pembentukan kurikulum
Post on 15-Jun-2015
1.678 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN JASMANI
PPISMP SEMESTER 2
PEMBENTUKAN KURIKULUM
• RASIONAL , KRITERIA DAN CIRI – CIRI PEMBENTUKAN
KURIKULUM
• KEPENTINGAN PJ DALAM KBSR
• PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM
BERPUSATKAN PELAJAR
BERPUSATKAN MASALAH
BERPUSATKAN MATAPELAJARAN
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
REKA BENTUK PELAJAR
Menganggap pemikiran ini akan berkembang jika diberi
peluang berdasarkan kegemaran dan keperluan.
Elemen humanistik:
Sepadukan kognitif dan afektif
Tekan pemikiran, perasaan dan amalan.
Pentingkan konsep kendiri.
Penekanan silibus dan pengalaman.
REKA BENTUK MASALAH
Melibatkan:
Situasi
Kehidupan
Masyarakat
Aspek
Sosial
Politik
ekonomi
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
REKA BENTUK MATAPELAJARAN
Ciri – ciri:
Pendekatan yang sering digunakan.
Berkaitan dengan silibus buku teks.
Bermula dari sesuatu yang ringkas kepada yang
kompleks.
Mudah diingati dan memahami (teksonomi bloom)
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
Mempertingkatkan & mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor.
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan ikut
kemampuan diri.
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Aplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai kegiatan fizikal.
Membentuk sahsiah dan disiplin.
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
KEPENTINGAN PJ DALAM KURIKULUM KBSR
Proses mengesan:
Perkembangan
Kebolehan
Kemajuan
Pencapaian
Sebahagian proses P & P yang dijalankan secara berterusan.
Dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Boleh dibuat secara:
Pemerhatian
Penulisan
lisan
Hasilnya digunakan untuk tindakan susulan bagi
meningkatkan pembelajaran murid dan membaiki
pengajaran guru.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
DE F INISI KECERGASAN
KECERGASAN
Berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental.
Berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa merasa letih atau kelesuan
Dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di samping itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.
KECERGASAN F I Z IKAL
KECERGASAN FIZIKAL
BERLANDASKAN KESIHATAN BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
1. Daya tahan kardiovaskular2. Daya tahan otot3. Kekuatan otot4. Fleksibiliti
5. Komposisi badan
1. Kepantasan
2. Kuasa
3. Koordinasi4. Keseimbangan5. Ketangkasan6. Masa tindak balas
BERLANDASKAN KESIHATAN
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, ke otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja
fizikal yang berterusan
Komponen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.
Kecekapan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan sistem respiratori untuk memenuhi keperluan oksigen dalam tubuh
badan supaya kerja untuk jangka masa yang panjang dapat diteruskan
BERLANDASKAN KESIHATAN
Terdapat beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular antaranya adalah:
a) Cooper test (lari selama 12 minit)b) Lari 2.4 km
c) Ujian Bleep (Pace Run)d) Renang 600 meter.
a) Jogging sejauh 5 km b) Berbasikal sejauh 20 km
c) Berenang sejauh 600 meterd) Senamrobik selama 60 minit
Dayatahan KDV boleh dibina dengan melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara berpanjangan seperti aktiviti berikut:
DAYA TAHAN OTOT
Keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot
berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.
Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah.
Kebolehan sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulang-ulang bagi satu masa tertentu atau penguncupan
otot untuk satu jangka masa yang lama.
BERLANDASKAN KESIHATAN
BERLANDASKAN KESIHATAN
Dayatahan Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau kumpulan otot tertentu seperti:
a) latihan bebanan (beban kurang, ulangan banyak)b) Latihan rintangan (rintangan yang rendah, masa yang panjang)c) Ulangan perlakuan sehingga lesu.
Dayatahan otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti seperti:
a) Tekan tubi tanpa henti selama 1 minitb) Harvard step up dengan mengikut rentak metronomec) Dan lain-lain lagi.
BERLANDASKAN KESIHATAN
KEKUATAN OTOT
Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan.
Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi.
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
BERLANDASKAN KESIHATAN
Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangan a) Isotonik
b) Isometrikc) Isokinetik
Beban mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihan:
a) Ujian Kekuatan Ototb) Bangkit tubi bervariasic) Dynometer testd) Set ujian kekuatan.
BERLANDASKAN KESIHATAN
FLEKSIBILITI
Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya
kecederaan pada bahagian sendi dan otot.
Keupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku melalui satu julat atau sudut yang seluas mungkin dengan licin
tanpa sebarang rintangan.
Hasil pergerakan ditentukan oleh kebolehan otot, ligamen dan tendon untuk memanjang.
