pemilihan program pendidikan teknik dan … · kerjaya dalam bidang pendidikan seperti rakan...
Post on 25-Apr-2019
234 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MUHAMAD HANAFI BIN HJ SABAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MUHAMAD HANAFI BIN HJ SABAR
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Istimewa buat ayahanda dan ibunda tercinta....
Segala pengorbananmu amat anaknda sanjungi dan hargai.
Doa restumu, nasihat juga bimbinganmu menjadi panduan dan
azimatku dalam menempuh ranjau perjalanan hidup ini....
Buat adik-beradik yang ku sayangi....
Sokongan dan nasihat kalian tersemadi di hati....
Suka duka yang dikongsi bersama akan sentiasa ku ingati....
Buat pembimbing yang dikasihi....
Tunjuk ajar dan jasamu tidak akan kulupakan....
Semoga Tuhan membalas dengan ganjaran yang baik disisi-Nya
kelak....
Buat rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan yang kusayang......
Segala jasa dan sokongan kalian amat ku hargai,
Semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan buat selamanya
Dan disulami dengan restu serta keberkatan dari Ilahi....
Dan....
Kepada semua yang terlibat....
terima kasih kuucapkan di atas segala bantuan dan dorongan
kalian....
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan dengan
jayanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana
Muda saya Dr. Zainudin Abu bakar di atas segala dorongan, galakan, tunjuk ajar
serta mencurahkan idea bagi menyiapkan tesis ini.
Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta yang telah banyak
memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek ini
dijalankan. Sesungguhnya kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak
ternilai harganya.
Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan mamberi
bantuan. Tidak lupa kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama terlibat
sepanjang pembangunan tesis ini.
Akhir sekali, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian, Terima Kasih
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan suatu kajian kualitatif untuk mengkaji faktor pemilihan
pelajar ke Program Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi
Malaysia. Antara aspek yang dikaji ialah faktor minat, dorongan keluarga, diri
sendiri dan rakan sebaya. Seramai lima orang pelajar tahun satu Sarjana Muda
Pendidikan dan Teknologi (Kemahiran Hidup), SPH telah dipilih menjadi responden
untuk kajian ini. Responden ini telah dipilih menggunakan teknik sampel tidak rawak
dan persampelan bertujuan. Alat yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah
melalui kaedah temubual manakala analisis kandungan pula digunakan bagi
mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat
dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan program Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Faktor minat yang menjadi faktor
tepenting ini sebenarnya telah ada dalam diri mereka sebelum mereka memilih
program berkenaan lagi. Selain itu, dorongan keluarga yang berkait rapat dengan
kesesuaian dan keadaan kerjaya sebagai pendidik sendiri merupakan faktor yang
mempengaruhi. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan sendiri mengenai
kerjaya dalam bidang pendidikan seperti rakan sebaya, masa dan hal keluarga. Di
akhir kajian ini, beberapa cadangan diutarakan bagi penambahbaikkan kajian ini.
