nota teks anak global
Post on 08-Aug-2015
541 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ANAK GLOBAL
CERPEN 1 : GELUNGNYA TERPOKAH – SHAHNON AHMAD (SN)
TEMA:
Bertemakan tentang Pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi.
Jusoh dan Berahim hidup berjiran dan sawah mereka masing-masing bersebelahan
antara satu sama lain.Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya
pokah sehingga kering air. Akibatnya Jusoh berdendam dan melakukan niat jahat
dengan mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim .Akibatnya berahim
mengalami kerugian kerana kematian kerbaunya.
PERSOALAN:
1. Kegigihan pesawah membanting tulang mencari rezeki.
Contoh:
Jusoh merupakan seorang pesawah yang gigih membanting tulang empat kerat dengan
mengusahakan sawah padi semata-mata untuk memastikan isteri dan tujuh anaknya
tidak kebuluran.
2. Hasad dengki dan dendam.
Contoh:
Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga kering
airnya.Akibatnya Jusoh berdendam sehingga sanggup mengkhianati jirannya itu dengan
mencurah cuka getah ke belakang kerbau berahim sehingga menyebabkan berahim
mengalami kerugian kerana kerbaunya mati.
3. Kemiskinan Hidup.
Contoh:
Jusoh sekeluarga hidup miskin dan hanya bergantung kepada tanaman padi sawahnya.
1
ANAK GLOBAL
4. Fitnah atau tuduh menuduh tanpa bukti.
contoh :
Jusoh menuduh berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak
sawah berahim bersebelahan dengan petak sawah Jusoh. Akibatnya Jusoh
mendendami Berahim dan mencurahkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim
sehingga menyebabkan kerbau tersebut mati.
WATAK PERWATAKAN
Senarai Watak
1. Jusoh
2. Berahim
3. Bini Jusoh
4. Sahak - Anak Bongsu Jusoh
5. Penghulu Sudin
6. Lebai Karim
PERWATAKAN
1. Jusoh
a. Seorang petani yang bergantung hidup dengan menanam padi
b. Hidup miskin tetapi bahagia bersama keluarga
c. Mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak
d. Anak bongsunya bernama sahak
e. Mempunyai seekor kerbau yang membantunya di bendang
f. Hampir 20 tahun hidup bersama isterinya
g. Merupakan watak utama dalam cerpen
h. Digambarkan seorang yang cekal dan gigih bekerja
2
ANAK GLOBAL
i. Seorang yang panas baran
j. Menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah
k. Berdendam dengan Berahim
l. Mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga kerbau Berahim mati
m. Dituduh gila oleh orang kampung
n. Suka bergurau dengan isteri.
2. Isteri Jusoh
a. Watak Sampingan
b. Isteri Kepada Jusoh
c. Ibu beranak tujuh
d. Anak bongsunya bernama sahak
e. Hampir 20 tahun hidup dengan Jusoh
f. Mencadangkan supaya suaminya mencurah cuka getah ke belakang kerbau
Berahim
3. Berahim
a. Jiran Jusoh
b. Mempunyai petak sawah yang bersebelahan dengan petak sawah Jusoh
c. Bekerja sebagai petani
d. Di tuduh oleh Jusoh yang menyebabkan gelung padinya pokah
e. Mempunyai seekor kerbau yang membantunya disawah tetapi kerbaunya mati
kerana terkena cuka getah yang dicurah oleh Jusoh.
TEKNIK PLOT
1. Pemerian / Deskriptif
Contohnya:
3
ANAK GLOBAL
Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras
nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya.
2. Dialog
Contohnya;
“Dah habeh?” .... “Dah habeh apo?”...
3. Imbas kembali / Flashback
Contoh;
Isteri Jusoh teringat akan Lebai Karim yang ditangkap dan dikurung dalam jel kerana
menetak Penghulu Sudin.
4. Imbas muka / Flashfoward
Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh, petaknya kali ini akan menjadi petak yang
paling subur.
5. Saspen
Contoh;
“Aku...aku...aku dipaksa Berahim.” Dan suara itu tidak mampu disambung lagi.
Pembaca tertanya-tanya perkara yg berlaku kepada isteri Jusoh.
LATAR
1. Latar Masa;
- 2 hari sahaja.
- Pada waktu petang.
4
ANAK GLOBAL
- Pada waktu malam.
- Pada waktu subuh.
2. Latar Tempat
- Kampung Banggol Derdap
- Di Sawah Padi
- Di Rumah Jusoh
- Di Rumah Berahim
- Di kandang Kerbau Berahim
3. Latar Masyarakat
a. Masyarakat petani
Contoh;
Jusoh dan berahim merupakan contoh penduduk kampung yang bekerja sebagai
petani dengan menjadikan tanaman padi sebagai sumber pendapatan utama
mereka.
b. Masyarakat yang gigih berusaha
Contoh;
Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia
membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.
c. Masyarakat yang bersikap pendendam,
Contoh;
Jusoh berdendam dengan Berahim kerana menganggap Berahim punca gelung
padinya pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau
5
ANAK GLOBAL
Berahim sehingga menyebabkan Berahim mengalami kerugian setelah
kehilangan kerbaunya.
d. Masyarakat kampung yang gigih bekerja
Contoh;
Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang
dia membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.
e. Masyarakat yang suka menuduh tanpa bukti nyata.
Contoh;
Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga
kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusoh adalah secara membabi buta
tanpa usul periksa. Akibatnya Jusoh berdendam dan bertindak jahat dengan
mencurah cuka getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim.
f. Masyarakat petani yang bergantung kepada haiwan.
Contoh;
Jusoh menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawahnya.
g. Masyarakat yang tidak mengamalkan nilai toleransi.
Contoh;
Jusoh tidak bertoleransi dan berbincang dengan Berahim untuk mengetahui
peristiwa yang sebenar sebaliknya menggunakan pertimbangan sendiri dengan
cara mencurah cuka di belakang kerbau Berahim.
h. Masyarakat belum mencapai kemajuan.
Contohnya;
Penggunaan kerbau dalam aktiviti membajak oleh Berahim.
6
ANAK GLOBAL
NILAI
1. Nilai Kegigihan
Contoh;
Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia
membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya.
2. Nilai Kemesraan
Contoh;
Hubungan Jusoh dengan isterinya sangat mesra buktinya Jusoh sempat mengusik
isterinya di dapur sehinggakan anak-anak mereka tertawa melihat telatah ibubapa
mereka.
3. Nilai Keprihatinan
Contoh;
Penduduk kampung berbondong-bondong ke rumah Berahim semata-mata untuk
melihat kerbau Berahim yang dicurah cuka getah oleh Jusoh.
4. Nilai Kasih Sayang
Contoh;
Jusoh sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya sehinggakan dia sanggup bekerja di
petak sawah pagi dan petang.
7
ANAK GLOBAL
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah gigih bekerja untuk mencari rezeki.
Contohnya;
Jusoh seorang yang gigih bekerja buktinya selama tiga pagi dan tiga petang dia
membanting tulang empat keratnya menyiapkan gelung padinya .
2. Kita janganlah suka menuduh seseorang tanpa sebarang bukti.
Contoh;
Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah. Ini kerana petak
sawah Jusoh dan Berahim adalah bersebelahan.
3. Kita janganlah mengkhianati atau berdendam sesama manusia.
Contoh;
Jusoh berdendam dengan Berahim kerana menganggap Berahim punca gelung padinya
pokah. Akibatnya, Jusoh mencurah cuka getah ke belakang kerbau Berahim sehingga
menyebabkan Berahim mengalami kerugian setelah kehilangan kerbaunya.
4. Kita janganlah menganiayai binatang ternakan.
Contohnya;
Jusoh menganiayai binatang ternakan Berahaim iaitu seekor kerbau yang digunakan
oleh Berahim di bendang. Jusoh menganiayai binatang tersebut dengan mencurah cuka
getah ke belakang kerbau tersebut walaupun kerbau tersebut tidak bermusuhan dengan
Jusoh.
8
ANAK GLOBAL
5. Kita hendaklahlah menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan
kepada orang lain.
Contoh;
Jusoh menuduh Berahim yang menyebabkan gelung padinya pokah sehingga
kekeringan air. Tuduhan yang dibuat oleh Jusuh adalah secara membabi buta tanpa
usul periksa, akibatnya Jusuh berdendam dan bertindak jahat dengan mencurah cuka
getah ke belakang kerbau kesayangan Berahim
6. Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi musibah.
Contohnya;
Jusuh tidak sabar dan hilang kewarasannya apabila gelung padinya pokah sehingga
menuduh Berahim menjadi puncanya.
SUDUT PANDANGAN
Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Pengarang tidak terlibat sama ada dengan persoalan-persoalan mahupun dengan
watak, tetapi pengarang masih meresap ke dalam cerita bagi mengetahui maklumat
tentang diri watak dengan menggambarkan aspek-aspek penting sahaja.
ANAK GLOBAL
CERPEN: GELUNGNYA TERPOKAH (SHAHNON AHMAD)
Soalan struktur
1.
9
“Berahim anak kurang ajar,” gerutunya. “Nanti aku sesah kepalanya dengan
lading malam ini. Tak boleh kepalanya aku tetak kepala bininya. Tak boleh
kepala bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki
kerbaunya!”
(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah Shahnon Ahmad)
ANAK GLOBAL
a) Berikan sebab yang menjadi punca kemarahan penutur di atas.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
___________________________________________________________
b) Siapakah nama penutur dalam petikan dialog di atas.
__________________________________________________________________
c) Berikan dua persoalan yang diperoleh daripada petikan cerpen tersebut.
i) ______________________________________________________________
ii) ______________________________________________________________
2. Berpandukan cerpen Gelungnya Terpokah, lengkapkan jadual di bawah ini dengan unsur
gaya bahasa yang sesuai.
Petikan Gaya bahasa
Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka
Dan apabila angin malam itu agak deras ombak-ombak itu
kelihatan berkejar-kejaran
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
“Dah habeh?”
3. Kemukakan dua pengajaran yang diperoleh daripada cerpen Gelungnya Terpokah hasil
karya Shahnon Ahmad.
i) ___________________________________________________________________
_____________________________________________________________
ii) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
10
ANAK GLOBAL
4.
i) Berikan dua teknik plot beserta contoh dalam petikan di atas
i) ______________________________________________________________
Contoh:_______________________________________________________
ii) ______________________________________________________________
Contoh: _______________________________________________________
5.
Namakan watak utama dan pekerjaan watak dalam cerpen ini.
______________________________________________________________________
________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6.
Namakan latar tempat cerpen ini?
______________________________________________________________________
________________________________________________________________
11
Selama ini bininya membatu terus. Terbayang dimatanya kepala Berahim yang akan
menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luruh
bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai
mati. Dan kalau Berahim mati,suaminya juga tentu mati. Lehernya digantung hingga
terjelir lidah macam hantu puaka. Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung
kerana menetak Penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit.
(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad)
Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas
bahu yang kejap dan berkematu itu. Dan dengan kasar melangkah ke atas
permatang bahagian bawah. Malam ini air wajib digenangi.
(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad)
Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan
ramai. Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari itu.
(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad)
ANAK GLOBAL
7. Nyatakan gaya bahasa petikan ini.
Petikan Gaya bahasa
a. Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan dikejar anjing tiga suku
b. Pudar-pudar bulan menampar-nampar air di sawah
c. Berita tentang malapetaka menimpa buah hati Berahim gah
sampai ke mana-mana
d. Kita tak perlu menetak kepala Berahim
8. Lengkapkan binaan plot di bawah.
Petikan Binaan Plot
a. Permatang yang tembus mesti dikambus. Lubang-
lubang ketam mesti disumbat. Gelung yang terkangkang
luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketul-ketul tanah
liat. Biar petak itu digenangi air sekurang-kurangnya dua
hari dua malam. Biar tanah yang tunggang-langgang
baru ditenggala itu diresapi air. Rumput-rumputnya akan
terus kecut dan masam. Tanah-tanah yang keras pasti
lemah semangat. Perdu-perdu jerami pasti hancur. Air
akan mengerjakan semuanya, fikir Jusoh.
b. Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah.
Diangkatnya penyelak yang berkarat berat itu. Tingkap
dibuka. Jusoh kira apabila dibuka sahaja tingkap itu
ternampaklah keputihan air dipetaknya berolak-olak.
Olak-olak itu berkejar-kejaran menumpu permatang.
12
ANAK GLOBAL
Tapi kini puas dia membelalakkan matanya dari tingkap
rumahnya, air kecil berolak kecil sebaris pun tak
nampak.
c. “ Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya.
Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk
seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini
suatu balasan padanya yang senang-senang memokah
gelung permatang kita!”
d. Tapi hati Berahim semakin membara. “ Musuh pantang
di cari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak
mengelak daripada musuh ini,” fikir Berahim. Dada
Jusoh lapang melampaui cerita. Tiga hari tidak ke
sawah.
e. Ditengah-tengah kelam-kabut itu Kampung Banggul
Derdap menjadi huru-hara. Jamung menyala di setiap
rumah. Siapa agaknya yang menggila di tengah sawah
pada subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di
rumah Berahim, Jusoh terkepung.
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad:
13
ANAK GLOBAL
a) Bincangkan peristiwa yang mencetuskan konflik permusuhan antara Jusoh dan
Berahim.
b) Jelaskan citra masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam cerpen ini.
c) Huraikan latar masa yang tergambar dalam cerpen Gelungnya Terpokah karya
Shahnon Ahmad.
2. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad:
a) Bincangkan tema cerpen ini.
b) Huraikan persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam cerpen ini.
c) Jelaskan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini.
CERPEN: GELUNGNYA TERPOKAH (SHAHNON AHMAD)
1.
(Dipetik daripada Cerpen Shahnon Ahmad, m.s. 63)
d) Berikan sebab yang menjadi punca kemarahan penutur di atas
Sawahnya sudah kering kontang kerana gelungnya terpokah [1m]
14
“Berahim anak kurang ajar,” gerutunya. “Nanti aku sesah kepalanya dengan lading malam ini. Tak boleh kepalanya aku tetak kepala bininya. Tak boleh kepala bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki kerbaunya!’
ANAK GLOBAL
e) Siapakah nama penutur dialog di atas
Jusoh [1m]
f) Berikan dua persoalan yang diperoleh daripada cerpen tersebut.
Prasangka yang membawa kepada konflik sesama jiran tetangga [ 1m]
Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan [1m]
Kemiskinan hidup masyarakat petani [1m]
2. Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai
Petikan Gaya Bahasa
Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu
puaka
Simile
Dan apabila angin malam itu agak deras ombak-ombak
itu kelihatan berkejar-kejaran
Personifikasi
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” Repitisi
“Dah habeh?” Sinkope
3. Kemukakan dua pengajaran yang diperoleh daripada cerpen Gelungnya Terpokah hasil
karya Shahnon Ahmad
i) Kita mestilah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan
ii) Kita mestilah mempunyai sikap belas kasihan terhadap haiwan
iii) Kita perlu berbaik sesama jiran tetangga
4.
15
Selama ini bininya membatu terus. Terbayang dimatanya kepala Berahim yang
akan menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin
luruh bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung
sampai mati. Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka.
Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu
Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit.
ANAK GLOBAL
(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah, Shahnon Ahmad, m.s. 63)
Berikan dua teknik plot beserta contoh dalam petikan di atas
iii) Imbas muka (1m)
Contoh:Terbayang di matanya kepala Berahim yang akan menerima lading
itu.(1m)
iv) Imbas kembali (1m)
Contoh: Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak
Penghulu Sudin (1m)
5.
Namakan watak utama dan pekerjaan watak dalam cerpen ini.
Watak utama ialah Jusoh dan bekerja sebagai pesawah.
