pbs syariah faris omar
Post on 07-Dec-2014
212 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
KANDUNGAN
HALAMAN
KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
SENARAI JADUAL
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. KAEDAH KAJIAN
4. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN
4.1 PENGENALAN
4.2
4.3
4.4
5. RUMUSAN DAN CADANGAN
SENARAI KANDUNGAN
2
ABSTRAK
Kes-kes jenayah mencuri dalam kawasan Sikamat tidaklah begitu meningkat dalam masa
sebulan. Rekod menunjukkan bahawa statistik kes jenayah mencuri dalam tempoh sebulan
iaitu pada bulan Januari yang dicatatkan di Balai Polis Sikamat berjumlah 9 kes. Data
menunjukkan terdapat 7 kes untuk jenis jenayah mencuri motosikal, manakala jenis jenayah
mencuri motokar, pecah amanah, penipuan hanya merekodkan 1 kes sahaja. Justeru, kajian
ini merupakan satu kajian yang menghubungkaitkan antara……………..Kajian ini bertujuan
untuk menganalisis jenis-jenis kes jenayah mencuri yang direkodkan di Balai Polis Sikamat
yang direkodkan pada bulan Januari dan mengkaji faktor-faktor berlakunya jenayah mencuri
dalam kalangan masyarakat di kawasan Sikamat. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah
kajian perpustakaan dan kajian lapangan iaitu melibatkan temu bual telah digunakan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan jenayah mencuri motosikal lebih tinggi berbanding
mencuri motokar, pecah amanah dan penipuan.. Kajian ini juga mendapati faktor utama
menyebabkan berlakunya jenayah mencuri dalam kawasan Sikamat disebabkan faktor
persekitaran. Di akhir kajian, beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah dikemukakan
untuk kajian pada masa akan datang.
PENGHARGAAN
3
Pertama-tama dan selama-lamanya saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja projek ini dengan jayanya .Kerja
projek ini sangat penting buat saya kerana ia merupakan sebahagian markah yang
diperuntukkan dalam subjek Syariah.
Bagi memulakan penghargaan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
diucapkan khas untuk Guru Pembimbing iaitu Encik Azimi Bin Othman di atas bimbingan
dan tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Seterusnya,
tidak lupa juga saya tujukan kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sheikh Haji Mohd Said di atas curahan ilmu yang bermanfaat.
Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya ucapkan buat semua kakitangan Balai
Polis Sikamat khususnya Sarjan Mohd Khiry Bin Jalani yang sedia memberi kerjasama
dengan saya dan rakan-rakan. Beliau telah memberikan segala maklumat mengenai jenayah
mencuri yang berlaku di kawasan Sikamat.
Di kesempatan ini juga, penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ini juga ditujukan
kepada ayahanda dan bonda serta kakanda dan adinda-adinda saya yang turut membantu
dengan memberikan galakan dan dorongan serta semangat untuk saya dalam menghadapi
cabaran dalam menjayakan kerja projek ini. Mereka juga sentiasa mendoakan kejayaan saya
terutamanya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Mudah-mudahan Allah S.W.T menjadikan
kita semua insan yang sentiasa mencintai ilmu dan manfaatkan ilmu yang dimiliki untuk
maslahat umat seluruhnya.
Akhir sekali, ucapan penghargaan ini turut diberikan kepada semua yang memberikan
sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan
tugasan ini sehingga berjaya. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Semoga segala usaha yang dicurahkan akan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
4
1. Pengenalan
Dewasa ini, kejadian jenayah mencuri sentiasa berlaku tidak kira di mana-mana sahaja.
Jenayah ini sukar dibendung kerana kelicikan penjenayah tersebut membantutkan usaha
pihak berkuasa terutama polis untuk melakukan penangkapan ke atas mereka. Hanya
sebahagian kecil sahaja yang dikenal pasti telah ditangkap. Ini mungkin juga disebabkan
kerjasama yang kurang dari masyarakat sekeliling yang sepatutnya memberi info kepada
pihak berkuasa mengenai penjenayah yang berkaitan dengan jenayah mencuri.
