nota3
Post on 11-Dec-2015
218 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN MEMBACA
3.0 KEMAHIRAN MEMBACA
3.1 Definisi dan Konsep Membaca
Membaca merupakan jambatan untuk memperoleh ilmu. Dalam masyarakat abad ke 21
ini, segala maklumat dan pengetahuan boleh didapati melalui pembacaan. Membaca
memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan individu, menimbulkan
kesedaran dan membina perkembangan sosial. Apabila seseorang itu dapat membaca
segala maklumat yang diperoleh dapat menjadikan mereka sebagai rujukan untuk diri
mereka atau kepada orang lain.
Membaca adalah suatu proses yang kompleks dan dinamik. Ia memerlukan beberapa
kemahiran tertentu dalam membantu proses membaca. Tujuan utama pengajaran
membaca adalah untuk merangsang keupayaan pembaca berinteraksi dan memahami
bahan tulisan. Proses membaca ini melibatkan proses keupayaan kognitif dalam
menterjemah, memberi maksud dan menjelaskan maklumat serta pengetahuan melalui
pembacaan bahan-bahan bacaan.
1
Kemahiran Membaca
Masalah dalam Membaca
Kesediaan Membaca
Faktor-faktor yang mempengaruhi
Kemahiran Membaca
Definisi dan Konsep Membaca
Para pendidik bahasa dan bacaan bersetuju bahawa membaca ialah interpretasi simbol
grafik (Juriah Long, 1990). Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran
yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Yahya Othman,2004).
Ini dijelaskan dengan keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan dengan bunyi serta makna melalu pengetahuan yang diperoleh
sehingga dapat mentafsir maksudnya.
Kennedy (1981) telah mendefinisikan membaca sebagai suatu proses berfikir yang
melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan
pembaca. Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa tafsiran
simbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh
penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca. Ini menjelaskan bahawa proses
membaca melibatkan organ deria di samping keperluan minda. Kedua-dua proses ini
adalah saling berhubungan antara satu sama lain.
Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu
yang sudah sedia ada dan diabadikan dalam bentuk penulisan. Aktiviti membaca adalah
aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan
tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca.
Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca
melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber
tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Thorndike (1917)
menjelaskan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai,
membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan
mengukur maklumat tersebut.
Pelajar dianggap gagal mengamati tabiat membaca dengan sebaiknya sekiranya tidak
memiliki kemahiran membaca. Seseorang yang memiliki kemahiran dalam pembacaan
dapat mengoptimumkan pembacaan dalam satu jangkamasa yang ditentukan.
Seseorang pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum semestinya mempunyai
kebolehan dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep dan
pendekatan yang ditulis.
2
Kesimpulannya, membaca adalah proses yang aktif dan kemahiran bahasa yang paling
penting dikuasai pada peringkat awal. Penguasaan yang mantap dalam kemahiran ini
dapat membantu para pelajar untuk membawa ke alam penerokaan minda pelajar dan
membentuk dimensi pemikiran yang baru dalam proses berfikir (Yahya Othman, 2004).
Dalam konteks interaksi, membaca adalah bentuk komunikasi tanpa lisan dalam tujuan
untuk menerima maklumat-maklumat melalui alat medium tulisan. Proses interaksi
sehala antara penulis dan pembaca telah membuka ruang yang luas kepada
percambahan ilmu dan peningkatan potensi diri seseorang ke arah yang lebih baik.
3.2 Kesediaan Membaca
3.2.1 Definisi dan konsep kesediaan membaca
Menurut Hasnah Awang I(2010) kesediaan membaca bermaksud kemampuan
seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.
Kesediaan membaca berlaku sebelum daripada proses membaca dimulakan. Ia
bergantung kepada konsep kematangan mental diri seseorang individu.
Gangguan kepada mental akan mewujudkan masalah kepada kebolehan
membaca seseorang.
Kesediaan membaca juga penting dan menjadi asas untuk peringkat
perkembangan pemikiran pelajar-pelajar. Dalam membantu kesediaan membaca
dalam kalangan kanak-kanak, kemahiran membaca boleh diajar atau dilatih
sebelum mendapat pengajaran bacaan formal di sekolah.