6.
Di manakah latar tempat cerpen ini?
Kampung Banggul Derdap
9. Nyatakan gaya bahasa petikan ini.
Petikan Gaya bahasa
e. Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan
dikejar anjing tiga sukusimile
f. Pudar-pudar bulan menampar-
nampar air di sawahpersonifikasi
16
Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan ramai. Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari itu.
Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. Dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah. Malam ini air wajib digenangi.
ANAK GLOBAL
g. Berita tentang malapetaka
menimpa buah hati Berahim gah
sampai ke mana-mana
simpulan bahasa
h. Kita tak perlu menetak kepala
Berahimsinkof
10. Lengkapkan binaan plot di bawah.
Petikan Binaan Plot
f. Permatang yang tembus mesti dikambus. Lubang-
lubang ketam mesti disumbat. Gelung yang
terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan
ketul-ketul tanah liat. Biar petak itu digenangi air
sekurang-kurangnya dua hari dua malam. Biar tanah
yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi
air. Rumput-rumputnya akan terus kecut dan masam.
Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. Perdu-
perdu jerami pasti hancur. Air akan mengerjakan
semuanya, fikir Jusoh.
Permulaan
g. Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah.
Diangkatnya penyelak yang berkarat berat itu. Tingkap
dibuka. Jusoh kira apabila dibuka sahaja tingkap itu
ternampaklah keputihan air dipetaknya berolak-olak.
Olak-olak itu berkejar-kejaran menumpu permatang.
Tapi kini puas dia membelalakkan matanya dari
tingkap rumahnya, air kecil berolak kecil sebaris pun
tak nampak.
Pekembangan
h. “ Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya.
Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk
seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah.
Ini suatu balasan padanya yang senang-senang
memokah gelung permatang kita!”
Perumitan
i. Tapi hati Berahim semakin membara. “ Musuh pantang Klimaks
17
ANAK GLOBAL
di cari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak
mengelak daripada musuh ini,” fikir Berahim. Dada
Jusoh lapang melampaui cerita. Tiga hari tidak ke
sawah.
j. Ditengah-tengah kelam-kabut itu Kampung Banggul
Derdap menjadi huru-hara. Jamung menyala di setiap
rumah. Siapa agaknya yang menggila di tengah sawah
pada subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di
rumah Berahim, Jusoh terkepung.
Peleraian
SOLAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad:
d) Berikan contoh peristiwa yang mencetuskan konflik antara Jusoh dan Berahim
sehingga menyebabkan kedua-duanya saling bermusuhan (10 m)
18
ANAK GLOBAL
- Peristiwa gelung air petak sawah Jusoh telah dipokah oleh seseorang
- Jusoh secara melulu menuduh Berahim melakukannya
- Jusoh tidak dapat bersabar dengan kejadian tersebut kerana dia bergantung
hidup pada
hasil tanaman padi untuk menyara keluarga
- Kerbau Berahim disimbah cuka getah oleh Jusoh
- Berahim menghadapi masalah untuk mengusahakan sawah kerana kematian
kerbaunya
- Berahim menyimpan dendam terhadap Jusoh
[2 x 5 = 10 markah]
e) Nyatakan citra masyarakat yang tergambar dalam cerpen ini (10 m)
- Masyarakat petani yang hidup bergantung pada hasil pertanian
- Masyarakat yang saling berdendam antara satu sama lain
- Masyarakat yang prihatin
- Masyarakat yang suka membuat tuduhan tanpa bukti
- Masyarakat petani yang hidup susah
[2x 5 = 10 markah]
f) Nyatakan tiga latar masa yang tergambar dalam cerpen Gelungnya Terpokah karya
Shahnon Ahmad.
Tiga latar masa dalam cerpen ialah pada waktu petang iaitu Jusoh selesai membajak
sawahnya dengan bantuan kerbaunya sehingga hamper senja. Contohnya matahari
nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras nangka
daripada tengkuk kerbau bertanduk sonsang. Latar masa kedua pada waktu malam.
Jusoh keletihan setelah seharian mengerjakan petak sawahnya dan kemudian
memasukkan kerbaunya ke dalam kandang. Contohnya dan Jusoh sendiri sedar tentang
kelesuan tenaganya. Sudah pasti tidur macam batang pisang. Hampir masuk Isyak baru
sudah mandi dan menambat kerbau di kandang. Latar masa ketiga pada waktu subuh
iaitu Jusoh telah ditangkap oleh penduduk kampung kerana mengamuk pada waktu
subuh untuk membunuh Berahim yang mengganggu isterinya. Contohnya siapa
agaknya yang menggila di tengah sawah pada subuh-subuh hari. Dan belum sempat
sampai di rumah Berahim Jusoh terkepung.
2. Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad :
19
ANAK GLOBAL
a) Nyatakan tema cerpen (2m)
Pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat petani.
b) Senaraikan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.(8m)
- Prasangka yang membawa kepada konflik sesama jiran tetangga
Contoh: Jusoh menuduh Berahim memokah gelung air petak sawahnya tanpa
menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut, sebaliknya telah mengambil tindakan
di luar batasan dengan menyimbah cuka getah terhadap kerbau peliharaan
Berahim menyebabkan Berahim bertindak balas akan perbuatan Jusoh tersebut.
- Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan
Contoh: Jusoh tidak dapat mengawal kemarahannya setelah melihat gelung air
petak sawahnya terpokah, lalu mengambil tindakan menuangkan cuka getah
terhadap kerbau peliharaan Berahim sebagai cara untuk melepaskan
kemarahannya.
- Kemiskinan hidup masyarakat petani
Contoh: Jusoh hanya bergantung harap pada hasil tanaman padi yang
diusahakannya bagi menyara kehidupannya sekeluarga.
- Kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga
Contoh: Kasih sayang dan kemesraan hubungan Jusoh dan isterinya walaupun
mereka hidup dalam kesusahan
c) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.(8m)
- Berfikiran Rasional
Contoh: Jusoh gagal berfikiran secara rasional dan menuduh Berahim memokah
gelung air petak sawahnya secara melulu. Dia sanggup menuang cuka getah
terhadap kerbau peliharaan Berahim.
- Bertanggungjawab
Contoh: Jusoh seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab kerana sanggup
membanting tulang untuk mengerjakan petak sawah yang menjadi punca rezeki
mereka sekeluarga.
20
ANAK GLOBAL
- Keadilan
Contoh: Penduduk Kampung Banggul Derdap bertindak berat sebelah dengan
menuduh Jusoh gila dan ingin menghantarnya ke Tanjung Rambutan tanpa
memberikan peluang kepada Jusoh untuk menyatakan hal yang sebenar.
- Belas kasihan
Contoh: Jusoh sanggup mengetepikan perasaan belas kasihan terhadap haiwan
sehingga sanggup menuangkan cuka getah terhadap kerbau peliharaan Berahim
hanya kerana dendamnya kepada Berahim.
- Kasih Sayang
Contoh: Ikatan kasih sayang yang erat terhadap suaminya, Jusoh telah
menyebabkan isteri Jusoh menghalang tindakan Jusoh yang ingin menyerang
Berahim dengan lading. Dia bimbang suaminya akan ditangkap polis akibat
tindakan itu, sebaliknya telah mencadangkan agar Jusoh menuangkan cuka getah
terhadap kerbau Berahim.
CERPEN 2 : ANAK-ANAK PEJUANG – GHAZALI LATEH
1. Tema
Cerpen ini bertemakan semangat cintakan tanah air yang dimiliki oleh generasi yang hidup
sewaktu zaman pramerdeka demi mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan
merupakan individu yang mewakili kelompok masyarakat melayu yang masih menebal
semangat cinta akan tanah air dalam dirinya selepas mengharungi detik yang sukar di
bawah pemerintahan penjajah. Pak Denan telah lama berhasrat untuk turut serta dalam
perarakan menyambut Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur walaupun
dibatasi oleh usianya yang tua.
21
ANAK GLOBAL
2. Persoalan
- Persoalan perbezaan pemikiran berhubung perjuangan
- Persoalan berhubung sikap mengambil berat perasaan orang tua
- Persoalan tentang pengalaman seseorang yang akan mencorakkan
kehidupannya.
- Persoalan berhubung nilai sebuah kemerdekaan.
3. Watak dan Perwatakan
a) Pak Denan
- Seorang pejuang. Merupakan seorang pejuang kemerdekaan. Menjelajah ke
seluruh kampung untuk memupuk semangat perjuangan dalam kalangan rakyat
pada masa tersebut.
- Berpendirian tegas. Bertekad untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana menyertai
Sambutan Hari Kebangsaan.
- Suka membantu. Membantu Ah Yau dan anak-anaknya semasa darurat dengan
memberi perlindungan kepada mereka.
- Tidak mementingkan sanjungan. Tidak peduli walaupun namanya tidak tercatat
dalam buku sejarah sebagai seorang pejuang kebangsaan.
- Tidak meminta dihargai . Pak Denan tidak pernah meminta sumbangannya
dihargai.
b) Abdul Rahman
- Merupakan anak sulung Pak Denan. Abang kepada Abdul Razak. Diberi nama
tersebut sempana menghargai perjuangan Perdana Menteti pertama, Tunku
Abdul Rahman.
22
ANAK GLOBAL
- Seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup mewah di bandar. Taksub dengan
kehidupan mewah dan tidak menganggap perbuatan meraikan Hari
Kemerdekaan sebagai sesuatu yang penting.
- Tidak menepati janji. Berpura-pura bersetuju untuk memenuhi permintaan
ayahnya membawanya menyertai perarakan kemerdekaan.
- Seorang anak yang tidak memahami perasaan orang tua yang mempunyai
semangat patriotik yang tinggi.
- Seorang anak yang mementingkan diri sendiri kerana menganggap kehadiran
ayahnya ke Kuala Lumpur akan menyusahkan diri mereka.
c) Abdul Razak
- Anak bongsu Pak Denan. Adik kepada Abdul Rahman. Namanya juga diambil
daripada nama salah seorang pemimpin Negara iaitu Tun Abdul Razak. Kematian
ibu ketika berumur 5 tahun.
- Bersikap seperti abangnya yang tidak menghargai perjuangan bapa mereka
sendiri, iaitu Pak Denan.
- Bersikap lepas tangan kerana saling menyalahkan satu sama lain apabila
mendapati Pak Denan hilang dari rumah.
d) Ah Bee
- Umurnya sebaya dengan Abdul Rahman . Seorang peniaga sayur-sayuran di
Kuala Lumpur. Anak kepada rakan Pak Denan iaitu Ah Yau
- Seorang yang bersikap mengenang jasa. Oleh kerana Pak Denan pernah
membantu mereka sekeluarga semasa darurat maka Ah Bee sentiasa membantu
Pak Denan ketika kesusahan.
4. Plot
23
ANAK GLOBAL
a. Permulaan
Pak Denan menyatakan hasratnya untuk menyertai perarakan Sambutan Hari
Kemerdekaan kepada anak-anaknya. Anak-anaknya kurang bersetuju,, oleh itu
mereka terpaksa berbohong untuk menjaga perasaan Pak Denan.
b. Perkembangan
Pak Denan menunggu kepulangan anak-anaknya sehingga menjelang malam.
Akhirnya Pak Denan nekad pergi ke Kuala Lumpur bersendirian dengan meminta
pertolongan Ah Bee. Kebetulan Ah Bee ingin ke Kuala Lumpur untuk menghantar
sayur-sayurannya ke sana.
c. Puncak/klimaks
Keesokan harinya Abdul Rahman pulang ke kampung , namun didapati Pak
Denan telah hilang. Dalam perjalanan pulang ke bandar, Abdul Rahman singgah
di kedai kopi Maniam untuk bertanyakan tentang Pak Denan. Dia dikejutkan
dengan sorakan orang kampong yang melihat kemunculan Pak Denan di kaca
televisyen
d. Penurunan
Abdul Rahman dan Abdul Razak saling menyalahkan di antara satu sama lain.
Mereka ke Dataran Merdeka tetapi sambutan Hari Kemerdekaan telah selesai.
Alhirnya mereka menemui Pak Denan di depan Tugu Negara.
e. Peleraian
Abdul Rahman dan Abdul Razak menyesal akan sikap mereka yang tidak
menghargai dan menghayati perjuangan bapa mereka
5. Latar Masa
- Latar masa sekitar tahun 2002 kerana watak utama menjelaskan negara kita
sudah 45 tahun mencapai kemerdekaan.
24
ANAK GLOBAL
- Zaman pramerdeka/ sebelum merdeka. Pak Denan menjelajah ke seluruh
kampung untuk meniupkan semangat perjuangan menentang penjajah.
- Malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak Denan menunggu kepulangan
anak-anaknya yang telah berjanji untuk membawanya ke Kuala Lumpur.
sehingga malam. Ah Bee juga sedang memuatkan sayur ke dalam lorinya untuk
dihantar ke Kuala Lumpur pada malam itu.
- Di Tugu Negara, kuala Lumpur. Pak Denan ditemui oleh anak-anaknya berada di
hadapan Tugu Negara. Pak Denan menyindir anak-anaknya yang tidak
mempunyai semangat perjuangan sehingga mereka menyesal dengan sikap
mereka selama ini yang gagal memahami perjuangan ayah mereka.
6. Latar Tempat
- Di kampung.Pak Denan tinggal di kawasan kampung yang terletak di kawasan
pedalaman dan telah mendiami kawasan tersebut lebih daripada 45 tahun
bersama-sama arwah isteri dan dua orang anaknya.
- Di rumah Pak Denan. Pak Denan tinggal di rumahnya sendiri di kampung.
- Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Orang ramai berada di Dataran Merdeka
untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan.
- Di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Abdul Rahman dan Abdul Razak pergi ke Tugu
Negara untuk mencari Pak Denan kerana menyesal dengan perbuatan mereka
yang gagal memahami perjuangan ayah mereka.
7. Latar Masyarakat
- Masyarakat kampong yang hidup di kawasan pedalaman. Pak Denan tinggal di
rumah kampong yang terletak di kawasan pedalaman.
- Masyarakat Cina yang hidup dalam kelompok masyarakat Melayu dan saling
membantu di antara satu sama lain.
25
ANAK GLOBAL
- Masyarakat yang gigih mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan
sanggup menjelajah seluruh pelusuk kampong untuk menaikkan semangat rakyat
dalam memperjuangkan kemerdekaan.
- Masyarakat yang ikhlas dalam perjuangan. Pak Denan tidak meminta namanya
disanjungi ataupun mengharapkan imbuhan di atas usahanya memperjuangkan
kemerdekaan.
- Masyarakat yang tidak menghargai menilai sebuah kemerdekaan. Generasi yang
hidup selepas merdeka seperti Abdul Rahman dan Abdul Razak sudah tidak
menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan kerana diulit oleh kesenangan
hidup di bumi merdeka.
- Masyarakat yang gagal memenuhi janji. Anak-anak Pak Denan membohongi
bapa mereka kerana tidak sanggup menyusahkan diri untuk membawa Pak
Denan ke Kuala Lumpur.
8. Nilai
- Suka membantu tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan.
- Berpendirian tegas dalam membuat sesuatu keputusan
- Mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam memperjuangkan kemerdekaan
tanah air
- Berjuang secara ikhlas tanpa memikirkan ganjaran dan sanjungan.
- Bertanggungjawab mendidik anak-anak sehingga berjaya dalam kehidupan
mereka.
- Penyayang kepada isteri dan menghargai jasanya walaupun orang yang
disayangi sudah meninggal.
- Menghargai nilai sebuah kemerdekaan dan tidak taksub dengan kehidupan
mewah masa kini tanpa menghargai nilai kemerdekaan yang telah diperolehi hasil
daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
9. Pengajaran
26
ANAK GLOBAL
- Kita hendaklah suka membantu sesiapa saja tanpa mengenal agama, bangsa
dan keturunan . contohnya Ah Bee yang suka menolong Pak Denan.
- Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita. Contohnya
Ah Bee yang sentiasa mengenang jasa Pak Denan.
- Semangat patriotik hendaklah dipupuk dalam perhubungan pelbagai kaum di
Malaysia demi memastikan negara sentiasa aman.
- Kita hendaklah berjasa kepada negara tanpa mengharapkan balasan dan
sanjungan daripada masyarakat.
- Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dan mendidik
mereka sehingga berjaya.
10. Sudut Pandangan
- Menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Contohnya ganti nama
orang ketiga dapat dilihat pada perenggan pertama, halaman 70.
11. Gaya Bahasa
-Simile. Pokok-pokok getah seperti barisan askar yang berbondong-bondong menuju ke
medan juang. Halaman 70, baris 11- 13
- metafora. Lorong sejarah . Halaman 71, baris ke- 25.
-Pengulangan perkataan. Kali ini mereka terpaksa mengakui bahawa mereka telah
mengabaikan tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab terhadap bapa.
Tanggungjawab terhadap negara. Halaman 77, baris ke -6 hingga ke- 7.
Simpulan bahasa. Darah daging. Halaman 77, perenggan ke- 6.
27
ANAK GLOBAL
Singkope. “ tak pejamlah mata ayah kalau tak dapat tengok sendiri sambutan Hari
Merdeka tahun ini. Halaman 73, baris ke – 8 hingga ke – 9.
CERPEN 3 : ANAK GEMBALA – ZAHARI AFFANDI
1. Tema
- Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri.
Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan haknya untuk memelihara
kerbaunya di Lembah Bilut walaupun diarahkan oleh Penghulu Isa supaya
berpindah. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai
anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala
kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut.
28
ANAK GLOBAL
2. Persoalan
- Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga . Mat Seman yang berkaki sebelah
sanggup bersusah payah memelihara 70 ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah
berhenti sebagai askar.
-Persoalan generasi muda yang mewarisi kepakaran dalam memelihara kerbau.
-Kecintaan terhadap ilmu. Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak- anaknya
ke universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti adalah tempat untuk
mendapatkan ilmu.Setelah berilmu mereka sendiri akan mewujudkan kerja.
-Keberanian seorang lelaki. Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong.
Mat Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi menghalang kerja-kerja
pembangunan di Lembah Bilut.
-Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. Bagi Mat
Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan mencemarkan kesucian akhlah muda mudi
di desa.
3. Watak dan perwatakan
a) Mat Seman
- Suami kepada Sutinah dan ayah kepada Sehak, Milah, Kiah dan Semah. Bekas
seorang tentera yang memilih untuk menjadi gembala kerbau.
-Memiliki ilmu memelihara kerbau. Diperolehi daripada arwah ayahnya dan datuknya.
-Bekas seorang tentera. Mat Seman pernah berkhidmat sebagai tentera. Namun dia
memohon berhenti kerana kakinya kudung disebabkan terkena jerangkap samar.
-Mementingkan maruah diri. Baginya kerja menjaga stor merendahkan maruah dirinya.
29
ANAK GLOBAL
Oleh itu dia berhenti menjadi askar.
-Mencintai ilmu. Mat Seman bercita-cita supaya semua anak-anaknya belajar hingga
ke universiti.
-Berpandangan jauh. Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi
penternak moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika Syarikat
dan Australia.
-Tabah. Mat Seman seorang yang tabah. Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal
dunia, Mat Seman tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah
mengasuh Mat Seman menjadi kuat.
-Mencintai kesucian kampung. Mat Seman tidak suka dibina pusat pelancongan di Lembah
Bilut kerana sudah pasti terdapat restoran, coffee house, muzik rock dan sebagainya yang
akan mempengaruhi akhlak muda- mudi.
-Pemurah. Mat Seman akan memberikan baja tahi kerbau kepada orang kampong sebagai
baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih kerbau setiap tahun pada setiap
Hari Raya Haji.
b) Sutinah
- Isteri kepada Mat Seman. Di awal perkahwinan dia seorang yang pemalu, pendiam
dan takut berhadapan dengan orang ramai.
- Mementingkan pendidikan anak-anak. Sutinah mahu anak-anaknya masuk universiti
dan bekerja di bandar . Sutinah tidak mahu anak-anaknya mewarisi kemunduran
dan kemiskinan.
-Memahami sikap suami. Semasa suaminya pulang dari kerja dia menyediakan
30
ANAK GLOBAL
minuman kopi untuk menenangkan perasaan suaminya yang sedang marah. Dia
juga berdoa supaya kemarahan suaminya tidak melarat.
c) Penghula Isa
-Ketua Kampung Desa Anggun Batu Sebutir di Lembah Bilut.
- Berhasrat untuk memajukan Lembah Bilut sebagai sebuah pusat peranginan
-Tidak berdiplomasi kerana mengambil keputuan untuk memugarLembah Bilut tanpa
bebincang dahulu dengan Mat Seman.
4. Plot
a. Permulaan
Cerita dimulakan dengan menggambarkan watak Mat Seman sedang menunggu
kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Pada waktu itu dia
terkenangkan kepakaran ilu kerbau yang dimiliki oleh datuk dan bapanya. Dia
juga terkenangkan nasib dirinya yang terpaksa berhenti menjadi askar kerana
terkena jerangkap samar.. Paling merunsingkan hatinya ialah permintaan ketua
kampong supaya memindahkan kerbaunya daripada Lembah Bilut.
b. Perkembangan
Cerita dikembangkan lagi dengan kehadiran ketua kampong untuk
membincangkan perkara yang sama dan memaklumkan bahawa kerja-kerja
pembangun akan bermula di Lembah Bilut. Mat Seman merancang supaya
kerbaunya tidak dilepaskan makan di Lembah Bilut keesokan harinya
c. klimaks
31
ANAK GLOBAL
Keesokan harinya sekumpulan pekerja bersama-sama dengan jentera penyodok
telah datang untuk memulakan kerja.Mat Seman telah melepaskan kerbaunya
dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pekerja-pekerja tersebut.
d. Penurunan
Kerbau-kerbau Mat Seman meluru ke arah pekerja-pekerja tersebut. Namun
deruman kereta penyodok yang dikuatkan telah mengejutkan kumpulan kerbau
tersebut menyebabkan kerbau-kerbau tersebut berpatah balik lalu memijak Mat
Seman yang jatuh kerana tersadung akar pokok kelapa.
e. Peleraian
Akhirnya kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut tetap diteruskan.
5. Latar Tempat
- Di lembah Bilut. Tempat Mat Seman melepaskan kerbaunya untuk meragut rumput.
Arwah datuk dan ayahnya juga menjadikan Lembah Bilut sebagai tempat meragut rumput bagi
kerbau peliharaan mereka.
- Di Desa Anggun Batu Sebutir. Tempat tinggal kelurga Mat Seman setelah berpindah
dari kem askar di Perak.
Kem askar di Perak. Tempat Mat Seman sekeluarga tinggal ketika dia berkhidmat
sebagai askar.
Rumah Mat Seman. Penghulu Isa datang memohon supaya Mat Seman memindahkan
kerbau-kerbaunya daripada Lembah Bilut.
6. Latar Waktu
-Waktu petang. Mat Seman duduk di bawah pokok jambu air sambil mengawasi
kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Selepas itu dia mengarahkan
kerbaunya ke kandang apabila hamper senja.
32
ANAK GLOBAL
-Waktu pagi. Sutinah dan anaknya keluar ke kandang untuk memberi makan batang-batang
pisang kepada kerbau mereka.
7. Latar Masyarakat
-Masyarakat yang gigih bekerja walaupun kurang . walaupun kakinya putus sebelah, namun
Mat Seman tetap bersemangat waja untuk mencari rezeki.
-Masyarakat yang dahagakan pemodenan. Penghulu Isa menginginkan pembangunan
dilaksanakan di kampungnya.akan
-masyarakat yang mencintai kesucian desa. Mat Seman beranggapan pembangunan yang
dilaksanakan akan mencemarkan akhlak remaja kampung.
8. Nilai
- Mementingkan maruah diri. Mat seman sanggup berhenti kerja kerana tugasannya sebagai
penjaga stor dianggap merendahkan maruah dirinya.
-Kepentingan memiliki ilmu. Mat seman dan Sutinah mempunyai keinginan yang kuat supaya
anak-anaknya dapat menjejakkan kakike universiti.
-Berpandangan jauh. Mahu supaya lepasan universiti menceburkan diri dalam dunia
penternakan secara moden seeperti di Amerika dan Australia.
-ketaatan seorang isteri. Sutinah taat dengan suruhan suaminya dan memahami sikap
suaminya.
-Mempertahankan budaya tradisi. Mat seman menolak pembangunan di Lembah Bilut kerana
ingin mempertahankan budaya tradisi di kampung tersebut.
-Berkorban. Mat Seman sanggup mengorbankan nyawanya sendiri sehingga dirempuh oleh
kerbau-kerbaunya untuk menghalang kerja-kerja pembanhunan di Lembah Bilut.
9. Pengajaran
33
ANAK GLOBAL
-kita janganlah menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak gigih berusaha dalam
hidup.
-kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan dapat menjadikan
seseorang inividu itu mengubah taraf hidupnya.
-kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi daripada dicemari kerana budaya tradisi
merupakan cerminan kehidupan masyarakat,
-kita hendaklah berpandangan jauh dan tidak terikat dengan pemikiran lama.
-kita hendalah bertimbangrasa semasa menjalanka tanggungjawab sebagai seorang ketua
atau pemimpin.
10. Sudut Pandangan
-menggunakan sudut pandangan orang ketiga.
11. Gaya Bahasa
-Repitisi . Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia tahu, kerbau bunting seminggu pun
dia sudah tahu, sampai kerbau hendak berbini pun dia tahu. Halaman 80 , baris I hingga 3.
-Simile. Ketika inilah Mat seman berasa puas, dia jadi macam seorang jeneral. Halaman 81,
baris 1 dan 2
-hiperbola. Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil. Halaman 84,
perenggan kedua.
-personifikasi. Malasnya kian menebal membungkus hatinya. Halaman 86, perenggan 3.
-Singkope. “ Dahlah Tinah, aku taulah apa nak buat.”
34
ANAK GLOBAL
CERPEN 4 : ANAK-ANAK SURIA – ZAHARAH NAWAWI
1. Tema
Cerpen ini bertemakan kasih-sayang antara manusia dan haiwan. Kasih saying ini
dibuktikan oleh pasangan Hakim dan Amani yang sanggup mengambil orang gaji khas
untuk menjaga Suria semasa ketiadaan mereka mengerjakan haji. Mereka juga membuat
aduan polis apabila mendapati Ayu mendera anak-anak Suria.
2. Persoalan
-Persoalan kasih-sayang terhadap haiwan. Hakim dan Amani melayan suria seperti anak
sendiri.
-Kejujuran dalam melaksanakan tugas.
-Kesedaran terhadap hak asasi haiwan
35
ANAK GLOBAL
-Reda menerima ujian.
3. Watak dan Perwatakan
a) Hakim
-Suami kepada amani
-Bekerja di pejabat.
-Tidak mempunyai cahaya mata.
-Seorang yang teliti. Mengadakan temuduga untuk mencari penjaga Suria
-Penyayang. Melayan Suria seperti anak sendiri.
b) Amani
- Isteri kepada Hakim
- Tidak mempunyai anak.
- Penyayang kepada binatang. Bersikap penyayang seperti suaminya.
- Pemurah. Berhasrat ingin membelikan Ayu rantai emas kerana berpuas hati
dengan layanan Ayu kepada Suria.
- Penyabar. Sabar menerima ujian Tuhan dan redha dengan hakikat kematian
anak-anak Suria.
c) Ayu
- Gadis muda yang sedang menunggu keputusan SPM
- Cuai. Selama ketiadaan Hakim dan Amani, Suria hilang selama satu minggu.
- Bersikap berpura-pura. Menunjukkan sikap penyayang kepada haiwan di
hadapan majikan.
- Kejam. Bersikap kejam terhadap binatangdengan mendera Didi yang dimasukkan
ke dalam beg plastik dan diikat dengan tali.
36
ANAK GLOBAL
4. Plot
Permulaan . Pasangan Hakim dan Amani memiliki seekor kucing bernama Suria yang
sangat disayangi seperti anak sendiri. Pasangan ini terpaksa mencari seorang penjaga
suria sepanjang mereka menunaian ibadat haji di Mekah. Sesi temuduga diadakan bagi
memilih penjaga yang sesuai. Akhirnya Ayu seorang gadis muda yang sedang
menunggu keputusan SPM telah dipilih kerana dilihat sebagai calon yang paling layak.
Perkembangan. Sepanjang ketiadaan Hakim dan Amani, Suria pernah hilang selama
seminggu. Selepas itu suria didapati mengandung. Sekembalinya Hakim dan Amani dari
Mekah mereka menerima berita tersebut dengan gembira. Suria melahirkan lima ekor
anak yang diberi nama Manja, Awan, Bayu, Mega dan Didi.
Klimak. Kematian Manja menyebabkan pasangan tersebut bersedih. Ditambah lagi
dengan kehilangan Awan dan kematian Bayu yang terjatuh di dalam longkang. Hakim
dan Amani mula menaruh syak terhadap kejujuran Ayu.
Penurunan. Amani terlibat dalam kemalangan jalan raya . oleh itu, Amani dan Hakim
pulang ke rumah untuk mengambil kad pendaftanran serta polisi insuran. Semasa Amani
menunggu Hakim di dalam kereta dia terdengar bunyi suara anak kucing di dalam tong
sampah. Amani terkejut, rupanya Didi yang hampir kelemasan dalam beg plasti yang
telah diikat.
Peleraian. . Didi telah dihantar ke pusat rawatan. Hakim dan Amani pulang semula ke
rumah dan menggali semula kubur Manja dan Bayu. Hanya seketul batu yang ditanam
oleh Ayu. Ayu mengaku telah mendera anak-anak Suria. Hakim dan Amani telah
membuat laaporan polis terhadap perbuatan tersebut.
5. Latar Masa
- Pada waktu petang. Hakim baru pulang dari kerja. Dia segera memanggil Suria
untuk bermain-main setelah penat bekerja.
- Pada waktu pagi. Amani telah terlibat dalam kemalangan sewaktu ingin ke
pejabat.
6. Latar Tempat
37
ANAK GLOBAL
- Di kawasan sekitar rumah Hakim dan Amani, bilik Suria dan dapur.
Bilik Suria – tempat Hakim dan Amani bermain-main dengan Suria dan anak-
anaknya.
Dapur – Ayu sedang menggoreng pisang di dapur.
- Di pusat rawatan haiwan
Hakim dan Amani membawa Didi ke pusat rawatan haiwan. Didi terpaksa
dimasukkan ke wad kecemasan selama seminggu.
- Di balai polis.
Hakim dan Amani membuat laporan polis berkaitan kemalangan dan seterusnya
laporan terhadap penderaan terhadap haiwan yang dilakukan oleh Ayu,
pembantu rumah mereka.
7. Latar Masyarakat
- Masyarakat yang menyayangi binatang
Hakim dan isterinya, Amani sangat menyayangi haiwan peliharaan mereka yang
bernama Suria.
- Masyarakat yang suka berpura-pura
Suria merupakan seorang gadis yang berpura-pura menyayangi binatang sedangkan
hatinya sebaliknya.
- Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Hakim dan Amani mengerjakan ibadah haji di Mekah. Hakim juga menasihati isterinya
agar reda dengan ketentuan Allah yang menangisi kematian Manja dan Bayu serta
kehilangan Awan.
