pemahaman zakat harta dan jenis awqaf di …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf ·...
Post on 05-Mar-2018
297 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF
DI BRUNEI DARUSSALAM
Awangku Dr. Haji Md. Hasnol Alwee
Pengiran Md. Salleh
(Brunei Darussalam)
Abstrak Sepanjang sejarah Islam, zakat dan awqaf telah memainkan peranan penting dalam
pembangunan masyarakat; sama ada penggunaan zakat untuk membasmi kemiskinan, atau
penggunaan awqaf untuk mewujudkan perkhidmatan dan infrastruktur awam, kedua-dua
konsep masih relevan sekarang seperti pada abad yang lalu. Walau bagaimanapun, oleh
sebab-sebab tertentu, pemahaman dan persepsi zakat dan awqaf adalah berbeza. Makalah ini
menunjukkan tahap pemahaman dan persepsi sampel di Brunei, terutama sekali perbezaan
antara 215 orang responden yang menerima bantuan kebajikan (net deficit) dengan 216 orang
responden yang tidak menerima bantuan kebajikan (net surplus). Penemuan menunjukkan
pemahaman zakat dan awqaf adalah pada tahap yang rendah; hanya 10 – 20 peratus daripada
kedua-dua kumpulan menjawab soalan asas dengan betul. Dari segi persepsi, responden
mempunyai pandangan bahawa jenis zakat tradisional dan awqaf berbentuk keagamaan
adalah jenis yang dominan dan terkenal di Brunei. Penemuan ini menunjukkan keperluan
untuk masyarakat Islam secara umum, terutamanya kumpulan yang tidak menerima bantuan
kebajikan (net surplus), untuk mempunyai pemahaman zakat dan awqaf yang lebih baik
dengan niat untuk memenuhi tanggungjawab pembayaran zakat mereka, dan juga merealisasi
potensi awqaf, terutamanya awqaf yang melibatkan sosioekonomi sesuatu kawasan atau
negeri. Aspek ini adalah sangat relevan pada masa ini dengan kejatuhan harga minyak yang
menjejaskan negara-negara Islam yang bergantung kepada sumber ini; pengendalian zakat
dan awqaf secara optima akan memainkan peranan penting untuk memastikan golongan
miskin dan orang ramai mempunyai sumber yang diperlukan oleh mereka, dan tidak semata-
mata bergantung kepada kerajaan.
Kata kunci: zakat, awqaf, membasmi kemiskinan, mewujudkan perkhidmatan dan
infrastruktur awam
Abstract Throughout the history of Islam, zakat and awqaf have played instrumental roles ijufulain the
development of communities. Whether using zakat to alleviate poverty, or awqaf to create
public services and infrastructure, these two concepts are as relevant now as they were
centuries ago. Nonetheless, for one reason or another, one’s understanding and perceptions
of zakat and awqaf may differ. This article highlights the current level of understanding and
perceptions of a Bruneian sample on zakat and awqaf; more specifically, the study looks at
the differences between 215 welfare recipients (net deficit) and 216 non-welfare recipients
(net surplus). Assessing the understanding and perceptions of net surplus respondents on
these concepts are valuable, as they are potentially the zakat payers, and donors of waqf
assets. The findings pinpoint to a low-level understanding of zakat and awqaf, whereby only
10-20 percent of respondents were able to correctly answer basic questions on zakat and
awqaf. In terms of the perceptions of these concepts in Brunei, both sets of respondents
provided similar conclusions; historical forms of zakat and religious waqfs are dominant and
well known in Brunei. These findings highlight the need for the general Muslim community,
notably net surplus individuals, to have a better understanding of zakat and awqaf, with the
2
intention of fulfilling their zakat obligations, as well as to realize the wide-ranging
possibilities incumbent in awqaf, notably socio-economic forms of awqaf. These aspects are
notably relevant with the fall in oil prices affecting oil-producing Islamic countries who are
heavily dependent on this resource; the facilitation of the creation of philanthropic awqaf and
analyzing contemporary forms of zakatable wealth can go a long way to ensure the poor and
the public will have the relevant resources available to them, without being overly dependent
on the government.
Keywords: zakat, awqaf, alleviate poverty, create public services and infrastructure
PENGENALAN
Dengan hasil sumber minyak dan gas, Negara Brunei Darussalam yang penduduknya
kira-kira 410 000, mempunyai salah satu GDP per kapita yang tinggi di rantau
ASEAN di tahap $49,5361 pada tahun 2011 (The Statistical Economic and Social
Research and Training Centre for Islamic Countries, 2012). Islam ialah agama rasmi
negara dengan 66 peratus daripada penduduk Brunei Darussalam beragama Islam.2
Dari segi pembangunan manusia, Brunei mempunyai kadar celik huruf (literacy
rate) sebanyak 99.7 peratus untuk belia dan 96.8 peratus untuk orang dewasa. Di
samping itu, Brunei memiliki Human Development Index (HDI) pada purata 0.855
pada tahun 2012, di kedudukan ke-30 daripada 187 negara/wilayah, di bawah kategori
pembangunan manusia yang sangat tinggi (UNDP, 2013).
Seperti negara-negara lain, terutamanya negara pengeksport minyak, Brunei juga
bergantung kepada harga minyak di pasaran antarabangsa. Pada masa ini, dunia
menyaksikan kejatuhan harga minyak yang menjejaskan negara-negara pengeluar.
Dalam konteks ini, kerajaan Brunei sebagai majikan terbesar dan yang menyediakan
infrastruktur awam tentu sekali turut terjejas. Selain daripada harga minyak, seperti
juga negara-negara lain, meskipun mempunyai kekayaan dan indeks pembangunan
manusia yang tinggi, Brunei menghadapi cabaran kemiskinan, walaupun kemiskinan
tidaklah di tahap yang tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Dari segi ini,
3
terdapat potensi awqaf dan zakat untuk menyumbang dalam pengendalian
infrastruktur awam dan juga mengurangkan kemiskinan di Brunei Darussalam.
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan persepsi
mengenai zakat dan awqaf di Brunei, sebagai landasan atau asas untuk
memperkembangkan konsep-konsep ini dengan lebih lanjut lagi. Bahagian seterusnya
menjelaskan konsep zakat dan awqaf dari segi klasifikasi, kepentingannya dalam
sejarah dan pada masa ini. Perbincangan seterusnya menerangkan amalan kedua-dua
konsep ini di Brunei Darussalam. Selain itu, perbincangan juga menerangkan
metodologi, hasil kajian, implikasi dan kesimpulan.
TINJAUAN LITERATUR
Chapra (1985), dalam menggariskan matlamat sistem kewangan Islam menekankan
keadilan sosioekonomi serta pengagihan pendapatan dan harta dengan adil sebagai
salah satu matlamat asas sistem kewangan. Yang dimaksudkan dengan pengagihan
yang tidak adil dalam konteks ini adalah jika kekayaan tertumpu dalam kalangan
golongan kaya sahaja. Sebagai contoh, al-Quran (Surah al-Hashr, 59:7) menyatakan:
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,
dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang
demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari
kalangan kamu …”
Dari sudut pandangan Islam, harta dan kekayaan dimiliki oleh Allah, dan
kekayaan itu diamanahkan kepada individu yang memainkan peranan mereka sebagai
khalifah (Chapra, 1979). Dalam pada itu, sebahagian daripada kekayaan yang
dikurniakan adalah milik orang lain, seperti golongan fakir dan miskin. Pemberi
sedekah, seperti pembayaran zakat oleh golongan kaya kepada golongan miskin itu
bukan dikira sebagai satu favour atau pemberian sedekah yang dilakukan oleh orang
4
kaya, tetapi lebih tepat lagi adalah hak orang miskin (Rahman, 2003). Sehubungan
dengan “hak” tersebut, al-Quran (Surah al-Ma’arij, 70:24-25) ada menyatakan: "Dan
mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang
termaklum – bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta)”. Oleh itu, zakat dan awqaf memainkan peranan penting dalam
pengagihan harta (redistribution) dalam Islam, memberi manfaat bukan sahaja
mengurangkan tahap kemiskinan, tetapi mengukuhkan struktur sosial sesuatu
masyarakat, yang menunjukkan betapa pentingnya konsep-konsep tersebut dalam
Islam.
ZAKAT
Sebagai rukun Islam yang ketiga, zakat merujuk sebahagian harta kekayaan golongan
yang berkemampuan yang mencapai nisab wajib diagihkan kepada penerima yang
layak mengikut kadar yang ditetapkan dalam Islam (Sadeq, 2002:13).
Amalan semasa zaman Nabi Muhammad (SAW) dan keempat-empat khulafa
(khalifah) adalah landasan bagi pelaksanaan zakat kini. Malangnya, kekuatan zakat
sebagai mekanisme kebajikan masyarakat telah mengalami pelbagai rintangan
sepanjang sejarah. Sebagai contoh, selepas tempoh empat orang khulafa, krisis
dalaman membawa kepada kutipan dan agihan zakat menjadi kurang teratur kerana
sebilangan ulama mengalakkan pembayaran langsung zakat daripada pembayar zakat
kepada penerima zakat (Kahf, 2000b). Pada abad ke-19, kolonialisme memberi kesan
kepada peranan negara-negara Islam dalam mengutip dan mengagihkan zakat,
sehingga hanya kerajaan Yaman sahaja yang kekal meneruskan peranan dalam
pengumpulan dan pengagihan zakat, walaupun terhad kepada zakat ternakan,
pertanian dan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, di sebalik halangan-halangan masa
5
lampau, abad ke-20 telah menyaksikan kebangkitan semula peranan zakat, dengan
sebilangan kerajaan mengambil peranan utama dalam pemungutan dan pengagihan
zakat di negara masing-masing (Ahmed, 2004).
Jenis Zakat
(a) Zakat al-Fitr
Zakat fitrah berbeza daripada zakat harta. Zakat fitrah dikenakan berdasarkan orang
ataupun individu, bukan harta. Ketika umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan,
mereka yang mampu dikehendaki membayar zakat bagi tujuan untuk berkongsi
kebahagiaan Hari Raya Aidilfitri dengan orang miskin dan untuk menyucikan diri (al-
Qardawi n.d.-b).
