pelan induk industri halal 2030rujukan sebagai antara amalan terbaik yang berupaya meningkatkan...
Post on 04-Jun-2020
58 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RIN
GKASAN EKSEKUTIF
Ke A
rah H
a
lal M
alaysia yang Menyerlah di Peringkat Global
PELAN INDUKINDUSTRI HALAL
2030
PENGENALANIndustri Halal pada hari ini adalah satu industri yang kukuh. Ia telah membuka pelbagai peluang baharu yang mencambah pembangunan ekonomi, dipengaruhi oleh peningkatan kesedaran di kalangan pengguna di seluruh dunia terhadap nilai yang dibawanya. Kini, pelbagai organisasi di peringkat antabangsa telah mula menitik beratkan nilai Halal kerana ia serasi dengan usaha meningkatkan kesejahteraan sosial, melindungi alam sekitar dan juga etika perniagaan.
Malaysia, dengan ekosistem Halal yang kompleks dan komprehensif telah menetapkan satu tanda aras pembangunan standard dan proses perniagaan Halal bertaraf antarabangsa, sekaligus menjadi rujukan sebagai antara amalan terbaik yang berupaya meningkatkan penyertaan serta keupayaan peserta industri tempatan dalam pasaran Halal global.
Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema “Ke Arah Halal Malaysia yang Menyerlah di Peringkat Global” menggambarkan matlamat Malaysia untuk terus menerajui industri ini.
HIMP 2030 dicipta hasil dari analisis industri Halal di peringkat global dan domestik dalam menilai rangka kerja semasa berdasarkan konteks pengurusan dan pembangunan industri Halal di Malaysia. Pelan Induk ini menggariskan sektor dan bidang yang perlu diberi fokus, seterusnya mencadangkan strategi-strategi yang berupaya mencipta lebih banyak peluang perniagaan ke arah memaksimumkan potensi ekonomi Negara.
AKRONIMAIBIM Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia
ASM Akademi Sains Malaysia
DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia
DSM Jabatan Standards Malaysia
EDA Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi
FSQ Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan
HDC Halal Industry Development Corporation
IPA Agensi Promosi Pelaburan
JAIN Jabatan Agama Islam Negeri
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran
KDNK Keluaran dalam negeri kasar
KIHIM Konsortium Institut Halal IPT Malaysia
KPDNHEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
MAIN Majlis Agama Islam Negeri
MAMPU Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
MARA Majlis Amanah Rakyat
MATRADE Malaysia External Trade Development Corporation
MDEC Malaysia Digital Economy Corporation
MIDA Malaysia Investment Development Authority
MOA Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
MOE Kementerian Pendidikan
MOHR Kementerian Sumber Manusia
MPIH Majlis Pembangunan Industri Halal
MTA Persatuan Takaful Malaysia
MTDC Malaysian Technology Development Corporation
NPRA Bahagian Regulatori Farmasi Negara
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
PNS Perbadanan Nasional Berhad
PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
SC Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
SMECORP SME Corporation Malaysia
SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia
TERAJU Unit Peneraju Agenda Bumiputera
KEPENTINGAN INDUSTRI HALAL
Malaysia adalah Negara Pelopor Industri HalalMempunyai pengalaman
lebih 40 tahun dalam membangunkan industri Halal
Permintaan Domestik yang Semakin Meningkat Malaysia masih merupakan “net importer” pelbagai produk termasuk produk Halal
Kepentingan kepada RakyatIndustri Halal menyediakan peluang pekerjaan dan memberi pelindungan kepada pengguna dari segi keselamatan produk
Potensi Industri Halal yang Besar di Peringkat Global
Masih terdapat 80% jurang antara permintaan dan
pengeluaran produk Halal global
Kepentingan kepada EkonomiHalal memberi nilai tambah,
menggalakkan perdagangandan juga pelaburan
Industri Halal menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi Negara. Oleh itu, usaha-usaha penambahbaikan tadbir urus, pembangunan kapasiti dan promosi perlu diperhebatkan
PASARAN HALAL GLOBAL
Nota: Anggaran berdasarkan potensi pasaran oleh pengguna Muslim sahaja. Pasaran sebenar adalah lebih besar sekiranya diambil kira potensi pasaran oleh pengguna bukan Islam.
