operasi mahkamah syariah negeri sembilan sepanjang … · 2020. 11. 18. · (sop) dan garis panduan...
Post on 28-Nov-2020
26 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN
SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Garis Panduan ini disediakan sebagai garis panduan kepada Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Sembilan (JKSNS) bertujuan sebagai panduan dan penyelarasan pengendalian
kes semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan melalui kebenaran yang diberikan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Surat Operasi Pejabat Kerajaan Semasa PKPB yang
dipanjangkan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, akan beroperasi
bagi mengendalikan perbicaraan kes-kes mendesak yang memerlukan penyelesaian
segera semasa dalam tempoh PKPB.
Sebagai langkah menyokong kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-
19, pengurusan kes-kes tersebut dibuat berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard
(SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis
Keselamatan Negara dan garis panduan pengurusan COVID-19 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa. Dalam hal ini apa-apa
arahan lanjut dari MKN akan diberikan keutamaan.
Kaedah biasa dalam penyediaan kehakiman Syariah perlu disesuaikan dengan norma
baharu supaya akses kepada slogan ‘Syariah Asas Keadilan’ tidak terhenti.
Jabatan ini juga berhak untuk meminda Garis Panduan ini tertakluk kepada situasi
semasa. Garis Panduan Operasi Mahkamah Syariah Negeri Sembilan ini akan
berkuatkuasa mulai 19 November, 2020 sehingga tamat PKPB atau apa-apa arahan
lain yang membatalkannya.
2
SENARAI KANDUNGAN
1. OPERASI MAHKAMAH SYARIAH SEPANJANG PKPB
.......................................................................................................................................... 4
A) PEMFAILAN/ PENDAFTARAN .............................................................................................. 4
B) PERAKUAN SEGERA ............................................................................................................. 5
C) PERBICARAAN DAN SEBUTAN KES ................................................................................. 5
D) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER .............................................................................. 6
E) SALURAN PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT ..................................................... 7
F) PENDENGARAN KES SECARA TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH ............... 7
2. GARIS PANDUAN BERADA DALAM PREMIS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI
SEMBILAN DALAM TEMPOH PKPB ............................................................................... 8
A) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH
DALAM TEMPOH PKPB ................................................................................................................. 8
B) PELAN LANTAI DEWAN BICARA KEDUDUKAN PIHAK-PIHAK SEMASA
PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH SEMASA TEMPOH PKPB ............................... 10
C) CARTA ALIR PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH.............................................. 11
DALAM TEMPOH PKPB ............................................................................................................... 11
3. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) ........................................................ 12
4. GARIS PANDUAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK
JAUH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN .................................... 14
A) ASAS PERTIMBANGAN PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO............... 14
B) WAKTU OPERASI PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO ......................... 17
C) TATACARA PENGENDALIAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK
JAUH ................................................................................................................................................. 18
3
LAMPIRAN A .................................................................................................................. 19
SENARAI NO. TELEFON & NO. FAKS
MAHKAMAH SYARIAH SETIAP DAERAH DI NEGERI SEMBILAN
LAMPIRAN B .................................................................................................................. 20
BORANG PERAKUAN SEGERA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
LAMPIRAN C .................................................................................................................. 21
CARTA ALIR PENDENGARAN/ PERBICARAAN KES SECARA DALAM TALIAN
LAMPIRAN D .................................................................................................................. 23
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SECARA DALAM TALIAN
LAMPIRAN E .................................................................................................................. 27
5. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN RUNDINGCARA BAHAGIAN SOKONGAN
KELUARGA (BSK) SECARA DALAM TALIAN
LAMPIRAN F ................................................................................................................... 29
TATACARA PEMASANGAN PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT DENGAN
AKAUN MYGOVUC PENGGUNA
(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)
LAMPIRAN G .................................................................................................................. 33
TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS CLIENT
(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)
LAMPIRAN H .................................................................................................................. 38
TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS WEB
(UNTUK KEGUNAAN PELANGGAN MAHKAMAH SAHAJA)
LAMPIRAN I .................................................................................................................... 43
TATACARA MEMBUAT PANGGILAN SIDANG VIDEO SKYPE FOR BUSINESS
PENDENGARAN KES MELALUI PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT
(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)
LAMPIRAN J ................................................................................................................... 50
BORANG PERMOHONAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI
JARAK JAUH
4
1. OPERASI MAHKAMAH SYARIAH SEPANJANG PKPB
A) PEMFAILAN/ PENDAFTARAN
1. Kes-kes mendesak yang perlu didengar dan diberi perhatian segera. Permohonan
boleh dibuat dengan Perakuan Segera yang akan ditimbang teliti oleh Hakim Bicara
yang akan mendengar kes tersebut.
2. Kes-kes yang dikategorikan mendesak adalah:
i. Kes Fasakh (Kod kes 014) dengan alasan berlaku keganasan/ penderaan
rumahtangga (disokong dengan Laporan Polis dan Laporan Perubatan);
ii. Kes Pengesahan Lafaz Cerai di luar Mahkamah (Kod Kes 054);
iii. Kes permohonan Wali Hakim (Kod Kes 051);
iv. Kes perceraian dengan persetujuan bersama antara suami isteri (Seksyen 47
; Kod Kes 055);
v. Kes Permohonan Tegahan/ Injunksi terhadap gangguan (Kod Kes 005);
vi. Kes Permohonan Perintah Faraid (Kod Kes 040);
vii. Sebarang kes yang berjaya mencapai penyelesaian secara persetujuan
bersama (dengan kehadiran semua pihak dan dokumen yang lengkap);
viii. Kes-kes yang melibatkan had masa di bawah peruntukan undang-undang
yang berkuat kuasa seperti pemfailan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari dan
Semakan.
ix. Kes-kes lain yang mendapat kelulusan YAA Ketua Hakim Syarie Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Ketua Pejabat Mahkamah Syariah
Daerah.
x. Bagi Kes Jenayah, hanya tertakluk kepada kes yang melibatkan Jaminan
Mahkamah akan tetapi Jaminan Penguatkuasa Agama sahaja (Jaminan PPA)
adalah digalakkan.