BERLANDASKAN KESIHATAN
Latihan meningkatkan kelenturan adalah kekerapan untuk melakukan senaman regangan otot, ligamen dan tendon semasa
sesi memanaskan badan.
Ujian Kelenturana. Terdapat banyak ujian kelenturan namun yang paling popolar
ialah duduk dan jangkau.b. Flexometer adalah alat yang direka untuk mengukur tahap
kelenturan seseorang.
BERLANDASKAN KESIHATAN
KOMPOSISI BADAN
Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak.
Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan.
Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.
BERLANDASKAN KESIHATAN
Kadar peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan tulang)
• Latihan Pembakaran Lemak• Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.
• Menga w al kadar pengambilan kalori dengan kadar pembakaran kalori.
• Meningkatkan kadar metabolisme.Ujian Komposisi Badan
• Ukur lilit pinggul • Berat / tinggi
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KEPANTASAN
Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa
yang singkat.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KUASA
Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KOORDINASI
Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deria seperti penglihatan dan
pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar
dan tepat.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KESEIMBANGAN
Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan
statik atau bergerak.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KETANGKASAN
Ketangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas
dan tepat melalui ruang.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
MASA TINDAK BALAS
Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan
kepada stimulus tersebut.
OLAHRAGA
OLAHRAGA
ACARA
BALAPAN PADANG
Lompat jauhLompat tinggiLontar peluru
Lari pecutLari berganti - ganti
OLAHRAGA
ACARA BALAPAN
Lari pecut
o Posisi ‘ke garisan’
1. Kedua – dua belah kaki menyentuh permukaan trek.
2. Lutut kaki belakang menyentuh permukaan trek.
3. Kedua – dua tangan dibuka melebihi keluasan bahu dan
diletakkan di atas trek. Jari dikembangkan berbentuk gerbang.
4. Kedudukan kepala adalah separa dengan bahagian belakang
badan dan mata memandang ke bawah.
Posisi ‘bersedia’
1. Kedua – dua tumit ditekan ke belakang.
2. Lutut pada kaki hadapan dibengkokkan pada kedudukan 90
darjah.
3. Lutut pada kaki belakang berada pada kedudukan 120 ke
140 darjah.
4. Kedudukan pinggul adalah lebih tinggi sedikit dari
kedudukan bahu manakala bahagian belakang badan dihala
ke hadapan.
5. Kedudukan bahu adalah ke hadapan melebihi kedudukan
tangan.
OLAHRAGA
Fasa lonjakan
1. Dada menegak dan terangkat semasa kedua – dua kaki menekan dengan kuat pada blok.
2. Kedua – dua tangan diangkat dari permukaan sambil dihayunkan secara bersilang.
3. Anjakan dari kaki belakang adalah kuat dan pendek. Anjakan kaki hadapan adalah kurang kuat tetapi lebih panjang.
4. Kaki belakang dihayunkan ke hadapan sambil badan condong ke hadapan.
5. Lutut dan pinggul dilunjurkan sepenuhnya pada akhir pecutan.
OLAHRAGA
Fasa pemecutan
1. Kaki hadapan dengan cepat diletakkan di atas bebola kaki
untuk memulakan langkah pertama.
2. Badan masih condong ke hadapan.
3. Kaki bawah adalah selari dengan permukaan trek semasa
permulaan.
4. Jarak dan frekuensi langkah meningkat pada setiap langkah.
5. Dada ditegakkan selepas 20 – 30 langkah.
OLAHRAGA
Ansur maju
1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
2. Berlari dengan langkah panjang.
3. Berlari dengan lutut tinggi.
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
5. Berlari dengan menyepak ke belakang.
6. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
7. Lari pecut pada jarak 20, 30, 40, meter.
8. Melakukan part- part-whole.
OLAHRAGA
Latihan ansur maju lari berganti-ganti
1. Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba
menyentuh pinggul kawan yang berlari di hadapan.
2. Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur
tangan ke bawah dan ke belakang. Pelari belakang
menepuk tapak tangan pelari hadapan.
OLAHRAGA
Lari berganti-ganti
Latihan hantaran baton secara satatik
1. Dalam kumpulan 4 orang, berdiri 1 meter antara pelari.
Pelari belakang mula dengan memberi isyarat ‘up’. Bila
isyarat diberi pelari hadapan menghulurkan tangan (tapak
tangan ke atas) untuk disentuh. Pelari ke 2 menghulurkan
tangan kiri, pelari ke 3 menghulurkan tangan kanan dan
pelari ke 4 tangan kiri.