vi
ABSTRACT
This qualitative study is to explore the selection of Technical and Engineering
Education Program among students in the Faculty of Education, Universiti Teknologi
Malaysia. Several aspects being explored are the interest, family influence, personal
attribute and the peer group. Five first year Bachelor of Educational and Technology
(Living Skills), SPH students were involved in the study. They were selected by
using purposeful non random sampling technique. Interview protocol set is used to
explore the selection issues. Content analysis is used in analyzing the data transcripts
in regards to the research questions. The findings shows that the personal interest and
parents influence have become dominant influences of the student’s selection. In
explaining the influence, the personal interest looks important in influencing the
student’s selection of the program. However, the personal interest is identified have
been develop long before they submit the application. In addition, the family
influence which related to the nature of the job gives some indicator to the selection
process. As such they develop several personal understandings which refer to the
nature of the job such as peers, time and family matters. Several suggestions are also
recommended.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.4.1 Objektif Am 5
1.4.2 Objektif Khusus 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Terminologi 7
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.8.1 Profesionalisme 8
1.8.2 Profesion 8
1.8.3 Profesion Perguruan 8
1.8.4 Faktor minat 9
1.8.5 Rakan Sebaya 9
1.8.6 Keluarga 9
1.8.7 Persekitaran Kerja 10
1.8.8 Faktor Pengaruh 10
1.8.9 Faktor Prestij 10
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Teori Pemilihan Profesion 13
2.3 Faktor Minat 16
2.4 Faktor Keluarga 19
2.5 Faktor Individu 20
2.6 Faktor Rakan Sebaya 25
2.7 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk kajian 28
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Responden Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 30
3.5.1 Senarai Semakan 30
3.5.2 Temubual 30
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Cara Menganalisis 33
3.9 Penutup 35
4 ANALISIS DATA 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Keputusan Hasil temubual Senarai Semakan 37
4.2.1 Jantina 37
4.2.2 Bangsa 38
4.2.3 Umur 38
4.2.4 Tahap Pendidikan 39
4.2.5 Pekerjaan 40
4.3 Persoalan Kajian Pertama 40
4.3.1 Pandangan profesion perguruan 41
4.3.2 Mengajar adik atau rakan 42
4.3.3 Sebab mengajar 43
4.3.4 Tindakan 44
4.4 Persolan Kajian Kedua 45
4.4.1 Pendapat ayah dan ibu 45
4.4.2 Pendapat ayah 46
4.4.3 Pendapat ibu 47
4.4.4 Ahli keluarga 47
4.5 Persoalan Kajian Ketiga 48
4.5.1 Program pendidikan 48
4.6 Persoalam Kajian Keempat 50
4.6.1 Bilangan rakan sebaya 50
4.6.2 Perbincangan 51
4.6.3 Proses 52
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.7 Penutup 53
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 54
CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 55
5.2.1 Kesimpulan Latar Belakang
Responden 56
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 57
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 59
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 61
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 63
5.4 Cadangan Kajian 64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Penutup 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Jantina Responden 37
4.2 Bangsa Responden 39
4.3 Umur Responden 39
4.4 Tahap pendidikan Responden 40
4.5 Pekerjaan Ibu Bapa 41
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Kajian 32
xiii
SENARAI SINGKATAN
PTK - Program Pertukangan Khas
MSC - Koridor Raya Multimedia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Penididikan
(Kemahiran Hidup)
ICT - Teknologi Maklumat Komunikasi
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Senarai Semakan dan Soalan-soalan Temubual 73
B Transkrip Temubual 78
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Islam amat menekankan agar umatnya menguasai ilmu dan kemahiran seluas
yang mungkin. Allah menyebut dalam al Quran yang bermaksud : “Allah akan
mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu
pengetahuan dari kalangan kamu dengan beberapa darjat” (Al-Mujadalah:11) Nabi
Muhammad s.a.w telah awal-awal lagi memberi peringatan dengan sabdanya yang
bermaksud : “Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.
Di Malaysia, pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk
masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Seseorang yang berilmu pengetahuan
sering dipandang tinggi martabatnya kerana ilmu dapat mentransformasikan manusia
daripada bebal kepada cerdik, buta huruf kepada berpelajaran dan serba kekurangan
kepada sempurna, baik dalam kebendaan mahupun dalam kerohaniannya.
Perkataan perguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut
Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan
kelayakan) sebagai guru. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk
mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang syumul selain daripada
memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2
Menurut Noran Fauziah (1993), guru adalah golongan manusia yang
memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal
setiap manusia. Sama ada sedar atau tidak, insan-insan yang bergelar guru pada hari
ini adalah terdiri daripada golongan pendokong utama yang berusaha bagi
merealisasikan tugas yang bertujuan untuk mencapai hasrat murni negara. Peranan
guru seharusnya menjadi lebih penting kerana guru adalah teras kekuatan sistem
pendidikan negara. Peranan yang dimaksudkan di sini ialah dengan adanya guru
yang professional akan dapat membentuk generasi muda yang berpandangan jauh,
progresif dan dinamik. Peranan guru juga memastikan wawasan 2020 ke satu
matlamat yang terarah dan berinisiatif mewujudkan individu yang saintifik,
progresif, berilmu, beriman dan beramal.
