pejabat pengarah tanah dan galian pulau pinang...
Post on 23-Apr-2019
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
0 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
1 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
1. PENDAHULUAN & LATAR BELAKANG PEMERAN
Satu usaha telah dijalankan oleh Kerajaan
Negeri Pulau Pinang dengan melaksanakan
sebuah pameran yang dikenali sebagai
Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang
2011 dengan temanya ‘eKerajaan Lebih
Mudah’ atau dengan singkatan yang mudah
disebut dan diingati umum iaitu ‘EZeG’.
Pameran ini telah di adakan pada
hujung minggu pertengahan bulan Oktober
iaitu pada 15 dan 16 Oktober 2011 (Sabtu
& Ahad) di UG Concorse Sunway Carnival Mall Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Pameran seperti ini telah dilaksanakan sekali sekitar tahun 2008 dan setelah
hampir dua tahun ia tidak dilaksanakan pada tahun ini ia muncul kembali. Hampir
50 perkhidmatan-perkhidmatan atas talian dipromosikan oleh beberapa agensi yang
terlibat dan menyertainya pameran ini.
2. OBJEKTIF PAMERAN eKERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
a) Memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai usaha-usaha kerajaan untuk
meningkatkan sistem penyampaian kerajaan melalui penggunaan ICT.
b) Meningkatkan kesedaran penggunaan aplikasi e-Kerajaan kepada orang
ramai, sektor awam dan sektor swasta, khususnya aplikasi yang berurusan
dengan orang ramai dan perniagaan.
c) Mendapat maklumbalas serta cadangan daripada orang ramai mengenai
usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi e-Kerajaan.
d) Menambah jumlah pengguna berdaftar aplikasi e-Kerajaan.
e) Menggalakkan penggunaan aplikasi e-Kerajaan.
↑ Cadangan singkatan tema ‘EZeG’ ini telah di terima oleh Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri sebagai pengajur Pameran eKerajaan ini.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
2 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
3. RUANG PAMERAN eKERAJAAN PTGPP
Berikut bulatan bertanda merah adalah boot Pameran PTGPP, pada
asalnya boot ini dicadangkan untuk digabungkan bersama dengan Pejabat
Daerah SPT tetapi setelah dipersetujui dan diputuskan dalam Mesyuarat
Pameran eKerajaan, dijadikan sebuah boot khas untuk PTGPP sahaja. Sebelah
boot PTGPP adalah boot PDTSPT.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
3 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
4. PERKHIDMATAN YANG DIPAMERKAN PTGPP DI PAMERAN eKERAJAAN
Dalam Mesyuarat kedua
Pameran eKerajaan, senarai
perkhidmatan yang ingin
dipamerkan dan disampaikan
oleh jabatan dirombak semula
untuk mengelakan pertindihan
dengan senarai perkhidmatan
pameran agensi lain serta untuk
kesesuaian.
Oleh yang demikian,
senarai perkhidmatan yang baru
dikombinasi, di senarai pendek
dan diputuskan untuk PTGPP
adalah seperti berikut:-
i. Pembayaran Online Cukai
Tanah.
ii. Cetakan Semula Resit
Pembayaran Cukai Tanah
Online.
iii. Kemudahan muat turun
borang-borang urusan tanah.
iv. Pengemaskinian Maklumat
Bil Cukai Tanah Online.
v. Pindah Milik 1 Hari.
PTGPP dibekalkan dengan 1
streamer (seperti gambar di sebelah)
untuk paparan makluman pengunjung
dan maklumat boot dengan Nama
Jabatan.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
4 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
5. SENARAI PETUGAS PAMERAN eKERAJAAN - PTGPP
TARIKH BERTUGAS
15 OKTOBER 2011 (SABTU) 16 OKTOBER 2011 (AHAD)
1 PN. THILAGAVATHY A/P MOHAN 2 PN. SHUHILLA BINTI AHMAD
BAHAGIAN HASIL BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENOLONG PENGARAH (HASIL), M41 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KANAN), F44
3 EN. NORHARDI BIN SABRI
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT, F41
4 EN. WANIT A/L EE PAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT, F29
5 PN. NURUL AIN BINTI MOHD RAHAMATULLAH SAHIB
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN & OPERASI, N17
6 EN. SHAHJAHAN BIN ABDUL MAJID
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEMANDU, R3
Bertugas pada hari tertentu
Bertugas untuk kedua-dua hari
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
5 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
6. PERSEKITARAN PAMERAN eKERAJAAN - PTGPP
Sesi pameran bermula pada jam 10.00
pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang
tetapi petugas pameran perlu hadir pada
jam 8.30 pagi untuk kerja-kerja persediaan
ruangan dan pemasangan peralatan
pameran di boot masing-masing termasuk
booth Pejabat Pengarah Tanah & Galian
Pulau Pinang (PTGPP).