5
B) PERAKUAN SEGERA
1. Bagi permohonan Perakuan Segera di Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua
Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah akan mengendalikan dokumen Perakuan
Segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua Hakim Syarie.
2. Bagi Perakuan Segera di Mahkamah Tinggi Syariah, Pendaftar/ Penolong
Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Syariah akan mengendalikan dokumen
Perakuan Segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah.
3. Bagi Perakuan Segera di Mahkamah Rendah Syariah, Penolong Pendaftar
Mahkamah Rendah Syariah akan mengendalikan dokumen Perakuan Segera dan
akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Hakim Mahkamah Rendah
Syariah.
C) PERBICARAAN DAN SEBUTAN KES
1. Perbicaraan dan Sebutan Kes Mal, Jenayah, Majlis Sulh dan Rundingcara
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah ditangguhkan melainkan kes-kes
sebagaimana disebutkan dalam kategori mendesak (perkara (A)(1) di atas).
2. Bagi Majlis Sulh dan Rundingcara BSK boleh dijalankan melalui teknologi
komunikasi jarak jauh sekiranya mendapat persetujuan pihak-pihak terlibat.
3. Para pelanggan boleh berhubung terus dengan Mahkamah berkenaan (Ibu Pejabat
atau Mahkamah Syariah Daerah) atau layari http://bit.ly/semakankes untuk
semakan status terkini kes yang dijadualkan dalam tempoh PKPB ini.
6
D) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER
1. Waktu operasi kaunter perkhidmatan :
• Hari Isnin hingga Khamis : 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
• Hari Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
• Hari Sabtu, Ahad &Cuti Umum : Tutup
2. Jumlah maksimum pelanggan yang dibenarkan berada di kaunter dalam satu-satu
masa adalah sebagaimana berikut :
BIL
LOKASI
JUMLAH PELANGGAN
1.
Ibu Pejabat/ Bandar Sri Sendayan (Kaunter Utama)
12 orang
2.
Ibu Pejabat/ Bandar Sri Sendayan (Kaunter Sulh)
10 orang
3.
Ibu Pejabat/ Bandar Sri Sendayan (Ruang menunggu MTS/BSK)
6 orang
4. Mahkamah Rendah Syariah Daerah
2 orang
3. Urusan yang dibenarkan adalah bagi tujuan pendaftaran kes sahaja dan urusan
dengan janji temu sahaja. Sebarang urusan lain seperti untuk mendapatkan
khidmat nasihat, mendapatkan status terkini kes dan sebagainya boleh diakses
melalui panggilan telefon ke Mahkamah Syariah berkenaan, semakan di
http://bit.ly/semakankes atau secara emel kepada pihak Jabatan.
7
E) SALURAN PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
1. Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui medium berikut:
i. Panggilan telefon terus dengan Mahkamah berkenaan (Ibu Pejabat atau
Mahkamah Syariah Daerah). Rujuk Lampiran A.
ii. Menghantar emel ke jksnns@esyariah.gov.my
iii. Meninggalkan pesanan mesej dan komen di Media Sosial Rasmi Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
FB Page: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
https://www.facebook.com/MahkamahSyariahN.Sembilan
iv. Mengikuti Saluran Telegram Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan.
Telegram: https://t.me/jksnN9
F) PENDENGARAN KES SECARA TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH
1. Rujuk dan patuhi Garis Panduan Pendengaran Kes Melalui Teknologi Komunikasi
Jarak Jauh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
8
2. GARIS PANDUAN BERADA DALAM PREMIS MAHKAMAH
SYARIAH NEGERI SEMBILAN DALAM TEMPOH PKPB
A) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH
DALAM TEMPOH PKPB
1. Permohonan kes yang mendesak disertakan dengan Borang Perakuan
Segera yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.
2. Mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bagi langkah-langkah pencegahan di tempat kerja iaitu :
2.1 Pegawai/ Kakitangan Mahkamah/ Peguam Syarie/ Pegawai
Penguatkuasa/ Pendakwa Syarie/ Pelanggan
(a) Memastikan kesihatan diri berada pada tahap yang baik. Jika
tidak sihat, tidak dibenarkan untuk hadir ke Mahkamah
Syariah.
(b) Setiap individu yang hadir diwajibkan mengimbas QRCode
MySejahtera yang disediakan di kaunter saringan
perkhidmatan. Bagi yang tiada telefon bimbit, dikehendaki
mengisi Buku Kehadiran Pelanggan.
(c) Membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand
sanitizer.
(d) Membuat imbasan suhu badan di pintu masuk Mahkamah.
Mana-mana orang yang didapati mengalami suhu badan
melebih 37.5⁰ celcius atau mengalami gejala penyakit COVID-
19 seperti batuk, sakit tekak, kesukaran bernafas dan lain-lain,
tidak dibenarkan untuk memasuki premis Mahkamah.
9
(e) Penjarakan Fizikal : menjarakkan diri antara satu sama lain
pada kedudukan satu (1) meter di mana-mana tempat dalam
kawasan Mahkamah Syariah termasuk di dewan perbicaraan;
(f) Wajib memakai pelitup mulut dan hidung (face mask); dan;
(g) Sepanjang berada di premis Mahkamah, Pelanggan / Peguam
Syarie/ Pegawai Penguatkuasa/ Pendakwa Syarie hendaklah
menghadkan pergerakan masing-masing dan segera
meninggalkan premis setelah selesai pendengaran sesuatu
kes atau urusan lain.
2.2 Ruang Tempat Kerja/ Dewan Bicara/ Kamar Hakim/ Bilik Sulh/
kaunter perkhidmatan, tombol pintu, papan kekunci komputer dan lift
awam perlu melalui proses nyah kuman/ disinfeksi.
3. Hanya pihak-pihak dan Peguam Syarie yang dilantik sahaja dibenarkan
hadir.