Menjelang 2030, pasaran Halal global dijangka mencecah USD5.0 trilion manakala, pasaran domestik pula dianggarkan mencecah USD113.2 bilion. Malaysia mempunyai ekosistem dan rangka kerja yang terbaik untuk memanfaatkan peluang ini
Pasaran Halal
Global
Timur Tengah &
Afrika Utara
Eropah & Eurasia
Amerika Utara
Asia Pasifik
Afrika Sub-Sahara
2018USD 3.1 Tril
2018USD 0.8 Tril
2018USD 0.3 Tril
2018USD 0.2 Tril
2018USD 1.6 Tril
2018USD 0.2 Tril
2030USD 5.0 Tril
2030USD 1.2 Tril
2030USD 0.5 Tril
2030USD 0.3 Tril
2030USD 2.8 Tril
2030USD 0.4 Tril
2 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
.
Nota: Anggaran berdasarkan potensi pasaran oleh pengguna Muslim sahaja. 1 Termasuk sektor yang berkaitan/baharu seperti modest fashion, peranti perubatan & pelancongan
perubatan.
2030USD 113.2 Bill
2030USD 85.2 Bil
2030USD 5.9 Bil
2030USD 11.7 Bil
2030USD 10.5 Bil
2018USD 51.9 Bil
2018USD 3.4 Bil
2018USD 6.2 Bil
2018USD 7.0 Bil
SEKTOR UTAMA
Makanan & Minuman
FarmaseutikalLain-lain1
Kosmetik & Dandanan
Diri
MalaysiaHalal
Market2018USD 68.4 Bill
PASARAN HALAL MALAYSIA
3PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
Ekosistem industri Halal ialah rangkaian komponen yang terlibat di dalam kitaran pertumbuhan dan penyampaian produk atau perkhidmatan Halal yang menyumbang kepada keseluruhan pembangunan sosio-ekonomi. Setiap komponen di dalam ekosistem mempunyai aktiviti unik tersendiri yang saling berkaitan bagi meningkatkan kemampanan industri Halal.
EKOSISTEM HALAL MALAYSIA
HIMP 2030 fokus kepada usaha memperkukuh ekosistem Halal di Malaysia dengan cara menyusun semula dan menambahbaik inisiatif sedia ada di samping memperkenalkan inisiatif baharu yang berimpak tinggi selaras dengan hala tuju Kerajaan
PENGGUNAINDUSTRI
SOSIO-EKONOMI
PEKERJAN PERDAGANGAN
PELABURAN INTEGRITI HAL
AL
Inse
ntif
MIKRO Penilaian
Data &
Prom
osi
Pematuhan Analitik
Kesedaran
Peru
ndan
gan & Logistik
& Inovasi
D
asar
& Infrastruktur
Sains, Teknologi M
odal Insan
4 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
Menangani isu dan cabaran yang masih
belum selesai
Satu pelan ke arah mencapai
sumbangan yang lebih berimpak kepada sosio-
ekonomi Negara
Penjajaran semula dengan
aspirasi Kerajaan
Penilaian semula dan
penambahbaikan kepada pelan-
pelan sedia ada
Pencapaian Terkini HIMP 1.0 Aspek Ekonomi Makro
KENAPA HIMP 2.0 DIBANGUNKAN?
