pembangunan perisian pembelajaran · pdf filesenarai jadual xii senarai ... 4.4.6 paparan menu...
Post on 07-Mar-2018
234 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
BELAJAR MEMBACA BERDASARKAN KAEDAH FONETIK UNTUK MURID
PRASEKOLAH
NORSHUHADA BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BELAJAR MEMBACA BERDASARKAN KAEDAH
FONETIK UNTUK MURID PRASEKOLAH
NORSHUHADA BINTI ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2012
iii
Istimewa buat...
Ayahanda dan bonda yang dikasihi
Mohamad Ghazali Bin Othman
Suaidah Binti Awang
Buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa diingatan
Muhammad Aswad Bin Ahmad Lotffi
Khairill Helme Bin Ramli
Atifah Binti Aziz
Nur Azawanee Binti Mohd Yusof
Hafiza Binti Hassan
Siti Nurwahyu Binti Mohd Jonid
Noor Ashilla Binti Mohd. Razali
Untuk penyelia
En. Abdul Razak Bin Idris
Penilai dan para pensyarah
Untuk semua yang menjayakan projek ini..
Semoga Kejayaan Sentiasa Menjadi Milik Kita di Dunia Dan Akhirat
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnianya dan segala kesempatan yang diberi, pembangunan perisian ini dapat disiapkan
tepat pada waktunya.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia projek, Encik Abdul Razak bin Idris kerana
memberi peluang kepada saya untuk berada di bawah seliaan beliau bagi menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Segala jasa baik, tunjuk ajar, dan nasihat yang diberikan
sepanjang pembangunan projek ini amat saya hargai.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan buat keluarga tersayang
terutama sekali Abah dan Umi di atas sokongan dan dorongan yang diberikan bagi
menyiapkan projek pembangunan perisian ini.
Tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut
menghulurkan bantuan, sokongan dan pendapat yang bernas dalam usaha menyiapkan
projek ini dengan jayanya.
Akhir kata, semoga Allah memberkati hidup kalian di dunia dan akhirat. Amin...
v
ABSTRAK
Perisian pembelajaran berbantukan kommputer (PBK) yang bertajuk ‘Mari
Belajar Membaca’ ini dibangunkan khusus untuk kanak-kanak prasekolah yang
berumur empat hingga enam tahun. Perisian PBK ini dibangunkan bagi tujuan
membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran membaca dengan
mudah dan pantas. Kaedah pembelajaran yang digunakan dalam perisian ini ialah
melalui kaedah membaca secara fonetik dengan sokongan grafik dan animasi.
Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS 4.0
sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian tambahan seperti
Adobe Photoshop CS7, Sony Sound Forge 7.0 dan Microsoft Office 2007 bagi
menyunting unsur-unsur multimedia seperti audio, grafik, animasi dan teks.
Perisian PBK ini dilengkapi dengan isi kandungan pembelajaran belajar membaca
yang meliputi penggunaan vokal, konsonan, diagraf, diftong dan pembinaan suku
kata.
vi
ABSTRACT
A coursware entitled ‘Mari Belajar Membaca’ has been developed
specially for pre-school children aged between four to six year old. The purpose
of this courseware is to help pre-shcool children to learn reading in easier and
fastest way. A phonetic method has been applied as the main way to learn reading
in this courseware as well as being supported by graphic and animation. Adobe
Flash CS 4.0 is the core software in developing this courseware. Other supporting
softwares such as Adobe Photoshop CS7, Sony Sound Forge 7.0, and Microsoft
Office 2007 were used in the process of editing multimedia elements such as
audio, graphic, animation and text. This courseware provides learning method for
reading that inlcudes the uses of vocal, consonan, diagraph, diftong, and syllable.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
viii
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif Projek 10
1.5 Objektif Perisian 10
1.6 Skop Kajian 11
1.7 Kepentingan Projek 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12
1.8.2 Kaedah Fonetik 13
1.8.3 Prasekolah 13
1.8.4 Kurikulum 14
1.8.5 Teknologi 14
1.8.6 Interaktif 15
1.8.7 Fonologi 15
1.8.8 Fonemik 15
1.9 Penutup 16
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Asas Membaca di Peringkat Prasekolah 18
