pencemaran alam sekitar di taman sri muda[1]
Post on 05-Jul-2015
1.215 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENCEMARAN ALAM
SEKITAR DI TAMAN SRI
MUDA, SHAH ALAM
SELANGOR DARUL
EHSAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 TAJUK
2 ISI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 PENDAHULUAN
5 OBJEKTIF KAJIAN
6 KAWASAN KAJIAN
7 KAEDAH KAJIAN
8 DAPATAN
9 RUMUSAN
10 LAMPIRAN
11 RUJUKAN
12 PENILIAN UMUM
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
Saya Suganthe a/p Sangar dari kelas 3A Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menyiapkan
Kajian Geografi Tempatan (KGT) ini dengan sempurna.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Rohimah
bt Muhammad yang memberikan kebenaran dalam membuat projek ini. Selain itu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Pn.Noraini bt Nordin kerana menjadi tujuan utama dalam
kejayaan projek ini. Bimbingan serta nasihat beliau telah menjadi panduan bagi saya
menyempurnakan projek Kajian Geografi Tempatan (KGT). Kemudiannya saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak mengorbankan
masa, wang dan tenaga bagi saya menyiapkan projek ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya terutamanya,
Shri Sathya Sai Baba dan lain-lain lagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
MBSA yang telah menolong saya memberi maklumat untuk menyiapkan projek saya.
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah sebarang sarang di buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.
PENDAHULUAN
Bahagian Kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar
menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema-tema geografi yang telah dipelajari
dalam Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 3. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai
asas pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang telah
dipelajari dalam tema penduduk, petempatan, dan pengangkutan.
Saya, Prashanthini Jayakumaran telah memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar di Taman Sri Muda,
Shah Alam Selangor Darul Ehsan” untuk Projek Kajian Geografi Tempatan saya. Saya mengkaji di Taman
Sri Muda kerana untuk mengetahui konsep pencemaran alam sekitar, jenis pencemaran alam
sekitar,punca pencemaran alam sekitar, kesan pencemaran alam sekitar dan cadangan untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Masa yang diberikan untuk menyiapkan projek ini ialah du
bulan iaitu dari 25 Mac 2011 hingga 25 Mei 2011 . Selepas mengumpulkan maklumat yang diperlukan,
saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi beberapa objektif iaitu :-
Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar
Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Mencari punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Mencari langkah-langkah dan cadangan-cadangan untuk mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Menerapkan nilai-nilai dan unsur patrioisme dalam kajian saya di Taman Sri Mud, Shah
Alam.
KAWASAN KAJIAN
Nama asal Taman Sri Muda ialah Merton Estate yang terletak di Lot 28, Makim Kelang.
Taman Sri Muda seluas 58475 hektar. Penduduk asalnya adalah orang India kerana kebanyakan
bekerja sebagai penoreh getah. Pada awalnya, Taman Sri Muda adalah sebidang tanah yang luas.
Ladang ini terbahagi kepada lading getah dan ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh Syarikat Sri
Alam Sdn.Bhd untuk dibangunkan dan dimajukan.
Selepas kawasan ini dijual kepada Syarikat Mewacres Sdn.Bhd, pelbagai projek
pembangunan dijalankan. Projek pembangunan tersebut bermula pada 17 Februari 1982 dan
diarahkan oleh Encik Whoo Whai Yoon. Projek ini mengambil masa selama setahun. Taman Sri
Muda dibuka pada tahun 1983 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Haji
Muhammad bin Haji Muhammad Taib. Taman Sri Muda telah berkembang maju dari tahun 1983
hingga ke hari ini. Semakin banyak rumah teres dan rumah pangsa untuk menampung penduduk
Taman Sri Muda. Taman Sri Muda dipercayai menjadi kawasan petempatan yang maju dan
terkenal pada masa akan datang.
Taman Sri Muda terletak di arah barat daya dari pusat Bandar iaitu Shah Alam dalam daerah
Petaling. Taman Sri Muda terletak berhampiran Seksyen 13 dan Kampung Jawa. Taman Sri
Muda mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti India, Cina, Melayu dan sebagainya.
Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai pekarja kilang, peniaga, buruh binaan, pekerja
sektor swasta, pekerja sektor kerajaan dan lain-lain lagi.
Bilangan penduduk di Taman Sri Muda ialah lebih kurang 40 000 orang. Taman Sri Muda
sebagai pusat perindustrian memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Bukan sahaja penduduk di
Taman Sri Muda bekerja di sector perindustrian setempat maah terdapat ramai lagi yang bekerja
di kawasan perindustrian sekitar Shah Alam. Contohnya, kawasan perindustrian sekitar Shah
Alam. Sebagai kawasan perindustrian, Taman Sri Muda mempunyai kawasan petempatan untuk
menampung pekerja-pekerja di Taman Sri Muda. Banyak rumah telah dibina untuk pekerja-
pekerja supaya tempat tempat tinggal mereka terletak berdekatan dengan tempat kerja mereka.
