papan cerita shah
Post on 24-Oct-2015
89 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PAPAN CERITA
SHAHAFIZAN BIN SHUIB 790422025849
PPG/20463/11
MUKA SURAT
1
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Memperdengarkan sebuah
syair untuk memberitahu tajuk
cerita “Batu Belah Batu
Bertangkup” melalui rekod
suara.
• Menyatakan asal usul sebuah
kampung yang berasal daripada
batu besar.
•Gambar batu ditunjukkan bagi
permulaan sebuah cerita yang
akan didengari.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
o Animasi
PENCERITAAN
Pada suatu masa dahulu terdapat sebuah kampung bernama Kampung Batu Belah. Nama tersebut
berasal daripada suatu batu besar berbentuk kepala manusia yang boleh terbelah dan ternganga.
Batu Belah Batu Bertangkup
MUKA SURAT
2
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Memaparkan gambar.
• Penceritaan yang akan
didengari melalui rekod suara
yang telah dibuat.
•Gambar animasi ditunjukkan
juga bagi menampakkan
penceritaan lebih menarik.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
PENCERITAAN
Di kampung tersebut tinggallah Pak Tani dan isterinya Mak Tani berserta dua anak mereka, Melur dan
Pekan. Pak Tani menghidap penyakit lelah. Tidak lama kemudian, dia jatuh sakit dan meninggal dunia.
MUKA SURAT
3
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
PENCERITAAN
Selepas kematian suaminya, Mak Tani terpaksa bekerja untuk menyara hidup keluarganya. Dia
terpaksa ke kebun untuk menanam sayur, ke hutan mencari kayu api dan ke sungai untuk
menangkap ikan.
MUKA SURAT
4
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan
melalui rekod suara dengan
gambar animasi yang
disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Pada suatu pagi Mak Tani ke sungai untuk menangkap ikan. Sungguh malang nasibya, tidak dapat
seekor ikan pun. Namun ketika melangkah pulang, Mak Tani ternampak ikan tembakul muncul di
permukaan air.
MUKA SURAT
5
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Telur ikan tembakul amat digemari Pekan. Mak Tani menangkap ikan tembakul tersebut dan mengambil
telurnya. Setelah itu dia pun pulang ke rumah. Setiba di rumah, dia menyuruh Melur memasak telur
tersebut.
MUKA SURAT
6
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Selepas siap dimasak, Melur pun memberikan adiknya makan lauk kegemarannya itu. Pekan memakan
sehingga habis. Setelah itu dia meminta lagi. Atas rasa kasihan, Melur pun memberikan bahagiannya
kepada adiknya.
MUKA SURAT
7
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Setelah habis, Pekan meminta lagi. Kini lauk yang tinggal adalah sebahagian yang disimpan Melur
untuk ibunya. Melur enggan memberikan kepada adiknya. Akibatnya Pekan meraung-meraung mahukan
telur tersebut.Bila Melur tidak melayan kehendaknya, Pekan menangis dan berguling-guling di atas
lantai. Akhirnya dengan rasa geram dia terpaksa memberikan telur tersebut kepada Pekan.
MUKA SURAT
8
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Tidak lama kemudian Mak Tani pun pulang. Perutnya berasa lapar. Sesampai di rumah, dia terus
mencari telur ikan tembakul yang dimasak Melur tetapi tidak terjumpa. Dia lalu bertanyakan kepada
anaknya itu. “Maafkan saya emak. Telur itu sudah habis dimakan oleh Pekan,”beritahu Melur sedih.
“Sampai hati kamu tidak menyimpan sedikit untuk emak. Emak sangat kecewa kepingin
merasanya,”kata Mak Tani kecewa.
MUKA SURAT
9
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
“Kamu tidak sayangkan emak. Kalau begini,biarlah emak ditelan batu belah,”kata Mak Tani akhirnya. Dia
terus berlari menuju ke batu belah. Walaupun Melur mengejarnya namun ibunya sudah ditelan batu belah.
MUKA SURAT
10
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Kini tinggallah Melur dan Pekan dua beradik. Mereka akhirnya meninggalkan tempat tersebut. Setelah
berhari-hari berjalan di dalam hutan, mereka akhirnya ditemui dan dipelihara oleh Nenek Kebayan.
MUKA SURAT
11
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Nenek Kebayan menghadiahkan seekor anak ayam jantan kepada Pekan. Setiap hari ayam tersebut akan
dicampakkan ke sungai supaya ia berenang semula ke tebing. Apabila besar, ayam tersebut menjadi
ayam jaguh yang kuat.
MUKA SURAT
12
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Pada suatu hari pihak istana telah mengadakan pertandingan ayam sabung. Pekan lalu membawa ayam
jaguhnya untuk menyertai pertandingan tersebut. Dalam pertandingan tersebut ayam jaguh milik Pekan
telah muncul sebagai pemenang.
MUKA SURAT
13
TARIKH
NAMA PROJEK
PENULIS
KERANGKA / DESKRIPSI
• Penceritaan diteruskan melalui
rekod suara dengan gambar
animasi yang disediakan.
SENARAI MEDIA
o Muzik lagu
o Rekod suara
o Gambar
o Tajuk
PENCERITAAN
Pekan akhirnya ditawarkan bekerja sebagai penjaga ayam-ayam jaguh milik sultan di istana. Dalam
pada itu putera sultan telah terpikat dengan Melur. Mereka akhirnya berkahwin dan hidup berbahagia.
LAPORAN DAN REFLEKSI
Pendahuluan
Papan cerita yang dihasilkan untuk dijadikan alat bantu mengajar ini dihasilkan dengan
menggunakan perisian power point. Sebanyak 13 slaid yang dihasilkan bagi menarik minat tahap
satu dan dua untuk mendengar cerita berasaskan teknologi.
Dengan perisian ini saya menggunakan gambar dan audio suara yang boleh merangsang minat
murid terhadap pembelajaran ini melalui komputer.
Matlamat
Memberi lebih minat terhadap pengajaran Bahasa Melayu melalui penggunaan komputer.
Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Membolehkan murid melihat kelainan dalam alat bantu mengajar yang telah disediakan.
Refleksi
Kekuatan
Dengan penggunaan alat bantu mengajar Bahasa Melayu untuk sebuah cerita ini akan memudahkan
guru serta murid memahami isi cerita yang ingin disampaikan. Ini disebabkan persembahan
powerpoint berbentuk cerita dengan rakaman suara yang berbeza dapat menarik perhatian murid
untuk mendengar cerita yang akan disampaikan. Dengan intonasi suara dan alunan muzik serta
gambar yang menarik dapat memberi kelainan dan keseronokan murid untuk memahami cerita yang
ingin disampaikan.
Kelemahan
Power point ini mempunyai cara penyampaian yang sama setiap muka surat. Ini kerana setiap muka
surat hanya disertakan dengan gambar dan rakaman suara sahaja. Audio yang kurang jelas akan
memberi kesan kepada murid dan mengurangkan tumpuan di dalam kelas. Hanya satu gambar sahaja
disediakan. Ini menyebabkan murid akan mendengar sambil lewa.
Cara Mengatasi
Guru perlu lebih kreatif untuk memasukkan gambar yang lebih menarik disamping memberi kesan
audio yang lebih jelas. Masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan alat bantu mengajar ini perlu
mencukupi supaya ia lebih berkesan. Video perlu dimasukkan untuk menerap nilai murni dalam
penceritaan supaya mempunyai kelainan dan keseronokan.
top related