(b) Zakat Harta
Dengan adanya pelbagai jenis harta kekayaan, bentuk zakat yang berkaitan dengan
harta tersebut juga mesti dikenal pasti. Jadual 1 menyenaraikan beberapa jenis zakat,
yang dikategorikan dari segi harta dalam bentuk stok atau bentuk flow,3 dan juga
dikategorikan berasaskan zakat yang berasal dari zaman Nabi Muhammad (SAW) dan
sahabatnya, berbanding dengan jenis zakat yang kontemporari.
Walaupun jenis zakat yang disenaraikan dalam Jadual 1 tidak lengkap dan tidak
semua ulama bersetuju akan wajibnya zakat bagi sebilangan jenis harta tersebut,
tujuan senarai tersebut adalah untuk menunjukkan salah satu penelitian mengenali
zakat, iaitu zakat ke atas harta kekayaan yang hanya wujud pada zaman sekarang,
seperti saham dan amanah saham. Jika harta itu memenuhi syarat-syarat pembayaran
zakat, ulama perlu memberi pertimbangan dengan menggunakan ijtihad terhadap jenis
harta kontemporari: adakah perlu dikeluarkan zakat, mengikut kepentingan dan tujuan
zakat dalam Islam?
6
Jadual 1 Klasifikasi zakat mengikut tempoh masa dan jenis harta kekayaan.
Harta dalam bentuk
"Stock"
(Stock of Wealth)
Aliran Pendapatan
(Flow of Income)
Kategori
Tradisional
(mengikut sejarah)
zakat emas dan perak
(perhiasan dan barang
kemas)
zakat emas dan perak (mata
wang)
zakat ternakan
zakat inventori perniagaan
zakat khazanah dan harta
rampasan perang
zakat hasil pertanian
Kategori
Kontemporari
zakat mata wang kertas
zakat ke atas saham dan
amanah saham
zakat ke atas simpanan
persaraan
zakat ke atas takaful
keluarga
zakat pendapatan/gaji
profesional
Salah satu contoh jenis harta yang boleh diterima sebagai zakat ialah mata wang
kertas. Pada zaman Nabi Muhammad (SAW), emas dan perak dianggap sebagai mata
wang, iaitu dalam bentuk dinar dan dirham. Dalam beberapa abad kebelakangan ini,
duit dalam bentuk kertas mula diterima, sedangkan sebelum ini, konsep ini
merupakan sesuatu yang asing. Contohnya, al-Qardawi (n.d.-a) telah mengetengahkan
bahawa pada peringkat awal penghasilan mata wang kertas, pakar undang-undang
Islam menganggap duit kertas sama ada tidak boleh dizakat, atau boleh dizakat jika
boleh diganti dengan emas atau perak. Walau bagaimanapun, ekonomi pada era ini
menggunakan mata wang kertas yang mempunyai fungsi yang sama dengan emas dan
perak pada zaman dahulu. Oleh itu, adalah berpatutan untuk membolehkan mata wang
kertas dizakat.
Pada zaman kontemporari ini, pelbagai jenis harta yang baru menjadi lebih utama,
oleh itu sebahagian cendekiawan telah menyatakan bahawa jenis harta ini perlu
dizakat (Kahf, 1989). Sebagai contoh, al-Qardawi (n.d.-a) telah menekankan bahawa
7
pendapatan perlu dizakat. Beliau menyatakan melalui analogi bahawa pendapatan
perlu dizakat sepertimana hasil pertanian yang layak dizakat setelah menuai. Dalam
erti kata yang lain, jikalau pendapatan tahunan ditolak dengan keperluan asas dan di
atas nisab, pendapatan tersebut layak untuk dizakat. Di sini, penulis berhujah, sejajar
dengan intipati zakat, iaitu tidak adil jikalau seorang petani dikehendaki untuk
mengeluarkan zakat hasil pertaniannya tetapi tidak dikenakan hal yang sama terhadap
pekerja profesional yang mungkin mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
Jenis-jenis aset lain adalah seperti yang berikut:
(i) Saham The Council of the Islamic Fiqh Academy (Majlis Akademi Fiqh Islam) telah berfatwa
mengenai zakat terhadap saham perniagaan pada tahun 1988. Majlis ini menyamakan
saham perniagaan untuk tujuan berniaga dengan perniagaan yang bertujuan untuk
perniagaan inventori (Islamic Development Bank and Islamic Fiqh Academy, 2000).
Pada praktiknya, saham adalah sama dengan komoditi, misalnya di Singapura, 2.5
peratus nilai pasaran adalah digunakan untuk mengira jumlah yang boleh dizakat
(How to Calculate Zakat on Shares, 2010).
(ii) Amanah Saham Sama seperti saham, amanah saham melibatkan pelaburan dalam membeli sekuriti
tetapi dibandingkan dengan beberapa saham, amanah saham secara am adalah lebih
mudah untuk didapati dari segi kos. Ini disebabkan amanah saham melibatkan
denominasi kecil semasa pembelian awal dan pembelian seterusnya (Garman dan
Forgue, 2008). Ini bermakna pelaburan dibuat dalam amanah saham dari semasa ke
semasa, meningkatkan persoalan akan cara amanah saham patut dizakatkan.
Dalam membincangkan isu aset tersebut (accrued asset), al-Qardawi (n.d.-a) telah
menghuraikan kerja yang telah dihasilkan oleh Ibn Qudamah; beliau menekankan
8
bahawa bagi aset baharu yang sama tetapi diperolehi dengan cara yang berbeza
daripada aset yang ada, ada dua pendapat berbeza dalam kalangan cendekiawan
klasik. Salah satu daripadanya menyokong bahawa aset baharu tidak dizakat.
Sementara itu, pendapat yang lain menegaskan bahawa aset baharu perlu dicampur
dengan aset sedia ada dan layak dizakat pada penghujung tahun.
(iii) Dana Persaraan Dalam memastikan sama ada dana persaraan boleh dizakat, adalah penting untuk
memastikan pemilikannya terlebih dahulu, seperti menjelaskan sama ada dana
persaraan tersebut boleh diperolehi atau dilupuskan apabila diperlukan (al-Qardawi
n.d.-a). Jika dana tersebut boleh dilupuskan apabila diperlukan (disposable at will),
pemilikan dana tersebut adalah sama seperti hutang, iaitu sama seperti dalam kes
penghutang yang berkemampuan untuk membayar hutangnya. Oleh itu, dana
persaraan adalah layak untuk dizakat setiap tahun. Walau bagaimanapun, jika dana
persaraan ini mempunyai struktur seperti geran atau hadiah, yang hanya boleh
diperolehi pada waktu tertentu, dana ini hanya boleh dizakat apabila ada pengeluaran.
Nampaknya "pemilikan sepenuhnya" (complete ownership), syarat utama dalam
mengeluarkan zakat adalah penting dalam memastikan sama ada dana persaraan
seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah layak untuk dizakat
dengan segera atau hanya apabila ada pengeluaran. Contohnya, kawasan-kawasan
bersekutu di Malaysia telah mengkhususkan bahawa para pekerja hanya perlu
menzakat KWSP mereka apabila menerima jumlah keseluruhannya. Selain itu,
mereka tidak perlu menunggu sehingga setahun untuk menzakatkannya. Jikalau sudah
mencapai nisab, dana persaraan tersebut perlu dizakat dengan segera setelah
pengeluarannya (Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus
9
Pengeluaran – Satu Alternatif (2010); Zakat on Employee Provident Fund (EPF),
2009).
Oleh yang demikian, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan cendekiawan,
seperti Khaf (2007) yang menyatakan bahawa jumlah pembayaran zakat adalah
berdasarkan jumlah yang sudah menjadi hak milik seseorang individu, walaupun
terdapat beberapa syarat yang dikenakan apabila hendak melakukan pengeluaran.
Walau bagaimanapun, Majlis Ugama Islam Singapura menggabungkan kedua-dua
pendapat ini. Jikalau individu tersebut tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk
membayar zakat setiap tahun, maka zakat hendaklah dibayar setiap tahun. Sekiranya
pembayaran zakat setiap tahun menjadi satu kesukaran, maka individu tersebut
dibolehkan untuk membayar zakatnya apabila mencapai umur 55 tahun (Zakat CPF,
2010).
(iv) Sekuriti Pendapatan Tetap Sekuriti Pendapatan Tetap seperti bon juga dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-
syaratnya. Walaupun dalam bon yang berfaedah (mengandungi riba), kebanyakkan
pakar undang-undang menganggap bon sama seperti hopeful debt, dan dengan itu
pemotongan zakat adalah pada kadar 2.5 peratus. Walaupun instrumen-instrumen
yang menanggung faedah adalah diharamkan dalam Islam, perkara ini tidak menjadi
pengecualian dalam pembayaran zakat (al-Qardawi n.d.-a). Walau bagaimanapun,
faedah atau pendapatan riba tidak dikenakan pemotongan zakat, sebaliknya riba
seharusnya didermakan kepada pertubuhan amal (Khaf, 2007).
(v) Insurans/Takaful Dalam konteks polisi takaful yang sama seperti insuran nyawa, pemotongan zakat
adalah tertakluk kepada syarat nisab dan haul, berdasarkan surrender amount polisi
10
tersebut atau jumlah premium yang dibayar; merupakan jumlah yang dimiliki oleh
individu tersebut (Khaf, 2007; Zakat on Insurance, 2009).
Secara keseluruhan, saham, amanah saham atau sebarang aset adalah menjadi
kepentingan bagi para juris dan fuqaha untuk mengambil kira jenis-jenis harta yang
kontemporari sama ada dalam bentuk stok atau aliran pendapatan. Dalam konteks ini,
adalah relevan untuk mengetahui bahawa sebilangan negara, seperti Arab Saudi,
Pakistan dan Yaman menggunakan definisi klasik atau mengenakan zakat ke atas
aset-aset tradisional sahaja, mempunyai nisbah zakat-to-gross domestic products
ratios yang rendah (Khaf, 1997 dlm. Ahmed, 2004). Dalam erti kata lain, perspektif
tradisional dalam mengenal pasti aset-aset yang layak dizakat berkemungkinan
menyumbang kepada kerendahan dalam nisbah pengumpulan zakat.
