pembangunan laman web untuk tajuk solid … · macromedia dreamweaver mx 2004 dan sokongan...
Post on 04-Apr-2019
220 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK SOLID GEOMETRY
DALAM MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH ANIMASI
CHONG THYE JAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, En. Shaharuddin Bin Md. Salleh, kerana kesanggupan
dan dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, nasihat serta cadangan di
sepanjang tempoh penyelidikan.
Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih
di atas sokongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh
penyelidikan ini. Tidak lupa juga, penulis ingin merakamkan terima kasih kepada
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kerjasama yang telah
diberikan bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan dijalankan. Terima kasih juga
ditujukan kepada guru-guru matematik, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah
banyak memberikan cadangan dan tunjuk ajar kepada penyelidik.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
saya atas komen, tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan kepada saya.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.
iv
ABSTRAK
Pada masa kini, pembangunan dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) semakin meningkat terutamanya peranan web sebagai sumber
mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Oleh demikian,
pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web bagi tajuk Solid
Geometry, Matematik KBSM di mana tiada lagi laman web yang khusus bagi tajuk
ini. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam laman web ini.
Rekabentuk laman web ini adalah berdasarkan Model Hannafin and Peck dan
berasaskan pendekatan animasi. Isi pelajaran, latihan dan penilaian dalam laman web
ini pula menerapkan prinsip teori pembelajaran behaviorisme dan teori pembelajaran
konstruktivisme. Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian
Macromedia Dreamweaver MX 2004 dan sokongan perisian-perisian lain seperti
Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS. Diharapkan laman web yang
dibangunkan dapat dijadikan sebagai sumber tambahan kepada pelajar sekolah
menengah kebangsaan bagi mempelajari tajuk Solid Geometry dengan lebih
mendalam.
v
ABSTRACT
Nowadays, the development and uses of information and communication
technology are increasing especially the role of web as a resource to obtain
information and knowledge. Therefore, the researcher takes the initiative to develop
a website for the title Solid Geometry of KBSM Mathematics which has no website
related with this topic until this moment. English language is used as a medium in
this website. The design of the website is based on the Hannafin and Peck Model and
animation approach. Principal of Behaviorisme Theory and Constructivisme Theory
were applied into the content, exercise and evaluation of this website. This website
was developed by using Macromedia Dreamweaver MX 2004 and supported by other
software such as Macromedia Flash MX 2004 and Adobe Photoshop CS. It is hoped
that this website could be used as an addition resource for secondary school student
to learn Solid Geometry.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH x
SENARAI SINGKATAN xi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Objektif Perisian 6
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.7 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai Media Pengajaran 7
1.7.1 Mudah Diakses 7
1.7.2 Mudah Diperbaharui Atau Diubahsuai 8
1.7.3 Kos Pembangunan Yang Rendah 8
1.7.4 Komunikasi Antara Pengguna Yang Berkesan 8
1.8 Rasional Pemilihan Kaedah Animasi 9
1.9 Kepentingan Kajian 10
vii
1.9.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 10
1.9.2 Pelajar 10
1.9.3 Guru 11
1.9.4 Ibu Bapa 11
1.10 Batasan Kajian 11
1.11 Definisi Operasional 12
1.11.1 Multimedia 12
1.11.2 Laman Web 13