- Masyarakat yang bertindak kejam terhadap haiwan
Ayu dilambangkan sebagai kelompok masyarakat yang suka melakukan penderaan
38
ANAK GLOBAL
terhadap haiwan yang tidak berdosa dengan kejam. Ayu telah membunuh Manja dan
Bayu, malah menyebabkan Awan hilang daripada jagaan Hakim dan Amani.
- Masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran terhadap hak asasi haiwan peliharaan.
8. Nilai
- Kasih sayang terhadap haiwan
Hakim dan Amani sangat menyayangi Suria seperti anak sendiri.
- Kejujuran
Ayu berpura-pura menyayangi Suria sedangkan dia seorang yang tidak
berperikemanusiaan.
- Reda dengan ketentuan Tuhan
Hakim dan Amani reda dengan ketentuan tuhan terhadap kekejaman yang
dilakukan oleh Ayu kepada anak-anak kucing kesayangan mereka.
- Pembelaan terhadap hak asasi haiwan peliharaan.
Hakim dan Amanani menpunyai kesedaran yang tinggi terhadap hak asasi
haiwan.
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.
Ayu tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya.
9. Pengajaran
- Kita hendaklah bersikap mengasihi haiwan kerana amalan tersebut amat dituntut
dalam semua agama.
- Kita hendaklah bersikap jujur apabila diberikan amanah. Contohnya watak Ayu
yang tidak bersikap jujur dalam melaksanakan amanah untuk menjaga Suria.
39
ANAK GLOBAL
- Kita hendaklah bersikap tawakal dan redha di atas peristiwa buruk yang berlaku
dan tidak terlalu melayan kesedihan.
- Setiap manusia haruslah dididik dengan kesedaran terhadap hak asasi haiwan
supaya kes penderaan haiwan dapat dikurangkan.
10. Sudut Pandangan
Sudut pandangan orang ketiga serba tahu.
11. Gaya Bahasa
-Simpulan Bahasa. Pengerat simpulan tali kasih antara mereka berdua. Halaman
95,baris 4.
-Personifikasi. Suaranya malas. Halaman 102, perenggan ke 3
-Simile. Putih melepak seperti kapas. Halaman 98, perenggan ketiga.
-Singkope. “ Abang dengar tak?. Halaman 99, perenggan ke 4.
-Metafora. Kemanisan buah. Halaman 102, perenggan terakhir.
40
ANAK GLOBAL
CERPEN 5 : BAH UREI – BAHARUDDIN NAWAWI
TEMA
Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya.Cth: Dia sangat sedih dan kecewa apabila
pembangunan akan dibuat di kampungnya. Jalan yang akan dibina akan memotong betul-betul
atas kubur isterinya.
PERSOALAN
Persoalan perjuangan mempertahankan hak. Contohnya Bah Urei kecewa dengan anaknya
Runa yang sanggup berpindah dari kampung apabila diarahkan. Dia juga kecewa dengan Tok
Batin yang terpaksa bersetuju dengan cadangan pembangunan dan perpindahan penduduk
kampung tanpa membantah.
Persoalan mengamalkan adat istiadat sesuatu kaum. Cthnya semasa Bah Urei berkahwin
dengan Sirih, dia terpaksa memburu harimau dan membuat kalung dengan aguknya dibuat
daripada gigi dan tulang harimau.Kalung itu merupakan hadiah untuk isterinya sebagai tanda
keberanian dan kebertanggungjawaban.
Persoalan Kasih sayang suami terhadap isterinya. Cthnya Bah Urei sanggup menebang pokok
keledang hasil tanaman mereka suami isteri kerana tidak mahu orang lain yang
menumbangkannya nanti. Dia juga sentiasa mengenang isterinya walaupun sudah lama
meninggal dunia.
Persoalan keberanian.Cthnya semasa muda beliau pernah membunuh harimau belang dengan
menggunakan sumpitan sahaja.
Persoalan pembangunan. Kampung orang asli kaum semai mengalami pembangunan sehingga
mereka terpaksa dipindahkan dari kampong tersebut.
41
ANAK GLOBAL
WATAK DAN PERWATAKAN
BAH UREI
- Watak utama
- Seorang tua yang telah cengkung dan kulit berkedut
- Seorang dari kaum asli puak Semai
- Seorang ayah kepada seorang anak perempuan
- Seorang yang kematian isteri
- Seorang yang setia
- Seorang yang penyayang
- Seorang yang berani
RUNA
- Seorang anak gadis tunggal Bah Urei dan Sirih
- Seorang yang bertanggung jawab
- Seorang yang penyayang
TOK BATIN
- Ketua kampung masyarakat kaum orang asli puak Semai
- Seorang yang mengikut perintah
TEKNIK PLOT
Teknik Dialog. Cthnya perbualan antara Bah Urei dengan Sirih tentang sebab-sebab dia
memilih pokok keledang untuk ditanam sempena perkahwinan mereka.
Teknik Imbas kembali Cthnya Bah Urei mengenang semula peristiwa perkahwinannya bersama
isterinya dulu.
Teknik monolog Cthnya: Bah Urei menyatakan perasaan sedihnya di kubur sirih isterinya.
42
ANAK GLOBAL
Teknik suspen Cthnya: Pembaca tertanya-tanya apakah tujuan Bah Urei menggosok mata
beliung menjadi tajam.
Teknik konflik. Cthnya Bah Urei merasa kecewa dan sangat sedih apabila mengetahui mereka
akan dipindahkan dari kampung dan sebatang jalan akan dibina di atas kubur isterinya. Dia
ingin menentang tetapi tidak mampu kerana Tok Batin sendiri telahpun bersetuju.
LATAR
LATAR MASA
Waktu malam majlis sewang diadakan semasa perkahwinan Bah Urei.
Waktu petang Bah Urei sampai ke pondoknya. Disini dia imbas kembali perbualannya dengan
isterinya dulu.
LATAR TEMPAT
- Di rumah Bah Urei
- Di perkampungan orang asli puak Semai
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat orang asli Cthnya Bah Urei dan Tok Batin adalah masyarakat orang asli kaum
Semai.
Masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat. Sebelum perkahwinan suami akan
memburu harimau sebagai tanda keberanian dan kebertanggungjawaban.
Masyarakat yang penyayang Cthnya: Dia juga sentiasa mengenang isterinya walaupun sudah
lama meninggal dunia.
Masyarakat yang berani Cthnya: semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang
dengan menggunakan sumpitan sahaja.
43
ANAK GLOBAL
Masyarakat yang setia Cthnya:Bah Urei sangat setia akan janjinya kepada isterinya sehingga
dia cuba mempertahankan kubur isteri dan pokok keledang hasil tanaman mereka berdua.
Masyarakat yang bertanggungjawab Cthnya: Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya
kepada isterinya Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan
sirih dekat pokok keledang seperti yang dimintanya.
Masyarakat yang mengikut perintah Cthnya: Tok Batin terus bersetuju menerima arahan dari
pihak atas untuk berpindah dari kampung mereka kerana akan dimajukan.
NILAI-NILAI MURNI
Nilai Kasih sayang. Bah Urei sangat menyayangi isterinya. Cthnya Dia sering terkenang
isterinya Sirih walaupun telah lama menin ggal dunia.
Nilai Bertanggungjawab. Cthnya Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya kepada isterinya
Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan sirih dekat pokok
keledang seperti yang dimintanya.
Nilai Kesetiaan Cthnya Bah Urei sangat setia akan isterinya. Dia sentiasa menziarahi kubur
isterinya.
Nilai Keberanian Cthnya semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang dengan
menggunakan sumpitan sahaja.
Nilai pengorbanan cthnya Masyarakat orang asli kaum Semai terpaksa berkorban tanah pusaka
dan kampong halaman mereka kerana kemajuan kampung.
PENGAJARAN
Kita hendaklah saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana ini merupakan tanda
kebahagiaan hidup. Cthnya Bah Urei dan isterinya saling sayang menyayangi. Sirih pernah
44
ANAK GLOBAL
mengatakan bahawa dia senang mendapat suami yang baik seperti Bah Urei ketika Bah Urei
memegang tangan isterinya.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan janji kita. Bah Urei berusaha menepati
janjinya kepada isterinya walaupun akhirnya dia kalah. Cthnya dia berusaha bersungguh-
sungguh meminta Tok Batin menentang cadangan memajukan kampong tetapi Tok Batin
telahpun menerima cadangan tersebut.
.
Kita perlulah setia dalam menjalinkan hubungan supaya dipercayai. Cthnya Sirih sangat
mempercayai suaminya sehingga meminta suaminya mengebumikannya dekat pokok keledang
dan menjaga pokok keledang mereka dengan baik.
Kita mestilah berusaha mempertahankan hak kerana tanpa usaha kita akan banyak kerugian.
Cthnya Tok Batin terus bersetuju dengan cadangan kerajaan memajukan kampong orang asli
kaum semai menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kampung dan segala sejarah
kewujudan kampung akan hilang.
Kita perlulah berkorban demi kebahagian kerana tanpa pengorbanan kebahagiaan tidak akan
tercapai. Cthnya Bah Urei sanggup berkorban tenaga untuk menjaga kubur dan pokok keledang
isterinya agar hatinya tenang.
SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas dengan menggunakan kata
ganti diri orang ketiga. Pengarang menggambarkan keadaan perasaan dan fikiran watak utama
dalam cerpen. Gambaran watak ini ditonjolkan agar terperinci berbanding dengan gambaran
terhadap watak lain.
GAYA BAHASA
Ayat pendek
Contoh : Begitu?
Tidak!
Tidak! (hlm 111)
45
ANAK GLOBAL
Ayat panjang
Contoh : ‘Dia insaf…tumpu dinihari.’ (hlm 104)
Pemilihan kata/diksi – bahasa dialek.
Contoh : terpokah, meremba-remba
Simile
Contoh : ‘pokok keledang sudah terdiri tinggi seperti ingin menongkat langit’ (hlm 109)
Repitasi
Contoh : “Bukan dayus, bapak.”
“Bukan dayus apa?
(hlm 104)
Sinkope
Contoh : ‘Sirih…aku tak dapat nak buat apa. (hlm 105)
Pantun
Contoh :
“Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari,
Baru sekarang saya mendapat.”
SOALAN STRUKTUR
Cerpen Bah Urei (Baharuddin Kahar)
46
ANAK GLOBAL
1. Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar, berikan persoalan berdasarkan
huraian yang diberikan.
BIL HURAIAN PERSOALAN
a. “Hari ni ayah tak makan lagi, saya dah
siapkan lemang ubi di atas pondok.”
b. Bukan tidak dicubanya membantah
semahu-mahunya, fikirnya. Dia sudah
beberapa kali pergi menemui tok batin
sejak terhebahnya berita bahawa mereka
ditawarkan pindah itu. Dia sudah cuba
menyuarakan pendapat dan bantahannya.
2.
a. Siapakah kau dan aku dalam petikan di atas?
b. Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas?
3. Berdasarkan cerpen Bah Urei , nyatakan :
a. Nama pengarangnya.
b. Dua orang watak dalam cerpen tersebut.
47
“Buahnya manis, biar perkahwinan kita manis.”“Lagi.”“Pokok kuat dan teguh, biar perkahwinan kita teguh.”“Kau percaya itu?”“Tentu…tentu…”“Kalau begitu nanti aku siram selalu, biar ia hidup betul.”“Akulah yang mesti buat itu.”“Tidak, kita sama-sama buat.”
ANAK GLOBAL
4.
a. Apakah yang dimaksudkan dengan simile.
b. Berikan satu contoh simile berdasarkan petikan di atas.
5.
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.
6. Berdasarkan cerpen Bah Urei, berikan unsur gaya bahasa berdasarkan huraian berikut.
BIL HURAIAN GAYA BAHASA
a Sekeping demi sekeping serpihan batang pokok
itu terpelanting ke bumi. Dan terasa hatinya
48
Dan apabila setiap kali batuk, dia terhenti, mengurut-urut dada, menekan-nekan
perut dan pinggang. Akhirnya Bah Urei sampai juga di atas. Di depannya, lebih
kurang beberapa kaki sahaja, pokok keledang sudah terdiri tinggi seperti ingin
menongkat langit.
Bah Urei masih ingat di situ dulu, pada satu ketika, dia telah dikahwinkan
dengan Sirih mengikut adat istiadat lama suku Semai. Majlis perkahwinannya
itu ialah satu majlis yang meriah. Setelah mengalungkan seutas rantai
daripada akar beragukkan gigi dan tulang harimau panjang sembilan ke leher
Sirih, mereka pergi mengelilingi busut.
ANAK GLOBAL
yang terkoyak sekeping demi sekeping.
b “Ayah! Ngapa ni? Mari kita balik.”
7. Berdasarkan cerpen Bah Urei hasil karya Baharuddin Kahar, nyatakan :
a. Satu perwatakan Bah Urei.
b. Satu perwatakan Runa.
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar :
a. Huraikan tema cerpen ini.
b. Jelaskan tiga persoalan dalam cerpen ini.
c.Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
2. Berdasarkan cerpen Bah Urei karya Baharuddin Kahar :
a. Huraikan lima gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.
b. Jelaskan lima nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.
49
ANAK GLOBAL
SKEMA JAWAPAN
Soalan Struktur :
1. a) kasih sayang / bertanggung jawab
b) perjuangan mempertahankan hak
2. a) Bah Urei dan Sirih
b) Teknik dialog
3. a) Baharuddin Kahar
b) Bah Urei /Sirih /Runa /Tok Batin
50
ANAK GLOBAL
4. a) Gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata bak, bagai, seperti, umpama,
nan, dan laksana.
b) …pokok keledang sudah terdiri tinggi seperti ingin menongkat langit.
5. a)Masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat.
b) Masyarakat suku Semai.
6. a) Repitasi
b) Sinkope
7. a) Seorang yang penyayang
b) Seorang yang bertanggung jawab
SOALAN ESEI
1. a) Cerpen ini bertemakan kesetiaan seorang suami yang begitu mendalam terhadap
isterinya. Contohnya, Bah Urei sanggup mengamuk memukul kepala orang-orang yang datang
untuk memusnahkan pokok keledang dan kubur isterinya, Sirih. Pokok keledang tersebut
merupakan lambang kasih sayang antara Bah Urei dan isterinya kerana semasa mereka
berkahwin mereka menanam pohon keledang tersebut. Dalam cerpen ini Bah Urei juga
digambarkan sentiasa menziarahi kubur isterinya.
b) Persoalan:
Persoalan perjuangan mempertahankan hak. Contohnya, Bah Urei berjuang mempertahankan
kubur isterinya dan pohon keledang yang menjadi lambang kasih sayang mereka.
Persoalan adat istiadat sesuatu kaum. Contohnya, Bah Urei dan Sirih berkahwin mengikut adat
masyarakat orang asli suku Semai.
Persoalan Kesetiaan suami terhadap isterinya. Contohnya, Bah Urei sangat setia terhadap
isterinya dan sentiasa menziarahi kubur isterinya.
Persoalan keberanian. Contohnya, Bah Urei berani memukul orang-orang yang datang untuk
memusnahkan kubur Sirih dan pokok keledang lambang kasih sayang mereka.
51
ANAK GLOBAL
(pilih mana-mana tiga persoalan)
c) Pengajaran:
Kita hendaklah saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana ini merupakan tanda
kebahagiaan hidup. Cthnya Bah Urei dan isterinya saling sayang menyayangi. Sirih pernah
mengatakan bahawa dia senang mendapat suami yang baik seperti Bah Urei ketika Bah Urei
memegang tangan isterinya.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan janji kita. Bah Urei berusaha menepati
janjinya kepada isterinya walaupun akhirnya dia kalah. Cthnya dia berusaha bersungguh-
sungguh meminta Tok Batin menentang cadangan memajukan kampong tetapi Tok Batin
telahpun menerima cadangan tersebut.