2.3 Belajar Membaca Berdasarkan Kaedah Fonetik 20
2.4 Pengadaptasian Perisian Pembelajaran Berbantukan 22
Komputer (PBK) ke dalam Pendidikan Prasekolah
2.5 Perisian Pembelajaran Berbantukan 25
Komputer (PBK)
2.6 Konsep Multimedia 26
ix
2.6.1 Pembelajaran Melalui Multimedia Interaktif 27
2.7 Penutup 28
BAB 3 Reka Bentuk Perisian
3.1 Pengenalan 29
3.2 Model Rekabentuk yang digunakan dalam 30
Pembangunan Perisian PBK
3.2.1 Rasional Pemilihan Model 30
3.3 Model ADDIE 31
3.3.1 Fasa Analisis Keperluan 32
3.3.1.1 Analisis Masalah Pembelajaran
Membaca Kanak-kanak. 32
3.3.1.2 Pemilihan Kaedah Pembelajaran 33
3.3.2 Fasa Rekabentuk Informasi 34
3.3.3 Fasa Rekabentuk Interaksi 41
3.3.4 Fasa Rekabentuk Persembahan Antaramuka 43
3.3.4.1 Skrin 44
3.3.4.2 Teks 44
3.3.4.3 Grafik Dan Animasi 46
3.3.4.4 Audio 46
3.3.5 Fasa Pembangunan 47
3.3.6 Fasa Perlaksanaan Dan Penilaian 48
3.4 Penyebaran Perisian Yang Dihasilkan 50
3.5 Penutup 51
x
BAB 4 Pembangunan Multimedia
4.1 Pengenalan 52
4.2 Paparan Reka Bentuk Asas Perisian 53
4.2.1 Paparan Animasi Tajuk Perisian 53
4.2.2 Paparan Skrin Daftar Masuk 54
4.2.3 Paparan Laman Utama 55
4.3 Paparan Butang Kawalan 56
4.3.1 Butang Kawalan Navigasi 57
4.3.2 Butang Kawalan Audio Dan Animasi 58
4.4 Paparan Skrin Menu 59
4.4.1 Paparan Menu Vokal Dan Konsonan 60
4.4.2 Paparan Menu Vokal Berganding 61
4.4.3 Paparan Menu Gabungan Vokal dan
Konsonan 62
4.4.4 Paparan Menu Diagraf 63
4.4.5 Paparan Menu Diftong 64
4.4.6 Paparan Menu Suku Kata 65
4.4.7 Paparan Menu Sudut Uji Minda 66
4.5 Paparan Rekabentuk Kandungan Pembelajaran 67
4.5.1 Paparan Pengenalan Vokal 67
4.5.2 Paparan Pengenalan Konsonan 69
4.5.3 Paparan Vokal Berganding 70
4.5.4 Gabungan Vokal Dan Konsonan 72
4.5.5 Paparan Diagraf 73
xi
4.5.6 Paparan Diftong 75
4.5.7 Paparan Pembinaan Suku Kata 76
4.5.8 Paparan Sudut Uji Minda 77
4.5.9 Paparan Bantuan 82
4.5.10 Paparan Keluar Perisian 83
4.6 Elemen Audio dalam Perisian 84
4.7 Penilaian 85
BAB 5 Perbincangan, Cadangan, Dan Kesimpulan
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan 87
5.2.1 Kelebihan Perisian 88
5.2.2 Kelemahan Perisian 89
5.2.3 Masalah-masalah yang dihadapi dalam
Pembanguna Perisian 89
5.2.3.1 Kurang Kemahiran dan Kepakaran 90
5.2.3.2 Kekangan Masa 90
5.3 Cadangan 91
5.4 Kesimpulan 91
BIBLIOGRAFI 92
xii
SENARAI JADUAL
NO. RAJAH PERKARA MUKASURAT
3.1 Cara Penyebutan Konsonan 36
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKASURAT
3.1 Model Rekabentuk ADDIE 32
3.2 Saluran Vokal 35
3.3 Carta Alir 40
3.4 Struktur Komposit 42
4.1 Paparan Animasi Tajuk Perisian 54
4.2 Paparan Skrin Daftar Masuk 55
4.3 Paparan Laman Utama 56
4.4 Butang Kawalan Navigasi 58
4.5 Butang Kawalan Audio Dan Anmasi 59
4.6 Paparan Menu Vokal Dan Konsonan 60
4.7 Paparan Menu Vokal Berganding 61
4.8 Paparan Gabungan Vokal dan Konsonan 62
4.9 Paparan Menu Diagraf 63
4.10 Paparan Menu Diftong 64
4.11 Paparan Menu Suku Kata 65
4.12 Paparan Menu Sudut Uji Minda 66
xiv
4.13 Paparan Simulasi Vokal 68
4.14 Paparan Pengenalan Konsonan 69
4.15 Paparan Vokal Berganding 70
4.16 Paparan Contoh Vokal Berganding 71
4.17 Paparan Gandingann Vokal Dan Konsonan 72
4.18 Paparan Diagraf 73
4.19 Paparan Contoh Penggunaan Diagraf 74
4.20 Paparan Diftong 75
4.21 Paparan Contoh Penggunaan Diftong 76
4.22 Paparan Pembinaan Suku Kata 77
4.23 Paparan Latihan Pertama 78
4.24 Paparan Latihan Kedua 79
4.25 Paparan Permainan Pertama 79
4.26 Paparan Permainan Kedua 80
4.27 Paparan Respon Positif 81
4.28 Paparan Respon Negatif 81
4.29 Paparan Bantuan 82
4.30 Paparan Pengesahan Ingin Keluar Perisian 83
4.31 Paparan Penghargaan 84
4.30 Paparan Respon Positif 82
4.31 Paparan Bantuan 83
xv
SENARAI SINGKATAN
CAL - Computer Aided Learning
CD - Cakera Digital
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kanak-kanak merupakan aset yang penting dalam menentukan hala tuju corak
pemerintahan negara pada masa akan datang. Mereka boleh diibaratkan seperti permata
harapan negara yang terlalu tinggi nilainya. Golongan kanak-kanak ini mestilah
dibentuk sejak mereka kecil lagi supaya menjadi insan yang berguna dan berbakti
