pantang larang suku kaum bajau
Post on 01-Dec-2015
566 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
pantang larang suku kaum bajau
dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari
ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini,
keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang digunapakai
sehingga hari ini ialah:
1. larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan
yang tidak sempurna
2. larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah
3. larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan
- akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain
4. larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang
5. larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati
6. larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa
imej yang tidak baik pada pandangan orang
7. larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada
yang membantu
8. larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga
9. larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang
tidak baik seperti jatuh sakit
10. larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi
11. larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun
12. larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua
13. larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan
jika dilanda musibah
14. larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan
sebarang keraguan di hati tetamu
15. larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri
16.barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak
putus- putus
17.anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang
dilahirkan tidak yatim piatu
18. larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang
keburukan terhadap bayi dan isteri
19. larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak
sebarang keburukan berlaku
20. larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata
KAUM BAJAU-205084
ETNIK BAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya
adalah kedua terbesar selepas kaum kadazan.Terdapat pelbagai suku kaum dalam
kalangan masyarakat bajau seperti Ilanun,sulu dan sebagainya.Kebanyakkan
masyarakat bajau mendiami kawasan Semporna,dan Kota Belud.Dari segi
sejarahnya,kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang
kuda yang mahir.Seperti masyarakat etnik yang lain masyarakat Bajau juga terkenal
dengan adat dan budaya mereka yang pelbagai dan unik.
Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat
mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari
prkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari
bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada
sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman
kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian
diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan
perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam.Pengantin lelaki yang
berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda
ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan
dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman
rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk
dan majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk
ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah
pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua
dua mempelai itu disandingkan.
Adat kelahiran masyarakat Bajau pula ialah sewaktu mengandung,terdapat beberapa
adat yang dijalankan antaranya ialah seperti berpantang.Bagi mengelakkan bahaya
sewaktu mengandung,wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang
tertentu.Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan,di samping
memudahkan proses kelahiran kelak.Antara pantang larang tersebut ialah,wanita hamil
tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus,wanita
hamil juga tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung
kerana di bimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung
sulung.Semasa bersalin pula,apabila sudah tiba masanya,bidan akan segera dipanggil
dan peralatan tertentu turut disediakan.Adakalanya di bawah rumah tersebut,duri dan
benda-benda tajam akan di letakkan bagi mengelakkan gangguan makhluk halus
terhadap si ibu dan bayi.Selepas kelahiran,si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa
pantang larang.Antaranya ialah,si ibu harus memakai sarung yang berwarna
gelap,biasanya hitam,kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi.
Bagi adat kematian pula,semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia,doa
akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain.Pada masa itu, tawak-tawak patai
atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal
dunia.Mengikut adat Bajau,mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia
melambangkan kesedihan mereka.Seterusnya, mayat tersebut akan diuruskan
sepenuhnya mengikut peraturan agama islam.Semasa pengebumian,selepas
disembahyangkan si mati akan di kebumikan.Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik
di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara-mara terdekat akan
dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan,adakalanya bersama-sama mayat
tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang
masih kecil.Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan
diletakkan di sisi mayat.Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si
mati ke alam baqa.Seterusnya upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh
masyarakat islam lain akan diadakan.Biasanya dari hari pertama hingga hari ketujuh
selepas kematian,keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa
pantang larang.Antaranya ialah,dari hari pertama sehingga hari ketujuh,rumah si mati
tidak boleh dicuci.
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan
tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis
makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional
kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya
lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah
permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini
boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur
dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia
juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah
makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak
secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah
makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya
digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai
dan Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota
Belud.Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki
yang diarak kerumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin
sampai,perarakan dihentikan buat sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di
hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin
lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul.Tarian Limbai diiringi oleh irama
kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh
seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang,dua orang
pemaian gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota
rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka
sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.Selain tarian
Limbai,Runsai juga merupakan tarian tradisional suku kaum Bajau di Kota Belud.Runsai
selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan
antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua wanita.Tarian ini menjadi
bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual
dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan
blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan
perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang,
seluar, samping dan destar.Manakala,Pasangan suku kaum Bajau menggayakan
pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda
dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali
pinggang.
top related