3.2.2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
3.2.2.1 Fizikal
Faktor fizikal menjelaskan kemampuan kanak-kanak dalam persediaan
proses membaca. Keupayaan alat-alat sebutan dalam menghasilkan
bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya dalam proses mengecam
3
bentuk dan kemampuan pendengaran untuk mengenal pasiti dan
mengecam bunyi.
3.2.2.2 Emosi
Dalam aspek emosi, kesediaan kanak-kanak untuk membaca boleh
dilihat dengan minatnya kepada bahan-bahan bacaan, cuba membaca
bahan tulisan walaupun tidak memahaminya dan minatnaya untuk
mendengar bahan-bahan bacaan atau cerita.
3.2.2.3 Mental
Kesediaan membaca kanak-kanak dapat dilihat dari aspek keupayaan
kanak-kanak mengingat sesuatu perkara yang diberitahu kepada mereka.
Proses mengingat dan menyebut semula apabila ditunjukkan kepada
mereka merupakan penunjuk kesediaan kanak-kanak untuk mengikuti
proses membaca.
3.2.2.4 Umur
Kanak-kanak pada peringkat umur 3 tahun dikatakan telah bersedia
untuk memulakan penguasaan kemahiran membaca. Terdapat juga
kanak-kanak yang mula membaca pada usia 11/2 tahun dan ada yang
hanya bersedia membaca pada usia 6 tahun. Walau bagaimanapun,
kemampuan kesediaan kanak-kanak untuk membaca ini banyak
bergantung kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu
sendiri.
3.2.2.5 Persekitaran
Kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai jenis bahan bacaan sejak
lahir, melihat orang di sekeliling membaca dan sokongan orang dengan
membacakan bahan-bahan cerita akan mendorong seorang kanak-kanak
menguasai kemahiran membaca. Ini berbanding dengan kanak-kanak
yang tidak berpeluang mendapat peluang yang sama akan lambat atau
gagal menguasai kemahiran membaca berdasarkan umur mereka.
4
3.2.3 Faktor-faktor yang menghalang kesediaan membaca
3.2.3.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Diri
Noam Chomsky (1957) menyatakan bahawa individu telah diprogramkan
secara genetik untuk menguasai bahasa (Haliza Hamzah,2009). Kanak-
kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language
Acquisition Device). Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai
kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa.
Walau bagaimanapun kecederaan pada kawasan Broca dam Wernicke
yang terletak dihemisfera kiri otak boleh menyebabkan seseorang
individu hilang keupayaan dalam berbahasa.
3.2.3.2 Kognitif
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing (Haliza Hamzah, 2009). Perkembangan
kognitif kanak-kanak mempunyai hubungan langsung dengan pembinaan
pemikiran mereka. Tahap kecerdasan yang tinggi mempengaruhi
kebolehan membaca mereka. Namun jika tahap kecerdasan mereka
rendah akan menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca
menjadi sangat sukar.
3.2.3.3 Fizikal
Masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal seseorang
individu turut mempengaruhi kesediaan mereka untuk membaca. Faktor
fizikal seperti masalah dalam penglihatan, pendengaran, pertuturan,
neurologikal (serebral palsi, aphasia, terenca akal dan lain-lain) telah
menyebabkan mereka mengalami masalah dalam kesediaan membaca.
3.2.3.4 Persekitaran
5
Keadaan persekitaran mendorong dan membantu kesediaan seseorang
untuk membaca dengan cepat dan mudah. Persekitaran yang intelektual
memberi pengalaman yang sesuai untuk melaksanakan proses
membaca. Ini disorong dengan kesedaran masyarakat sekeliling akan
kepentingan membaca.
Kanak-kanak yang mendapat kasih sayang keluarga, mendapat makanan
yang berzat serta kemudahan bahan-bahan bacaan telah mendorong
mereka untuk cepat membaca. Namun disebaliknya, jika tiada
kesedaran, kasih sayang dan dorongan daripada keluarga untuk
membantu mereka membaca akan menyebabkan mereka tidak boleh
membaca dan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran.
