka dalam
Menggambar berdasarkan tema
imaginasi murid
- Menggambar berdasarkan tema
pengalaman
dan imaginasi murid secara manual dan
berbantukan komputer
-Menggambar berdasarkan tema,
pengalaman, imaginasi dan fantasi murid
secara manual dan berbantukan
komputer Jika dilihat secara
keseluruhannya, setiap hasil
pembelajaran tersebut boleh dibahagikan
mengikut aras-aras yang tertentu seperti
berikut:
R pengetahuan
R kefahaman
R aplikasi
R analisa
R sintesis
R penilaian
(a) A r a s P e n g e t a h u a n
d a n
K e f a h a m a n
- Memahami konsep dan fungsi setiap
aktiviti
yang dipelajari
- Menyatakan perasaan, idea dan
imaginasi diri
1
melalui kegiatan menggambar.
-Menguasai asas seni reka serta
menghasilkan hasil
kerja seni visual yang kreatif dan
berfungsi
- Meningkatkan pengetahuan Asas
Senireka
serta mengaplikasikannya dalam
penghasilan
(b) A r a s A p l i k a s i d a n
A n a l i s a
Setelah mengetahui dan memahami apa
yang dipelajari murid akan beralih ke
tahap atau aras aplikasi dan analisa
seperti berikut:
- Merasa dan mengenal pasti
pelbagai kesan, benda, alat
dan bahan dengan meneroka
dan mencuba secara spontan
- Menggunakan bahan asas dan
bahan gantian dalam kegiatan
menggambar
- Mengambil bahagian dalam
kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
- Menggunakan dan meneroka
beberapa teknik dan proses
menghasilkan karya seni visual
melalui penerokaan terhadap
bahan alam dan bahan kutipan
- Mengenal dan menggunakan
elemen asas seni reka dalam
penghasilan karya secara
kreatif
- Membuat penerokaan
berdasarkan pemerhatian dan
bantuan komputer dalam
penghasilan karya
- Meneroka dengan
menggunakan perisian
komputer dalam proses
penghasilan karya
- Mempelbagaikan alat, bahan
dan teknik dalam penghasilan
karya seni visual
(c) A r a s S i n t e s i s d a n
P e n i l a i a n
Aras sintesis dan penilaian ialah aras
peringkat akhir yang perlu dicapai oleh
murid apabila mereka melalui proses
aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi
dan analisa. Diantaranya ialah:
Ÿ Menghayati benda yang dilihat,
disentuh dan didengar serta menyatakan
aspek yang disukai dan yang tidak
disukai
Ÿ Memilih, memadan, menyusun dan
memanipulasi bahan secara kreatif
Ÿ Meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi dalam semua kegiatan seni
visual
Ÿ Menghargai alam persekitaran serta
menghayati unsur flora dan fauna untuk
penghasilan
Ÿ Mengenal dan menggunakan elemen
Asas Seni reka dalam penghasilan karya
secara kreatif.
Ÿ Mengamalkan nilai-nilai murni seperti
bekerjasama,berkeyakinan diri,
kekemasan, kebersihan serta
mengutamakan keselamatan
Ÿ Meningkatkan minat, daya kreativiti
dan imaginasi dalam kegiatan seni visual
Ÿ Mengenali serta menghargai hasil kerja
sendiri dan rakan
Ÿ Meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam penggunaan alat,
bahan dan teknik untuk menghasilkan
sesuatu hasil kerja.
Ÿ Mengumpul dan merekod maklumat
serta pengalaman untuk menghasilkan
portfolio (analisis)
Ÿ Meningkatkan pengetahuan serta
mengaplikasi elemen Asas Senireka
dalam penghasil karya
Ÿ Menggabungjalin aktiviti seni visual
dengan matapelajaran lain dalam usaha
mewujudkan idea yang kreatif
Ÿ Menggabungkan pelbagai alat, bahan
dan teknik dalam penghasilan secara
kreatif
Ÿ Menghargai sumbangan pelukis
tempatan dalam kegiatan menggambar
Ÿ Menghargai sumbangan pelukis
tempatan dan unsur-unsur budaya tanah
air melalui kegiatan seni visual
Ÿ Membuat pernyataan secara lisan
tentang kerja sendiri dan rakan secara
kritis dan merekod pengalaman
pembelajaran dalam portfolio.
K E P E N T I N G A N
M E N G G A M B A R
Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970),
terdapat empat cara bagaimana guru dan
murid-muridnya berbincang mengenai
hasil kerja seni:
1. Apa yang kamu lihat? (penerangan)
2. Bagaimana objek/imej itu disatukan? (
analisis)
3. Apakah yang ingin disampaikan oleh
seseorang artis itu? (Interpritasi)
4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara
itu? (Penilaian)
Proses penerangan, analisis, interpretasi
dan penilaian yang dilakukan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran
diterangkan secara terperinci dari tahun
satu hingga ke tahun enam seperti
berikut:
Pada tahun pertama di sekolah rendah
peringkat permulaan, murid-murid
didedahkan dengan asas menggambar
iaitu dengan cara memerhatikan kesan-
kesan garisan yang terdapat
dipersekitaran seperti kesan laluan tapak
kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan
2
laluan kenderaan di atas
permukaantanah atau pasir.
Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan
jenis garisan seperti tebal,nipis, panjang,
pendek,bengkok, lurus, cetek, putus-
putus. Dengan cara begini murid-murid
akan dapat menyatakan secara
lisanpengalaman pembelajaran yang
diperhatikan dipersekitaran dan
seterusnya dapat melakar secara
spontan untuk menghasilkan imej melalui
garisan dan rupa secara tidak terancang.
Menggunakan bahan kutipan untuk
menggambar secara mudah dan
diaplikasikan dalam kegiatan
menggambar seperti mengenal garisan,
lukisan, gosokan dan kolaj.Teknik-teknik
yang boleh dipelajari oleh mereka dalam
proses menggambar di tahun satu ialah
seperti menekap, memotong, menampal,
mencantum, menyusun gambar dan
gosokan. Akhirnya murid dapat
menyatakan secara lisan tentang hasil
kerja sendiri danhasil kerja rakan.
Di tahun kedua pula murid sudah berada
di peringkat menggambar. Di peringkat
ini murid-murid dapat mengetahui dan
mengenal pasti alat, bahan, dan teknik
dalam asas menggambar berdasarkan
beberapa eksperimen. Murid menyedari
wujudnya rupa asas geometri di
persekitaran. Seterusnya murid dapat
menghasilkan gambar dengan
memanipulasi bahan yang berasaskan
air, minyak dan bahan kering. Akhirnya
murid dapat menghasilkan gambar
dengan menggunakan pelbagai bahan
serta teknik setelah membuat
pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti
murid-murid diperingkat ini ialah seperti
lukisan, catan, capan, stensilan,kolaj,
gurisan, gosokan, resis dan cetakan. Di
peringkat penilaian ini murid boleh
menyatakan dan mempamerkan hasil
kerja sendiri sama ada di dalam bilik
darjah atau dirumah.
Semasa murid berada di tahun tiga, apa
yang diharapkan murid sudah boleh
meneroka beberapa teknik yang berbeza
dalam melukis dan membuat gambar.
Murid sudah boleh menggambar dengan
menggunakan pelbagai bahan dan teknik
melalui penerokaan.Seterusnya di
peringkat analisis murid boleh memilih
dan menggunakan alat, bahan, dan
teknik yang sesuai dalam penghasilan
gambar. Di antara teknik-teknik yang
boleh dicadangkan ialah seperti
stensilan,montaj, capan, catan, resis,
kolaj, lukisan, gurisan,tekapan dan
cetakan. Di peringkat interpretasi dan
penilaian, murid dapat menghasilkan
gambar dengan menggunakan pelbagai
alat, bahan dan teknik secarakreatif
melalui penerokaan seterusnya dapat
membuat pernyataan tentang hasil kerja
sendiri dan rakan. Ditahap ini murid
dijangka boleh membuat dokumentasi
mudah dalam portfolio supaya dapat
meluahkan perasaan dengan lebih jelas
dan terperinci. Disini murid dapat
menghayati nilai-nilai estetik yang ada
dalam sesuatu hasil kerja.
Di tahun empat, adalah diharapkan
murid dapat menggunakan Asas
Senireka iaitu unsur-unsur seni dan
prinsip-prinsip rekaan dalam
menggambar berdasarkan tema
imaginasi murid. Peringkat penerangan
dan analisa adalah satu peringkat di
mana murid dapat mengenali
unsur senireka seperti warna, garisan,
rupa, bentuk, ruang, jalinan, imbangan,
dan penegasan dalam aktiviti
menggambar. Di samping itu murid
sudah boleh mengenal pelukis tempatan
dan hasil karya mereka. Di peringkat ini
murid dapat menghasilkan gambar
dengan menggunakan alat, bahan, dan
teknik yang sesuai serta dapat
mengaplikasikan Asas Senireka dalam
hasil kerja mereka. Selain dari itu
mereka juga dapat menghasilkan gambar
berdasarkan tema imaginasi mereka
dengan menggunakan alat dan bahan
yang sesuai. Di antara cadangan aktiviti
yang sesuai dijalankan ialah seperti
lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj,
resis,mozek, gurisan, cetakan. Akhirnya
murid dapat menyatakan secara lisan
tentang hasil kerja sendiri dan rakan.
Dapat mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
menghasilkan portfolio.
Aktiviti menggambar di tahun ke lima
adalah berdasarkan tema pengalaman
dan imaginasi murid secara manual dan
berbantukan komputer. Di peringkat ini
murid dapat mengaplikasi elemen asas
senireka (terdiri daripada unsur-unsur
seni dan prinsip-prinsip rekaan) yang
sesuai dalam aktiviti menggambar
mereka. Murid juga dapat mengetahui
dan menggunakan bahasa seni visual
(istilah) yang mudah untuk berinteraksi.
Di aras dua murid dapat menggambar
berdasarkan idea yang diperolehi dari
pemerhatian dan penerokaan alat, bahan
dan teknik dengan menggunakan
komputer sebagai alat bantu dalam
kegiatan menggambar. Diperingkat
interpretasi dan penilaian, murid dapat
menggambar dengan menggunakan
gabungan pelbagai alat, bahan dan
teknik yang lebih kreatif dan kemas.
Cadangan aktiviti yang boleh
dikemukakan ialah seperti kolaj, lukisan,
3
resis, catan, capan, mozek,
gurisan,cetakan, perisian komputer
seperti photoshop, Microsoft word dan
paint brush. Pentingnya bidang
menggambar di sini ialah supaya murid
dapat membuat pemerhatian dan
mengenal pasti wujudnya elemen Asas
Senireka dalam alam ciptaan Tuhan.
Selain dari itu mereka juga dapat
membuat perbandingan dan berbincang
tentang hasil kerja murid sendiri dan
mengaitkan dengan karya pelukis
tempatan yang dipamerkan. Secara tidak
langsung murid dapat mengenali dengan
lebih dekat lagi pelukis-pelukis dan hasil
karya mereka. Murid juga dapat
menyatakan secara lisan tentang hasil
kerja sendiri dan rakan. Dapat
menghargai sumbangan pelukis
tempatan dan akhir sekali dapat
mengumpul dan merakam maklumat
serta pengalaman pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.
Pada tahun terakhir iaitu di tahun enam,
proses menggambar adalah berdasarkan
tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi
murid secara manual dan berbantukan
komputer. Pada permulaannya murid
dapat menggambar dengan memberi
penekanan kepada konsep perspektif
dan kadar banding. Memilih, meniru,
memadan dan menyusun gambar untuk
menghasilkan satu komposisi Di aras
kedua, murid dapat mencari sumber
rujukan sebagai pencetus idea untuk
menggambar serta dapat
mengaplikasikan elemen Asas Senireka
dalam kegiatan menggambar dengan
bantuan komputer.
Di peringkat akhir, murid sudah boleh
menggambar dan menampakkan
perspektif dan kadar banding serta
mempelbagaikan alat, bahan (media) dan
teknik untuk memberi kesan yang lebih
kreatif dan kemas. Antara aktiviti yang
dicadangkan ialah seperti kolaj,catan,
montaj, mozek, lukisan, cetakan sutera
saring dan dapat menggunakan perisian
komputer sendiri. Murid dapat
menyatakan pendapat dan membuat
perbandingan secara kritis dengan
menggunakan bahasa seni visual.
Diakhirnya murid dapat menghargai
sumbangan pelukis tempatan,
mengumpul dan merekod maklumat serta
pengalaman untuk penghasilan folio. Jika
ditinjau semula peringkat pembelajaran
murid bemula dari tahun satu sehingga
ke tahun enam, sudah tentu kegiatan
menggambar dianggap sangat penting
dalam pembelajaran Pendidikan Seni
Visual mereka samada disekolah atau di
rumah. Dari aktiviti menggambar
bermulanya proses murid berkomunikasi
dengan diri sendiri, rakan-rakan, guru,
ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga
yang lain. Secara tidak langsung murid
dapat meluahkan perasaan yang
berkaitan dengan pengalaman dan apa
yang dilihat oleh mereka ke dalam bentuk
visual. Apabila luahan perasaan
dilakukan secara tak langsung atau
secara langsung,maka murid sudah
boleh menilai dan menghargai sesuatu
dalam kehidupan mereka.
Berikut ialah contoh-contoh bagaimana
proses berkomunikasi, luahan
perasaan,penilaian dan penghargaan
dilakukan:
=Demonstrasi pembelajaran oleh murid
dan rakan mereka
di kelas melalui aktiviti menggambar
=Perbincangan di antara guru dan murid
mengenai
pengetahuan dan konsep asas senireka
dalam menggambar
= Berkongsi idea dengan rakan dan guru
yang
menunjukkan kreativiti dariapa yang
dilukis atau
dihasilkan.
=Penggunaan strategi penyelesaian
masalah
yang kompleks dalam proses
menggambar
= Soal jawab berkaitan Unsur Seni dan
Prinsip
Rekaansebelum, semasa dan selepas
proses
menggambar
= Pameran- memerhati dan
membezakan alatan, media,bahan,
teknik dan kegiatan
= Lawatan ke muzium dan galeri-
menghayati hasil kerja
orang lain
= Pertunjukan slaid dan berinteraksi
dengannya dari
aspek asas senireka
= Perbualan secara berimaginasi
menjadikan murid
berfikir seketika dan menghasilkan satu
kerja seni
spontan.
= Soalan-soalan yang berimaginasi
adalah berguna untuk
murid bagi meluahkan perasaan dalam
bentuk
lukisanatau catan.
= Menerusi imaginasi murid dapat
meluahkan
perasaan.Contoh imaginasi yang paling
berkesan
terhadap murid ialah mimpi kerana ia
boleh menyentuh
perasaan seseorang murid itu. Bagi
mereka imej yang
dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya
adalah satu
4
cara mengekspresi diri mereka ketika
dalam ketakutan
atau kegembiraan.
= Satu cara lain bagi meluahkan
perasaan ialah
melalui komunikasi di antara guru
dengan murid.
Penjelasan mengenai alat, media,
bahan, teknik, imej
unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip
rekaan adalah
sesuatu yang amat berguna dalam
proses menggambar.
Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan
wujud dalam diri
mereka.
= Dalam suasana pembelajaran di dalam
kelas,
masa untuk berkomunikasi amatlah
berharga.
Kadangkala setiap soalan yang
dikemukakan tidak
memerlukan jawapan spontan dan
betul dari murid2
tetapi boleh membuatkan seseorang
murid berfikir
secara kritis dankreatif tentang apakah
cara alternatif
yang boleh dihasilkan oleh mereka
pada pembelajaran
akan datang.
T o p i k 2 -
L U K I S A N
P E N G E N A L A N
A K T I V I T I L U K I S A N
( a ) D e f i n i s i L u k i s a n
# hasil kerja seni yang dibuat untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej
dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit.
# lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi
merakamkan informasi visual kepada
sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.
# Hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
# Penggunaan alat dalam sesebuah
lukisan terhad kepada media kering
seperti pensel, pensel warna, pastel,
arang,pen dan dakwat.
# Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz,
warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil
kerja dinamakan lukisan.
( b ) A l a t , M e d i a d a n
B a h a n
# senarai bahan-bahan yang sering
digunakan bagi menghasilkan sesebuah
lukisan:
-Pensil H - adalah sejenis pensel jenis
Keras
-Pensil B (2B 8B) - adalah sejenis pensel
lembut
-Pensil warna - terdiri daripada berbagai
jenis warna
-Arang - dapat memberi kesan legap dan
mudah
mendapat kesan
-Pen dan dakwat - mempunyai kesan
garisan yang lebih
halus dan jelas
-Soft Pastel - didapati dalam pelbagai
warna dan
mempunyai kesan lembut
-Krayon - juga lembut dan mempunyai
kesan lilin
-Pen marker - menghasilkan kesan
garisan yang tebal
-Marker pelukisan (rendering marker)-utk
mewarna lukisan
-Kapur - kesan garisan yang tebal dan
mudah tanggal
J e n i s - j e n i s K e r t a s
L u k i s a n
# Kertas lukisan biasa-mempunyai
permukaan yang
sesuai untuk pensel, pen, arang dan
krayon lembut.
# Kertas cat air- terdapat dalam pelbagai
gred
kelicinan.Kertasnya tebal dan bermutu
tinggi, mahal
tetapi baik untuk digunakan.
# Bod bristol- merupakan kertas bod
putih yang keras dan
licin yang dicipta untuk pen.
# Kertas Ledger Bond- kertas lukisan
yang mempunyai beraneka jenis
permukaan iaitu licin, sederhana kasar
dan kasar.
# Kertas Ingres- kertas ini mempunyai
permukaan
yang halus dan berbulu. Ia terdapat
dalam pelbagai
warna yang cerah seperti kelabu,
merah jambu, biru dan
sebagainya. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel
# Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’,
kertas komputer,
kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas
surat khabar.
( c ) T e k n i k
Teknik pelukisan biasanya bergantung
pada jenis alat atau media yang
digunakan. Kesemua alat/media boleh
digunakan untuk menghasilkan berbagai
teknik seperti coreng/conteng, garisan
kontur, titik, pangkah silang dan garisan
selari.
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
(a) Menentukan Tema / Subjek
perlu mengambil kira tema atau subjek
yang ingin dilukis oleh murid-muridnya.
