pedagogi pendidikan kesihatan
Post on 06-Jun-2015
11.573 Views
Preview:
TRANSCRIPT
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
PENGHARGAAN
,
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan
rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas
selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui,
meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan
kepada tutor saya iaitu En. Baharudin Bin Hassan di atas segala sumbangan
ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan
nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua
yang dapat membalas jasa baik tuan.
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor
dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah
menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta
membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang
segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya
ada hikmah disebaliknya.
Terima Kasih.
Azman Bin Salleh 750312-02-5163
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN i
KANDUNGAN ii
1. PENDAHULUAN
1.1 Soalan Tugasan 1-2
1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan
Tahun 1 (Hanya tunjang pembelajaran yang dipilih)
3
2. TUGASAN 1
2.1 Rancangan Pengajaran Harian 4-5
2.2 Huraian Penggunaan 6-8
2.2.1 Konsep
2.2.2 Kaedah
2.2.3 Pendekatan 12
3. RUMUSAN 13
4. BIBLIOGRAFI 14-15
5. LAMPIRAN
Persembahan MS Power Point dalam bentuk CD dilekatkan di kulit belakang.
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
Tahun / Kelas : 1 Bijak
Tarikh : 28 Februari 2008
Masa : 10.35pg – 11.35 pg
Bil Murid : 32 orang
Tunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri
Hasil Pembelajaran :
Aras 1: Menyatakan bahagian tubuh badan.
: menyatakan cara menjaga kebersihan
gigi.
Aras 2 :Menerangkan kepentingan menjaga
kebersihan gigi.
Aras 3 : Menerangkan akibat kecuaian
menjaga kesihatan diri
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pemnbelajaran, murid
dapat:
1. mengenali bahagian tubuh badan dan menjaga
kebersihan mulut.
2. memahami cara melahirkan perasaan
mengikut situasi.
Pengetahuan sedia ada murid :
1. mengetahuai sebahagian nama anggota
badan.
2. mengetahui kepentingan menggosok gigi
ketika belajar di prasekolah.
Nilai Murni : Sayangi diri dan bersyukur
BBM : slaid Power Point, Lembaran kerja
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
KBKK : Membuat urutan
Langkah
Pengajaran
/ Masa
Perkembangan Isi
Pelajaran
Aktiviti
Pengajaran dan
Pembelajaran
Strategi / Alat/
Bahan / Nilai /
Catatan
Set Induksi
5 minit
Guru bersoal jawab dengan
murid sambil menunjukkan
bahagian anggota badan:
1. kepala
2. tangan
3. abdomen
4. kaki
soalan:
1. Apakah nama
bahagian yang cikgu
tunjuk?
Jawapan murid:
Seperti di atas.
Murid memerhati
dan mengangkat
tangan untuk
menjawab
soalan guru.
Strategi:
pemerhatian
Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal
Linguistik
Langkah 1
10 minit
Guru menayangkan slaid
Power Point yang
menunjukkan bahagian
tubuh badan.
Murid melihat sambil
memegang bahagian tubuh
mereka mengikut slaid yang
dipaparkan.
Guru
menyediakan
slaid Power
Point.
Murid
mendengar dan
melihat
demngan penuh
perhatian.
Murid mengikut
arahan guru
supaya
Strategi:
Pemerhatian
Konstektual
ABM: Slaid
Power Point.
Kecerdasan
Pelbagai:
Kinestatik
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
memegang
bahagian yang
diterangkan.
Langkah 2
20 minit
-Guru menerangkan tentang
bahagian kepala kepada
murid dan menekankan
tentang penjagaan
kebersihan mulut.
- Guru menyoal murid:
Siapa yang gosok
gigi hari ini?
Kenapa kita perlu
menggosok gigi?
Berapa kali kita
perlu menggosok
gigi dalam sehari?
- Contoh jawapan Murid:
Saya
Supaya gigi kita
bersih, sihat dan
kuat.
Dua kali sehari.
- Guru tayangkan lirik
lagu ‘Gosok Gigi Kamu’
melalui slaid power
point.(rujuk lampiran)
- Guru Menyanyi kemudian
Murid
mendengar
dengan penuh
minat.
Murid cuba
menjawab
soalan guru.
Murid berdiri
sambil menyanyi
lagu bersama
guru dengan
perasaan
gembira.
Pendekatan:
Kontekstual
Teknik: Soal
jawab
Kaedah:
Sumbangsaran
ABM: Laptop,
LCD, Slaid
Power point
Kecerdasan
Pelbagai:
muzik
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
diikuti oleh murid.