Namun manusia pada era kini sering mengambil remeh-temeh hukum agama Islam. Ini
dapat dibuktikan apabila kita sering lihat di kaca televisyen dan juga akhbar-akhbar apabila
banyaknya kejadian jenayah berlaku. Contohnya mencuri, meragut, merompak dan
sebagainya. Kejadian ini telah merisaukan dalam kalangan masyarakat majmuk akibat
jenayah seperti ini. Mereka juga timbul berasa bimbang untuk keluar dari rumah kerana
berleluasanya jenayah ini. Di samping itu, akibat berleluasanya jenayah seperti mencuri ini,
secara tidak langsung telah membebankan pelbagai pihak contohnya pihak berkuasa
terutamanya polis. Kerajaan pula telah menanggung kerugian berjuta-juta ringgit demi
menangani masalah jenayah ini. Oleh itu, semua pihak hendaklah bersama-sama berganding
bahu membanteras jenayah ini.
Berdasarkan kajian daripada statistik jenayah yang diperolehi daripada Balai Polis
Sikamat dalam bulan Januari, terdapat 9 jenis kes jenayah mencuri yang direkodkan. Situasi
ini memerlukan kajian bagi mengenal pasti faktor-faktor berlakunya jenayah mencuri ini.
5
2. Objektif Kajian
1- Menganalisis kes-kes jenayah mencuri yang direkodkan di Balai Polis Sikamat.
2- Mengkaji faktor-faktor berlakunya jenayah mencuri dalam kalangan masyarakat di
Sikamat
6
3. KAEDAH KAJIAN
Kajian ini telah menggabungkan beberapa kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian
lapangan.
(1) Kajian perpustakaan:-
Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai jenayah ini melalui
bahan-bahan bertulis seperti buku, majalah, artikel, internet dan kes-kes jenayah yang telah
direkodkan di Ibu Pejabat Polis di Sikamat, Seremban.
(2) Kajian lapangan:-
- Pengkaji telah mengadakan temu bual dan perbincangan dengan pegawai serta staf yang
bertugas di Balai Polis Sikamat.
- Pengkaji telah mendapatkan maklumat daripada pihak pentadbiran iaitu Sarjan Mohd Khiry
bin Jalani
- Pengkaji telah mendapatkan data-data daripada Sarjan Mohd Khiry bin Jalani
7
4. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN
Pengenalan
Adalah lumrah kehidupan manusia apabila manusia cenderung untuk memiliki harta serta
menyayanginnya. Islam mengiktiraf kecenderungan manusia ini sebagai fitrah semula jadi.
Lantaran itu, Allah mengharamkan segala bentuk pencerobohan atas harta yang dimiliki oleh
orang lain dan ia tidak boleh diambil melainkan dengan cara yang hak.
Hudud adalah suatu istilah undang-undang yang bererti hukuman-hukuman yang telah
ditetapkan oleh Syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT.
Maksud hukum hudud disifatkan sebagai hak Allah kerana hukum hudud, diperundangkan
dengan tujuan untuk melindungi maruah, keturunan, harta benda, akal,dan nyawa dari
gangguan dan pencerobohan. ( Haji Abdullah Adam)
Jenayah mencuri termasuk dalam perkara yang dikenakan hukuman hudud . Ulama' fiqah
membuat pentafsiran jenayah mencuri ialah mengambil harta dari tempat simpanan secara
sembunyi tanpa pengetahuan dan keizinan dari tuan punya harta. Hukumnya haram dan
termasuk dalam dosa besar.
Salah satu cara pencerobohan terhadap harta orang lain secara batil adalah mencuri.