4. Kanak-kanak dan ahli keluarga tidak dibenarkan hadir sama sekali.
5. Tarikh dan masa perbicaraan adalah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.
6. Semasa operasi dalam Dewan Mahkamah, hanya Pegawai Mahkamah
Syariah yang dibenarkan terdiri daripada seorang Hakim, seorang
Pendaftar, seorang Pembantu Syariah dan seorang anggota polis.
10
B) PELAN LANTAI DEWAN BICARA KEDUDUKAN PIHAK-PIHAK SEMASA
PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH SEMASA TEMPOH PKPB
11
C) CARTA ALIR PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH
DALAM TEMPOH PKPB
Pemohon muat turun Borang Permohonan
Perakuan Segera daripada laman sesawang
https://jksns.ns.gov.my atau pautan pantas di
https://bit.ly/BORANGKHASPKP (LAMPIRAN B)
https://jksns.ns.gov.my/
https://JKSNS
MULA
Borang Permohonan Perakuan Segera
diemelkan kepada pihak Mahkamah.
Emel: jksnns@esyariah.gov.my
Ketua Pendaftar/Penolong Pendaftar
kemukakan/rujuk permohonan kepada Hakim
yang mendengar bicara.
Daftar kes dalam sistem dan panggil
pihak-pihak untuk hadir pendengaran
kes (pada hari dan waktu yang
ditentukan).
Pihak-pihak boleh
failkan kes selepas
tempoh PKPB tamat.
Bicara kes sehingga selesai di dewan
terbuka.
TAMAT
Diluluskan Tidak diluluskan
Sama ada diluluskan bicara atau tidak?
Sedia perintah (dalam tempoh 14 hari)
• Semasa hari perbicaraan, pihak-pihak yang hadir hendaklah diperiksa suhu badan,
menggunakan hand sanitizer dan memakai pelitup mulut dan hidung (face mask) DAN
mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.
12
3. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SEPANJANG
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
(PKPB)
URUSAN KAUNTER/ RUANG MENUNGGU SULH
1. Pendaftaran kehadiran dibuat secara self-service kaunter Unit Sulh dengan
mengimbas QRCode MySejahtera dan QRcode Unit Sulh, menulis nama dalam
buku kehadiran dan meletakkan Kad Pengenalan di tempat yang disediakan.
2. Pelanggan yang bergejala, atau suhu melebihi 37.5° celcius tidak akan
dibenarkan sama sekali untuk menghadiri sesi Majlis Sulh.
3. Hanya pelanggan yang terlibat sahaja boleh berada di ruang menunggu di Unit
Sulh (Peguam/ Ahli keluarga tidak dibenarkan).
4. Pelanggan hendaklah memakai pelitup mulut dan hidung (face mask)
sepanjang masa berurusan di Unit Sulh.
5. Pelanggan hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang masa
berurusan di Unit Sulh.
MAJLIS SULH
1. Hanya kes Persetujuan Bersama sahaja yang boleh dikendalikan oleh Pegawai
Sulh, terhad 2 (dua) kes sahaja sehari, tidak melebihi 15 minit dalam 1 (satu) sesi.
2. Kes-kes berhubung Harta Sepencarian yang melibatkan lebih daripada 2 (dua)
pihak hendaklah ditangguhkan.
3. Kes-kes Majlis Sulh yang melibatkan pelanggan dari Kawasan PKPB zon merah
hendaklah ditangguhkan.
4. Kes-kes yang sedia ada ditangguhkan sehingga selepas PKPB atau dijalankan
secara dalam talian mengikut Garis Panduan Pengendalian Kes Melalui Teknologi
Jarak Jauh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan tertakluk kepada
kesediaan Pegawai Sulh dan pihak-pihak.
13
PENDAFTARAN KES BAHARU
1. Bermula tempoh PKPB bagi seluruh Negeri Sembilan (9 November 2020), semua
kes baharu hendaklah ditetapkan tarikh pertemuan Majlis Sulh selepas tempoh
PKPB berakhir.
2. Sebarang kes yang terdapat Persetujuan Bersama boleh diagihkan ke Majlis Sulh
melalui borang permohonan yang ditetapkan, sama ada didengar secara fizikal
atau dalam talian (online), tertakluk kepada persetujuan Pegawai Sulh dan pihak-
pihak.
14
4. GARIS PANDUAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI
KOMUNIKASI JARAK JAUH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH
NEGERI SEMBILAN
PENDAHULUAN
1. Sebutan/ Perbicaraan kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK boleh dibuat melalui
teknologi komunikasi jarak jauh iaitu secara sidang video (Video Conferencing, VC)
melalui aplikasi Skype For Business (SFB) tetapi pemakluman awal hendaklah
dibuat kepada Ketua Pendaftar/ Pendaftar/ Penolong Pendaftar.
2. Setiap pengguna perlu memastikan keperluan minima perkakasan, perisian dan
capaian internet disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu sidang
video bagi menjamin pengendalian prosiding secara sidang video berjalan lancar
tanpa gangguan.
3. Panggilan sidang video bagi Sebutan/ Perbicaraan kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara
BSK hendaklah dibuat oleh pihak Mahkamah sahaja.
A) ASAS PERTIMBANGAN PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO
1. Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK secara sidang video
adalah pilihan alternatif bagi mengurangkan kehadiran pelanggan dan Peguam
Syarie secara fizikal ke Mahkamah sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan.
2. Mengatasi masalah pelanggan atau Peguam Syarie yang menghadapi
kekangan untuk hadir ke Mahkamah terutamanya yang memerlukan perjalanan
merentas negeri dan berada di luar negara.
