panduan permohonan pensijilan disiplin mekanikal · 7. cara memohon 8. penilaian 9. lampiran...
Post on 02-Jul-2019
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 2
PANDUAN PERMOHONAN
PENSIJILAN DISIPLIN MEKANIKAL
SISTEM AUTOMASI BANGUNAN
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 3
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. TAHAP PENSIJILAN
4. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN
5. LATIHAN
6. SYARAT PERMOHONAN
7. CARA MEMOHON
8. PENILAIAN
9. LAMPIRAN
SENARAI KURSUS
SENARAI SEMAK
LAMPIRAN I : BORANG PERMOHONAN
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 4
1.0 PENGENALAN
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk
meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Pensijilan ini
adalah sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan hasrat ini. Ianya juga
termaktub di dalam Pelan Peningkatan Kompetensi Cawangan dan adalah selaras
dengan aspirasi pengurusan atasan.
Pengwujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk
menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat
Negara dan dipersada dunia.
Jurutera Mekanikal (Sistem Automasi Bangunan) yang bertauliah adalah mereka
yang telah berjaya melalui asas latihan merangkumi pelaksanaan rekabentuk
sistem automasi bangunan, penyelesaian isu sebenar di tapak bina bagi
menjadikan mereka amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan berkualiti. Mereka
yang menerima pentaulihan ini adalah jurutera-jurutera mekanikal yang telah
mendapat kemahiran/kepakaran khusus dalam bidang perancangan dan
merekabentuk sistem automasi bangunan di dalam projek-projek kerajaan.
Dengan pensijilan ini, Jurutera Mekanikal adalah diiktiraf telah mencapai tahap
kemahiran kompetensi pakar. Pegawai yang menerima pensijilan ini amat
berpotensi, berkemahiran tinggi, berkualiti dan menjadi sumber rujukan jabatan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 5
2.0 OBJEKTIF
Mengiktiraf kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan jurutera
dalam bidang mekanikal - Sistem Automasi Bangunan;
Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang strategik secara berperingkat
dan sistematik;
Meningkatkan kepakaran serta kualiti sistem penyampaian Kerajaan;
Meningkatkan motivasi jurutera mekanikal pakar dengan memastikan
kesinambungan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing;
Peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya yang lebih baik;
Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang
diberikan oleh jurutera mekanikal pakar.
3.0 TAHAP PENSIJILAN
Selaras dengan COMPETENCY MODEL & DICTIONARY JKR 20700-0285-17,
Program pensijilan ini terbahagi kepada TIGA (3) tahap pengkelasan. Tahap
pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap - 2, Tahap - 3 dan Tahap - 4.
Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi
gelaran seperti berikut :
Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 2
Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 3
Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 4
Calon yang bertaraf Jurutera Profesional (P.E) layak dipertimbangkan untuk Sijil
Jurutera Mekanikal Tahap 3 Sistem Automasi Bangunan, dengan syarat calon perlu
mempraktikkan bidang kejuruteraan mekanikal (sistem automasi bangunan)
sekurang-kurangnya 5 tahun serta syarat yang berkaitan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 6
4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN
Pemohon pensijilan perlu mempunyai pengetahuan seperti yang dinyatakan
didalam syarat -syarat yang disertakan bagi memohon pensijilan ini. Skop
pengetahuan bagi tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti dinyatakan
dibawah.
