pengajian malaysia k3

Post on 07-Jan-2017

202 Views

Category:

Education

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGAJIAN MALAYSIADUB 1012

BAB 3

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

MAKSUD PILIHAN RAYA-1 mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan/negeri.- Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketulusan. Walaubagaimanapun, pengiraan undi dilakukan secara terbuka.

- Calon yang mendapat undian yang terbanyak dikira menang dan kemenangan tetap diambil kira walaupun dengan majoriti mudah.- Keseluruhannya, PR adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

FUNGSI PILIHAN RAYA- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.- Mengekalkan pucuk pimpinan- Pemilihan calon adalah bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.- Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi serta komuniti politik.

- -

FUNGSI SPR-Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian PR.-Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.- Menjalankan PR umum dan PR kecil.- Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi dan kelayakan yang diperlukan.

BILANGAN KERUSI / KAWASAN- Dalam sistem PR yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di parlimen (PR Umum) / Dewan Undangan Negeri (PR Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat Berparlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.

PENDAFTARAN PEMILIH- Seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam PR bagi DR / DUMa) Warganegara Malaysiab) Berumur tidak kurang daripada 21

tahun pada tarikh kelayakanc) Seorang penduduk dimana-mana

bahagian PR di Malaysiad) Tidak hilang kelayakan

HILANG KELAYAKAN PEMILIHa) Ditahan kerana tidak siuman / sedang

menjalani hukuman penjara pada tarikh kelayakan.

b) Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah yang dihukum mati / penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.

c) Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan PR 1954.

d) Telah memperoleh kerakyatan asing.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

- Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun.- Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali dan pendaftaran tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.

- Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan.- Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

KELAYAKAN CALON- Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana PR jika memenuhi syarat-syarat:

a) Warganegara Malaysia dan bermaustatin di negara ini.

b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan.

c) Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding

- Seseorang calon akan hilang kelayakan sekiranya dirinya:

a) Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.

b) Bankrapc) Memegang jawatan berkepentingan

office of profit.d) Gagal mengemukakan laporan

perbelanjaan PR.e) Telah memperoleh kewarganegaraan

asing.

UNDI POS- Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.

top related