Maka, Allah Taala menetapkan ‘uqubah’(hukuman seksa) bagi mengelakkan pencerobohan
berlaku dalam kalangan masyarakat. Hukuman tersebut adalah dengan memotong tangan
pencuri sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 38,
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan kedua-duanya sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka
telah usahakan, juga sebagai hukuman pencegah dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah : 38)
8
Sehubungan dengan ini, Ibn al-‘Arabi menyebut “Sesungguhnya, harta benda diciptakan
dalam keadaan tersedia untuk dimanfaatkan oleh manusia seluruhnya. Namun, dihukumkan
padanya dengan satu bentuk ikhtisas ( kepada individu tertentu) dan ia merupakan konsep
pemilikan secara syar’ie. Menurut kitab Ahkam Al Quran, bagi segelintir manusia, maruah
serta agama boleh menahannya (daripada melakukan pencerobohan). Manakala bagi
sebahagian besar manusia, penjagaan dan pemilikan orang lain menahannya. Apabila harta
tersebut dimiliki oleh pemiliknya, maka telah terhimpun dua bentuk penjagaan. Tetapi jika
kedua-duanya dirobek, maka amatlah keji jenayah yang dilakukan, oleh itu besarlah
hukumannya.
Menurut Ibn Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in, beliau menjelaskan hikmah atau
maqasid syariah bagi menjawab persoalan mengapa tangan pencuri dipotong dan ini berbeza
dengan penzina yang tidak dipotong kemaluannya. Adapun hukuman pencuri dengan
memotong tangannya, manakala penzina tidak dipotong kemaluannya, maka ini termasuk
dalam ketinggian hikmah dan maslahat. Bukanlah menjadi hikmah Allah, maslahat
makhluknya dan penjagaan serta rahmat Allah kepada mereka apabila memusnahkan anggota
setiap penjenayah yang melakukan maksiat dengan anggota tersebut. Contohnya seperti
mencungkil mata apabila melihat perkara haram, memotong telinga apabila mendengar
perkara haram dan memotong lidah apabila bercakap perkara haram dan memotong tangan
apabila menampar orang secara jahat, ia mengandungi keterlampauan dan keterlaluan dalam
hukuman
Hanya jenayah mencuri sahaja yang dikenakan hukuman potong tangan. Kes mengambil
harta dalam bentuk yang lain seperti pecah amanah dan menipu tidak termasuk dalam
hukuman potong tangan. Ini kerana jenayah mencuri dilakukan dengan teratur serta terancang
hinggakan barangan yang disimpan di tempat yang khas dan selamat oleh pemiliknya pun
masih diambil. Untuk itu, jenayah mencuri amat patut sekali dikenakan hukuman potong
tangan sebagai balasan setimpal. Hal ini dilakukan supaya masyarakat akan selamat harta
benda mereka dan gejala tersebut tidak berleluasa atau mereka tidak mencuri antara satu
sama lain. (Abu Nu’man)
9
4.1 RUKUN MENCURI
Rukun-Rukun Mencuri Yang Dipersetujui Oleh Ulama’ :
(a) Harta benda yang dicuri itu kepunyaan orang lain.
Yang dikatakan mencuri yang sebenar mestilah barang yang dicuri itu hakmilik orang, bukan
hak miliknya. Ini bermakna kalau pencuri itu sama-sama mempunyai hak milik barang curian
maka ulamak, mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Abu Hanifah dan Al-Syafie
berpendapat jika pencuri itu mencuri barang yang sama-sama dimiliki maka pencuri tidak
dikenakan potong tangan kerana tuan pemilik barang itu tidak dianggap mencuri barangnya
sendiri. Berasaskan kepada pendapat ini maka pencuri yang mengambil barang di bawah ini
tidak dihukum potong tangan :
i. Jika mencuri dari baitul-mal kerana tiap-tiap seorang mempunyai milik dari baitul-mal.
Diriwayatkan bahawa pegawai Saidina Umar telah menulis surat kepadanya bertanyakan
orang yang mencuri sesuatu dari baitul-mal, maka Umar menjawab jangan potong tanganya,
kerana tiap-tiap seorang mempunyai hak daripadanya.
ii. Seorang yang memberi pinjaman itu mencuri dari orang yang berhutang kepadanya
bersamaan dengan nilai hartanya yang ada pada orang yang berhutang.
iii. Seorang mencuri dari barang yang diberi pinjam kepada seorang kerana seolah-olah dia
mengambil dari kepunyaan sendiri.
(b) Mengambil dengan cara senyap-senyap.