5
Murid-murid biasanya mempunyai reaksi
yang spontan terhadap alam persekitaran
dan apa yang berlaku dalam situasi
harian mereka. Tema atau subjek yang
ingin dilukis terbahagi kepada tiga iaitu:
(i) Lukisan figura- imej yang berkaitan
dengan
Manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda- objek kaku atau
tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap- pemandangan di
luar studio atau
didalam studio
( b ) P e n e r o k a a n
A l a t , M e d i a d a n
T e k n i k
# jenis alat, media dan bahan yang
digunakan untuk kegiatan membuat
lukisan. Di antara contoh-contohnya ialah
seperti berikut:
(i) Pensil- dibuat dari campuran tanah
liat dan arang, dihasilkan mengikut gred
tertentu.
i.Pensil yang jenis keras ialah dari jenis
H. Pensil jenis H adalah sesuai
digunakan untuk menghasilkan lakaran
ringkas kerana garisan yang dihasilkan
adalah tajam. Perlu diingatkan semakin
besar nilai H (H, HB, 2B), semakin keras
kesan pensil iaitu garisan yang dilakar
adalah tajam dan kurang gelap.
ii.Pensil jenis lembut dikategorikan dalam
jenis B pula, sesuai digunakan untuk
membuat lorekan atau menghasilkan ton.
Semakin besar nilai B (B, 6B), semakin
lembut dan gelap kesan pensil lorekan
yang dihasilkan.
Garisanyang dihasilkan dengan media
pensil dipengaruhi 3 faktor iaitu:
- Gred
- tekanan pensil
- kelajuan pensil
(ii) Arang/Pensel arang dihasilkan dari
batang kayu terbakar. Ia merupakan
media melukis yang tertua sekali didunia.
# digunakan oleh pelukis abad ke 17 dan
ke 18 pada dinding gua. Keistimewaan
arang berupaya untuk menunjukkan
kesan tekstur permukaan yang
dilukis.Kesan arang dapat menunjukkan
jalinan dan ton dengan baik. Kelebihan
arang dalam menghasilkan lukisan ialah
- kelembutan yang tinggi.
- kegelapan yang tinggi.
- tekstur permukaan yang
dilukis.
- Menghasilkan garisan yang
tajam dan tepat.
- ton lorekan dengan cepat dan
menarik.
- Melukis kawasan yang luas
dalam masa yang singkat.
- Dihalusi dengan menyapu air
diatasnya.
- Roti segar bertindak sebagai
pemadam.
- Hasil perlu disembur dengan
‘fixertive’ (pemati).
- Mudah digunakan, cepat dan
spontan.
(iii) Gabung-jalin Pelbagai Aspek
Menghasilkan lukisan yg bermutu perlu
ambil kira bbrapa aspek sperti berikut;
- Asas seni reka (unsur seni &
prinsip rekaan)
- Perspektif (1,2,3 titik lenyap)
- Tetingkap fokus iaitu kaedah
memilih sudut pandangan
- Kesan cahaya pada imej
- Pembentukan bayang-bayang
- Teknik (garisan selari, teknik
conteng, teknik titik,teknik
campuran dll)
- Jenis alat, media dan bahan
yang hendak digunakan
- Teknik mengukur objek
mengikut kadar banding
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
(a) Ekspresi Diri atau Kefahaman
Terdapat 3 jenis cara mengekspresi
sesuatu karya
Seni iaitu secara natural, kreatif dan
artistik.
i. Ekspresi diri secara natural bermaksud
muridmenggunakan kepekaan
personal dan hubungan
visual semasa mereka melukis
ii. Ekspresi diri secara kreatif pula
bermaksud murid lebih
memfokus kepada penyelesaian
masalah secara
kreatif. Murid dapat mengaplikasi
kemahiran dan
teknik melukis dalam kerja seni
mereka.Murid mula
membuat refleksi terhadap ekspresi
diri dankerja seni
orang lain. Disamping itu dapat
mengaplikasi unsur-
unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan
dengan lebih jelas
dalam kerja seni. Analisa hasil kerja
seni beberapa
orang pelukis dari aspek alatan, media
dan bahan yang
mereka gunakan.
iii. Ekspresi diri secara artistik pula
membuat murid peka terhadap konteks
sejarah dan budaya dan belajar membuat
penilaian estetik. melahirkan naluri
tentang apa penonton lihat dalam kerja
seni mereka. Kerja seni menjadi lebih ke
arah secara individ dan imaginasi.
Dengan cara ini wujud kepakaran dalam
6
kemahiran dan pendekatan yang
digunakan.
# Hasil lukisan dapat sedikit sebanyak
menyerlahkan pemikiran dan pandangan
seseorang.
# Dapat menyatakan persepsi mereka
terhadap sesuatu yang dihasilkan melalui
lakaran yang dibuat tanpa penerangan
secara penulisan dan lisan.
# Merakamkan pengalaman dan
pemerhatian mereka secara visual.
# Menjadi asas pembelajaran terhadap
perkara lain yang selalunya lebih besar
atau kompleks.
# Dihasilkan untuk meluahkan perasaan,
berkomunikasi idea dengan orang lain
atau keseronokan sahaja.
(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat,
Media dan Teknik.
(i) Dihasilkan melalui dua cara:
-lukisan tanpa warna
-lukisan berwarna
(ii) Dihasilkan dengan menggunakan
garisan-garisan atau
ton atau kedua-dua sekali.
(iii) Empat unsur penting yang
menentukan mutu
hasil karya lukisan:
- komposisi objek (menepati
asas seni reka)
- ruang (susunan ruang yang
sesuai dengan tema)
- perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
- Pencahayaan (arah sumber
cahaya dikenal pasti sebelum
menghasilkan ton untuk
membentuk objek 3D
(iv) Kesan Lutsinar
(v) Potret
(vi) Teknik melukis arang ada beberapa
cara:
- lorekan (dihasilkan ton secara
berlorek seperti pensel)
- basah (air disapu diatas
permukaan arang untuk
menghasilkan kegelapan yang
halus)
- gosokan (kesan digosok
dengan hujung jari)
- memadam (dengan pemadam
atau roti kering)
Berikut ialah langkah-langkah
menghasilkan lukisan tidak berwarna:
Langkah 1: Membuat lakaran asas
tentang rupa dan bentuk objek di atas
kertas lukisan dengan menggunakan
media kering mengikut pilihan pelukis.
Langkah 2: Membuat struktur objek
dengan lebih jelas dengan
mengaplikasikan rupa, bentuk dan
jalinan.
Langkah 3: Mengolah objek dengan lebih
terperinci.
Langkah 4: Menghasilkan objek dengan
menggunakan pensel dan membuat
jalinan pada objek dengan lebih jelas.
Topik 3
CATAN
PENGENALAN AKTIVITI CATAN
(a) Definisi Catan
-proses menyapu warna atau cat ke atas
sesuatu permukaan rata., satu ciptaan
gambar yg berwarna.
-mewakili gambaran pemikiran atau
rekaan tertentu sama ada yang nyata
atau abstrak
-Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan
berus
-Lukisan grafik mengandungi komposisi
artistik dihasilkan dengan
mengaplikasikan warna keatas
permukaan
-Satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan2D.
-Satu hasil karya seni mempunyai kesan
yang bermakna ke atas permukaan
dengan menggunakan bahan tara
pigmen warna.
( b ) A l a t , M e d i a d a n
B a h a n
-perlu dititik beratkan semasa proses
pembelajaran Pendidikan Seni Visual
dijalankan. Ia dapat menentukan jenis
dan kualiti sesuatu catan yang akan
dihasilkan.,pastikan pilihan yang dibuat
adalah tepat dan betul.
7
Berikut ialah di antara contoh alatan dan
bahan yang sesuai digunakan untuk
catan:
1. Pensel digunakan untuk membuat
lakaran sebelum mewarna
2. Berbagai jenis berus
3. Berbagai jenis warna seperti warna air,
warna poster,akrilik, warna minyak, cat
mural, warna tempera
4. Palet atau bekas membancuh warna
5. Botol untuk mengisi air
6. Kertas lukisan, kertas cat air, kain
kanvas, permukaan dinding
7. Surat khabar.
Catan adalah salah satu cabang seni
menggambar yang banyak menggunakan
warna sebagai bahan untuk
menghasilkan gambar. Bahan-bahan
pewarna seperti cat poster, cat air, cat
minyak, cat tempera, cat gouache dan
cat akrilik adalah warna-warna yang
dapat membantu seseorang pelukis
menghasilkan catan. Catan yang bersifat
2 dimensi biasanya diwarna di atas
permukaan berbagai jenis kertas, kain
atau kanvas. Dalam proses mencatan
aspek yang paling penting ialah
memahami berbagai jenis warna dan
cara-cara mewarna kerana ia
memerlukan kemahiran mewarna dengan
betul.Tujuannya ialah untuk
menghasilkan catan yang menarik.
Berikut ialah contoh beberapa jenis
warna yang digunakan oleh pelukis untuk
menghasilkan catan:
Bahan Bahantara Penguat Sifat-sifat
1. Warna Poster- Air- Pengilat larut air
- bersifat legap dan tebal
- cepat kering
- boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air
- sesuai di permukaan kertas
2. Warna Air -Air -Gam arab
- bersifat lutsinar, lembut
- bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-
lapis
- sesuai di permukaan kertas
3. Cat Akrilik-Air/Minyak -Plastik cecair
warna putih
- bersifat lutsinar dan legap
- cepat kering
- kesan seperti cat air dan cat minyak
- kalis air dan minyak
- dihasilkan di permukaan kanvas
4. Cat Minyak- Turpentine -Minyak linsid
- bersifat legap dan tebal
- lambat kering
- hanya sesuai untuk permukaan kanvas
5. Cat Tempera –Air- Kuning telur
- bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat
air
- sesuai di permukaan kanvas dan kertas
6. Cat Gouache -Air -Gam arab
- bersifat lutsinar dan legap
- cepat kering
- sesuai di permukaan kertas
7. Fresko- Kapur plaster -Air atau air
kapur
- bancuhan pewarna dan air disapukan
ke atas
lapisankapur plaster yang masih
lembap.
- Ia sesuai untuk menghasilkan catan
dinding atau mural
( c ) T e k n i k - t e k n i k
M e w a r n a
Faktor utama yang menentukan kualiti
hasil sesebuah catan.
(i) Warna Air
# Semasa mewarna dengan
menggunakan warna air, berus yang
paling sesuai ialah jenis lembut.
# Caranya ialah dengan membasahkan
bahagian kertas yang akan diwarnakan
dahulu dengan air kosong.
Contoh:seperti bahagian langit atau bumi
# Kemudian warnakan dengan warna
yang dikehendaki diatas permukaan
basah tersebut.
# Untuk mendapatkan ton warna,
campurkan lebih air pada warna tersebut
untuk mendapatkan warna yang cerah
# Untuk mendapatkan ton warna gelap,
campurkan warna atau pekatkan warna
tersebut.
# Jika tersilap warna, kita boleh
memperbaiki kesalahan dengan
menitiskan air kosong di permukaan
berwarna tersebut kemudian serapkan
warna air tersebut dengan berus.
Lakukan beberapa kali sehingga warna
tersebut hilang.
# Warna air biasanya sesuai untuk catan
jenis pemandangan, alam semulajadi,
alam benda dan potret.
(ii) Warna Poster
# Warna poster berlainan dengan warna
air. Ia bersifat legap dan tebal jika
disapukan di atas permukaan kertas.
# Berus yang sesuai digunakan ialah
jenis keras
# Untuk mendapat ton yang cerah, boleh
dihasilkandengan menggunakan warna
putih atau warna terang yang lain
# Untuk mendapatkan ton yang gelap
pula, warna-warna gelap perlu
dicampurkan
# Pergerakan tangan akan menentukan
halus atau kasar dalam catan tersebut.
# Biasanya warna latar didahulukan
semasa proses catan dilakukan
# Jika terdapat kesilapan semasa
mewarna, ia boleh diatasi dengan cara
menyerap keluar dengan menggunakan
tisu atau menutup warna lain di atas
permukaan warna yang salah. Pastikan
warna tersebut kering dahulu.
# Warna poster biasanya lambat kering,
oleh itu berhati-hati semasa mewarna.
8
# Warna poster juga sesuai untuk
gambar jenis pemandangan, alam
semulajadi, potret, poster dan logo.
( i i i ) W a r n a M i n y a k
# Warna minyak juga bersifat legap
seperti warna poster.
# Warna minyak perlu dicampur dengan
minyak linsid untuk mencairkan dan
memudahkan kerja-kerja mewarna.
# Berus yang paling sesuai juga adalah
berus jenis keras atau pisau palet
# Warna ini mengambil masa yang lebih
lama untuk kering tetapi hasilnya tahan
lama untuk disimpan.
# Jika terdapat kesilapan mewarna
semasa proses mewarna, kita perlu
menindihkan warna yang salah tersebut
dengan warna baru.
# Warna minyak amat sesuai diwarnakan
di permukaan kanvas, kadbod atau
kepingan kayu yang keras.
Terdapat berbagai teknik mencatan yang
boleh dihasilkan semasa mewarna. Di
peringkat sekolah rendah, kebanyakan
teknik-teknik mencatan adalah secara
spontan dan terus menerus. Berikut ialah
beberapa konsep dan teknik mencatan
yang boleh diajar kepada murid-murid:
i Sebelum memulakan proses catan,
perlu dapatkan idea keseluruhan tentang
apa yang hendak dilukis. Rupa bentuk
atau idea tersebut boleh dilukis dengan
pensel terlebih dahulu. Cara kedua ialah
dengan membuat garisan dengan
menggunakan warna air secara cair atau
lembut. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan idea keseluruhan catan.
ii. Berus jenis besar dan leper adalah
amat berguna untuk mewarna bahagian
latar terlebih dahulu.
iii. Berus yang berlainan saiz dan bentuk
seperti berus minyak, berus varnish,
berus gigi akan menghasilkan jalinan
yang berlainan.
iv.Berus jenis kecil dan bulat adalah amat
berguna untuk menambahkan garisan
pada objek atau imej tertentu.
v.Tambahan warna-warna ke atas warna
latar menjadikan catan atau bahagian-
bahagian yang dicat lebih menarik.
vi.Jalinan-jalinan yang hendak dibuat
perlu ditambah kemudian.
vii. Berus perlu dibersihkan dengan air
bersih untuk mendapatkan kesan yang
cantik bukannya berlumut.
viii.Hujung berus jenis leper boleh
digunakan untuk menghasilkangarisan.
ix. Hujung berus jenis bulat digunakan
untuk mendapatkan kesan garisan tebal
atau nipis seperti yang terdapat pada
lukisan cina oriental.
x. Berus yang celup warna, dibuang
lebihan warna tersebut dan
dikembangkan berus tersebut akan
mendapatkan kesan garisan halushalus
yang banyak hanya dengan satu sapuan
xi. Berus jenis lebar yang diletakkan
warna dan sedikit air apabila disapu ke
atas permukaan kasar akan mendapat
kesan ”dry brush”
xii. Warna seharusnya dicampur di atas
palet ataupembancuh warna
xiii.
xiv. Span, berus yang bersih dan lembap,
kapas dan kainboleh digunakan untuk
membuang warna semasa masih
lembap.
T E K N I K C A T A I R
Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-
teknik ini diolah dan digunakan mengikut
kesesuaian atau kesukaan pelukis. Di
antaranya ialah:
1. Basah atas basah -- Warna dicairkan
dahulu dan disapukan di atas permukaan
yang basah. Hasilnya kesan lutsinar.
2. Basah atas kering -- Warna yang
dicairkan dahulu disapukan di atas
permukaan yang kering.
3. Kering atas basah -- Teknik yang
melibatkan sapuan warna yang pekat
disapu ke atas lapisan warna yang cair
atas permukaan kertas yang telah
dibasahkan
4. ”Was” -- Teknik yang melibatkan
sapuan warna cair keatas permukaan
yang basah. Biasanya berus atau span
digunakan. Sesuai untuk menghasilkan
kesan air span awan.
Antara kesan lain yang boleh terhasil
daripada penggunaan alat yang
berbeza. Antaranya adalah:
(a) Kering bertindih -- Titikan warna untuk
membentuk objek atau corak yang
menarik
(b) Renjisan -- Teknik yang
menggunakan berus atau semburan atau
berus gigi yang melibatkan renjisan
warna cair ke atas permukaan untuk
menghasilkan kesan yang spontan dan
menarik.
c) Tindihan -- Menghasilkan catan
dengan menyapu warna selapis demi
selapis ke atas kertas untuk
menghasilkan kesan ton dan
pencahayaan. Hasilnya tebal dan kering
berlegap
(d) Span -- Teknik ini menghasilkan
jalinan kasar seperti daun pokok, tanah
dan sebagainya dengan menggunakan
span untuk menggantikan berus
(e) Semburan berus -- Teknik ini
menghasilkan jalinan kasar seperti
jalinan padang rumput, pantai, pasir dan
daun pokok.
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
(a) Menentukan Tema/Subjek
9
Berikut ialah contoh tema-tema yang
boleh dihasilkan:
Diri sendiri –potret diri,keluarga,rumah
saya, haiwan peliharaan, kawan baik
saya dll.
i) Aktiviti - Apa yg sya ketahui, lihat dan
buat.
ii) Fantasi - Apa yang saya bayangkan
iii)Pengalaman Sendiri –Apa yg sya
ketahui & alami
iv) Figura – Manusia
v) Lanskap – Pemandangan
vi) Imej dan idea – alam benda
( b ) C a m p u r a n
W a r n a
Warna memainkan peranan yang amat
penting dalam proses mencatan. Ia
menjadikan hasil kerja seseorang itu
lebih menarik dan dapat menceriakan
suasana. Warna boleh dikategorikan
kepada beberapa bahagian warna.
Berikut ialah jenis-jenis warna yang
terdapat dalam roda warna:
i. Warna asas -- terdiri
daripada tiga warna
utama. Warna-warna ini
tidak boleh dihasilkan
dengan
mencampurwarna-warna
lain. Contoh: merah Biru
kuning
ii. Warna sekunder --
terhasil daripada dua
campuranwarna asas.
Contoh: kuning + biru =
hijau, Merah + kuning =
jingga, Merah + biru =
ungu
iii. Warna tertier -- terhasil
dari campuran warna
asas dengan warna
sekunder Contoh: kuning
+ hijau = kuning
kehijauan, Kuning +
jingga = kuning
kejinggaan, Biru + hijau =
biru kehijauan, Biru +
ungu = biru keungguan,
Merah + ungu = merah
keungguan, Merah +
jingga = merah
kejinggaan
Warna-warna tersebut seperti yang
dinyatakan tadi boleh digubah atau
dihasilkan semula dengan tiga cara
iaitu:
# Warna sewarna atau monokrom -- Ia
dihasilkan dengan mencampurkan warna
asal dengan warna hitam atau putih
untuk mendapatkan ton warna gelap atau
terang. Dengan cara ini akan
menampakkan kesan timbul dan dimensi
bagi sesuatu objek yang diwarnakan.