Langkah 3
20 minit
- Guru menunjuk cara
memberus gigi dengan
betul.
- Murid mengikut guru
menggayakan cara
memberus gigi dengan
betul.
- Guru edarkan lembaran
kerja kepada murid.
(rujuk lampiran)
- Murid menulis nombor
mengikut urutan
memberus gigi secara
yang betul.
Murid memberi
tumpuan dan
mengikut arahan
guru.
Murid cuba
menyiapkan
lembaran kerja
yang diberikan
oleh guru
Kaedah :
Demonstrasi
KBKK:
Menurut urutan
ABM :
Lembaran kerja
Penutup
5 minit
- Guru menunjukkan hasil
kerja murid yang terbaik
kepada kelas.
- Guru memberi pujian
kepada murid yang telah
berjaya menyiapkan
lembaran kerja.
- Guru menerangkan
kepentingan menjaga
anggota badan dan
salah satunya ialah gigi.
- Guru membuat refleksi
Murid memerhati
dan mendengar
dengan penuh
minat.
Teknik :
ceramah
Kaedah:
sumbangsaran
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
dan menguji
pemahaman murid
dengan menyoal:
1. Apa akan berlaku
jika kita tidak
menjaga
kebersihan
anggota badan
kita?
2. Apa akan berlaku
kalau kita malas
gosok gigi?
- Contoh jawapan murid:
1. Anggota badan
kita akan sakit,
selekeh dan
berbau busuk.
2. Gigi kita akan
sakit,kuning,
rosak, berlubang
dan tertanggal.
Guru tamatkan sesi
pengajaran dan
pembelajaran hari ini
dengan memberi pujian
kepada murid di atas
jawapan atau pendapat
mereka.
Murid cuba
menjawab dan
memberikan
pendapat
mereka.
Murid dapat
menghargai ilmu
yang telahy
mereka pelajari
hari ini.
Nilai: sayangi
diri dan
bersyukur.
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
Refleksi Guru:
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HURAIAN PENGGUNAAN KONSEP, KAEDAH DAN PENDEKATAN
KONSEP:
Konsep pembelajaran yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar
ini lebih kepada konsep pembelajaran kontekstual. John Dewey (1916)
merumuskan bahawa pelajar akan belajar dengan lebih baik jika apa yang
dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku dipersekitaran. Berdasarkan apa
yang telah dinyatakan oleh John Dewey, kita boleh menganggap bahawa pelajar
menggunakan pengalaman mereka di tempat atau situasi yang lain lalu dikaitkan
dengan pembelajaran mereka.
Bermaksudnya, pelajar cuba menggabungkan isi kandungan pelajaran
yang diajar oleh guru dengan pengalaman harian mereka samada melalui
pengetahuan melalui ibu bapa, rakan – rakan atau media massa. Di dalam
rancangan mengajar ini, saya cuba mengaitkan pengalaman pelajar tentang
kepentingan kita sebagai manusia untuk menjaga kebersihan diri terutama gigi.
Pelajar mungkin telah diasuh untuk menggosok gigi di rumah dan juga
mengetahui atau berpengalaman mengalami sakit gigi. Melalui cara ini, pemahan
pelajar lebih dapat dipertingkatkan dan pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna.
Selain itu, melalui konsep konstektual ini, pelajar dapat mengukuhkan lagi
pemahaman dan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, pelajar telah
mengetahui kepentingan memberus gigi namun mereka belum mengetahui cara
memberus gigi dengan betul maka, selepas pembelajaran, pelajar telah
mengetahui cara dan urutan yang betul apabila memberus gigi.
Kesimpulannya, saya memilih konsep ini kerana pelajar yang saya pilih
adalah pelajar tahun satu. Mereka memerlukan sesuatu keadaan yang mereka
pernah alami agar dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Melalui
konstektual, pelajar belajar dari konkrit kepada yang abstrak maka,
kesesuaiannya untuk pelajar tahun satu untuk diajar menggunakan konsep
konstektual.
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
KAEDAH
Terdapat dua kaedah yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar
saya ini iaitu kaedah demonstrasi dan sumbangsaran. Menurut Modul OUM
HBHE1203, Pedagogi Pendidikan Kesihatan (2007), Kaedah demonstrasi
merupakan cara pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali
dijalankan di hadapan murid – murid. Ia diamalkan bertujuan untuk
menerangakan isi pelajaran kepada murid agar pemahaman mereka dapat
dipertingkatkan lagi. Kaedah ini juga bergantung kepada bagaimana guru
tersebut mampu melakukannya dengan terbaik agar murid – murid dapat
menumpukan perhatian dan dapat menarik minat mereka .
