pembangunan bandar mapan (bandar anda dan agenda tempatan 21)
Post on 16-Apr-2017
322 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR
A149736
Soalan:
Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai
perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan
cadangan ringkas beserta gambar dan rajah2.
Banting merupakan salah sebuah bandar yang membangun. Bandar Banting terletak di
Daerah Kuala Langat yang berlokasi di sebelah Sungai Langat. Kuala Langat merupakan salah
satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya terletak
di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu
Negeri Selangor. Daerah Kuala Langat ini bersempadan dengan Daerah Sepang dan Klang. Di
sebelah utara terletak Daerah Klang, Di sebelah Timur dan Selatan adalah Daerah Sepang dan
Selat Melaka pula adalah di Bahagian Barat Daerah Kuala Langat. Pada asalnya, Banting
merupakan sebuah daerah yang kecil dan kurang dikenali. Namun, bandar ini mula dikenali
ramai bukan sahaja dari masyarakat dalam negara, malah Banting juga mulai dikenali oleh
pelancong dari luar negara melalui tempat-tempat pelancongan, sejarah, dan kawasan
perindustriannya. Rajah 1 di bawah merupakan peta kawasan Daerah Kuala Langat yang
menempatkan Bandar Banting manakala Rajah 2 merupakan kedudukan Bandar Banting
menerusi Google Map.
Rajah 1: Peta kedudukan kawasan Daerah Kuala Langat.
(Sumber: www.selangor.gov.my/ kualalangat .php/pages/view/186 )
Rajah 2: Kedudukan Bandar Banting menerusi Google Map.
(Sumber: http://ahmadfaizal.com/wp-content/uploads/2012/11/banting.png)
AGENDA TEMPATAN 21 BANDAR BANTING
Sosial
1. Tempat-tempat pelancongan
Bandar Banting terkenal sebagai pusat pelancongan dan kebudayaan. Banyak
tempat-tempat menarik yang sering menjadi perhatian pelancong. Antaranya ialah Pantai Morib,
Pantai Kelanang, Homestay, Bukit Jugra dan Tadom Hill Resort. Pantai Morib terkenal dengan
makanan laut yang segar dan murah. Hotel-hotel penginapan juga banyak disediakan kepada
pelancong seperti Gold Coast Morib International Resort dan Hotel Seri Malaysia. Selain
daripada itu, aktiviti kebudayaan juga turut terkenal di Bandar Banting. Aktiviti kebudayaan ini
dianjurkan oleh jawatankuasa kampung serta penduduk-penduduk kampung sekitar Bandar
Banting. Homestay yang terdapat di Bandar Banting antaranya ialah Homestay Kanchong Darat,
Izztanabonda Homestay, Homestay Kampung Lang Tengah dan Kampung Endah Homestay.
Kesemua Homestay di Bandar Banting menyediakan pelbagai aktiviti menarik tentang
kebudayaan dan kesenian kepada pelancong yang mengikuti aktiviti tersebut. Antaranya,
menginap di rumah-rumah penduduk kampung, melakukan aktiviti kampung seperti menorah
getah, mengayam tikar dan memetik buah kelapa sawit.
(Sumber: http://mybanting.blogspot.my/2010/07/kenali-sejarah-banting-selangor.html )
2. Kaunter Perkhidmatan, Utiliti dan Kewangan
Perkhidmatan seperti bank dan pejabat pos ada diwujudkan di Bandar Banting.
Bank-bank yang terdapat di Banting adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB
Bank, Public Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Tabung Haji, Am Bank dan
RHB Bank. Kemudahan bank dan kewangan ini memudahkan penduduk di Bandar Banting
untuk melakukan aktiviti menyimpan wang dan mengeluarkan wang. Selain daripada itu,
terdapat juga beberapa buah stesyen minyak yang ditubuhkan di Bandar Banting. Antaranya
seperti Shell, Petronas dan Petron. Perkhidmatan utiliti lain yang terdapat di Banting adalah
seperti Telekom Malaysia Berhad ™, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air
Selangor (SYABAS), Perpustakaan Awam dan banyak lagi.