#Warna penggenap -- Adalah warna
yang terletak secara bertentangan dalam
roda warna. Warna-warna ini akan
menimbulkan kesan yang kontra dan
banyak digunakan dalam iklan, poster,
mural dan corak pada kain. Kombinasi
warna-warna utama yang bertentangan
dengan warna sekunder adalah seperti
berikut:
Contoh: biru – jingga, Kuning – ungu,
Merah -- hijau
# Warna harmoni -- Ialah warna-warna
yang terletak bersebelahan dalam roda
warna. Warna-warna ini juga dipanggil
warna keluarga dan dapat menimbulkan
rasa aman, tenteram, selesa, indah,
lembut dan sebagainya. Contoh warna
harmoni adalah seperti berikut:
merah -- ungu – biru / Ungu -- biru – hijau
Biru -- hijau – kuning / Kuning -- jingga –
merah
Jingga -- merah -- ungu
# warna panas ialah merah, jingga dan
kuning.
- dikaitkan dengan objek / imej
seperti api, cahaya dan
matahari.
- dapat menimbulkan suasana
riang,
bersemangat,peperangan,
kecemasan dan kemalangan.
# warna-warna sejuk ialah seperti
warna, ungu, biru dan hijau.Dikaitkan
dengan alam semulajadi, tumbuh-
tumbuhan dan air. Warna-warna sejuk ini
dikatakan dapat menimbulkan suasana
sejuk, kedamaian, kelembutan dan
nyaman. Mempunyai nilai-nilai tertentu
dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu
ton warna dan kroma warna.
# Ton warna ialah nilai cahaya yang
wujud hasil dari warna gelap atau warna
terang pada sesuatu objek. Biasanya
warna putih dan kuning dapat
memberikan cahaya yang terang
manakala warna biru dan hitam dapat
memberikan cahaya yang gelap.
Campuran warna tersebut menjadikan
catan akan kelihatan lebih menarik dan
harmoni. Ia kelihatan menepati warna
yang sebenar.
# kroma warna - Campuran warna
penggenap dalam roda warna dengan
intensiti yang berbeza
nisbahnya. .Sebagai contoh warna merah
bercampur dengan warna hijau dengan
nisbah yang berbeza akan mewujudkan
kroma warna. Unsur seni jarak dan ruang
amat penting dalam sesebuah catan.
Biasanya warna-warna cair, pekat,terang
atau gelap dalam sesebuah catan akan
memberikan kesan kedalaman sesuatu
ruang itu. Untuk mendapatkan kesan
perspektif warna, nilai warna atau kroma
10
warna digunakan dalam sesuatu catan.
Sebagai contoh, warna yang cerah, gelap
dan panas akan menampakkan ruang
dekat dan warna yang kelabu, sejuk dan
cair akan menampakkan ruang yang
jauh.
# Warna natural pula adalah warna-
warna yang bukan berada dalam warna-
warna asas/utama, warna sekunder dan
warna tertier. Contoh warna-warna
natural yang terdapat dipersekitaran kita
ialah warna putih, hitam dan
kelabu.Warna-warna ini juga disebut
sebagai warna pastel atau warna yang
lembut.
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
(a) Ekspresi Diri - Setelah mengenali
serba sedikit tentang jenis-jenis
warna,kita sudah boleh menganggarkan
warna-warna apakah yang sesuai
digunakan dalam sesuatu tema atau
tajuk catan yang hendak diwarnakan.
Seringkali warna dikaitkan dengan apa
saja imej atau objek yang berada
disekeliling kita.Manusia menggunakan
pelbagai warna bagi sesuatu tujuan sama
ada sebagai unsur simbol, untuk menarik
perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk
menggambarkan perasaan dan
menunjukkan budaya masyarakat
tertentu. Pernyataan berikut adalah
contoh bagaimana warna-warna boleh
diterjemahkan dalam sesuatu
persembahan hasil karya seni:
@ Pengertian warna dalam budaya
setempat – Warna bendera Malaysia
terdiri dari warna biru, kuning, merah dan
putih. Warna biru dikaitkan dengan
perpaduan, warna kuning dikaitkan
dengan raja dan pemerintahan, warna
merah lambang keberanian, warna putih
menunjukkan bersih dan suci.
@Pengertian warna dari segi psikologi --
Warna merahdianggap lambang
keberanian dan membawa
keuntungandan kemewahan bagi
masyarakat Cina. Warna hijau pulasering
dikaitkan dengan keislaman, bersih dan
suci bagimasyarakat Melayu.
@Pengertian warna dalam aspek asas
seni reka – Warna boleh menimbulkan
bentuk sesuatu imej/objek dengan
mengaplikasikan ton/kroma warna
dengan nisbah tertentu pada objek
tersebut. Warna juga dapat menimbulkan
ruang perspektif samada kelihatan dekat
atau jauh dengan menggunakan warna
pekat, cerah dan terang akan kelihatan
dekat manakala penggunaan warna
pudar,lembut dan cair akan kelihatan
ruang yang jauh.
@Pengertian warna dalam situasi
tertentu -- Warna panas sesuai
digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti
kemalangan jalanraya, kebakaran,
peperangan dan kecemasan. Warna-
warna sejuk pula sesuai digunakan untuk
tajuk-tajuk catan seperti suasana
keindahan di air terjun, di tepi tasik dan
suasana di dalam hutan.
# Pengertian warna dalam simbol,
lambang dan corak --Warna-warna yang
sesuai digunakan ialah warna
kontra,warna penggenap, warna asas
dan warna sekunder.Warna-warna ini
juga boleh digunakan dalam
menghasilkan warna corak pada baju,
kain, corak anyaman, label, simbol lalu
lintas jalan raya dan perhiasan dinding.
( b ) K e m a h i r a n
M e n g a p l i k a s i k a n
A l a t , M e d i a
d a n T e k n i k
- Pemilihan tajuk atau tema penting
sebelum memulakan catan supaya dapat
menghasilkan catan yang baik. Perkara
kedua yang perlu diambil kira ialah
pemilihan peralatan, media,bahan, teknik
mewarna dan campuran warna yang
sesuai dengan situasi yang hendak
dihasilkan pada catan tersebut. Perkara
ketiga ialah aspek asas unsur-unsur seni
yang terdiri daripada garisan,
warna, rupa, bentuk, jalinan, ruang perlu
diaplikasikan dalam catan tersebut. Tidak
lupa juga aspek prinsip-prinsip rekaan
seperti pergerakan, harmoni,
imbangan,kontra, kesatuan, penegasan
dan kepelbagaian juga diambil kira.
Berikut adalah contoh campuran warna
dan asas seni reka dalam catan oleh
seorang pelukis (khemah);
Langkah 1: Melakar struktur asas figura
dan khemahdengan pensel
Langkah 2: Mengolah idea dengan
memberikanpenekanan pada bentuk
figura, khemah dan persekitaran secara
lebih tepat danterperinci
Langkah 3: Menghasilkan lukisan penuh
Langkah 4: Menggunakan cat air untuk
menggambarkan bentuk figura, khemah,
dan persekitaran supaya lebih menarik
serta memberikan penekanan pada
kesan cahaya, bayang dan kepelbagaian
warna.
(c) Apresiasi Seni - Apabila kita
memperkatakan tentang apresiasi seni ia
bermaksud penilaian atau mempunyai
kepekaan terhadap sesuatu gambaran,
objek atau imej dalam pembelajaran
terpimpin. Terdapat dua kata-kata yang
dikemukakan oleh Sir Herbert Read
berkaitan teori perkembangan seni
11
kanak-kanak. Di antaranya ialah: “Art is
creative self-expression” dan “Works of
art express and communicate universal
value “ Dari kata-kata Sir Herbert Read
itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu
hasil karya seni adalah salah satu cara
bagaimana seseorang itu boleh
berinteraksi dengan diri sendiri dan orang
lain. Selain dari itu ia dapat menyuarakan
rasa hati seseorang apabila berhadapan
dengan catan tersebut. Tak secara
langsung nilai-nilai estetik akan wujud
pada diri setiap murid dan akhirnya dapat
menghargai dan menilai apa yang dilihat.
Apresiasi seni melibatkan beberapa
perkara:
- Pengetahuan tentang tema atau tajuk
yang dilukis
- Cara pelukis menginterpretasi gambar
- Alat, bahan, media yang digunakan
- Teknik-teknik yang digunakan
- Penilaian
TOPIK 4 : KOLAJ- definisi
# bermakna potong, koyak, gunting, gam,
tampal sesuatu bahan ke atas suatu
permukaan
#Perkataan Perancis bermaksud gam.
Kerja-kerja dibuat dengan menampal
cebisan kertas-kertas, kain atau bahan
lain diatas permukaan 2D.
# satu hasil kerja seni mengandungi
sebahagian imej seperti gambar foto atau
dari cetakan majalah disusun dan ditindih
# Teknik mencantum potongan gambar
menjadi satu komposisi.
# Kolaj bermakna menghasilkan satu
komposisi artistik daripada imej atau
gambar yang berlainan,latar belakang
yang berlainan dan daripada berbagai
warna dan corak.
# Satu teknik menggambar di mana foto,
keratan akhbar atau mana-mana bahan
berbentuk 2D dilekat dan di satukan di
atas permukaan.
# Teknik di mana imej bergambar atau
corak berjalinan dihasilkan secara ”super
impose” di antara satu sama lain
# Satu susunan objek dan bahan di atas
dilekat di atas suatu permukaan supaya
menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk
atau tema tertentu.
(b) A l a t d a n M e d i a
# menjadikan objek-objek di sekeliling
mereka berharga untuk dijadikan bahan-
bahan dalam hasil kerja kolaj mereka.
# Mereka bebas menggunakan apa
sahaja peralatan,media, teknik .
# Biasanya bahan-bahan yang digunakan
adalah tahan dan boleh kekal
# Warna-warna basah seperti cat, warna
poster, warna air,akrilik, dan tempera
juga digunakan untuk bahagian latar
belakang kolaj. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan”mood” bagi sesuatu hasil
kerja kolaj.
# Warna minyak adalah tidak digalakkan
untuk menghasilkan kolaj kerana bahan
susah melekat pada permukaan. Warna
yang paling baik digunakan dalam
menghasilkan kolaj ialah warna akrilik
dan warna air kerana berganding baik
dengan berbagai jenis gam..
# Pelekat akrilik adalah yang terbaik
untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj.
Kadangkala kerja-kerja menghasilkan
kolaj ini tidak menggunakan pelekat
tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai
untuk melekatkan bahan ke atas kolaj.
Berikut ialah contoh berbagai jenis
pelekat atau gam yang dicadangkan
untuk digunakan ke atas kerja-kerja
menghasilkan kolaj:
Media Jenis Ketelusan Kegunaan
1. Gam kilat-Cair- Lut sinar- Pelekat
untuk kertas, kain,bahan ringan. Boleh
digunakan sebagai varnis pada akhir
proses kolaj
2. Gam tidak kilat- Cair- Lut sinar pada
lapisan pertama.Lapisan seterusnya lut
cahaya- Pelekat untuk kertas, kain,
bahan ringan. Boleh digunakan sebagai
varnish pada akhir proses kolaj.Terlalu
banyak lapisan akan mengaburkan
gambar di bawahnya.
3. Gam gel - Krim - Lut sinar - Pelekat
untuk kertas, kain, kulit kayu pokok,
logam. Media yang terdedah akan
kelihatan kusam.
4. Gam model- Pekat - Legap - Pelekat
untuk batu. Boleh digunakan untuk 3D,
dipotong, kikis, warna apabila kering.
Kawasan yang tebal memerlukan berjam-
jam untuk kering
5. Gesso – Krim - Legap - Serupa
dengan cat akrilik putih. Digunakan
untuk menutup bahan berasid sebelum
mengecat atau menghasilkan kolaj.
Berikut pula peralatan yang boleh
dicadangkan untuk digunakan dalam
menghasilkan kolaj: Alat / Kegunaan;
1. Pisau kraf - Memotong bahan nipis
seperti kertas dan fabrik. Hujung mata
pisau boleh digunakan untuk
mengangkat cebisan kertas. Tukar mata
pisau selalu untuk mendapatkan mata
yang tajam dan pemotongan yang bersih
dan licin.
2. Gunting - Memotong bentuk bulat, kain
12
3. Plastik tiga segi - Sudut rata dalam
setiap potongan,menggunakan sudut
empat segi untuk memeriksa bentuk
empat segi yang diperlukan
4. Pembaris - Membuat potongan yang
panjang.
5. ”french curve” - Melukis dan
memotong kepingan kertas yang
bengkok
6. Palet- Untuk kegunaan warna air atau
akrilik
7. Berus -Digunakan untuk aplikasi warna
dan pelekat pada kolaj.
8. Bekas air - Membersihkan berus
daripada kekotoran warna dan gam
9. Penggelek- Menekankan kepingan
bahan-bahan di atas tempatnya
10. Plastik pembungkus makanan-
Menutup kerja kolaj di kedudukan
sebenar. Melindungi kolaj dari tangan
yang kotor dan lebihan gam
11. Span -Menekan warna untuk
mendapatkan kesan jalinan
12. Kertas- tekap Membuat lakaran
13. Pensel atau pen- Membuat lakaran
14. Kompas -Untuk melukis bulatan, atau
memotongbulatan apabila pisau ”blade”
digunakan bersamanya
(c) T e k n i K
# Penggunaan bahantara yang
bersesuaian dengan tema atau tajuk
catan juga perlu diambil kira apabila
menjalani proses kolaj. Berikut ialah
contoh teknik yang paling mudah
bagaimana seseorang itu boleh
menghasilkan sebuah kolaj:
i. tema atau tajuk yang hendak dihasilkan
supaya mesejnya sampai
ii.Sediakan dan racik/koyak/gunting
bahan-bahan seperti kertas atau fabrik
yang diperlukan untuk kolaj tersebut.
iii.Dapatkan kertas pelbagai warna untuk
menimbulkan kesan jalinan, harmoni,
kontra pada kolaj anda.
iv.Buat lakaran pada kertas lukisan untuk
menyenangkan kerja-kerja menampal
v. Sapukan gam pada permukaan kertas.
vi.Gam cebisan kertas atau fabrik
mengikut gaya tersendiri untuk
mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang
baik
vii. Apabila sudah kering sapukan pula
gam di atas lapisan pertama untuk
menampal kertas bagi menimbulkan
kesan objek.
Teknik kolaj yg boleh diaplikasikan kpd
murid2;
# Teknik potong kertas dan fabrik
# Teknik koyak kertas dan fabrik
# Teknik menggunakan berbagai jenis
kertas yang berjalinan
# Teknik media campuran
# Teknik tisu dan kertas buangan
# Teknik catan dalam kolaj
# Teknik span dalam kolaj
A P L I K A S I A L A T
M E D I A D A N T E K N I K
Tema boleh dipelbagaikan mengikut
kesesuaian guru atau murid seperti tema:
# Cerita, sajak, pantun dan nyanyian
# Figura secara individu, keluarga,
kawan, jiran
# Rumah, pondok, banglo, rumah teres,
rumah flat
# Haiwan
# Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-
sayuran, buah2han
# Alam benda
# Fenomena alam dan sains, metafizik
dan agama
-Pengenalan menggunakan fabrik dalam
kolaj kepada murid-murid adalah supaya
mereka peka terhadap berbagai jenis
permukaan dan jalinan yang ada pada
bahan tersebut. Terdapat dua cara
menggunakan fabrik dalam kolaj iaitu
secara menampal atau menjahit di atas
sesuatu permukaan.
-Tali juga adalah antara bahan yang
popular digunakan dalam
menghasilkankolaj. Bahan ini digunakan
untuk mengetahui dengan lebih dekat
lagi tentang jalinan dan bagaimana
mengaplikasikan tali dalam kegiatan
menggambar. Cara meletakkan tali
tersebut pada permukaan boleh
dipelbagaikan seperti berkumpulan,
dipiuhkan,disimpulkan, berantai,
bergulung atau bebas supaya mendapat
permukaan jalinan yang berlainan.
Permukaan yang paling sesuai adalah
dari jenis strawboard dan kadbod ini
boleh didapati secara percuma dari
kotak-kotak, papan kalender dan papan
iklan. Pelekat jenis cepat kering sesuai
digunakan pada tali. Pelekat diratakan di
atas permukaan strawboard tersebut dan
diratakan dengan spatula. Kemudian tali
yang telah disusun tadi dilekatkan di atas
permukaan bergam.
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit
dan cerewet untuk disudahkan kerana ia
banyak melibatkan koordinasi tangan,
mata, ketekunan dan perasaan individu
yang menghasilkannya. Tahap
perkembangan murid-murid adalah
berbeza dan banyak dipengaruhi oleh
keupayaan dan sikap kanak-kanak itu
sendiri.
# pandai menyesuaikan tahap murid-
murid yang hendak diajar dengan aktiviti
yang hendak dijalankan di kelas.Tahap
keupayaan kanak-kanak boleh
dikategorikan kepada tiga tahap iaitu
13
tahap manipulatif, tahap simbolik dan
tahap realistik.
#@ Tahap manipulatif ialah tahap di
mana kanak-kanak suka meneroka apa
saja yang dilihat dipersekitaran mereka
dan berusaha mendapatkan bukti-bukti
dari penerokaan mereka. Hasil kerja seni
yang mereka buat adalah untuk tujuan
bergembira dan mendapatkan
keseronokan. Pada peringkat ini
koordinasi tangan, mata dan perkaitan
dengan persekitaran mereka sangat
penting. @Di peringkat simbolik pula
kanak-kanak dikatakan suka membuat
eksperimen kerana dikatakan suka
terhadap sesuatu benda itu. Imej atau
objek yang dilukis bersifat tidak tepat.
Korelasi visual dan membuat
pemerhatian sangat penting di tahap ini.
Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-
imej disusun mengikut perasaan sendiri
tanpa memikirkan logik.