Sumbangan kepada KDNK
7.8% 1,401
350,000 RM 13.3 bil
RM 40.8 bil
8.7% 1,600
330,000 RM 15 bil
RM 50 bil
Nilai Eksport Halal
Bil. IKS yang mengeksport
Peluang Pekerjaan
tercipta
Pelaburan dalam Taman Halal
Dengan asas yang telah dibina dengan kekuatan ekosistem Halal Malaysia yang sedia ada, matlamat utama HIMP 2030 adalah a realistik dan boleh dicapai
5PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
RANGKA KERJA STRATEGIK HIMP 2030
VISI:MALAYSIASEBAGAI
PENERAJU INDUSTRI
HALALGLOBAL
Kosmetik & Penjagaan Diri
01.Menambahbaik Polisi
dan Perundangan Yang Lebih Mesra
Industri Halal
05.Memupuk Pemikiran
Kepimpinan
Farmaseutikal
Makanan & Minuman
MENONJOL
GLOBALISASI
MENYERLAH
KEBERHASIL
AN
UTA
MA
MIS
I
02.Mewujudkan Ruang
Pasaran Yang Baharu dan Lebih Luas Untuk
Produk dan Perkhidmatan Halal
Malaysia
03.Mewujudkan Kumpulan
Pakar Industri Halal Yang Lebih Besar Untuk Memenuhi Keperluan Global
04.Pembangunan
Infrastruktur Yang Berkualiti Dan Berintegrasi
06.Melahirkan Lebih
Banyak ‘Juara Halal’ Di Kalangan Pemain Industri Tempatan
07.Menggalakkan
Penyertaan Bumiputera Yang Lebih
Berdaya Saing Di Dalam Industri Halal
7 Teras Strategik HIMP 2030 mensasarkan untuk menggalakkan tawaran industri Halal yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing; membangunkan syarikat-syarikat tempatan yang berdaya saing; serta memacu peningkatan sosio-ekonomi yang lebih mampan, seimbang dan menyeluruh.
6 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
SEKTOR BAHARUPeluang sektor baharu di dalam industri halal termasuklah sektor ekonomi
baru yang semakin merangkul nilai Halal dalam operasi mereka.
Peranti Perubatan
Modest Fashion Pelancongan Perubatan
Kesungguhan untuk melabur di dalam aktiviti inovasi boleh meletakkan industri Halal Malaysia ke sektor nilai lebih tinggi dengan terus melangkau batas pengetahuan, meneroka sempadan baharu serta mempengaruhi trend pengguna.
7PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
KEBERHASILAN UTAMA
Ketersediaan pemboleh utama yang menyokong pelaksanaan HIMP 2030 berjalan lancar
Kewangan Islam
Standard, Akreditasi dan Perkhidmatan Pensijilan
Perkhidmatan Logistik
Perkhidmatan Sistem Mampu Kesan (Traceability) Status Halal
Pembangunan Modal Insan
Bagi memastikan produk Halal melalui rantaian bekalan yang disahkan Halal sepenuhnya, untuk menggalakkan inovasi Halal melalui kemajuan teknologi seperti IR 4.0, IoT, Blockchain, FinTech dan Data raya.
Perkhidmatan standard, akreditasi dan pensijilan yang mantap bagi memastikan integriti rantaian bekalan Halal, selain memastikan kepercayaan dan keserasian industri global dengan pasaran baru Halal.
Kebolehcapaian sokongan kewangan untuk keseluruhan rantaian bekalan Halal, menggalakkan dan mempromosikan peningkatan penyertaan industri halal melalui inovasi dan promosi struktur Islam hibrid. Merapatkan jurang antara pembiayaan kewangan Islam dan industri Halal adalah komponen utama untuk mencapai amalan patuh Halal dan syariah yang menyeluruh di seluruh rantaian bekalan.
Perkhidmatan logistik yang khusus, bermula daripada pemilihan sumber bahan mentah sehingga pengguna (farm-to-fork) untuk mengelakkan pencemaran silang. Secara tidak langsung, keselamatan dan kualiti produk yang disahkan Halal adalah terjamin.
Para profesional dan pakar Halal yang kompeten untuk meyokong pembangunan ekosistem Halal yang komprehensif di masa akan datang melalui penjajaran Kerangka pekerjaan (occupational framework).
8 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
INISIATIF“SUPER
CATALYTIC”
Dana Muamalat
Jejak Antarabangsa
Rangka Kerja Pekerjaan Halal
PerniagaanHalal
Bumiputera
ZonMuamalat
Digital
LLC/MNC SME MICRO
Penerima Manfaat :
INISIATIF “SUPER CATALYTIC” HIMP 2030
5 inisiatif “Super Catalytic” telah dikenalpasti daripada keseluruhan 42 inisiatif dalam HIMP 2030. Inisiatif-inisiatif ini berskala besar, bersifat memangkin, menggalak keterlibatan menyeluruh dari perserta industri sekaligus memberi impak langsung kepada pertumbuhan industri Halal
9PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
MAJLIS PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL
Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) berperanan untuk menambah baik struktur tadbir urus dalam pembangunan industri Halal dengan berpaksi kepada empat bidang keberhasilan utama. 1: Dasar Formulasi Strategi dan Pemantauan; 2: Pengkayaan Pensijilan dan Penguatkuasaan; 3: Pembangunan Standard dan Keupayaan Mampu Kesan (Traceability); 4: Pembangunan Industri dan Pembudayaan Keusahawanan.