Yang dikatakan curi sehingga pencuri itu dikenakan hukuman potong tangan mestilah
mengambil barang itu dengan cara senyap-senyapatau sembunyi bukan dengan cara terang
seperti merampas, menipu,memaksa dan sebagainya. Ini semua tidak dianggap mencuri.
Sebab itu orang-orang yang mengambil harta benda dengan terang itu tidak boleh dihukum
potong tangan mereka kerana harta yang diambil itu boleh dipulangkan dengan pertolongan
pemerintah. Lagipun pesalah-pesalah itu dapat diketahui oleh tuan punya harta benda, sedang
pencuri tidak dapat dikesan dan apabila dapat dikesan maka patut dihukum potong tangan.
10
(c) Kecurian itu berlaku ke atas harta benda yang tidak diamanahkan
kepada pencuri itu.
Jumhur ulamak mengatakan bahawa orang yang telah diberi amanah untuk menjaga harta
benda itu tiba-tiba mencuri barang itu maka ia tidak boleh dikenakan hukuman kerana orang
itu telah diberi amanah untuk menjaganya. Ia tidak boleh dikenakan hukuman had tetapi
dikenakan hukum takzir disebabkan bukan kerana kesalahan mencuri bahkan kerana
kesalahan pecah amanah.
(d )Niat sengaja mencuri.
Apa yang dimaksudkan dengan adanya niat mencuri itu ialah apabila seorang yang mencuri
barang itu mengetahui barang yang diambil itu adalah diharamkan dan juga tujuan diambil
barang itu untuk dimilikinya tanpa pengetahuan dan kerelaan tuan punya barang itu. Oleh itu
jika seorang itu mengambil barang orang yang disangkanya sudah dibuang oleh tuannya atau
disangkanya barang itu diharuskan kepadanya maka yang mengambil barang itu tidak di
hukum had. Begitu juga seorang yang mengambil suatu barang kepunyaan orang lain bukan
untuk tujuan dimiliki tetapi hanya untuk diperiksa atau digunakan dan selepas itudipulangkan
semula, semuanya itu tidak dikira sebagai mencuri. Selain dari itu, pencuri yang boleh
dikenakan hukuman potong tangan itu mestilah seorang yang mukallaf iaitu baligh, berakal
dan melakukan jenayah itu dengan kehendaknya sendiri bukan dipaksa orang. Sebab itu
pencuri yang gila atau kanak-kanak atau yang kurang akalnya, tidak boleh dihukum potong
tangan walaupun dia mengambil barang orang dengan cara senyap-senyap dengan tujuan
untuk memilikinya.
11
4.2 ANALISIS KES JENAYAH MENCURI DI BALAI POLIS SIKAMAT
BULAN JANUARI 2013
Berdasarkan statistik,pada 1 Januari 2013 pada jam 9.04 pagi, berlaku
kes kecurian motosikal yang menyebabkan mangsa mengalami kerugiaan
yang mencecah RM 4000.Pada 3 Januari 2013 pada jam 3.26
petang,berlaku kes pecah amanah, iaitu melarikan wang secara senyap-
senyap yang menyebabkan mangsa mengalami, kerugiaan sehingga
mencecah RM21000
Pada 6 januari 2013 pada pukul 4.04 petang,berlaku kes kecurian
motosikal yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM
5,500. Pada 9 Januari 2013 berlaku kes kecurian motokar pada pukul
10.55 malam.Mangsa mengalami kerugiaan yang mencecah RM3000.
Pada 9 Januari 2013 pada pukul 10.58 malam berlaku kes kecurian
motosikal yang menyebabkan mangsa rugi sebanyak RM 4000. Pada 12
Januari 2013.pada pukul 6 .05 petang berlaku satu kes penipuan dalam
anggaran RM 49,700 .
Pada 17 Januari 2013 pada pukul 5.44 petang,berlaku kes kecurian
motosikal yang merugikan mangsa sebanyak RM2000. Pada 24 Januari
2013 pada pukul 10.25 pagi berlaku kes kecurian motosikal yang
melenyapkan wang sebanyak RM2000.