@ Tahap realistik- murid2 semakin
matang dan boleh meluahkan perasaan
scr “fanctually oriented”. Pada tahap ini
seorang guru itu haruslah
memperkenalkan berbagai jenis alat,
bahan, media dan teknik dalam setiap
kegiatan menggambar yang mereka
jalani. Tujuannya adalah untuk
menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, berinteraksi dengan
kawan-kawan dan guru, meluahkan
perasaan dan isi hati, membuat kritikan
yang membina dan membuat penilaian
tentang persembahan
CONTOH 1TAJUK: Kolaj dari tisu dan
gambar majalah
OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan
sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan
kertas tisu dan gambar majalah untuk
menerangkan konsep kesatuan dan
keharmonian ALATAN DAN BAHAN:
kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-
warni, kadbod,gunting, gam, berus
lukisan, marker, krayon atau cat,gambar-
gambar dari majalah. ARAHAN:
1. Cari satu idea yang boleh dikaitkan
dengan sikap bekerjasama, tolong
menolong, bersatu hati untuk
melambangkan kesatuan dan
keharmonian
2. Rancang beberapa komposisi dengan
menggunakanlakaran-lakaran untuk
mendapatkan gambaran
secarakeseluruhan. Pilih satu yang
terbaik.
3. Lukis lakaran yang dipilih di atas
kertas putih keras.
4. Sediakan alat dan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan kolaj
tersebut.
5. Cari dari majalah untuk mendapatkan
kawasan dan menggunakan bahagian
yang berwarna dan gambar-gambar yang
boleh digunakan.
Sebagai contoh: warna coklat pada
kasut atau kek boleh digunakan untuk
menghasilkan batang pokok atau warna
biru air laut boleh digunakan pada
pakaian pada imej atau gambar dalam
kolaj. Susun gambar-gambar sebegitu
rupa untuk menampakkankonsep
kesatuan dan keharmonian Semasa
menampal kertas berwarna dari majalah
dan tisu-tisu berwarna,tak perlu hasilkan
secara teliti sebaliknya boleh ditindih
kertas-kertas tersebut supaya nampak
lebih natural dan bebas. Tidak perlu
berada dalam keadaan kemas dengan
meletakkan kertas-kertas warna tersebut
di dalam garisan lakaran semasa
menghasilkan kolaj.
6. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan
seperti menambahkan garisan-garisan
dengan menggunakan pen marker,
krayon, warna-warna poster,gosokan dari
objek yang berjalinan untuk
menampakkan kesatuan dan
keharmonian dalam hasil kerja tersebut.
7. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut
dengan kemas dan gantung di tempat
yang sesuai supaya senang dilihat. Jalani
satu sesi penilaian dan kritikan (apresiasi
seni) secara mudah.
C A R A - C A R A
M E N I L A I :
1. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih
untuk menerangkan tentang konsep
kesatuan dan keharmonian?
2. Apakah elemen-elemen yang perlu
diambilkira semasa menghasilkan
lakaran?
3. Lakaran yang mana satu dipilih dan
kenapa?
4. Apakah jenis alat, bahan, media dan
teknik yang anda gunakan dalam kolaj
tersebut?
5. Bagaimana kamu membuat
eksperimen dengan tindihan kertas-
kertas warna dari majalah, kertas-kertas
tisu dan imej-imej yang digunakan?
6. Apakah teknik tambahan yang anda
gunakan untuk melengkapkan kolaj
tersebut?
7. Terangkan bagaimana kamu membuat
persembahan dan kemasan kolaj anda?
8. Apakah perasaan anda apabila melihat
hasil kerja anda?
9. Apakah sebenarnya yang hendak
anda sampaikan dalam kolaj tersebut?
10. Adakah anda bersihkan kawasan
kerja anda?
14
T O P I K 5 :
M O N T A J
(a) DEFINISI
# Menampal dan melekatkan gambar-
gambar pada suatu permukaan untuk
menimbulkan mesej
pengajaran,kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar
# Menggunakan potongan gambar-
gambar yang berkaitan dari mana-mana
media cetak untuk menghasilkan satu
tajuk atau tema.
# Satu corak tidak semestinya
bermaksud sebagai kerja seni halus
dibuat melalui proses menampal satu
bahan keatas bahan yang lain
# Dalam kerja-kerja seni montaj,
beberapa gambar foto dicantum untuk
menjadi satu komposisi ilustrasi
# imej yang terhasil daripada cantuman
beberapa imejan
# hasil seni mengandungi sebahagian
daripada imej yang ada seperti dalam
gambar foto, majalah, cetakan yang
disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu
imej.
# komposisi gambar dicipta dengan
menggunakan teknik super impose
dengan menyusun berbagai cebisan
gambar dengan cara yang kreatif untuk
menghasilkan satu hasil karya montaj.
# Proses membuat gambar dari
beberapa gambar atau corak disusun
secara bertindih di antara satu sama lain.
# Teknik mencantum dalam satu elemen
komposisi fofografi daripada sumber-
sumber yang berlainan seperti
sebahagian daripada foto-foto.
# Proses menghasilkan satu komposisi
gambar supaya menjadi satu komposisi
daripada bahagian gambar atau imej
disusun menjadi satu hasil kerja seni
# Aktiviti super impose daripada berbagai
elemen.
(b) S e j a r a h R i n g k a s
- Foto montaj ialah satu proses
menghasilkan komposit gambar dengan
cara menggunting dan mencantum
beberapa foto daripada berbagai sumber.
Komposit foto kadangkala dirakam
supaya imej terakhir yang dihasilkan
akan menjadi satu cetakan fotografi.
Cara yang sama digunakan pada zaman
sekarang menggunakan image editing
software. Teknik ini digunakan oleh
orang-orang professional sebagai
compositing atau photoshopping. Contoh
terdahulu Seni Halus dalam bidang
fotomontaj mengandungi elemen-elemen
fotografi super impose digabungkan
dengan warna-warna basah. Kombinasi
seperti ini dihasilkan oleh George Grosz
pada tahun 1915. Pergerakan Dadaisme
di Berlin banyak menghasilkan aktiviti
montaj dalam seni rupa moden. Pelukis-
pelukis dari aliran Dadaisme telah
menggabungkan foto-foto mereka untuk
menghasilkan subjek baru atau imej
visual sebagai alat yang berkuasa untuk
pergerakan Dadais memenentang
Perang Dunia Pertama.
-Teknik foto montaj ini kemudiannya
menjadi ikutan ramai dan digunakan oleh
pelukis-pelukis aliran Surealisme seperti
Salvador Dali. Retrospektif pameran
pertama dunia dalam foto montaj
diadakan di German pada 1931.
Kemudian menular pula kepada orang-
orang eropah lain dan menggelar aktiviti
seni ini sebagai photocollage yang
bermakna hasil kerja yang bercita-cita
besar atau mempunyai satu impian besar
yang mencantumkan typografi, kerja-
kerjamenggunakan berus dan objek
sebenar dilekat bersama foto montaj.
Lama kelamaan teknik foto montaj ini
diaplikasikan ke dalam industri iklan pada
tahun 1920 sehingga sekarang.
(c) A l a t d a n M e d i a
Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya
yang tersendiri apabila ingin
menghasilkan kerja-kerja seni. Dalam
penggunaan alatan dan media untuk
menghasilkan satu hasil kerja seni,
pelukis akan mengenalpasti bahan
apakah yang sesuai dan senang untuk
didapati supaya kerja-kerja yang hendak
dijalankan tidak terganggu.
Berikut ialah beberapa contoh alatan dan
bahan yang boleh digunakan dalam
penghasilan aktiviti montaj:
i. Gambar foto sebenar seperti gambar
keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam
benda
ii.Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat
khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-
tumbuhan, situasi
iii.Gunting, pisau pemotong kertas,
berbagai jenis gam
iv.Warna basah seperti warna tempera,
warna air, warna poster, dakwat basah
dan berus lukisan
v.Gambar-gambar atau imej yang telah
diimbas dengan menggunakan
pengimbas
vi.Bahan-bahan terbuang seperti
gambar-gambar yang dijumpai, cawan
/pinggan kertas, imej kartun dari majalah,
vii.Berbagai jenis tiket seperti tiket bas,
tiket kereta sewa,tiket panggung wayang.
(d) T e k n i k
-Aktiviti montaj bukan sahaja boleh
dihasilkan secara manual tetapi ianya
boleh dihasilkan dengan menggunakan
komputer melalui perisian-perisian yang
telah dinyatakan.
-Beberapa teknik penghasilan montaj
yang boleh dijalankan:
15
R Montaj keluarga
R Photomontaj (digital image)
R Montaj dari bahan terbuang
R Montaj campuran
R Montaj tiket
R Montaj berlainan tema
R Montaj alam semulajadi
R Montaj figura
R Montaj alam benda
R Montaj corak huruf
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
-Kebiasaannya montaj memerlukan
gambar foto sedia adayang boleh
didapati dari majalah, akhbar, pengambar
menggunakan kamera digital, dapatan
dari internet,gambar yang diimbas lalu
ditampal dan digam gambar-gambar
tersebut untuk menimbulkan kesan
kelucuan, pengajaran dan sindiran
terhadap sesuatu tema atau tajuk yang
hendak dibuat.
-Di zaman yang serba moden ini, teknik
montaj diperluaskan lagi dengan
menggunakan bantuan komputer melalui
perisian-perisian tertentu seperti
photoshop, digital image, paintbrush dan
banyak lagi. Walau bagaimana pun
kesesuaian aktiviti montaj menggunakan
bantuan komputer perlu dijalankan
mengikut kemudahan sedia ada samada
di rumah atau disekolah.
CONTOH 1
Tema: Montaj keluarga
Alat dan Media: Foto keluarga yang
diimbas dengan menggunakan
pengimbas,gunting, gam akrilik lutsinar,
warna tempera, bingkai gambar plastik,
gam getah, butang, tali hiasan, kain tebal
(feltcloth),berus lukisan,
Cara-cara menghasilkannya:
1. Potong setiap gambar foto keluarga.
2. Guna berus lukisan untuk menyapu
gam akrilik di atas bingkai plastik.
Tampalkan kain tebal pada permukaan
bingkai.
3. Letakkan gambar foto di atas bingkai
plastik. Gosok setiap gambar foto yang
dilekatkan dengan jari. Pastikangambar
foto dilekatkan dengan baik supaya tidak
ada gelembung udara di bawahnya.
4. Setelah gam kering, sapukan pula gam
akrilik disekeliling gambar foto tersebut.
5. Setelah gam akrilik cukup kering,
bancuhkan warna tempera (warna ikut
suka) dengan satu sudu gam
akrilik.Gunakan bancuhan warna tersebut
untuk menyapu dibahagian keliling
gambar. Keringkan
6. Bila cukup kering sapukan perekat
simen di atas bingkai plastik tadi.
7. Letakkan tali hiasan di atas perekat
simen tersebut.
8. Hiaskan montaj dengan menggunakan
butang.
T O P . 6 : C E T A K A N
(a) Definisi Cetakan
# satu proses hasil kerja seni
menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan. Seseorang pelukis biasanya
akan menentukanberapa banyak cetakan
yang hendak dihasilkan dalam sesuatu
edisi
# proses ulangan imej daripada satu
permukaan yang disediakan ke atas
sesuatu permukaan lain
# Imej atau gambar yang dihasilkan
dengan menggunakan acuan plat
# Proses menghasilkan imej di atas
permukaan rata.
# Satu hasil kerja seni yang
menggunakan acuan cetakan untuk
menghasilkan satu atau beberapa siri
cetakan.
# Perindahan imej yang berdakwat
daripada satu permukaan blok, plat atau
skrin kepada permukaan lain iaitu kertas
atau kain.
# Proses menggambar atau mencorak
yang dilakukan dengan cara memotong,
mengguris di atas permukaan plat dan
menggunakan dakwat
( b ) A l a t d a n M e d i a
C e t a k a n
Cetakan adalah salah satu kegiatan
dalam bidang menggambar. Aktiviti
cetakan yang dilakukan dalam
pembelajaran di kelas bergantung
kepada tahap kecerdasan murid.
Berbagai jenis cetakan dengan
menggunakan berbagai jenis peralatan
dan bahan boleh dihasilkan.
Berikut ialah contoh beberapa peringkat
cetakan dari mudah ke sukar yang boleh
dijalankan di peringkat sekolah rendah:
( i ) T a h a p
P e n g e n a l a n
- Cetakan jari
- Cetakan tumbuh-tumbuhan
- Cetakan dari renyukan kertas
- Cetakan dakwat
- Cetakan span
- Cetakan krayon
Aktiviti cetakan diperingkat/tahap
pengenalan seperti kertas lukisan,
stamppad berbagai jenis bunga-bungaan,
batang pokok, daun,sayur-sayuran,
kertas tisu, span, krayon, warna
poster,warna mural, bahan-bahan
terbuang yang mempunyai permukaan
rata tetapi berjalinan, duit syiling, berus,
pensel, sikat, kunci, klip kertas dll.
( i i ) T a h a p
P e r t e n g a h a n
- Cetakan tanah liat
- Cetakan plastisin
16
- Cetakan kentang
- Cetakan tali
- Cetakan blok getah
- Cetakan duo
- Cetakan stensil
- Cetakan mono
Di peringkat pertengahan murid telah
mempunyai pengalaman asas dalam
kegiatan cetakan. Aktiviti boleh
diteruskan dengan menjalani aktiviti
cetakan yang lebih mencabar. Di antara
alat dan bahan yang boleh dicadangkan
adalah seperti tanah liat, plastisin, warna-
warna mural, warna-warna poster, berus,
kertas lukisan, jenis-jenis tumbuh-
tumbuhan yang boleh diukir, pisau,
stamp pad, kadbod, gam, berbagai jenis
tali, krayon,penggelek, dakwat/minyak
lino, span, getah lino dan lain-lain yang
bersesuaian dengan tahap kecerdasan
murid.
6.1 Cetakan daun 6.2 Cetakan dari
kentang
( i i i ) T a h a p L a n j u t a n
- Cetakan lino
- Cetakan skrin/stensil
- Cetakan blok kayu
Di tahap lanjutan aktiviti cetakan boleh
diteruskan dengan penggunaan alat,
media dan bahan seperti blok kayu,
getah lino dan stensil. Peralatan yang
dicadangkan ialah seperti foam
polisterin, pisau untuk memotong, objek
tajam untuk menoreh pada polisterin,
penggelek, cermin untuk menggelek
dakwat lino, dakwat pekat, kertas lukisan
atau kertas beras, surat khabar, pad
cetakan surat khabar, linoleum, blok
kayu, silk skrin, sekuji, item stensil,
pemotong stensil yang tajam, kad bod
tebal, sudu dan lain-lain yang berkenaan.
( c ) M e d i a d a n
T e k n i k - t e k n i k
C e t a k a n
Cetakan yang baik biasanya bergantung
kepada jenis peralatan dan media yang
digunakan, teknik-teknik cetakan yang
dihasilkan dan kemahiran mencetak.
Berikut adalah contoh beberapa teknik
reka bentuk cetakan sebagai garis
panduan bagaimana seseorang itu boleh
menghasilkan cetakan yang baik dan
bermutu:
1. Teknik bayangan gelap -- bahagian
latar belakang objek tidak dicetak dan
hanya objek sahaja yang di cetak 2.
Teknik bayangan putih -- bahagian imej
dibuang atau tidak dipakai dan hanya
bahagian luar objek dikekalkan
3. Teknik garis luar gelap -- hanya
garisan pada objek dikekalkan. Bahagian
dalam dan luaran objek di buang
4. Teknik garisan luar putih -- bahagian
latar belakang yang dicetak. Bahagian
garisan pada objek tidak dicetak.
TEKNIK CETAKAN MONO
Teknik cetakan mono adalah teknik yang
sering digunakan di sekolah. Rembrandt
dan Edgar Degas adalah pelukis barat
yang terkenal pada suatu masa dahulu
telah menggunakan teknik mono print
dalam hasil karya mereka. Bahan-bahan
yang digunakan untuk menghasilkan
cetakan mono ini ialah seperti sekeping
cermin yang mana bahagian hujung
cermin perlu ditampal untuk
mengelakkan dari tercedera. Sekeping
lino digunakan dan ditampal pada
sekeping kayu supaya senang proses
mencetak. Proses cetakan mono ini
bermula dengan mengaplikasikan cat,
warna atau dakwat cetakan diletakkan di
atas cermin jenis tebal. Apabila gambar
dihasilkan, kertas lukisan diletakkan
diatas warna tersebut lalu ditekan kertas
secara perlahan-lahan dengan
menggunakan tapak tangan. Tiga faktor
yang mempengaruhi hasil kerja cetakan
ini:
i.Kekentalan atau kepekatan (viscosity)
warna, cat atau dakwat cetakan
ii.Tekanan yang dilakukan ke atas kertas
iii.Jenis kertas dan sejauh mana resapan
warna itu berlaku.
Variasi lain bagaimana teknik cetakan
mono dihasilkan ialah secara ‘paper stop
out method’. Murid meletakkan cebisan
kertas di atas dakwat mengikut kreativiti
sendiri. Kemudian kertas diletak di atas
cebisan tadi lalu digelek dengan
penggelek.
Cebisan kertas bertindak sebagai stop
out bagi dakwat yang ada di bawah dan
kawasan tersebut menjadi kesan negatif
dalam cetakan. Terdapat beberapa cara
bagaimana dapat menghasilkan cetakan
mono yang baik:
i.Menyusun peralatan dan bahan
sebelum cetakandijalankan.
ii.Pastikan dakwat tidak digunakan
sewenang-wenangnyaoleh murid.
iii.Adakan demonstrasi sebelum cetakan
dijalankan.
iv.Sediakan tempat untuk menggantung
sehingga keringcetakan yang dihasilkan.
v.Cetakan dibuat diatas tempat meja
yang panjang.
vi.Peralatan dan bahan mencetak diletak
di hujung setiapmeja supaya senang
didapati.
vii.Setiap proses yang hendak dijalankan
(secara langkah
demi langkah) dibimbing oleh guru
terlebih dahulu.
viii.Memilih cetakan yang terbaik
daripada cetakan yang
lain.
17
ix.Setelah kering cetakan boleh
diletakkan di dalam lipatan buku yang
tebal untuk mendapatkan kesan yang
lebih baik lagi.
x.Cetakan boleh di bingkaikan.
xi.Sediakan bahan pencuci, pengelap
supaya kerja tidak comot.
xii.Pastikan semua warna/dakwat adalah
serap air (watersoluble).