1.11.3 Animasi 13
1.11.4 Animasi 2D 14
1.11.5 Solid Geometry 14
1.12 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 18
2.2.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 18
2.2.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme 19
2.2.3 Teori Pembelajaran Kognitivisme 20
2.3 Keberkesanan Pembelajaran Melalui Laman Web 22
2.4 Jenis-jenis Animasi 24
2.4.1 Kegunaan Animasi 25
2.4.2 Animasi 2D 25
2.4.3 Animasi 3D 25
2.5 Keberkesanan Animasi Dalam Pendidikan 26
2.6 Masalah Dalam Matematik 28
2.7 Model Reka Bentuk Pembelajaran 29
2.7.1 Model Hannafin dan Peck 30
2.7.2 Model ASSURE 32
2.7.3 Model ADDIE 33
2.8 Penutup 35
viii
3 REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 36
3.2 Model Pembangunan Laman Web 37
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 37
3.2.1.1 Kumpulan Pengguna Sasaran 37
3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada Pengguna 38
3.2.1.3 Objektif Yang Ingin Dicapai 38
3.2.1.4 Spesifikasi Keperluan Perkakasan
Pembangunan 39
3.2.1.5 Spesifikasi Keperluan Perkakasan
Main Balik 39
3.2.1.6 Perisian Pembangunan 40
3.2.1.7 Teori Pembelajaran 40
3.2.1.8 Kaedah Penyampaian 41
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 42
3.2.2.1 Aktiviti 42
3.2.2.2 Latihan 43
3.2.2.3 Ujian 43
3.2.2.4 Isi Kandungan 43
3.2.2.5 Carta Alir 44
3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perkakasan 45
3.2.4 Penilaian Dan Pengulangan 45
3.3 Penutup 46
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Penyebaran Laman Web 47
4.3 Struktur Asas Laman Web 48
4.3.1 Halaman Utama 48
4.3.2 Penyampaian Isi Pelajaran 50
4.3.3 Latihan 52
4.3.4 Penilaian 53
ix
4.3.5 Glosari 55
4.3.6 Permainan 56
4.3.7 Forum 56
4.3.8 Maklumat Tentang Pembangun 57
4.4 Penutup 58
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Kekangan Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Laman
Web 59
5.2.1 Kemahiran Dan Kepakaran 60
5.2.2 Masa 60
5.2.3 Kesukaran Semasa Proses Penyebaran 61
5.3 Perbincangan 62
5.3.1 Kelebihan Laman Web 62
5.3.2 Kelemahan Laman Web 63
5.4 Cadangan 64
5.4.1 Cadangan Memperbaiki Laman Web 64
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.5 Penutup 65
RUJUKAN 67
LAMPIRAN 73
x
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Rekabentuk Instruksi Bersistem
Hannafin dan Peck 30
4.1 Paparan Halaman Utama 50 4.2 Paparan Pengajaran dan Pembelajaran 51 4.3 Paparan Pengajaran dan Pembelajaran 51 4.4 Paparan Pautan ke Latihan 52 4.5 Paparan Soalan Dari Latihan 52 4.6 Paparan Cara Penyelesaian Dari Latihan 53 4.7 Paparan Pilihan Penilaian 53 4.8 Paparan Respon Positif dari Penilaian 54 4.9 Paparan Respon Negatif dari Penilaian 54 4.10 Paparan Markah dan Jawapan dari Penilaian 55 4.11 Paparan Halaman Glosari 55 4.12 Paparan Halaman Permainan 56 4.13 Paparan Halaman Forum 57 4.14 Paparan Halaman Maklumat Pembangun 57
xi
SENARAI SINGKATAN
2D - 2 Dimensi 3D - 3 Dimensi CD-ROM - Compact Disc - Read Only Memory DVD-ROM - Digital Versatile Disc - Read Only Memory HTML - Hypertext Markup Language ICT - Information Communication Technology KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia S – R - Stimulus - Response URL - Uniform Resource Locator
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara
usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan
matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah
dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat
keputusan dengan berkesan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).
Oleh yang demikian, penggunaan teknologi yang bersesuaian dan berkesan
dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan hasil
pembelajaran yang dikehendaki. Keberkesanan teknologi dalam satu pengajaran dan
pembelajaran matematik bergantung kepada cara penggunaannya. Teknologi
seharusnya tidak dianggap sebagai pengganti kepada guru tetapi sebaliknya
mempertingkatkan dan merangsang pembelajaran secara lebih berkesan.