.
Kita perlulah setia dalam menjalinkan hubungan supaya dipercayai. Cthnya Sirih sangat
mempercayai suaminya sehingga meminta suaminya mengebumikannya dekat pokok keledang
dan menjaga pokok keledang mereka dengan baik.
Kita mestilah berusaha mempertahankan hak kerana tanpa usaha kita akan banyak kerugian.
Cthnya Tok Batin terus bersetuju dengan cadangan kerajaan memajukan kampong orang asli
kaum semai menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kampung dan segala sejarah
kewujudan kampung akan hilang.
Kita perlulah berkorban demi kebahagian kerana tanpa pengorbanan kebahagiaan tidak akan
tercapai. Cthnya Bah Urei sanggup berkorban tenaga untuk menjaga kubur dan pokok keledang
isterinya agar hatinya tenang.
2. a) Latar masyarakat:
Masyarakat orang asli Cthnya Bah Urei dan Tok Batin adalah masyarakat orang asli kaum
Semai.
52
ANAK GLOBAL
Masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat. Sebelum perkahwinan suami akan
memburu harimau sebagai tanda keberanian dan kebertanggungjawaban.
Masyarakat yang penyayang Cthnya: Dia juga sentiasa mengenang isterinya walaupun sudah
lama meninggal dunia.
Masyarakat yang berani Cthnya: semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang
dengan menggunakan sumpitan sahaja.
Masyarakat yang setia Cthnya:Bah Urei sangat setia akan janjinya kepada isterinya sehingga
dia cuba mempertahankan kubur isteri dan pokok keledang hasil tanaman mereka berdua.
Masyarakat yang bertanggungjawab Cthnya: Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya
kepada isterinya Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan
sirih dekat pokok keledang seperti yang dimintanya.
Masyarakat yang mengikut perintah Cthnya: Tok Batin terus bersetuju menerima arahan dari
pihak atas untuk berpindah dari kampung mereka kerana akan dimajukan.
(pilih mana-mana lima latar masyarakat)
b) Nilai murni:
Nilai Kasih sayang. Bah Urei sangat menyayangi isterinya. Cthnya Dia sering terkenang
isterinya Sirih walaupun telah lama menin ggal dunia.
Nilai Bertanggungjawab. Cthnya Bah Urei bertanggungjawab terhadap janjinya kepada isterinya
Sirih. Dia menunaikan janjinya menjaga pokok keledang dan mengebumikan sirih dekat pokok
keledang seperti yang dimintanya.
Nilai Kesetiaan Cthnya Bah Urei sangat setia akan isterinya. Dia sentiasa menziarahi kubur
isterinya.
53
ANAK GLOBAL
Nilai Keberanian Cthnya semasa muda Bah Urei pernah membunuh harimau belang dengan
menggunakan sumpitan sahaja.
Nilai pengorbanan cthnya Masyarakat orang asli kaum Semai terpaksa berkorban tanah pusaka
dan kampung halaman mereka kerana kemajuan kampung.
CERPEN 6 : MELAKAR IMPIAN – MOHD KASIM MAHMUD
ASPEK-ASPEK SASTERA
1. TEMA
Bertemakan kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan. Rosli yang bercita-cita
untuk mengusahakan projek membela burung ruak-ruak. Pada mulanya idea Rosli
54
ANAK GLOBAL
dipertikaikan oleh rakan-rakannya tetapi dengan usaha gigih Rosli meneruskan
rancangannya. Projeknya mendapat bantuan daripada pelbagai pihak dan berjalan dengan
lancar.
2. PERSOALAN
(a) Persoalan tentang sikap yang tidak mematuhi peraturan. Contoh: Fuad mencampakkan tin
minuman yang telah kosong ke dalam longkang di hadapannya.
(b) Persoalan tentang sikap yang tidak mudah berputus asa. Contoh: Rosli tidak berputus asa
memujuk rakan-rakannya untuk turut sama dalam projek menternak burung ruak-ruak.
(c) Persoalan tentang keberanian membuat pembaharuan. Contoh: Rosli berani membuat
pembaharuan menternak burung ruak-ruak yang belum pernah dilakukan oleh orang lain.
(d) Persoalan tentang semangat yang gigih. Contoh: Rosli sangat bersemangat untuk
memulakan projek ternakan burung ruak-ruak.
(e) Persoalan tentang pegangan yang kuat terhadap agama. Contoh: Rosli berhasrat untuk
membayar zakat sekiranya projek ternakan burung ruak-ruaknya berjaya.
(f) Persoalan tentang kebaikan hati. Contoh: Rosli bersikap baik hati dengan menjamin rakan-
rakannya yang ditangkap polis.
3. WATAK DAN PERWATAKAN
(a) ROSLI
- Watak utama.
- Rajin berusaha.
- Berkawan rapat dengan Azwan, Fuad, dan Lamin dan mereka digelar pemuda kacang
hantu oleh penduduk kampung.
- Seorang yang berani membuat pembaharuan. Contoh : Rosli berani membuat projek
penternakan burung ruak-ruak.
- Seorang yang berfikiran positif. Contoh : Rosli yakin projek penternakan burung ruak-
ruak akan mendatangkan pulangan.
- Seorang yang penyabar. Contoh : Rosli bersabar dengan sikap Azwan, Fuad dan
Lamin yang mempersendakan rancangannya untuk memulakan penternakan burung
ruak-ruak.
- Seorang yang setiakawan. Contoh : Walaupun Fuad, Lamin dan Azwan pernah
mempersendakan rancangannya sebelum ini, namun atas dasar setiakawan, Rosli
telah menjamin kawan-kawannya dib alai polis.
55
ANAK GLOBAL
(b) FUAD / AZWAN / LAMIN
- Rakan baik Rosli.
- Pemuda kacang hantu
- Berfikiran negatif kerana tidak bersetuju dengan cadangan Rosli untuk menternak
burung ruak-ruak.
- Suka memperkecilkan kebolehan orang lain.
- Ditangkap oleh penduduk kampung kerana memecah masuk rumah Haji Sameon
untuk mencuri wang tunai dan barang berharga.
4. PLOT
TEKNIK PLOT
(a) PEMERIAN
Rosli menerangkan rancangan penternakan burung ruak-ruak kepada ibubapanya
Contoh : Rosli membentangkan rancangannya itu kepada kedua-dua ibubapanya. Walaupun
terkejut dan dibuai keraguan, mereka merestui serta memberi perangsang.
(b) DIALOG
Perbualan di antara Rosli, Fuad, Lamin dan Azwan. Rosli menerangkan tentang
rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak.
Contoh : “Jadi?” Fuad memotong tidak sabar.
“Jadi, inilah masanya kita buktikan kepada semua orang bahawa kita
boleh berjaya. Kita tunjukkan keupayaan kita mengusahakan projek besar dan
menguntungkan. Tentu akhirnya mereka akan menghormati kita. Mereka akan
mengubah tanggapan buruk yang dilemparkan kepada kita selama ini.,” balas
Rosli bersungguh-sungguh, tepu keyakinan.
(c) KEJUTAN
Rakan-rakan Rosli telah ditangkap kerana mencuri.
Contoh : Tiba-tiba pada suatu pagi, tersebar berita yang menggemparkan seluruh penduduk
Beringin Tunggal. Azwan, Fuad dan Lamin telah ditangkap oleh beberapa orang penduduk
kampung sewaktu sedang memecah masuk ke rumah Haji Sameon. Mereka cuba
mengambil wang tunai dan barang-barang berharga di rumah itu. Ketiga-tiga mereka
diserahkan kepada pihak polis.
56
ANAK GLOBAL
(d) IMBAS MUKA
Gambaran tentang kejayaan yang bakal dicapai oleh Rosli
Contoh : Kita boleh dapat duit yang banyak. Siapa tau, dengan izin Allah, kita boleh menjadi
jutawan!
(e) KONFLIK
Konflik di antara Rosli dengan tiga rakannya.
Contoh : Rosli berusaha memberikan penjelasan kepada rakan-rakannya. Bagaimanapun,
rakan-rakanya masih mempersendakan dan mentertawakan rancangan Rosli untuk
menternak burung ruak-ruak.
BINAAN PLOT
(a) Permulaan
- Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa perbualan antara Rosli, Fuad, Lamin
dan Azwan. Rosli mengajak rakan-rakannya untuk menyertai rancangannya untuk
menternak burung ruak-ruak. Rakan-rakan Rosli telah mentertawakan rancangan
Rosli.
(b) Perkembangan
- Pengarang mengembangkan cerita dengan peristiwa Rosli berusaha memujuk rakan-
rakannya untuk menyertai rancangan penternakan burung ruak-ruak. Rakan-rakan
masih mempersendakan rancangan Rosli.
- Rosli mendapat sokongan daripada ibu dan bapanya untuk memulakan projek
ternakan burung ruak-ruak. Ibu bapanya turut membantu Rosli dengan memberi
sumbangan sebanyak RM2000 untuk membolehkannya membina sangkar besar
seluas gelanggang badminton di belakang rumah.
- Cerita semakin berkembang dengan peristiwa Rosli berusaha bersungguh-sungguh
memajukan perniagaan burung ruak-ruak. Hasil jualannya mendapat pulangan yang
lumayan. Rosli menambah sangkar baru untuk menampung burung ruak-ruak yang
membiak dengan cepat.
(c) Klimaks
- Cerita ini mencapai klimaks apabila rakan-rakan Rosli yang telah mempersendakan
cadangannya sebelum ini ditangkap oleh penduduk kampung ketika memecah masuk
rumah Haji Sameon.
57
ANAK GLOBAL
(d) Peleraian
- Rosli bersama-sama dengan ketua kampung dan ibubapa Lamin, Fuad dan Azwan
pergi ke balai polis. Rosli telah menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah dan rakan-
rakanya boleh dibebaskan dangan ikat jamin sebanyak RM1000 seorang sementara
menunggu hari pembicaraan.
(e) Pengakhiran
- Pengarang mengakhiri cerita dengan keinsafan rakan-rakan Jalil. Lamin, Fuad dan
Azwan kesal dengan sikap mereka yang mempersendakan rancangan Rosli sebelum
ini.
5. LATAR MASA
(a) WAKTU PETANG
Peristiwa : Perbualan dia antara Rosli dengan rakan-rakanya. Rosli ditertawakan oleh
Lamin, Fuad dan Azwan kerana rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak.
(b) WAKTU PAGI
Peristiwa : Berita gempar tersebar di seluruh kampung tentang penangkapan Fuad, Lamin
dan Azwan keran cuba memecah masuk ke rumah Haji Sameon.
(c) SATU TAHUN
Peristiwa : Setelah satu tahun berlalu, usaha gigih Rosli telah menampakkan hasilnya.
Burung ruak-ruak yang diternaknya membiak dengan banyak dan dia mendapat pulangan
wang yang banyak hasil jualan burung ruak-ruak itu.
6. LATAR TEMPAT
(a) KAMPUNG BERINGIN TUNGGAL
Hampir keseluruhan cerita berkisar di Kampung Beringin Tunggal. Kampung ini
merupakan kampong Rosli, Lamin, Azwan dan Fuad. Mereka digelar pemuda kacang
hantu disebabkan sikap mereka yang suka berpeleseran menaiki motosikal. Kampung ini
juga menyaksikan kejayaan Rosli menternak burung ruak-ruak.
(b) DI BAWAH POKOK RAMBUTAN GADING
58
ANAK GLOBAL
Rosli mengemukakan rancangannya untuk menternak burung ruak-ruak kepada tiga orang
rakannya. Bagaimana pun, Lamin, Azwan dan Fuad mempersendakan rancangan Rosli
dan tidak yakin Rosli akan berjaya.
(c) RUMAH HAJI SAMEON
Azwan, Lamin dan Fuad telah memecah masuk rumah Haji Sameon untuk mencuri wang
tunai dan barang- barang berharga tetapi telah ditangkap oleh penduduk kampung.
(d) BALAI POLIS
Rosli bersama-sama ketua kampung dan ibu bapa Lamin, Azwan da Fuad telah datang ke
balai polis dengan segera setelah penengkapan mereka. Rosli telah menemui Encik Ishak,
Ketua Polis Daerah. Akhirnya ketiga-tiga pemuda itu dibebaskan setelah Rosli membayar
ikat jamin RM1000 seorang sementara menunggu hari pembicaraan.
7. LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat yang suka mempersendakan orang lain. Contoh : Lamin, Azwan dan Fuad
mempersendakan cadangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak.
(b) Masyarakat yang berusaha untuk melakukan pembaharuan. Contoh : Rosli lambang
pemuda yang cuba untuk membuat pembaharuan dalam hidup.
(c) Masyarakat yang berfikiran positif. Contoh : Rosli yakin rancangannya akan
mendatangkan pulangan yang lumayan.
(d) Masyarakat yang tidak mendendami orang lain. Contoh : Rosli tidak pernah
mendendami Fuad, Lamin dan Azwan yang pernah mempersendakannya sebelum ini.
(e) Masyarakat yang berfikiran negatif. Contoh : Rakan-rakan Rosli tidak yakin dengan
rancangan Rosli untuk menternak burung ruak-ruak, malah mentertawakan
rancangannya.
8. NILAI
(a) Nilai ketabahan.
Contoh : Rosli tabah menghadapi segala ejekan rakan-rakannya.
(b) Nilai baik hati.
Contoh : Rosli menjamin rakan-rakannya yang ditangkap polis.
(c) Nilai menghormati ibu bapa.
Contoh : Rosli memberitahu kepada ibu bapanya tentang
cadangannya untuk menternak burung ruak-ruak.
59
ANAK GLOBAL
(d) Nilai ketaatan kepada agama.
Contoh : Rosli berhasrat untuk membayar zakat
sekiranya berjaya menternak burung ruak-ruak
(e) Nilai keberanian.
Contoh : Rosli berani membuat perubahan untuk mengubah dirinya
agar menjadi insan yang berguna
9. PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah tabah menghadapi setiap dugaan.
(b) Kita perlulah bersikap baik hati sesama insan.
(c) Kita mestilah menghormati ibu bapa.
(d) Kita hendaklah taat kepada agama.
(e) Kita haruslah berani membuat pembaharuan.
10. SUDUT PANDANGAN
SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA
Pengarang dapat menggambarkan keadaan fikiran dan perasaan watak utama iaitu utama
berbanding dengan watak lain iaitu Rosli. Pengarang dapat memperincikan gambaran
watak utama berbanding dengan watak yang lain. Pengarang juga mengalihkan fokus
kepada beberapa watak sampingan lain seperti Lamin, Azwan dan Fuad.
11. GAYA BAHASA
(a) Ayat pendek
Contoh : Hati Rosli tetap tabah.
(b) Ayat panjang
Contoh : Dia berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi rakan-rakannya agar
menyertai projek yang telah bermain-main di ruang fikirannya sejak seminggu lalu.
(c) Metafora
Contoh : hamparan kejayaan
taman sanubari
(d) Personifikasi
Contoh :
Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang…
60
ANAK GLOBAL
Matanya menikam tajam ke dalam mata sahabatnya itu.
(e) Repitisi
Contoh : “Ah sudah, cukup, cukup!”
(f) Inversi
Contoh : Boleh kami sembelih dan buat goreng berlada.
(g) Sinkof
Contoh : Rancangan kau ini tak masuk akal, tau!
(h) Peribahasa
Contoh : Bermimpi di siang hari.
(i) Simpulan bahasa
Contoh : Kacang hantu
SOALAN
SOALAN STRUKTUR
1.
(a) Berdasarkan petikan di atas, berikan dua perwatakan Rosli.
2.