Oleh sebab kebanyakan penduduk terdiri daripada warga diri luar negara dan negeri lain
dalam Malaysia serta tempat kerja terletak jauh dari rumah mereka, mereka memohon kepada
kerajaan supaya mendirikan kawasan petempatan. Akhirnya, kerajaan bertindak menyediakan
kawasan petempatan bagi menampung pekerja-pekerja di Taman Sri Muda. Banyak rumah
pangsa dan rumah teres dibina bagi memenuhi permintaan mereka. Kebanyakan pekerja bujang
memilih rumah pangsa sebagai tempat tinggal mereka menakala pekerja yang sudah
berumahtangga memilih rumah teres untuk menampung keluarga mereka.
Penduduk di Taman Sri Muda terediri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Setiap kaum mempunyai tempat beribadat tertentu. Contohnya, orang Melayu
bersembahyang di masjid atau surau, orang Cina bersembahyang di tokong manakala orang India
bersembahyang di kuil. Kaum lain-lain ditujukan kepada warga berkaum selain daripada
Melayu, Cina, dan India. Contohnya, Sikh, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi. Dengan ini terbukti
bahawa Taman Sri Muda merupakan kawasan petempatan yang maju. Berdasarkan peta Taman
Sri Muda, kawasan petempatan di si ni adalah kawasan yang padat.
Masyarakat di sini hidup berbilang kaum. Jelaslah bahawa Taman Sri Muda merupakan suatu
kawasan petempatan yang padat di mana penduduknya hidup bersatu padu.
Pekerja-pekerja kilang bekerja di kilang-kilang yang terletak di Taman Sri Muda atau
berhampiran dengan Taman Sri Muda manakala peniaga-peniaga pula berniaga di kedai, gerai,
pasar dan sebagainya. Mereka sebagai peniaga juga membekalkan perkhidmatan seperti
membaiki kenderaan, menghantar surat khabar dan lain-lain lagi. Pekerja buruh binaan yang
bekerja terletak di tapak pembinaan bebanyakannya terdiri daripada pendatan asing. Kebanyakan
penduduk bekerja sebagai pekerja sektor swasta yang berpangkat tinggi manakala pekerja sektor
kerajaan pula bekerja sebagai guru, polis, pegawai bank dan ada yang berpangkat tinggi
berbanding dengan pekerja sektor swasta.
Taman Sri Muda ialah kawasan yang rata. Ini terbukti dengan adanya sebatang sungai yang
mengalir di Taman Sri Muda iaitu Sungai Klang. Melalui hasil pemerhatian saya, bentuk Sungai
Klang berliku-liku. Ini membuktikan bahawa Taman Sri Muda terletak di muara Sungai Klang.
Selain itu, tragedi Taman Sri Muda dilandai banjir pada tahun 1995 juga membuktikan bahawa
Taman Sri Muda terletak di muara Sungai Klang.
Oleh sebab itu, Taman Sri Muda adalah kawasan tanah pamah, penduduk di sini melibatkan
diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi.
Dalam bab ini, saya dapat mengenal pasti Taman Sri Muda sebagai :-
i. Pusat pentadbiran dan perdagangan
ii. Pusat Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
iii. Pusat Pertanian
KAEDAH KAJIAN
Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan:
Pemerhatian
Digunakan untuk mengenal pasti pencemaran alam sekitar di Taman Sri Muda. Selain itu,
pemerhatian dijalankan untuk melihat kesan terhadap alam sekitar dan keadaannya.
Rujukan Perpustakaan
Dilakukan untuk mendapat fahaman tentang kegiatan ekonomi dan penerokaan sumber alam
sekitar. Buku rujukan, majalah dan Internet serta MBSA ialah bahan rujukan utama saya.
DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian
kehidupan. Sebagai contohnya, pembuangan sampah seperti plastik, kaca, bahan kimia dan
seumpamanya ke dalam sungai boleh mengakibatkan sungai tercemar. Begitu juga pembuangan
atau pelepasan asap dari kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara manakala pembuangan
sampah domestik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran bau dan mengalakkan
pembiakan kuman serta berbagai jenis penyakit.
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Sri Muda, Shah Alam
Antara jenis pencemaran yang terdapat di Taman Sri Muda ialah pencemaran udara. Pencemaran
udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan
atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh
pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan,
logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Taman Sri Muda merupakan
tapak perindustrian yang aktif dan banyak kilang yang terdapat di sini. Oleh sebab kilang yang
banyak, pencemaran udara pun berlaku. Selain pencemaran udara, pencemaran air juga berlaku
di Taman Sri Muda. Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut.
Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada
aktiviti manusia. Sungai Klang iaitu sungai yang paling dekat dengan Taman Sri Muda
dicemarkan.