Menyedari hakikat ini, universiti bertanggungjawab melahirkan golongan
pendidik yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial, dan amalan tingkah
laku serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk penggigihan tuntutan
wawasan pendidikan dalam abad ke-21. Manakala, guru pula berperanan dalam
merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi banyak aspek
iaitu pembangunan, kesihatan, kewangan, dan sebagainya. Dengan itu, seseorang
yang menceburi bidang perguruan haruslah betul-betul meminati profesion terbabit
dan mempunyai jiwa seorang pendidik. Menurut Shuib & Johari (2001), pada
asasnya profesion perguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk
mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang
tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik
huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.
Wawasan 2020 mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
dalam segala segi atau lebih tepat maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Ini
bererti kita mestilah maju dari segi ekonomi, politik, kerohanian, kejiwaan dan
kebudayaan (Berita Harian, 30 April 1997). Implikasi wawasan 2020 telah dapat
dilihat dari usaha yang terus dirancangkan, bukan sahaja dari aspek pembangunan
tetapi juga kepada bidang pendidikan. Langkah menubuhkan pusat pentadbiran baru,
Putrajaya serta Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan langkah yang selari
dengan Wawasan 2020.
3
Berdasarkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebagaimana yang
dinyatakan tadi, sudah pasti rakyat mesti menguasai pengetahuan terutamanya dalam
bidang teknologi bagi melaksanakan usaha tersebut. Pendidikan memainkan peranan
yang penting menyediakan rakyat yang berpengetahuan dan memperolehi kemahiran
terutama dalam bidang teknologi. Sesuai dengan matlamat tersebut Kementerian
Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menaikkan taraf
Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik bermula tahun
1997 dan pada tahun 2000 semua Sekolah Menengah Vokasional dinaikkan taraf
menjadi Sekolah Menengah Teknik (Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-2000).
Perkembangan ini, menjadikan keperluan guru teknikal juga bertambah.
Kementerian Pendidikan mewujudkan program untuk menambah bilangan guru
teknikal seperti Program Pertukangan Khas (PTK) di Maktab Teknik, Cheras untuk
lepasan politeknik yang memiliki Sijil Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia
juga menawarkan Kursus Perguruan Teknikal (Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan) kepada pemegang Sijil Kejuruteraan Politeknik dan Diploma.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat
pertengahan di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor, jurutera,
peguam dan lain-lain. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih
boleh menjadi guru sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru
yang sedia ada. Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid menyatakan orang
sekarang melihat tinggi rendah seseorang berdasarkan apa yang mereka miliki.
Menurut beliau kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang
lain, profesion perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja.
Apabila mereka tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan
beralih kepada profesion perguruan ( Utusan Malaysia, 28 Disember 2001).
4
Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji
tidak menimbulkan kepuasan kerja. Pada masa dahulu, mereka yang memilih
profesion perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa
itu dianggap sesuai dengan keperluan, nilai, falsafah hidup, ciri kerja separuh hari,
ada cuti yang panjang, mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan
memberikan kasih sayang.
Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik
darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban yang banyak.
Mohd Fuad (1997) menyenaraikan tugas guru ialah mengajar, menguji, menilai,
membimbing dan memulihkan pelajar, juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa,
buku teks, yuran, surat kepada ibu bapa, disiplin, kecerian sekolah, panitia mata
pelajaran, juga dalam gerak kerja kokurikulum seperti penasihat persatuan dan kelab,
jurulatih, pengangkutan dan jaminan keselamatan dan juga agensi kerajaan/swasta.