kepada negara, bangsa dan agama. Seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
Justeru, pendedahan awal kanak-kanak terhadap pendidikan adalah sangat
penting dalam mewujudkan insan seperti yang dicita-citakan. Pendidikan awal kanak-
kanak atau prasekolah di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu TASKA dan
TADIKA. TASKA untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun,
2
sementara TADIKA pula untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun.
Pendidikan prasekolah di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun,
pada ketika itu pendidikan prasekolah hanya mampu diikuti oleh golongan atasan dan
berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan prasekolah
berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak
dalam golongan mereka.
Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan pengalaman
awal bagi kanak-kanak dalam dunia persekolahan sebelum mereka melangkah ke dunia
pendidikan formal. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang menggembirakan
dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif
sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan dan pendidikan sepanjang hayat
(KPM, 2003). Zuliana (2004) menyatakan bahawa pendidikan prasekolah adalah
pendidikan untuk membantu perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar
lingkungan keluarga sebelum mereka memasuki pendidikan dasar. Selain itu, pendidikan
prasekolah juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas, mengukuhkan sikap hormat menghormati,
disamping memupuk sikap bergaul dan berdisiplin.
Biasanya, kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah akan lebih
komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak mudah untuk
menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Seperti sabda Rasulullah
s.a.w, “kanak-kanak mula bercahaya akalnya ketika umur lima tahun”. Ini jelas
menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang
pengetahuan yang diajarkan sejak kecil lagi. Selain itu, kanak-kanak yang mengikuti
pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah
rendah dan menunjukkan pencapaian akedemik yang lebih baik semasa di tahun pertama
persekolahan (Halim, 1989 dalam Zuliana, 2004).
3
Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaitu
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003). Kurikulum ini merupakan dokumen
rujukan yang penting kepada pengusaha dan guru-guru prasekolah supaya pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah berkesan dan mengikut saranan yang ditetapkan. Pada
dasarnya, diperingkat prasekolah, kanak-kanak diberi peluang untuk belajar membaca,
menulis dan mengenal huruf. Kemahiran-kemahiran inilah yang menjadi batu asas bagi
mereka untuk memasuki pendidikan diperingkat yang lebih tinggi.
Kebolehan membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak sejak diperingkat prasekolah lagi. Kanak-kanak yang boleh membaca ayat-
ayat mudah dengan lancar dan mampu menguasai kemahiran membaca dengan baik,
berada dalam kedudukan yang lebih selesa berbanding dengan kanak-kanak yang belum
mampu menguasai kemahiran tersebut. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak mula
belajar membaca ketika di tahun satu. Tetapi, dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai
kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, bimbingan tidak dapat dilakukan
dengan sempurna. Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah
apabila melangkah ke alam persekolahan.
Tambahan pula, matapelajaran Bahasa Melayu menjadi matapelajaran yang
wajib lulus dalam semua peperiksaan utama negara baik Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), (Rio Sumarni et al., 2003). Berikutan
daripada perkara itu, usaha melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran
membaca amat penting dalam pendidikan prasekolah.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan teknologi multimedia dalam pendidikan semakin bertambah
pesat. Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar
beberapa transformasi dibuat dalam sistem pendidikan (Johari dan Fazliana, 2011).