8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Sri Muda, Shah Alam
Perkilangan
Kegiatan perindustrian yang giat berlaku di Taman Sri Muda. Oleh sebab kegiatan
perindustrian giat dijalankan, kilang-kilang banyak dibina merata-rata tempat. Kilang-
kilang tersebut mengeluarkan banyak asap yang boleh membahayakan kesihatan
penduduk. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam
pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.
Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa
perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran.
Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-
contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.
Pembakaran terbuka
Bukan itu sahaja, Taman Sri Muda giat dalam pertanian. Pembakaran pokok tua di
kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga
ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang
kerap menyelubunyi ruang udara Taman Sri Muda. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan
flora di sekitarnya
Kenderaan
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori
dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan
hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan
asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti
udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan,
jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di
dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada
pencemaran udara.
Sisa domestik
Menurut kajian saya, punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-
bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam
parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan
diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan
kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Baja kimia
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil
pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk
membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan
cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan akuatik.
Sisa toksik
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan
kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke
dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Sri Muda, Shah Alam
Hujan asid
Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida
merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh
kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil
apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia .
Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan .
Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik
adalah terlalu berasid dan tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis
akibat hujan asid .
Penyakit
Penyakit utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap
sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan
memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon
monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen
dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida
(NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon
(O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain
juga yang menghalang penglihatan mata.
Hidupan akuatik terancam
Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-
kilang, dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan
hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai
tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga
pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan
air akan terancam.
Suhu meningkat
Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar
seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi
nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon
sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan
karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan
bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Jerebu
Punca utama jerebu berlaku ialah pembakaran terbuka. Menurut kajian saya, penduduk-
penduduk di kawasan kajian saya mebakar sampah di mana-mana mereka melihat tempt
kosong. Mereka tidak mangambil kisah tentang penduduk lain. Mereka hanya
mementingkan diri sendiri. Jerebu boleh membawa manusia kepada pelbagai penyakit. Ia
bukan hanya akan membawa penyakit malah mengkaburkan penglihatan pemandu.
Sebagai pengkaji, saya berasa bangga dan gembira kerana dapat membuat kajian di
Taman Sri Muda.
8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran Alam Sekitar di Taman Sri Muda,
Shah Alam.
Kuat kuasa undang-undang
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan
kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar
kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang
mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Hanya segelintir sahaja kilang yang
mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus
berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air.Hal ini turut
menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang
mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-
undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar.Jika hal ini tidak dibendung,masyarakat akan mengalami
masalah kekurangan air bersih dan sumber protein.Bukan itu sahaja,majoriti masyarakat
akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein
Kempen cintai alam sekitar
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen cintai alam yang
berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur
buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen ini, masyarakat diseru untuk
menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat
menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen ini akan
dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam
sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan
kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen cintai alam sekitar juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar.
Peggunaan bahan kimia dikurangkan
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam
sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan
kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan
impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan
ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang
paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin
hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon
(CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat
mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan
sebagainya.Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa
mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh
itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya
kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah
menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan
bahan kimia.
Pendidikan alam sekitar
Langkah yang seterusnya yang dapat diambil ialah member pendididkan kepada
penduduk. Kita boleh member pendidikan tentang alam sekitar kepada pelajar sekolah.
Pihak kerajaaan harus menekankan mata pelajaran seperti Pendididkan Moral dan
Pendidikan Sivik untuk member pendidikan. Anak-anak boleh memberitahu ibu bapa
mereka untuk menambah pengetahuan tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia.
Kita harus berterima kasih kepada Tuhan atas anugerah yang paling baik kepada kita dan
kita harus menjaganya.
RUMUSAN
Pencemaran alam sekitar, mengenal pasti punca dan kesan pencemaran alam sekitar dan dapat
mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar. Saya rasa setiap insan
yang tinggal harus mengetahui semua yang telah saya kaji. Saya juga dapat meningkatkan
pengetahuan saya tentang cara-cara penyelidikan dan kajian untuk menghasilakan sesuatu projek
ketika membuat kerja kursus ini dan saya dapat tahu kepentingan alam sekitar kepada manusia.
Di samping itu, saya dapat memupuk sifat kesederhanaan dalam diri saya semasa
berinteraksi dengan rakan-rakan ketika menjalankan penyelidikan. Ini membantu mengeratkan
hubungan persahabatan antara kami.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu saya menyiapkan projek ini, terutamanya guru geografi saya, Puan Noraini bt Nordin.
Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan juga adik-beradik saya.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya.
Kesimpulannya, penduduk di Taman Sri Muda harus bertindak segera untuk mengatasi
masalah pencemaran di tempat tinggal mereka. Mereka harus rasa bangga tinggal di Taman Sri
Muda.
Stastik Punca
Pencemaran Udara Di
Taan Sri MudaStastik Punca Pencemaran Udara di Taman Sri Muda
Perkilangan 60%
Kenderaan 25%
Pembakaran Terbuka 15%
top related