2. Ulang latihan pertama menggunakan baton.
OLAHRAGA
Butiran pembelajaran bagi lari berganti – ganti
Cara memegang baton Guna tiga jari Guna dua jari Guna satu jari
Kedudukan pelari pertama semasa permulaan larian Posisi badan seperti lari pecut
Gaya – gaya penyerahan baton Gaya dari bawah ke atas Gaya dari atas ke bawah
Zon pertukaran baton Panjangnya 20 meter
Tanda atau ‘check mark’ 5-7 meter dari garis mula pecutan
OLAHRAGA
OLAHRAGA
ACARA PADANG
Lompat jauh
Gaya lompat jauh
1. Gaya layar
2. Gaya gantung
3. Gaya tendang kayuh
Fasa lompat jauh
1. Fasa penujuan
2. Fasa lonjakan
3. Fasa penerbangan/layangan
4. Fasa pendaratan
Fasa penujuan
1. Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa
berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak.
2. Berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang.
3. Langkah pertama dari titk permulaan mestilah dengan kaki
melonjak.
4. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah
untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat
wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
OLAHRAGA
Fasa lonjakan
1. Setibanya di paapn lonjak, pelompat seharusnya mencapai
kelajuan larian maksimum.
2. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit
untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu.
3. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke
atas.
Fasa penerbangan
1. Menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.
2. Untuk gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti
mengayuh basikal.
OLAHRAGA
Fasa pendaratan
1. Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan;
tangan dan kaki digerakkan ke hadapan.
2. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
belakang dan kemudian ke hadapan.
OLAHRAGA
Latihan ansur maju
1. Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang
melonjak seberapa tinggi yang boleh.
2. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
3. Berlari dan menanduk objek yang digantung.
4. Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan
kaki lonjakan.
5. Lompat berdiri melepasi halangan
OLAHRAGA
OLAHRAGA
Lompat tinggi
Gaya gunting
Penujuan
1. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira – kira 30
darjah.
2. Pelompat menggunakan 7 – 9 langkah.
3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari
sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari
sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
Lonjakan
1. Pelonjak melonjak dengan kaki luar.
2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan
pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan
semasa membuat lonjakan.
Layangan
1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.
2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong
ke arah palang.
3. Kaki lonjak dihayun ke atas.
OLAHRAGA
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua
belah kaki.
Gaya fosbury flop
Penujuan
1. Larian akan dilakukan dengan cepat dan beritma.
2. Guna larian 5- 9 langkah dengan 3 langkah terakhir secara
melengkung.
3. Butiran lain seperti gaya gunting.
OLAHRAGA
Lonjakan
1. Melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar
palang.
2. Kaki di hadapan badan.
3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.
5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.
6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan
badan.
OLAHRAGA
Layangan
1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan
badan.
2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.
3. Kedua-dua lutut dibengkokkan.
4. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki
dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala ke atas.
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.
OLAHRAGA
Latihan ansur maju
1. Berjalan dan berlari dengan lutut tinggi.
2. Berlari dalam bulatan.
3. Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.
4. Melompat di atas palang kayu setinggi paras lutut.
5. Melompat menggunakan tali getah sebagai palang sambil
ketinggian ditinggikan sedikit demi sedikit.
OLAHRAGA
OLAHRAGA
Lontar peluru
Fasa – fasa lontar peluru
Pegangan peluru
1. Memegang dengan tiga jari tengah.
2. Peluru tidak boleh mengenai bahagian tengah tapak tangan .
3. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
1. Berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakangkan kawasan lontaran.
2. Peluru diletakkan hampir leher dan di bawah telinga
3. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
OLAHRAGA
Lungsuran
1. Dalam keadaan badan condong, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri
ditendang ke bahagian hadapan bulatan .
2. Kaki kanan bergerak ke tengah bulatan.
Lontaran
1. Rendahkan kaki kanan.
2. Kilaskan pinggang
3. Menolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan.
4. Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah
kaki.
5. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh
dari badan.
Pulihan
1. Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang
sama kaki hadapan dibawa ke belakang
Latihan kemahiran lontar peluru
1. Latihan cara memegang peluru
2. Latihan menyesuaikan diri dengan keberatan peluru
3. Melontar kehadapan secara berdiri
4. Melangkah, mencondong, mengilas dan melontar
5. Melambung melepasi palang gol dan menyambut
6. Meniarap dan mengangkat beban
7. Tekan tubi
OLAHRAGA
Ansur maju lontar peluru
1. Melontar bola lisut dengan gaya berdiri mengadap hadapan
2. Melontar bola lisut secara berpasangan
3. Melontar bola lisut untuk jarak tertentu
4. Mengadap arah lontaran dan melontar peluru latihan
5. Mengadap sisi dan melontar
6. Membelakangkan kawasan lontaran dan melontar
7. Melungsur dengan bantuan
8. Melungsur tanpa bantuan
9. Melungsur pendek dan melontar
10. Melungsur dan melontar dengan pulihan Parry O’ Brien
11. Memusing dan melontar
OLAHRAGA
top related