4.1 Pensijilan Tahap 2 – SISTEM AUTOMASI BANGUNAN
Calon perlu mengetahui asas rekabentuk dan pengawasan seperti berikut :
a. Pengenalan garispanduan dan piawaian yang digunakan di dalam rekabentuk
Sistem Automasi Bangunan;
b. Pengenalan kepada definasi, tujuan dan fungsi utama Sistem Automasi
Bangunan bagi pengawalan dan pengawasan sistem mekanikal di dalam
bangunan;
c. Pengenalan kepada prinsip tahap asas kawalan dan komponen-komponen
Sistem Automasi Bangunan;
d. Pengenalan kepada komponen utama Sistem Automasi Bangunan seperti:
i. Field devices
ii. controller
iii. communication protocol
iv. interface
v. system architecture;
e. Pengenalan kepada jenis-jenis dan fungsi peranti luaran (valve, sensor,etc)
yang menghantar isyarat:
i. Binary Input/Output Point (BIP/BOP)
ii. Analog Input/Output Point (AIP/AOP);
f. Pengenalan kepada jenis-jenis dan fungsi kawalan terus (DDC, NCU etc);
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 7
g. Pengenalan kepada Low & High level Interface;
h. Pengenalan asas pengetahuan tahap pengawasan dan pengawalan berkaitan
sistem-sistem mekanikal yang terlibat dalam sistem BASC. (Sistem
Penyaman udara, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Bekalan Air Dalaman
dan lain-lain sistem yang diperlukan untuk dimasukkan dalam skop Sistem
Automasi Bangunan);
i. Jenis Kawalan Tindakan (Control Action);
j. Terma dan Terminologi dalam Sistem Automasi Bangunan (High & Low Level
Interface,DI, DO, AI, AO, DDC dll);
k. Pengetahuan asas rekabentuk Sistem Automasi Bangunan;
l. Pengenalan asas bagi pengawasan tapak untuk pemasangan peralatan
Sistem Automasi Bangunan.
4.2 Pensijilan Tahap 3 – SISTEM AUTOMASI BANGUNAN
Calon kompeten dalam perkara-perkara berikut:
a. Memahami tahap proses dan kefungsian utama Sistem Automasi Bangunan
(Control, Monitoring dan integration) peralatan mekanikal dan elektrikal
mengikut piawaian MS;
b. Mengetahui dan menentukan parameter sistem/peralatan mekanikal dan
elektrikal yang perlu pengawalan dan pengawasan. (Tahap penggunaan asas
Sistem Automasi Bangunan) ;
c. Berupaya menentukan point dan kegunaan bagi Low level interface & High
Level interface serta system architecture dalam Sistem Automasi Bangunan;
d. Berpengetahuan dalam protocol Sistem Automasi Bangunan (BACnet,
LONWorks, Modbus, dll);
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 8
e. Berupaya memahami fungsi field devices dan controller (motorised valve,
sensor, thermostat, bagi peralatan mekanikal yang perlu di kawal dan
diterjemahkan kepada I/O point;
f. Berupaya merekabentuk dan menentukan input/output/, Digital/Analog point
(Start/stop, On/Off Status, low/high water level dll) mengikut kefungsian
peralatan mekanikal bagi sistem:
Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll)
Sistem pengudaraan Mekanikal
Sistem pencegah kebakaran
Sistem bekalan air dalaman dan sanitari
Sistem lif
Sistem air panas, dll;
g. Berupaya merekabentuk dan menjadual I/O point dan lakaran skematik
Sistem Automasi Bangunan;
h. Berupaya untuk menjalankan pengujian dan pentauliahan Sistem Automasi
Bangunan;
i. Berupaya menentukan anggaran kos Sistem Automasi Bangunan;
j. Berupaya menjalankan pengawasan tapak untuk pemasangan peralatan
Sistem Automasi Bangunan.
4.3 Pensijilan Tahap 4 – SISTEM AUTOMASI BANGUNAN
Calon cekap dalam perkara-perkara berikut:
a. Polisi terkini, garispanduan, spesifikasi dan piawaian yang digunakan di dalam
rekabentuk Sistem Automasi Bangunan;
b. Berpengetahuan dalam Sistem Automasi Bangunan programming
(penjadualan) untuk pengawasan dan pengawalan sistem mekanikal;
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 9
c. Berupaya menentukan point bagi Low level interface & High Level interface
serta system architecture dalam Sistem Automasi Bangunan secara terperinci;
d. Pengalaman di dalam pemilihan rekabentuk system architecture Sistem
Automasi Bangunan;
e. Pengalaman menerapkan elemen kecekapan tenaga dalam rekabentuk dan
program Sistem Automasi Bangunan;
f. Berpengetahuan untuk menyenggara, mengenalpasti dan menyelesaikan
masalah melibatkan Sistem Automasi Bangunan;
g. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja
membaikpulih (forensic) sistem yang berkaitan dengan Sistem Automasi
Bangunan;
h. Berpengalaman dalam pengawasan tapak untuk pemasangan peralatan
Sistem Automasi Bangunan yang kompleks;
i. Menjalankan pengujian dan pentauliahan pemasangan Sistem Automasi
Bangunan serta mengajar pelanggan/ operator cara kendalian Sistem
Automasi Bangunan.