15
3. Syarat-syarat permohonan pendengaran kes secara sidang video:
i. Permohonan hanya melibatkan kes yang berstatus dalam prosiding dan kes
baharu setakat yang dibenarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan dari semasa ke semasa.
ii. Jika salah seorang pihak memohon untuk Sebutan/ Perbicaraan kes/ Majlis
Sulh/ Rundingcara BSK secara sidang video dan pihak satu lagi bersedia
untuk Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK dalam
Dewan Bicara/ Kamar Sulh/ Bilik Rundingcara.
iii. Kesemua pihak mestilah bersetuju (termasuk Plaintif, Defendan, saksi-
saksi, Peguam Syarie) untuk perbicaraan dijalankan secara sidang video.
iv. Kelulusan pendengaran kes adalah tertakluk seperti jadual di bawah:
JENIS PENDENGARAN KES KELULUSAN OLEH
Sebutan/Perbicaraan kes
Hakim Bicara
Majlis Sulh
Pegawai Sulh
Rundingcara BSK
Penolong Pengarah Kanan BSK
v. Tarikh dan masa Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK
adalah ditetapkan oleh Mahkamah.
vi. Fasiliti Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK secara
sidang video pihak-pihak adalah disediakan oleh pihak-pihak sendiri.
vii. Sekiranya berlaku masalah teknikal semasa prosiding Sebutan/ Perbicaraan
Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK berlangsung atau berlaku
ketidakhadiran salah satu pihak, Mahkamah akan menangguhkan prosiding
ke satu tarikh yang lain.
16
viii. Sebarang dokumen yang dimuat naik sewaktu Sebutan/ Perbicaraan Kes/
Majlis Sulh/ Rundingcara BSK secara sidang video, pelanggan perlu
memfailkan semula secara hardcopy ke kaunter Mahkamah mengikut tarikh
yang ditetapkan oleh Mahkamah.
ix. Pihak-pihak, Peguam Syarie dan saksi-saksi dilarang untuk merekod secara
visual atau audio sepanjang prosiding berjalan tanpa kebenaran Mahkamah.
Sekiranya didapati berlaku, boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.
17
B) WAKTU OPERASI PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO
1. Hanya waktu tempatan (Mengikut Zon Waktu Malaysia) seperti ketetapan berikut
sahaja dibenarkan bagi semua sesi pendengaran kes secara sidang video.
Hari Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Hari Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tiada Sidang Video
2. Walaubagaimanapun, pilihan waktu tambahan akan diberi pada waktu tertentu iaitu
pada jam 6.00 petang hingga 8.00 malam atau 5.00 petang hingga 7.00 malam
tertakluk kepada kelulusan Hakim Bicara/ Pegawai Sulh/ Penolong Pengarah
Kanan (BSK) dan mematuhi Arahan Pengendalian Kes Bicara Malam yang
dikeluarkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.
18
C) TATACARA PENGENDALIAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI
JARAK JAUH
1. Setiap jenis pendengaran kes perlulah mematuhi Garis Panduan Pengendalian
Kes masing-masing seperti berikut:
JENIS PENDENGARAN KES
GARIS PANDUAN LAMPIRAN
Sebutan/ Perbicaraan kes
Carta Alir Pendengaran Kes
Secara Dalam Talian
LAMPIRAN C
Majlis Sulh
Garis Panduan Pengendalian
Majlis Sulh Secara Dalam Talian
LAMPIRAN D
Rundingcara BSK
Garis Panduan Pengendalian
Runding Cara Bahagian
Sokongan Keluarga (BSK)
Secara Dalam Talian
LAMPIRAN E
2. Bagi Tatacara Pemasangan Perisian Microsoft Outlook Client Dengan Akaun
MyGovUC Pengguna (Untuk kegunaan pihak Mahkamah sahaja) boleh rujuk
LAMPIRAN F.
3. Bagi Tatacara Pemasangan Skype For Business Client (Untuk kegunaan pihak
Mahkamah sahaja) boleh rujuk LAMPIRAN G
4. Bagi Tatacara Pemasangan Skype For Business Web (Untuk kegunaan
pelanggan Mahkamah sahaja) boleh rujuk LAMPIRAN H.
5. Bagi Tatacara Membuat Panggilan Sidang Video Skype For Business
Pendengaran Kes Melalui Perisian Microsoft Outlook Client (untuk kegunaan
pihak Mahkamah sahaja) boleh rujuk LAMPIRAN I.
.
19
LAMPIRAN A
EMEL RASMI JABATAN : jksnns@esyariah.gov.my
SEMAKAN KES : http://bit.ly/semakankes
MUAT TURUN BORANG : https://bit.ly/BORANGKHASPKP
SENARAI NO. TELEFON & NO. FAKS MAHKAMAH SYARIAH SETIAP DAERAH DI NEGERI SEMBILAN
BIL LOKASI NO.
TELEFON NO. FAKS
ALAMAT EMEL PENOLONG PENDAFTAR
1.
Mahkamah Rayuan/ Tinggi/ Rendah Syariah Seremban
KOMPLEKS KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN.
71950, Bandar Sri Sendayan,
06-781 2444
06-781 2424
MRyS/MTS:
halim@esyariah.gov.my
MRS Seremban: Zarina_zuber@esyariah.gov.my
2.
Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson, 71000 Port Dickson.
06-647 7433
06-647 0344
sarimah@esyariah.gov.my
3.
Mahkamah Rendah Syariah Rembau, 71300 Rembau.
06-685 1622
06-6854235
musab@esyariah.gov.my
4.
Mahkamah Rendah Syariah Tampin, 73000 Tampin.
06-441 8061
06-443 1287
Kamariah1@esyariah.gov.my
5.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, 72000 Kuala Pilah.
06-481 6482
06-481 8845
jais@esyariah.gov.my
6.
Mahkamah Rendah Syariah Jelebu, 71600 Kuala Klawang.
06-613 7681
06-613 7567
Safuan_yaakub@esyariah.gov.my
7.
Mahkamah Rendah Syariah Jempol, 72109 Bandar Sri Jempol.
06-458 2366
06-458 4725
norlizah@esyariah.gov.my
20
LAMPIRAN B
BORANG PERAKUAN SEGERA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
Nama: ...............................................................................................
Alamat: ..............................................................................................
Kepada :
Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Negeri Sembilan Darul Khusus
PERMOHONAN UNTUK MEMFAILKAN KES DENGAN KADAR SEGERA
Tuan/ Puan,
Merujuk perkara di atas.