(a) Apakah idea yang diutarakan oleh Rosli berdasarkan petikan di atas.
(b) Nyatakan satu persoalan berdasarkan petikan di atas.
61
Rosli, anak muda bertubuh kurus kering menyambut ledakan ketawa rakan-rakannya
itu dengan penuh ketabahan. Dia memang telah menduga rancangannya pasti
menjadi bahan ketawa.
“Tapi idea ni menjelma daripada fikiran yang waras. Bukan sebab dirasuk hantu burung
ruak-ruak. Lagipun, kita dilarang mempercayai perkara karut-marut begitu. Sebagai
anak muda, salahkah aku mengajukan idea yang positif? Idea yang boleh melepaskan
kita daripada belenggu pemikiran yang kolot dan sia-sia?” Rosli tetap mempertahankan
hujahnya.
ANAK GLOBAL
3. Berdasarkan cerpen Melakar Impian, karya Mohd Hashim Mahmud, nyatakan :
(a) Nama pengarangnya.
(b) Apakah tema cerpen ini?
4.BIL HURAIAN GAYA BAHASA
(a)Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah?
Rancangan kau ini tak masuk akal, tau!
(b)Ah, sudah, cukup, cukup!
5. Berdasarkan cerpen Melakar Impian hasil karya Mohd Kasim Mahmud, berikan :
(a) watak utamanya
(b) dua watak lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.
6.
(a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas?
(b) Kenapakah dialog tersebut dituturkan?
7.BIL HURAIAN PENGAJARAN(a) “Kami tak ingin mengulangi kesilapan lalu. Kami
62
“Burung ruak-ruak lain, tak sama dengan burung puyuh.”
“Apa lainnya? Bukankah kedua-duanya spesies burung
hutan? Bukankah kedua-duanya spesies burung liar?”
“Burung puyuh boleh dijinakkan, tapi burung ruak-ruak
tak boleh.”
“Mana kau tahu tak boleh? Kita tak pernah mencubanya,
bukan?
ANAK GLOBAL
mau berubah menjadi warga yang berguna,”
tambah Lamin penuh kekesalan.
(b) Projek ternakan burung ruak-ruak itu semakin
berjaya. Beribu-ribu ekor burung ruak-ruak
memenuhi sangkar besar itu. Malah Rosli terpaksa
membina sebuah lagi sangkar besar untuk
menampung burung ruak-ruak yang membiak
dengan begitu cepat.
8. Berdasarkan cerpen Melakar Impian karya Mohd Kasim Mahmud, berikan nilai-nilai
murni berdasarkan huraian di bawah :
63
(a) Dia diberitahu, ketiga-tiga rakannya
boleh dibebaskan dengan ikat jamin
RM1000 seorang sementara menunggu
perbicaraan. Dengan rela hati Rosli
menjamin ketiga-tiga rakannya itu.
(b) Sekurang-kurangnya kita boleh
keluarkan zakat dalam nilai yang besar.
Bukankah itu suatu bakti yang besar dan
berfaedah kepada ummah.
ANAK GLOBAL
JAWAPAN
1. (a) Seorang yang bertubuh kurus kering dan seorang yang tabah.
2. (a) Idea untuk menternak burung ruak-ruak secara komersil.
(b) Pemuda yang berfikiran positif.
3. (a) Mohd Kasim Mahmud
(b) Kegigihan seorang anak muda untuk menjadi usahawan
4. (a) Sinkof
(b) Repitisi / Pengulangan perkatan
5. (a) Rosli
(b) Lamin / Fuad / Azwan
6. (a) Rosli dan Azwan
(b) Rosli mahu meyakinkan Azwan bahawa mereka boleh menternak burung ruak-
ruak dengan jayanya asalkan mereka berusaha.
7. (a) Kita hendaklah insaf atas kesilapan masa lalu.
(b) Kita perlulah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
8. (a) Nilai baik hati / Tidak berdendam
(b) Nilai ketaatan kepada perintah Allah.
64
ANAK GLOBAL
CERPEN 7 : CIKGU APEK – SITI HAJAR MOHD ZAKI
CIKGU APEK
1. TEMA :
Kegigihan dan kecekalan (kesungguhan/keazaman) seorang seorang gadis dalam
menyebarkan dakwah dan berbakti kepada masyarakat orang asli. Contohnya Faduhah
sanggup datang ke kampung orang asli suku Temuan dan menziarahi 32 buah rumah untuk
berdakwah walaupun terdapat pantang larang yang menegah mereka masuk ke sesetengah
rumah. Selain itu dia juga terpaksa berhadapan dengan cikgu Apek yang tidak senang dengan
kedatangan dan pengajaran dakwah kerana menyebabkan pelajar tadikanya lupa ABC apabila
telah diajar Alif, Ba, Ta.
2. PERSOALAN :1. Persoalan Masyarakat yang kuat kepercayaan nenek moyang dan patang larang mereka,
contohnya daripada 32 buah rumah yang di ziarahi oleh kumpulan pendakwah ada
sesetengah rumah yang menegah kemasukan mereka kerana ada pantang larangnya.
2. Persoalan kesedaran tentang kepentingan ilmu , contohnya ibu Cikgu Apek terkilan apabila
Apek kembali tanpa berjaya dalam pengajiannya sehingga ibunya merajuk dan membawa
diri ke hutan.
3. Persoalan Kasih sayang , Contohnya watak Faduhah, walaupun berasal dari Kuala Lumpur
tetapi sayangkan kanak-kanak orang Asli. Dia mencium pipi seorang anak perempuan lalu
menyikat rambutnya sambil mendukungnya. Begitu juga dengan Cikgu Apek yang
sayangkan anak bangsanya dan mahu kanak-kanak di situ mencapai kejayaan dalam
pelajaran.
65
ANAK GLOBAL
4. Persoalan kebijaksanaan dalam menyebarkan dakwah. Contohnya Farduhah
menyebarkankan pendidikan agama islam kepada masyarakat orang asli dengan cara
lembut dan secara tidak langsung kerana tidak mahu masyarakat menolak kehadiran
mereka. Dia mulakan dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya dan mendermakan
pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampong tersebut.
3. WATAK &PERWATAKAN :
Cikgu Apek
Seorang pemuda berusia 20-an dari Suku Temuan di Kg. Tohor. SPM gred tiga dan gagal
menamatkan Ijazahnya kerana tidak kuat menghadapi kemajuan di Bandar.
Merupakan guru tadika ,berambut kerinting halus,berdahi jendul, berkulit gelap, berbadan sasa.
Bersikap tegas dan,berpegang teguh dengan kepercayaan dan pantang larang masyarakatnya.
Mempunyai azam yang kuat contohnya dia menyahut seruan Farduhah dengan memohon
belajar ke maktab perguruan.
Dia hidup dalam penyesalan kerana dia telah menyebabkan ibunya mati dalam keadaan sedih.
Buktinya ibunya telah mati dipatuk ular dalam hutan ketika ibunya masuk hutan merajuk kerana
kegagalan Apek dalam pengajiannya di universiti.
Dia sukar menerima perubahan contohnya apabila dia dihantar ke universiti, dia telah gagal
kerana tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang berbeza dengan kampungnya.
Farduhah
Merupakan pelajar Universiti dari Kampus Gombak, ahli Persatuan JASA, berasal dari Kuala Lumpur.
Dia telah berjaya membuka mata Cikgu Apek , untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan.
Dia seorang yang menyayangi kanak-kanak. Contohnya Dia mendukung dan mencium pipi
seorang anak perempuan sambil.menyikat rambut anak tersebut.
Seorang bijak contohnya Farduhah menyebarkankan pendidikan agama islam kepada
masyarakat orang asli dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya dan mendermakan
pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampung tersebut
66
ANAK GLOBAL
4. PLOT:
Jalan cerita cerpen ini kronologi dan mudah diikuti.
Permulaan
Cerita dimulakan dengan perbualan antara Apek dengan Farduhah. Pembaca dibawa
mengenali watak Apek dan Farduhah. Daripada perbualan mereka juga pembaca dijelaskan
tujuan Farduhah berada di kampung.
Perkembangan
Cerita dikembangkan dengan peristiwa dakwah yang dilakukan oleh kumpulan pelajar universiti.
Mereka bermula dengan mendermakan pakaian dan makanan kepada penduduk. Seterusnya
mengajar inak-inak menyertai bengkel menggubah bunga dan menjahit baju. Dalam
perkembangan cerita juga latar belakang watak Apek diperkenalkan dan masyarakat kampung
yang pentingkan pantang larang.
Klimaks
Klimaks cerita ini ialah ketika Apek mengunjukkan sepucuk surat daripada maktab perguruan
kepada Farduhah.
Akhiran
Cerita ini diakhiri dengan keinginan cikgu Apek untuk mempelajari agama islam semasa
melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan nanti. Ini menunjukkan bahawa dakwah Farduhah
di kampung telah membuahkan hasil.
TEKNIK PLOT
Teknik Dialog
Perbualan antara Apek dan Farduhah tentang harapannya anak didik tadikanya Berjaya dalam pelajaran.
Imbas muka
Cikgu Apek menyatakan hasratnya untuk mencari kebenaran kata-kata Farduhah tentang keindahan agama islam semasa di Maktab Perguruan.
Teknik Imbas kembali
67
ANAK GLOBAL
Pengarang menceritakan kembali tentang kegagalan Cikgu Apek dalam pengajiannya di
universiti sehingga membawa kedukaan kepada ibunya.
Teknik suspen
Pembaca tertanya-tanya adakah cikgu Apek akan menerima agama islam atau tidak.
Monolog Dalaman
Farduhah terfikir dalam hatinya mengapa ada orang asli di kampong menggunakan nama Apek
seperti orang cina.
Pemerian
Pengarang menceritakan secara khusus tentang rupa fizikal Apek yang dilihat dari pandangan
Farduhah. Contohnya “rambut keriting halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan
sasa, dadanya bidang, otot-otot lengannya megah menimbul.”
5. LATAR MASA
Latar masa cerita ini mengambil masa lama iaitu berharihari. Memandangkan watak utamanya terpaksa tinggal di perkampungan dan sempat pula mengubah sikap cikgu Apek.
Waktu petang : masyarakat kampong bergotong royong memasak nasi di dalam buluh.
Masa perjalanan masuk ke kampong Tohor adalah dua jam dari perkampungan Melayu.
6. LATAR TEMPAT
Kuala Lumpur, tempat asal watak Faduhah , Kampus Gombak tempat Faduhah belajar. - Kg.
Chennah : Perkampungan Melayu tempat persinggahan sebelum ke Perkampungan Orang Asli,
Kg. Tohor.
Kg. tohor, kampung halaman Cikgu Apek, orang asli suku Temuan dengan 32 buah
rumah.
7. LATAR MASYARAKAT
68
ANAK GLOBAL
Masyarakat Melayu terpelajar dari Kuala Lumpur (pelajar universiti) diwakili oleh Faduhah, -
Masyarakat orang Asli, Suku Temuan di Kg. Tohor iaitu Cikgu Apek.
Masyarakat yang mementingkan pelajaran/ pendidikan contohnya cikgu Apek berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengajar anak murid tadikanya supaya berjaya dalam pelajaran. Ini
dapat dilihat apabila dia berkata tidak berguna sekiranya fizikal tadika berubah tetapi pemikiran
anak-anak tidak berubah.
Masyarakat berpegagng kuat pada adat dan pantang larang. Ini terbukti apabila ada sebilangan
daripada mereka menolak kedatangan pendakwah ke rumah mereka kerana adanya pantang
larang.
Masyarakat yang jauh daripada kemajuan. Ctnya semasa perjalanan dua jam ke kampung
Tohor, jalannya berturap simen dan lekuk lekak. Apek juga gagal di universiti kerana tidak biasa
dengan pembangunan di Bandar.
8. NILAI
Nilai keazaman yang tinggi
Cthnya Farduhah mempunyai azam yang kuat untuk berdakwah di kampung Tohor walaupun
mengitu jauh jaraknya dari Bandar. Ini terbukti kerana telah dua kali dia dan kumpulannya
datang ke kampong tersebut.
Nilai Kasih sayang
Cthnya Faduhah menyayangi kanak-kanak. Dia meletakkan seorang kanak-kanak perempuan
orang asli di atas ribanya, mencium pipi anak tersebut dan menyikat rambut kusut masai kanak-
kanak tersebut.
Nilai Keinsafan - Cikgu Apek mula insaf dan ingin mencari kebenaran tentang agama Islam
sedangkan sebelum ini beliau marah jika kanak-kanak tadika belajar atau menghafal Alif Ba Ta
dari ABC yang diajarnya. Di akhir cerita dia memberitahu Faduhah bahawa dia ingin mencari
kebenaran tentang Allah.
Nilai Hormat menghormati
Farduhah dan kumpulannya berhati-hati apabila berdakwah di kampung iaitu dengan
melakukan kebajikan supaya tidak menyakitkan hati orang kampung.
69
ANAK GLOBAL
9. PENGAJARAN :
Kita hendaklah gigih berusaha dan kuatkan semangat dalam usaha mencapai kejayaan kerana
tanpa kegigihan kejayaan tidak akan berjaya. Contohnya Farduhah sanggup berusaha untuk
berdakwah kepada masyarakat orang asli walaupun jauh dari Bandar dan banyak pantang
larang. Akhirnya dia telah Berjaya membuka hati cikgu Apek.
Kita perlulah menghormati kepercayaan atau pantang larang orang lain. Contohnya apabila
Farduhah menjalankan dakwah dia kampung Tomoh dia dan rakannya melakukannya dengan
berhati-hati dan melakukan kebajikan kerana enggan menyakitkan heti atau melanggar pantang
larang masyarakat orang asli.
Kita janganlah mudah berputus asa apabila gagal dalam kehidupan kerana peluang terbuka
luas untuk kita terokai. Cthnya Cikgu Apek menyambung pengajiannya ke Maktab Perguruan
walaupun dia pernah gagal dalam pengajiannya di universiti.
10. SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama untuk cerpen ini. Contohnya
pengarang menggunakan kata ganti diri orang pertama iaitu “aku” yang merujuk kepada
Farduhah. Pengarang hanya mengetahui perasaan watak “aku” tetapi tidak menyelami watak
sampingan iaitu Cikgu Apek.
11. GAYA BAHASA :
Pengorangan
“…dia guru yang diburu cemburu kerana fikrah anak-anak….”
“…dakwah islam terang-terang menjengah ke kampung ini.”
“…mata besar yang berkening lebat itu tunak memanah mataku yang ternyata amat sepet, aku diserbu malu.”
Metafora
“Gunung tekad menuntut pendakian penuh kesabaran”.
“Pertanyaan itu sengaja kutimbulkan untuk mengubah mauduk perbualan”
“…Ujaran itu menempias gelora protesnya terhadap misiku di sini”.
Hiperbola
70
ANAK GLOBAL
“Anak-anak disini masih rela berendam di sungai berjam-jam daripada disejukkan oleh pendidikan yang mengalir di tadika”
“kata maaf meluncur dari bibir tebalnya”
Simile
“Definisi majlis kahwin pada mereka bagaikan pesta dan konsert”
“Hei…kenapa pandang macam nak makan orang?”
CONTOH SOALAN
BAHAGIAN A. (Soalan struktur)
1. “Kenapa masih ke sini?”
“Salahkah berbakti kepada masyarakat kau?”
“Masih tak serik?”
“Gadis, Kuala Lumpur kenal lintah ke?”.
Cis, mentang-mentanglah aku pernah menjerit ketakutan dipanjati dua ekor lintah di
betisku.
a. Siapakah yang dimaksudkan sebagai “kau” dan “aku” di dalam petikan di atas?.
Kau ialah_______________________________
Aku ialah _______________________________
b. Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam petikan tersebut?