AWQAF
Sama seperti zakat, awqaf (jamak bagi waqf) adalah salah satu cara untuk bersedekah
dalam Islam. Walau bagaimanapun, berbeza dengan zakat, awqaf adalah secara
sukarela. Menurut Kahf (2003:2), awqaf bermaksud "… holding certain property and
preserving it for the confined benefit of certain philanthropy and prohibiting any use
or disposition of it outside of its specific objective". Di sini, sesuatu waqf mempunyai
sifat yang khusus dan dipelihara untuk manfaat tersebut, serta dilarang untuk
penggunaan di luar objektif yang ditentukan. Aji Haqqi (1999) menyatakan istilah ini
menandakan pelarangan untuk menjual atau menggantikan sesuatu yang bermaksud
dalam awqaf; apabila satu korpus didermakan, secara prinsip mesti dikekalkan.
Di tahap spiritual atau agama, awqaf adalah sejenis derma yang istimewa kerana
berbentuk berterusan (sadaqah jariyah), yang sangat disarankan kepada orang Islam
seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW:
11
The Messenger of God (pbuh) said: Whence a child of Adam dies, his/her deed comes to
an end except for three things: an ongoing sadaqah, knowledge that benefits (others), and
a righteous child who prays for him/her.4
Untuk memberi penggambaran lebih lanjut terhadap awqaf, syarat-syarat awqaf
adalah seperti yang dinyatakan oleh Kahf (n.d.) seperti yang berikut:
1. Secara abadi:5 Dalam waqf, korpus benda yang diderma (mawquf) perlu dikekalkan dan
hanya usufruk digunakan, seperti waqf berbentuk tempat beli-belah yang mana hasil
sewa kedai adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Menurut Al-
Zarqa (1994), ciri-ciri abadi bermaksud perlunya mengutamakan hasil daripada waqf
untuk memelihara waqf tersebut terlebih dahulu, sebelum membayar gaji pengurus
waqf, dan selebihnya diberikan kepada para benefisiari waqf tersebut seperti yang
dinyatakan dalam perjanjian.
2. Diberi secara kekal: Apabila waqf diberikan, penderma (waqif) tidak boleh memungkiri
derma tersebut. Di samping itu, mawquf tersebut tidak boleh disertakan dalam mana-
mana wasiat untuk pewaris, diberi sebagai hadiah atau dijual kepada pihak yang lain.
Ini adalah disebabkan dari perspektif undang-undang, diketahui secara umum bahawa
pemilikan korpus tidak lagi dimiliki oleh waqif. Pada masa yang sama sebahagian pihak
yang lain menekankan bahawa pemilikan diberikan kepada para benefisiari, walaupun
pemilikan adalah tidak lengkap dan mereka tidak dibenarkan untuk menjual atau
menderma korpus tersebut (Kahf, 1995). Selain daripada awqaf yang berbentuk kekal,
awqaf sementara (temporary awqaf) juga diterima, yang mana boleh dilihat daripada
keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Akademi Fiqh pada tahun 2009, yang
menyatakan "[e]ndowment can be segregated into permanent and temporary
endowment, individual and common property, real property, benefit, money, estate and
movable item." (OIC Fiqh Academy 19th Session n.d.:3)
3. Penderma waqf atau waqif tersebut mestilah legally fit ataupun memenuhi syarat
undang-undang untuk membuat awqaf tersebut.
4. Waqf tersebut hendaklah untuk tujuan amal dari sudut syariah dan waqif.
5. Para benefisiari atau penerima waqf tersebut hendaklah hidup.
Dengan mengambil kira syarat-syarat di atas, salah satu ciri yang berbeza dalam
awqaf, jika dibandingkan dengan zakat adalah wujudnya fleksibiti; dalam awqaf,
tertakluk kepada waqif, dan boleh menentukan siapa yang akan menerima hasil atau
usufruk waqf tersebut, jumlah berhak untuk diterima dan bagaimana cara pengurusan
waqf. Perlu diambil maklum bahawa dalam beberapa kes, terdapat pakar undang-
undang yang tidak membenarkan beberapa syarat, seperti memberikan waqf kepada
keturunan yang kaya atau lelaki sahaja (Zarqa, 1947 dlm. Ahmed, 2004). Ini adalah
berkaitan dengan syarat keempat, iaitu niat awqaf adalah untuk menyumbang kepada
12
kerja amal. Oleh itu, waqf untuk orang yang kaya sahaja bukanlah satu kerja amal
(Kahf, 1995).
Dalam sejarah Islam, populariti dan semangat dalam menubuhkan institusi awqaf
adalah jelas berdasarkan kepelbagaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan
oleh institusi-institusi tersebut. Sebelum abad ke-20, perkhidmatan dan kemudahan
awam di beberapa negara Islam secara umumnya adalah dibekalkan oleh institusi-
institusi awqaf dan bukannya kerajaan. Pembinaan dan pemeliharaan jalan raya,
sekolah, perpustakaan, masjid, sistem saliran, dan sebagainya, hampir kesemuanya
adalah ditanggung dan dijaga oleh institusi-institusi awqaf, dan pihak kerajaan sama
sekali tidak menanggung sebarang kos (Boudjellal, 2008; Cizakca, 1998;
Hoexter,1998).
Kategorisasi Awqaf
Awqaf boleh dikategorikan dengan beberapa cara. Ahmed (2004) mengkategorikan
institusi tertakluk kepada para benefisiari dan jenis pemberian. Dari segi para
benefisiari, awqaf boleh ditujukan untuk orang awam. Sebaliknya, awqaf boleh
ditujukan untuk para benefisiari khusus, seperti ahli keluarga. Hasil awqaf boleh juga
digabungkan kepada kedua-duanya sekali, sebagai contoh 20 peratus hasil sewa
rumah diberikan kepada ahli keluarga, sementara 80 peratus ditetapkan untuk
membantu golongan yang berkeperluan dan anak yatim. Mengenai jenis pemberian,
awqaf juga boleh dikategorikan dalam bentuk "awqaf keagamaan", seperti masjid dan
tanah yang didermakan untuk tanah perkuburan orang Islam. Selain itu, terdapat juga
"awqaf dermawan", iaitu seperti perpustakaan, hospital dan pusat beli-belah. Dalam
bentuk ini, awqaf mempunyai aspek sosioekonomi atas sebab menambah kegiatan
ekonomi dan jumlah pekerjaan di kawasan tersebut.
13
Kahf (2000), seperti yang dipetik dalam Ahmed (2004), mengkategorikan awqaf
sebagai dermawan, keagamaan atau peribadi. Dalam setiap kategori ini, terdapat
pecahan selanjutnya, iaitu awqaf langsung dan awqaf pelaburan. Awqaf langsung
memberi manfaat bagi para benefisiari secara langsung, seperti hospital atau masjid.
Sementara itu, awqaf pelaburan melibatkan pelaburan mawquf (seperti tempat beli-
belah) yang mana hasilnya (seperti pendapatan) digunakan oleh para benefisiari.
KAJIAN KES: BRUNEI
Zakat di Negara Brunei Darussalam
Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) ialah satu badan koperasi yang
bertanggungjawab dalam membantu dan memberi nasihat kepada Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei
Darussalam mengenai semua aspek yang berkaitan dengan Islam di Brunei, menurut
Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77. Dalam hal
yang berkaitan dengan zakat, MUIB merupakan badan utama yang bertanggungjawab
dalam mengutip dan mengagihkan zakat di Brunei, sepertimana yang dinyatakan
dalam seksyen 114 dalam akta tersebut. Berkenaan dengan zakat harta, jenis-jenis aset
yang boleh dizakat di Brunei adalah dijelaskan dalam Jadual 2.
Jadual 2 Aset yang dikenakan zakat di Brunei.
Harta dalam bentuk "Stock"
(Stock of wealth)
Aliran Pendapatan
(Flow of Income)
Kategori
Tradisional
(mengikut
sejarah)
zakat ke atas emas dan perakabd
(perhiasan dan barang kemas)
zakat atas binatang ternakanab
zakat perniagaanabc
zakat ke atas produk
pertanian ab
Kategori
Kontemporari
zakat mata wang kertasabd
zakat ke atas sahamc
14
Sumber: a Peratoran Zakat dan Fitrah (1969)
b Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (1998)
c Majlis Ugama Islam (n.d)
d Unit Kutipan dan Agihan Zakat (n.d)
Dengan pengecualian mata wang kertas dan saham, terdapat beberapa aset
kontemporari, termasuk amanah saham, dana persaraan dan insurans/takaful keluarga,
yang tidak dinyatakan dengan jelas sama ada layak untuk dizakat atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, penzakatan aset-aset kontemporari perlu dibahaskan,
terutamanya yang berkenaan di Brunei, seperti kumpulan simpanan wang pekerja,
iaitu Tabung Amanah Pekerja (TAP).
Jadual 3 menunjukkan bahawa antara tahun 2001 hingga tahun 2009, terdapat
peningkatan yang beransur-ansur dalam penggumpulan zakat al-fitr oleh MUIB.
Sementara itu, dalam konteks zakat harta, terdapat peningkatan turun naik dalam
jumlah yang dikumpul sepanjang sembilan tahun tersebut. Sebagai contoh, pada tahun
2006, jumlah yang dikumpul telah jatuh sebanyak 25 peratus daripada tahun 2005.
Sedangkan jika dibandingkan di antara 2008 dengan 2009, jumlah zakat harta yang
dikumpul meningkat dengan mendadak sebanyak 69 peratus. Bagi menggambarkan
kepentingan zakat harta, Rajah 1 memaparkan jumlah zakat harta yang dikumpulkan
berbanding dengan zakat al-fitr.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, rajah di atas menunjukkan bahawa
lebih 90 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dikumpul merupakan zakat harta.