Calon perlu berpengalaman dalam merekabentuk, mengawasi pemasangan dan
melakukan pengujian dan pentauliahan terhadap Sistem Automasi Bangunan
yang mengawal semua komponen sistem mekanikal dan elektrikal dalam
bangunan, selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori
Pensijilan Tahap 2 dan Tahap 3. Calon yang berkelayakan berpengalaman dalam
pembentangan atau pengajaran dalam sistem berkenaan dan menjadi sumber
rujukan kepada pihak lain yang memerlukan khidmat nasihat dalam bidang
berkaitan Sistem Automasi Bangunan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 10
5.0 LATIHAN
Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik,
mereka dikehendaki menyertai kursus teknikal seperti yang termaktub di dalam
dokumen Pelan Pengurusan Kompetensi Dan Program Latihan Jurutera dan
Penolong Jurutera Mekanikal JKR.
6.0 SYARAT PERMOHONAN
Calon calon yang berminat boleh memohon mana - mana tahap pensijilan yang
telah dinyatakan dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.
6.1 Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan
Tahap 2
Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Sistem Automasi Bangunan
Tahap 2;
b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera
Siswazah;
c) Menghadiri kursus Sistem Automasi Bangunan; (sila lihat senarai kursus teknikal
wajib)
d) Pengalaman rekabentuk Sistem Automasi Bangunan : minimum 1 tahun.
6.2 Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 3
Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Sistem Automasi Bangunan
Tahap 3;
b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera
Siswazah;
c) Menghadiri kursus Sistem Automasi Bangunan; (sila lihat senarai kursus teknikal
wajib)
d) Pengalaman rekabentuk Sistem Automasi Bangunan : minimum 3 tahun;
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 11
ATAU
e) Calon yang mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (P.E) layak
dipertimbangkan dengan syarat calon perlu mempraktikkan bidang
kejuruteraan mekanikal (sistem automasi bangunan) sekurang-
kurangnya 5 tahun serta syarat-syarat lain yang berkaitan.
6.3 Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 4 Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Sistem Automasi Bangunan
Tahap 4;
b) Berstatus Jurutera Profesional (P.E);
c) Pengalaman rekabentuk Sistem Automasi Bangunan : minimum 5 tahun;
d) Pembentangan Kertas Kerja / Penceramah/ Penglibatan dalam
Penghasilan Garis Panduan / Spesifikasi Teknikal Sistem Automasi
Bangunan.
7.0 CARA MEMOHON
Hebahan program ini akan disiarkan melalui :
Laman web rasmi JKR / CREaTE
Borang permohonan adalah di seperti Lampiran I.
Borang permohonan, laporan pengalaman dan kertas kerja/jurnal/artikel yang
lengkap, boleh dikemukakan kepada Urusetia Pelaksanaan Program Pensijilan
Kepakaran Jurutera Mekanikal beralamat seperti berikut :
Urusetia
Program Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteran
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR
Alor Gajah, Melaka\
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 12
8.0 PENILAIAN
8.1 Kaedah
Proses Penilaian adalah berasaskan kepada temuduga dan laporan pengalaman
beserta sikap yang akan di kendalikan oleh pihak Urusetia Pelaksanaan Program
Pensijilan Jurutera Mekanikal.
Calon yang telah memiliki Ijazah Lanjutan atau pernah menyediakan kertas kerja/
jurnal samada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya.
Kertas kerja dan laporan pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/
Ketua Jabatan.
Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Program Pensijilan Jurutera Mekanikal.