Pada 27 Januari 2013 pada pukul 1.51 petang berlaku kes kecurian
motosikal yang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM2500.
Berdasarkan statistik keseluruhan,pada bulan Januari sahaja telah
menunjukkan bilangan kes kecurian sebanyak 9 kes yang berlaku
melibatkan kes kecurian motosikal, kecurian motorkar,pecah amanah dan
penipuan.
12
Jadual 1 Bilangan kes dalam kategori mencuri pada bulan Januari.
Bil
.
Kes Bilangan Peratus ( % )
1 Kecurian Motosikal 7 77.8
2 Kecurian Motorkar 1 11.1
3 Pecah Amanah 1 11.1
4 Penipuan 1 11.1
Berdasarkan Jadual 1, terdapat 7 kes yang menunjukkan kes kecurian
motosikal bersamaan dengan 77.8% dan kes ini merupakan kes yang
terbanyak pada bulan Januari 2013. Kes ini berlaku pada 1 Januari, 6
Januari, 9 Januari,17 Januari, 24 Januari dan 27 Januari 2013. Hanya
terdapat 1 kes bersamaan 11.1 % kes kecurian motorkar yang berlaku
pada bulan Januari 2013 iaitu pada 9 Januari 2013.
Kes pecah amanah juga hanya terdapat 1 kes bersamaan dengan 11.1
%. Kes pecah ini sangat merugikan mangsa kerana suspek melarikan
RM21 000. Kes ini berlaku pada tarikh 3 Januari 2013. Begitu juga dengan
kes penipuan yang hanya mencatatkan 1 kes bersamaan 11.1%. Kes ini
merupakan yang paling banyak merugikan mangsa yang mencecah
sehingga RM 49,700. Kes ini berlaku pada tarikh 12 Januari 2013.
13
4.3 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH MENCURI
(a) Faktor persekitaran
Faktor persekitaran turut memainkan peranan penting dalam jenayah mencuri ini. Hal
ini disebabkan kurangnya pencahayaan lampu di kawasan perumahan, taman dan
jalan serta lorong yang sempit dan keadaan pinggir rumah yang bersemak
memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah. Penjenayah akan menjadikan
kawasan seperti ini sebagai sasaran mereka kerana perbuatan mereka akan terlindung
dari penglihatan umum dan memudahkan mereka untuk bersembunyi.
(b) Kurang pendidikan dan pengetahuan agama
Kurang pendidikan agama menyebabkan terjadinya perkara ini. Kebanyakan pencuri
tidak faham akan hukum-hukum yang ada di dalam agama khususnya orang Islam.
Agama lain juga menganjurkan perkara kebaikan dan menolak sebarang perkara yang
tercela. Akibat dari kejahilan ini, maka akan lahirlah perbuatan-perbuatan yang
dilarang agama seperti mencuri ini.
(c) Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan mencuri jenayah ini berlaku. Masyarakat
terutamanya golongan remaja selalunya sering tersalah pilih kawan. Mereka mudah
terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti hisap rokok, dadah, berjudi dan
sebagainya. Mereka tidak ada benteng ketahanan diri yang menjadikan mereka leka
dan seronok berada dalam kelompok rakan-rakan berperangai sebegitu. Akhirnya,
perkara negatif tersebut menyebabkan mereka terlibat dengan jenayah yang lebih
berat seperti mencuri ini.
(d) Masalah pengangguran
Masalah pengangguran turut menjadi punca-punca berlakunya jenayah mencuri.
Apabila seseorang itu tidak bekerja, maka tiadalah punca rezeki mereka yang sangat
memerlukan wang untuk menyara kehidupan mereka. Hal ini boleh menyebabkan
terjadinya perbuatan mencuri disebabkan sifat malas bekerja yang ada pada diri
mereka.
(e) Sikap inginkan kemewahan dengan mudah
14
Sikap sebegini menjadikan seseorang itu mula memikirkan cara untuk menjadi kaya
dengan cepat dan mudah. Mereka inginkan kesenangan hidup tanpa berusaha keras
untuk mendapatkan kemewahan mengakibatkan ramai dalam kalangan masyarakat
melakukan jenayah seperti jenayah mencuri. Bagi penjenayah dan sesiapa sahaja yang
gemar melakukan melakukan jenayah mencuri adalah kerja yang paling mudah dan
menguntungkan dalam sekelip mata.