3.2.4 Aspek kemahiran kesediaan membaca
Aspek kemahiran kesediaan membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh;
i. Kebolehan fizikal
Kesediaan alat-alat artikulasi untuk menghasilkan bunyi yang akan
diperolehi dan diajar kepada mereka. Contohnya lidah, gigi, lelangit dan
lain-lain lagi.
ii. Kebolehan emosi
Minat seseorang kanak-kanak terhadap bahan-bahan bacaan seperti
buku cerita dan bahan-bahan bercetak. Guru-guru yang memahami
perkembangan emosi kanak-kanak turut membantu mereka dalam
persediaan mereka untuk membaca.
iii. Kebolehan mental
Kesediaan kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial mereka
dengan ibu bapa, guru, masyarakat sekeliling dan rakan sebaya.
Kematangan mereka dalam pergaulan dan budaya akan dapat
membantu mereka mengadaptasikan kebolehan mental mereka.
6
3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca
3.3.1 Kognitif
Kemahiran membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh tahap kecerdasan dan
perkembangan kognitif. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dan tahap
perkembangan kognitif yang tinggi akan cepat menguasai kemahiran membaca
berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Keupayaan kanak-kanak dalam membaca memerlukan keupayaan mereka
dalam kemahiran pengamatan iaitu diskriminasi penglihatan dan diskriminasi
pendengaran.
3.3.2 Persekitaran
Keadaan persekitaran mendorong kanak-kanak dalam menguasai kemahiran
membaca. Kanak-kanak yang didedahkan kepada keadaan yang merangsang
untuk membaca seperti bahan bacaan yang mudah diperolehi, kemudahan-
kemudahan mendapatkan maklumat, kemudahan ICTdan lain-lain lagi.
3.3.4 Sosioekonomi
Keadaan sosioekonomi sesebuah keluarga mempengaruhi kemahiran membaca
kanak-kanak. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, keperluan ekonomi
lebih tertumpu kepada peruntukkan makanan bagi keluarga dan keperluan
asasi.
Bagi keluarga yang lebih berpendapatan, keperluan untuk meningkatkan
kemahiran membaca akan diberi tumpuan seperti pembelian pelbagai bahan
bacaan, menghadiri kelas-kelas tambahan, bahan ICT yang menarik minat
kanak-kanak untuk mendorong mereka membaca dan keadaan yang selesa
untuk mereka meningkatkan minat dalam membaca.
7
3.4 Masalah dalam membaca
Masalah dalam membaca dalam kalangan murid-murid sekolah mendapat
perhatian umum. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menangani masalah
ini. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti;
3.4.1 Tidak kenal huruf
Tidak kenal huruf merupakan masalah awal dalam kalangan murid-murid untuk
menguasai kemahiran membaca. Apabila mereka tidak dapat mengenal huruf,
mereka akan hanya menyebut huruf dengan meneka sahaja. Sekiranya masalah
ini berlarutan, penguasaan membaca mereka akan terjejas dan menyukarkan
guru untuk membantu mereka membaca.
3.4.2 Meninggalkan huruf
Bunyi huruf,, perkataan dan imbuhan ditinggalkan ketika murid-murid membaca.
Contohnya perkataan “rumah” disebut “umah’, “kereta” disebut “keta”, “lampu”
disebut “ampu” dan lain-lain lagi.
3.4.3 Meninggalkan perkataan
Dalam membaca struktur ayat, perkataan dalam ayat akan ditinggalkan. Ini akan
mengubahkan struktur dan makna ayat tersebut. Contoh ayat ;
“Saya suka makan nasi” dibaca sebagai “Saya makan nasi”.
3.4.4 Tidak memahami apa yang dibaca
Murid-murid tidak memahami apa yang dibaca berpunca daripada tidak
memahami maksud perkataa dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, sekejap dan lain-lain. Mereka juga tidak memahami
maksud perkataan dalam pelbagai situasi seperti “Makanlah banya-banyak” yang
membawa maksud menegah mereka untuk makan dengan berlebihan. Mereka
juga lambat memberi tindak balas, tidak dapat hubungkan sebab dan akibat dan
tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah.
3.4.5 Teragak-agak
8
Teragak-agak ialah perbuatan yang tidak pasti dan mereka akan menunjukkan
tingkah laku seperti berhenti sejenak untuk menyebut perkataan tersebut.
Keadaan ini berlaku apabila wujud perasaan was-was dalam menyebut atau
membunyikan sesuatu perkataan yang dibaca. Keadaan ini memerlukan
sokongan dan dorongan daripada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru dan
rakan-rakan untuk membantu mereka membaca dengan lancar.