8.2 Pemarkahan
Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut :
Kriteria Markah
Temubual 50%
Personaliti dan perwatakan 20%
Pengetahuan Am 10%
Kepimpinan 10%
Kemahiran Komunikasi 10%
Kertas Kerja & Laporan Pengalaman 50 %
Laporan Pengalaman
Sumbangan / Track Record berkaitan dengan
sub bidang kepakaran yang dipilih
Projek/ Khidmat Nasihat berkaitan dengan sub
bidang kepakaran yang dipilih (laporan lengkap
– rekabentuk konsep, pengiraan dan lain-lain)
Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan
Jurnal/ Artikel
Calon calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang - kurangnya
80 % untuk lulus dalam sesi penilaian ini.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 13
SENARAI KURSUS
Kursus - kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap yang
berkaitan mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
1. Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 2
Modul Tajuk Kursus Bil hari
program
Rekabentuk 1. Rekabentuk Building Management System (Asas) 1
Penyeliaan dan Pengujian
1. Penyeliaan Pemasangan Sistem Mekanikal di Tapak Bina
(Asas) 3
2. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3 rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
2. Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 3
rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
3. Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 4
rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Modul program Tajuk Kursus
Bil hari
Rekabentuk 1. Rekabentuk Building Management System (Pertengahan) 2
Penyeliaan dan Pengujian
1. Penyeliaan Pemasangan Sistem Mekanikal di Tapak Bina (Pertengahan)
3
2. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3
Modul program Tajuk Kursus
Bil hari
Rekabentuk 1. Rekabentuk Building Management System (Lanjutan) 2
Penyeliaan dan Pengujian
1. Penyeliaan Pemasangan Sistem Mekanikal di Tapak Bina (Lanjutan)
3
2. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 14
SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN
Dokumen dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia adalah :
i. Borang Permohonan Pensijilan Jabatan Kerja Raya(Sistem Automasi Bangunan)
ii. Salinan Sijil-sijil berkaitan (Ijazah, PhD, P.E. etc)
iii. Salinan pengesahan Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan Jurnal/ Artikel
iv. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui
v. Sijil kehadiran kursus teknikal wajib
vi. Maklumat dan Dokumen Tambahan
Disediakan oleh : Urusetia Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya Disiplin Mekanikal
LAMPIRAN I
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN
PROGRAM PENSIJILAN KEPAKARAN JURUTERA MEKANIKAL
TAHUN 20....
1. NAMA :___________________________________________________________________
2. No. K.P :___________________________________________________________________
3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS: ______________________________________________________
________________________________________________________________________________
4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT:________________________________________________________
5. FAKSIMILI :_______________________________________________________________________
6. EMEL :__________________________________________________________________________
7. JAWATAN & GRED:________________________________________________________________
8. KELAYAKAN AKADEMIK:____________________________________________________________
:____________________________________________________________
9. KELAYAKAN PROFESIONAL/KOMPETEN :_____________________________________________
:_______________________________________________________________________________
10. TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :_____________________________________________
(Sehingga tarikh memohon)
Sila nyatakan sub-bidang kepakaran yang dipilih dan tandakan (/) pada tahap pensijilan yang dimohon pada petak yang
disediakan.
Sub-Bidang Kepakaran JM Tahap 2 JM Tahap 3 JM Tahap 4
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SAYA TELAH
MENEPATI SEMUA SYARAT YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.
_____________________ ______________________________ TARIKH TANDATANGAN & COP PEMOHON
(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN
(B) KATEGORI PENSIJILAN
(C) ULASAN KETUA BAHAGIAN
1. SAYA SOKONG/ TIDAK SOKONG PERMOHONAN JURUTERA MEKANIKAL INI UNTUK PENSIJILAN
DIATAS.
_______________________ _________________________________ TARIKH TANDATANGAN KETUA BAHAGIAN & COP RASMI JABATAN
LAMPIRAN I
TAHUN
BERKHIDMAT
(DARI-HINGGA)
TEMPAT
BERTUGAS JAWATAN, PERANAN & TANGGUNGJAWAB
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
(D) PENGALAMAN KERJA (dari mula berkhidmat hingga kini)
LAMPIRAN I
BIL
TAJUK DAN KETERANGAN RINGKAS
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
(E) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Kertas kerja/ Laporan/ Jurnal/ dan lain-lain)
LAMPIRAN I
BIL KEKOMPETENAN
TAHUN
(F) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Lain-lain Sijil Kekompetenan)
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
top related