pantun empat kerat (agama)

Post on 19-Jun-2015

6.545 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pantun Empat Kerat (Agama)

Pantun Empat Kerat (Agama)

Pantun Empat Kerat (Agama)

Kemumu di dalam semak,Jatuh melayang selaranya,Meski ilmu setinggi tegak,Tidak sembahyang apa gunanya.

Asam kandis asam gelugur,Ketiga asam riang-riang,Menangis di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.

Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin jatuh ke bawah,Ilmu yang tidak diamalkan,Bagai pohon tidak berbuah.

Banyaklah bulan antara bulan,Tidak semulia bulan puasa,Banyaklah tuan serupa tuan,Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

Bendahara Datuk Seri Paduka,Memerintah kota dan negeri,Sengsara masuk dalam neraka,Hendaklah kita ingatkan diri.

Pohon di kebun habis berbuah,Disambut masuk buah rembega,Mohonkan ampun dosa yang sudah,Hendak masuk dalam syurga.

Maksud Pantun

1 •Sia-sia sahaja ilmu yang dimiliki oleh seseorang sekiranya dia tidak melaksanakan suruhan Tuhan, iaitu sembahyang.

2 •Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal di hari kemudian.

3 •Sia-sia sahaja ilmu yang dimiliki oleh seseorang jika dia tidak mahu mempraktikkannya.

4 •Tuhanlah yang paling mulia dan Maha Berkuasa.

5 •Janganlah berbuat jahat kerana balasan Tuhan sangat dahsyat.

6 •Manusia perlu bertaubat supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat.

Tema

• Ingatan tentang kepentingan ibadat dan balasannya serta tanggungjawab manusia kepada Tuhan.

Persoalan

1. Ibadat sembahyang merupakan asas yang paling penting bagi umat Islam.

2. Ilmu yang tidak diamalkan tidak mendatangkan kebaikan.

3. Balasan bagi orang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang jahat ialah neraka.

4. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.

Bentuk

• Bilangan rangkap - 6 rangkap• Bilangan baris - 4 baris serangkap.• Rima akhir - abab

Gaya Bahasa

1. Penggunaan imej alam– kemumu– asam kandis– bulan– pohon– angin

2. Simile• Bagai pohon tidak berbuah

3. Aliterasi• Kemumu di dalam semak

(Pengulangan konsonan m)

4. Asonansi• Banyaklah bulan antara bulan

(Pengulangan vokal a)

Nilai

1. Kepatuhan akan ajaran agama.2. Keinsafan3. Bertanggungjawab4. Kebijaksanaan5. Rasional

Pengajaran

1. Kita hendaklah menuntut ilmu supaya faham tentang dosa dan pahala.

2. Umat Islam hendaklah menunaikan solat.

3. Kita hendaklah mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari supaya hidup tidak sia-sia.

4. Kita hendaklah melaksanakan suruhan Tuhan semasa hidup.

top related