pembentangan psv en.z
Post on 05-Feb-2016
74 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Penilaian Portfolio
Perkembangan / Olahan idea
Lakaran dan penyelidikan
Lukisan Kajian
Eksprementasi Bahan dan Teknik
Proses dan penghasilan
• Portfolio PSV merupakan satu fail kerja
yang berterusan mengikut keperluan
semasa proses P&P. Guru menilai hasil
usaha murid secara spesifik dan
menyeluruh.
Pengenalan
• Dalam PSV, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan.
• Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar.
• Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
• Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi
beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan
alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan
Seni Visual, semua pihak dapat melihat:
• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar.
• Contoh hasil kerja pelajar.
• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran
PSV berlaku.
• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi
sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama
pihak lain.
• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses
kerja serta hasil kerja seni
• Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses
penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
• lni disebabkan portfolio PSV, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan
penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.
• Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang
akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula
menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil
kerja yang terbaik.
• Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk
tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses
pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio
• Portfolio PSV lebih merupakan portfolio dokumentasi
proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar
portfolio persembahan.
• Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian,
perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung
dengan hasil yang hendak dibuat.
• Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan
mengandungi 4 aspek:
I . Kajian
• Pemerhatian dan pengamatan.
• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan.
• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan.
2. Lakaran
• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan
sebelum mendapat idea yang konstruktif.
• Pewujudan idea.
• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau
tajuk.
3. Rangka Sebenar
• Merangka reka cadang atau model.
• Menentukan alatan dan bahan.
• Prototaip (jika berkaitan).
4. Persembahan Portfolio
• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat.
• Mengikut urutan.
• Bersih, kemas dan mudah digunakan.
Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
• Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi catatan yang dijilid
• Beberapa helaian kertas yang di kokot
• Ataupun mungkin disket/cakera padat
Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:
• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
• kemajuan pembelajaran pelajar
• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu
PERANCANGAN PORTFOLIO
• Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.
a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
b. Menentukan isi kandungan portfolio.
c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan,
bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai
5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio:
1. Menentukan tujuan portfolio.
2. Menentukan kandungan portfolio.
3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.
4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.
5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan
pembelajaran pelajar.
4 Peringkat Dalam Menilai Portfolio:
1.Penilaian Awal Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.
2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala:Contoh:
Sangat Tinggi (5) Tinggi (4) Sederhana (3) Rendah (2) Sangat Rendah (1)
Kriteria penilaian:
- Pemikiran dan isi- Struktur dan organisasi- Strategi pengurusan- Variasi isi yang sesuai- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan
3. Senarai ciri-ciri paling penting Ini akan menentukan markah portfolio
4. Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.
top related