TEKNIK CETAKAN TUMBUH2HAN
Beberapa tips dan teknik untuk
menghasilkan cetakan dari alam semula
jadi dan bahan buangan:
i.Pilih bahan-bahan yang berjalinan dan
tahan untuk dicetak.
ii. Pilih bahan-bahan yang senang untuk
dipegang semasa mencetak.
iii. Kawasan yang hendak dicetak perlu
mempunyai permukaan yang rata untuk
dicetak.
iv.Untuk cetakan jenis umbisi corak diukir
terlebih dahulu sebelum cetakan
dilakukan.
v.Warna atau dakwat diratakan
dipermukaan corak sebelum dicetak.
vi.Adalah digalakkan menggunakan
warna legap untuk mendapat kesan
cetakan yang cantik.
vii.Untuk mendapatkan kesan cetakan
yang cantik pada permukaan kayu, kayu
direndam terlebih dahulu supaya
jalinannya kembang dan menghasilkan
corak yang menarik.
viii.Kemudian celup kayu berjalinan
tersebut dalam warna dan aplikasikan
pada permukaan cetakan di atas kertas.
T E K N I K C E T A K A N
T I M B U L A N L I N O ,
K A Y U
-Cetakan jenis ini melibatkan kemahiran
yang tinggi dalam proses cetakan dan
lebih sesuai digunakan untuk murid di
tahap dua. Ia melibatkan proses
mengukir secara lebih teliti dengan
menggunakan alatan khas seperti
carvingTools .
-Berikut ialah di antara teknik-teknik atau
tips bagi menjalankan proses cetakan
dengan menggunakan bahan seperti lino
dan kayu:
i.Lino atau kayu diukir dengan pisau
pengukir (carving tools) untuk
mendapatkan corak atau gambar yang
hendak dicetak
ii.Dakwat digelekkan pada kepingan kayu
atau lino
iii.Cetakan dilakukan di atas kertas yang
sesuai seperti rice paper
iv.Cetakan diulang beberapa kali untuk
mendapatkan satu edisi cetakan bagi
tajuk tertentu
v.Ciri-ciri keselamatan perlu diberitahu
kepada murid sebelum memulakan
cetakan.
vi.Terdapat berbagai jenis pisau pengukir
seperti pisau jenis rata, pisau jenis v,
pisau jenis u, dan pisau jenis sendeng. Ia
juga didapati dalam saiz yang berbeza.
vii.Pisau jenis v digunakan untuk
mendapatkan kesan garisan atau jalinan
yang lebih halus manakala pisau jenis u
pula digunakan untuk mendapatkan
kesan lekukan.
viii.Pastikan pisau pengukir sentiasa
tajam supaya proses mengukir dapat
dijalankan dengan baik
ix.Pastikan kertas yang hendak
digunakan adalah jenis kertas yang
sesuai. Kertas yang terlalu nipis akan
melekat ke atas blok apabila dicetak
manakala kertas jenis tebal atau
‘construction paper’ tidak dapat
mengangkat atau melekat dakwat
sepenuhnya dengan sempurna pada
permukaan blok yang dicetak.
x.Cetakan yang digunakan di atas
permukaan kain perlu menggunakan
warna jenis oil based atau Printers ink
yang boleh kekal di permukaan kain
tersebut. Penggelek dan kepingan cermin
digunakan sebagai palet dan berus.
xi.Penggunaan kertas-kertas selain
daripada kertas lukisan biasa
menampakkan kelainan dalam
menghasilkan projek cetakan seperti
(a) menggunakan kertas majalah
dijadikan kolaj
(b) helaian daripada buku telefon
(c) kertas yang mempunyai corak
pualaman
(d) kertas buatan sendiri
(e) kertas tisu atau kertas tandas
(f) kertas komik
(g) kertas surat khabar
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
# Mencetak atau menstensil merupakan
kaedah yang baik apabila hendak
menghasilkan lebih dari satu huruf diatas
permukaan kertas. Bahan yang
dicadangkan ialah seperti ubi kentang,
getah pemadam yang dipotong huruf
diatasnya supaya ia menjadi permukaan
timbul yang boleh digunakan untuk
mencetak.
# Apa yang perlu dilakukan ialah
mengecat warna pekat ke atas
permukaan huruf yang diukir dengan
pisau dan mencetak di atas permukaan
kertas. Hasilkan cetakan ini berulang kali
dengan menggunakan berbagai warna.
Pasti hasil kerja yang anda lakukan itu
memuaskan hati anda.
# Membuat corak dengan huruf juga
merupakan satu lagi cara
18
mengaplikasikan teknik cetakan yang
baik. Cuba cetak huruf terbalik secara
teknik cerminan. Cetak dengan
menggunakan warna-warna harmoni,
penggenap, kontra supaya anda boleh
jadikan hasil cetakan ini sebagai
pembalut hadiah yang menarik
# Teknik mengecap menggunakan jari
juga
menarik dalam aktiviti cetakan. Caranya
ialah dengan meletakkan warna pada jari
tertentu atau menggunakanstamp pad
untuk mendapatkan warna lalu dicetak di
atas kertas. Murid boleh hasilkan
berbagai gambar dari cetakan jari seperti
corak bunga, pokok, muka,burung,
ikan,kucing dan sebagainya.
# Murid juga boleh mencetak objek-objek
yang berjalinan seperti duit syiling, kunci,
kotak mancis, tutup botol, penyepit baju,
garpu, sikat rambut dan lain-lain.
Hasilnya berbagai jenis jalinan didapati
untuk menghasilkan sebuah
pemandangan yang menarik.
# Sayur-sayuran dan buah-buahan jenis
keras yang telah dipotong dua untuk
mendapatkan permukaan rata boleh
digunakan untuk mencetak. Antaranya
adalah seperti kentang, karot,kobis
bunga, bawang besar, kacang panjang,
batang pisang, batang sawi, dan epal
juga boleh diaplikasikan dalam
pemandangan, alam benda atau corak
pada baju,kain langsir, alas meja, dan
sapu tangan.
# Cetakan dari renyukan kertas, tisu,
aluminium foil, plastik,kain, menjadi
seperti bola lalu mencetak di sesuatu
permukaan boleh dijadikan corak pada
hiasan dinding. Gabungan corak dari
renyukan bahan dengan cetakan dari
objek yang dinyatakan tadi boleh
dijadikan corak pada bunga-bungaan.
# Cetakan span yang dipotong berbagai
bentuk boleh menghasilkan corak-corak
geometri seperti bulat, tiga segi, bujur
dan empat segi. Daripada bentuk-bentuk
cetakan itu boleh dijadikan jalinan di
kawasanpantai atau di ladang
# =Di peringkat pengenalan, murid sudah
mendapat gambaran bagaimana teknik
cetakan mudah boleh dihasilkan.
# =Di peringkat pertengahan pula aktiviti-
aktiviti cetakan boleh dihasilkan adalah
berdasarkan pendekatan penyelesaian
masalah untuk menghasilkan corak dan
menghasilkan gambar. Pada peringkat ini
murid digalakkan menghasilkan cetakan
corak berdasarkan struktur rekaan
dengan cara menyusun corak-corak
tersebut seperti corak batu bata, corak
turun separa, corak cerminan, corak
dam, corak sendeng dan corak pusaran.
# Menghasilkan kertas pembalut hadiah
untuk upacara tertentu seperti hari jadi,
selamat hari ibu,selamat hari bapa,
selamat hari valentine dan
sebagainya.Cetakan duo juga adalah
aktiviti cetakan yang menarik.
# Duo bermaksud dua dan cetakan duo
akan menghasilkan dua cetakan dari imej
yang sama. Lipat sekeping kertas
menjadi dua bahagian. Buka kertas
tersebut dan warnakan satu bahagian
kertas dengan warna yang berbagai.
Kemudian sapu warna hitam ke atas
warna tadi. Lipat semula kad tersebut
dengan bahagian tidak berwarna di
bahagian atas. Gunakan pensel atau pen
dan lukis objek yang dikehendaki di atas
permukaan kertas tersebut. Setelah
berpuas hati buka dan anda akan
mendapat imej yang sama. Satu imej
berwarna gelap dan satu imej
menampakkan warna yang berbagai.
# =Di peringkat lanjutan murid-murid
didedahkan dengan menghasilkan corak
atau gambar dengan menggunakan
pendekatan melalui open minded
problem yang memerlukan penyelesaian
masalah secara detail dengan
menerapkan unsur-unsur seni dalam
proses cetakan. Sebagai contoh cetakan
dihasilkan dengan menggunakan
polistrin. Toreh polisterin dengan
menggunakan bahan tajam seperti
hujung pensel untuk menghasilkan corak
atau gambar. Kemudian cetak seperti
biasa dan elemen garisan dan rupa akan
terhasil dari cetakan tersebut. Selain dari
cetakan polisterin, murid di peringkat
lanjutan boleh menghasilkan aktiviti
cetakan kayu, lino dan silk skrin.
A K T I V I T I 6 . 2
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
# dilengkapkan dengan meletakkan
bingkai.
# diletakkan tajuk cetakan dan bahagian
bawah kanan diletakkan nama atau
tanda tangan penulis dan tahun dicetak.
# Berdialog dengan hasil kerja seni
bermakna memasuki dan berinteraksi
dengan hasil kerja tersebut,
mengalaminya apabila melihat hasil
cetakan tersebut, respon terhadap
gambar.
# Dalam menilai sesuatu cetakan
perkara-perkara yang boleh diambil kira
apabilamembuat kritikan dan penilaian
tentang hasil karya ialah melihat dari
sudut:
a)Diskripsi: Tema, tajuk dan subjek
Siapa artist tersebut? Apakah tajuk
cetakan? Berapa saiz cetakan? Bila
ianya dihasilkan? Apakah imej yang
terdapat dalam cetakan tersebut?
Apakah temanya? Apa yang berlaku?
Apakah idea yang penting atau
pengalaman yang dapat dilihat?
b)Diskripsi: Alat, bahan, media dan
teknik
19
Apakah teknik, media, proses yang
digunakan oleh artis tersebut? Jenis
warna? Alatan dan bahan yang
digunakan? Tanah liat, kayu, polisterin,
sayur?
c)Analisa: Unsur2 Seni & Prinsip2
Rekaan Seni
Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-
prinsip rekaan yang digunakan? Garisan,
rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan,
ruang, imbangan, pergerakan, kontra,
kesatuan, kepelbagaian. Bagaimana
asas senireka tersebut di satukan dalam
satu komposisi?
d)Analisa: Historical Significance
Apakah kepentingan sejarah dalam hasil
kerja sen itersebut?Bagaimana subjek
dan stail yang digunakan?
e)Interpretasi: Dari sudut estetik
Bagaimana pemahaman anda tentang
makna cetakan tersebut? Bagaimana
mood atau perasaan kamu apabila
melihat cetakan itu?
f)Penilaian: Perbincangan lanjut
Apakah fikiran anda tentang cetakan ini
secara keseluruhannya? Bagaimana
anda nilai hasil kerja ini? Biasa,
sederhana,baik, cemerlang?
T O P I K 7
G O S O K A N
(a) Definisi Gosokan
# Mengikut Kamus Dewan, gosokan
bermakna bergeser, bergesel,
menggosok dengan (tangan, barang dll)
menggunakan sesuatu untuk
menggosok.
# Menurut Glosari Seni Lukis pula
gosokan bermakna pemindahan reka
bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan lain dengan
cara menggosokkan pensel di atas
permukaan yang hendak dipindahkan.
# Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan
gosokanmenjadi salah satu cadangan
aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
bidang menggambar. Ia menjadi salah
satu cara yang kreatif untuk
mempersembahkan suatu hasil kerja
seni.
# Satu representasi yang mengandungi
salinan dibuat dengan meletakkan
sekeping kertas di atas sesuatu
permukaan dengan menggosok
menggunakan bahan tertentu.
# Hasil cetakan dibuat dengan
menggosok dakwat, pensel, kapur ke
atas sekeping kertas yang diletakkan di
atas suatu permukaan yang berjalinan.
-Kita boleh mengetahui bahawa setiap
permukaan yang berjalinan boleh
menghasilkan berbagai corak yang
menarik. Pengajaran dan pembelajaran
di kelas tidak akan menjadi bosan dan
dapat menarik minat murid-murid dalam
penerokaan sesuatu
permukaan.Walaupun terdapat beberapa
permukaan jalinan yang sama antara
satu sama lain tetapi apabila dihasilkan
secara gosokan akan menghasilkan
corak permukaan yang berlainan.
Biasanya permukaan yang mempunyai
jalinan yang kasar dan rapat akan
menghasilkan ton yangl ebih gelap
berbanding permukaan yang mempunyai
jalinan yang jarang dan nipis.
( b ) A l a t d a n M e d i a
# terpulang kepada pengkarya itu sendiri.
Walau bagaimanapun diperingkat
sekolah rendah, peralatan,bahan dan
jenis media adalah terhad kepada
kemampuan dan keupayaan tahap murid
itu sendiri.
# Berbagai jenis pensil (jenis lembut dan
keras), pensel berasaskan lilin dan
berbagai jenis pensel warna yang
terdapat di pasaran. Pensel dan pensel
warna akan memberikan kesan yang
halus. Kesan ‘graphite’ pada mata pensel
jenis lembut adalah paling sesuai untuk
dibuat gosokan tetapi cepat rosak. Apa
yang perlu dibuat ialah dengan
menyembur fixer atau pemati warna pada
bahagian berjalinan atau meletakkan
satu lapisan plastik pada permukaan
jalinan.
# Kapur dan pastel yang berbagai warna.
Jalinan yang dihasilkan tidak akan kekal
lama kerana kapur dan pastel adalah
bahan kering dan rapuh. Perlu
menggunakan penyembur pemati warna
atau fixatif untuk melindungi jalinan
daripada rosak.
# Cara menghasilkan jalinan tersebut
ialah dengan meletakkan kertas nipis di
atas permukaan yang berjalinan. Gosok
kapur atau pensil di atas permukaan
kertas tadi dengan memberikan sedikit
tekanan pada tempat gosokan.
# Tekanan yang kuat dan rapat dengan
permukaan jalinan akan menghasilkan
jalinan yang lebih gelap. Manakala
tekanan yang lemah dan jauh dari
permukaan jalinan akan menghasilkan
jalinan yang kurang gelap.
# Berbagai jenis warna krayon dan
krayon lilin. Memberikan kesan yang
tebal dan dapat memberikan kesan
gosokan yang lebih nyata. Penggunaan
krayon digosok secara sisi atau
dibaringkan akan menghasilkan kesan
jalinan yang lebih baik daripada
menggunakan mata krayon. Gosokan di
atas permukaan yang berjalinan dengan
menggunakan krayon lilin, kemudian
disapukan warna air di atasnya akan
20
menghasilkan satu teknik baru dalam
aktiviti gosokan yang dipanggil resis.
# Arang semulajadi dari pembakaran
kayu atau arang pensel yang dijual di
kedai menjual peralatan seni. Gosokan
yang dihasilkan dengan menggunakan
arang mudah rosak apabila disentuh
kerana bahannya jenis rapuh. Semburan
pemati warna yang disembur ke atas
permukaan jalinan akan menyelamatkan
keadaan lukisan atau corak daripada
rosak.
# Kertas surat khabar yang belum
bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur
yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip
dan lain-lain kertas yang bersesuaian.
Penggunaan berbagai jenis kertas ini
adalah sebagai bahan untuk mencetak
jalinan apabila digosok.
Contohnya:kertas diletakkan di atas
permukaan yang berjalinan dan digosok
dengan krayon diatas permukaan kertas.
Kawasan yang timbul adalah kawasan
terkena gosokan manakala kawasan
yang tenggelam tidak terkena
gosokandan kekal pada warna kertas itu
sendiri. Apabila memilih jenis permukaan
jalinan yang hendak digosok, murid harus
menggunakan kreativitinya untuk mencari
danmeneroka berbagai jenis permukaan
yang terdapat dipersekitaran mereka.
Secara keseluruhannya kita boleh
melihat bahawa jalinan-jalinan yang
hendak diaplikasikan pada aktiviti
gosokan boleh dibahagikan kepada 2
kategori iaitu;
i. jalinan yang terdapat di alam
sjadi/ciptaan Tuhan ii.jalinan buatan
manusia.
# Senarai di bawah adalah di antara
contoh-contoh yang boleh dijadikan
panduan untuk menghasilkan jalinan
dalam aktiviti gosokan:
i.Permukaan pada kulit buah-buahan
yang kasar seperti kulit buah nangka,
cempedak, oren, nona, nanas.
ii. Peralatan rumah dan dapur seperti
pengayak tepung, penapis kelapa, bakul
rotan, tikar, cermin tingkap, tikar buluh,
alas meja yang bercorak, alas periuk,
pasu bunga bercorak, ukiran hiasan
dinding
iii.Pakaian seperti tali pinggang, beg
tangan yang berjalinan, topi anyaman,
tapak kasut atau selipar
iv.Kenderaan seperti tayar kereta, tempat
duduk kereta, alas kaki, bahagian-
bahagian permukaan kereta yang
berjalinan.
v.Aksesori wanita dan lelaki seperti
rantai, gelang tangan, jam tangan.
vi.Pokok seperti permukaan kulit pokok,
daun-daun yang berjalinan, akar-akar.
vii.Lain-lain seperti sikat, tali kasar, duit
syiling,permukaan jalan, kertas pasir, cop
getah dan sebagainya.
( c ) P e n e r o k a a n
P e l b a g a i T e k n i k
G o s o k a n
-Dihasilkan dengan menggosok diatas
permukaan kertas yang terdapat bahan
berjalinan di bawahnya. Sebenarnya jika
diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-
teknik gosokan boleh dipelbagaikan
seperti:
i. Gosokan satu lapis dan satu arah
sahaja
ii.Gosokan beberapa lapisan di atas
tempat yang sama
secara berulang kali
iii.Gosokan beberapa kali dari arah dan
sudut yang
berlainan
iv.Gosokan secara pusingan
v.Gosokan menggunakan berbagai-bagai
warna
vi.Gosokan monokrom
vii.Gosokan potongan kertas
-Tips menghasilkan gosokan yang
berkualiti;
i. Gosokan menggunakan kertas putih
dengan krayon hitam akan meninggalkan
kesan yang menarik.
ii.Gosokan pada kertas yang dilipat,
dikoyak atau dipotong akan
menghasilkan corak yang menarik.
iii.Gosokan dari berbagai jenis cop getah
akan menghasilkan jalinan yang nyata.
iv.Gosokan di atas kertas hitam dengan
menggunakan krayon warna metalik
akan menjadikan jalinan yang luar biasa.
v.Bersihkan permukaan hasil gosokan
dengan menggunakan stokin nylon untuk
mendapatkan lebih kilauan dan
membuang lebihan warna yang tidak
diingini.
vi.Kreatif terhadap tekanan yang anda
buat pada sesuatu permukaan jalinan.
