pen gen alan kepada permainan teng
Post on 10-Apr-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
1/16
Pengenalan kepada permainan Teng-Teng
ASAL USUL
Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering
memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya
memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah
sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan
taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan
menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan
bertar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat
orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap
gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan
mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
2/16
Gelanggang & Gundu
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat
sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut
urutan seperti rajah di bawah.
Selain daripada gelanggang, gundu
adalah juga sebagai perkakasan
penting yang dimainkan bersama.
Gundu atau buah ialah objek
berbentuk leper sebesar separuh
tapak tangan yang diperbuat daripada
apa sahaja, seperti pecahan pinggan,
kepingan besi atau batu yang leper.
Gundu ini adalah sebagai tanda bagi
para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana
harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi
menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya
melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah
sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di
anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
Gelangang Teng Teng
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
3/16
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di
petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga
dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati
dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan
keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di
petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan
hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu
melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Membina Rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak
dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak
ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri
menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan
kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula
setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan
keluar dari garisan permulaan.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
4/16
Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di
garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar
maka ia dikira mati.
Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan
pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau
tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
JENIS-JENIS PERMAINAN TENG-TENG
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
5/16
"Ketinting Kapal Terbang"
2.Ketinting Kapal Terbang
y Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu
ini.
y Membuat gelanggang permainan dengan cara
menggoreskan di atas permukaan tanah.
y Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki
'gundu' masing-masing.
y Melakukan penentuan giliran.
y Pemain pertama memulakan ting-ting.
y Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak
gundunya di petak kedua.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
6/16
y Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama
berstatus 'mati'.
y Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak
dianggap sebagai pemenang.
"Ketinting Buku"
3.Ketinting Buku
y Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
7/16
perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
y Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini
juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.
y Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai
li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
y Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di
petak pertama.
y Pemain pertama memulakan permainan.Gundunya dikutip
ketika berada selari dengan kedudukannya.
y Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan
imbangan gundu terlebih dahulu.
y Semasa mencampak gunduuntuk membina rumah,
pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.
y
Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyakmungkin.
KEPENTINGAN PERMAINAN TENG-TENG
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
8/16
HUBUNGKAIT PERMAINAN KECIL DENGAN PERKEMBANGAN MOTOR
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
9/16
KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN MOTOR
KEBANYAKAN kecacatan kanak-kanak boleh dielakkan sekiranya perkembangan awal
dalam masa 12 bulan pertama selepas bayi dilahirkan diberi perhatian sepenuhnya oleh
penjaga.
Pengesanan awal perkembangan kanak-kanak ini membolehkan penjaga melakukan
langkah selanjutnya iaitu membuat stimulasi atau rangsangan bagi membetulkan
keadaan.
Menurut pakar perunding pediatrik dan juga pensyarah di Jabatan Pediatrik Pusat
Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian,
Kelantan, Dr. Wan Asma Wan Ismail, secara normalnya, perkembangan kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada empat aspek utama.
Empat aspek itu ialah perkembangan kanak-kanak dari segi motor kasar,
perkembangan pergerakan motor halus dan penglihatan, perkembangan pertuturan dan
bahasa serta perkembangan sosial.
"Perkembangan motor kasar adalah perkembangan yang terpenting sekali kerana jika
terbantut atau tidak mengikut tahap sepatutnya, maka ia akan menjejaskan pergerakan-
pergerakan lain kanak-kanak itu.
"Perkembangan motor kasar merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan
otot-otot besar atau otot kasar mereka termasuklah otot-otot di leher, belakang, badan,
lengan dan kaki,'' katanya ketika ditemui di Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.
Untuk permainan TENG-TENG ini,kaitan perkembangan moto adalah dengan
menggunakan aspek perkembangan motor kasarkanak-kanak.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
10/16
PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK DALAM PERMAINAN
TENG-TENG
Perkembangan motor kasar seorang kanak-kanak
bermula sejak mereka lahir.
y Ia merupakan tindakan dimana memerlukan
penglibatan anggota badan seperti kaki, tangan,
lengan, serta keseluruhan badan yang terdapat otot kasar.
Dalam permainan teng-teng,kaki memainkan peranan penting.
Apabila menjengketkan kaki,otot akan memainkan peranan penting.
Jadi di sini,perkembangan motor kasar secara automotik terlibat secara langsung
y Berlaku koordinasi antara motor halus dan juga motor kasar.Contohnya, dalam
permainan teng-teng,pergerakan membaling batu digunakan dan ia sebenarnya
adalah salah satu pergerakan dalam motor halus.Jadi,apabila pergerakan
menjengkjetkan kaki(motor kasar).maka di situ,berlaku pergerakan motor kasar.
y Turut melibatkan koordinasi organ deria yang lain
seperti mata, sentuhan,dan lain-lain.Dalam permainan teng-teng,organ mata
dititikberatkan kerana mata akan memfokuskan pandangannya kearah petak yang ingin
dilompat.y Teng-teng juga dapat mengawal pergerakan badan.Lebih jelas
lagi,keseimbangan anda dapat dilihat dengan jelas apabila kaki dijengketkan
supaya mendapat keseimbangan pada badan.
y Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan
perkembangan motor kasar yang berkesan.Ia terbukti apabila seseorang itu
Berjaya menyelesaikan permainan teng-teng di mana ia membuktikan
perkembangan motor kasar dalam diri seseorang itu berkesan.
FAEDAH MELAKUKAN PERGERAKAN MOTOR KASAR
y Dapat meningkatkan keyakinan untuk melakukan sebarang aktiviti yang
melibatkan motor kasar
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
11/16
y Untuk mendapatkan kestabilan
y Dapat menyihatkan tubuh badan
y Dapat memahirkan sesuatu kemahiran
JENIS-JENIS PERMAINAN KECIL YANG MELIBATKAN KERJASAMA
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
12/16
"Galah Panjang"
7. Galah Panjangy Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki.y Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan
tanah.y Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain
sebagai ketua kumpulan.y Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka
kumpulan ini dikira 'mati'.y Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil
peranan sebagai pasukan penyerang pula.y Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di
garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu matadiberikan kepada kumpulan ini.
y Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap
sebagai pemenang.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
13/16
Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan.
Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan
mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya
terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya
adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai
mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di
sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling
gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam
gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som
dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi
pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan
terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan
menangkap pemain.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
14/16
"Baling Tin"
12. Baling Tiny Permainan berkumpulan ini dimainkan bersama oleh kanak-kanak
lelaki dan perempuan.y Melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran sebagai
pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.y Sebelum memulakan permainan, tin disusun terlebih dahulu.y Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara
membaling bola ke arah tin.y Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan
kesemua tin.y Jika pemain berjaya menjatuhkan kesemua tin, maka tugas pemain
kumpulan kedua adalah membaling bola ke arah pemain kumpulan
utama untuk mematikannya.y Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula tin,
maka kumpulan ini dianggap memenangi permainan pada pusingan ini.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
15/16
"Susun Selipar"
13. Susun Selipary Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan
mereka bermain bersama-sama.y Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis.y Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan
dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.y Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan
kesemua selipar.y Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan
dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.y Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan
kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola
dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.y Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun
semula kesemua selipar tersebut.
-
8/8/2019 Pen Gen Alan Kepada Permainan Teng
16/16
top related