Saya seperti nama di atas ingin memohon untuk memfailkan Permohonan/ Tuntutan
dengan kadar segera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
2. Saya memohon untuk memfailkan: (Sila bulatkan jenis tuntutan yang dipilih)
1. Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
2. Permohonan Wali Hakim
3. Notis Rayuan
4. Lain-lain: nyatakan kes .........................................
3. Permohonan ini saya rasakan penting atas alasan:
............................................................................................................,………......
..............................................................................................................................
4. Maka dengan ini, besarlah harapan saya agar pihak Tuan/Puan dapat
menghubungi saya semula di talian ........................................................................ dengan
kadar segera.
Segala kerjasama dari pihak Tuan amat saya harapkan.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
( )
Tarikh:
21
LAMPIRAN C
CARTA ALIR PENDENGARAN/ PERBICARAAN KES SECARA DALAM TALIAN
Mula
Pelanggan/ Peguam Syarie isi borang permohonan di
LAMPIRAN J.
Pelanggan/ Peguam Syarie hantar borang
permohonan melalui emel kepada Penolong Pendaftar
Kanan bagi kes Mahkamah Tinggi Syariah dan
Penolong Pendaftar bagi kes Mahkamah Rendah
Syariah (rujuk senarai alamat emel di LAMPIRAN A).
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar
panjangkan borang permohonan kepada Yang Arif/
Tuan Hakim Bicara untuk kelulusan.
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar
sediakan fail kes bagi kes yang dipohon untuk
semakan dan kelulusan Hakim Bicara.
Hakim Bicara buat keputusan terhadap permohonan
dengan melengkapkan ruang pada status permohonan
di LAMPIRAN J.
Hakim Bicara serah borang permohonan yang telah
diluluskan/ tidak diluluskan kepada Penolong
Pendaftar Kanan/ Penolong Ppendaftar.
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar
maklumkan kepada pelanggan kekal tarikh tangguhan
asal/ beri tarikh tangguhan baharu melalui emel.
Tamat
Tidak Lulus
Lulus
A
22
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendakftar
maklumkan kepada Pembantu Hakim untuk penetapan tarikh
bicara mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar
menyediakan pautan sidang video Skype For Business bagi
penetapan tarikh prosiding perbicaraan secara dalam talian.
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar sedia
kelengkapan dan fasiliti yang bersesuaian untuk perbicaraan
secara dalam talian di lokasi Mahkamah.
Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar maklum
kepada Pelanggan, Hakim Bicara, Pegawai Teknologi
Maklumat dan Pembantu Hakim penetapan tarikh bicara dan
pautan sidang video kes bagi prosiding perbicaraan secara
dalam talian.
Pembantu Hakim menyediakan fail kes dan kertas catatan
bicara.
Hakim Bicara dan Pembantu Hakim hadir ke lokasi
Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi prosiding
perbicaraan secara dalam talian.
Hakim Bicara, Pembantu Hakim dan Pelanggan log masuk ke
dalam pautan sidang video pada tarikh dan waktu yang telah
ditetapkan. Rujuk Tatacara Pemasangan Skype For Business
Web : Lampiran H. (Untuk Kegunaan Pelanggan Mahkamah
Sahaja)
Hakim Bicara/ Pembantu Hakim pastikan kesemua pihak-
pihak hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Hakim Bicara pastikan dokumen pengenalan diri pihak-pihak ditunjukkan secara visual sebelum diambil keterangan.
Hakim Bicara buat catatan bicara.
Pembantu Hakim pastikan dokumen perbicaraan yang dimuat naik oleh pihak-pihak sewaktu perbicaraan dalam talian dimasukkan secara hardcopy di kaunter setelah PKP
Tamat.
A
23
LAMPIRAN D
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SECARA DALAM TALIAN
1. Syarat-syarat permohonan menjalani Majlis Sulh dalam talian:
1.1 Permohonan Kes Sulh:
(a) Persetujuan Bersama
(b) Belum ada persetujuan tertakluk kepada kelulusan Pegawai Sulh
1.2 Pegawai Sulh dan Pihak-pihak bersedia untuk menjalani Majlis Sulh
secara dalam talian menggunakan aplikasi Skype For Business. Pihak-
pihak diminta merujuk kepada LAMPIRAN H.
2. Tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian (sebelum):
2.1 Pihak-pihak hendaklah mengisi borang permohonan menjalani Majlis
Sulh semasa pendaftaran kes seperti di LAMPIRAN J/ menghantar
borang yang diisi lengkap ke alamat emel rasmi jabatan :
jksnns@esyariah.gov.my
2.2 Pegawai Sulh akan menghubungi pihak-pihak dalam tempoh 3 (tiga) hari
sebelum tarikh pertemuan Majlis Sulh bagi mendapatkan kesediaan
pihak-pihak untuk menjalani sesi Majlis Sulh mengikut tarikh dan masa
yang ditetapkan (Majlis Sulh hanya dijalankan pada hari bekerja sahaja).
2.3 Pegawai Sulh membuat persediaan untuk menjalankan sesi Majlis Sulh
dalam talian mengikut langkah-langkah penyediaan sidang video dalam
LAMPIRAN I dan menghantar pautan jemputan Majlis Sulh dalam talian
kepada pihak-pihak melalui emel.
24
3. Tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian (semasa):
3.1 Pihak-pihak akan menerima pautan jemputan sidang video Majlis Sulh
dan dikehendaki berada di talian 10 minit lebih awal.
3.2 Pengesahan identiti pihak-pihak dilakukan. Hanya pihak-pihak yang
terlibat sahaja yang dibenarkan menjalani sesi Majlis Sulh. Orang awam/
ahli keluarga/ pihak ketiga tidak dibenarkan berada dalam talian tersebut.
3.3 Peguam yang dilantik juga tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan
Pegawai Sulh.
3.4 Pihak-pihak berpakaian menutup aurat sepanjang sesi Majlis Sulh dalam
talian berjalan.
3.5 Sesi taaruf dan perbincangan Sulh seterusnya dijalankan oleh Pegawai
Sulh mengikut Manual Kerja Sulh.