Kepentingan yang nyata mengenai zakat harta terhadap dana zakat menekankan
kepentingan untuk mengambil kira jenis-jenis aset kontemporari seperti dana
persaraan dan amanah saham. Ini adalah bagi meluaskan lagi sumber-sumber zakat,
dan yang lebih penting sekali, untuk memenuhi asas tujuan zakat. Selain itu, langkah
15
seperti ini boleh menyumbang kepada pengurangan dalam turun naik pengumpulan
zakat harta, seperti yang disaksikan dalam Jadual 3.
Rajah 1 Kutipan zakat harta dan zakat al-fitr (Tahun 2001-2009).
Selain meluaskan lagi jenis-jenis harta yang layak dizakat, keperluan dalam
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan orang awam mengenai zakat adalah sama
penting dengan memaksimumkan jumlah zakat yang dikumpul. Masri (2007) yang
mengkaji pengetahuan lebih daripada 200 individu mengenai zakat mendapati hanya
13 peratus yang berjaya mengenal pasti nisab untuk zakat harta, hanya 45 peratus
menjawab dengan tepat kadar zakat sebagai 2.5 peratus, dan 66 peratus menyatakan
kedua-dua zakat al-fitr dan zakat harta adalah wajib dalam Islam. Kurangnya
pengetahuan responden mengenai zakat adalah sangat membimbangkan kerana dua
pertiga daripada responden tersebut adalah penuntut pusat pengajian tinggi.
Kekurangan ilmu mengenai zakat juga diketengahkan oleh Ali (2008). Dalam
kajian beliau, 100 individu yang mempunyai simpanan di atas nisab telah ditanya
untuk mengira zakat yang perlu dibayar dalam senario yang berkaitan dengan wang
simpanan, saham syarikat dan emas. Antara 74 peratus daripada responden yang
menjawab senario tersebut, hanya 40 peratus yang berjaya menjawab ketiga-tiganya
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Tahun
Zakat on Wealth
Zakat al-Fitr
16
dengan tepat. Mereka yang telah menjawab dengan tepat ini terdiri daripada para
akauntan yang bertugas di bank Islam, dan juga para ahli akademik yang mempunyai
pengetahuan mengenai ekonomi Islam.
Dalam kedua-dua kajian di atas, para responden telah mengakui keperluan untuk
meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran berkaitan dengan zakat. Dalam
penyelidikan Masri (2007), kira-kira 70 peratus responden menyatakan bahawa
terdapat kekurangan program kesedaran umum mengenai zakat berbanding dengan
jenis-jenis ibadah yang lain. Sementara itu, dalam kajian Ali (2008), 74 peratus
daripada peserta kajiannya secara umum bersetuju dalam hal yang berkaitan dengan
pelaburan mereka, bahawa kurangnya pengetahuan mereka menyumbang kepada
pembayaran zakat. Sementara itu, 100 peratus bersetuju mengenai keperluan untuk
memberi pendidikan mengenai jenis-jenis aset yang boleh dizakat, termasuk kadar
dan nisab.
Jadual 3 Kutipan zakat al-fitr dan zakat harta di Brunei Darussalam (tahun 2001-2009).
Tahun Zakat al-Fitr Zakat Harta Jumlah Kutipan
Bil.
Pembayar
BND
(USD)
Bil.
Pembayar
BND (USD) BND (USD) % of GDP***
2001 251 421 692 011
(386 231)
956 9,849 352
(5,497 211)
10,541 363
(5,883 442)
NA
2002 255 855 789 178
(440 734)
3454 13,804 900
(7,709 650)
14,594 077
(8,150 384)
NA
2003 260 205 *1,407 599
(799 772)
3556 10,869 270
(6,175 722)
12,276 869
(6,975 494)
NA
2004 276 116 765 400
(450 235)
4112 11,173 064
(6,572 391)
11,938 464
(7,022 626)
0.105
2005** 281 504 780 790
(469 056)
4569 14,751 913
(8,862 137)
15,532 703
(9,331 193)
0.136
2006** 289 929 805 575
(506 651)
4667 11,096 859
(6,979 157)
11,902 434
(7,485 808)
0.100
2007** 292 374 813 170
(534 980)
5004 11,292 007
(7,428 952)
12,105 177
(7,963 932)
0.101
2008** 299 003 831 531
(581 490)
5160 11,820 873
(8,266 345)
12,652 404
(8,847 835)
0.108
2009** 302 981 843,137
(579 675)
4122 19,918 345
(13,694 290)
20,761 482
(14,273 965)
0.180
Sumber: Sapar (2010)
17
Nota: Jumlah ditukar kepada ringgit yang terdekat.
* Terdapat dua kutipan pada tahun 2003, serentak dengan kedua-dua bulan Ramadan pada
tahun itu. Pecahan jumlah kutipan ialah BND646,453.17 (USD367,302.94) dan BND
761,145.38 (USD432,468.97), pada tahun hijrah 1423 and 1424.
** Angka yang belum diaudit.
*** Angka GDP adalah pengiraan daripada Department of Statistics (2006) dan
Department of Statistics (2012). GDP untuk tahun 2001-2003 tidak diambil kira,
kerana sebelum tahun 2004, kaedah pengiraan GDP berbeza.
Jadual 4 Peratus pilihan yang tidak membayar zakat bagi jenis aset (Ali, 2008).
Jenis Harta % memenuhi nisab tetapi
tidak membayar zakat
Gaji Bersih /Pendapatan Profesional ~75
Saham Syarikat (Nilai Pasaran) ~76
Deposit (Bank Islam) ~32
Deposit (Bank Konvensional) ~62
Pendapatan Bersih dari Harta Sewa ~82
Pendapatan Perniagaan ~46
Emas dan Barang Kemas ~77
Akibat daripada kurang pengetahuan ini adalah nyata dalam Ali (2008), yang
mana beberapa responden, walaupun mempunyai aset di atas nisab selama lebih dari
setahun, tidak membayar zakat seperti yang tertera dalam Jadual 4. Tiga jenis aset
tertinggi yang tidak dibayar zakat adalah zakat terhadap pendapatan bersih sewa harta
(82 %), emas dan barang kemas (77 %) dan saham syarikat (76 %).
Selain daripada pendidikan, ketelusan atau transparensi dalam kutipan dan
pengagihan zakat adalah amat penting. Masri (2007) menyatakan pendapat para
responden adalah kira-kira sama rata, dalam transparensi kutipan dan pengagihan
zakat; 46.1 peratus mencatat kurang jelas atau transparensi, 44.9 peratus menyatakan
kejelasan yang mencukupi, dan sembilan peratus responden tidak mempunyai
sebarang pendapat mengenainya. Pada amnya, ditegaskan bahawa tahap penjelasan
yang tinggi membantu memastikan kepada pembayar zakat mengenai keberkesanan
mekanisme zakat. Hal ini kemudian boleh meningkatkan jumlah dana, dan membantu
18
dalam mengelakkan individu membuat pembayaran kepada benefisiari zakat dengan
secara langsung, atas sebab kurangnya transparensi.
Awqaf di Brunei Darussalam
Seksyen 100 dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi
menyatakan MUIB adalah pemegang amanah yang utama bagi aset-aset awqaf dalam
negeri. Menurut MUIB (2008), awqaf boleh didaftar atau tidak didaftar. Jika didaftar,
ini bermakna adanya tanda pendaftaran rasmi bagi aset pemberian, manakala jika
tidak berdaftar, penyataan hanya adalah secara lisan seperti wang atau peralatan. Di
MUIB, awqaf dikategorikan sebagai waqf am atau waqf khusus. Aset-aset awqaf yang
khusus bermaksud adanya syarat khusus yang telah ditentukan oleh waqif, misalannya
tanah yang telah waqf adalah untuk membina masjid sahaja. Dalam hal yang berkaitan
dengan waqf umum, MUIB mempunyai kuasa menentukan sama ada untuk
menjalankan sebarang projek atau aktiviti di atas tanah tersebut, mengikut kesesuaian
yang memberi manfaat kepada orang Islam.
Aset waqf umum di MUIB dikumpulkan bersama sumber-sumber dana yang lain
yang dikendalikan oleh Baitul Mal kepada Dana Endowmen Am, yang mana
sebahagiannya adalah dilaburkan ke Badan Tanmiah, satu badan yang ditubuhkan
untuk melaburkan dan mengembangkan dana atau harta benda yang diperuntukkan
oleh Baitul Mal (Majlis Ugama Islam, 2008).
Jadual 5 menunjukkan kebanyakkan aset-aset awqaf yang didaftarkan berbentuk
awqaf keagamaan, berbanding dengan awqaf yang berbentuk pelaburan atau
mempunyai aspek sosioekonomi. Aset jenis sosioekonomi yang ketara boleh didapati
dalam kategori awqaf umum, yang mana tiga tanah waqf digunakan untuk membina
property untuk tujuan kediaman dan komersial. Aset-aset yang selebihnya,
19
kebanyakannya adalah berkaitan dengan masjid dan tujuan keagamaan yang lain.
Jikalau kita ingin awqaf memainkan peranan yang besar dalam menghapuskan
kemiskinan dan pembangunan infrastruktur yang bersesuaian untuk kegunaan umum,
adalah menjadi amat penting untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai
awqaf sebagai satu pilihan, iaitu dalam konteks sosioekonomi.
Jadual 5 Awqaf yang didaftarkan di Brunei Darussalam.
Awqaf Khas
Aset Jenis Bilangan Awqaf %
Berkaitan dengan
Masjid Masjid 7
Tanah 22
Jalan raya 2
Peralatan 19
Hawa dingin 28
Tempat letak kereta 2
Lain lain 4 84 74%
Berkaitan dengan
perkuburan Kenderaan 19
Tanah 2
Jalan raya 2 23 20%
Berkaitan dengan
Sekolah Ugama Tanah 1
Peralatan 1 2 2%
Lain-lain 4 4%
113 100%
Awqaf Am
Aset Jenis Bilangan Awqaf %
Tanah Tidak Diketahui 3 43%
Rumah Kediaman 2 29%
Bangunan Komersial 1 14%
Masjid 1 14%
7 100%
Waqf Berkaitan dengan Wang
Aset Jenis BND %
Cash Berkaitan dengan Masjid 1,836,781.00 99.98%
Lain-lain 400.00 0.02%
1,837,181.00 100%
Sumber: Senarai Aset-Aset Awqaf, diperolehi daripada
MUIB (September 2010).