↑ En. Wanit & Cik Thila sedang membantu memasang peralatan ICT untuk pameran.
→ En. Hadi sedang memantau, membantu & mengambil gambar lokasi pameran serta bersama-sama
memasang peralatan ICT untuk pameran.
← Cik Nurul Ain sedang membantu menghias boot dan menyusun bahan pameran.
→ Semakan akhir setting, konfigurasi notebook dan paparan video pameran yang
telah disediakan.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
6 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
BERIKUT ADALAH PETUGAS BOOT PAMERAN eKERAJAAN - PTGPP
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
7 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
8 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
PTGPP telah mendapatkan kenderaan jabatan
(Toyota HiAce) yang dipandu oleh En. Shahjahan
Abdul Majid untuk membawa peralatan-peralatan
ICT & bahan pameran ke lokasi pameran.
Peralatan-peralatan ini kemudiannya dibawa
pulang dan disimpan dalam kenderaan jabatan
(lokasi parkir kenderaan jabatan) pada untuk sesi
pameran hari keduanya dan juga pada waktu
pulang hari akhir pameran. Peralatan dibawa
pulang ke pejabat pada hari Isnin, 17 Oktober
2011.
PTGPP menyediakan brosur
ringkas (dilampirkan) yang dicetak
warna untuk menerangkan maklumat
perkhidmatan online yang di
sediakan PTGPP untuk diedarkan
kepada orang ramai yang berkunjung
ke boot PTGPP.
Selain itu, PTGPP juga ada menyediakan cenderahati
kepada pengunjung yang menjawab 10 soalan ‘Pop Quiz’
(dilampirkan) untuk sesi ‘Happy Hour’ seperti beg goodies
diisi dengan buku nota dan pen yang dibekalkan Bahagian
Khidmat Pengurusan PTGPP serta sumbangan buku nota
dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
(SPU) untuk dijadikan cenderahati dalam pameran ini.
Tetapi ada juga pengujung yang hanya meminta
cenderahati sahaja apabila melawat boot.
↑ En. Shahjahan pemandu berhemah PTGPP & membantu membawa serta
mengangkat peralatan pameran.
↑ Brosur untuk maklumat pengunjung & orang ramai.
↑ Cenderahati untuk pengunjung yang menjawab soalan POP QUIZ dalam sesi Happy Hour.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
9 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
Perasmian Pameran
eKerajaan berlangsung
pada 15 Oktober 2011
jam 2.00 petang di
perkarangan Sunway
Carnival Mall. Pameran
dirasmikan oleh Y.B.
Dato’ Mansor bin Haji
Othman (Timbalan
Ketua Menteri I).
Sejurus selepas majlis
perasmian, YB. Timbalan Ketua Menteri diiringi YB. Dato’ Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang diikuti oleh Timbalan Setiausaha
Kerajaan (Pembangunan), Tuan Hj. Zaini Bin Husain, Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri (Pengurusan), Y.Bhg Dato’ Muhammad Yusoff Wazir, Pegawai
Kewangan Negeri, Dato' Haji Mokhtar Bin Mohd Jait dan semua dif-dif jemputan
melawat semua boot pameran.
↑ Gimik perasmian oleh YB. Timbalan Ketua Menteri I dengan touch screen TV Plasma untuk persembahan Multimedia Pameran eKerajaan.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
10 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
↑↓ YB. Timbalan Ketua Menteri I membuat lawatan ke boot PTGPP dan YB. Dato’ SUK menerangkan sesuatu kepada beliau..