3.6 Tempoh sidang video dihadkan dalam tempoh 45 minit sahaja dan akan
dianggap gagal sekiranya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh
tersebut.
3.7 Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang Majlis Sulh
adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya didapati berlaku, boleh
dikenakan tindakan menghina Mahkamah.
25
4. Tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian (selepas):
4.1 Pegawai Sulh akan merekodkan keputusan Majlis Sulh sama ada berjaya
atau gagal.
4.2 Sekiranya berjaya, Pegawai Sulh akan menyediakan dokumen
Perjanjian Penyelesaian sebagaimana yang dipersetujui dalam sidang
video Majlis Sulh.
4.3 Perjanjian Penyelesaian dalam bentuk PDF file akan dipaparkan dan
dikongsi oleh Pegawai Sulh melalui perkongsian dokumen dalam sidang
video.
4.4 Pihak-pihak akan menyemak, mengesahkan dan menandatangani
dokumen Perjanjian Penyelesaian tersebut.
4.5 Pegawai Sulh menyediakan dan memaparkan Laporan Majlis Sulh.
Pihak-pihak hendaklah memuat turun laporan tersebut dan mencetak
sendiri.
4.6 Pegawai Sulh akan menetapkan tarikh untuk prosiding pengendorsan
Perjanjian Penyelesaian tersebut di hadapan Hakim Bicara.
4.7 Sama ada Majlis Sulh berjaya atau gagal, saman akan dikeluarkan
kepada pihak-pihak dan penyampaian saman kepada Defendan
disempurnakan secara atas talian.
4.8 Pengendorsan Perjanjian Penyelesaian di hadapan Hakim Bicara akan
dibuat pada tarikh yang ditetapkan.
26
5. Carta Alir Proses Kerja Majlis Sulh Dalam Talian (sebelum, semasa dan
selepas).
Saman dikeluarkan kepada pihak-pihak dan
penyampaian kepada Defendan disempurnakan
secara atas talian.
Pihak-pihak menerima pautan dan berada di talian
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
Pengesahan identiti pihak-pihak dibuat.
Majlis Sulh dijalankan mengikut etika Majlis Sulh sedia
ada (taaruf, peraturan, perbincangan dan sebagainya)
SELEPAS MAJLIS SULH:
Pegawai Sulh merekodkan keputusan
Majlis Sulh
Ada persetujuan?
Pegawai Sulh menyediakan draf Perjanjian
Penyelesaian sebagaimana yang dipersetujui
Pegawai Sulh memaparkan dokumen Perjanjian
Penyelesaian dan kongsi di sidang video.
Pihak-pihak menyemak, mengesahkan dan
menandatangani dokumen Perjanjian
Penyelesaian tersebut
Pegawai Sulh menetapkan tarikh untuk prosiding
pengendorsan Perjanjian Penyelesaian tersebut di
hadapan Hakim Bicara.
Pegawai Sulh menyediakan dan memaparkan
Laporan Majlis Sulh. Pihak-pihak hendaklah memuat
turun laporan tersebut dan mencetak sendiri.
Tamat
YaTidak
SEMASA MAJLIS SULH:
27
LAMPIRAN E
5. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN RUNDINGCARA BAHAGIAN
SOKONGAN KELUARGA (BSK) SECARA DALAM TALIAN
1. Tatacara dan syarat-syarat pengendalian rundingcara dalam talian:
a) Setelah notis runding cara dikeluarkan, Pihak-pihak akan dihubungi untuk
pengesahan rundingcara sama ada boleh dijalankan melalui aplikasi Skype
atau telefon.
b) Rundingcara dalam talian akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja.
c) Hanya Pegawai Rundingcara dan pihak-pihak yang terlibat.
d) Pihak-pihak hendaklah bersikap sopan sepanjang prosiding rundingcara
berjalan secara dalam talian.
e) Bagi rundingcara melalui telefon, pegawai runding cara akan menghubungi
pihak-pihak secara bergilir-gilir.
f) Perjanjian Persetujuan akan disediakan selepas persetujuan dicapai.
g) Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang rundingcara dalam
talian berjalan adalah tidak dibenarkan sama sekali
28
CARTA ALIR PENGENDALIAN RUNDINGCARA
BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SECARA DALAM TALIAN
Mula
Notis rundingcara dihantar kepada pihak-pihak untuk sesi runding cara melalui Skype atau telefon.
Sebelum tarikh rundingcara dijalankan, Pembantu Pendaftar menghubungi pihak-pihak bagi mengetahui sama ada runding cara boleh dijalankan melalui Skype atau telefon.
Mahkamah menyediakan pautan jemputan kepada aplikasi Skype bagi tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Pihak-pihak mematuhi tarikh dan waktu yang telah.
Rundingcara dijalankan mengikut etika rundingcara.
Perjanjian Persetujuan disediakan dan dihantar kepada pihak-pihak untuk ditandatangani.
Pliding disediakan kepada Pemiutang Penghakiman untuk difailkan di mahkamah.
Tamat
29
LAMPIRAN F
TATACARA PEMASANGAN PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT DENGAN AKAUN MYGOVUC PENGGUNA
(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)
1. Pastikan peralatan komputer (laptop/PC Desktop) yang digunakan oleh Pegawai
Mahkamah yang dilantik sebagai host bagi sidang video telah mempunyai perisian
Microsoft Outlook Client.
2. Panggilan dan jemputan sidang video Skype For Business bagi Sebutan/ Perbicaraan
kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK hanya boleh dibuat melalui perisian Microsoft
Outlook Client sahaja. Konfigurasi sidang video Skype For Business tidak boleh
dilakukan melalui Skype For Business Web, Skype For Business Mobile Apps dan
Microsoft Outlook Mobile Apps.
3. Ikuti langkah berikut untuk pemasangan Microsoft Outlook Client dengan akaun
MYGOVUC pengguna.
i. Klik Start dan pilih Control Panel.
ii. Klik pada ikon Mail dan paparan Mail Setup akan dipaparkan.