METODOLOGI
Kajian ini melibatkan temu bual berstruktur (semi-structured interview) dengan 431
orang responden; 215 orang responden terdiri daripada penerima bantuan kebajikan
20
dan 216 orang responden yang tidak menerima bantuan kebajikan sama sekali.
Hampir kesemua penerima bantuan kebajikan terdiri daripada penerima zakat, iaitu
kutipan zakat dari MUIB. Dalam kajian ini, responden yang menerima bantuan
kebajikan dikenali sebagai kumpulan net deficit, manakala responden yang tidak
menerima kebajikan adalah kumpulan net surplus.
Sampel untuk kaji selidik terdiri daripada daerah Brunei-Muara,6
menggunakan
"non-probability sampling", iaitu quota sampling dan purposive sampling. Walaupun
probability sampling amat diberi keutamaan secara umum, oleh sebab mempunyai
aspek representasi kepada penduduk yang dikaji (Bryman, 2008), ada beberapa situasi
yang mana probability sampling tidak praktikal atau wajar (Trochim, 2006). Ini
termasuklah situasi tiada sampling frame yang wujud atau apabila penyelidik perlu
menggunakan responden yang hanya boleh disediakan untuk beliau (Jupp, 2006).
Dalam kaji selidik ini, sampel untuk net surplus jatuh ke dalam kategori tersebut;
adalah sukar untuk menggunakan probability sampling kerana tiada senarai net
surplus atau sampling frame yang dapat diperolehi. Walaupun net surplus boleh
dipastikan menggunakan cluster atau area sampling, kos dan kekangan sumber
memainkan peranan yang penting. Zikmund (1991) menekankan kepentingan masa
dan sumber kekangan, terutamanya sekatan ke atas sumber-sumber kewangan,
manusia dan tarikh akhir kaji selidik, sebagai pertimbangan praktikal dalam mana-
mana penyelidikan.
Setelah mempertimbangkan had sumber kewangan dan manusia, kaedah non-
probability sampling dianggap sesuai untuk kumpulan net surplus. Dalam memilih
kaedah non-probability sampling yang optima, pertimbangan utama adalah untuk
mengurangkan bias secara sistematik daripada responden yang dipilih, seperti
menemuduga mereka yang paling rapat atau paling mudah untuk ditemuduga. Oleh
21
itu, quota sampling berhubung dengan mukim-mukim di daerah Brunei-Muara
dipilih. Menggunakan quota sampling bukan sahaja mengurangkan bias sistematik
yang dinyatakan di atas, tetapi untuk membantu mengelakkan oversampling dari
sesebuah mukim, responden mungkin mempunyai ciri-ciri tertentu yang berbeza
daripada mukim lain, seperti mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan
sebagainya.
Untuk menilai persepsi responden mengenai zakat di Brunei, soalan berikut
diajukan:
Kenyataan manakah yang sering dihubungkaitkan di Brunei, dengan istilah "zakat"?
(Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan).
(a) Zakat fitrah
(b) Zakat ke atas amanah saham/dana bersama (Mutual fund)
(c) Zakat emas
(d) Zakat ke atas wang dalam akaun simpanan
(e) Zakat ke atas akaun TAP7
(f) Tidak tersenarai di atas
(g) Saya tidak tahu
Dalam menentukan tahap kefahaman mengenai zakat, empat soalan diajukan,
dengan pilihan untuk menjawab “Ya”, “Tidak” atau “Tidak pasti”; soalan-soalan ini,
bersama jawapan yang betul, disenaraikan di bawah.
1. Bolehkah zakat diberikan kepada penerima zakat untuk penggunaan peribadi/
keperluan rumah? Ya
2. Bolehkah zakat dipinjamkan kepada penerima zakat untuk penggunaan peribadi/
keperluan rumah? Tidak
3. Bolehkah zakat diberikan kepada penerima zakat untuk penggunaan perniagaan? Ya
4. Bolehkah zakat dipinjamkan kepada penerima zakat untuk penggunaan perniagaan?
Tidak
Soalan yang diajukan untuk menilai persepsi responden terhadap awqaf adalah:
Kenyataan manakah yang sering dihubungkaitkan di Brunei, dengan istilah "Wakaf"?
(Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan).
(a) Sumbangan wang untuk membina atau menyelenggara masjid.
(b) Sumbangan buku-buku keugamaan, umpamanya naskhah Yassin.
(c) Dermaan wang tunai
(d) Perpustakaan yang dibina di kawasan pedalaman hasil sumbangan masyarakat.
22
(e) Pusat membeli belah yang dibina hasil sumbangan derma.
(f) Tidak tersenarai di atas
(g) Saya tidak tahu
Ini diikuti dengan empat soalan menentukan tahap kefahaman mengenai awqaf.
Soalan tersebut bersama jawapan yang tepat adalah seperti yang berikut:
1. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf diberikan kepada penerima wakaf untuk
penggunaan peribadi/ keperluan rumah? Ya
2. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf dipinjamkan kepada penerima wakaf untuk
penggunaan peribadi/ keperluan rumah? Ya
3. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf diberikan kepada penerima wakaf untuk
penggunaan perniagaan? Ya
4. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf dipinjamkan kepada penerima wakaf untuk
penggunaan perniagaan? Ya
Dalam kajian ini, ujian Pearson’s chi-square digunakan untuk menentukan tahap
statistical significance terhadap elemen yang dikaji, terutama sekali jawapan kepada
soalan-soalan di antara kumpulan net surplus dan net deficit. Secara umum, dengan
memahami statistical significance tersebut akan mengetengahkan konteks
perbincangan dalam bahagian hasil kajian antara kumpulan net surplus dan net deficit.
HASIL KAJIAN
Persepsi mengenai Zakat
Jadual 6 menunjukkan jawapan responden dalam mengenal pasti jenis zakat yang
sering kali dihubungkaitkan di Brunei dengan istilah "zakat"; dua corak utama adalah
jelas. Pertama, istilah “zakat” lebih dikaitkan dengan jenis zakat tradisional atau
mengikut sejarah seperti zakat fitrah dan zakat emas, berbanding dengan bentuk
kekayaan yang kontemporari seperti amanah saham (mutual fund) dan dana simpanan
pekerja yang dikenali sebagai Tabung Amanah Pekerja (TAP). Penemuan ini
melibatkan kedua-dua kumpulan, net surplus dan net deficit. Sebagai contoh, dari segi
zakat fitrah, peratusan daripada net surplus dan net deficit yang sering mengaitkan
zakat dengan zakadua melibatkan kadar net surplus yang mengaitkan istilah “zakat”
23
dengan kelima-lima bentuk berbanding dengan kumpulan net deficit. Perbezaan yang
paling ketara adalah zakat ke atas emas di mana kira-kira dua pertiga daripada
responden net surplus menyatakan zakat ke atas emas adalah sering yang dikenal pasti
di Brunei, berbanding dengan kurang daripada separuh daripada kumpulan net deficit.
Perbezaan antara kedua-dua kumpulan adalah signifikan secara statistik, kerana p-
value adalah kurang daripada satu peratus.
Jadual 6 Kefahaman istilah zakat (n = 431).
Jenis zakat manakah yang sering kali dikaitkan dengan istilah zakat?
Zakat
fitrah
Zakat ke
atas emas
Zakat ke atas
wang dalam
akaun simpanan
Zakat ke
atas
mutual funds
Zakat ke
atas
Akaun TAP
Tiada
yang
tersenarai
Saya
tidak
pasti
Net Surplus 212 148 97 41 25 1 1
(98%) (68.5%) (45%) (19%) (12%) (0.5%) (0.5%)
Net Deficit 207 92 70 34 24 2 4
(96%) (43%) (33%) (16%) (11%) (1%) (2%)
Jumlah 419 240 167 75 49 3 5
(97%) (56%) (39%) (17%) (11%) (1%) (1%)
Chi-
Square:
1.391 28.902 6.924 .752 .018 - -
df 1 1 1 1 1 - -
p-value > .05 < .001 < .05 > .05 > .05 - -
Kefahaman mengenai Zakat
Seperti yang disenaraikan sebelum ini, soalan-soalan zakat menyentuh pemahaman
responden sama ada zakat boleh diberikan atau dipinjamkan untuk keperluan rumah
dan bagi tujuan perniagaan.
Jadual 7 hingga Jadual 10 menunjukkan jawapan yang pada dasarnya menilai
pengetahuan responden terhadap agihan zakat. Dalam Jadual 7 dan Jadual 8,8
responden ditanya sama ada zakat boleh diberi atau dipinjamkan kepada penerima
24
yang berhak untuk penggunaan peribadi/keperluan rumah. Majoriti kedua-dua
kumpulan responden menjawab dengan tepat, iaitu percaya bahawa memberi zakat
untuk keperluan peribadi boleh diterima, manakala pinjaman zakat kepada penerima
untuk tujuan yang sama tidak boleh dilakukan. Tiada perbezaan statistik antara kedua-
dua kumpulan, seperti yang ditunjukkan dalam chi-square.
Jadual 7 Memberi zakat untuk keperluan peribadi/rumah.
Bolehkah zakat diberikan untuk keperluan
peribadi?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net
Surplus
161 30 25 216 X2 =
(75%) (14%) (12%) (100%) 2.211
Net
Deficit
169 20 26 215
(79%) (9%) (12%) (100%) df = 2
Jumlah 330 50 51 431
(77%) (12%) (12%) (100%) p>.05
Jadual 9 dan Jadual 10 menunjukkan respons kepada persoalan sama ada zakat
boleh diberikan atau dipinjamkan untuk keperluan perniagaan. Sama dengan respons
kepada soalan penggunaan zakat untuk keperluan rumah, bilangan majoriti menjawab
dengan betul bahawa zakat boleh diberikan untuk keperluan perniagaan, sebaliknya
tidak boleh dipinjamkan untuk perniagaan.