Di dalam rancangan penagajaran saya ini, saya menggunakan kaedah
demonstrasi pada waktu menunjukkan cara – cara yang betul memberus gigi. Ini
amat penting untuk menerangkan kepada murid – murid gigi yang mana perlu
diberus dahulu dan kawasan – kawasan penting yang perlu di berus. Ini bagi
mengelakkan murid – murid salah memberus dan tertinggal kawasan – kawasan
penting itu di mana ia tetap akan menyebabkan kerosakkan gigi.
Selain itu, pada peringkat tahun satu, amat penting bagi seorang guru
menggunakan kaedah ini agar murid di tahap ini dapat melihat dan
memahaminya terlebih dahulu.
Kaedah yang kedua ialah kaedah sumbangsaran. Walaupun masih di
tahun satu, guru sebenarnya boleh membantu murid tahun satu melahirkan
pendapat mereka melalu kaedah ini dengan cara penyoalan. Secara tidak
langsung guru dapat melihat murid- murid yang berpotensi dan berani
menyuarakan pendapat. Ini penting kerana di peringkat ini, murid – murid tahun
satu cukup bersemangat dan berminat menjawab soalan – soalan yang
diutarakan oleh guru.
Kesimpulannya, saya memilih kaedah ini berasarkan tahap murid – murid
saya yang terdiri daripada tahun satu. Kaedah ini amat mudah untuk mereka ikuti
dan pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan seronok.
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDEKATAN:
Pendekatan yang saya gunakan di dalam rancangan pengajaran saya ini
ialah pendekatan Konstektual. Pemilihan pendekatan ini kerana saya konsep
pengajaran saya kali ini lebih berbentuk konstektual. Berdepan dengan pelajar
diperingkat tahun satu, pendekatan yang mudah dan bersifat pengalaman
sekeliling amat penting membantu mereka untuk belajar. Ia amat berlainan
dengan pendekatan untuk tahap dua kerana mereka dapat melihat sesuatu yang
lebih abstrak. Maka, pemilihan pendekatan ini adalah sebagai pemudah cara
untuk murid – murid tahun satu belajar melalui pengalaman mereka terutama
mengenali bahagian tubuh badan, menjada kebersihan gigi, cara menggosok
gigi dan akibat atau kesan daripada tidak menjaga kebersihan pada anggota
badan terutama gigi.
Kesimpulannya, pendekatan ini sememangnya dapat membantu guru
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Murid pula
dapat menghubungkaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Melalui cara
ini, mereka akan menemui sesuatu pelajaran yang baru dan lebih bermakna.
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
RUMUSAN
Secara keseluruhan membuat tugasan ini, sedikit sebanyak telah
membantu saya meningkatkan lagi kemahiran mengajar saya. Sesungguhnya
walaupun telah bertahun mengajar namun, pastinya seseorang guru itu perlu
juga membuat rujukan atau ulangkaji ketika menyediakan rancangan mengajar
hariannya. Seorang guru juga perlu melihat dan menilai keberkesanan
penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakannya. Ini
dapat membantu guru meningkatkan kualiti kerjanya dan secara tidak langsung
menjadikan pengajarannya lebih seronok dan memahamkan pelajarnya.
Dari sudut lain pula, penghasilan bahan – bahan berbentuk elektronik ini
amat bagus dan mampu menarik minat para pelajar. Melalui cara ini, pelajar
lebih teransang untuk mengikuti pelajaran dan guru dapat memanipulasi perisian
– perisian untuk menjadikan bahan tersebut lebih menarik dan bermakna.
Akhir sekali, saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat
mepertingkatkan lagi mutu kerjaya saya sebagai seorang pendidik dan memberi
apa yang terbaik untuk pelajar, sekolah, masyarakat dan Negara.
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
BIBLIOGRAFI
Canadian Dental Assosiation, Flossing and Brushing, diperolehi pada 28
Februari 2008 dari http://www.cda-adc.ca/en/oral_health.asp
Open University Malaysia (2007) HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan.
Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Kesihatan Tahun 1, diperolehi pada 28 Februari 2008 dari
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/hsp_p_kesihatan_y123456.pdf
Azman Bin Salleh750312-02-5163
OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
Lembaran Kerja:
Nama: ______________________________ Kelas: __________
Berikan nombor pada gambar di bawah mengikut urutan cara memberus gigi
yang betul
Azman Bin Salleh750312-02-5163
top related