30
iii. Klik Show Profiles dan klik pada butang Add. Kemudian tuliskan Nama Profile
bagi emel akaun tersebut dan klik OK. Sekiranya terdapat profile akaun yang
lain, pastikan kotak Prompt for a profile to be used dipilih.
iv. Seterusnya pilih Email Account dan masukkan maklumat yang diperlukan
seperti:
a) Nama
b) Alamat emel
c) Kata Laluan
31
v. Kemudian klik butang Next untuk proses konfigurasi E-mel profil baru bagi
sistem MyGovUC.
Nota: Jika Alamat emel dikesan secara automatik kepada
pengguna@esyariah.gov.my, sila tukar kepada emel pengguna 1GovUC
seperti pengguna.jksm@1govuc.gov.my
vi. Satu paparan akan dipaparkan menunjukkan proses konfigurasi sedang
dilakukan.
vii. Sekiranya tiada konfigurasi bagi Outlook Anywhere, klik butang Finish
setelah proses konfigurasi telah berjaya dilakukan.
32
viii. Setelah selesai konfigurasi server pastikan butang radio Always use this
profile dipilih untuk 1GOVUC. Kemudian klik butang Apply dan seterusnya klik
OK.
33
LAMPIRAN G
TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS CLIENT
(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)
1. Pastikan peralatan komputer (laptop/PC Desktop) yang digunakan oleh Pegawai
Mahkamah yang dilantik sebagai host bagi sidang video mempunyai perisian Skype
For Business Client selepas berjaya membuat pemasangan Microsoft Outlook Client.
2. Muat turun perisian Skype For Business Client melalui pautan
https://www.1govuc.gov.my/media/muat-turun.
3. Di bawah modul Pengguna MyGovUC, pilih Perisian > Skype for Business. Sila pilih
Skype For Business mengikut versi MS Outlook Client yang terdapat di dalam
peralatan komputer pengguna (pegawai mahkamah yang terlibat dalam sidang video).
34
4. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan sehingga akhir dan pastikan instalasi Skype
For Business berjaya dilakukan.
Memandangkan majoriti komputer/ laptop Pegawai Mahkamah yang menjadi host bagi
sidang video dilengkapi dengan Microsoft Office Standard 2019, maka langkah-
langkah pemasangan perisian Skype For Business Basic 2019 sahaja disediakan
dalam dokumen ini.
Sila rujuk kepada Unit ICT Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan sekiranya
berlaku masalah teknikal yang tidak berjaya diatasi oleh pengguna.
5. Ambil perhatian bahawa pemasangan ini memerlukan talian internet aktif untuk muat
turun dan pemasangan.
• Tiada offline installer untuk versi ini
• Aplikasi Microsoft Office 2019 dan Skype For Business 2019 tidak boleh
dipasang bersama produk Microsoft Office 2016 dan ke bawah (termasuk Office
Visio dan Office Project)
6. Ikuti langkah-langkah berikut untuk pemasangan perisian Skype For Business Basic
2019:
i. Wujud dan letakkan folder ‘Sfb2019’ di dalam C:\ (C Drive).
ii. Pastikan segala perision Office (Word, Excel, Outlook, dll) telah ditutup sebelum
melakukan instalasi.
iii. Buka folder Sfb2019, pastikan fail-fail seperti di bawah tersedia ada.
35
iv. Klik kanan pada item ‘Click to install’, kemudian klik pada Run as
administrator.
v. Paparan berikut akan keluar menunjukkan instalasi akan bermula.
vi. Paparan berikut menunjukkan proses muat turun sedang berlaku. Muat turun
bergantung kepada kelajuan internet yang digunakan.
36
vii. pemasangan akan berlaku setelah selesai muat turun. Paparan berikut
menunjukkan perisian berjaya dipasang.
viii. Setelah pemasangan selesai, pastikan aplikasi Skype for Business boleh
dibuka.
37
ix. Untuk memastikan versi terkini yang di pasang, klik pada Help > About Skype
For Business.
x. Sila tutup dan hidupkan semula (Restart) peralatan komputer/laptop untuk
keberkesanan pemasangan Skype For Business Client di dalam Microsoft
Office Outlook Client Pengguna.
38
LAMPIRAN H
TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS WEB (UNTUK KEGUNAAN PELANGGAN MAHKAMAH SAHAJA)
1. Pastikan peralatan komputer (laptop/ PC Desktop) yang digunakan oleh Pelanggan
Mahkamah mempunyai kemudahan internet.
2. Pihak-pihak menerima emel. Klik pada butang “Yes” atau “Accept”.
3. Pihak-pihak klik pada pautan yang disediakan 20 minit lebih awal sebelum perbicaraan
bermula.
4. Satu paparan “Skype For Business” akan dipaparkan melalui pelayar internet
(Default Browser).
5. Pihak-pihak perlu klik pada “Install and join with Skype Meeting App (Web)”.
39
6. Jika tuan/ puan pernah membuat instalasi Skype Meeting App (Web), Pop-up seperti
di bawah akan dipaparkan.
7. Klik “Yes” dan terus ke langkah No. 10.
8. Pelayar akan mula memuat turun satu fail “SkypeMeetingsApp.msi”.
9. Klik “Save” untuk teruskan proses muat turun fail.
40
10. Double Click/Run fail tersebut setelah muat turun selesai.
11. Ikut arahan yang dipaparkan sehingga proses instalasi selesai.
12. Setelah proses instalasi selesai, pelayar akan memaparkan antara muka seperti di
bawah
41
13. Sila masukkan nama seperti mana dalam kad pengenalan tuan/ puan.
14. Klik “Join”.
15. Pelayar akan mengeluarkan pop up bagi kebenaran plug-in yang telah dipasang.
16. Klik “Allow”.
42
17. Setelah tuan/ puan disambungkan ke sesi yang telah ditetapkan, pelayar akan
memaparkan makluman anda telah berada di virtual lobi dan Pentadbir Sistem akan
membenarkan tuan/ puan masuk. Tuan/ puan hanya perlu tunggu sehingga
dibenarkan masuk.