3. Kesihatan
Pusat-pusat kesihatan seperti klinik kerajaan, klinik 1 Malaysia dan klinik-klinik swasta
banyak ditubuhkan di Banting. Antara klinik kesihatan yang terdapat di Bandar Banting ialah
Klinik Kesihatan Teluk Datok, Klinik Kesihatan Kanchong Darat, dan Klinik Kesihatan Olak
Lempit. Perkhidmatan kesihatan ini diwujudkan adalah untuk memudahkan penduduk bandar
mendapatkan rawatan yang secukupnya. Banting juga mempunyai sebuah hospital kerajaan yang
lengkap dengan peralatan perubatan, doktor-doktor pakar serta wad-wad yang selesa. Kesemua
ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk banting
untuk mendapatkan rawatan secara berkala.
Ekonomi
1. Perindustrian
Banting adalah sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Bebas. Bandar Banting
mempunyai pelbagai jenis perindustrian yang diwujudkan untuk membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk sekitarnya. Pelbagai jenis perindustrian wujud di Bandar Banting termasuklah
daripada jenis makanan, minuman dan peralatan. Antara perindustrian yang terdapat di Bandar
Banting ialah Megasteel Sdn. Bhd, Hexagon Green Sdn. Bhd., Titron rubber industries (m)
sdn.bhd., Jaez Industries (M) Sdn. Bhd., Kerepek House, Fazz Enterprise dan Ros Kerepek
Enterprise. Bandar Banting kini adalah sebagai tempat tumpuan kepada pelancong untuk
mendapatkan segala jenis kerepek yang diusahakan oleh penduduknya dengan harga yang
berpatutan.
2. Perniagaan
Bandar Banting terkenal dengan gedung membeli belah. Segala jenis pakaian, peralatan
sukan, pengangkutan dan sebagainya boleh didapati di Bandar Banting. Antara aktiviti
perniagaan yang terdapat di Bandar Banting ialah Tekstil Bunga Raya, Giant, Tesco, Pasaraya
Econsave, The Store, K S Chui Motor Sdn Bhd, B & N Motor, Kapar Motors Enterprise Sdn.
Bhd. dan banyak lagi.
Lain-lain
1. Kaum dan agama
Majoriti penduduk di Bandar Banting merupakan kaum Melayu, diikuti dengan kaum
Cina dan kaum India. Bandar Banting merupakan sebuah bandar yang harmoni dengan penduduk
yang berbilang kaum. Setiap tahun jumlah penduduk di Bandar Banting akan bertambah,.
Pertambahan bilangan penduduk di Bandar Banting adalah disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya ialah kemajuan yang begitu cepat di Bandar Banting, penghijrahan penduduk dari
bandar dan negeri lain ke Bandar Banting, perkahwinan, kelahiran dan juga faktor-faktor lain
yang mempengaruhi kadar ekonomi di Banting.
2. Infrastruktur jalan raya dan pengangkutan awam
Disebabkan oleh banting merupakan sebuah bandar pelancongan, jadi infrastruktur jalan
raya dan pengangkutan awam giat dinaiktaraf. Banting tidak mempunyai stesyen keretapi dan
lapangan terbang. Namun, penduduk boleh menggunakan pengangkutan awam keretapi dan
kapal terbang di Sepang dan Bandar Baru Nilai yang terletak bersempadan dengan Bandar
Banting. Bandar Banting mempunyai Terminal bas yang menempatkan pengangkutan awam bas
dan teksi. Infrastruktur jalan raya yang terbaru akan dibina dan dijangka siap pada 2019 adalah
Projek infrastruktur mega, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat sepanjang 233 kilometer (km) dari
Banting ke Taiping. Pembinaan jalan raya ini adalah untuk memudahkan penduduk Banting dan
bandar-bandar lain untuk bergerak dengan lancar ke destinasi yang ingin dituju.
3. Pendidikan
Bandar Banting menepatkan banyak ruang-rung pendidikan selain daripada sekolah
rendah, sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama. Selain
daripada sekolah, Banting juga mempunyai Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej MARA
Banting Selangor, Kolej Matrikulasi Selangor dan Politeknik Banting.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Bandar Banting merupakan sebuah kawasan perbandaran yang maju
dengan pelbagai kemudahan yang tersedia untuk penduduk bandarnya. Bandar Banting telah
mencapai sebuah bandar yang mapan dengan belandaskan Agenda Tempatan 21.
top related