Jadual 8 Pinjaman zakat untuk keperluan peribadi/rumah.
Bolehkah zakat dipinjamkan untuk
keperluan peribadi?
Ya Tidak Tidak
Pasti
Jumlah Chi-Square
Net Surplus 28 137 51 216 X2 =
(13%) (63%) (24%) (100%) 4.388
Net Deficit 44 126 45 215
(20%) (59%) (21%) (100%) df = 2
Jumlah 72 263 96 431
(17%) (61%) (22%) (100%) p>.05
25
Walau bagaimanapun, peratusan mereka yang menjawab dengan betul lebih
rendah berbanding dengan yang menjawab dengan betul dalam konteks keperluan
peribadi/rumah. Sebagai contoh, hanya kira-kira separuh daripada responden
menjawab bahawa zakat boleh diberikan untuk keperluan perniagaan, berbeza dengan
sekitar tiga suku yang memberikan jawapan yang betul dalam konteks keperluan
peribadi/rumah (seperti yang ditunjukkan sebelum ini dalam Jadual 7). Lebih khusus
lagi, keputusan chi-square menunjukkan kumpulan net deficit lebih cenderung
menyatakan zakat boleh diberikan dan dipinjamkan bagi keperluan perniagaan,
berbanding dengan kumpulan net surplus.
Jadual 11 dan 12 menunjukkan dengan lebih lanjut kefahaman responden terhadap
zakat. Jadual 11 adalah markah purata jawapan tepat; markah kedua-dua kumpulan
net surplus dan net deficit adalah lebih kurang sama, iaitu hanya lebih separuh
daripada soalan-soalan atau kira-kira dua soalan telah dijawab dengan betul oleh
semua responden.
Jadual 9 Memberi zakat untuk keperluan perniagaan.
Bolehkah zakat diberikan untuk keperluan
perniagaan?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net Surplus 108 48 60 216 X2 =
(50%) (22%) (28%) (100%) 9.883
Net Deficit 124 58 33 215
(58%) (27%) (15%) (100%) df = 2
Jumlah 232 106 93 431
(54%) (25%) (22%) (100%) p>.05
Jadual 10 Pinjaman zakat untuk keperluan perniagaan.
Bolehkah zakat dipinjamkan untuk keperluan
perniagaan?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net Surplus 46 102 68 216 X2 =
(21%) (47%) (31%) (100%) 9.868
Net Deficit 75 85 55 215
(35%) (40%) (26%) (100%) df = 2
Jumlah 121 187 123 431
(28%) (43%) (29%) (100%) p>.05
26
Jadual 11 Markah purata bagi jawapan lengkap terhadap zakat.
Markah Purata (0 - 4)
Net Surplus 2.35
Net Deficit 2.34
Jadual 12 memaparkan peratusan responden yang menjawab kesemua soalan
dengan betul. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual tersebut, bagi kedua-dua
kumpulan responden, hanya kira-kira satu perlima menjawab keempat-empat soalan
dengan betul, manakala selebihnya menjawab sekurang-kurangnya satu jawapan yang
salah.
Jadual 12 Purata soalan asas zakat yang dijawab dengan betul.
Semua soalan
dijawab dengan
betul
Sekurang-kurangnya
satu jawapan salah
Jumlah
Net Surplus 43 173 216
(20%) (80%) (100%)
Net Deficit 38 177 215
(18%) (82%) (100%)
Jumlah 81 350 431
(19%) (81%) (100%)
Persepsi mengenai Awqaf
Apabila responden ditanya bentuk awqaf apakah yang biasanya terdapat di Brunei,
seperti yang terpapar pada Jadual 13, kebanyakan responden menyatakan awqaf
berkaitan dengan keagamaan sebagai awqaf yang lebih dikenali di Brunei, berbanding
dengan awqaf yang berkaitan dengan aspek sosioekonomi. Sebagai contoh, kira-kira
80 peratus daripada semua responden menyatakan awqaf sering dihubungkaitkan
dengan membangunkan atau mengekalkan masjid, atau menderma buku-buku agama
seperti Yassin. Sebaliknya, kira-kira empat peratus menjawab awqaf sebagai
penggunaan dana untuk membina pusat beli-belah, dan 22 peratus menyamakannya
dengan pembinaan perpustakaan di kawasan luar bandar.
27
Jadual 13 Kefahaman istilah awqaf (n = 431).
Jenis zakat manakah yang seringkali dikaitkan dengan istilah „wakaf’?
Dana untuk
membangun/
mengekalkan
masjid
Derma
buku-
buku
agama
Derma
wang
tunai
(cash
endow-
ment)
Pembinaan
perpustaka-
an luar
bandar
Pusat
beli-
belah
Tiada
yang
tersena
rai
Saya
tidak
pasti
Net Surplus 177 185 95 57 7 2 2
(82%) (86%) (44%) (26%) (3%) (1%) (1%)
Net Deficit 165 151 111 39 10 5 17
(77%) (70%) (52%) (18%) (5%) (2%) (8%)
Jumlah 342 336 206 96 17 7 19
(79%) (78%) (48%) (22%) (4%) (2%) (4%)
Chi-Square:
1.778 14.901 2.525 4.235 .566 - -
df 1 1 1 1 1 - -
p-value > .05 < .001 > .05 < .05 > .05 - -
Kefahaman mengenai Awqaf
Jadual 14 – Jadual 179 menunjukkan jawapan soalan-soalan pemahaman responden
berkaitan dengan penggunaan hasil awqaf. Jadual 14 menunjukkan bahawa lebih
separuh daripada responden menjawab dengan betul bahawa hasil awqaf boleh
diberikan kepada penerima awqaf untuk penggunaan peribadi atau mendapatkan
keperluan rumah. Walau bagaimanapun, bagi soalan berkaitan dengan pinjaman hasil
awqaf, sama ada untuk penggunaan peribadi/isi rumah atau perniagaan, Jadual 15 dan
Jadual 17 menunjukkan bahawa majoriti responden (sekitar 40 peratus) menjawab
dengan salah soalan-soalan tersebut, iaitu menyatakan bahawa hasil daripada awqaf
tidak boleh dipinjamkan untuk peribadi ataupun keperluan perniagaan.
Jadual 14 Memberi hasil awqaf untuk keperluan peribadi/rumah.
Bolehkah awqaf diberikan untuk keperluan
peribadi?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net Surplus 112 49 55 216 X2 =
(52%) (23%) (26%) (100%) .862
Net Deficit 121 45 49 215
(56%) (21%) (23%) (100%) df = 2
Jumlah 233 94 104 431
(54%) (22%) (24%) (100%) p>.05
28
Dari segi memberikan hasil awqaf untuk tujuan perniagaan, responden dari kedua-
dua kumpulan tidak pasti dengan keharusannya, seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 16, iaitu kira-kira satu pertiga daripada responden menjawab sama ada “Ya”,
“Tidak” atau “Tidak pasti”.
Jadual 15 Pinjaman hasil awqaf untuk keperluan peribadi.
Bolehkah awqaf dipinjamkan untuk
keperluan peribadi?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net Surplus 57 94 65 216 X2 =
(26%) (44%) (30%) (100%) 1.902
Net Deficit 66 80 69 215
(31%) (37%) (32%) (100%) df = 2
Jumlah 123 174 134 431
(29%) (40%) (31%) (100%) p>.05
Jadual 16 Memberi hasil awqaf untuk keperluan perniagan.
Bolehkah awqaf diberikan untuk keperluan
perniagaan?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net Surplus 75 62 79 216 X2 =
(35%) (29%) (37%) (100%) .862
Net Deficit 73 74 68 215
(34%) (34%) (32%) (100%) df = 2
Jumlah 148 136 147 431
(34%) (32%) (34%) (100%) p>.05
Jadual 18 dan 19 memberikan maklumat lanjut berkenaan kefahaman responden
terhadap awqaf. Jadual 18 menunjukkan jumlah markah jawapan tepat oleh kumpulan
net surplus dan net deficit. Kedua-dua kumpulan mempunyai markah yang rendah
dalam menjawab keempat-empat soalan awqaf, dengan markah purata jauh di bawah
angka 2. Dalam erti kata lain, responden daripada kedua-dua kumpulan itu menjawab
dengan betul sekitar satu soalan (daripada empat soalan) berkaitan dengan awqaf.
29
Jadual 17 Pinjaman hasil awqaf untuk keperluan perniagaan.
Bolehkah awqaf dipinjamkan untuk
keperluan perniagaan?
Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square
Net Surplus 47 85 84 216 X2 =
(22%) (39%) (39%) (100%) 1.716
Net Deficit 54 90 71 215
(25%) (42%) (33%) (100%) df = 2
Jumlah 101 175 155 431
(23%) (41%) (36%) (100%) p>.05
Jadual 18 Markah purata bagi jawapan lengkap mengenai awqaf.
Markah Purata (0 - 4)
Net Surplus 1.35
Net Deficit 1.46
Jadual 19 memberikan peratusan responden yang menjawab kesemua soalan
dengan betul; hanya 13 peratus daripada net surplus dan 10 peratus daripada net
dificit menjawab keempat-empat soalan dengan betul.
Jadual 19 Purata soalan asas awqaf yang dijawab dengan betul.
Semua soalan
dijawab dengan
betul
Sekurang-
kurangnya satu
jawapan salah
Jumlah
Net Surplus 28
(13%)
188
(87%)
216
(100%)
Net Deficit 21
(10%)
194
(90%)
215
(100%)
Jumlah 49
(11%)
382
(89%)
431
(100%)
PERBINCANGAN
Menentukan Zakat untuk Jenis Aset Kontemporari
Jadual 6 menekankan bahawa istilah zakat sering dihubungkaitkan dengan zakat yang
berbentuk tradisional atau mengikut sejarah, seperti zakat fitrah dan zakat pada emas
berbanding dengan bentuk kontemporari, seperti amanah saham dan wang simpanan
pekerja. Pandangan ini terdapat untuk kedua-dua kumpulan net surplus dan net
deficit.