15
4.4 HUKUMAN JENAYAH MENCURI
Setiap perkara yang bertentangan dengan syarak ada hukumannya. Termasuklah bagi
jenayah mencuri ini yang merangkumi beberapa tahap hukuman potong tangan. Seperti
semua sedia maklum, hukuman bagi jenayah mencuri ini adalah potong tangan. Berikut
adalah tahap-tahap pemotongan tangan yang seharusnya dilakukan pihak pemerintah.
1. Anggota Yang Dipotong
Menurut mazhab Maliki, Shafie dan satu pendapat dalam mazhab Hanbali bahawa
anggota yang dipotong itu ialah kedua belah tangan dan kedua belah kaki, ertinya jika
mencuri kali pertama maka hukumannya ialah potong tangan yang kanan pada kali kedua di
potong kaki kirinya. Jika mencuri lagi kali ketiga dipotong tangan kirinya dan jika mencuri
lagi pada keempat kalinya maka hukuman dipotong kaki kanan pula. Dan jika mencuri lagi,
lepas kali keempat maka dipenjara sehingga mati atau sehingga bertaubat.
Manakala mazhab Hanafi dan satu riwayat dari mazhab Hanbali mengatakan bahawa anggota
yang dipotong ialah tangan kanan dan kaki kiri. Kalau mencuri lagi selepas dua kali itu maka
tidak boleh dihukum potong bahkan dipenjara selama masa yang tertentu sampai mati atau
sehingga dia bertaubat. Had yang dipotong daripada tangan ialah di pergelangan tangan dan
had yang dipotong daripada kaki ialah di buku lali mengikut semua ulamak empat mazhab,
kerana apa yang dinamakan tangan sekurang-kurangnya ialah tapak tangan dan jari-jari dan
sekurang-kurangnya kaki ialah tapak kaki dan jari-jari kaki, begitu juga kerana mengikut apa
yang di amalkan dalam zaman Rasulullah s.a.w. dengan memotong di kedua-dua sendi
tersebut. Sesudah dipotong tangan pencuri itu hendaklah dijaga supaya darahnya tidak
tumpah banyak. Mengikut Imam Shafie dan Ahmad tangan yang telah dipotong itu
hendaklah digantung di leher pencuri untuk menakut-nakutkan dan menjadi iktibar, menurut
hadis yang diriwayatkan oleh Turmizi bahawa “Seorang pencuri telah dibawa mengadap
Rasulullah kemudian dipotong tangannya dan digantungkan tangan itu dilehernya.
Imam Hanbali tidak menetapkan lama masa digantungkan tangan itu, manakala Imam Syafie
menetapkan selama satu jam lamanya, sedangkan Imam Malik dan Hanafi tidak menyebutkan
tentang digantungkan tangan itu di leher.
16
2. Barang yang dicuri itu dipulangkan setelah pencurinya dipotong tangan.
Ada tiga pendapat dalam masalah ini :
i. Pendapat Imam Abu Hanifah jika barang yang dicuri masih ada tidak rosak maka boleh
diambil balik tetapi jika telah digunakan maka tidak kena(jaminan).
ii. Mazhab Maliki, kalau pencuri itu kaya, maka kena menjamin kerosakan barang-barang
yang dicuri, jika pencuri itu memang susah maka tidak payah dipulang barang-barang yang
telahdicuri itu.
iii. Manakala pendapat Syafie pencuri itu dikenakan bayar ganti rugi walaupun barang telah
rosak. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad apabila telah memotong tangan orang yang
mencuri kasut Safwan, orang itu telah juga memulangkan kasut itu kepada Safwan. Manakala
hujah yang mengatakan tidak perlu dipulangkan barang yang dicuri jika pencurinya telah
dipotong. Firman Allah :
Hukum potong tangan adalah sebagai balasan kerana perbuatan mencuri jika pencuri telah
dihukum, maka tidak perlulah dikembalikan curiannya kerana jika dikembalikan barang
curian selepas pencuri itu dihukum seolah-olah melebihi dari hukum yang disebutkan dalam
nas.