3.4.6 Salah sebutan
Masalah ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut tidak mengenal huruf atau
tidak tahu untuk membunyikan huruf. Kesalahan sebutan ini boleh mengubah
makna perkataan atau ayat yang dibaca. Antara tingkah laku yang menunjukkan
masalah ini seperti;
9
3.4.7 Lemah daya ingatan
Lemah daya ingatan berkait rapat dengan tahap kecerdasan kognitif. Faktor ini
dipengaruhi keadaan sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Dalam proses
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kognitif memainkan peranan
penting dalam membentuk pemikiran bermula selepas lahir sehingga kita
mencapai kematangan. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan, penyakit dan
gangguan emosi akan mempengaruhi daya ingatan seseorang.
3.4.8 Menambah perkataan
10
Tidak boleh membaca langsung
Kedudukan mata terlalu
dekat dengan bahan bacaan
Suara terlalu perlahan Tingkah laku
tidak selesa seperti
mengedip-ngedipkan
mata
Menunjukkan perkataan
dengan jari ketika
membaca
Membaca cepat atau
lambat
Bacaan tersekat-sekat
Membatang-kan kata terlebih dahulu
Salah Sebutan
Bunyi atau huruf perkataan ditambah semasa proses membaca. Contohnya
perkataan perkataan ‘buah’ menjadi ‘ buwah’. Manakala pertambahan perkataan
berlaku apabila ayat ditambahkan dengan perkataan yang boleh mengubah
persepsi ayat. Contohnya; “Saya suka ke sekolah dengan menaiki bas” dibaca
dengan “Saya sangat suka pergi ke sekolah dengan menaiki bas”.
3.4.9 Mengulang perkataan
Terdapat dalam kalangan murid yang suka mengulang-ulang perkataan atau
suku kata semasa membaca. Perbuatan ini bukan disebabkan oleh masalah
gagap tetapi tidak pasti untuk menyebut perkataan dalam ayat ketika membaca.
3.4.10 Mengeja semasa membaca
Terdapat dalam kalangan murid-murid yang terpaksa mengeja semasa
membaca. Ini berpunca daripada sikap teragak-agak membaca, menunjukkan
teks bacaan dengan jari, kurang yakin dan mempunyai pencapaian pembacaan
yang lemah.
3.5 Kaedah Membaca
3.5.1 Kaedah bunyi
Kaedah bunyi merupakan kaedah yang digemari dan mudah untuk diajar kepada
murid-murid. Dalam kaedah ini, murid-murid diperkenalkan kepada bunyi dengan
hurufnya. Guru perlu memperkenalkan bunyi huruf terlebih dahulu. Dalam bidang
fonetik, huruf tidak dieja tetapi dibunyikan contohnya [a] untuk melihat hubungan
simbol dengan bunyi. Ini memudahkan mereka membaca (membunyikan)
perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
Contohnya; menekankan bunyi-bunyi huruf/abjad
Vokal
/ a / / i / / u / /o / / e /
Konsonan
/ b / / c / / d / / f / / g / / h / / j // k / / l / / m / / n / / p / / q / / r /
11
/ s / / t / / v / / w / / x / / y / / z /
3.5.2 Kaedah abjad
Kaedah ini merupakan satu kaedah klasik dan yang paling tua. Dalam kaedah
ini, guru akan memperkenalkan abjad terlebih dahulu dan kemudian
membunyikan abjad tersebut. Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad,
2011) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip setiap
perkataan terdiri daripada beberapa huruf.
Guru akan memperkenalkan huruf vokal [a,e,i,o,u] dan kemudian diperkenalkan
pula huruf-huruf konsonan [b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z]. Guru akan
meminta murid-murid untuk menyebut dan menghafal nama-nama abjad
sebelum aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan dijalankan. Di samping itu,
guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf.