Pengerusi: Timbalan Perdana Menteri
• MOF • MITI • JPM (Hal Ehwal Agama) • MEA • MED • MESTECC • KPDNHEP
• MOA • MOH • MOE • MOHR • KPKT • MOTAC
• Ketua Setiausaha Negara • Peguam Negara
• Pengerusi Majlis Islam Negeri
Majlis Pembangunan Industri Halal
Sekretariat
Setiausaha
Ahli
Ketua SetiausahaMEA
Jawatankuasa Bertindak - Pensijilan & Penguatkuasaan
Jawatankuasa Bertindak - Pembangunan Industri &
Keusahawanan
Jawatankuasa Bertindak - Pembangunan Standard
Jawatankuasa Bertindak - Pengantarabangsaan
Sekretariat:
Sekretariat:Sekretariat:
Sekretariat:Agensi Peneraju:
Agensi Peneraju:Agensi Peneraju:
Agensi Peneraju:
JPM (Hal Ehwal Agama)
Kementerian Pembangunan Usahawan
Kementerian PerdaganganAntarabangsa & Industri
Kementerian PerdaganganAntarabangsa & Industri
10 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
PETUNJUK PRESTASI HIMP 2.0
HIMP 2030 mensasarkan 4 bidang keberhasilan utama iaitu pengukuhan industri domestik, suasana mesra pelabur, penyertaan peserta industri yang lebih kompetetif dan pengantarabangsaan agenda Halal Malaysia
2018 2030
Indikator KDNK 2018 2020 2025 2030
Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2
RM 13.9 bil RM 15.3 bil RM 19.6 bil
Fasa 1a Fasa 1b
RM 59.7 bil RM 76.0 bil RM 126 bil
Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2
RM 40 bil RM 46 bil RM 56 bil RM 70 bil
Pelaburan ke dalam Taman Halal
HALMAS
Nilai Tambah
Eksport Halal
Indikator Produktiviti 2018 2020 2025 2030
Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2
RM 275 bil RM 335 bil RM 497 bil RM 684 bil
Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2
0.35 mil 0.41 mil 0.56 mil 0.71 mil
Pendapatan Industri Melalui Perniagaan
Halal
PeluangPekerjaan
~7.4% KDNK
(RM 107 bil)
~11% KDNK
(RM 266 bil)
RM 25.0 bil
RM 171 bil
Fasa 2
Sumbangan Industri Halal Kepada Keseluruhan KDNK
11PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
MEGATREND - ASPIRASI MASA HADAPAN INDUSTRI HALAL
Manfaat kepada industri Halal MalaysiaPeningkatan sistem mampu kesan (traceability), kesahihan, dan ketelusan produk, perkhidmatan dan proses yang berstatus Halal sepanjang rantaian bekalan.
Pengurusan pencemaran dan punca bahaya yang lebih baik
Pengeluaran produk yang lebih optimum
Adaptasi yang lebih cepat terhadap perubahan ragam dan gelagat pengguna
Integrasi rantaian bekalan yang lebih baik dan pantas untuk penghantaran produk dan bahan mentah
Teknologi baharu yang pesat membangun seperti teknologi kewangan (Fintech), Internet of Things (IoT), Data Raya, Blockchain dan Industri 4.0 mempunyai potensi besar untuk terus meningkatkan kemampanan industri Halal di Malaysia.
FinTech IoT Data Raya Blockchain IR 4.0
12 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif
Halal Development Corporation (HDC) Berhad5.02, Level 5, KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 5555 7965 - 603+ Fax : 5500 7965 - 603+
w w w . h d c g l o b a l . c o m
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
top related