Hadis riwayat al-Nasa’i daripada Abdul Rahman bin ‘Auf berkata bahawa Rasulullah
bersabda : (maksudnya ) Tidak didenda pencuri jika ia telah dihukum potong.
17
4.5 KESAN JENAYAH MENCURI TERHADAP MASYARAKAT
Menurut Syeikh Ali Ahmad Al-Jarjawi dalam Hikmah al-Tasyri berkata.” Terdapat banyak
hikmah betapa sifat mencuri membawa kemudaratan kepada masyarakat.antarannya:
1- Pencuri yang mencuri kadang-kadang menakutkan masyarakat yang pada asalnya
dalam keadaan aman.
2- Kecurian boleh membawa pertumpahan darah dan kematian
3- Pencuri boleh membawa sifat malas dan pengangguran
4- Melahirkan masyarakat pemalas yang tidak mampu untuk berdikari dan
menyelesaikan masalah kehidupan sendiri
18
RUMUSAN DAN CADANGAN
Hasil kajian yang dijalankan, penulis mendapati bahawa kes jenayah mencuri di kawasan
Sikamat dalam bulan Januari semakin meningkat. Hal ini akan menjadi satu jenayah yang
meningkat pada bulan yang seterusnya. Dalam kajian ini, penulis hanya memfokuskan kes
jenayah mencuri dalam bulan Januari sahaja kerana pihak polis hanya dapat memberi statistik
bulan itu sahaja. Kajian mendapati bahawa kecurian motosikal lebih tinggi iaitu sebanyak 7
kecurian berbanding jenis kecurian yang lain yang seperti kecurian motokar, pecah amanah,
penipuan yang masing-masing mencatatkan hanya 1 kes sahaja. Selain itu juga, terdapat
faktor-faktor jenayah mencuri seperti kurang pendidikan dan pengetahuan agama, pengaruh
rakan sebaya, masalah pengangguran, sikap inginkan kemewahan dengan mudah, dan faktor
persekitaran.
Setelah dikaji dan diteliti, beberapa cadangan dan saranan perlu dilakukan untuk
mengatasi jenayah mencuri ini bagi membendung jenayah ini dari berterusan dalam kalangan
masyarakat kita hari ini khususnya di kawasan yang dikaji pengkaji. Seterusnya pengkaji
berharap kajian ini memberi makna yang cukup besar dan lagi jelas kepada semua. Antara
cadangan untuk mengatasi masalah jenayah mencuri ini adalah seperti : -
(a) Penduduk-penduduk khususnya di taman perumahan dan kampung perlu menubuhkan
Rukun Kejiranan Tetangga serta Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan
menjalankan rondaan setiap malam supaya jenayah-jenayah tidak akan berlaku.
(b) Pihak berkuasa terutama pihak polis perlu tingkatkan penguatkuasaan undang-undang
dengan melakukan serbuan-serbuan ke lokasi yang disyaki menjadi sarang
penyembunyian penjenayah untuk mengurangkan kes jenayah.
(c) Masyarakat sekeliling perlu sentiasa peka dengan keadaan sekitar bagi mengelakkan
terjadinya jenayah tidak kira siang atau malam.
(d) Pihak kerajaan seharusnya melaksanakan undang-undang Islam yang termaktub di
dalam al-quran yang lagi berkesan hukumannya.
19
SENARAI RUJUKAN
Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. 2012. Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan Bukan
Hukuman. Majalah i
Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani. 2012. Kerelevanan Potong Tangan Pencuri. Solusi
Haji Abdullah Adam & Masni Sabar. 1999. Fiqh Jinayat,Mencuri. 1999. Pengetahuan
Agama Islam ATM,Edisi Pengukuhan.
Sarjan Mohd Khiry bin Jalani. 2013. Sarjan Pentadbiran Balai Polis Sikamat. Temu Bual.
top related