_________________________________________________________________
c. Nyatakan dua latar berdasarkan petikan di atas.
i. ___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
71
ANAK GLOBAL
2. Rambut keriting halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan sasa, dadanya
bidang, otot-otot lengannya megah menimbul. Ciri-ciri fizikalnya itu cukup untuk
menzahirkan begitu jugalah kesasaan azam lelaki ini. Tegasnya sukar dilibaskan.
Dipetik daripada cerpen Cikgu Apek : hlm.132.
a. Siapakah watak yang digambarkan dalam petikan di atas?
____________________________________________________________________
b. Berikan teknik cerita yang digunakan dalam petikan di atas.
____________________________________________________________________
c. Berikan dua perwatakan watak yang digambarkan dalam petikan di atas?.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
BAHAGIAN B (Soalan Esei)
1. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek, karya Siti Hajar Mohd Zaki, jawab soalan-soalan
berikut :-
a. Jelaskan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini?.
b. Huraikan lima pengajaran yang boleh didapati daripada cerpen ini?.
2. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek, karya Siti Hajar Mohd Zaki, jawab soalan-soalan
berikut :-
a. Huraikan tema dan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini?
b. Jelaskan latar masyarakat dalam cerpen ini.
3. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek, karya Siti Hajar Mohd Zaki, huraikan perwatakan
a. Cikgu Apek
b. Farduhah
SKEMA JAWAPAN
72
ANAK GLOBAL
BAHAGIAN A. (Soalan struktur)
No Jawapan
1 a.
Kau ialah Cikgu Apek
Aku ialah Farduhah
c. Teknik dialog
d. Latar Kuala Lumpur dan Kampung Tohor
2 a. Cikgu Apek yang merupakan guru tadika kampong Tohor
b. Teknik cerita pemerian
c. Perwatakan:
Berbadan sasa
Tegas
Mempunyai azam yang tinggi
Berambut keriting
Badan yang berotot
BAHAGIAN B (Soalan Esei)
No Jawapan
1 a. Nilai:
Nilai keazaman yang tinggi
Cthnya Farduhah mempunyai azam yang kuat untuk berdakwah di kampung
Tohor walaupun mengitu jauh jaraknya dari Bandar. Ini terbukti kerana telah dua
kali dia dan kumpulannya datang ke kampong tersebut.
Nilai Kasih sayang
Cthnya Faduhah menyayangi kanak-kanak. Dia meletakkan seorang kanak-
kanak perempuan orang asli di atas ribanya, mencium pipi anak tersebut dan
menyikat rambut kusut masai kanak-kanak tersebut.
Nilai Keinsafan - Cikgu Apek mula insaf dan ingin mencari kebenaran tentang
agama Islam sedangkan sebelum ini beliau marah jika kanak-kanak tadika
belajar atau menghafal Alif Ba Ta dari ABC yang diajarnya. Di akhir cerita dia
memberitahu Faduhah bahawa dia ingin mencari kebenaran tentang Allah.
Nilai Hormat menghormati
73
ANAK GLOBAL
Farduhah dan kumpulannya berhati-hati apabila berdakwah di kampung iaitu
dengan melakukan kebajikan supaya tidak menyakitkan hati orang kampung.
b. Pengajaran:
Kita hendaklah gigih berusaha dan kuatkan semangat dalam usaha mencapai
kejayaan kerana tanpa kegigihan kejayaan tidak akan berjaya. Contohnya
Farduhah sanggup berusaha untuk berdakwah kepada masyarakat orang asli
walaupun jauh dari Bandar dan banyak pantang larang. Akhirnya dia telah
Berjaya membuka hati cikgu Apek.
Kita perlulah menghormati kepercayaan atau pantang larang orang lain.
Contohnya apabila Farduhah menjalankan dakwah dia kampung Tomoh dia dan
rakannya melakukannya dengan berhati-hati dan melakukan kebajikan kerana
enggan menyakitkan heti atau melanggar pantang larang masyarakat orang asli.
Kita janganlah mudah berputus asa apabila gagal dalam kehidupan kerana
peluang terbuka luas untuk kita terokai. Cthnya Cikgu Apek menyambung
pengajiannya ke Maktab Perguruan walaupun dia pernah gagal dalam
pengajiannya di universiti.
2 a. Tema dan Persoalan
Cerpen ini bertemakan Kegigihan dan kecekalan (kesungguhan/keazaman)
seorang seorang gadis dalam menyebarkan dakwah dan berbakti kepada
masyarakat orang asli. Contohnya Faduhah sanggup datang ke kampung orang
asli suku Temuan dan menziarahi 32 buah rumah untuk berdakwah walaupun
terdapat pantang larang yang menegah mereka masuk ke sesetengah rumah.
Selain itu dia juga terpaksa berhadapan dengan cikgu Apek yang tidak senang
dengan kedatangan dan pengajaran dakwah kerana menyebabkan pelajar
tadikanya lupa ABC apabila telah diajar Alif, Ba, Ta.
Persoalan Masyarakat yang kuat kepercayaan nenek moyang dan patang
larang mereka, contohnya daripada 32 buah rumah yang di ziarahi oleh
kumpulan pendakwah ada sesetengah rumah yang menegah kemasukan
mereka kerana ada pantang larangnya.
74
ANAK GLOBAL
Persoalan kesedaran tentang kepentingan ilmu , contohnya ibu Cikgu Apek
terkilan apabila Apek kembali tanpa berjaya dalam pengajiannya sehingga
ibunya merajuk dan membawa diri ke hutan.
Persoalan Kasih sayang , Contohnya watak Faduhah, walaupun berasal dari
Kuala Lumpur tetapi sayangkan kanak-kanak orang Asli. Dia mencium pipi
seorang anak perempuan lalu menyikat rambutnya sambil mendukungnya.
Begitu juga dengan Cikgu Apek yang sayangkan anak bangsanya dan mahu
kanak-kanak di situ mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Persoalan kebijaksanaan dalam menyebarkan dakwah. Contohnya Farduhah
menyebarkankan pendidikan agama islam kepada masyarakat orang asli
dengan cara lembut dan secara tidak langsung kerana tidak mahu masyarakat
menolak kehadiran mereka. Dia mulakan dengan tinggal bersama-sama
masyarakatnya dan mendermakan pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika
di kampong tersebut.
b. Latar masyarakat
Masyarakat Melayu terpelajar dari Kuala Lumpur (pelajar universiti) diwakili oleh
Faduhah, - Masyarakat orang Asli, Suku Temuan di Kg. Tohor iaitu Cikgu Apek.
Masyarakat yang mementingkan pelajaran/ pendidikan contohnya cikgu Apek
berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajar anak murid tadikanya supaya
berjaya dalam pelajaran. Ini dapat dilihat apabila dia berkata tidak berguna
sekiranya fizikal tadika berubah tetapi pemikiran anak-anak tidak berubah.
Masyarakat berpegagng kuat pada adat dan pantang larang. Ini terbukti apabila
ada sebilangan daripada mereka menolak kedatangan pendakwah ke rumah
mereka kerana adanya pantang larang.
Masyarakat yang jauh daripada kemajuan. Ctnya semasa perjalanan dua jam ke
kampung Tohor, jalannya berturap simen dan lekuk lekak. Apek juga gagal di
universiti kerana tidak biasa dengan pembangunan di Bandar.
75
ANAK GLOBAL
3 a. Cikgu Apek
Seorang pemuda berusia 20-an dari Suku Temuan di Kg. Tohor. SPM gred tiga
dan gagal menamatkan Ijazahnya kerana tidak kuat menghadapi kemajuan di
Bandar.
Merupakan guru tadika ,berambut kerinting halus,berdahi jendul, berkulit gelap,
berbadan sasa.
Bersikap tegas dan,berpegang teguh dengan kepercayaan dan pantang larang
masyarakatnya.
Mempunyai azam yang kuat contohnya dia menyahut seruan Farduhah dengan
memohon belajar ke maktab perguruan.
Dia hidup dalam penyesalan kerana dia telah menyebabkan ibunya mati dalam
keadaan sedih. Buktinya ibunya telah mati dipatuk ular dalam hutan ketika
ibunya masuk hutan merajuk kerana kegagalan Apek dalam pengajiannya di
universiti.
Dia sukar menerima perubahan contohnya apabila dia dihantar ke universiti, dia
telah gagal kerana tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang
berbeza dengan kampungnya.
b. Farduhah
Merupakan pelajar Universiti dari Kampus Gombak, ahli Persatuan JASA,
berasal dari Kuala Lumpur.
Dia telah berjaya membuka mata Cikgu Apek , untuk menyambung pelajaran
dalam bidang perguruan.
Dia seorang yang menyayangi kanak-kanak. Contohnya Dia mendukung dan
mencium pipi seorang anak perempuan sambil.menyikat rambut anak tersebut.
76
ANAK GLOBAL
Seorang bijak contohnya Farduhah menyebarkankan pendidikan agama islam
kepada masyarakat orang asli dengan tinggal bersama-sama masyarakatnya
dan mendermakan pakaian, makanan dan mengubahsuai tadika di kampung
tersebut
CERPEN 8 : AKSI SANG JERUT – ZAID HAJI MOHD SAMAN
AKSI SANG JERUT
1. TEMA:
Cerpen Aksi Sang Jerut ini bertemakan kerakusan sikap manusia yang ingin mengaut
keuntungan sehingga mengorbankan pihak lain. Tauke Wong rakus mengejar keuntungan
77
ANAK GLOBAL
untuk restorannya sehingga sanggup mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus
bendul untuk menangkap ular sawa hidup-hidup supaya boleh dijadikan makanan yang
amat mahal dan menguntungkannya. Dia langsung tidak mempedulikan nyawa Ah Peng
atau hidupan liar.
2. PERSOALAN:
a. Persoalan memburu binatang liar /haiwan untuk tujuan komorsial . Cth. Tauke Wong
meminta Ah Peng menangkap ular sawa hidup-hidup dan menjualkan kepadanya dengan
harga RM1500 untuk dimasak di restorannya.
b. Persoalan eksplotasi ke atas golongan kurang upaya . Cth. Tauke Wong mempergunakan
Ah Peng yang cacat dan lurus bendul, untuk menangkap Sang Jerut bagi kepentingan
restorannya.
c. Persoalan persahabatan yang tidak jujur- persahabatan antara Sang Jerut & Ah Peng , Ah
Peng hanya berbaik-baik dengan Sang Jerut sebagai sahabatnya hanyalah kerana niat
dia untuk menangkap Sang Jerut kerana upah yang lumayan.
d. Persoalan sikap manusia yang materialistic/ mementingkan kebendaan - Cth.1 -Ah Peng
menipu Sang Jerut, sahabatnya semata-mata untuk mendapat ganjaran sebanyak
RM1500. Cth .2 - Tauke Wong gembira apabila Ah Peng setuju menangkap ular sawa
walaupun akan membahayakan nyawa Ah Peng tanpa ada naluri perikemanusiaan.
e. Persoalan kemusnahan hutan akibat tindakan manusia. Cthnya Hutan tempat kediaman
Sang Jerut semakin kecil sehingga Sang Jerut susah untuk mencari tempat kediaman.
3. WATAK DAN PERWATAKAN :
a. Sang Jerut – Seekor ular sawa yang berbadan besar dan panjang. Mempunyai sikap
pemarah dan amat mendendami manusia kerana manusia merosakkan habitatnya. Tinggal di
hutan yang telah diterokai manusia.
Dia adalah binatang yang pendendam oleh itu bila berdendam, dia membunuh apa saja yang
berkaitan dengan manusia. Cth. Memakan binatang ternakan milik manusia.
Sangat mempercayai sahabat: Cthnya Ah Peng yang telah dianggapnya sebagai sahabat
sehingga apabila Ah peng menyuruhnya masuk ke dalam guni pun dia sanggup kerana tidak
menyangkah Ah Peng sanggup menipunya.
78
ANAK GLOBAL
Memandang rendah terhadap keupayaan orang yang cacat. Cthnya: Dia mengandaikan dia
dapat mengalahkan Musa Asli dengan mudah kerana lebih cacat daripada Ah Peng, tapi
akhirnya dia telah dibunuh oleh Musa Asli.
b. Ah Peng - seorang lelaki yang gila-gila bahasa dan bernafsu besar mengikut Sang
Jerut. Sahabat Sang jerut yang bersikap individulistik dan materialistik. Sanggup menipu Sang
Jerut sahabatnya semata-mata tamakkan upah lumayan daripada tauke Wong.
Lurus bendul: Cthnya dia mudah terpedaya dengan kata-kata Sang jerut supaya
melepaskannya daripada guni dengan alasan hendak mengurut Ah Peng seperti yang
dijanjikannya dulu. Dia terus melepaskan Sang Jerut sehingga akhirnya dia mati dijerut.
Boleh berbahasa ular sawa. Cthnya: Ah Peng boleh berkata-kata dengan Sang Jerut. Sang
Jerut juga meminta Ah Peng sampaikan mesejnya kepada orang ramai supaya hentikan
tindakan mereka memusnahkan hutan kerana hanya Ah Peng sahaja yang memahami
bahasanya.
c. Tauke Wong - Seorang tauke Restoran Makanan Cina. Dia yang mengupah Ah Peng
untuk menangkap Sang Jerut hidup-hidup dengan bayaran RM 1500.
Tidak berperikemanusiaan: Cthnya Dia sanggup menyuruh Ah Peng yang cacat melakukan
pekerjaan yang berbahaya seperti menangkap ular sawa hidup-hidup tanpa memikirkan
keselamatan Ah Peng.
Materialistik: Cthnya dia gembira apabila Ah Peng sanggup menangkap ular sawa untuk dijual
kepadanya kerana dia akan dapat keuntungan berlipat ganda.
Seorang yang melanggar peraturan. Cthnya dia sanggup menangkap ular sawa untuk
dijadikan makanan sedang dia telah melanggar peraturan Akta Perhilitan.
d. Musa Ali – digelar juga sebagai Pahlawan Rimba. Lelaki kurang upaya kerana kakinya
layur (lemah) dan tidak boleh berjalan tetapi bergerak dengan merangkak.
Mempunyai keupayaan yang luar biasa Cthnya mempunyai ludah yang berbisa. Mata Sang
Jerut menjadi kabur setelah diludah Musa Asli. Kakinya yang layur juga berjaya mencabut
nyawa Sang Jerut dengan sekali hentakan sahaja.
Tidak mudah panik: Cthnya apabila badannya dijerut oleh Sang Jerut dia tidak menjerit
kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya, tetapi dia berdoa dan menunggu
sehingga kepala ular sawa berdepan dengan mukanya.
79
ANAK GLOBAL
4. PLOT
Plot cerpen ini adalah kronologi dan mudah diikuti jalan ceritanya.
Permulaan
Ceritanya dimulakan dengan perbualan antara Sang Kodok dengan Sang Jerut tentang
perasaan marahnya terhadap manusia dan sebab-sebab kemarahan dan dendamnya itu
timbul. Dendamnya ini akibat daripada perbuatan manusia yang rakus meneroka hutan
sehingga ruang kediaman Sang Jerut semakin kecil.
Perkembangan
Cerita ini dikembangkan dengan wujudnya konflik antara manusia dengan ular Sawa. Watak
Sang Jerut mertancang hendak membunuh Ah Peng yang sering berlegar tidak jauh dari
rumahnya. Pengarang juga memaparkan rancangan Ah Peng untuk menangkap Sang Jerut
hidup-hidup supaya dijual dengan harga yang mahal kepada Tauke Wong. Cerita ini terus
dikembangkan setelah Ah Peng dibunuh oleh Sang Jerut.