Tambahkan ton yang berkualiti dengan
gosokan yang tebal, lebihkan pada
kawasan-kawasan tertentu dan
kurangkan ton pada kawasan-kawasan
yang lain.
vii.Arah gosokan samada dari arah atas,
bawah, kiri dan kanan yang dibuat akan
menentukan hasil sesuatu gosokan.
viii.Setiap gosokan akan menghasilkan
ton yang berlainan terpulang kepada
tekanan yang dikenakan apabila
menggosok samada tekanan itu lemah
atau kuat. ix.Lekatkan bahan berjalinan di
atas permukaan dahulu sebelum
memulakan gosokan.
x.Warnakan dengan warna air di atas
kesan gosokan dari lilin. Lilin boleh
dibuang dengan cara menseterika.
xi.Buat blok lilin sendiri dengan
mencairkan krayon lama dalam tin
xii.Untuk mendapatkan kekemasan
semasa mewarna, letak sekeping
kadbod di sekeliling tempat yang hendak
21
digosok supaya lebihan warna yang tidak
diingini tidak kelihatan dalam hasil kerja.
xiii.Dalam proses penilaian dan
kekemasan, hasil gosokan hendaklah di
potong dengan kemas di sekeliling corak
tersebut lalu dibingkaikan pada mounting
board.Pemilihan warna mounting board
perlulah disesuaikan dengan warna corak
pada hasil gosokan.
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
-tema atau subjek yang hendak dilukis
akan ditentukan terlebih dahulu oleh
guru. Tujuannya adalah untuk memberi
kawalan dan disiplin dalam proses
pengajaran yang dilaksanakan.
-Tujuannya supaya murid-murid boleh
berbincang bersama rakan mereka
tentang topik yang diberi. Dengan cara ini
akan dapat melancarkan perjalanan p &
p dalam kelas tersebut.Tema atau
subjek yang boleh dicadangkan ialah
seperti figura, haiwan,
corak,pemandangan, alam benda,
gabungan dua atau lebih kegiatan (kolaj
& gosokan).
G O S O K A N P O T O N G A N
K E R T A S
Lihat hasil kerja gosokan dari potongan
kertas yang dijalankan secara turutan:
1. Alatan yang perlu disediakan ialah
gunting, krayon, kertas lukisan, kertas
binaan, gam simen.
2. Potong bentuk yang dikehendaki
daripada kertas binaan/tebal.
3. Susun bentuk-bentuk di atas
permukaan kertas hingga menjadi satu
objek/imej.
4. Lekatkan bentuk-bentuk tadi dengan
gam.
5. Letakkan kertas lain di atas imej
tersebut
6. Gosok krayon di atas permukaan
kertas menggunakan gosokan secara
tindanan
7. Hasilnya jalinan dari gosokan akan
terhasil.
-Jalinan dihasilkan dari teknik gosokan
bertemakan pemandangan;
1. Buat lakaran pemandangan yang
dikehendaki dengan pensel di atas kertas
lukisan jenis nipis.
2. Letakkan kertas lukisan di atas
permukaan berjalinan dan gosok dengan
krayon di atas permukaan kertas lukisan
tersebut. Jalinan tersebut akan
menghasilkan corak pemandangan yang
cantik.
3. Letakkan kertas tersebut pada
permukaan jalinan yang lain pula.
Kelihatan tiga jenis pokok mempunyai
jalinan yang berlainan.
4. Jalinan boleh diulang atau ditindih
dengan menggunakan permukaan jalinan
yang sama atau permukaan jalinan yang
lain.
5. Kesan yang menarik akan kelihatan
apabila menggunakan krayon pelbagai
warna.
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
# Komen dan kritikan seni secara positif
dan negatif juga disentuh.
# Berkomunikasi terhadap sesuatu hasil
kerja secara sistematik dari aspek
diskripsi, analisa, interpretasi dan
penilaian.
C A D A N G A N P O S I T I F
D A L A M
P E N G A J A R A N
D A N P E M B E L A J A R A N
S E N I
i)Benarkan murid meluahkan perasaan
dalam hasil kerja mereka dengan
mengambil kira;
1. perasaan yakin dalam mengawal
bahan
2. penggunaan berbagai jenis media
tidak terhad kepada satu jenis media
sahaja
3. pemahaman jelas tentang alam yang
terdapat dipersekitaran mereka
4. kepuasan dalam menghasilkan kerja-
kerja seni yang datang dari naluri
dalaman secara kreatif.
ii)Galakkan murid menggunakan
peralatan seni dalam aktiviti
pembelajaran harian mereka dalam
subjek lain. Beri mereka peluang
meluahkan perasaan hati dan keikhlasan
hati dalam kerja-kerja yang mereka
lakukan.
iii)Fahami bahawa murid-murid mencipta
secara emosional dan intelektual. Cara
mereka mengilustrasikan perasaan
dalaman mereka. Hargai apa yang
mereka lakukkan bukannya kritikan
secara negatif.
iv) Murid-murid juga perlukan privacy
dalam menghasilkan hasil kerja mereka.
v) Hargai hasil kerja mereka secara adil
dan mengambil tahu tentang semua
murid bukan sebahagiannya.
vi) Beri peluang meneroka produk-produk
seni dengan lebih dekat lagi. Beri mereka
peluang menjalani sesi apresiasi seni
secara berterusan berpandukan penilaian
mereka.
viii) Kaitkan arahan-arahan seni dengan
pengalaman murid-murid di luar studio.
ix) Galakkan murid menunjukkan dan
menerangkan kerja mereka kepada
murid lain supaya dapat mencipta
suasana minat secara bersama.
22
x) Beri pendedahan cara menjaga dan
membersihkan bengkel seni dan diri
sendiri. Cara begini dapat memberikan
kesedaran terhadap nilai-nilai murni pada
diri masing-masing.
C A D A N G A N
N E G A T I F D A L A M
P E N G A J A R A N
D A N P E M B E L A J A R A N
S E N I
i)Elakkan dari memberikan idea kepada
murid secaraseratus peratus. Galakkan
murid mencipta idea sendiri.
ii) Kritikan hasil kerja seni murid sehingga
memalukanmurid perlu dielakkan.
Galakkan murid membuat refleksikepada
pengalaman persekitaran mereka dan
reaksimurid terhadap situasi harian.
iii) Jangan risau tentang objek yang
dilukis atau teknik yangdigunakan tidak
betul. Murid akan meminta
bantuansehingga pada satu tahap di
mana mereka perlu membuatperubahan
pada hasil kerja mereka.
iv) Elakkan dari mematahkan semangat
murid yangbersungguh-sungguh dalam
menyiapkan hasil kerjamereka walaupun
kerja mereka tidak memuaskan.
v) Jika menggunakan hasil kerja murid
sebagai contohdalam aktiviti apresiasi
seni, elakkan memberikan pujianyang
melambung dan mencari kesalahan.
vi) Jangan hadkan teknik yang diguna,
beri merekakebebasan.
vii) Jangan hampakan murid tentang
tema atau subjek yangdilukis di luar
bidang kemampuan mereka.
viii) Elakkan dari proses peniruan hasil
kerja orang lain. Galakkan mereka
menghasilkan kerja sendiri.
ix) Jangan kumpulkan murid-murid yang
bermasalah dan murid-murid yang
berbakat dalam acuan yang
sama.Tubuhkan satu aktiviti khas bagi
murid-murid tersebut.
x) Tidak digalakkan memberikan kritikan
negatif yang keterlaluan apabila respon
terhadap hasi kerja murid.
T O P I 8 . R E S I S
(a) Definisi Resis
# satu aktiviti menggambar yang
dihasilkan dari warna basah dan
contengan lilin.
# Lilin digunakan untuk menutup
kawasan permukaan kertas atau kain.
# buku Glosari Seni Lukis, resis
didefinisikan sebagai suatu kaedah
melukis cat air dengan menyapu cat ke
permukaan yang telah disapukan lilin di
bahagian-bahagian yang tidak hendak
dicat atau diwarnakan.
# aktiviti menggambar yang dihasilkan
dengan cara menolak warna basah atau
cat basah yang disapu ke atas
permukaan kertas yang disapu lilin.
# teknik menggunakan lilin, krayon lilin
bertindak sebagai alat untuk membuat
garisan atau lakaran di atas kertas dan
diwarnakan permukaannya.
( b ) A l a t d a n M e d i a
# Teknik resis dalam proses
menggambar adalah satu kegiatan yang
sangat menarik dijalankan kpd murid2.
# meneroka dengan lebih jauh lagi alatan
dan bahan yang digunakan dalam proses
menggambar.
# resis dianggap sebagai satu hasil kerja
yang lain dari kebiasaannya. Dengan
cara ini aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan tdak akan
membosankan murid-murid kerana
mereka amat sukakan kelainan dan
pembaharuan dalam hasil kerja mereka.
# Berbagai jenis alatan dan bahan dalam
aktiviti resis;
i) Berbagai jeni bahan yang berasaskan
lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon
lilin
ii) Berbagai jenis kertas seperti kertas
lukisan, kertas tebal,kertas kadbod,
kertas manila kad
iii) Berbagai jenis kain putih seperti kain
cotton poplin,cotton cambrich, rayon/fuji,
cotton lawn kima,
iv) Berbagai jenis pensel untuk membuat
lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam
v) Berbagai jenis warna seperti warna air,
warna poster,warna tempera, cat rumah,
vi) Berbagai jenis dakwat basah yang
berbagai warna.
( c ) T e k n i k
# Tentukan tajuk yang hendak dijalankan
pada minggu tersebut. Kemudian
kegiatan apakah yang hendak dijalankan
dalam bidang menggambar.
# mencadangkan alat, media dan teknik
apakah yang hendak digunakan dalam
proses p & p psv.
23
# Teknik resis yang boleh dijalankan
kepada murid-murid:
i. Krayon resis dengan
warna air
ii. Krayon resis dengan
warna poster
iii. Krayon resis dengan
warna tempera
iv. Krayon resis dengan
dakwat basah
v. Krayon resis
vi. Kertas lilin resis
vii. Resis dengan kain
viii. Krayon resis batik
ix. Resis dari warna air dan
perekat getah (campuran)
x. Resis dari warna air dan
lilin biasa
xi. Resis dari kapur dan lilin
(cara positif)
xii. Resis dari kapur dan lilin
(cara negatif)
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
CONTOH 1
Tema/tajuk: Situasi harian Alat dan
bahan: krayon lilin, kertas lukisan, berus,
warnaair, bekas air
Cara-cara:
1. Lukis atau lakar satu gambar situasi
harian dengan menggunakan lilin biasa.
Elakkan dari menutupi kesemuabahagian
kertas lukisan tersebut dengan lilin.
2. Tutup semua permukaan kertas
dengan warna air.Warna air akan
menyerap pada permukaan yang tidak
berwarna dan bahagian yang dilukis atau
dilakar dengankrayon akan diresiskan.
3. Adalah lebih baik jika menggunakan
lilin dari warna-warna lembut atau lilin
putih, warna air yang gelapdigunakan
untuk mendapatkan kesankontra. Cara
ini akan kelihatan lebih menarik.
4. Teknik ini juga boleh dijalankan
dengan menggunakanwarna poster dan
dakwat basah.
C O N T O H 2
Jenis resis: Resis dari kertas lilin
Tema/tajuk: Pemandangan di kota Alat
dan bahan: kertas lilin atau kertas stensil
lilin, kertaslukisan, pensel, warnaair,
berus, bekas air.
Cara-cara:
1. Letakkan kertas lilin di atas kertas
lukisan.
2. Lukis secara kuat dengan memberikan
tekanan padapermukaan kertas lilin
tersebut menggunakan pensel
atauhujung kayu. Tekanan kuat pada
kertas lilin ketika melukisakan
memindahkan lilin di atas kertas lukisan
Mtersebut.
3. Alihkan kertas lilin tersebut dan
warnakan permukaanlakaran yang
terdapat di atas kertas lukisan
denganmenggunakan warna-warna
lembut. Kesan garisan lilinyang terdapat
pada permukaan kertas lukisan
tersebutakan timbul dalam keadaan
warna putih dan lutsinar.
4. Melukis dengan menggunakan lilin
paraffin atau lilinbiasa akan
menghasilkan kesan yang sama juga.
C O N T O H 3
Jenis resis: Resis dari warna tempera
Tema/tajuk: Haiwan kegemaran saya
Alat dan bahan: warna tempera, berus,
kertas lukisan,Higgins India ink.
Cara-cara:
1. Warnakan sebahagian kawasan kertas
lukisan denganwarna tempera untuk
membuat corak. Dengan kata
laintinggalkan sebahagian besar kertas
tidak berwarna untuk membenarkan
dakwat diserap ke bahagian
tersebut.Warna perlulah pekat dan tebal.
2. Apabila warna kering, cat semua
bahagian permukaankertas tadi dengan
dakwat basah.
3. Apabila dakwat kering, pegang kertas
lukisan tersebutdan lalukan permukaan
kertas dengan air paip yangmengalir
sehingga dakwattersebut tanggal. Jika
susah untuk ditanggalkan, guna jari.
Berhati-hati semasa menghakiskan
dakwat daripadakertas lukisan tersebut.
Terlalu banyak basuhan
akanmenyebabkan warna dan dakwat
hilang. Lebihan warnayang hilang boleh
digantikan dengan warna air dandakwat
4. Jika warna hendak dikekalkan ia mesti
di warna padabahagian kertas bukan
pada bahagian berwarna yangterdapat
pada kertas tersebut.
C O N T O H 4
Jenis resis: Krayon resis batik
Tema/tajuk: Corak alam semulajadi Alat
dan bahan: Krayon, kertas manila,
pensel, warna air,berus, kertas tisu
Cara-cara:
1. Hasilkan satu lakaran dengan pensel
di atas kertasmanila ataupembungkus
kertas makanan yang tebal.
2. Guna garisan pensel sebagai
panduan, lukis garisandan bentuk
dengankrayon membenarkan kawasan
kertas masih kelihatan.
3. Rendam kertas dalam air dan renyuk
menjadi bola.
4. Luruskan kertas manila semula,
ratakan dan buanglebihan air
yangterdapat pada kertas manila dengan
menggunakan tisu.
5. Warna keseluruhan permukaan
dengan warna air atauwarna
tempera.Warna akan diserap oleh
24
bahagian kertas yang tidak berwarna dan
diresisoleh krayon lilin menjadikan
seolah-olah seperti jaringsarang labah-
labahatau corak batik.
6. Lihat contoh berikut.
C O N T O H 5
Jenis resis: Resis dari perekat getah dan
warna air(campuran)
Tema/tajuk: Alam benda (rumah saya)
Alat dan bahan: warna air, kertas,
perekat getah, berus,pemadam.
Cara-cara:
1. Lukis atau buat lakaran ke atas kertas
dengan perekatgetah.
2. Guna berus untuk membuat lakaran
atau dengan jari.
3. Biarkan perekat getah itu kering.
4. Warnakan di atas lakaran yang dibuat
dari perekatgetah dengan warna air.
5. Beberapa jenis warna boleh disapu di
atas permukaankertas lukisan.Perekat
getah akan meresiskan warna tersebut.
6. Biarkan permukaan yang diwarnakan
itu kering.
7. Bersihkan permukaan perekat getah
dengan pemadam.
8. Perekat getah boleh diaplikasikan
beberapa kali ke ataspermukaan kertas
lukisan yang telah diwarnakan
tetapipastikan warna tersebut
keringdahulu.
C O N T O H 6
Jenis resis: Resis dari kapur dan lilin
(cara positif dannegatif)
Tema/tajuk: Haiwan kegemaran saya
Alat dan bahan: kertas kartridge, kapur
putih, krayon lilin
Cara-cara:
1. Lipat kertas kartridge menjadi dua
bahagian.
2. Bahagian dalam disapu dahulu dengan
satu lapisankapur putih kemudiandisapu
satu lapisan krayon lilin yang berwarna.
3. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua
bahan iaitu kapurdan krayon lilindisapu
tebal sehingga menutupi kawasan kertas
kartridgetersebut.
4. Kertas kartridge dilipat dan lukisan
dipindahkan keataspermukaan
luarlipatan.
5. Hasilnya lilin dialihkan dari permukaan
dan melekatpada lipat
kertasbersebelahan.
CONTOH 7
Jenis resis: Resis dengan kain
Tema/ tajuk: flora Alat dan bahan: kain
putih, lilin, warna batik, serbuk
soda,sodium silikat, canting ikut saiz
kesukaan, berus lembutpelbagai saiz,
pemidang kayu untuk menegangkan
kain.
Cara-cara:
1. Kain putih diregangkan padapemidang
dengan menggunakanstapler untuk
menegangkan danmeluruskan kain.
2. Buat lakaran corak dengan
penselpada permukaan kain tersebut.
3. Panaskan lilin dalam periuk denganapi
yang perlahan.
4. Guna pen canting untuk menceduk lilin
cair dan alirkanpada corak.
5. Gunakan berus lembut untuk mewarna
corak yangdilukis tadi.
6. Setelah kering keluarkan dari
pemidang dan rendamdalam sodium
silikat untuk mematikan warna.
7. Rebus dalam air panas yang diletak
soda ash untuk menanggal kesan lilin.
8. Jemur kain di bawah sinar matahari
# Cara membangunkan kemahiran
sendiri dan yakin dalam membuat kritikan
seni iaitu secara pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan empati
dan pendekatan interaktif digariskan
seperti berikut:
(a) Pendekatan Induktif
satu proses membuat kritikan seni dan
menilai hasil kerja seni di peringkat
awalan. Pendekatan induktif banyak
mengumpul fakta-fakta tentang visual
yang terdapat dalam sesuatu hasil kerja
seni. Murid dapat mengumpul satu
inventori terhadap hasil kerja, dapat
menyatakan perhubungan di antara
elemen-elemen visual dan yakin telah
dapat menginterpretasi kerja-kerja seni
tersebut. Murid juga boleh membuat
rumusan terhadap luahan perasaan dari
apa yang mereka telah lihat. Dalam
pendekatan induktif ini, murid dielakkan
dari membuat reaksi emosi atau
penilaian yang bersifat pra matang.