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
11 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
LAWATAN PENGUNJUNG/ORANG RAMAI KE BOOT PAMERAN PTGPP
Selain itu terdapat
pelbagai pertanyaan dan
penerangan diberikan kepada
orang ramai mengenai
perkhidmatan online yang di
sediakan jabatan seperti
bayaran cukai tanah online,
mengemaskini maklumat pada bil
cukai online, borang-borang online
sehingga pengunjung ada yang mohon
senarai semak dan borang urusan
tanah dicetakkan kepadanya.
Mengikut perhatian dan apabila
ditanyakan pengunjung, terdapat
ramai juga orang ramai yang di tidak
mengetahui kewujudan perkhidmatan
untuk membayar bil cukai tanah
secara online ada disediakan.
Pengujung yang baru mengetahuinya
memaklumkan akan membuat bayaran
cukai tanah online untuk tahun
berikutnya.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
12 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
Terdapat juga pengunjung
yang bertanyakan urusan tanah
yang lain yang berkaitan seperti
pindah milik tanah, tukar
sempadan, pecah sempadan /
bahagian, urusan tanah pusaka pun
ada juga ditanyakan (dirujuk ke boot
SPT dan boot lain yang berkaitan).
Ada juga pengujung yang
mahukan perkhidmatan carian
persendirian dan carian rasmi
secara online dan kita sedia
maklum belum dilancarkan lagi
sehingga urusan jadual ke-16
selesai tetapi kemudahan online
telah tersedia ada.
Agak terkilan juga apabila
pengunjung yang hadir ingin
membuat semakan maklumat
cukai tanah dan bayarannya tetapi
tidak mengingati dan membawa nombor
akaun cukai tanah mereka ke lokasi
pameran kerana portal & sistem eTanah
masih belum menyediakan kemudahan
untuk semakan menggunakan nombor
kad pengenalan (MyID). YB. Dato’ SUK
yang melawat boot PTGPP juga
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
13 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
menyarankan agar kemudahan MyID
dapat disediakan agar pengguna dapat
menyemak maklumat akaun hanya
dengan menggunakan MyID di samping
nombor akaun cukai tanah.
MASKOT CAT MENYAMBUT TETAMU PAMERAN
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
14 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
7. KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, pameran eKerajaan dapat menjadi salah
satu medium untuk memberikan pendedahan dan maklumat kepada orang ramai
dan rakyat negeri Pulau Pinang khususnya dan rakyat negeri lain amnya berkenaan
pelbagai perkhidmatan secara online yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan
di negeri ini.
Sebagai penjawat awam sendiri juga tidak mengetahui bahawa adanya
perkhidmatan-perkhidmatan online yang ditawarkan di agensi-agensi lain
sehinggalah terdapat pameran seperti ini yang secara tidak langsung memberi
maklumat kepada penjawat awam berkenaan perkhidmatan online yang di sediakan.
Di samping itu juga, dengan adanya pameran seperti ini, agensi boleh mendapat
maklumbalas dan komen mengenai perkhidmatan yang disediakan dari orang ramai
dan pengguna sendiri justeru itu penambahbaikan dapat laksanakan untuk
perkhidmatan online yang lebih baik di masa hadapan.
8. SARANAN DAN CADANGAN
Dari pengalaman dan hasil yang diperolehi dari Pameran eKerajaan ini, PTGPP
dicadangkan untuk mengadakan boot pameran tersendiri khas anjuran PTGPP
kepada orang ramai dan pengguna di Pulau Pinang sebagai Hari Bersama
Pelanggan PTGPP yang boleh mewar-warkan perkhidmatan online PTGPP dan
memberi pendidikan serta menyampaikan maklumat perkhidmatan urusan tanah
kepada umum hendaknya
Laporan disediakan oleh,
NORHARDI BIN SABRI
Petugas & Penyelaras Pameran eKerajaan untuk PTGPP Pegawai Teknologi Maklumat PTGPP Tarikh: 21 OKTOBER 2011
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
15 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
LAMPIRAN
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
16 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
1. RISALAH PROGRAM
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
17 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
2. BROSUR EDARAN
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
18 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
3. SOALAN & JAWAPAN POP QUIZ – ‘HAPPY HOUR’
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG Laporan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2011
[ eKerajaan Lebih Mudah - EZeG ]
19 Disediakan oleh: Norhardi bin Sabri – PTM PTGPP, Penyelaras Pameran eKerajaan – PTGPP
&
,
top related