Dahulunya, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dengan penggunaan
kapur dan papan tulis menjadi medium utama penyampaian ilmu pengetahuan. Guru
pula dianggap sebagai satu-satunya sumber maklumat bagi para pelajar.
Dewasa ini, dengan wujudnya teknologi komputer dan multimedia, kapur dan
papan tulis tidak lagi dianggap relevan sebagai medium penyampaian ilmu pengetahuan.
Guru juga sudah tidak dianggap sebagai satu-satunya sumber maklumat. Sebaliknya,
konsep itu sudah berubah kepada guru sebagai fasilitator atau navigator yang hanya
memandu arah para pelajar dalam usaha mencari ilmu (Norliza, 2004). Johari dan
Fazliana (2011) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui
beberapa teknik seperti pembelajaran yang berbantukan komputer dan perisian, melalui
sistem rangkaian (networking), perisian, dan pangkalan data atau maklumat. Perisian
dalam bentuk cakera digital (CD), web dan alatan pengajaran multimedia jelas memberi
daya tarikan baru kepada pelajar dari segi visual dan penyampaian yang menarik.
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula digunakan sebagai alat
bantu mengajar sejak tahun 1950-an (Vernadakis et al., 2005). Malah, teknologi
maklumat dan telekomunikasi juga telah diperkenalkan dalam kurikulum sebagai salah
satu daripada pendekatan serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
pula, suasana pembelajaran menggunakan teknologi multimedia lebih berkesan dan
mampu menarik minat kanak-kanak terhadap sesi pembelajaran berbanding kaedah
konvensional. Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan
5
membolehkan informasi dalam jumlah yang besar disalurkan kepada para pelajar
(Jamalludin dan Zaidaton, 2003).
Menurut Jamalludin dan Nurul Ain (2011) penggunaan teknologi dalam sistem
pendidikan, contohnya pembelajaran berbantukan komputer bukan sahaja memudahkan
para guru dalam proses pengajaran malahan dapat menarik minat pelajar untuk belajar
dengan menggunakan satu kaedah baru yang lebih menyeronokkan. Kaedah pengajaran
dengan bahan yang statik dikatakan kurang memberi kesan yang bermakna kepada
kanak-kanak. Melalui PBK juga, pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan
lebih baik dan berkesan (Mohd Aris, 2007). Antara lainnya, PBK juga dapat memberi
pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap teknologi perkomputeran. Menurut Din
dan Josephine (2001), kebelakangan ini komputer menjadi semakin popular sebagai alat
bagi membantu proses pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Selain itu, kualiti
pendidikan negara juga akan bertambah baik jika teknologi digunakan kerana ia boleh
meningkatkan motivasi pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran di samping
mempercepatkan proses pembelajaran (Johari dan Fazliana, 2011).
Kemahiran membaca merupakan antara salah satu kemahiran penting yang wajib
dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah sebelum melangkah ke alam pendidikan yang
lebih tinggi. Membaca mempunyai hubungkait dengan aspek pemikiran, sosial, emosi
dan persekitaran (Neuman dan Dickson, 2002 dalam Rita dan Rohaty, 2010). Untuk
cepat pandai membaca, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik
kerana kemahiran ini merupakan perkasa asas yang perlu dikuasai (Tiong dan Zaidatun,
2008). Statistik rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006 seramai 138, 271
murid tahun satu di Semenanjung Malaysia dengan 35.52 peratus tidak mampu
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (Md. Fuzi, 2007 dalam Tiong dan
Zaidatun, 2008). Perkara ini ternyata sangat mendukacitakan. Oleh yang demikian, satu
sistem pengajaran yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar membaca
perlu diwujudkan memandangkan bahasa memainkan peranan utama bagi menentukan
6
kejayaan dalam proses pendidikan setiap individu. Tambahan lagi, bahasa digunakan
merentas semua aktiviti pembelajaran.
Sistem pengajaran secara tradisional dikatakan kurang berkesan untuk menarik
minat kanak-kanak untuk belajar membaca. Menurut Munir dan Halimah (1998) dalam
Farrah (2006) teknologi multimedia yang terdiri daripada lima komponen interaktif
utama iaitu teks, grafik, audio, video, dan animasi amat berkesan dalam menggalakkan
kanak-kanak belajar membaca. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran perlu
didedahkan dengan pendekatan, strategi dan kaedah yang lebih kreatif dan interaktif.