30
Seperti yang diterangkan dalam perbincangan sebelum ini, Kahf (1997) dan
(Ahmed 2004) menyatakan bahawa negara, seperti Arab Saudi, Pakistan dan Yaman
diketahui menggunakan zakat yang berbentuk tradisi atau mengikut sejarah sahaja,
berbanding dengan zakat jenis aset kontemporari yang mempunyai nisbah "zakat-to-
gross domestic products" yang rendah. Memandangkan keputusan dalam Jadual 6,
kebimbangan atau nisbah ini juga boleh terkandung untuk Brunei. Oleh itu, perlunya
dipertimbangkan jika bentuk kekayaan kontemporari, seperti amanah saham,
kumpulan wang simpanan pekerja dan takaful yang berkaitan dengan simpanan
dikenakan zakat; dengan tujuan utama untuk memenuhi tanggungjawab seseorang
sebagai pembayar zakat, selaras dengan tujuan zakat.
Hal ini secara langsung memberi potensi untuk meningkatkan saiz dana zakat bagi
menjalankan program-program yang bersesuaian untuk asnaf zakat. Selain daripada
keperluan untuk memenuhi tujuan zakat, kepentingan menganalisis zakatability
bentuk-bentuk aset kontemporari juga terletak pada konsep keadilan. Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, al-Qardawi (n.d.-a) menonjolkan pertimbangan perundangan
zakat ke atas produk pertanian; yang menimbulkan persoalan bagaimana dikatakan
adil jika seorang petani membayar zakat ke atas keluaran pertanian beliau, manakala
profesional yang boleh memperolehi jumlah yang lebih tinggi tidak membayar zakat
ke atas pendapatan yang diperolehinya.
Meneroka Jenis Awqaf yang Mempunyai Aspek Sosioekonomi
Dari segi awqaf, Jadual 13 menunjukkan bahawa kebanyakan responden, sama ada
net surplus atau net deficit, lebih biasa dengan jenis awqaf yang berbentuk
keagamaan, seperti masjid dan derma buku-buku agama, berbanding dengan awqaf
yang mengandungi aspek sosioekonomi.
31
Walaupun awqaf keagamaan penting, kekurangan pengetahuan dan kenal pasti
akan jenis awqaf filantropi atau pelaburan yang berunsurkan sosioekonomi
memerlukan perhatian. Awqaf terdapat di dalamnya fleksibiliti dari segi menyatakan
siapakah yang boleh menjadi benefisiari atau mendapat hasil daripada awqaf tersebut;
ini termasuklah fakir miskin, anak-anak yatim piatu ataupun orang ramai secara am.
Di samping itu, fleksibiliti juga wujud dari segi tujuan waqf; waqf untuk sesuatu aset
bergantung kepada niat pemberi waqf, seperti pembasmian kemiskinan, biasiswa
pendidikan anak yatim piatu dan lain-lain selagi tidak bertentangan dengan syariah.
Salah satu lagi fleksibiliti yang wujud terletak pada benda atau korpus yang
disumbangkan, yang mana tidak terhad pada suatu aset sahaja; boleh dikategorikan
sebagai waqf sementara atau waqf kekal. Ciri-ciri harta awqaf yang dinyatakan
sebelum ini, di samping tarikan rohani dalam pemberian awqaf sebagai sadaqah
jariyah, bermakna bahawa jika bentuk sosioekonomi awqaf boleh diterokai di negara
Brunei secara mendalam, terdapat potensi manfaat yang melangkaui keperluan sosial,
sehingga ke hasil ekonomi, seperti menghasilkan pekerjaan dan mengeluarkan hasil
pendapatan daripada aset waqf tersebut. Secara tidak langsung, hal ini merealisasikan
awqaf yang mempunyai unsur sosioekonomi untuk membangunkan infrastruktur
awam yang biasanya dikendalikan dengan harta kerajaan. Dalam keadaan ekonomi
yang semakin mencabar dan kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa,
penglibatan jenis awqaf ini untuk membangunkan infrastuktur akan memainkan
peranan yang lebih mendalam kepada ekonomi dan infrastruktur negara. Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, infrastruktur tersebut boleh termasuk pembinaan dan
pemeliharaan jalan raya, sekolah, perpustakaan dan lain-lain, mengikut keperluan
masyarakat dan negara.
32
Oleh itu, sama seperti penelitian zakatability bentuk kontemporari aset yang
diterangkan sebelum ini, perlunya pihak berkuasa yang berkaitan, seperti fuqaha dan
ulama di Brunei untuk menyediakan garis panduan dan maklumat lanjut mengenai
aspek-aspek awqaf, terutamanya awqaf yang berkaitan dengan aspek sosioekonomi
negara.
Pengetahuan Am mengenai Zakat dan Awqaf
Hasil kajian daripada pengetahuan aspek zakat dan awqaf menunjukkan pemahaman
zakat dan awqaf oleh kedua-dua kumpulan responden adalah rendah. Sebagai contoh,
apabila empat soalan asas yang mengukur fahaman zakat diajukan, keputusan yang
dipaparkan dalam Jadual 12 menunjukkan bahawa hanya kira-kira 20 peratus daripada
kedua-dua kumpulan menjawab keempat-empat soalan dengan betul, yang
mengesahkan pemahaman rendah pada aspek zakat. Dari segi awqaf pula, apabila
empat soalan mengukur kefahaman responden harta-harta awqaf diajukan, Jadual 19
menunjukkan hanya kira-kira 10 peratus daripada kedua-dua kumpulan menjawab
soalan tersebut dengan betul.
Daripada satu aspek, pemahaman zakat dan awqaf yang lemah bagi responden
dalam kajian ini tidak menghairankan kerana menunjukkan hasil yang sama dengan
kajian yang lampau. Sebagai contoh, Masri (2007) mendapati bahawa hanya kira-kira
13 peratus daripada responden dalam kajian beliau menjawab dengan betul akan nisab
zakat harta, manakala hanya 45 peratus menjawab kadar zakat adalah 2.5 peratus; dan
dua pertiga menyatakan kedua-dua zakat fitrah dan zakat harta sebagai wajib dalam
Islam. Dalam kajian lain, Ali (2008) mendapati hanya 40 peratus responden dapat
mengira zakat yang patut dibayar dalam tiga senario yang berkaitan dengan zakat ke
atas simpanan, saham syarikat dan emas.
33
Salah satu aspek penting daripada kajian ini adalah mengenal pasti akibat
pemahaman rendah tentang zakat dan awqaf. Dari segi zakat, akibat pemahaman
zakat yang rendah akan membawa kepada jumlah kutipan zakat yang rendah,
berbanding potensi sebenar. Akibat ini selari dengan kajian-kajian yang lain, seperti
dalam kajian Ali (2008) yang menunjukkan bahawa kekurangan pengetahuan
mengenai zakat bermakna 82 peratus, 77 peratus dan 76 peratus daripada responden
tidak membayar zakat daripada pendapatan bersih hartanah sewa, zakat bagi
emas/barang kemas, dan dari saham syarikat, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.
Dari segi awqaf, kekurangan pengetahuan mengenainya, terutama awqaf yang
berbentuk filantropi atau pelaburan dapat dilihat dengan jelas daripada senarai jenis
aset awqaf yang berdaftar dengan MUIB. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5,
selain daripada tiga tanah waqf, kesemua aset awqaf yang berdaftar ialah awqaf
keagamaan.
Secara keseluruhannya, jika zakat dan awqaf memainkan peranan yang berkesan
bagi masyarakat Islam seperti, di negara Brunei, adalah perlu untuk meningkatkan
kefahaman orang ramai tentang potensi awqaf, khususnya penghasilan kepada
sosioekonomi dan penjanaan pendapatan. Di samping itu, pembayar zakat yang
mempunyai lebih pengetahuan akan dapat memenuhi tanggungjawab untuk
membayar bukan sahaja jenis zakat yang dianggap tradisional atau mengikut sejarah,
tetapi juga aset-aset kontemporari yang memenuhi syarat-syarat zakat.
KESIMPULAN
Tidak dinafikan, dalam sejarah Islam, zakat dan awqaf telah memainkan peranan
penting dalam masyarakat, daripada pembasmian kemiskinan kepada pembangunan
34
kemudahan awam. Untuk meningkatkan peranan zakat dan awqaf di negara Brunei,
hasil kajian ini menunjukkan cabaran untuk meningkatkan pemahaman zakat dan
awqaf, serta meneroka zakatability aset kontemporari dan memperbanyak lagi awqaf
yang mempunyai unsur-unsur sosioekonomi, terutamanya dalam keadaan
antarabangsa yang kian mencabar.
Untuk kajian masa hadapan dalam bidang ini, terutamanya dalam kajian kes di
Brunei, para pengkaji boleh mempertimbangkan tahap pengetahuan dan persepsi
kedua-dua konsep yang menggunakan representative sampling. Pertimbangan lain
adalah menilai tahap kefahaman atau persepsi mengenani zakat dan awqaf dari masa
ke masa, untuk memastikan sama ada pengetahuan dan persepsi bertambah baik, atau
sebaliknya.
NOTA
1. Unit berkaitan dengan dolar antarabangsa semasa, dan pariti kuasa beli (purchasing
power parity).
2. Baki penduduk adalah Buddha (13 peratus), Kristian (10 peratus) dan orang-orang
yang menganut agama lain (10 peratus) .
3. Klasifikasi kekayaan dalam stock dan bentuk aliran membantu untuk
menggambarkan bahawa syarat haul (pemilikan kekayaan dalam masa satu tahun
lunar) tidak memainkan peranan apabila kekayaan dicapai menerusi "aliran
pendapatan". Dengan erti kata lain, harta dari aliran pendapatan (harta rampasan
perang, hasil pertanian dan pendapatan profesional) adalah dikenakan zakat apabila
diperolehi, dan tiada peredaran masa diperlukan.