18. Setelah tuan/ puan dibenarkan masuk, antara muka seperti di bawah akan dipaparkan.
19. Klik pada ikon kamera video dan klik “Start my video” untuk mengaktifkan kamera
tuan/ puan.
20. Klik pada ikon mikrofon (unmute) apabila ingin bercakap dan klik semula ikon mikrofon
setelah selesai bercakap (mute).
43
LAMPIRAN I
TATACARA MEMBUAT PANGGILAN SIDANG VIDEO SKYPE FOR BUSINESS PENDENGARAN KES MELALUI PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT
(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)
1. Host sidang video dikehendaki log masuk ke perisian Skype For Business Client
yang terdapat di dalam komputer/laptopnya.
2. Buka Microsoft Outlook Client dan Klik pada ikon Kalendar. Kemudian Klik New
Skype Meeting yang terdapat di bahagian atas menu bar.
44
3. Isikan maklumat berikut:
a) To: Alamat emel semua yang terlibat dalam sidang video pendengaran kes.
b) Subject: Tajuk pendengaran kes.
Contoh: BICARA ATAS TALIAN KES MAL NO: 05200-012-0000-2020
(PERMOHONAN PERINTAH DAFTAR NIKAH POLIGAMI)
c) Location: Skype Meeting dan Nama Dewan Bicara (jika ada kehadiran
fizikal oleh pelanggan mahkamah).
d) Start Time: Masa bermula pendengaran kes
Nota: Sila setkan 1-3 jam lebih awal dari pendengaran kes sebenar bagi
memberi laluan kepada pengujian talian dan persediaan teknikal bersama
pihak-pihak yang terlibat sebagai persediaan awal sidang video.
e) End Time: Jangkaan masa berakhir pendengaran kes.
45
4. Masukkan isi kandungan notis pendengaran kes.
5. Klik kanan pada pautan Join Skype Meeting (di bahagian bawah emel) dan pilih
Copy Hyperlink untuk menyalin pautan unik sesi sidang video tersebut.
46
6. Klik kanan pada pautan Join Skype Meeting yang disalin dalam isi kandungan
utama emel dan pilih Edit Hyperlink untuk mengubah ayat hadapan pautan unik
sesi sidang video tersebut.Ubah pada medan Text To Display sahaja. Klik OK
setelah selesai.
7. Pada menu bar atas, klik sub menu Response Options dan padamkan (unticked)
pilihan Allow New Time Proposals.
47
8. Kemudian, pada menu bar atas juga klik Meeting Options dan pada ruangan
Permissions, klik Choose Presenters.
48
9. Pilih nama dalam kotak Attendees dan klik Add untuk melantiknya sebagai
Presenters. Presenters dipilih dari kalangan kakitangan Jabatan sahaja. Setelah
selesai, klik OK.
Ambil maklum bahawa presenters ini penting diset kerana ia akan memainkan
peranan sebagai pengganti host sekiranya berlaku gangguan rangkaian yang boleh
menyebabkan host terkeluar dari sidang video. Dengan ini, sidang video masih
berjalan tanpa kehadiran host. Namun, host masih lagi penting kerana host tetap
mempunyai lebih banyak fungsi pengendalian dalam sidang video tersebut seperti
boleh mengawal konfigurasi attendees (unmute attendees, membenarkan
attendees masuk dari lobi ke dalam sidang video (admit)), boleh merekodkan
perjalanan sidang video dan sebagainya.
Presenters juga dipilih sekiranya attendees tersebut diperlukan untuk membuat
sebarang perkongsian dokumen bersama semua pihak yang terlibat dalam sidang
video tersebut melalui pilihan Sharing Screen.
49
10. Host juga boleh menetapkan pihak-pihak yang dibenarkan masuk ke sidang video
tanpa perlu pengesahannya (tidak perlu tunggu di lobi). Ketetapan ini boleh dibuat
pada pilihan These people don’t have to wait in the lobby.
11. Klik OK setelag selesai.
12. Setelah semuanya lengkap dan host berpuashati dengan isi kandungan dan
konfigurasi sidang video tersebut, sila tekan Send atau Send Update untuk
menghantar notifikasi kepada semua yang terlibat.
50
LAMPIRAN J
BORANG PERMOHONAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI
KOMUNIKASI JARAK JAUH
........................................................
....................................................... Tarikh: ................................
Kepada,
*Pendaftar/ Penolong Pendaftar/ Pegawai Sulh /Penolong Pengarah Kanan (BSK)
*Mahkamah Tinggi/ Rendah Syariah Negeri Sembilan
.........................................................................
.........................................................................
Tuan/ Puan,
MOHON MENJALANKAN PROSIDING KES SECARA DALAM TALIAN DALAM
*MAHKAMAH TINGGI/ RENDAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN DI
....................................................................................................................
SAMAN NO.:
..........................................................................................................................
ANTARA
.................................................................................................................... PLAINTIF
DAN
.................................................................................................................... DEFENDAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya adalah *Plaintif/ Defendan/ Peguam Syarie ................................................... dalam
kes ini.
Kes ini telah ditetapkan untuk prosiding sebutan/ bicara pada (tarikh/ hari/ masa)
..........................................................................................................................
3. Saya memohon agar kes saya disebut/ dibicarakan secara dalam talian berdasarkan
alasan yang berikut :
3.1 ...............................................................................................................................
3.2 …………………………………………………………………………………................
51
4. Plaintif/ Defendan *bersetuju/ tidak bersetuju untuk menjalankan prosiding kes secara dalam talian.
5. Berikut adalah maklumat diri Plaintif/ Defendan/Peguam Syarie untuk dihubungi:
Nama E-mel No. Telefon
Plaintif :
Defendan :
Peguam Syarie Plaintif :
Peguam Syarie Defendan :
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan, saya amat hargai dan diucapkan terima
kasih.
Yang benar,
( )
No. Tel : ……………………………
Untuk Kegunaan Mahkamah
Permohonan diluluskan/ tidak diluluskan. Prosiding kes akan ditetapkan pada
......................................
jam ..............................pagi/ petang.
Tarikh :................................
……..........................
Hakim
top related