Berdasarkan keadaan beban kerja, kebajikan dan gaji kurang menarik, waktu
kerja dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi tuntutan
bagi meningkatkan kedudukan profesion perguruan jelas sekali profesion ini tidak
menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih ramai
yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Lulusan Sijil Kejuruteraan
Politeknik adalah golongan yang mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam
bidang kejuruteraan dan mampu memilih kerjaya dalam bidang yang mereka pelajari
dengan mendapat gaji yang lebih baik, namun ada diantara mereka yang memilih
profesion perguruan. Mereka juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang kejuruteraan yang menjanjikan peluang kerjaya yang lebih memuaskan.
Sebagai pemegang Sijil Kejuruteraan dari politeknik tentu mereka berkemampuan
menceburi bidang perindustrian dengan pekerjaan yang sesuai dan dengan gaji yang
lebih tinggi.
Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai
kerjaya mereka. Dari persoalan ini, pengkaji membuat keputusan untuk membuat
kajian apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion perguruan. Dari
perbincangan di atas, pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah
5
minat terhadap program perguruan, faktor dorongan keluarga, faktor individu dan
faktor rakan sebaya.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini di jalankan untuk mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan
pelajar tahun 1, mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia memilih
program perguruan sebagai kerjaya.
Kajian ini juga untuk mengetahui sama ada pemilihan di dalam program
perguruan di pengaruhi oleh faktor minat, faktor dorongan keluarga, faktor individu
dan faktor rakan sebaya.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am
Meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan program perguruan
dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH
1.4.2 Objektif Khusus.
1.4.2.1 Mengenal pasti sejauh mana minat menjadi faktor yang mempengaruhi
pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di UTM dalam
kalangan pelajar tahun 1 SPH.
6
1.4.2.2 Mengenal pasti sejauh mana keluarga menjadi faktor yang mempengaruhi
pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di UTM dalam
kalangan pelajar tahun 1 SPH.
1.4.2.3 Mengenal pasti sejauh mana individu menjadi faktor yang mempengharuhi
pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di UTM dalam
kalangan pelajar tahun 1 SPH.
1.4.2.4 Mengenal pasti sejauh mana rakan sebaya menjadi faktor yang
mempengharuhi pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di
UTM dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah faktor minat mempengaruhi pemilihan program Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan di UTM dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?
1.5.2 Apakah faktor keluarga mempengaruhi pemilihan program Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan di UTM dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?
1.5.3 Apakah faktor individu mempengaruhi pemilihan program Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?
1.5.4 Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan program Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan dapat memberikan maklumat yang baik dan berguna
kepada semua pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam
7
pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia,
kepada bakal-bakal guru dan individu yang ingin menjadikan perguruan sebagai
kerjaya mereka.
Pengkaji berharap melalui hasil dapatan kajian ini, dapat membantu pelajar-
pelajar yang sedang mengikuti pengajian serta bakal calon yang akan memilih
profesion perguruan sebagai kerjaya dapat menyediakan diri sebaik mungkin agar
dapat menimba sebanyak mungkin pengetahuan dan kemahiran agar dapat digunakan
sebagai aset untuk diguna dan disumbangkan kepada sekolah dan pelajar.
1.7 Batasan Kajian
Kajian dibuat terhadap pelajar lelaki yang sedang menuntut dalam tahun 1
aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan UTM. Kajian di jalankan untuk
mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar tahun 1 memilih program perguruan
di UTM. Aspek yang di kaji ialah minat, dorongan keluarga, faktor individu, dan
rakan sebaya.
1.8 Definisi Terminologi
Definisi istilah diterangkan secara ringkas untuk memudahkan pembaca
menyemak maksud setiap perkataan yang digunakan dalam kajian ini. Berikut adalah
istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Ia diperjelaskan bagi menerangkan
dengan lebih tepat menurut kehendak dan keperluan kajian.
top related