4. Mengikut laporan Muslim, Tirmidhi, Abu Dawud, Nasa‟I dan Ibn Majah. Sila rujuk
Ahmed (2004:28) dan Haqqi (1999:189).
5. Walau bagaimanapun pada tahun 2009, Majlis Fiqh Academy telah menerima
bentuk "sementara" awqaf (temporary awqaf).
6. Daerah Brunei-Muara mempunyai saiz penduduk yang terbesar, dengan kira-kira
70 peratus daripada penduduk Brunei yang tinggal di daerah itu. Sebagai contoh,
pada tahun 2008, daerah Brunei-Muara mempunyai saiz penduduk 276 600
berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk 398 000 (Jabatan Perangkaan,
2009).
7. TAP merujuk Tabung Amanah Pekerja, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
dimestikan untuk semua pekerja di Brunei.
8. Antara soalan berkaitan dengan zakat, dua jadual ini sahaja yang didapati tidak
mempunyai statistical significance. Dengan erti kata lain, tidak ada perbezaan
statistik antara kedua-dua kumpulan responden.
9. Bagi kesemua empat jadual, keputusan chi-square tidak berbeza dari segi
statistical significance; ini menunjukkan kedua-dua kumpulan tidak memberikan
jawapan yang berbeza.
35
RUJUKAN
Ahmed, Habib, 2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic
Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute.
Aji Haqqi, Abdurrahman Raden, 1999. The Philosophy of Islamic Law of Transactions. Kuala
Lumpur: Univision Press.
Ali, Dk Hjh Norulazidah Pg Hj. Omar, 2008. Theoretical Studies and an Empirical
Investigation of the System of Zakat.The University of Exeter.
al-Qardawi, Yusuf (n.d.-a). "Fiqh Al Zakah" (Volume 1).
(http://monzer.kahf.com/books/english/fiqhalzakah_vol1.pdf>.
al-Qardawi, Yusuf (n.d.-b). "Fiqh Al Zakah" (Volume
2).http://monzer.kahf.com/books/english/fiqhalzakah_vol2.pdf>.
Al-Zarqa, M. Anas. "Financing and Investment in Awqaf Projects: A non Technical
Introduction" dlm. Islamic Economic Studies, 1(2), 55-62, 1994.
Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, 2008. "Pengenalan Zakat Harta". http://www.zakat-
muib.gov.bn/subindex.asp?id=A084_08 pada 30 November 2010.
"Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu
Alternatif", 2010. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/bayaran-zakat-kumpulan-
wang-simpanan-pekerja-kwsp-sejurus-pengeluaran-satu-alternat. Dicapai pada 29 Julai
2010.
Boudjellal, Mohammed. "The Need for a New Approach to the Role in Socioeconomic
Development of Waqf in the 21st Century" dlm. Review of Islamic Economics, 12(2), 125-
136, 2008.
Brunei Economic Development Board (n.d.). "Introducing Brunei". (Atas Talian). Dicapai
daripada http://www.bedb.com.bn/why_intro.html pada 24 November 2010.
Bryman, Alan, 2008. Social Research Methods. New York: Oxford University Press Inc.
Central Intelligence Agency. "The World Factbook: Brunei".
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/bx.html. Dicapai pada
26 Februari 2013.
Chapra, Muhammad Umar, 1979. Objectives of the Islamic Economic Order. Leicester: The
Islamic Foundation.
Chapra, Muhammad Umer, 1985. Towards a Just Monetary System. Leicester: The Islamic
Foundation.
Cizakca, Murat. "Awqaf in History and its Implications for Modern Islamic Economies" dlm.
Islamic Economic Studies, 6(1), 43-70,1998.
Department of Statistics, Department of Economic Planning and Development (JPKE), 2009.
Brunei Darussalam Statistical Yearbook 2008.
Garman, E. Thomas, dan Forgue, Raymond E., 2008. Personal Finance. Mason: South-
Western, Cengage Learning.
Hoexter, Miriam. "Waqf Studies in the Twentieth Century: The State of the Art" dlm.
Journal of the Economic and Social History of the Orient, 41(4), 474-495, 1998.
"How to Calculate Zakat on Shares", 2010. (Atas Talian). Dicapai daripada
http://www.muis.gov.sg/cms/services/zkt.aspx?id=13966&LangType=1033 pada 28 Julai
2010.
Islamic Development Bank dan Islamic Fiqh Academy, 2000. Resolutions and
Recommendations of the Council of the Islamic Fiqh Academy 1985-2000. Jeddah: Islamic
Development Bank and Islamic Fiqh Academy.
Jupp, Victor (Ed.), 2006. The Sage Dictionary of Social Research Methods. London: Sage
Publications.
Kahf, Monzer. "Zakat: Unresolved Issues in the Contemporary Fiqh" dlm. Journal of Islamic
Economics, 2(1), 1-22, 1989.
Kahf, Monzer, 1995. "Waqf". dlm. Esposito, John (Ed.), The Oxford Encyclopedia of the
Modern Islamic World. Oxford: Oxford University Press.
36
Kahf, Monzer, 1997. "Introduction". dlm Monzer, Kahf (Ed.), The Economics of Zakah.
Jeddah: Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank, dlm. Ahmed,
Habib, 2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic
Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute.
Kahf, Monzer, 2000a. "al Waqf al Islami, Tatawwuruh, Idaratuh, Tanmiyatuh" (Islamic Waqf,
its Growth, Management and Development) dlm. Ahmed, Habib, 2004 Role of Zakah and
Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic Development Bank Group, Islamic
Research & Training Institute.
Kahf, Monzer, 2000b. Zakah Management in Some Muslim Countries. Jeddah: Islamic
Research and Training Institute, Islamic Development Bank.
Kahf, Monzer, 2003. The Role of Waqf in Improving the Ummah Welfare. Kertas kerja
dalam International Seminar on „Waqf as a Private Legal Body‟, anjuran Islamic
University of North Sumatra on 6th-7th January 2003, Medan, Indonesia.
Kahf, Monzer, 2007. "The Calculation of Zakah: For Muslims in North America".
http://monzer.kahf.com/books/english/Calculation_of_Zakah_-_revised_July_2007.pdf.
Kahf, Monzer (n.d.). "Waqf: A Quick Overview". (Atas Talian). Dicapai daripada
http://monzer.kahf.com/papers.html> pada 22 Disember 2009.
Majlis Ugama Islam, 2008. Kuasa, Tugas dan Tanggungjawab. Negara Brunei Darussalam.
Majlis Ugama Islam (n.d.). Zakat Perniagaan. Negara Brunei Darussalam.
Masri, Sri Anne Sarmila Haji, 2007. "Critical Analysis of Zakat Management in Brunei
Darussalam: Focusing on Poverty Alleviation". Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Brunei
Darussalam.
Mittra, Sid, Potts, Tom, dan LaBrecque, Leon, 2005. Practicing Financial Planning for
Professionals. Michigan: RH Publishing.
Mutual Fund, 2003. "In the New Penguin Business Dictionary".
http://www.credoreference.com/entry/penguinbus/mutual_fund. Dicapai pada 25 Februari
2013.
OIC Fiqh Academy (19th Session) (n.d.). "Endowing Shares, Sukuk, Material Rights &
Benefits". http://www.isra.my/mediacentre/downloads/finish/20/73/0.html>.Dicapai pada
21 Oktober 2010.
Peratoran Zakat dan Fitrah, 1969. Peratoran Zakat Dan Fitrah 1969: Di Bawah Undang-
undang Ugama Dan Makhamah2 Kathi 1955.
Poverty, 2006. "In the Penguin Dictionary of Sociology".
http://www.credoreference.com/entry/penguinsoc/poverty>. Dicapai pada 25 November
2010.
Rahman, Mushfiqur, 2003. Zakat Calculation: Primarily Based on Fiqh uz-Zakat by Yusuf al-
Qardawi. Leicester: The Islamic Foundation.
Sadeq, Abu Al-Hasan, 2002. A Survey of the Institution of Zakat: Issues, Theories and
Administrstion. Jeddah: Islamic Research Training Institute, Islamic Development Bank.
Sapar, Awang Haji Abdul Wahab Haji, 2010. Pengelolaan Zakat di Negara Brunei
Darussalam. Negara Brunei Darussalam.
Shirazi, Nasim Shah. "Providing for the Resource Shortfall for Poverty Elimination Through
the Institution of Zakat in Low Income Muslim Countries" dlm. IIUM Journal of
Economics and Management, 14(1), 1-27, 2006.
Siddiqi, M. Nejatullah, 1996. Role of the State in the Economy: An Islamic Perspective.
Leicester: The Islamic Foundation.
The Statistical Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries,
2012. Education and Scientific Development in the OIC Member Countries 2012/2013.
Ankara: SESRIC.
Trochim, William M.K., 2006. "Research Methods Knowledge Base".
http://www.socialresearchmethods.net/kb/. Dicapai pada 09 Februari 2011.
37
UNDP, 2013. "Human Development Report 2013". (Atas
Talian).http://hdrstats.undp.org/images/explanations/BRN.pdf. Dicapai pada15 September
2013.
Unit Kutipan dan Agihan Zakat (n.d.). Zakat Emas, Perak dan Mata wang. Negara Brunei
Darussalam.
Zakat CPF, 2010.
http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Zakat/Zakat%20CPF%2
0Brochure(1).pdf. Dicapai pada 29 Julai 2010.
Zakat on Employee Provident Fund (EPF), 2009. http://zakat.com.my/en/content/zakat-
employee-provident-fund-epf. Dicapai pada 29 Julai 2010.
Zakat on Insurance, 2009.
http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Zakat/Zakat%20Insurance%20Br
ochure(1).pdf>. Dicapai pada 29 Julai 2010.
Zarqa, Shaikh Mustafa, 1947. “Ahkãm al Waqf” dlm. Ahmed, Habib, 2004 Role of Zakah and
Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic Development Bank Group, Islamic
Research & Training Institute.
Zikmund, William G., 1991. Business Research Methods. Orlando: The Dryden Press.
top related