Lantas, perisian PBK adalah merupakan satu cara yang paling sesuai untuk digunakan.
Perkara ini turut dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Gingold (2000) dalam
Shaliza et al. (2001) yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam
kebolehan kanak-kanak mengenal huruf apabila menggunakan program berasaskan
komputer berbanding kaedah berarahan tradisional di dalam kemahiran membaca.
Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem
ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana
strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara
tradisional (Yee, 2007 dalam Farah et al., 2010). Pengajaran membaca menggunakan
kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-
kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.
Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju.
Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah
tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit
sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga
merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah
dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.
7
Potensi kanak-kanak dalam menerima ilmu pengetahuan diperingkat usia empat
hingga enam tahun berbeza sama sekali dengan mereka yang lebih berusia. Oleh sebab
itu, bahan dan isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan seharusnya bersesuaian
dengan usia mereka. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003),
objektif utama kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid;
i. Mendengar dan menyatakan apa yang didengar.
ii. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila.
iii. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan
murid.
iv. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.
1.3 Pernyataan Masalah
Sehingga kini, masih terdapat ramai kanak-kanak yang masih tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Menurut laporan, masih terdapat seramai
100,000 murid tahun dua hingga enam tidak tahu membaca (Utusan Malaysia, 12
Oktober 2005). Matlamat utama pendidikan prasekolah adalah memastikan kanak-
kanak yang berusia empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah
boleh menguasai kemahiran membaca sebelum memasuki sekolah rendah.
Sesungguhnya, untuk mencapai matlamat ini tidaklah semudah yang dibayangkan
kerana proses pengajaran membaca itu sendiri adalah amat kompleks dan mewujudkan
8
masalah dalam proses pembelajaran membaca (Mercer, 1989 dalam Rio Sumarni et al.,
2003).
Masalah utama yang timbul adalah bentuk pengajaran konvensional dan bahan
bacaan yang statik tidak menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Menurut Ee Ah
Meng (1990) dalam Farrah (2006), kanak-kanak menghadapi masalah dalam
pembelajaran yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Transformasi ke
arah pengajaran baru yang lebih kreatif dan interaktif amat perlu bagi memastikan
kanak-kanak lebih berminat dalam proses pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah
dengan memanfaatkan teknologi multimedia. Menurut Farrah (2006) lagi, ciri-ciri
multimedia yang menggabungkan elemen teks, grafik, animasi, audio dan video yang
interaktif dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
Melalui tinjauan yang dibuat dipasaran, terdapat lambakan perisian PBK untuk
kanak-kanak yang tidak begitu sesuai dengan perkembangan usia kanak-kanak
prasekolah. Malah, perisian-perisian tersebut juga tidak menepati ciri-ciri seperti yang
telah termaktub dalam kurikulum (Norliza, 2004). Hal ini mungkin disebabkan oleh
kebanyakan perisian PBK untuk kanak-kanak dibangunkan pengaturcara-pengaturcara
cara bebas yang kurang pengetahuan mengenai teori pembelajaran dan psikologi kanak-
kanak (Rarni Ahmad, 2000 dalam Zuliana, 2004). Lantas, penerapan isi kandungan
pengajaran yang sepatutnya diberi perhatian menurut kurikulum terabai begitu sahaja.
Dalam kajian Les dan Pettengill (1993), satu proses pembelajaran berkesan
menggunakan teknologi komputer sukar dijayakan tanpa keupayaan untuk
mengintegrasikan unsur pedagogi secara sistematik.
Penulis mendapati perisian PBK belajar membaca yang terdapat di pasaran
masih lagi menggunakan kaedah lama. Oleh yang demikian, pembangunan perisian
9
PBK belajar membaca menggunakan kaedah fonetik haruslah diperbanyakkan sejajar
dengan perubahan yang berlaku. Penulis menyedari tentang lambakan buku di pasaran
yang kini telah beralih ke arah kaedah fonetik, sebagai contoh buku Bacalah Anakku
yang ditulis oleh Nik Eliani dan Othman (2009). Namun demikian, penulis beranggapan
pembelajaran membaca berdasarkan kaedah fonetik melalui buku sahaja tidak begitu
sesuai kerana ianya memerlukan guru untuk membimbing pembacaan kanak-kanak.