Prosedur pendekatan induktif adalah
seperti berikut:
1. Penerangan tentang ciri asas hasil
kerja:
- Bahagian elementary: seperti merah,
kuning, tiga
segi,gelap, terang,
- Bahagian kompleks: corak yang
terdapat pada
sawahpadi, deretan pokok
2. Penerangan tentang perhubungan
antara bahagian-bahagian lain:
- Kawasan elementary: kawasan ini
lebih terang daripada
kawasan di belakang
- Kawasan kompleks: Bahagian kanan
lebih
kasardaripada kawasan kiri
3. Penerangan beberapa kawasan dan
kualiti keseluruhan:
25
- Aspek bukan manusia: Satah-satah
diulang-ulang
- Aspek manusia: gembira, suka,
marah, sedih
4. Interpretasi aspek-aspek yang
berkaitan dengan pengalaman
- Apa yang dipotretkan: bot, kuda, kereta,
- Apa yang dicadangkan: tulang-tulang
seperti dinosaur,garisangarisan seperti
daun.
5. Interpretasi dan rumusan idea, tema,
kualiti untuk mencirikan sesuatu makna
ekspresif untuk memberisokongan
terhadap sesuatu penilaian.
6. Menilai kerja dengan menyusun
ceritera dan bukti-bukti untuk sokongan
penilaian.
(b) Pendekatan Deduktif
# melibatkan pemilihan kriteria tertentu
untuk menilai kerja-kerja seni, memeriksa
kerja seni yang dilihat melalui fakta-fakta
visual. Pendekatan ini juga akan dapat
menentukan kerja-kerja seni itu
memuaskan atau tidak mengikut
standard. Walau pun pendekatan
deduktif ini bersifat tidak natural dan
terhad, pendekatanini boleh
menggalakkan penglibatan murid
terhadap sesuatu hasil kerja seni
# dikatakan mengambil format
perdebatan dalam menilai hasil kerja dan
ia dianggap sesuatu yang menarik dan
mencabar.
Prosedur asas digariskan seperti berikut:
1. Memilih dan menentukan criteria apa
yang hendak diguna.
2. Memeriksa sesuatu hasil kerja untuk
mengenal pasti bukti-bukti tertentu yang
dapat memenuhi atau tidak dapat
memenuhi kriteria.
3. Menentukan tahap dimana kriteria itu
telah dipenuhi.
(c) Pendekatan Empati (Empathy)
# berasa empati terhadap sesuatu hasil
kerja seni, kita telah meluahkan perasaan
dan kapasiti terhadapnya seolah ianya
hidup dan cergas. Kita boleh melihat
garisan seolah-olah bergerak, aktif dan
mempunyai ritma. Kita juga melihat
seolah-olah pokok melambai-lambai,
kesunyian. Analogi ini membantu kita
mengalami seni membuat penilaian
seperti lukisan itu buruk atau lukisan itu
cantik.
Apabila kita memeriksa hasil kerja seni,
beberapa teknik seperti berikut dapat
membantu untuk meningkatkan empati
dalam menjalani kritikan seni:
i) Lihat dan nyatakan perasaan hati yang
sebenar dan jangan keterlaluan dalam
menyatakan perasaan hati.
ii) Guna analogi dan metafora untuk
mengaitkan apa yang dilihat terhadap
perasaan anda. Dapatkan mood dan
perasaan terhadap kerja tersebut.
iii) Guna pengalaman sendiri dan
pengetahuan sendiri. Buat perbandingan
apa yang dilihat dan nyatakan perasaan
sendiri, tempat yang anda telah pergi dan
pengalaman dari menghasilkan kerja
sendiri.
iv) Perkukuhkan diri dan keadaan dan
jangan takut untuk menilai sesuatu hasil
kerja seni.
v) Penglibatan secara fizikal dan
imaginasi seolah-olah kita berada dalam
suasana tersebut. Gunakan body
language untuk menyatakan perasaan
anda.
vi) Buat penilaian hasil kerja jika anda
mahu.
(d) Pendekatan Interaktif
# satu pendekatan melihat sesuatu hasil
kerja melalui perbincangan dan
perbahasan, perjanjian berkumpulan
tentang makna-makna hasil kerja
tersebut.
# Perbincangan berdasarkan langkah
yang sama seperti pendekatan induktif,
iaitu mengumpul formulasi satu hipotesis
tentang makna hasil kerja tersebut.
Kumpulan akan menjalankan kajian lanjut
tentang hasil kerja tersebut. Walaupun
pendekatan ini bersifat analitikal,
pandangan setiap orang boleh
meningkatkan pemahaman seseorang
tentang sesuatu hasil kerja.
Prosedur pendekatan ini digariskan
seperti berikut:
1. Memilih seorang moderator dan
menyatakan tugas-tugas
2. Galakkan seberapa ramai ahli dalam
proses penerangan hasil kerja seni.
Guna garis panduan induktif untuk
membimbing memberi penerangan.
3. Apabila ahli kehabisan penerangan
untuk dijelaskan wujud andaian dan
hipotesis
4. Beralih kepada perbincangan secara
berkumpulan, membuat hipotesis
sehingga satu atau dua interpretasi
wujud untuk menerangkan makna hasil
kerja tersebut.
# Apa yang ingin kita lihat setelah melalui
pendekatan-pendekatan seperti yang
telah dinyatakan terdahulu sekurang-
kurangnya dapat memberikan panduan
kepada guru untuk melihat
perkembangan kemahiran dalam
membuat penilaian secara kritikal.
26
T O P I K 9 :
P E R C I K A N
(a) Definisi Percikan
# buku Glosari Seni Lukis percikan
didefinisikan sebagai corak-corak tompok
dan titik pada lukisan cat.
# kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
pula percikan ialah titik-titik air atau
warna yang berserak-serak ke sana sini
setelah air atau warna itu terhempas ke
suatu permukaan.
# satu teknik hiasan catan dengan
mendetik, mengetuk atau menjentik
bahagian bulu berus yang akan
menghasilkan kesan ‘a speckled granite -
style finish’ yang akan kelihatan lebih
moden daripada kesan warna yang lain.
# Percik-percik halus warna disembur ke
serata tempat untuk menghasilkan kesan
antik.
# teknik corakan warna dihasilkan
dengan tepukan atau jentikan
menggunakan berus lukisan yang
mengandungi warna ke atas permukaan
yang rata
( b ) A l a t , M e d i a d a n
T e k n i k
Di antara alatan yang boleh digunakan
untuk menghasilkan percikan ialah
seperti berikut:
i) Berbagai jenis berus lukisan yang
berbagai saiz dan bentuk
ii) Berbagai jenis berus gigi dari
permukaan rata hingga permukaan
beralun
iii) Berbagai jenis berus cat dari
permukaan lembut ke permukaan keras
iv) Penggelek cetakan yang berbagai
saiz
v) Berbagai jenis warna air seperti warna
air, warna poster, warna tempera, warna
minyak, cat dinding, warna plaka /mural,
dakwat
vi) Kertas yang berbagai jenis seperti
kertas lukisan, kertas taip, kadbod,
manila kad, kertas stensil
vii) Warna semburan, pistol semburan
viii) Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat
khabar.
ix) Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
kering, corak figura, bentuk-bentuk dari
alam benda boleh digunakan untuk
menghasilkan corak dalam aktiviti
percikan.
(c) Teknik
# disesuaikan dengan peringkat umur
murid dan keupayaannya. Berbagai jenis
teknik boleh dicadangkan untuk diguna
pakai semasa menjalani aktiviti percikan
ini, di antaranya ialah:
i) Sebelum memulakan aktiviti percikan,
warna latar padapermukaan kertas perlu
ditentukan dahulu samadamenggunakan
warna asli kertas tersebut atau
diwarnakanterlebih dahulu. Jika hendak
menggunakan warna, warna-warna yang
sesuai diaplikasikan pada permukaan
kertas ialah seperti warna air, warna
poster, warna minyak,warna tempera,
warna batik, warna akrilik boleh
digunakan. Apabila warna latar kering
barulah dimulakan aktiviti percikan.
ii) Teknik kedua ialah dengan
menggunakan berus cat dinding rumah
yang terpakai. Bahagian hujung berus
yang keras dicecah warna, kemudian
buang lebihan warna yang terdapat pada
berus tersebut dengan menyapu pada
tepi tin. Berus diketuk kuat di bahagian
tepi tin cat. Ketukan yang kuat akan
menyebabkan titikan cat terbang di
permukaan kertas. Ini bermakna saiz
percikan yang dihasilkan dengan satu
ketukan akan menghasilkan saiz
percikan lebih kurang sama.
iii) Cara percikan dijalankan dengan
menggunakan berbagai jenis warna
boleh juga dihasilkan. Ianya boleh
dijalankan beberapa kali dengan warna
yang berlainan ke atas kawasan percikan
yang sama. Hasil percikan ini akan
menampakkan titik halus yang berbagai
saiz dan berbagai warna.
iv)Teknik menggunakan pistol semburan
atau spray can berwarna boleh
menghasilkan percikan yang halus dan
seragam. Cara ini dikatakan lebih cepat
menghasilkan percikan daripada cara
menggunakan berus. Dengan
menggunakan tekanan udara yang
rendah, kesan percikan akan terjadi.
v) Satu lagi cara menghasilkan percikan
ialah dengan menggunakan Roller atau
berus penggelek. Apa yang perlu
dilakukan ialah dengan mencelup berus
penggelek ke dalam tin cat. Pastikan
penggelek dipenuhi dengan
cat,kemudian gelek pada satu
permukaan lain seperti kertas dilekatkan
pada dinding. Gelek secara cepat dan
laju. Cara ini akan menyebabkan lebihan
warna akan terpelanting keluar daripada
berus penggelek dan akan menghasilkan
percikan pada permukaan berdekatan.
vi) Penggunaan warna yang pekat atau
cair akan menghasilkan percikan yang
berlainan saiz dan bentuk. Terpulanglah
kepada kreativiti seseorang bagaimana
hendak menghasilkannya.
vii) Selain dari menggunakan berus,
berus penggelek atau pistol semburan,
percikan boleh juga dilakukan dengan
mengetuk berus yang mempunyai warna
pada bahagian pemegang kayu berus
yang lain.
27
ix) Penggunaan berus gigi yang berbagai
saiz juga boleh menghasilkan percikan.
Celup berus gigi di dalam warna dan
lalukan pada besi halus atau kayu halus.
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
CONTOH 1
Tema: tumbuh-tumbuhan atau
menghasilkan corak
Alat dan Media: warna tempera atau
dakwat berwarna, kertas lukisan,
kepingan kecil skrin cermin, ‘spray can’,
berus keras seperti berus terpakai yang
lama atau berus gigi, pita pelekat, kertas
surat khabar atau kertas bungkusan.
Cara mengaplikasikannya:
1. Guna pita pelekat untuk melekatkan
kertas lukisan dibahagian tengahkertas
surat khabar.
2. Berhati-hati semasa meletakkan warna
pada berus. Warna yang terlalu banyak
akan merosakkan proses atau kesan
percikan.
3. Pegang skrin di atas kertas dan gosok
berus (pergi dan balik) beberapa kali
dengan menggunakan berus atausembur
dengan warna semburan. Jika susah
untuk mendapatkan skrin cermin,
gunakan kayu untuk menggosok
permukaan berus. Gosokan tersebut
akan menghasilkan percikan pada
permukaan kertas lukisan.
4. Jika menggunakan cat semburan
pastikan pintu dan tingkap ruang bengkel
di buka untuk memberi laluan lebihan
percikan keluar.
5. Eksperimen di atas kertas lain dahulu
adalah amat digalakkan.
6. Untuk menampakkan kesan yang
menarik selepas menghasilkan percikan
pertama, tampal berbagai corak tumbuh-
tumbuhan sebenar di atas permukaan
kertas lukisan tersebut.
7. Hasilkan percikan sekali lagi ke atas
kertas lukisan tersebut dengan
menggunakan warna yang lain pula.
Alihkan tumbuh-tumbuhan tersebut dan
buat percikan kali ke tiga pula. Hasilnya
sungguh memuaskan. Rajah 9.3 .
CONTOH 2
Tema: Menghasilkan corak organik
Alat dan Media: kertas lukisan, warna air
atau warna poster, penyedut minuman,
berus.
Cara mengaplikasikannya:
1. Percikkan beberapa titikan warna
basah ke atas permukaan kertas dengan
menggunakan berus lukisan.
2. Tunjuk dan tumpukan hujung
penyedut minuman pada setiap satu
percikan yang ada dan tiup kuat.
3. Lebihan warna pada percikan tersebut
akan bergerak berbagai arah
menghasilkan satu corak yang menarik.
4. Tindihan berbagai warna pada
percikan akan menghasilkan corak yang
lebih cantik.
5. Lakukan berulang kali supaya
mendapat corak yang berbagai warna.
CONTOH 3
Tema: Percikan dalam aktiviti catan atau
kolaj atau corak abstrak.
Alat dan Media: kertas lukisan, dakwat
atau warna poster, berus lukisan, ranting
halus, kertas surat khabar, kain buruk.
Cara mengaplikasikannya:
1. Basahkan atau percikkan dengan
menggunakan berus/alat semburan baju
di atas permukaan kertas lukisan dengan
menggunakan air jernih.
2. Titikkan atau percikkan dakwat di
atas permukaan yang basah tadi dan
biarkan dakwat itu kembang.
3. Celupkan ranting dalam dakwat dan
lukiskan garisan-garisan sehingga ke
hujung kertas untuk mendapatkan corak
abstrak.
4. Jika tak secara langsung anda
ternampak suatu imej terjadi, tambahkan
garisan supaya imej tersebut nampak
dengan lebih jelas lagi.
5. Percikan cara ini boleh dijalankan
sewaktu anda menghasilkan catan
(hasilan untuk awan) atau simpan untuk
menghasilkan aktiviti kolaj.
CONTOH 4
Tema: Menghasil kad ucapan
Alat dan Media: berus gigi, kertas
lukisan, warna air,palet, pen manuskrip,
kertas suratkhabar
Cara mengaplikasinya:
1. Alas permukaan sekeliling dengan
menggunakan kertas lukisan untuk
mengelakkan percikan yang tidak
diingini.
2. Buat garisan dan tulis kata-kata
dengan menggunakanpen kaligrafi
dengan kemas di bahagian tengah kertas
lukisan tersebut.
3. Celup berus lukisan dalam warna air
dan percikkan dengan menggunakan
hujung jari.
4. Semasa menghasilkan percikan,
gerakkan tangan supaya percikan yang
dihasilkan berada dalam garisan
melengkung
5. Ulangi percikan dengan teknik yang
sama tetapi menggunakan warna yang
berlainan.
6. Pastikan berus berada dalam keadaan
yang bersih semasa membuat percikan.
CONTOH 5-biasa digunakan sbgai
l/belakang dlm aktiviti menngambar.
28
Tema: Menghasilkan setem dengan
teknik catan
Alat dan Media: Kertas lukisan, pen
dakwat, warna air, berus lukisan, pensel,
kertas surat khabar.
Cara mengaplikasinya:
1. Lakarkan satu pemandangan di atas
kertas lukisan
2. Percikkan warna-warna lembut untuk
menghasilkan warna latar pada catan
yang hendak dihasilkan.
3. Warnakan lakaran tersebut mengikut
teknik catan yang telah anda pelajari.
4. Kesan percikan pada bahagian latar
belakang masih kelihatan dan
menjadikan pemandangan lebih menarik
5. Teruskan dengan menulis kata-kata
dan membuat corak tepi kertas lukisan
untuk menampakkan rupa setem.
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
# Perbincangan secara berkumpulan
membuat pameran di dalam bilik darjah
penting dalam p&p.
# Galakkan murid memberi komen-
komen secara open ended dan guna
positif reinforcement mereka dan
menerangkan projek yang dibuat dan
cara-cara menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam projek tersebut. Adalah
lebih baik jika perbincangan dijalankan
tanpa mengetahui siapa yang
menghasilkan projek tersebut supaya
komen boleh dibuat tanpa mengira berat
sebelah pihak. Pameran hasil projek
sebaik sahaja menghasilkannya adalah
jalan terbaik untuk membina satu
penghormatan diri, penerimaan dan
sikap..
# Sebagai guru, haruslah peka terhadap
persepsi yang dikemukakan oleh murid
seperti:
i) Adakah murid dari berbagai jenis
budaya berkongsi idea yang sama
tentang hasil kerja seni tersebut? Cantik?
Buruk? Bermakna?
ii) Adakah hasil kerja seni mempunyai
fungsi dalam kehidupan pelajar?
iii) Adakah murid boleh respon terhadap
hasil kerja seni dari sudut perasaan?
iv) Bagaimana murid respon terhadap
keaslian hasil kerja tersebut?
v) Bagaimana murid respon terhadap
kreativiti yang dihasilkan dalam kerja seni
itu?
vi) Adakah murid mengambil kira teknik-
teknik yang digunakan seperti astrak,
realistik, tema, sejarah, ekspresi idea,
personal, perasaan, kesukaan, Isu
sosial/politik?
viii) Adakah murid mengambil kira tujuan
dan objektif yang dihasilkan oleh pelukis
tersebut?
# Berikut adalah beberapa perkara yang
perlu diambil kira apabila menjalani
proses menganalisa sesuatu kerja seni:
i) Siapakah pelukis yang melukis gambar
ini?
ii) Apakah tajuk atau tema yang
digunakan serta bilaianya dihasilkan?
iii) Apakah Âsubjek matterÊ yang
digunakan dalamhasilkerja seni ini?
iv) Apakah alatan, bahan, media dan
teknik yang digunakan?
v) Bagaimana pelukis ini menggunakan
garisan, warna,bentuk, ruang, jalinan,
rupa dan corak dalam hasil kerjaini?
vi) Adakah pelukis ini mengambilkira
prinsip harmoni,kontra, penegasan,
imbangan, kesatuan, kepelbagaiandalam
hasil kerja seninya?
vii) Adakah anda rasa lukisan ini realistik
atau abstrak?
viii) Bagaimanakah perasaan anda,
mood, idea apabilamelihat hasil kerja ini?
ix) Adakah anda rasa hasil kerja ini asli
atau diciplak darimana-mana?
x) Adakah hasilkerja seni ini mempunyai
perhubungansejarah?
xi) Apakah tujuan pelukis menghasilkan
hasil kerja seni ini?
xii) Apakah yang paling menarik dalam
hasil kerja seni ini?
xiii) Adakah hasil kerja seni ini berjaya
atau tidak?
Xiiii)nAdakah anda ingin membuat
perubahan dalam hasilkerja ini? Kenapa?
xv) Bagaimana pelukis menunjukkan
unsur ruang hadapan,tengah dan
belakang dalam hasil kerja ini?
xvi) Adakah anda rasa pemilihan alat dan
bahanbersesuaian dengan mood dan
suasana yang terdapatdalam hasil kerja
seni ini?
xvii) Adakah ia berjaya dalam
menghasilkan konsep/ideatersendiri?
xviii) Elemen apakah yang diguna untuk
menarik perhatiananda?
xix) Bagaimana anda menilai hasil kerja
ini dan berikan skala dari 1 hingga 10 (1
paling lemah hingga 10 paling baik).