Pada masa kini, pembangunan dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) semakin meningkat. Aspek teknologi telahpun digabungkan dalam
2
kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat
serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Ini dapat dilihat di
sekeliling kita khususnya dalam ledakan teknologi maklumat yang sedang hangat
diperkatakan dan kesannya ke atas pendidikan di Malaysia.
Menurut Dearing (1997), kemajuan dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan dalam semua aspek
termasuk pendidikan. Menurut beliau lagi, teknologi maklumat dan komunikasi
dapat mengatasi halangan yang terdapat dalam pendidikan seperti masalah yang
sering dihadapi oleh pelajar dan guru yang berkaitan dengan tempat dan masa dapat
diatasi.
Selain itu, pelajar juga dapat dibantu, didorong dan diberi gaya pembelajaran
yang lebih aktif dengan mengamalkan pembelajaran secara akses kendiri dan terarah
kendiri serta mengikuti pembelajaran secara kendiri dengan penggunaan teknologi
pendidikan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga membolehkan sesuatu
konsep disampaikan dengan lebih berkesan dan pelajar pula mudah mengingati
konsep yang disampaikan (Draper, 1994).
Budaya persekolahan seharusnya diubah dari sesuatu yang berdasarkan
memori sahaja kepada yang berpengetahuan, kreatif dan sentiasa berfikir dalam apa
sahaja yang dilakukan terutamanya semasa menggunakan teknologi terkini. Banyak
kelemahan kaedah tradisi dapat dibantu oleh teknologi komputer. Ianya memenuhi
kualifikasi yang ditetapkan dalam pengajaran berkualiti dan mempunyai nilai tambah
lain, terutamanya dari segi meningkatkan motivasi dan daya imaginasi pelajar
(Norjidah et al., 1996).
Pengajaran dan pembelajaran menerusi laman web juga merupakan salah satu
cara penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dengan adanya pengajaran dan
pembelajaran menerusi laman web, pelajar akan dapat mempelajari sesuatu pada
3
bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini bermakna, melalui laman web, pelajar
berpeluang untuk belajar apabila mereka bersedia untuk belajar. Keadaan ini berbeza
dengan kaedah pengajaran tradisional yang biasa dalam bilik darjah, di mana
sebahagian daripada pelajar tidak bersedia untuk belajar walaupun guru yang
mengajar telah menyediakan pelbagai strategi, kaedah, bahan dan sumber untuk
proses pengajaran tersebut, keadaan seperti ini menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan tidak berkesan.
Melalui penggunaan laman web, pelbagai bahan dan maklumat dapat
disediakan dalam bentuk yang lebih interaktif, ini termasuklah bahan seperti teks,
grafik, animasi, audio, dan video. Selain daripada itu, bahan yang disediakan boleh
diperbaharui atau diubahsuai oleh pembangun laman web pada bila-bila masa dengan
mudah sekiranya ada perubahan dalam sukatan pelajaran ataupun terdapat maklumat
tambahan. Ini bermakna, pelajar mudah mendapatkan maklumat yang terkini melalui
laman web. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan
web mempunyai darjah pemusatan yang tinggi dan berkesan kepada pelajar,
penggunaan komputer menjadikan pelajar belajar dengan lebih aktif (Mustafa dalam
Fatimah, 2000).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian yang dijalankan oleh Marzita (2002) menunjukkan bahawa terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan ramai di antara pelajar mempunyai kebimbangan
matematik yang tinggi. Kebimbangan ini boleh dikaitkan dengan persepsi mereka
terhadap mata pelajaran matematik itu sendiri. Dari kajian ini, didapati kebanyakan
pelajar mempunyai persepsi bahawa matematik adalah sangat abstrak, sukar
difahami dan memerlukan penaakulan yang tinggi.