Klimaks
Klimaks cerita ini berlaku semasa pergelutan antara Sang Jerut dengan Musa Asli. Musa Asli
telah dijerut oleh Sang Jerut dan Musa Asli berusaha untuk hidup.
Akhiran/ Penutupan
Cerita ini dikembangkan dengan kejayaan Musa Asli mengalahkan Sang Jerut. Sang Jerut
akhirnya mati dibunuh dengan parang Musa Asli.
TEKNIK PLOT
Teknik imbas muka: Sang Jerut mengandaikan dia akan kenyang 3 minggu selepas makan
manusia. Contohnya “Ah, tiga minggu akan kenyang. Daging manusia pastinya lebih enak
sebab dosanya banyak.” Sang jerut bermonolog. (ms 145)
Sang Jerut juga merancang hendak menjerut Ah Peng sekiranya dia datang lagi berlegar-
legar berdekatan dengan tempat kediaman Sang Jerut.
80
ANAK GLOBAL
Teknik Monolog: Sang Jerut berkata-kata seorang diri tentang keenakan daging manusia
yang bakal dimakannya kelak. Contohnya “Ah, tiga minggu akan kenyang. Daging manusia
pastinya lebih enak sebab dosanya banyak.” Sang jerut bermonolog. (ms 145)
Teknik Imbas Kembali: Dia teringat bahawa telah dua minggu dia tidak makan kerana
manusia pandai dan tidak melepaskan ternakan mereka.
Teknik konflik:
Sang Jerut benci dengan sikap manusia yang telah memusnahkan habitatnya.
Sang Jerut berdendam terhadap manusia. Dia ingin menjerut semua manusia yang
bertanggungjawab memusnahkan hutan.
Pergelutan antara Sang Jerut dan Musa Asli yang menyebabkan Sang Jerut akhirnya mati
dibunuh.
Teknik Dialog
Perbualan antara Sang Jerut dengan Sang Kodok tentang perasaan marahnya terhadap
manusia dan keinginannya untuk membunuh semua manusia kerana telah memusnahkan
habitatnya.
5. LATAR
Masa – waktu pagi ketika Sang Jerut keluar mencari makan. Sang Jerut mengambil masa tiga
hari memerhatikan gerak geri Musa Ali yang sering masuk ke hutan.
Tempat
Hutan yang mula diterokai manusia dan merupakan habitat kepada Sang Jerut dan Sang
Kodok. Hutan - tempat kematian Ah Peng
Kampung Putera tempat tinggal masyarakat orang asli dan Restoran makanan Cina milik
Tauke Wong.
Masyarakat
Masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa, misalnya terdiri daripada masyarakat cina iaitu Ah
Peng dan Tauke Guan, Masyarakat orang asli diwakili oleh Musa Asli.
Masyarakat Kampung yang diwakili oleh Ah Peng dan Musa Asli
81
ANAK GLOBAL
Masyarakat peniaga yang diwakili oleh Tauke Wong, beliau mempunyai restoran.
Masyarakat binatang (haiwan liar) yang habitat mereka diganggu oleh manusia. Diwakili oleh
Sang Jerut dan Sang Kodok.
Masyarakat yang lebih mementingkan kekayaan daripada alam sekitar. Cthnya Hutan tempat
kediaman ular sawa semakin kecil akibat daripada tindakan manusia yang asyik menebang
hutan belantara.
6. NILAI
Nilai Rasional. Cthnya Sang Kodok menasihatkan Sang Jerut supaya jangan menjerut semua
manusia kerana bukan semua manusia yang bersalah membinasakan hutan belantara.
Nilai setiakawan. Cthnya:Ah Peng dan Sang Jerut adalah sahabat, oleh itu Sang Jerut
mempercayai kata-kata Ah Peng bahawa guni yang dibawanya adalah hadiah kelambu untuk
sang Jerut.
Nilai keberanian Cthnya:Musa Asli tidak berasa gentar atau takut ketika dijerut oleh Sang Jerut,
tetapi dengan tenang berdoa dan berfikir cara mengatasi Sang Jerut.
7. PENGAJARAN
Kita janganlah kejam terhadap orang lain atau pada binatang kerana sikap ini adalah dilarang
oleh agama. Cthnya Tauke Wong sanggup menyeksa ular sawa dengan bercadang
mendapatkan ular hidup-hidup supaya pelanggannya dapat menghirup darahnya hidup-hidup.
Dia juga tidak mempedulikan keselamatan Ah Peng yang cacat dengan menyuruhnya
menangkap ular sawa.
Kita haruslah menjaga alam sekitar kita supaya habitat haiwan tidak terganggu. Cthnya Sang
Jerut marah pada manusia kerana manusia telah membinasakan hutan tempat kediamannya..
Kita haruslah jujur dan ikhlas dalam persahabatan kerana pengkhianatan dalam persahabatan
akan menyebabkan hilangnya kepercayaan antara dua insan. Cthnya: Sang Jerut telah hilang
kepercayaan terhadap Ah Peng sahabatnya setelah mengetahui Ah Peng hendak
menjualkannya kepada Tauke Wong. Akhirnya dia telah membunuh Ah Peng.
82
ANAK GLOBAL
Kita haruslah menjaga makhluk Allah kerana pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan alam
sekitar adalah tanggungjawab kita. Cthnya: Manusia telah merosakan hutan menyebabkan ular
sawa marah dan bertindak terhadap manusia.
Kita jangan mudah panik apabila berhadapan dengan masalah. Cthnya Apabila Musa Asli
dijerut oleh Sang Jerut, dia tidak menjerit kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya,
tetapi dia berdoa dan menunggu sehingga kepala ular sawa berdepan dengan mukanya.
8. SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Terdapat penggunaan kata
ganti diri orang ketiga iaitu engkau, dia dan mereka. Pembaca hanya mengetahui perasaan
Sang Jerut watak utama melalui perbualannya dengan Sang Kodok dalam cerpen. Watak-
watak seperti Ah Peng, Tauke Wong dan hanya diceritakan secara ringkas sahaja. Perasaan
dalaman watak Musa Asli hanya digambarkan ketika dia bergelut dengan Sang Jerut.
9. GAYA BAHASA
Bahasa kesat/ sarkasme: “Tak sampai hati aku nak telan kau ni, Peng. Kenapalah kau manusia
yang lurus ni menjadi mangsa eksploitasi manusia cerdik jahanam macam tauke Wong itu.”
Bahasa pinjaman bahasa Inggeris: Cthnya: “best” “okey”
Bahasa Inversi: Cthnya, “Gembira nampaknya kau?” (ms 141)
Bahasa pengulangan, Cthnya: “Ada ke, Peng? Lu cakap-cakap ni, ada ke Peng? (ms 142)
Bahasa Sinkope, Cthnya: “Sebab apa pula dia nak tangkap kau?”
LATIHAN
BAHAGIAN A : (SOALAN STRUKTUR)
1. Senaraikan dua watak binatang dan dua watak berbangsa cina dalam cerpen “Aksi
Sang Jerut” karya Zaid Haji Mohd Saman
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
83
ANAK GLOBAL
2. Berikan tiga gaya bahasa dalam petikan di bawah:
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
3. Senaraikan dua keistimewaan Musa Asli.
i. ________________________________________________________________
______________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________
______________________________________________________________
4. Berdasarkan petikan ini, jawab soalan-soalan berikut :-
a. Siapakah aku dan kau dalam petikan ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b. Senaraikan dua teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
84
“Darah mula berlambak di tanah. Mata parang azimat Musa Asli mula menghiris tubuh Sang Jerut. Sedikit demi sedikit belitan sudah semakin longgar. Apabila merasakan tubuh dan kakinya sudah terlepas dari belitan, Musa Ali menguatkan kudratnya menghentak kaki layurnya ke bahagian leher Sang Jerut. Serentak itu juga, nyawa Sang Jerut tercabut.
Petikan diambil daripada cerpen “Aksi Sang Jerut” karya Zaid Haji Mohd Saman
…Kau dah jadi habuan aku. Restoran Tauke Wong akan diharumi dengan bau sup kau. Aku pun akan dapat …”. Celaka si lurus ni, aku nak dikenakan. Ni, tak boleh jadi ni. Aku mesti cari akal selamatkan nyawa ku.
Petikan diambil daripada cerpen “Aksi Sang Jerut” karya Zaid Haji Mohd Saman
ANAK GLOBAL
BAHAGIAN B (SOALAN ESEI)
1. Berdasarkan Cerpen “Aksi Sang Jerut” ,karya Zaid Haji Mohd Saman, jawab soalan-soalan
berikut :-
a. Huraikan tema cerpen ini.
b. Jelaskan lima persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.
c. Jelaskan sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini.
2. Berdasarkan Cerpen “Aksi Sang Jerut” ,karya Zaid Haji Mohd Saman, huraikan lima
perwatakan watak berikut:-
i. Sang Jerut
ii. Musa Asli
3. Berdasarkan Cerpen “Aksi Sang Jerut” ,karya Zaid Haji Mohd Saman, jawab soalan-soalan
berikut :-
a. Senaraikan nilai murni dan contoh-contoh berdasarkan cerpen ini.
b. Bincangkan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.
SKEMA JAWAPAN
Bahagian A (Struktur)
1. Watak binatang : Ular Sawa dan Kodok Watak Cina: Ah Peng dan Tauke Wong
2. Gaya bahasa:
85
ANAK GLOBAL
i. Hiperbola Cthnya: “Darah mula berlambak di tanah” dan “nyawa Sang Jerut tercabut”
ii. Pengorangan Cthnya: “Mata parang azimat Musa Asli mula menghiris tubuh Sang
Jerut”
iii. Pengulangan Cthnya:” Sedikit demi sedikit belitan…”
3. Keistimewaan Musa Asli
i. Deria baunya sangat kuat. Dia boleh menghidu bau musuh dengan kuat.
ii. Kaki layurnya boleh membawa maut kepada musuh yang menerima
tendangannya.
iii. Ludahnya berbisa menyebabkan mata ular sawah menjadi kabur selepas
diludahi oleh Musa Asli.
4.
a. Kau ialah Sang Jerut dan aku pula adalah Ah Peng.
b. Monolog dalaman dan imbas muka
Bahagian B (Esei)
BIL JAWAPAN
1 a. Cerpen Aksi Sang Jerut ini bertemakan kerakusan sikap manusia yang
ingin mengaut keuntungan sehingga mengorbankan pihak lain. Tauke
Wong rakus mengejar keuntungan untuk restorannya sehingga sanggup
mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus bendul untuk menangkap ular
sawa hidup-hidup supaya boleh dijadikan makanan yang amat mahal dan
menguntungkannya. Dia langsung tidak mempedulikan nyawa Ah Peng atau
hidupan liar.
b. Persoalan:
Persoalan memburu binatang liar /haiwan untuk tujuan komorsial . Cth.
Tauke Wong meminta Ah Peng menangkap ular sawa hidup-hidup dan
menjualkan kepadanya dengan harga RM1500 untuk dimasak di restorannya.
86
ANAK GLOBAL
Persoalan eksplotasi ke atas golongan kurang upaya . Cth. Tauke Wong
mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus bendul, untuk menangkap
Sang Jerut bagi kepentingan restorannya.
Persoalan persahabatan yang tidak jujur- persahabatan antara Sang Jerut &
Ah Peng , Ah Peng hanya berbaik-baik dengan Sang Jerut sebagai
sahabatnya hanyalah kerana niat dia untuk menangkap Sang Jerut kerana
upah yang lumayan.
Persoalan sikap manusia yang materialistik/ mementingkan kebendaan -
Cth.1 -Ah Peng menipu Sang Jerut, sahabatnya semata-mata untuk
mendapat ganjaran sebanyak RM1500. Cth .2 - Tauke Wong gembira apabila
Ah Peng setuju menangkap ular sawa walaupun akan membahayakan nyawa
Ah Peng tanpa ada naluri perikemanusiaan.
Persoalan kemusnahan hutan akibat tindakan manusia. Cthnya Hutan tempat
kediaman Sang Jerut semakin kecil sehingga Sang Jerut susah untuk mencari
tempat kediaman.
c. Sudut pandangan
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Terdapat
penggunaan kata ganti diri orang ketiga iaitu engkau, dia dan mereka.
Pembaca hanya mengetahui perasaan Sang Jerut watak utama melalui
perbualannya dengan Sang Kodok dalam cerpen. Watak-watak seperti Ah
Peng, Tauke Wong dan hanya diceritakan secara ringkas sahaja. Perasaan
dalaman watak Musa Asli hanya digambarkan ketika dia bergelut dengan
Sang Jerut.
2 a. Sang Jerut
Seekor ular sawa yang berbadan besar dan panjang. Mempunyai sikap
pemarah dan amat mendendami manusia kerana manusia merosakkan
habitatnya. Tinggal di hutan yang telah diterokai manusia.
87
ANAK GLOBAL
Dia adalah binatang yang pendendam oleh itu bila berdendam, dia membunuh
apa saja yang berkaitan dengan manusia. Cth. Memakan binatang ternakan
milik manusia.
Sangat mempercayai sahabat: Cthnya Ah Peng yang telah dianggapnya
sebagai sahabat sehingga apabila Ah peng menyuruhnya masuk ke dalam
guni pun dia sanggup kerana tidak menyangkah Ah Peng sanggup
menipunya.
Memandang rendah terhadap keupayaan orang yang cacat. Cthnya: Dia
mengandaikan dia dapat mengalahkan Musa Asli dengan mudah kerana lebih
cacat daripada Ah Peng, tapi akhirnya dia telah dibunuh oleh Musa Asli.
b. Musa Ali
Digelar juga sebagai Pahlawan Rimba. Lelaki kurang upaya kerana kakinya
layur (lemah) dan tidak boleh berjalan tetapi bergerak dengan merangkak.
Mempunyai keupayaan yang luar biasa Cthnya mempunyai ludah yang
berbisa. Mata Sang Jerut menjadi kabur setelah diludah Musa Asli. Kakinya
yang layur juga berjaya mencabut nyawa Sang Jerut dengan sekali hentakan
sahaja.
Tidak mudah panik: Cthnya apabila badannya dijerut oleh Sang Jerut dia tidak
menjerit kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya, tetapi dia
berdoa dan menunggu sehingga kepala ular sawa berdepan dengan
mukanya.
3 a. Nilai murni
Nilai Rasional. Cthnya Sang Kodok menasihatkan Sang Jerut supaya
jangan menjerut semua manusia kerana bukan semua manusia yang
bersalah membinasakan hutan belantara.
Nilai setiakawan. Cthnya:Ah Peng dan Sang Jerut adalah sahabat, oleh itu
Sang Jerut mempercayai kata-kata Ah Peng bahawa guni yang dibawanya
adalah hadiah kelambu untuk sang Jerut.
Nilai keberanian Cthnya:Musa Asli tidak berasa gentar atau takut ketika
88
ANAK GLOBAL
dijerut oleh Sang Jerut, tetapi dengan tenang berdoa dan berfikir cara
mengatasi Sang Jerut.
b. Latar Masyarakat
Masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa, misalnya terdiri daripada
masyarakat cina iaitu Ah Peng dan Tauke Guan, Masyarakat orang asli
diwakili oleh Musa Asli.
Masyarakat Kampung yang diwakili oleh Ah Peng dan Musa Asli
Masyarakat peniaga yang diwakili oleh Tauke Wong, beliau mempunyai
restoran.
Masyarakat binatang (haiwan liar) yang habitat mereka diganggu oleh
manusia. Diwakili oleh Sang Jerut dan Sang Kodok.
Masyarakat yang lebih mementingkan kekayaan daripada alam sekitar.
Cthnya Hutan tempat kediaman ular sawa semakin kecil akibat daripada
tindakan manusia yang asyik menebang hutan belantara.
89
ANAK GLOBAL
90
top related