Dengan adanya perisian PBK belajar membaca yang menggunakan kaedah fonetik, guru
hanya diperlukan untuk menjadi pemerhati dan fasilitator sahaja kerana perisian PBK ini
sudah dilengkapi dengan audio yang akan membantu pembacaan kanak-kanak.
Tambahan lagi, kanak-kanak boleh mengulang pembelajaran sesuka hati secara kendiri
di rumah jika mereka mahu tanpa ada kekangan masa dan tidak terhad sewaktu berada di
sekolah sahaja.
Selain itu juga, perisian-perisian membaca dan mengenal abjad yang terdapat di
pasaran sekarang banyak dibina dalam Bahasa Inggeris (Zuliana, 2004). Seperti semua
sedia maklum, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pertama dunia dan menjadi bahasa
kedua terpenting di Malaysia. Namun demikian, Bahasa Melayu tidak seharusnya terus
dilupakan begitu sahaja memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
Malaysia. Proses pembelajaran bermakna dan gembira sukar dicapai sekiranya tiada
kefahaman dalam diri setiap individu. Kebanyakan pelajar mempunyai sikap positif
terhadap rujukan yang tersedia. Namun, mereka mengalami kesukaran dalam
menggunakannya kerana bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris (Mohd. Samsol,
1999 dalam Zuliana, 2004).
Oleh sebab itu, penulis merasa amat perlu untuk membangunkan sebuah perisian
multimedia PBK belajar membaca berdasarkan kaedah fonetik yang kreatif dan
interaktif dalam Bahasa Melayu bagi membantu kanak-kanak belajar dan mencapai
pembelajaran bermakna dan menggembirakan. Disamping itu, pembangun juga merasa
10
bertanggungjawab untuk membangunkan sebuah perisian multimedia PBK yang
menepati objektif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
1.4 Objektif Projek
Tujuan utama projek ini ialah:
Mereka bentuk dan membangunkan sebuah Perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) belajar membaca berdasarkan kaedah fonetik untuk kanak-
kanak prasekolah di bawah Komponen Bahasa dan Komunikasi mengikut
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003).
1.5 Objektif Perisian
Objektif pembangunan perisian ini adalah seperti berikut;
i. Memastikan kanak-kanak prasekolah dapat menguasai kemahiran membaca
dengan cepat melalui kaedah fonetik.
ii. Memberi pendedahan awal tentang penggunaan teknologi komputer kepada
kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun.
11
iii. Menyediakan persekitaran proses pembelajaran berkesan dan menyeronokkan
kepada kanak-kanak prasekolah.
1.6 Skop Kajian
Perisian PBK belajar membaca berdasarkan kaedah fonetik ini dibangunkan
khusus untuk murid prasekolah yang berusia empat hingga enam tahun mengikut
sukatan Kurikulum Bahasa Melayu yang termaktub dalam Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (KPM, 2003).
1.7 Kepentingan Projek
Perisian multimedia ini dibina untuk membantu kanak-kanak belajar dan
menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat dan pantas. Perisian multimedia ini
penting bagi kanak-kanak, kerana perisian ini akan membimbing mereka belajar
membaca melalui kaedah baru iaitu kaedah fonetik. Melalui kaedah ini pelajar tidak lagi
perlu membebankan memori mereka dengan kaedah hafalan. Melalui perisian ini juga,
kanak-kanak dapat didedahkan dengan komputer dan teknologi multimedia di usia awal.
Malah, penghasilan perisian ini tidak hanya memberi faedah untuk kanak-kanak sahaja,
guru juga turut mendapat faedah daripadanya.
12
Dengan adanya perisian ini, guru tidak perlu lagi membimbing bacaan murid-
murid sebaliknya mereka hanya perlu menjadi pemerhati dan fasilitator terhadap murid-
murid. Hal ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung
oleh guru. Selain itu, secara tidak langsung guru juga dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer dan teknologi multimedia.
Masyarakat juga turut tidak ketinggalan dari mendapat manfaat hasil daripada
penggunaan perisian multimedia ini. Hal ini kerana, penggunaan perisian multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan individu yang
berfikirkan kreatif dan inovatif serta dapat memberikan sumbangan yang sewajarnya
dari segi teknologi kepada pembangunan masyarakat dan negara.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Pembelajaran Berbantukan Komputer adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan komputer. Melalui PBK, pelajar boleh mempelajari
sesuatu secara lebih berkesan. Selain itu, sistem pengajaran dan pembelajaran yang
lebih sistematik dan terancang dapat dicapai dengan menggunakan PBK. Para pelajar
bebas untuk meneroka maklumat dengan menggunakan komputer.
top related