29
T O P I K 1 0 : M O Z E K
(a) Definisi Mozek
# Glosari Seni Lukis, mozek boleh
didefinisikan sebagai satu reka bentuk
atau gambar yang dibuat daripada
serpihan kaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar.
# Sebuah gambar atau corak hiasan
dibuat dengan menyusun carikan kecil
bahan-bahan seperti kaca, marmar dan
seramik (tessera), di susun di atas
dinding, lantai atau permukaan yang
tidak rata dan menghasilkan pantulan
/kilauan.
# Satu seni dekoratif lama dengan
menyusun kepingan kecil kaca, batu,
tessera di permukaan dinding, siling dan
lantai.
# Satu bentuk seni di mana kepingan
bahan semula jadi atau bahan buatan
manusia yang berwarna disusun
bersebelahan tidak ditindih di atas
permukaan rata untuk menghasilkan
gambar atau corak.
( b ) A l a t d a n M e d i a
# Berbagai jenis kertas seperti kad bod,
kertas lukisan, kertas menaip, kertas
nota, kertas surat khabar, kertas binaan
(construction paper).
# Berbagai jenis pelekat seperti gam
biasa, gam putih,gam kayu, gam simen.
# Bekas untuk menyimpan carikan
kertas, kadbod, syiling, bijirin
# Playar, pembaris, ‘clear spray’
# Bahan semula jadi seperti bunga-
bunga kering, berbagai daun kering,
rumput
# Pelbagai jenis biji-bijian atau objek
semula jadi
# Pewarna makanan
# Pensel, pen, tali,
# Kertas berbagai warna, kertas majalah
berwarna, gambar-gambar berwarna
( c ) T e k n i k
Secara amnya terdapat tiga jenis teknik
menghasilkan mozek iaitu;
i) Direct Method
Teknik secara langsung atau direct
method, ialah dengan menggambar
bahan di atau permukaan seperti kertas,
kadbod, permukaan pasu, lantai dan
sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan
pada projek-projek kecil yang mudah alih.
Kebaikan mozek cara ini ialah mozek
yang dihasilkan jelas kelihatan.
Keburukannya pula pelukis atau pembuat
mozek perlu bekerja secara terus
menerus di atas permukaan yang dipilih.
Ianya dianggap sebagai satu hasil kerja
yang tidak praktikal pada jangka masa
yang lama, tidak sesuai pada projek
berskala besar dan susah untuk
mendapatkan kesamaan permukaan
yang siap. Cara ini sesuai untuk
permukaan kertas lukisan, lantai dan
permukaan meja.
ii) Indirect Method & double indirect
method
Teknik secara tidak nyata atau indirect
method pula berlaku semasa proses
menghasilkan sesuatu kerja. Apabila
mozek siap, media yang sama diletakkan
di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan
bahagian asli diasingkan dari bawah
mozek tadi. Teknik indirect method dan
double indirect method selalunya dibuat
mengikut bahagian demi bahagian
sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum
hasil mozek itu dihantar ketempat
destinasi untuk ditampal.Ianya amat
sesuai untuk projek besar seperti projek
mural. Terdapat juga mozek yang boleh
dihasilkan dalam digital imej. Imej yang
dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula
adalah satu gambar yang dibuat
daripada beberapa cantuman gambar-
gambar lain
Teknik menghasilkan mozek;
- Mozek kertas
- Mozek timbul
- Mozek catan
- Mozek campuran
- Mozek potongan kertas
- Mozek cebisan kertas
- Mozek tebuk (ÂpuncherÊ)
- Mozek koyakan kertas
- Mozek fabrik
- Mozek bijian
- Mozek bahan buangan
A P L I K A S I A L A T ,
M E D I A D A N T E K N I K
# Di peringkat sekolah rendah, carikan/
potongan/ guntingan /cebisan kertas-
kertas berwarna dan ditampal di atas
permukaan rata seperti kertas lukisan,
kadbod, kayu playwood dan sebagainya.
Walaupun cara menampal kertas-kertas
dalam aktiviti kolaj dan mozek boleh
dikira ada persamaan tetapi masih
terdapat perbezaan dalam
melaksanakannya.
# Kolaj digubah dengan menampal
keratan kertas secara tindihan manakala
mozek pula digubah dengan menampal
keratan kertas secara bersebelahan dan
tidak ditindih. Kedua-dua hasil kerja ini
boleh dianggap rumit juga tetapi menarik
perhatian orang ramai apabila siap. Mari
kita perhatikan contoh-contoh bagaimana
aktiviti mozek itu dilaksanakan.
C o n t o h 1
Jenis Mozek: Mozek dari kertas
Tema: Haiwan/figura
30
Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna
dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi
untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas latar.
Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema
atau tajuk yanghendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa
bentuk yang sama.Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkansupaya
senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masasemasa proses
menampal dijalankan.
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan
kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat
potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan
ruang di antara cebisan-cebisan kertas
supaya tindihan tidak berlaku. Potongan
kertas boleh diangkat dengan
menggunakan pin rambut atau
pencungkil gigi yang diletak sedikit gam.
4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan
mozek sehingga habis.
Tips: Cara memotong kertas berwarna
ada berbagai-bagai. Di antaranya ialah
dengan cara carikan, koyakan, potongan
bebas, potongantiga segi, potongan
empat segi, menebuk dengan
menggunakan penebuk kertas, potongan
dengan pembaris dan sebagainya.
Warna pada kertas perlu dipilih dengan
betul dan sesuai dengan tema/tajuk/objek
yang hendak dihasilkan.
C o n t o h 2
Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari
biji-bijian
Tema: Tumbuh-tumbuhan
Alat dan bahan: kad bod, kertas binaan,
gam putih, berbagai jenis biji-bijian dari
alam semulajadi, pewarna makanan,
pensel, tali atau benang, clear spray.
Cara-cara:
1. Hasilkan lakaran di atas kertas binaan
dengan memerhatikan tempat atau
kawasan di mana bijian perlu diletak.
2. Lekat kertas binaan di atas kad bod
keras, kedua-duanya mempunyai saiz
yang sama supaya kelihatan kukuh.
3. Letakkan gam di kawasan yang dilakar
dan susun bijian, manik, objek
semulajadi pada lakaran dan penuhkan
lakaran tersebut.
4. Untuk kelihatan lebih kemas aturkan
bijian di kawasan luar rupa objek terlebih
dahulu kemudian penuhkan bahagian
dalam pula.
5. Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz
halus susah untuk diatur dan memakan
masa yang lama untuk menyiapkan.
Untuk mempercepatkan proses, guna
pencungkil gigi yang diletakkan sedikit
gam dihujungnya supaya senang proses
mengangkat bijian tersebut.
6. Bila siap buang lebihan bijian dan
sembur hasil kerja mozek dengan clear
spray untuk mendapatkan kesan yang
lebih menarik.
Tips: Tambahan bahan boleh digunakan
seperti tali, benang, kulit kayu dan laiN
lain yang bersesuaian untuk kelihatan
lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja
ini dibingkaikan dengan meletakkan
cermin atau plastik keras supaya bijian
kekal lama.
C o n t o h 3 :
Terdapat juga mozek dari teknik catan.
Mozek jenis ini lebih sesuai untuk murid-
murid di tahap dua kerana ia memerlukan
kawalan, disiplin dan ketekunan semasa
menghasilkannya. Ia juga berguna
sebagai latihan mewarna. Kejayaan
mozek ini bergantung kepada latar
belakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh
mozek dari teknik catan:
Jenis mozek: Mozek catan
Tema: haiwan
Alat dan bahan: pensil, pembaris, air,
berus, kertaslukisan, warna air atau
warna poster.
Cara-cara:
1. Lakar rupa bentuk ikan di atas
permukaan kertas lukisan. Tambahkan
mata, sirip di bahagian dalam dan
tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan
lebih menarik.
2. Buat garisan dengan ukuran 2cm X
2cm di keseluruhan kertas lukisan
termasuk lakaran. Garisan pensel perlu
dibuat secara nipis sahaja.
3. Kotak-kotak tersebut diwarnakan
dengan warna air atau warna poster
dengan warna yang dikehendaki.
Hadkan warna kepada tiga warna sahaja.
4. Proses mewarna mengambil masa
yang agak lama juga untuk disiapkan.
Satu warna dihasilkan sehingga siap
barulah digunakan warna kedua dan
warna ketiga.
5. Garisan yang memisahkan empat segi
dalam beberapa bahagian perlu
diwarnakan dengan warna yang
berlainan. Dengan cara ini corak ikan
akan kelihatan lebih menarik apabila siap
nanti.
6. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam
kumpulan kecil.
Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak
menggunakan teknik menampal bahan-
bahan, konsep mozek masih boleh
diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah
dicadangkan warna-warna yang hendak
31
digunakan adalah warna-warna kontra
supaya objek yang dilukis jelas kelihatan.
P E R S E M B A H A N
H A S I L K A R Y A
# Dalam mempersembahkan tentang
sesuatu hasil karya, perkara-perkara
seperti membuat penilaian, membuat
kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri,
luahan perasaan, diskusi, dan bersoal
jawab seringkali dikaitkan. Persembahan
hasil karya sendiri atau orang lain
diterima sebagai bahan penting untuk
dirujuk semasa menjalani sesi apresiasi
seni. Hasil kerja seni terutama murid-
murid sekolah rendah dianggap satu
kerja yang jujur, segar, berterus terang,
penuh imaginatif dan intuitif.
# Penilaian hasil kerja seni berdasarkan
empat unsur iaitu bahagian diskriptif,
bahagian formal analisis, bahagian
interpretasi dan bahagian penilaian.
# Menilai kerja seni di peringkat diskriptif
memerlukan seseorang menggunakan
deria lihat dan menyatakan apa yang
mereka lihat dalam sesuatu hasil karya.
Mereka akan menyatakan pandangan
mereka buat pertama kali tentang apa
yang mereka lihat pada sesebuah
lukisan/ catan misalnya. Biasanya
mereka akan memperkatakan tentang
sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu
termasuk objek/imej yang terdapat
dalam hasil kerja itu.
# Menilai hasil kerja di peringkat formal
analisis lebih terancang. Perkara-
perkara yang perlu dibincangkan adalah
seperti struktur komposisi yang terdapat
dalam hasil kerja tersebut, perbezaan
antara simetri dan asimetri, mengenal
pasti alatan dan media yang digunakan
dalam hasil kerja, teknik-teknik yang
digunakan dalam penghasilan hasil kerja,
unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan
yang diguna pakai.
# Manakala di peringkat interpretasi pula
perbincangan lebih menjurus kepada
tahap-tahap imaginasi seseorang murid
itu, membuat spekulasi makna yang
tersirat dalam hasil kerja tersebut dan
membuat andaian tentang tujuan pelukis
melukis hasil karyanya. Untuk
menghasilkan perbincangan ini,
seseorang murid ditanya bagaimana
membuat perkaitan di antara struktur
yang boleh diperhatikan dengan arah
tujuan pelukis yang menghasilkan hasil
karya tersebut. Di peringkat ini murid
akan dapat mengetahui penggunaan
komposisi elemen yang telah digunakan
oleh pelukis. Mereka juga boleh
mengaitkan elemen-elemen warna
dengan perasaan pelukis, pandangan
pelukis terhadap objek/imej yang dilukis.
Perkara-perkara tersebut memerlukan
perbincangan lanjut dalam tahap
interpretasi ini. Pada peringkat ini
cadangan yang dikemukakan oleh murid-
murid terhadap sesuatu hasil karya
adalah bersifat terbuka dan tanpa
memikirkan jawapan yang diberi sama
ada betul atau salah. Semua cadangan
mereka boleh diterima.
# Di peringkat penilaian pula,
perbincangan lebih tertumpu kepada
melihat kejayaan seseorang pelukis
sama ada berjaya dihasilkan atau pun
tidak. Peringkat ini dipanggil peringkat
kritikal kerana perlu menjalani satu
rumusan terhadap kejayaan atau
kegagalan hasil kerja tersebut. Hasil
kerja tersebut boleh di gredkan dan
dibuat perbandingan dengan hasil kerja
lain. Kritikan yang dijalankan di peringkat
sekolah lebih ke arah kecenderungan
sama ada suka atau tidak terhadap hasil
karya tersebut, manakala kritikan yang
dibuat oleh orang dewasa lebih ke arah
tahap lebih matang dan profesional.
Perbahasan tentang sama ada suka atau
tidak dalam hasil kerja itu adalah hak
seseorang murid itu. Reaksi tersebut
sama ada suka, tidak, tidak menarik, tak
ceria dan sebagainya adalah reaksi
psikologi yang lahir dari perasaan
mereka sendiri menyebabkan
perbincangan ditamatkan. Apabila
seseorang membuat pernyataan seperti
“Mozek itu sangat lemah” atau “Mozek itu
sangat menarik” maka seseorang akan
menyatakan “Kenapa anda berkata
begitu” dan memerlukanbeberapa
justifikasi dalam peringkat penilaian. Jika
justifikasi itu lemah atau kontroversi,
barulah dibuka untuk perbincangan
dengan lebih lanjut.
Tujuan diadakan aktiviti belajar secara
kritis dan kreatif ini adalah untuk
membuat anjakan paradigma dari
minda yang tertutup kepada minda
yang lebih terbuka. Selalunya dalam
membuat penilaian hasil kerja,
kebanyakannya akan memilih hasil kerja
yang mempunyai kualiti yang tinggi
daripada hasil kerja yang mempunyai
kualiti yang rendah. Menjalankan sesi
apresiasi seni tidak perlu menggunakan
masa yang lama dan hasil kerja yang
mempunyai tema yang kukuh, subject
matter yang menarik dan struktur
komposisi yang jelas akan mencetuskan
respons yang baik.
32
TOPIK 1: PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
RUMUSAN= menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.= memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.= menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid= kegiatan membuat gambar ialah seperti lukisan,catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.= memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasill kerja= Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.= satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2dimensi= mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata= satu gambaran mental yang jelas dan Pemberitahuan imej mental seseorang.= Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidangmenggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu danmenarik perhatian ramai.= mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid= Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni Boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.= Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat Melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, Intepritasi dan penilaian.= satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan danmenilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
TOPIK 2: LUKISANR U M U S A N
# didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat
lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai
jenismedia kering. dilakukan di atas permukaan yang rata.
# menggunakan berbagai media kering.
# mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu.
# Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan –
perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum
menghasilkan sesebuah lukisan.
# Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna
untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik.
# Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah
lukisan
# Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis
adalah amat penting supaya pengajaran dan
pembelajaran lebih teratur.
# Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira
# Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara
berwarna atau tidak berwarna.
# Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media,
bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik.
# Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting
dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan.
# Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan
dengan langkah-langkah yang tertentu iaitu dari aras
mudah ke aras sukar.
A K T I V I T I 2 . 2
TOPIK 3: CATANR U M U S A N C A T A N# satu proses gambaran pemikiran secara nyata.# Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata.# hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.# satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar# Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air# Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal# Warna air bersifat lutsinar dan lembut# Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas# Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas# Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas# Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural# Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan# Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri# Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan# Warna asas terdiri daripada tiga warna# Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas# Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder# Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.# Warna penggenap - warna yang bertentangan dalam roda warna# Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna# Ton warna - nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek # Kroma warna - campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza# Warna natural atau pastel - warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier.# Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.# Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.TOPIK 4: KOLAJR U M U S A N K O L A J# satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.# Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak,menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.# Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang,berbagai jenis kertas dan fabrik.# Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri.# Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.# Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.# Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu.# Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
33
# Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.# Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa,bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.# Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.# Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu.# Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.# Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.# Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan.# Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda.# Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada diperingkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
TOPIK 5: MONTAJR U M U S A N M O N T A J# satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongangambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.# menggunakan teknik memotong, menampal danmencantum.# Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar(mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.# Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imejbaru.# Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.# George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi super impose dalam karya montajnya.# Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden.# Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada1931.# Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada.# boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.# Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf.# Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja.# Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman.# Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.# Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.# Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.
TOPIK 6: CETAKANR U M U S A N C E T A K A N
# proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta
dalambentuk edisi dengan menggunakan dakwat
# dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas
satupermukaan
# proses menggambar dan mencorak yang
dilakukandengan cara memotong permukaan plat dengan
dakwat
# proses penerapan blok ke atas permukaan rata
# Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada
tigabahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan
bahanterbuang
# Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga
bahagianiaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap
lanjutan.
# Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik
luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik
cetakan yang popular dihasilkan.
# Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok
kayudan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran
danpembelajaran di sekolah rendah.
# Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik
cetakanyang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap
kecerdasanmurid terlebih dahulu.
# Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai
perludisesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
disekolah.
# Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk
kepadapendekatan cara mudah dihasilkan.
# Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk
kepada pendekatan penyelesaian masalah.
# Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk
kepadapendekatan open minded problem .
# Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargaiberdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi,analisa, interpretasi dan penilaian.
TOPIK 7: GOSOKANR U M U S A N G O S O K A N
proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu
i. alatan dari alam semulajadi danii. alatan dari benda buatan manusia.
34
Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus
Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.
Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.
Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik
Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik.
TOPIK 8: RESISR U M U S A N R E S I S
# aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.# Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.# Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas# Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis# Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar .# Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan.# Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.# Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis# Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.# Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas# Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis# Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis# Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.# Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.# Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.# Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.
TOPIK 9: PERCIKANR U M U S A N P E R C I K A N# sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.# dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik.# Alatan - berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.# menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.# Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas# Percikan dan titikan atau stippling adalah dua kaedah yang berlainan.# dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.# Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu.# dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.# boleh diulang ke atas permukaan yang sama.# Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.# Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal.# Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata.# Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.# Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.# Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.# Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.# Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara open ended# Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif kepada murid apabila membuat perbincangan.# Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.# Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna.# Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif.# Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasil kerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.# Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan apresiasi seni.# Perkara-perkara yang perlu diambil kira apabila menjalani proses menganalisa kerja seni ialah dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, subjek matter, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea.# Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu (lemah) hingga sepuluh (terbaik).# Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.
35
TOPIK 10: MOZEKR U M U S A N M O Z E K # Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.# Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.# Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.# Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula memperkenalkan seni menggambar menggunakan teknik mozek.# Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.# Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara direct method, indirect method dan double indirect method.
# Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.# Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.# Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.# Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.# Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.# Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik.# Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.# Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.# Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni.# Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.# Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara studio aktiviti centred method.# Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada teacher centred dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, anecdotal accounts dan artis terkenal sahaja.# Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu sosial dan kritikan membina.# Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.
36
top related