Contohnya:
i. Memperkenalkan huruf a – z
ii. Memperkenalkan huruf vokal a,e,i,o,u
iii. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal – ka, ke, ki, ko, ku
iv. Membentuk perkataan daripada suku kata - ka + ki = kaki
v. Membina rangkai kata – kaki kiri
vi. Membina ayat mudah – Ini kaki kiri Ali
3.5.3 Kaedah Seluruh / Pandang Sebut
Kaedah seluruh / pandang sebut merupakan kaedah yang dicadangkan
penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester. Kaedah ini sangat
popular dalam mengajar bacaan Bahasa Inggeris. Aktiviti membunyikan suku
kata dan ayat berdasarkan gambar dijalankan bertujuan untuk membiasakan
murid untuk mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan dapat
mengurangkan masa murid untuk mengeja.
12
Rajah 3.2 Konsep Kaedah Seluruh
3.5.4 Kaedah suku kata
Kaedah suku kata merupakan satu deretn bunyi yang mengandungi satu puncak
kelantangan. Merupakan suku kata ujaran terkecil dari sebuah kata yang
didengarkan pada kehadiran vokal. Satu suku kata sekurang-kurangnya
mengandungi satu vokal dan konsonan. Dalam kaedah ini murid hanya perlu
mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat
huruf lalu menyebut terus.
Jenis-jenis suku kata seperti;
13
i. Kata tungga satu suku kata. Contohnya; KVK (pos)
ii. Kata tunggal dua suku kata. Contohnya; V + KV (api)
iii. Kata tunggal tiga suku kata. Contohnya; KV + KV + KV (pereka)
iv. Kata tunggal empat suku kata. Contohnya; KV + V + KV + KV (suasana)
3.5.5 Kaedah Pelbagai Deria – VAKT
Kaedah Pelbagai Deria (VAKT) menggabungkan deria penglihatan,
pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Dalam kaedah ini murid akan
menggunakan kemahiran melihat, mendengar, pergerakan dan sentuhan.
Berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran akan
mengukuhkan aktiviti pembelajaran murid-murid.
Langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan melalui kaedah ini ialah;
i. Menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
ii. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4’ x 10’
iii. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas.
Murid belajar huruf melalui kaedah VAKT dengan;
i. Lihat huruf (V)
ii. Dengar guru sebut huruf (A)
iii. Menyebut huruf (A)
iv. Dengar huruf yang disebut (A)
v. Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
vi. Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)
vii. Lihat pergerakan tangan semasa
3.5.6 Kaedah pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri juga dikenali sebagai pembelajaran penguasaan.
Pembelajaran masteri didefinisikan sebagai kehandalan pembelajaran seperti
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap. ia
merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
bahawa murid dapat menguasai pengajaran guru dengan berkesan dan
mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya.
14
Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri merangkumi
empat langkah seperti;
i. Guru menentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif
pembelajaran secara eksplisit.
ii. Guru mengajar dengan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang
berkesan, termasuk penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai.
iii. Menjalankan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif
(diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran. Ini
bertujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid selepas
aktiviti pengajaran-pembelajaran.
iv. Guru melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murid-murid yang belum
menguasai kemahiran sepenuhnya dan memberikan aktiviti pengayaan
kepada murid-murid yang telah mencapai objektif pelajaran dengan
memuaskan.
3.5.8 Kaedah-kaedah yang sesuai
3.5.8.1 Kaedah Gabungan Bunyi – Kata
Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata
dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat dalam satu atau dua pelajaran.
Gabungan ini dijalankan secara sistematik iaitu memerlukan guru mengajar
langkah demi langkah, Bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama
huruf (abjad) dan bentuk huruf. Kemudian membina suku kata dan seterusnya
membina perkataan.
3.5.8.2 Kaedah Cerakinan (Analitik)
Kaedah ini menekankan kepada tiga kaedah dalam pengajaran guru iaitu kaedah
perkataan, kaedah frasa dan kaedah ayat. Kaedah ini dinamakan kaedah
cerakinan kerana dalam pengajaran guru akan dimulai dengan mengajar
perkataan kemudian frasa dan seterusnya mengajar ayat.
3.6 Kesimpulan
15
Kesimpulannya, kemahiran membaca ialah memahami, membuat tindak balas dan
menggunakan idea. Ia merupakan proses berfikir yang melibatkan perkara tersurat dan
tersirat, menghubungkan idea-idea, menyoal dan bertindak balas serta dapat
mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi yang baru. Kepentingan penguasaan
membaca dalam kalangan murid-murid sekolah menentukan penguasaan murid dalam
dalam pelajaran.
16
top related