4
Menurut Maznah (2000) pula, ciri matematik yang kebanyakannya
mempunyai konsep yang saling berkait secara berhirarki, di mana pemahaman
konsep-konsep sokongan yang lain adalah antara punca pelajar menghadapi masalah
kesukaran memahami matematik. Pengajaran dan pembelajaran matematik yang
berkesan, tidak hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada pelajar
semata-mata, malahan pelajar mestilah melibatkan diri secara aktif dalam membina
konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Nik
Azis, 1992). Pembelajaran matematik pada tahap yang tinggi membabitkan aktiviti
yang bersifat konstruktif dan bukan pasif, membabitkan pembinaan skim matematik
yang canggih dan bukan hafalan maklumat matematik yang tidak bermakna (Nik
Azis, 1996).
Pelajar lebih cenderung menyelesaikan masalah matematik dengan
menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan
angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Mohd Uzi, 1999; dan Hassan,
1998). Oleh yang demikian, pelajar melaksanakan penyelesaian tanpa memahami
dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan
masalah matematik (Bransford et al., 1996; dan Hegarty, 1995). Tidak dapat
dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat menghasilkan
penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin. Dalam penyelesaian
masalah matematik, pelajar tidak harus dihadkan pada satu teknik penyelesaian yang
biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik-teknik lain yang bersesuaian dengan
peringkat perkembangan kognitif pelajar, pengalaman dan persekitaran pembelajaran
yang dilalui oleh pelajar perlu digalakkan.
Bagi menyelesaikan masalah bahawa matematik adalah sangat abstrak, sukar
difahami dan memerlukan penaakulan yang tinggi, satu pendekatan yang lebih
konstruktif diperlukan untuk membantu pelajar memahami pembelajaran dengan
lebih efektif. Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu alternatif kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengatasi masalah ini kerana kelebihan
komputer yang membolehkan animasi dan visualisasi dijalankan dapat mengatasi apa
yang buku tidak dapat lakukan (Marzita Puteh dan Rohaidah Masri, 2002), iaitu
5
komputer mampu menyampaikan sesuatu konsep yang abstrak dalam bentuk yang
lebih konkrit dan mudah difahami (Rio Sumarni Shariffudin, 1999).
Menurut Horgan (1993), visualisasi merupakan satu teknik yang berguna
dalam menyelesaikan masalah matematik. Pandangan ini secocok dengan pendapat
Moses (1982) yang menyatakan bahawa visualisasi berguna pada setiap peringkat
penyelesaian masalah matematik.
Rio Sumarni Shariffudin (1997) dalam kajiannya ‘Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Berbantukan komputer’ mendapati pembelajaran yang
menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya
berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional.
Sementara kajian-kajian lain seperti yang telah dijalankan oleh Kulik et. al.
(1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer telah meningkatkan mutu dan prestasi
pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan
bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik
73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al., 1988).
1.3 Pernyataan Masalah
Sesuatu konsep matematik tidak mudah dikuasai dengan hanya melalui
penggunaan gambar-gambar rajah statik dalam bahan bacaan bercetak seperti buku
teks dan buku rujukan. Bagi tajuk Solid Geometry yang terdapat dalam sukatan
pelajaran Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Tingkatan 1, 2 dan 3
6
merupakan salah satu tajuk yang memerlukan visualisasi dan animasi untuk
membolehkan pelajar lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran serta
memantapkan lagi penguasaan kemahiran-kemahiran dalam pelajaran tersebut.
Justeru itu, adalah penting peranan pengajaran dan pembelajaran menerusi
laman web yang berasaskan kaedah animasi untuk mengatasi masalah matematik ini
di samping memudahkan kerja-kerja guru dan pelajar untuk menguasai tajuk Solid
Geometry.
1.4 Objektif Kajian
(i) Membangunkan satu laman web untuk tajuk Solid Geometry dalam
Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan.
(ii) Mengaplikasikan kaedah animasi menerusi laman web untuk tajuk
Solid Geometry dalam Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan.
1.5 Objektif Perisian
(i) Menjadikan laman web yang dibangunkan sebagai sumber tambahan
kepada pelajar sekolah menengah kebangsaan bagi mempelajari tajuk
Solid Geometry dengan lebih mendalam.
top related